BUKU LOG LENCANA KERIS PERAK ABDUL HAKIM BIN ABDUL AZIZ SEKOLAH KEBANGSAAN SERI KELANA KUMPULAN 05 DAERAH SEREMBAN BARAT NEGERI SEMBILAN
BUTIRAN DIRI Nama Penuh : Abdul Hakim Bin Abdul Aziz No. MyKid : 111229 – XX - XXXX Tarikh Lahir : 29hb. Disember 2011 Keturunan : Melayu Agama : Islam Jantina : Lelaki Kegemaran : Bermain komputer dan basikal Cita-Cita : Pereka Cipta Alamat Rumah : No. 456 Lorong Makmur 1/4, Taman Temiang Jaya, 70400 Seremban BUTIRAN BAPA Nama : Abdul Aziz Bin Haji Abdul Wahab No. Telefon : 016-6033 603 Pekerjaan : Penolong Pengurus, Berembun Resort Sdn Bhd BUTIRAN IBU Nama : Rafida Rahinna Binti Abdul Kahar No. Telefon : 016-284 0084 Pekerjaan : Suri Rumah
REKOD UJIAN LENCANA KERIS PERAK Nama Penuh : Abdul Hakim Bin Abdul Aziz No. Kumpulan : 05 No. MyKid : 111229 – XX - XXXX Daerah : Seremban Barat Nama Sekolah : Sekolah Kebangsaan Seri Kelana Negeri : Negeri Sembilan No. Perkara Tarikh Penguji A. KESETIAAN 1. Mengetahui nama penuh DYMM Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong, DYMM Raja Permaisuri Agong, Yam Dipertuan Besar Negeri Sembilan dan isteri, Perdana Menteri dan Menteri Besar Negeri Sembilan. 2. Mengetahui dan mengenali Pesuruhjaya Pengakap Daerah 3. Mengetahui Rukun-rukun sembahyang B. KESIHATAN DAN KESELAMATAN 1. Mengetahui cara menjaga kebersihan diri dan persekitaran 2. Mengetahui faedah senaman 3. Mengetahui cara memberhentikan darah yang keluar dari hidung 4. Mengetahui bahaya aliran letrik dan gas dan cara mengelakkannya bila menggunakan alat elektrik di rumah seperti seterika, kipas angin, pembakar roti, dapur gas dan lain-lain 5. Mengenal dan mengetahui kegunaan isi kandungan peti pertolongan cemas C. KECEKAPAN 1. Mengukuhkan pengetahuan asas kawad kaki Lencana Keris Gangsa dan mengetahui Latihan Asas Perbarisan: a. Buka barisan b. Tutup Barisan 2. Mengukuhkan asas ikatan buku sila dan mengetahui cara mengikat Bunga Geti dan Simpul Sentak serta kegunaannya. 3. Mengetahui cara memasang, mengibar, menurun dan melipat bendera
D. PENYERTAAN 1. Mengetahui 5 jenis haiwan dan sifat khususnya 2. Mengetahui cara tumbuhan mendapatkan makanan serta cara menyimpan makanan 3 Mengetahui cara mengelakkan makanan menjadi tercemar 4 Mengetahui asas penggunaan computer 5 Mengetahui penggunaan telefon awam / persendirian dengan menggunakan wang siling / kad telefon ketika mendail dan faham menggunakan Buku Panduan Telefon E. PERKHIDMATAN 1. Mengetahui dan memahami isyarat wisel 2. Mendengar syarahan atau ceramah dan membuat catatan 3. Mengetahui cara memberi pertolongan cemas kepada seseorang di air dengan menggunakan peralatan Adalah disahkan bahawa Pengakap Kanak-Kanak di atas telah lulus semua ujian dan memenuhi segala kehendak dalam Lencana Keris Perak Pengakap Kanak-Kanak. Tarikh Pemimpin Pengakap Kanak-Kanak
DYMM SERI PADUKA BAGINDA YANG DIPERTUAN AGONG & DYMM RAJA PERMAISURI AGONG Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XVI Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin AlMustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah. Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Binti Almarhum AlMutawakkil Alallah Sultan Iskandar Al-Haj DYMM YANG DI-PERTUAN BESAR NEGERI SEMBILAN & DYMM TUNKU AMPUAN BESAR NEGERI SEMBILAN Duli Yang Maha Mulia Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Muhriz ibni Almarhum Tuanku Munawir Duli Yang Maha Mulia Tunku Ampuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Aishah Rohani binti Almarhum Tengku Besar Mahmud
