The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by rozidah tba1035, 2023-06-12 08:30:17

Buku Program PIBG SK BALAI BESAR

Buku Program PIBG SK BALAI BESAR

17JUN 2023 | SABTU | 9.00PAGI KANTIN,SKBALAI BESAR S K B A L A I B E S A R K A L I K E - 2 3 Disempurnakan oleh : Puan Kartina binti Ahmad Pengurus YaPEIM Negeri Terengganu


Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah SWT dengan izin dan limpah kurnia rahmatNya, kita dapat bersama-sama berkumpul dan berbincang untuk kejayaan anak-anak dalam Mesyuarat Agung PIBG kali ke-23. Kehadiran ibu bapa amat dihargai dan disanjung tinggi serta besar ertinya sebagai tanda sokongan dan komitmen terhadap sekolah ini. Saya juga ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada Ahli Jawatankuasa PIBG yang banyak memberi sumbangan dari segi tenaga dan kewangan membantu pihak sekolah. Sesungguhnya dengan adanya kerjasama yang erat antara PIBG dan sekolah, saya yakin kita mampu melonjakkan sekolah ini ke tahap yang cemerlang dan gemilang. SK Balai Besar sentiasa berusaha merancang dan mengadakan pelbagai aktiviti pada setiap tahun demi memastikan pembangunan sekolah ini meningkat dan membawa kebaikan kepada warga sekolah. Kejayaan demi kejayaan telah diterokai oleh warga sekolah baik dalam bidang akademik mahupun kokurikulum. Semua kejayaan in adalah hasil kesepaduan muafakat bersama. Suntikan semangat kejayaan ini dan kecemerlangan anak-anak terletak pada kita semua. Sesungguhnya gabungan usaha, kerjasama dan komitmen daripada semua pihak amat penting untuk memastikan anak-anak menempuh gelombang perubahan yang sentiasa diduga dengan pelbagai kerenah dan cabaran. Oleh itu, sumbangan PIBG dari segi material dan sokongan moral merupakan nadi penggerak dalam semua aktiviti pendidikan dan pembangunan prasarana telah banyak memberi peranan dalam meningkatkan prestasi dan kecemerlangan sekolah ini dalam pelbagai bidang. Akhir sekali, pada kesempatan yang ada saya ingin merakamkan terima kasih kepada Jawatankuasa PIBG sesi 2021/2023 dan tidak ketinggalan kepada Jawatankuasa Pelaksana Mesyuarat Agung PIBG kali ke-23 ini kerana telah memberi sumbangan bakti yang amat bermakna kepada sekolah. Sekian, terima kasih. G U R U B E S A R Puan Arzoraini binti Zahari GURU BESAR SK BALAI BESAR 1


Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah swt Selawat dan salam buat Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW, atas ruang dan peluang yang ada untuk mendekatkan diri kita kepada NYA Saya mewakili Ahli Jawatan Kuasa PIBG SK Balai Besar mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pihak di atas kerjasama yang diberikan kepada kami dalam menggalas amanah yang telah dipertanggungjawabkan ke atas kami Selaku YDP PIBG, saya dapati guru guru di SK Balai Besar sentiasa melakukan yang terbaik untuk kecemerlangan pendidikan anak anak kita Berkat kesungguhan guru guru beserta Kerjasama padu daripada para ibu bapa pelbagai kejayaan telah dicapai oleh pihak sekolah Semoga kerjasama erat ini akan diteruskan demi masa depan anak anak kita Dikesempatan ini saya ingin mengalu alukan para ibubapa untuk bersama sama menyumbang kepakaran,idea,tenaga atau apa sahaja yang boleh memacu kecemerlangan sekolah Marilah kita bersama para guru membimbing anak anak mencorak masa depan mereka yang gemilang Saya juga mewakili semua Ahli Jawatan Kuasa ingin memohon kemaafan atas kekurangan kami dalam menjalankan tugas sepanjang 2021 /2023 Akhir kata, sekalung penghargaan dan rakaman jutaan terima kasih saya ucapkan kepada semua yang telah membantu dan menjayakan program PIBG dan pihak sekolah selama ini Sekian terima kasih Y D P P I B G Dato' Paduka Rahmawati binti Ismail 2


Ketibaan ibu bapa Pendaftaran Ketibaan tetamu jemputan Ketibaan Perasmi Ucapan aluan Pengerusi Majlis Bacaan Doa Ucapan Puan Guru Besar SK Balai Besar Sesi 1 Cabutan Bertuah Ucapan YDP PIBG SK Balai Besar Sesi 2 Cabutan Bertuah Ucapan Perasmian Mesyuarat Agung dan Pelancaran Tabung Gajah Menyusur oleh Puan Kartina binti Ahmad Sesi 3 Cabutan Bertuah Penyampaian cenderahati AJK PIBG 2021-2023 Penyampaian cenderahati VIP (Pengurus YaPEIM Negeri Terengganu) Gimik Pelancaran Tabung Gajah Menyusur AGENDA 1 Ucapan Pengerusi Mesyuarat AGENDA 2 Membentang dan mengesahkan Minit AGENDA 3 Perkara-Perkara Berbangkit AGENDA 4 Membentang Laporan Aktiviti Tahunan sesi AGENDA 5 Membentang dan menerima Penyata Kewangan AGENDA 6 Cadangan Usul AGENDA 7 Pembubaran Jawatankuasa PIBG sesi 2021-2023 AGENDA 8 Pemilihan Jawatankuasa PIBG sesi 2023-2024 AGENDA 9 Lain-lain hal AGENDA 10 Ucapan Penangguhan Mesyuarat Agung yang lalu 2022/2023 3 8:00 Pagi 8:30 Pagi 9:00 Pagi 9:10 Pagi 10:30 Pagi 12:30 Tgh Persembahan Murid Jamuan Ringan VIP Sesi 4 Cabutan Bertuah Bersurai


