UNIT PEMBANGUNAN SAHSIAH
PERATURAN SEKOLAH
Semua murid dikehendaki membaca dan memahami semua aspek PERATURAN SEKOLAH yang telah dipaparkan.
DISIPLIN
Seorang murid yang berdisiplin sentiasa mematuhi dan taat kepada ajaran agama dan mengamalkan nilai-nilai kebudayaan Malaysia, memahami dan menghayati
Rukun Negara serta mematuhi peraturan sekolah dan undang-undang negara.
Antara ciri-ciri penting seorang yang berdisiplin adalah seperti berikut
⮚ Taat dan setia kepada Raja dan Negara
⮚ Mencintai sekolah
⮚ Memahami serta mematuhi peraturan-peraturan
⮚ Berbudi bahasa,bersopan santun dan berdiplomasi
⮚ Menepati masa
⮚ Rajin dan berdaya usaha
⮚ Jujur dan ikhlas
⮚ Menghormati orang lain
⮚ Sentiasa bersedia, berkhidmat dan bekerjasama
1. SESI PEMBELAJARAN PAGI DAN PETANG
SESI SESI PAGI SESI PETANG
WAKTU REHAT WAKTU REHAT
HARI WAKTU DATANG WAKTU BALIK WAKTU DATANG WAKTU BALIK
ISNIN 7.20PG 9.20PG 9.40PG 10.00PG 12.10 TGHARI 1.10PTG 1.10PTG 1.15PTG 3.15PTG 3.45PTG 6.35PTG
SELASA 7.20PG 1.15PTG TH 1 TH2 &TH3 6.35PTG
RABU 7.20PG PPKI TH4 TH5&6 PPKI THP1 PPKI THP2 THP2 12.50TGHARI 6.10PTG
KHAMIS 7.20PG 12.50TGHARI 3.15PTG 3.45PTG 6.10PTG
JUMAAT 7.20PG 9.20PG 9.40PG 10.00PG 12.10TGHARI 12.40TGHARI 1.10PTG 2.10PTG TH 1 TH2 &TH3 6.00PTG
ISNIN-JUMAAT
RABU PPKI TH4 TH5&6 PPKI THP1 PPKI THP2 THP2 3.15PTG 3.45PTG
TH 1 TH2 &TH3
9.20PG 9.40PG 10.00PG 12.10TGHARI 12.40TGHARI 1.10PTG
3.15PTG 3.45PTG
PPKI TH4 TH5&6 PPKI THP1 PPKI THP2 THP2 TH 1 TH2 &TH3
9.20PG 9.40PG 10.00PG 12.10TGHARI 12.40TGHARI 1.10PTG 3.15PTG 3.45PTG
TH 1 TH2 &TH3
PPKI TH4 TH5&6 PPKI THP1 PPKI THP2 THP2
9.20PG 9.40PG 10.00PG 12.10TGHARI
PPKI TH4 TH5&6 PPKI & THP2
PRA SEKOLAH 8.00-12.00
KOKURIKULUM PPKI TH4,TH5,TH6 12.30-2.30 KOKURIKULUM TH4,TH5,TH6 2.00-4.00
2. MASA PERSEKOLAHAN
● Loceng pertama dibunyikan 10 minit sebelum waktu pertama persekolahan -
Tahap 1 - 1.00 petang
Tahap 2 - 7.20 pagi
● Waktu rehat selama 20 minit. Semua murid mesti keluar dari kelas pada waktu rehat dengan arahan dan pengawasan Guru dan Pengawas.
● Apabila loceng tamat rehat dibunyikan semula, murid mesti berbaris di dataran perhimpunan harian dan masuk ke kelas dengan arahan guru dan kawalan pengawas yang
bertugas.
● Murid masuk ke dalam kelas bersama guru yang mengajar waktu pertama selepas perhimpunan dan selepas rehat.
3. WAKTU PERTUKARAN KELAS
● Semua murid mesti berbaris dengan senyap dan berjalan pantas serta mengikut arahan guru semasa pertukaran kelas
● Pada waktu pertukaran kelas, semua murid tidak dibenarkan ke tandas kecuali bagi kelas Pendidikan Jasmani.
● Pintu, lampu, kipas hendaklah ditutup sebelum bergerak ke kelas lain.
4. WAKTU PULANG
● Apabila loceng waktu pulang dibunyikan, semua murid mesti keluar dengan senyap dan teratur serta diawasi oleh guru waktu terakhir dan pengawas.
● Murid perlu berkemas, bersiap sedia untuk pulang dan mengutip sampah di lantai kelas.
5. PAKAIAN SERAGAM SEKOLAH
● Pakaian seragam sekolah yang lengkap, kemas dan berlencana mesti dipakai pada hari-hari persekolahan, menghadiri acara rasmi sekolah dan semasa membuat lawatan rasmi.
● Semua murid diwajibkan memakai pakaian seragam sekolah dari rumah ke sekolah sehinggga pulang ke rumah. Murid tidak dibenarkan datang ke sekolah atau pulang dalam
pakaian sukan kecuali kelas yang ada mata pelajaran Pendidikan Jasmani.