PERDANA MENTERI MALAYSIA Dato' Sri Ismail Sabri bin Yaakob MENTERI BESAR NEGERI SEMBILAN YAB Dato' Seri Haji Aminuddin Bin Harun PESURUHJAYA DAERAH SEREMBAN BARAT Tuan Haji Shamsudin Bin Jiman (Pesara Guru – SMK F Seri Sendayan)
RUKUN SEMBAHYANG 1. BERDIRI BETUL - jika tidak mampu boleh dengan duduk jika tidak mampu juga boleh sembahyang dalam keadaan berbaring. 2. NIAT - dilafazkan sewaktu mengangkat takbiratul ihram. 3. TAKBIRATUL IHRAM - mengucapkan perkataan Allahu Akbar. 4. MEMBACA SURAH AL-FATIHAH - bermula dengan bacaan Bismillah hinggalah Waladhaallin. 5. RUKUK DENGAN THUMAKNINAH - membongkok 90 darjah. 6. IKTIDAL DENGAN THUMAKNKNAH - berdiri betul selapas rukuk. 7. SUJUD DUA KALI DENGAN THUMAKNINAH - membongkok sehingga dahi berada diparas lantai. 8. DUDUK ANTARA DUA SUJUD DENGAN THUMAKNINAH - duduk sebentar selepas sujud yang pertama. 9. DUDUK BAGI TAHAIYAT AKHIR. 10. MEMBACA TAHAIYAT AKHIR. 11. MEMBACA SELAWAT - membaca selawat keatas junjungan Nabi Muhammad s.a.w. 12. MEMBERI SALAM - memalingkan muka kearah kanan dan memberi salam dan diikuti pula sebelah kiri juga dengan salam. 13. TERTIB – mengikut aturan turutan atau urutan seperti yang dahulu didahulukan dan yang kemudian dikemudiankan. Perkara lain yang dilakukan dalam sembahyang dari rukun ini dinamakan sunat.
MENJAGA KEBERSIHAN DIRI DAN PERSEKITARAN 1. Kebersihan diri dan persekitaran sangat penting bagi menjamin kesihatan. 2. Pengabaian kebersihan merupakan punca utama berlakunya sesuatu penyakit atau wabak. 3. Pada setiap tahun masyarakat diserang wabak seperti denggi, taun dan sebagainya. 4. Kebanyakan penyakit berlaku kerana sikap penduduk yang mengabaikan kebersihan diri dan persekitarannya. 5. Kebersihan diri perlu dijaga. 6. Setengah masyarakat masih mengabaikan kebersihan diri antaranya memakai pakaian yang kotor, pakaian berbau busuk, tidak mandi, tidak membersihkan diri, tidak memakai kasut, tidak membasuh tangan sebelum menjamah makanan, kuku dan rambut yang panjang. 7. Dari segi kebersihan persekitaran di rumah perlu dijaga untuk menjamin kehidupan keluarga yang sihat sejahtera. 8. Antaranya; rumput tidak dibiarkan panjang, longkang sentiasa bersih, tin-tin tidak bersepah, sampah sarap diurus dengan baik. 9. Keadaan ini dapat mengelakkan tiada sarang dan tempat bacteria dari merebak. 10. Aktiviti yang sesuai dilakukan adalah pengakap perlu bersama masyarakat bergotong royong membersihkan kawasan rumah dan persekitaran. 11. Pengakap juga boleh membantu ibu bapa atau keluarga membersihkan kawasan rumah dan sekitar disamping menjaga kebersihan diri. FAEDAH BERSENAM 1. Senaman sangat penting bagi peredaran darah dan pergerakan otot-otot. 2. Jantung dapat berfungsi dengan sepenuhnya 3. Jantung dapat mengepam darah ke seluruh tubuh badan dengan kadar yang seimbang 4. Peredaran darah yang seimbang sangat penting bagi menjamin kesihatan badan 5. Bahan-bahan kumuh akan keluar melalui kulit bersama-sama peluh. 6. Bahan-bahan kumuh merupakan bahan yang tidak diperlukan oleh badan manusia dan perlu dikeluarkan.