Penasihat : Puan Arzoraini binti Zahari Yang Di Pertua : Dato’ Paduka Rahmawati binti Ismail Naib Yang Di Pertua : Encik Muhd Hasanul Isyraf bin Mat Junoh Setiausaha : Puan Noorhamizah binti Hassan Bendahari : Puan Yosni Nor Jannah binti Yong AJK Ibu Bapa : Encik Hasmadi Azri bin Hassan - Agama AJK Ibu Bapa : Muhd Hasanul Isyraf bin Mat Junoh- Akademik AJK Ibu Bapa : Encik Suhaimi bin Sulaiman - Akademik AJK Ibu Bapa : Encik Mohd Rahimi bin Razali - Perhubungan Luar/Komuniti AJK Ibu Bapa : Encik Md. Saupian bin Mohamad- Perhubungan Luar/Komuniti AJK Ibu Bapa : Puan Syarifah binti Azhar - e-sarana PIBG AJK Ibu Bapa : Puan Che Munasuriati binti Che Khalid- Keceriaan AJK Ibu Bapa : Encik Aswadi bin Awang- Sukan AJK Ibu Bapa : Encik Shahrin bin Othman- Sukan AJK Ibu Bapa : Puan Hafiza binti Mohd Riffin- Sukan AJK Ibu Bapa : Encik Muhammad Maulana bin Sulong- Dokumentasi AJK Ibu Bapa : Encik Hafizu bin Din AJK Ibu Bapa : Puan. Zaini binti Muhammad AJK Ibu Bapa : Prof Dr Azman bin Che Mat AJK Guru : Encik Abdull Halim bin Abdullah - Akademik AJK Guru : Encik Mohamad Asri bin Jusoh – eSarana PIBG AJK Guru : Encik Wan Khairul Azwa bin Wan Hamzah- Sukan AJK Guru : Encik Mohd Ridzuan bin Abdullah- Agama AJK Guru : Encik Zunaidi bin Musa - Sukan AJK Guru : Encik Muhammad Adam bin Ali @Mat Ali- Perhubungan Luar AJK Guru : Encik Zunaidi Amer bin Mamat – Keceriaan AJK Guru : Encik Tuan Syed Al Amin – Dokumentasi AJK Guru : Encik Azmi bin Usoh – Dokumentasi Pemeriksa Kira-kira : Puan Ili Izdihar binti Mohamad Pemeriksa Kira-kira : Encik Azmi bin Usoh J A W A T A N K U A S A P I B G S K B A L A I B E S A R TAHUN 2021 – 2023 4


P ENYAMBUT T E TAMU YDP P I BG NYDP P I BG Gu r u B e s a r B a ri s a n GP K SAMBUTAN C g S iti Ma h e r a n C g S a lt e e n i e P ENGURUS MAJ L IS C g H a n i b b i n Ad am P ENGA C ARA MAJ L IS C g S iti Ai s y a h ( K ) C g Ai s y a h Na d h ir a h P EN C ATAT /MENAI P MINI T (SIDANG 1 ) C g Ma i z a t u l Az n i d a ( K ) C a t a t + t a i p u c a p a n a l u a n d a n GB C g Ma z ir a C a t a t + t a i p u c a p a n YDP C g S a l i h a h C a t a t + t a i p u c a p a n p e r a smi a n P EN C ATAT /MENAI P MINI T (SIDANG 2 ) C g S u ri a ti C a t a t + t a i p a g e n d a 1 ,2, 3 C g R a i h a n a h C a t a t + t a i p a g e n d a 4, 5 , 6 C g S u l i a n a b i n ti B u s u C a t a t + t a i p a g e n d a 7 , 8 , 9 , 1 0 SURAT J EMPUTAN / BORANG USUL / SURAT MENYURAT C g S y e d Mo h d Al -Ami n ( K ) C g No o r h ami z a h P n R o s n a n i BUKU P ROGRAM C g R a i h a n a h ( K ) C g S u ri a ti C g No o r h ami z a h GIMIK P E LAN C ARAN TABUNG GAJAH MENYUSUR Us t a z R i d z u a n ( K ) C g S a if u l i z a n P ENASIHAT P ENGE RUSI T IMB . P ENGE RUSI NAI B P ENGE RUSI SE T IAUSAHA B ENDAHAR I : P uan Ar z o rai n i bi n ti Zahari (Gu r u B e s a r) : Dat o ' PAdu ka Rah m awati bi n ti I s m ai l (Ya n g DI p e rt u a P I BG) : E n c i k Mu hd Hasan u l I s y raf bi n Mat J u n o h (Na i b Ya n g DI p e rt u a P I BG) : E n c i k Abdu l l Hal i m bi n Abdu l lah @ J u s o h ( P K P e n t a d b ir a n ) : E n c i k Mo ha m ad As ri bi n J u s o h ( P K H a l E h w a l Mu ri d ) : E n c i k Saif u l i zan bi n Ghan i ( P K K o k u ri k u l um) : P uan No o r ha m i zah bi n ti Has san : P uan Yo s n i No r Jan nah bi n ti Yo ng 5


P ENDAF TARAN C g No rl i d a ( K ) C g R o h a i z a n C g S iti R o h a y a C g S a l w a S a k i n a h P n S y a rif a h P n Z a i n i C ABUTAN B E R TUAH C g S u h a i l a ( K ) C g Wa n Z u ri n a C g Yo s n i No rJ a n n a h C g Z a l i l a y a ti C g Azmi P n H i d a y a h BA C AAN DOA Us t a z H a r u n P E RSIAPAN T EMPAT C g S u l z ama n ( K ) C g H i z a r u d d i n C g Z u n a i d i Ame r C g Azmi C g K h a ir u l a kma n E n S h a h ri n E n Mu h amma d Ma u l a n a P n F a h a i z a t u ima Nu rf a d z ri e n a P E RSIAPAN P ENTAS ( BA C KDROP & HIASAN) C g R u z i a h ( K ) C g Z a ima h P n S y a rif a h P n C h e Mu n a s u ri a ti P n Z a i n i P n H a fi z a BANNE R & PUB L ISI T I C g Z u n a i d i Ame r ( K ) C g S h a if u l Z a l i z a n P E RSEMBAHAN MUR ID C g I l i I z d i h a r ( K ) C g H a l i z a C g Ma r d i a n a SIARAYA C g J a smi n ( K ) C g No o r Az u r a C g Z u n a i d i Mu s a 4 . E n As w a d i C ENDE RAMATA C g Yo s n i No rJ a n n a h C g Z a l i l a y a ti C g F u l y a n i P n C i k Mu n a s u ri a ti P n S y a rif a h DOKUMENTASI B E RGAMBAR C g Ai s y a h I b r a h im ( K ) C g Ak l ima l JAMUAN VI P C g S a lt e e n i e C g R o h a n i JAMUAN I BU BAPA C g R o s l i z a C g S a l i h a h C g S u l i a n a P n C i k Mu n a s u ri a ti JAMUAN GURU C g Z a ri d a h C g No r Az l i z a C g ‘Ad i l a h P ENGE RUSI MESYUARAT AGUNG YDP 6