● 5.1 Pakaian Murid Lelaki
⮚ Seluar - Mestilah berwarna biru tua (navy blue). Bagi seluar panjang, lebar kaki seluar itu mestilah diantara 13-18 inci sahaja.
⮚ Tali pinggang - Adalah daripada jenis yang berkepala tidak besar atau berhias. Lebar tali pinggang tidak melebihi 1 ½ inci atau 3.75cm. Warna tali pinggang
mestilah hitam.
⮚ Baju - Berwarna putih dan berlengan pendek kecuali Pengawas sekolah / Pengawas PSS / Pengawas Siber dan Pembimbing Rakan Sebaya (PRS)
⮚ Kasut - Kasut berwarna hitam hendaklah dipakai bersama-sama stoking berwarna hitam.
- Kasut berwarna putih hendaklah dipakai bersama-sama stoking berwarna putih.
● 5.2 Pakaian Murid Perempuan
⮚ Pakaian murid perempuan pinafore tunic adalah berwarna biru tua dan labuhnya sampai ke lutut.
⮚ Baju Kurung dan Kain Sarung - Murid-murid perempuan boleh juga memakai baju kurung sekiranya dikehendaki oleh ibu bapa / penjaga mereka dengan
⮚ Tudung/Mini telekung syarat baju kurung itu berwarna puith dan kain sarung berwarna biru tua. Hanya butang putih atau butang katup boleh
⮚ Anak tudung dipakai pada baju kurung. Kerongsang tidak dibenarkan
- Murid-murid perempuan digalakkan memakai tudung. Mini telekung dan tudung itu mestilah berbentuk segi tiga dua sama
dan berwarna putih, berukuran sesuai dengan murid yang memakainya. Tudung bermanik dan berenda tidak dibenarkan.
- Murid-murid perempuan perlu memakai anak tudung yang berwarna putih sahaja.
⮚ 5.3 TATACARA PAKAIAN SEKOLAH
● 5.4 Pakaian Semasa Bersukan / Pendidikan Jasmani
⮚ Semasa menjalani aktiviti PJ, murid dikehendaki memakai:
T-shirt sukan sekolah / t-shirt berwarna putih dan seluar panjang (track bottom) sekolah berwarna hitam /biru gelap yang dibenarkan.
⮚ Murid perempuan yang bertudung dikehendaki memakai tudung putih sekolah dengan T-shirt berlengan panjang.
6. RAMBUT DAN KUKU
Murid lelaki mestilah menjaga rambut supaya sentiasa bersih, kemas dan pendek. Istilah pendek ialah:
● Di belakang : rambut tidak melebihi garisan di bawah cuping dua telinga.
● Di depan : rambut tidak menutup tengah dahi.
: rambut yang menyentuh telinga dan side burn tidak melebihi garis tengah hidung.
● Tidak dibenarkan menyimpan misai, jambang dan janggut. Istilah misai tidak termasuk bulu roma tebal yang mula tumbuh dibibir atas
murid-murid lelaki yang beransur baligh dan bulu roma ini tidak perlu dicukur.
Jika rambut panjang (perempuan), rambut mestilah diikat dan beriben hitam atau putih. Rambut yang diikat hanya boleh diikat satu (ekor kuda)
atau dua ataupun diikat sebagai tocang (plait)
● Murid dilarang mewarna dan menginaikan rambut serta kuku ketika waktu persekolahan.
● Murid dilarang menyimpan kuku panjang.
ADAB KE SEKOLAH
⮚ Adab ialah perbuatan kebaikan, kesantunan, moral, sopan santun, kesusilaan, kemanusiaan.
ADAB KETIKA DI SEKOLAH
⮚ Mengucapkan selamat dan salam sejahtera semasa bertemu dengan kawan dan guru
⮚ Menghormati guru
⮚ Tidak membuang masa di sekolah
⮚ Menumpukan perhatian sepenuhnya ketika guru sedang mengajar
TUJUAN PERGI KE SEKOLAH
⮚ Mendapatkan ilmu
⮚ Mengeratkan hubungan silatul rahim
⮚ Pergaulan yang sihat
FAEDAH MENJAGA ADAB KE SEKOLAH
⮚ Mendapat pahala
⮚ Berdisiplin
⮚ Dihormati oleh guru dan rakan-rakan
⮚ Senang dan tenang untuk belajar
⮚ Mudah memahami apa yang diajar oleh guru
⮚ Menjadi pelajar cemerlang dan dicontohi
PERLAKUAN YANG TIDAK WAJAR DIAMALKAN KETIKA BELAJAR
⮚ Bermain-main ketika belajar
⮚ Tidak menumpukan sepenuh perhatian kepada pelajaran
⮚ Mengganggu kawan yang sedang belajar
AKIBAT BERPERLAKUAN TIDAK BAIK KETIKA BELAJAR
⮚ Hati menjadi resah
⮚ Tidak kemas dan kotor
⮚ Pergi ke sekolah dengan tergesa-gesa
⮚ Dikenakan tindakan disiplin
⮚ Kurang tumpuan dalam pembelajaran
⮚ Tidak disenangi oleh guru dan rakan
AKSESORI MASK YANG DILARANG PAKAI KE SEKOLAH
YANG DILARANG
BOLEH PAKAI