MENGETAHUI CARA MEMBERHENTIKAN DARAH YANG KELUAR DARI HIDUNG 1. Pendarahan hidung berpunca daripada beberapa sebab seperti demam yang terlalu kuat, cuaca yang terlampu panas dan pukulan terus ke hidung 2. Rawatan bagi hidung yang berdarah dapat diberikan dengan cara menyuruh pesakit menundukkan sedikit kepala ke hadapan. 3. Kemudian picit hidungnya dengan tangan. 4. Jangan biarkan pesakit terdongak ke belakang kerana ini boleh menyebabkan darah dalam hidung mengalir memasuki mulut dan tertelan. 5. Keadaan ini boleh mengakibatkan pesakit berasa resah, muntah serta sesak nafas 6. Longgarkan kolar dan butang baju pesakit 7. Memicitkan hidungnya lebih 10 hingga 15 minit atau boleh dilakukan sendiri 8. Pesakit dinasihati supaya bernafas melalui mulut sehingga beberapa lama 9. Apabila terdapat pembekuan darah pada rongga hidung, jangan buang atau mengusiknya 10. Apabila diusik, pendarahan baru akan berlaku
MENGETAHUI BAHAYA ALIRAN LETRIK, GAS 1. Banyak perkakakas elektrik digunakan di rumah seperti tv, radio, seterika, peti sejuk, kipas, cerek, periuk nasi, mesih basuh dan sebagainya. 2. Namun begitu, pengguna sentiasa terdedah kepada kemalangan dan kecederaan 3. Mungkin boleh membawa maut jika tidak berhati-hati. 4. Beberapa langkah perlu dilakukan untuk mengelakkan kemalangan semasa menggunakan peralatan elektrik 5. Menyambung satu perkakas elektrik pada satu plag sahaja. 6. Setiap perkakas elektrik disambung dengan betul dan dilakukan oleh mereka yang mahir. 7. Jangan menganggu alat-alat elektrik yang masih terpasang, kerana arus elektrik masih mengalir. 8. Tidak membaiki sendiri alat elektrik yang telah rosak 9. Pembaikan dan pemasangan yang salah boleh membawa maut. 10. Setiap plag 3 pin telah dimasukkan fius yang sesuai dengan arus elektrik yang mengalir melaluinya. Contohnya fius 2 Ampere dipasang pada kipas meja dan radio. Cerek elektrik 13 Ampere, penyaman udara 15 Ampere. 11. Tugas fius untuk memastikan supaya arus yang sesuai dibekalkan pada alat berkenaan. Arus yang melebihi hadnya, fius akan putus dan alat elektrik akan rosak.
BAHAYA GAS 1. Gas memasak membantu kita untuk memasak. 2. Perlu dikendali dengan baik 3. Peralatan dapur seperti kepala gas, saluran gas, kunci pada salur gas, kebersihan dapur mesti diperiksa secara berkala 4. Sekira peralatan tersebut kotor, bocor, haus perlu diselenggara dan ditukar baru 5. Kerosakan dan kebocoran boleh merbahayakan pengguna 6. Jangan terleka semasa mengendalikan dapur memasak 7. Memasak terlalu lama boleh menyebabkan letupan dan kebakaran 8. Gas boleh meletup dan mudah terbakar 9. Ini boleh menyebabkan kebakaran, melecur, kemusnahan harta benda, kecederaan dan kematian 10. Pastikan tingkap sentiasa terbuka semasa menggunakan gas 11. Sebarang perubahan seperti bau gas yang bocor dapat dikesan lebih awal.
MENGENAL PETI PERTOLONGAN CEMAS 1. Kapas 2. Kain kasa 3. Paster 4. Pin penyemat; menyemat pembalut luka 5. Dettol; membersihkan luka 6. Larutan iodine dan ubat luka; ubat luka 7. Minyak angin; sakit perut dan sakit biasa 8. Vicks; selsema, gigitan serangga, sakit tengkuk 9. Krim antisan; ubat gigitan serangga 10. Panadol; ubat demam 11. Optone; ubat mata 12. Burnal; untuk terbakar 13. Pembalut segi tiga; untuk membuat anduh, pad bulatan dan pelbagai kegunaan pertolongan cemas 14. Gunting atau pisau; memotong kain kasa, tali ketika kecemasan
ASAS KAWAD KAKI 1. PERGERAKAN BUKA BARISAN Barisan depan 2 langkah ke hadapan dan hentak kaki 2 kali ditempat kaki kanan. Barisan belakang 2 langkah ke belakang dan hentak kaki 2 kali ditempat kaki kanan. < < > > 2. PERGERAKAN TUTUP BARISAN > > < < Barisan depan 2 langkah ke belakang dan hentak kaki 2 kali ditempat kaki kanan. Barisan belakang 2 langkah ke hadapan dan hentak kaki 2 kali ditempat kaki kanan. Bahasa Hukuman (Dari Kedudukan Tutup Barisan) Buka Barisan .. Gerak! (Dari Kedudukan Buka Barisan ) Tutup Barisan .. Gerak!