7 MINI T MESYUARAT AGUNG PIBG KAL I KE -22 SK BALAI BESAR KAL I KE 22 TAHUN 2022 TARIKH : 24 JUN 2022, JUMAAT MASA : 3.00 PETANG TEMPAT : SECARA ATAS TALIAN ( GOOGLE MEET ) KEHADIRAN: BIL NAMA 1 Suhaida binti Musa 2 Sharifah Norazura binti Anawi 3 Ruziah binti Md Salleh 4 Muhammad Rushdi bin Ramli 5 Lili Afizah binti Mohd Saad 6 Che Yuslainie binti Che Ngah 7 Nor Fatehah binti Ahmad Shapie 8 Nor Fazni binti Mohamed 9 Roslina binti Yazit 10 Mohammad Firdaus Sulhi bin Ahmad Paris 11 Ayuwati binti Ismail 12 Roslan bin Embong 13 Nor Aidanawarni binti Ali 14 Nor Azliza binti Jusoh 15 Mohd Firdaus bin Muhamed 16 Surohaya binti Ab Rahman 17 Malina binti Isa 18 Noorhamizah binti Hassan 19 Ruslizaini binti Abdullah 20 Nor Fadhilah binti Abu Samah 21 Adawiyah binti Yusoff 22 Mohd Yusoff bin Awang 23 Syafie bin Musa 24 Malini binti Yasin 25 Nurfadiah Najihah binti Muhammad Ghani BIL NAMA 26 Kamaruzaman bin Mohd Ali 27 Noradilah binti Azman 28 Anidah binti Wasli 29 Syuhaida binti Hamid 30 Siti Aishah binti Ibrahim 31 Norsila binti Zakaria 32 Nasrul Iman bin Mohmad 33 Nor Aini binti Bidin 34 Esah binti Hitam 35 Nik Elianei binti Nasir 36 Ahmad Shafun bin Ismail 37 Rumaizah binti Jusoh 38 Siti Aisyah Umairah binti Ali 39 Noorzaila binti Mohamad Nor 40 Yusilawati binti Yusoff 41 Widad binti Ma 42 Nur Hamizah binti Awang 43 Mohd Kaswadi bin Abd Rahman 44 Aklimal binti Abdullah 45 Rosnida binti Mansor 46 Azuan bin Abd Aziz 47 Danial Adib bin Mazlan 48 Noor Yuhaniz binti Noor Din 49 Sofiah binti Ali 50 Roshayya binti Samat


8 BIL NAMA 51 Ros Selida Juliay binti Abdul Ghani 52 Salmaina binti Ramli 53 Muhammad Muzhaffar bin Mohd Aris 54 Suhardi bin Md Ghazali 55 Mohd Syafiq bin Roslan 56 Nor Saadah bin Che Deraman 57 Ain Nadira binti Aidilazaha 58 Nur Farrah Yasmin binti Abdul Latib 59 Siti Surina binti Abdul Rahman 60 Mohammad Hafizi bin Md Rus 61 Nur Nadziera Eva binti Mohd Nizam 62 Noraini binti Cami 63 Che Wan Norbayani binti Mohamad 64 Zamni binti Mohamad 65 Noraznee binti Mohd Zainun 66 Aishah binti Ibrahim 67 Hazalina binti Hamzah 68 Zalilayati binti Zainal 69 Zaini binti Muhamad 70 Norazila binti Ab Jalil 71 Nor Azlani binti Aziz 72 Norwati binti Muda 73 Nor Aiyuzi binti Abdul Razak 74 Muhamad Nor bin Muda 75 Nurhidayah binti Yusof 76 Nik Julaiha bin Hamdan 77 Suriyati binti Sulaiman 78 Nurul Sukma binti Omar 79 Azman bin Che Mat 80 Mazlina binti Abdul Razak BIL NAMA 81 Zaimah binti Mat Dahan 82 Zulhilmi bin Ahmad Tajudin 83 Jannatul Adniah binti Mohd Jarkasi 84 Latipah binti Ibrahim 85 Mazlinda binti Abdul Malek 86 Norlida binti Mohd Rahni 87 Noor Afizah binti Sahak 88 Rohaizan binti Abdullah 89 Rosnani binti Abd Rahman 90 Norhidayah binti Mohd Ashari 91 Adilah binti Abd Azis 92 Halimathun Saadiah binti Badiuzzaman 93 Mohd Rahimie bin Razak 94 Abu Bakar bin Man 95 Wan Zurina binti Wan Jusof 96 Rozipah binti Che Mat 97 Masitah binti Mokhtar 98 Tun Armizi Azri bin Tun Ali 99 Normah binti Abdullah 100 Ili Izdihar binti Mohamad 101 Rohaizan binti Abdullah 102 Rumaizah binti Jusoh 103 Zunaidi Amer bin Mamat @ Abd Rahman 104 Mohamad Asri bin Jusoh 105 Rozila binti Awang 106 Rosliza binti Abdul Rashid 107 Nur Hasyimah binti Abd Rahman 108 Noor Azura binti Mohd Noor 109 Yusri bin Yusuf 110 Sulzaman bin Sidek


9 BIL NAMA 111 Harun bin Md Ali 112 Dalila binti Ali 113 Siti Maheran binti Sheikh Abu Bakar 114 Normah binti Abdullah 115 Ruziah binti Md Salleh 116 Kamarul Arifin bin Abd Rahman 117 Raihanah binti Ismail 118 Azmi bin Usoh 119 Aswadi bin Awang 120 Cik Munasuriati binti Che Khalid 121 Nurul Afiqah binti Junaidi 122 Muhd Hasanul Isyraf bin Mat Junoh 123 Aminah binti Shamsuddin 124 Sharifah Hafzan binti Tuan Long 125 Syed Mohd Al-Amin bin Tuan Sharif 126 Nur Maisarah binti Shamsuddin 127 Muhammad Fitrie bin Mohamad Ariffin 128 Wan Zariana binti Wan Musa 129 Wan Suhaimi bin Wan Long 130 Zaridah binti Mohd Zin 131 Noorazlina binti Ahmad 132 Anis Hazwani binti Abdullah 133 Tg. Ahmad Hisyam bin Che Engku Abd Aziz 134 Che Munaalfizal binti Che Khalid 135 Ahmad Firdaus Iskandar bin Rosman 136 Rohani binti Yahya 137 Siti Norhafiza binti Razali 138 Hartina binti Omar 139 Normah binti Abdullah 140 Salihah Binti Mat Idris BIL NAMA 141 Nurul Masitah binti Hassim 142 Salwa Sakinah binti Sulong 143 Mohd Shukri bin Mohammad 144 Mardiana binti Jalil 145 Fulyani binti Md Hussin 146 Sharifah binti Azhar 147 Rozila binti Awang 148 Jasmin bin Ismail 149 Zarina binti Zainal 150 Hafizah binti Mustapa 151 Nurizzah binti Mustaffa 152 Rosmawati binti Awang @ Umor 153 Norhanisah binti Ab Rajak 154 Zarina binti Zainal 155 Arbaiyatul Hanum binti Abdul Rahman 156 Ahmad Zulkarnain bin Ramli 157 Norjule binti Bakar 158 Norhisham bin Jamel 159 Nur Solihah binti Ismail 160 Rozila binti Awang 161 Zaimah binti Mat Dahan 162 Nur Hidayah binti Iberahim 163 Nor Hafadhila binti Abdul Rani 164 Abd Kadir Jailani bin Draman 165 Muhammad Nizam bin Mamat @ Ismail 166 Siti Nor Hani binti Hassan 167 Nor Raihan binti Mukhtar 168 Barida binti Kasim 169 Adilah binti Abd Mutalib 170 Imafarizal bin Ibrahim