BUNGA GETI Untuk sambung dua utas tali yang tidak sama besar atau tali yang berlainan jenisnya. Digunakan untuk sambung tali penarik bendera ke tali di penghujung bendera dalam flag break. SIMPUL SENTAK Mengikat tali sampan ke tiang jeti. Tidak sesuai digunakan di leher haiwan kerana mudah terjerut.
MEMASANG, MENGIBAR, MENURUN & MELIPAT BENDERA 1. Bendera adalah lambang kebesaran dan kedaulatan negara. Oleh yang demikian menaikkan dan menurunkannya hendaklah dalam keadaan dan cara yang sopan. Cara-cara yang sesuai ialah: 2. Sebelum menaikkan bendera ujilah tali temali bendera terlebih dahulu bagi memastikan ianya teguh dan tidak mudah putus hingga menyebabkan bendera jatuh atau melampai tidak tentu kibarannya. 3. Sebelum bendera dinaikkan, pastikan ianya dalam keadaan yang baik. 4. Mereka yang akan menaik dan menurunkan bendera hendaklah berpakaian kemas. 5. Menaik dan menurunkan bendera hendaklah dengan tertib iaitu perlahan-lahan. 6. Apabila mengibarkan bendera separuh tiang, bendera hendaklah dinaikkan sepenuhnya dahulu dan kemudian menurunkannya semula ke separuh tiang. 7. Apabila menurunkan bendera separuh tiang, langkah pertama ialah menaikkan semula bendera tersebut sepenuhnya dan kemudian menurunkannya terus 8. Bendera janganlah diletakkan di tanah semasa hendak menaikkannya. 9. Bendera janganlah dibiarkan meleret ke tanah sewaktu menurunkannya tetapi hendaklah ditatang atau diselimpangkan ke bahu apabila ia sampai ke bawah. 10. Selepas digunakan bendera hendaklah dilipat dan disimpan dengan baik di tempat tertentu supaya tidak dilangkahi dan sebagainya. 11. Bendera tidak seharusnya digunakan untuk mengalas meja atau menutup sesuatu melainkan sebagai memberi kehormatan negara seperti menutup keranda dalam Istiadat Pemakaman/ Pengkebumian Negara. 12. Bendera yang koyak dan telah bertukar warna adalah dianggap sebagai bendera yang uzur. 13. Bendera yang uzur hendaklah tidak dikibarkan kerana pengibarannya menunjukkan tanda tidak hormat. 14. Ianya hendaklah dimusnahkan dengan cara yang sopan dengan membakar bendera tersebut secara tertutup tanpa menunjukkan rasa tidak hormat kepada bendera tersebut.
MENGIBARKAN BENDERA Ahli Pengakap Kanak-Kanak telah selesai membuat Istadat Laung Agung. 1. Akela akan berkata "BENDERA". 2. Semua PKK mengadap bendera. 3. Petugas (Ahli dalam Sekawan Bertugas) keluar terus berkawad menuju ke tiang bendera. 4. Petugas (Ahli dalam Sekawan Bertugas) berhenti pada jarak satu langkah di hadapan tiang bendera. 5. Dalam keadaan sedia, tangan kanan petugas merentap (1 kali sahaja) tali bendera untuk "memecah bendera" dan selangkah ke belakang untuk memberi hormat bendera serta diikuti pemimpin dan PKK. 6. Petugas berpusing ke belakang dan kembali ke tempat asalnya dengan berkawad. 7. Selepas itu, Akela akan berkata "NEGARAKU". PKK secara serentak n menyanyikan lagu Negaraku bersama-sama dan kuat. Pada akhir lagu semua PKK mengadap kembali ke dalam bulatan seperti asal. 8. Selepas itu Akela berkata "DOA". Petugas (Ahli dalam Sekawan Bertugas) berkata "up" sebagai isyarat menadah tangan berdoa. Bagi yang bukan muslim, tundukkan kepala dan pandang tumit sambil bertafakur mengikut agama masing-masing. Selepas tamat doa Petugas (Ahli dalam Sekawan Bertugas) berkata "up" sebagai isyarat turunkan tangan. 9. Sekiranya ada Ketua Pemimpin, Akela akan melapur kepada Ketau Pemimpin atau minta menjalankan tugas lain. 10. Selepas itu Pemimpin dikehendaki memeriksa dan membetuklan kesilapan uniform PKK sebelum membuat pengumuman.
MENURUNKAN BENDERA 1. Ahli Pengakap Kanak-Kanak membuat bulatan mengikut Sekawan masing-masing. 2. Akela akan berkata "BENDERA". 3. Semua PKK mengadap bendera. 4. Petugas (2 orang ahli dalam Sekawan Bertugas) terus berkawad menuju ke tiang bendera dan 5. berhenti pada jarak satu langkah di hadapan tiang bendera. 6. Petugas 1 membuka ikatan tali bendera di tiang dan menurunkan bendera secara perlahanlahan dan dengan rasa hormat. 7. Petugas 2 berada di sisi Petugas 1 dan bersedia untuk menyambut hujung bendera yang turun dulu dan diletakkan di atas bahu kanannya 8. Bila bendera telah turun sepenuhnya (tanpa mencecah tanah), kedua-dua petugas membuka ikatan yang mengikat bendera 9. Setelah ikatan dibuka, mulakan melipat bendera. 10. Setelah bendera selesai dilipat, Petugas 1 memegang bendera manakala Petugas 2 mengikat tali ke tiang bendera. Setelah selesai, Petugas 2 kembali 2 Sekawannya. 11. Petugas 1 berkawad ke arah Akela dan menyerahkan bendera yang telah siap dilipat. Setelah selesai, Petugas 1 kembali ke Sekawannya. 12. Sekiranya ada Ketua Pemimpin, Akela akan menyerahkan bendera kepada Ketau Pemimpin.
MELIPAT BENDERA Seorang pengakap mesti mempunyai kemahiran melipat bendera dengan sempurna untuk disimpan. Ini sebagai salah satu cara menghormati bendera di samping untuk memastikan supaya ia tahan lama. Cara-cara melipatkan adalah seperti berikut. (Dua orang pengakap diperlukan untuk melipat) 1. Mula-mula bentangkan bendera di atas tanah atau lantai. 2. Setiap seorang pengakap hendaklah memegang dua penjuru bendera, kemudian dilipat dua bendera tersebut secara memanjang. 3. Untuk mengecilkan saiznya, lipat sekali lagi 4. Kemudian lipat dua bendera yang sudah dilipat empat tadi 5. Seterusnya lipat bendera sehingga saiznya berukuran kira-kira 25 cm x 30 cm 6. Ikat bendera tadi menggunakan simpul sentak
HAIWAN DAN SIFAT KHUSUSNYA HAIWAN SIFAT KHUSUS 1 Kucing Saiz : Berbagai saiz Badan : Berbulu pendek, tebal dan lembut Warna : Berbagai warna Kepala : Bulat dan bemisai Kaki : 4 kaki sama panjang Makanan : Nasi, ikan dan makanan proses Habitat : Hidup bebas Kelebihan : Manja, dipelihaa manusia 2 Burung Saiz : Berbagai saiz Badan : Berbulu pendek dan bersayap Warna : Berbagai warna Kepala : Memiliki paruh Kaki : Sepasang kaki bersisik Makanan : Bijiran, cacing Habitat : Dalam sarang di pokok, bumbung rumah Kelebihan : Jinak 3 Ikan Saiz : Berbagai saiz Badan : Leper Warna : Berbagai warna Kepala : Leper Kaki : Tiada Makanan : Cacing dan ikan kecil Habitat : Air Kelebihan : Dipelihara di dalam akuarium 4 Harimau Saiz : Besar Badan : Berbulu Warna : Hitam berbelang emas Kepala : Bulat dan bemisai Kaki : 4 kaki sama panjang Makanan : Haiwan lain Habitat : Hutan Kelebihan : Memiliki kuku tajam untuk membunuh haiwan lain 5 Ular Saiz : Berbagai saiz Badan : Bersisik Warna : Berbagai warna Kepala : Kaki : Tiada. Berak secara mengengsot Makanan : Haiwan lain Habitat : Hutan dan tempat sejuk Kelebihan : Membunuh mangsa secara mematuk dan melilit badan mangsa