10 BIL NAMA 171 Che Zaleha binti Che Yaacob 172 Nurul Ashikin binti Akmal 173 Abdull Halim bin Abdullah @ Jusoh 174 Norhafshah binti Abu Bakar 175 Noor Hazlina binti Othman 176 Asma Wiyah binti Saad 177 Normah binti Abdullah 178 Siti Aisah binti Mohd 179 Fauziah binti Basok 180 Normah binti Ahmad 181 Aminah binti Mahmud 182 Zaleha binti Mustafa 183 Erlisa binti Ismail 184 Zaharina binti Daud 185 Normah binti Abdullah 186 Mizan bin Mamat 187 Yosni Norjannah Binti Yong 188 Farah Wahida binti Harun 189 Normah binti Abdullah 190 Rohaida binti Mohamad Basir 191 Roshida binti Ali 192 Nur Hamizah binti Awang 193 Suhaila binti Ismail 194 Aishah Nadhirah binti Rani 195 Rohani binti Manikam @ Yusuf 196 Nor Haslina binti Ab Jamal 197 Nurhasni binti Ghazali 198 Halida binti Awang Mohd 199 Asma Fatihah binti Husain 200 Suhaimi bin Sulaiman BIL NAMA 201 Nik Julaiha binti Hamdan 202 Rafidah binti Alias 203 Zaleha binti Bakar 204 Nafisah binti Hussin 205 Md. Saupian bin Mohamad 206 Muhammad Fais bin Abdul Talib 207 Hafizu bin Din 208 Noraini binti Taib 209 Wan Norani binti Wan Mohd Roslin 210 Asurah binti Tahar 211 Noraida binti Abdul Karim 212 Samsul bin Abdul Rahman 213 Kasmani binti Abdul Aziz 214 Farah Suzi binti Suliaman 215 Nor Haslindawati binti Nordin 216 Surianie binti Mahmood 217 Mohd Supian bin Sidek 218 Che Sarina binti Che Said 219 Nor Ayuzi binti Deraman 220 Azura binti Alias 221 Hafiza binti Mohd Riffin 222 Sharifah Nadira binti Syed Aluawi 223 Wan Noraini binti Wan Abdul Ghani 224 Noliza binti Jusoh @ Hamzah 225 Wan Noraini binti Wan Ab Ghani 226 Mohd Zubaidi bin Haron 227 Siti Aisyah binti Islahuddin 228 Suriati binti Che Juhari 229 Fatimah binti Mohamad 230 Harun bin Adam


11 BIL NAMA 231 Nurhida binti Razab 232 Kamariah binti Mohamad 233 Mohd Zailan bin Mohd Shariff 234 Nor Fauzana binti Kamarul Aizan 235 Md.Saupian bin Mohamad 236 Mohd Syahrill bin Ariffin 237 Noor Aini binti Ali 238 Md Hanafi bin Che Mohd 239 Maimunah binti Abdul Rauf 240 Normah binti Ahmad 241 Fadilah binti Ismail 242 Fahaizatuima binti Harun 243 Siti Rahayu binti Mohamed Jaafar 244 Tsuwaibatul Aslamiah binti Ismail 245 Mohd Mazeli bin Mohd Mukhtar 246 Munirah binti Mohd 247 Mohd Kamal bin Mohd Nor 248 Fairul Izuandy bin Chik 249 Nor Akmal binti Omar 250 Wan Nurmashila binti Wan Azmi 251 Zunaidi bin Musa 252 Zuhana binti Taman 253 Nor Ayuzi binti Deraman 254 Cik Nurfadzriena binti Mhd Asri 255 Fahima Nadiah binti Mohamad Zaid 256 Mohd Dzul Fahmy bin Rosli 257 Rafidah binti Muda 258 Zuhana binti Taman 259 Sharifah Mordiah binti Wan Hashim 260 Jamelliah binti Abdullah 261 Zuhana binti Taman 262 Noorkamariah binti Ngah 263 Syuhaila binti Hamid BIL NAMA 264 Muhammad Afif bin Ismail 265 Maizurah binti Hussin 266 Ahmad Zakwan bin Abdul Samat 267 Nurul Afiqah binti Junaidi 268 Sahrin bin Othman 269 Nor Dayana binti Ariffin 270 Haliza binti Mahmud Kamaruddin 271 Amiludin bin Abdul Rahman 272 Zaiton binti Hamat 273 Wan Khazimah binti Wan Sulaiman 274 Che Zaleha binti Che Yaacob 275 Suliana binti Busu 276 Nurul Ain binti Tahar 277 Mohd Helmy bin Ibrahim 278 Aishah binti Yusoff 279 Nur Amira binti Awang 280 Muhamad Maulana bin Sulong 281 Siti Nur Saadah binti Mohame Alway 282 Kamalruzaman bin Mahmmod 283 Hibatul Hakimi bin Haridzan 284 Rozizailani binti Abdul Ghani 285 Siti Rafiah binti Harun 286 Ramdiah Marhani binti Hanafi 287 Ahmad Rahmat bin Ramlee 288 Azizah binti Muhamad Hasan 289 Sunita binti Harun 290 Mohd Ridzuan bin Razak 291 Norhaini binti Abu Bakar 292 Mohd Noorhisyam bin Zahari 293 Tengku Aswadi bin Tengku Anuar 294 Zaharah binti Yusof 295 Noor Rashidah binti Rashid