CARA TUMBUHAN MENDAPATKAN MAKANAN Fotosintesis adalah proses pembuatan molekul makanan berenergi tinggi dari komponen yang lebih sederhana, yang dilakukan oleh tumbuhan autotrof (tumbuhan yang dapat membuat makanan sendiri). Daun merupakan komponen utama pada tumbuhan yang berperanan dalam fotosintesis ini, pada daun terdapat klorofil (zat hijau daun), klorofil inilah yang akan menyerap tenaga matahari sehingga dapat dimanfaatkan untuk menghasilkan makanan (nutrisi). Fotosintesis berperanan sangat penting bagi seluruh kehidupan organik di bumi. Kerana selain menghasilkan makanan, proses fotosintesis juga akan menghasilkan oksigen untuk kehidupan manusia dan makhluk hidup lainnya. FUNGSI FOTOSINTESIS Fungsi utama fotosintesis adalah untuk memproduksi glukosa sebagai sumber energy utama bagi tumbuhan, dengan adanya glukosa ini akan terbentuk sumber energi lemak dan protein pula. Zatzat ini akan menjadi sumber makanan bagi manusia dan haiwan, oleh itu proses fotosintesis ini sangat penting dalam kehidupan kita. Prose Fotosintesis dapat membersihkan udara. Udara dibersihkan dengan diserapnya karbondioksida dan dihasilkannya oksigen. Sehingga sering kita dengar penanaman pokok untuk membersihkan udara, karena ada proses fotosintesis inilah pokok berguna untuk membersihkan udara kita. Dalam proses fotosintesis ada 4 bahan yang harus dimiliki, iaitu: 1. Karbondikoksida (CO2) 2. Air 3. Cahaya Matahari 4. Klorofil
CARA MENYIMPAN MAKANAN 1. Jaga Kebersihan Membasuh tangan sebelum dan selepas mengendalikan makanan dengan 7 langkah basuh tangan yang betul Basuh tangan selepas keluar dari tandas Cuci dengan bersih peralatan yang digunakan untuk menyediakan makanan Lindungi kawasan dapur dan makanan dari dicemari oleh makhluk perosak seperti tikus dan serangga lain. 2. Asingkan Makanan Mentah Dan Makanan yang Telah Di Masak Asingkan makanan mentah seperti ayam, daging dan makanan laut daripada makanan yang telah dimasak. Gunakan perkakas dapur yang berasingan seperti pisau dan papan pemotong untuk menyediakan bahan mentah. Simpan makanan dalam bekas untuk mengelakkan makanan mentah bersentuhan dengan makanan yangtelah dimasak 3. Masak Dengan Sempurna Pastikan makanan di masak dengan sempurna sepenuhnya, terutama daging, ayam, telur dan makanan laut. Suhu didih bagi masakan bersup dan rebus hendaklah mencapai 70 darjah Celcius. Bagi daging dan ayam, pastikan air rebusnya kelihatan jernih dan bukan berwarna merah jambu Panaskan semula makanan yang telah masak sepenuhnya sebelum menikmatinya semula 4. Simpan Makanan Pada Suhu Yang Selamat Jangan letak makanan yang telah dimasak lebih dua (2) jam pada suhu bilik. Simpan makanan yang telah dimasak dan cepat rosak di dalam peti sejuk Pastikan makanan yang telah dimasak sentiasa panas (lebih daripada 60 darjah celcius) sebelum dihidangkan. Jangan simpan makanan yang telah dimasak atau lebihan makanan terlalu lama dalam peti sejuk melebihi lima (5) hari. Jangan biarkan makanan sejuk beku dicairkan pada suhu bilik 5. Gunakan Air Dan Bahan Mentah Yang Bersih Dan Selamat Gunakan air yang bersih atau yang telah dirawat agar ianya selamat untuk digunakan Pilih bahan makanan mentah yang segar dan selamat dimakan Untuk keselamatan, pilih makanan yang telah diproses, contohnya susu pasteur. Basuh buah-buahan dan sayur-sayuran terlebih dahulu, terutamanya jika dimakan mentah Elakkan makanan yang telah tamat tarikh luputnya