SIDANG 1 : MAJLIS PERASMIAN 1.0 AGENDA 1 Ucapan Pengerusi Majlis ( Ustaz Ridzuan bin Abdullah ) 1.1 Sebelum memulakan majlis, pengerusi mengingatkan tentang etika yang harus dipatuhi ketika majlis berlangsung seperti memastikan mod senyap pada paparan skrin masing-masing, menghormati bacaan doa dan ketika ucapan disampaikan. Selain itu, terdapat 50 cabutan bertuah akan diadakan. Oleh itu, hadirin diminta berada dalam talian sehingga majlis berakhir. 1.2 Pengerusi mengalu-alukan kehadiran yang dihormati En. Mohd Roslan bin Omar, Penolong Pengurus Bank Rakyat Cawangan Dungun, Yang Berusaha Bonda Arzoraini binti Zahari, Guru Besar SK Balai Besar, Yang berbahagia Dato’ Paduka Rahmawati binti Ismail, Yang Di Pertua PIBG SKBB, barisan penolong kanan, barisan ahli jawatankuasa ibu bapa PIBG, guru-guru SK Balai Besar, ibu bapa dan murid-murid SK Balai Besar yang dikasihi sekalian yang sudi meluangkan masa menghadiri mesyuarat secara atas talian pada hari ini. 1.3 Pengerusi menyatakan bahawa objektif Mesyuarat Agung Tahunan (MAT) PIBG SK Balai Besar kali ke 22/2022 adalah untuk bertukar pandangan dan idea khususnya membantu pihak sekolah demi kecemerlangan dan kemenjadian anak-anak yang merupakan aset yang amat bernilai dalam sesebuah keluarga. Oleh yang demikian, permuafakan antara ibu bapa dan guru adalah tunjang pemangkin kepada kejayaan dan kecemerlangan sesebuah institusi pendidikan dalam usaha menjana modal insan yang berdaya saing dalam melayari bahtera kehidupan yang semakin mencabar. Justeru, kerjasama dan komitmen yang dicurahkan oleh guru dan ibu bapa, amat penting dalam usaha melahirkan murid yang berketerampilan bukan sahaja dalam bidang akademik, kokurikulum, bahkan sahsiah diri yang cemerlang. 1.4 Majlis dimulai dengan bacaan doa yang dipimpin oleh Ustaz Harun bin Muhd Ali. 2.0 AGENDA 2 Ucapan Puan Guru Besar ( Bonda Arzoraini binti Zahari ) 2.1 Puan Guru Besar memulakan majlis dengan ucapan Bismillahirahmanirahim dan Selawat ke atas Junjungan Mulia Rasulullah SAW. Beliau mengalungalukan kehadiran Yang Berbahagia Dato’ Paduka Rahmawati binti Ismail (YDP PIBG), Encik Mohd Roslan bin Omar selaku Penolong Pengurus Bank Rakyat Cawangan Dungun yang mewakili En Ahmad Zaidu bin Batiman, barisan pentadbir, AJK PIBG, guru-guru, ibu bapa dan murid-murid SKBB yang dikasihi sekalian. 12


2.2 Beliau merakamkan terima kasih atas kehadiran ibu bapa dengan jumlah 200 lebih membolehkan kita bermesyuarat pada hari ini. Beliau juga memaklumkan pertambahan bilangan murid SKBB daripada 600 lebih kepada 810 orang murid sekarang dan menjadi tanggungjawab beliau dan guru-guru menangani pelbagai masalah serta mengharapkan ibu bapa menggunakan medan yang betul untuk berbicara tentang kepentingan pendidikan anak-anak. 2.3 Beliau menjanjikan pendidikan berkualiti daripada guru-guru untuk anakanak SKBB dengan menggariskan 3 elemen penting dari segi kurikulum, hal ehwal murid, nilai dan pencapaian kokurikulum. Beliau turut merakamkan ucapan terima kasih kepada AJK PIBG yang hebat yang datang melatih sukan, buat signboard untuk mengawal kesesakan jalan raya, mengajar murid membaca untuk program Iqra’ Linus dan sebagainya. Berikutan pandemik, ramai murid tidak boleh membaca dan Program Iqra’ Linus diadakan untuk membantu murid yang menghadapi masalah ini. En Zaidu telah berbesar hati untuk memberi hadiah kepada murid yang lulus membaca. 2.4 Beliau memaklumkan SKBB menjadi benchmark TS25 dan tempat untuk dilawati oleh sekolah-sekolah untuk melihat transformasi sekolah berlaku. Pada hari Selasa depan, SKBB akan dikunjungi oleh 60 orang guru dari Marang untuk melihat TS25 namun ibu bapa tidak perlu risau kerana ia tidak akan mengganggu PdPc murid-murid. 2.5 Seterusnya baru-baru ini JPN mengiktiraf SKBB sebagai penerima Anugerah Pengurusan Pengawas Terbaik Peringkat Kebangsaan Tahun 2021. Tahniah kepada Ustaz Mohd Adam dan Ustaz Mohd Ridzuan serta AJK guru pengawas yang lain atas pencapaian ini. 2 orang guru terpilih menerima anugerah semasa sambutan Hari Guru Peringkat Daerah iaitu Cikgu Suhardi dan Ustazah Raihanah menunjukkan bahawa guru SKBB mempunyai keterbilangan yang sangat hebat. Beliau juga memaklumkan pencapaian sukan badminton berjaya ke peringkat negeri. Semua kejayaan ini adalah komitmen Bonda bersama guru, ibu bapa dan semua warga SKBB. 2.6 Pada pengakhiran kata, beliau mengharapkan segala masalah anak-anak dapat diselesaikan oleh ibu bapa melalui perbincangan tanpa mengaibkan sesiapa. Beliau mengatakan kesediaan untuk berunding dan mengalualukan ibu bapa berjumpa beliau untuk menyelesaikan masalah. 13