ASAS PENGGUNAAN KOMPUTER 1. Central Processing Unit (CPU) / Unit Pemprosesan Utama Melaksanakan setiap arahan dalam komputer dan mengawal setiap operasi sama ada perkakasan mahupun perisian. 2. Motherboard / Papan Induk Tempat hubungan untuk semua komponen- komponen di dalam komputer. 3. Random Access Memory (RAM) Tempat simpanan sementara data-data di dalam komputer. 4. Hard Disk Drive (HDD) / Pemacu Keras Ruang simpanan data dan maklumat. Ia juga digunakan untuk menyimpan sistem pengoperasian bagi sesebuah komputer. 5. Monitor / Paparan Skrin Memaparkan output komputer 6. Keyboard / Papan Kekunci adalah komponen yang selalu digunakan dan paling popular yang berfungsi untuk memasukkan data. 7. Mouse / Tetikus Alat penunjuk (pointing device) pada monitor yang digunakan untuk memilih objek-objek yang dikehendaki semasa melakukan tugasan pada komputer. 8. Casing / Kotak Logam adalah kotak logam yang berfungsi untuk menepatkan komponenkomponen komputer yang penting di dalamnya.
9. Power Supply Unit (PSU) / Pembekal Arus Membekalkan arus terus (DC power) kepada komponen komputer 10. DVD Drive / Pemacu DVD Membaca dan menulis data-data yang telah disimpan di dalam CD atau DVD 11. Graphic Card / Kad Grafik Mengeluarkan output paparan pada monitor. 12. Network Card / Kad Rangkaian Penghubung dalam rangkaian komputer. Komponen ini biasanya mempunyai port untuk RJ45 dari kabel rangkaian. 13. Sound Card / Kad Bunyi Pengolah data untuk audio dan suara 14. Printer / Pencetak Disambungkan ke Motherboard / Papan Induk untuk mendapatkan salinan atau beberapa dokumen yang disimpan di komputer, sama ada teks atau imej 15. Speaker / Pembesar Suara Mengeluarkan hasil proses dari CPU berupa suara atau audio 16. Microphone / Mikrofon Merakam suara semasa panggilan video, permainan konsol dan lain lain 17. Web Camera / Kamera Web Merakam gambar atau video secara langsung semasa atas talian dengan pengunaan internet
PENGGUNAAN TELEFON AWAM Telefon yang digunakan oleh orang awam dengan bayaran menurut tempoh masa dan jarak yang ditetapkan. Bayaran menggunakan duit syiling, kad debit atau kad kredit sebelum panggilan dibuat. Terdapat pusat membeli-belah, hospital, stesen bas, stesen kereta api, lapangan terbang serta tepi jalan. Biasanya disediakan syarikat komunikasi, tetapi terdapat juga telefon awam disediakan pekedai untuk kegunaan pelanggan mereka. Jika berlaku kecemasan di waktu malam ketika kita berada hospital dan telefon bimbit tiada kredit, jalan penyelesaiannya dengan membuat pangilan menggunakan telefon awam berhampiran. Telefon awam di hospital masih mendapat sambutan terutama dalam kalangan pekerja asing untuk menghubungi keluarga. Pelajar terutama di sekolah berasrama penuh juga memerlukan telefon awam untuk menghubungi ahli keluarga jika ada masalah kesihatan. Penduduk kawasan pedalaman yang tidak mempunyai liputan komunikasi secara meluas juga amat memerlukan telefon awam, terutama di klinik kesihatan. KESEDARAN sivik dan penekanan terhadap nilai-nilai murni sangat penting dalam membentuk budaya masyarakat yang menghargai telefon awam. Perbuatan merosakkan atau vandalisme akan menimbulkan kesukaran dan mungkin memudaratkan pengguna lain. Perbuatan seperti memecahkan telefon, memutuskan wayar, mencabut ganggang dan mencuri duit syiling adalah antara penyebab telefon awam idak berfungsi.
MENGETAHUI DAN MEMAHAMI ISYARAT WISEL JENIS TIUPAN TINDAKAN ----- Perhatian. Diam. Bersedia untuk tiupan seterusnya ----- o o o o o Semua datang berkumpul dengan segera ----- o o o Ketua Sekawan berkumpul ----- o o Penolong Ketua Sekawan berkumpul ----- o Kuartermaster Sekawan berkumpul ----- o ----- o ----- o ----- o Ada bahaya. Jauhkan diri dari kawasan ini ----- : Tiupan panjang o : Tiupan pendek
SYARAHAN DAN CERAMAH Mendengar secara aktif merupakan perlakuan yang memerlukan seseorang itu menumpukan perhatian kepada apa yang sedang didengar sama ada melalui pertuturan, bunyi-bunyi tertentu, atau alat pandang dengar. TUJUAN MENDENGAR 1. mendapatkan maklumat 2. mencatat nota 3. menjalankan atau menunaikan arahan 4. mengecam bunyi 5. mengenal pasti sesuatu perkara 6. menjawab soalan 7. mengingat dan menyatakan kembali perkara yang didengar 8. bertindak balas dengan sewajarnya terhadap perkara yang didengar PANDUAN MENDENGAR SECARA BERKESAN DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN Berdasarkan tujuan di atas maka dapatlah kita mengetahui betapa pentingnya mendengar secara aktif. Dalam pembelajaran, kemahiran mendengar perlu digunakan terutamanya semasa mendengar pengajaran guru. Antara perkara-perkara yang perlu diberikan pertimbangan semasa mendengar pengajaran guru ialah: 1. Tenangkan fikiran dan duduklah dalam keadaan yang selesa 2. Berikan tumpuan kepada guru 3. Kenal pasti tajuk dan tujuan kuliah. Ini ialah untuk memberikan tumpuan pendengaran kita kepada perkara-perkara yang hendak disampaikan 4. Elakkan perasangka buruk terhadap guru atau penceramah. Yang penting bukannya orangnya tetapi isi kuliahnya 5. Bersifat positif dan terbuka 6. Dengar dan fahamilah kuliah dengan teliti 7. Catat nota semasa mendengar isi-isi penting dan idea-idea utama yang dikemukakan oleh guru atau penceramah 8. Cuba sebutkan berulang kali dan secara perlahan-lahan setiap istilah baru yang didengar 9. Cuba kaitkan perkara-perkara tertentu dengan pengalaman anda sendiri untuk mengekalkan daya ingatan anda 10. Berikan tumpuan pandangan anda kepada idea-idea baru, isi-isi utama dan rumusan yang dibuat oleh guru atau penceramah.
MEMBERI PERTOLONGAN CEMAS SEMASA DI DALAM AIR Pertolongan yang dilakukan harus sesuai dengan keadaan mangsa. A. Pertolongan pada mangsa yang masih dalam keadaan sedar, anda dapat memberikan pertolongan dengan cara berikut: 1. Memberikan pertolongan dengan peralatan yang tersedia seperti ban dan pelampung atau barang lain yang dapat terapung. Penggunaannya diikatkan pada seutas tali sehingga mudah ditarik. 2. Melakukan pertolongan langsung kepada mangsa jika mangsa berada dalam kolam atau terapung- apung di permukaan air. 3. Jika korban masih dapat menggerakkan anggota tubuh (akibat tidak mahir berenang), pertolongan dapat dilakukan dengan mendorong tubuh korban ke arah sisi kolam secara perlahan-lahan.
B. Pertolongan pada mangsa dalam keadaan tidak sedar, kita dapat menolong mangsa yang tidak sedar dengan cara-cara berikut: 1. Mangsa yang masih di air, dapat dilakukan back stroke saving action, iaitu penolong berenang dalam keadaan terlentang dengan melakukan gerak kaki seperti gaya katak dan memposisikan tubuh di bawah mangsa. 2. Posisikan mangsa dalam keadaan berbaring, muka dan hidung mangsa berada di permukaan air dengan salah satu lengan atau kedua lengan menarik dagu mangsa. 3. Lakukan gerakan renang secara perlahan-lahan ke tepi. Jangan berenang terus ke arah mangsa. Apabila jarak anda hampir dengan mangsa, kehadiran anda tidak boleh diketahui mangsa dengan memastikan kedudukan anda berada di bahagian belakang. Kemudian, selam ke dalam air dan tangkap mangsa dari arah belakang di bahagian bawah lengan.