3.0 AGENDA 3: Ucapan Yang DiPertua PIBG (Dato’ Paduka Rahmawati binti Ismail) 3.1 Dato’ Paduka Rahmawati memulakan dengan Bismillahirahmanirahim, Selawat ke atas Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW dan ucapan salam. Beliau mengalualukan kehadiran Encik Mohd Roslan bin Omar, Penolong Pengurus Bank Rakyat Cawangan Dungun, Bonda Arzoraini binti Zahari, Guru Besar SK Balai Besar, guruguru penolong kanan, guru-guru, barisan ahli jawatankuasa PIBG dan ibu bapa yang sudi meluangkan masa untuk hadir dalam Mesyuarat Agung Tahunan ( MAT ) PIBG Kali Ke 22 bagi tahun 2022. 3.2 Beliau menzahirkan rasa syukur dan puji-pujian ke hadrat Allah SWT kerana diberi kesempatan untuk menjayakan MAT PIBG Kali ke 22 pada hari yang berbahagia ini. Beliau mengucapkan sekalung penghargaan buat Guru Besar, barisan pengurusan SKBB dan guru-guru yang sentiasa bertungkus-lumus dalam menjalankan amanah demi memastikan kemenjadian dan produktiviti murid-murid SK Balai Besar sehingga dinobatkan sebagai sekolah penanda aras TS25 bagi daerah Dungun dan telah memperoleh anugerah Pengurusan Pengawas Terbaik bagi peringkat kebangsaan. Begitu juga dalam bidang Kokurikulum yang telah terpilih ke peringkat negeri dalam sukan badminton. 3.3 Beliau juga mengucapkan syabas dan tahniah kepada dua orang guru yang telah menerima anugerah pada Hari Guru Peringkat Daerah iaitu Cikgu Suhardi bin Md Ghazali dan Cikgu Raihanah binti Ismail.Tidak lupa juga ucapan terima kasih buat ibu bapa yang sentiasa menyokong dan menyumbang mengikut kepakaran masingmasing serta buat Bank Rakyat yang turut memberikan sumbangan sebagai rakan strategik sekolah. 3.4 Beliau turut mengucapkan terima kasih kepada semua warga SKBB dan ibubapa kerana telah memberikan kepercayaan kepada beliau dalam menerajui kepimpinan PIBG SKBB dalam tempoh beberapa tahun ini. Tugas beliau sebagai YDP memerlukan kerjasama dan komitmen yang utuh daripada semua demi memastikan kemenjadian murid-murid SK Balai Besar. Beliau mengakhiri ucapan dengan terima kasih 4.0 AGENDA 4: Ucapan Perasmian oleh Penolong Pengurus Bank Rakyat Cawangan Dungun ( Encik Mohd Roslan bin Omar ) 4.1 Encik Mohd Ruslan bin Omar memulakan ucapan salam dan terima kasih kepada pengerusi majlis, Yang berusaha Puan Arzoraini binti Zahari, Guru Besar SK Balai Besar, Yang Berbahagia Dato’ Paduka Rahmawati binti Ismail selaku Yang Di Pertua PIBG , barisan guru penolong kanan, guru-guru, barisan ahli jawatankuasa PIBG dan para ibu bapa. 4.2 Beliau memanjatkan rasa syukur ke hadrat Ilahi kerana dapat bersama-sama dalam majlis MAT PIBG Kali ke 22 bagi tahun 2022 dan berasa gembira melihat kerjasama yang diberikan oleh semua pihak dan bersungguh-sungguh menjayakan majlis walaupun mesyuarat ini diadakan secara atas talian. Beliau juga berasa bangga di atas semangat yang ditunjukkan oleh semua pihak dan mengucapkan ribuan terima kasih bagi pihak sekolah kerana menjemput Bank Rakyat sebagai perasmi mesyuarat PIBG pada kali ini. Beliau turut menyampaikan salam bagi pihak Pengurus Cawangan Encik Ahmad Zaidu bin Batiman kerana tidak dapat menghadiri MAT PIBG Kali ke 22 ini kerana beliau menghadiri mesyuarat di Putrajaya. 14


4.3 Beliau merasakan peranan pendidikan pada hari ini telah berubah dengan jelasnya dari fungsi dan peranannya, khasnya murid-murid yang perlu dididik sebagai pewaris negara agar menjadi modal insan yang berakhlak mulia. Pada masa yang sama, sebagaimana kita sedia maklum persatuan ibu bapa dan guru atau dikenali sebagai PIBG adalah sebuah organisasi yang kukuh dan penting terhadap perkembangan sesebuah sekolah dan tidak dapat dinafikan peranan dan tanggungjawab PIBG di sekolah yang turut memberi kesan kepada kemajuan dan pencapaian sekolah. Hal ini kerana PIBG menjadi medium atau wahana untuk mencetuskan hala tuju matlamat sekolah kearah kecemerlangan dalam pendidikan negara. 4.4 Beliau juga merasakan pengurusan PIBG yang cemerlang akan melahirkan sekolah yang terbilang dan ianya bukan hanya angan-angan kosong sematamata malah diharap diaplikasikan sepenuhnya bagi mencapai hasrat yang sama kita inginkan. Perubahan dalam sistem pendidikan negara menuntut pengorbanan tinggi kepada guru-guru, tapi pada masa yang sama ia memerlukan sokongan padu dan berterusan daripada ibu bapa seterusnya murid-murid itu sendiri. Beliau yakin dengan kepimpinan sekolah yang sentiasa inovatif dalam memacu penghasilan daya kreativiti dan inovasi dalam proses pengajaran dan pembelajaran secara berterusan bagi menghasilkan pendidikan yang bermutu, para pengajar akan sentiasa melakukan anjakan paradigma dalam melaksanakan pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang menggalakkan murid-murid untuk berfikir secara kreatif dan inovatif. 4.5 Beliau juga melahirkan rasa bangga dengan pelbagai pendekatan bagi melahirkan pencapaian pendidikan yang cemerlang. Walaupun UPSR tiada lagi dalam kalendar sekolah, guru besar dan pengurusan sekolah telah merencana beberapa program bagi melahirkan murid-murid yang cemerlang di SK Balai Besar. Antara program yang dilaksanakan ialah penekanan solat dalam kehidupan, yang diadakan pada setiap hari Ahad bagi menanam kewajiban bersolat dalam diri murid. Selain itu, program penekanan kemampuan membaca atau dulu dikenali sebagai konsep 3M (Membaca, Menulis, Mengira) bagi memastikan tiada keciciran dalam kalangan murid-murid SK Balai Besar. Mudah-mudahan program ini mendapat sokongan daripada semua ibu bapa yang hadir pada hari ini dan di peringkat Bank Rakyat sendiri akan dipertimbangan sokongan atau bantuan ke sekolah untuk mencapai hasrat yang dijalankan. 4.6 Sebelum mengundur diri, beliau merakamkan sebuah puisi muafakat dan seterusnya dengan lafaz "Bismillahirrahmanirrahim" beliau dengan sukacitanya merasmikan mesyuarat agung PIBG SK Balai Besar kali ke 22 bagi tahun 2022. 15


16 SIDANG 2 : MAJLIS MAT PIBG KALI KE 22 TAHUN 2022 1.0 Agenda 1: Ucapan Pengerusi Majlis ( Dato’ Paduka Rahmawati binti Ismail ) 1.1 Dato’ Paduka Rahmawati binti Ismail memulakan majlis dengan salam dan bacaan Ummul Kitab. Beliau mengalu-alukan kedatangan Yang Berusaha Guru Besar SKBB, Puan Arzoraini binti Zahari, Yang dikasihi NYDP PIBG SK Balai Besar, En bin, barisan guru-guru penolong kanan, barisan guru-guru SK Balai Besar, para ibu bapa dan hadirin sekalian. 1.2 Beliau mengucapkan terima kasih kepada semua hadirin kerana dapat meluangkan masa untuk berada dalam menyuarat kali ke 22 walaupun pada hari minggu. 1.3 Beliau berharap mesyuarat dapat berjalan lancar serta mengharapkan semua hadirin menunggu sehingga menyuarat selesai kerana masih ada lagi cabutan bertuah. Tindakan dan makluman: Semua ibubapa 2.0 Agenda 2: Pembentangan dan Pengesahan Minit Mesyuarat Agung 2021 2.1 Minit Mesyuarat Agung Tahunan Kali ke 21 dikongsikan dalam mesyuarat melalui anyflip kepada hadirin. 2.2 Pengesahan Minit Mesyuarat 2.2.1 Cadangan: Encik Ahmad Rahmat bin Ramlee 2.2.2 Sokongan: Puan Siti Norhafiza binti Razali 3.0 Agenda 3: Pembentangan Program Tahunan PIBG Tahun 2021 – 2022 3.1 Setiausaha PIBG, Puan Noorhamizah binti Hassan membentangkan Laporan Aktiviti Tahunan PIBG SK Balai Besar sesi 2021-2022 bermula pada halaman 28, 29 dan 30.


17 4.0 Agenda 4: Pembentangan Kewangan PIBG pada 1.11.2021 hingga 30.6.2022 4.1 Bendahari PIBG, Pn Yosni Nor Jannah bt Yong membentangkan Laporan Penyata Kewangan PIBG 2021 seperti pada halaman 31. 5.0 Agenda 5: Sumbangan Tahunan PIBG 4.3 Hasil dari mesyuarat telah bersetuju mengekalkan sumbangan PIBG RM 30.00 untuk satu keluarga. Tindakan: Setiausaha dan Bendahari PIBG 6.0 Agenda 6: Pembentangan Usul / Cadangan 6.1 Pemberi usul : Pn. Nor Saadah binti Deraman Usul : Pihak sekolah perlu memantau isu kekerapan kehilangan barang persekolahan anak ketika sesi persekolahan berlangsung. Jawapan: Guru Besar mohon ibu bapa pantau barangan yang di bawa ke sekolah. Barangan keperluan pembelajaran sahaja yang dibenarkan. Barangan lain seperti telefon bimbit, jika hilang adalah tanggungjawab dan risiko sendiri. Satu program “Hak Orang Hak Orang, Hak Kita Hak Kita” di bawah unit HEM juga akan dilancarkan bagi memupuk nilai tanggungjawab dalam diri murid. 6.2 Pemberi usul : Pn. Norhidayah binti Mohamad Ramli Usul : Mencadangkan supaya pihak kantin menyediakan makanan yang mengenyangkan seperti nasi pada waktu KAFA. Jawapan : Selera murid berbeza beza. Ada murid menyukai mi, nasi dan lain lain. Cadangan ini cadangan yang baik. Pihak pengurusan akan mengutarakan cadangan ini kepada pengusaha kantin untuk menyediakan makanan yang pelbagai pada waktu KAFA 6.3 Pemberi usul : En. Aswadi bin Awang Usul : Mencadangkan supaya menambah atau mengadakan penapis air bagi kemudahan pelajar. Jawapan : Cadangan ini diterima sebulat suara. Penapis air akan disediakan dan dibiayai oleh PIBG ataupun menyediakan satu tabung khas untuk penapis air bagi kemudahan murid murid. 6.4 Pemberi usul : Pn. Siti Norhafiza binti Razali Usul : Mencadangkan untuk menambah batu di tempat murid menunggu dan pemeriksaan pemadam api oleh pihak bomba. Jawapan : Usul untuk menambah batu di tempat murid menunggu telah selesai. YDP PIBG sendiri telah menyumbangkan 2 buah lori batu kasaran. Berkenaan pemeriksaan pemadam api pula, pada minggu lepas semua pemadam api telah ditukar kepada yang baharu oleh pihak JKR.


18 6.5 Pemberi usul : Pn. Siti Norhafiza binti Razali Usul : Adakan program khusus untuk membantu murid-murid yang keciciran dalam pembelajaran. Jawapan : Guru Besar telah menjalankan program Iqra’ Linus dan program ini sedang berjalan setiap waktu pagi di bilik pemulihan. Program ini berfokuskan kepada kemahiran membaca. Program ini melibatkan komuniti seperti AJK PIBG, bekas guru SKBB dan juga guru guru SKBB sendiri. Untuk tempoh waktu ini, pihak sekolah fokuskan kepada pelajar tahap dua dahulu. 6.6 Pemberi usul : En. Azaha bin Shafie Usul : Mencadangkan penambahan wakaf atau kanopi putih tempat ibubapa menunggu anak-anak. Jawapan : Tempat atau kanopi untuk ibu bapa menunggu anak anak tidak akan disediakan bagi mengelakkan ibu bapa mengambil masa yang lama dan menyebabkan berlaku kesesakan jalan raya. Pihak sekolah mengutamakan konsep secara drive thru. 6.7 Pemberi usul : En. Mohd Shukri bin Mohammad Usul : Pantau lalu lintas dan jangan terlalu lama semasa menurunkan anak untuk mengelakkan kesesakan Jawapan : Guru Besar telah mengarahkan pengawal keselamatan untuk mengawal murid murid melintas jalan dan memohon kerjasama ibu bapa untuk tidak meletakkan kenderaan di laluan zebra crossing bagi melancarkan lalu lintas. 6.8 Pemberi usul : Pn. Nor Fauzana binti Kamarul Aizan Usul : Membaikpulih keadaan dan persekitaran tandas murid. Jawapan : Usul ini telah pun selesai pada minggu lepas. Tandas murid telah dibaiki menggunakan peruntukan daripada PPD sebanyak RM20 000. 6.9 Pemberi usul : Pn. Fauzana binti Kamarul Aizan Usul : Mencadangkan supaya pihak kantin menjual buah-buahan potong dan buahan campur. Jawapan : Setiap kantin mempunyai garis panduan untuk barangan jualan di kantin sekolah. Bonda akan berbincang dengan pengusaha kantin tentang cadangan ini


19 6.10 Pemberi usul : Pn. Norhidayah binti Mohamad Ramli Usul : Mencadangkan supaya menyediakan parkir khas bagi van sekolah. Jawapan : Usul ini telah selesai. AJK PIBG, En Shahrill telah membaik pulih dan meletakkan papan tanda parkir khas bagi van sekolah (di hentian bas) dan pihak sekolah memohon ibu bapa akur dan memberi kerjasama demi keselamatan murid murid. Makluman: semua ibu bapa dan ajk PIBG 7.0 Agenda 7: Ucapan Penangguhan YDP PIBG 7.1 Dato’ Paduka Rahmawati binti Ismail mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang dapat hadir dalam mesyuarat petang ini. 7.2 YDP mengharapkan semoga mesyuarat pada hari ini dapat banyak memberi manfaat dan info-info terkini. 7.3 Beliau juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada seluruh jawatankuasa Mesyuarat Agung Tahunan PIBG kali ke 22 tahun 2022. 7.4 YDP PIBG menangguhkan mesyuarat Agung Tahunan bagi tahun 2022 sehingga tarikh ditentukan kelak. Mesyuarat ditangguhkan pada jam 5:12 petang dengan Tasbih Kifarah dan Surah Al Asr. Disediakan oleh, ……………………… (ILI IZDIHAR BINTI MOHAMAD) Pencatat 1 Mesyuarat Agung PIBG Kali ke 22 Tahun 2022 ……………………… (SALIHAH BINTI MAT SAMAD) Pencatat 2 Mesyuarat Agung PIBG Kali ke 22 Tahun 2022 ……………………… (NOOR AZURA BINTI MOHD NOR) Pencatat 3 Mesyuarat Agung PIBG Kali ke 22 Tahun 2022 Disemak oleh, ……………………… (Puan Noorhamizah Binti Hassan) Setiausaha PIBG SK Balai Besar Disahkan oleh, ……………………… (DATO’ PADUKA RAHMAWATI BINTI ISMAIL) YDP PIBG SK Balai Besar Disahkan oleh, …………………….. (ARZORAINI BINTI ZAHARI) Guru Besar SK Balai Besar


20 MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE 22 TAHUN 2022 Tarikh: 2 April 2023 Bil Perkara Tindakan Makluman 5.1 Hasil dari mesyuarat telah bersetuju mengekalkan sumbangan PIBG RM 30.00 untuk satu keluarga. Setiausaha PIBG Bendahari PIBG Ibu bapa Telah selesai dikutip. 6.3 Pemberi usul : En. Aswadi bin Awang Usul : Mencadangkan supaya menambah atau mengadakan penapis air bagi kemudahan pelajar. Jawapan : Cadangan ini diterima sebulat suara. Penapis air akan disediakan dan dibiayai oleh PIBG ataupun menyediakan satu tabung khas untuk penapis air bagi kemudahan murid murid. Guru Besar Ibu bapa AJK PIBG Setiausaha Bendahari Sebuah mesin penapis air Coway selesai dipasang dan diletakkan di kantin pada 06 Julai 2022


21


22 Bil Aktiviti Tarikh 1 Kejohanan Merentas Desa peringkat sekolah 24 Mei 2022 2 Kejohanan Badminton Bawah 12 Tahun Zon Sura 27 Mei 2022 3 Mesyuarat AJK PIBG Kali ke 2 Sesi 2022 03 Jun 2022 4 Pemilihan dan Kejohanan Golf MSSD Dungun 16 Jun 2022 5 Kejohanan Bola Baling MSSD Dungun 20 Jun 2022 6 Pemasangan Penapis Air Coway Sumbangan Ibu Bapa & PIBG 06 Julai 2022 7 Kejohanan Olahraga MSSD Kali Ke 52 24 Julai 2022 8 Program Kembara Sufi Daerah Dungun 11-12 Ogos 2022 9 Program Kacau Bubur Asyura 18 Ogos 2022 10 Penilaian Anugerah Pusat Sumber Sekolah Peringkat Negeri 23 Ogos 2022 11 Pelancaran Bulan Kemerdekaan 01 September 2022 12 Lawatan Anak Yatim & Miskin ke K. Terengganu 22 September 2022 13 Kejohanan Olahraga Tahunan 11 - 13 Oktober 2022 14 Sambutan Maulidur Rasul 1444H 20 Oktober 2022 15 Kejohanan Ragbi Terbuka BADATS 4&5 November 2022 16 Program Iqra Linus 2 Sepanjang tahun 17 Majlis Titipan Kasih Kenangan Abadi 04 Januari 2023 18 Mesyuarat AJK PIBG kali ke 3 sesi 2022 06 Januari 2023 19 Hari Anugerah Kemenjadian Murid 2022/2023 11 Januari 2023 20 Pemasangan Kanopi Sumbangan Pibg 14 Januari 2023 21 Bantuan Awal Persekolahan 2023 19 Januari 2023 22 Program Ziarah Cakna 1 Februari 2023 23 Majlis Apresiasi Kokurikulum 08 Februari 2023 24 Pembelian Barangan Dan Keperluan Sekolah Untuk Anak Yatim Dan Miskin 13 - 15 Februari 2023 25 Majlis Khatam AlQuran 15 Februari 2023 26 Selamat Kembali Ke Sekolah 19 Mac 2023 27 Sambutan Hari Guru Dan Hari Raya 16 Mei 2023 28 Mesyuarat AJK PIBG kali ke 1 sesi 2023 07 Jun 2023 29 Majlis Sanjungan Budi Tautan Rindu 13 Jun 2023 30 Mesyuarat Agung Tahunan PIBG kali ke 23 17 Jun 2023


Penghargaan Jutaan terima kasih kepada Ahli Jawatankuasa PIBG SK Balai Besar sesi 2021/2023, Ahli Jawatankuasa Kerja Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-23, Warga SK Balai Besar, Ibu bapa/Penjaga dan semua yang terlibat secara langsung mahupun tidak dalam menjayakan Mesyuarat Agung PIBG pada tahun ini


Click to View FlipBook Version