Nota ini berpandukan Buku PANDUAN Rancangan Pendidikan Individu (RPI) Murid-Murid
Berkeperluan Khas. 2000: Jabatan Pendidikan Khas, Kementenrian Pelajaran Malaysia.
Rancangan Pendidikan Individu
2011
Disediakan Oleh:
Cikgu Nurita Binti Juslin
Setiausaha RPI
Definisi dan konsep RPI?
HMMM…
• RPI merupakan satu perjanjian bertulis di antara ibu bapa
dan pihak sekolah tentang keperluan-keperluan kanak-kanak
dan cara bagaimana keperluan-keperluan tersebut boleh
dipenuhi. Dari segi pelaksanaan, RPI adalah sebuah kontrak
tentang perkhidmatan-perkhidmatan yang perlu disediakan
untuk seseorang murid tersebut.
Daniel P.Hallahan dan James
M.Kauffman, 1997
RPI ialah :-
• Satu dokumen bertulis.
• Dirancang khusus untuk seseorang murid.
• Dibentuk bertujuan untuk mendokumentasikan segala
pengubahsuaian dan penerapan ke atas program
pembelajaran serta perkhidmatan yang disediakan.
Fungsi RPI!
Sebagai satu alat atau instrumen untuk
menentukan kerjasama dan kolaborasi antara
Sekolah, Ibu bapa dan Murid itu sendiri. Jika
perlu, penglibatan Pegawai Pendidikan Dearah
dan Individu dari Agensi atau khidmat
sokongan lain.
ELEMEN RPI :-
1. Kerjasama
2. Berkongsi Maklumat
3. Keputusan Bersama
4. Kebolehpercayaan
5. Dokumentasi
6. Proses Hasil
ELEMEN RPI :
1. KERJASAMA
• Bekerja dalam kumpulan merupakan
ELEMEN PENTING dalam RPI.
• RPI dirangka oleh sekumpulan
individu yang terlibat secara lansung
dengan pendidikan dan kebajikan
murid berkenaan.
• Ibu bapa dan guru merupakan orang
yang sangat penting dalam proses ini.
ELEMEN RPI :
2. BERKONGSI MAKLUMAT
• Perancangan RPI mesti berdasarkan
kepada maklumat yang dikumpul
daripada individu yang mempunyai
hubungan rapat dengan murid.
• Maklumat ini mesti dikongsi bersama
dan menjadi asas kepada keputusan
untuk membina perancangan
pendidikan yang akan dibuat.
ELEMEN RPI :
3. KEPUTUSAN BERSAMA
• Ibu bapa dan golongan profesional
bekerjasama untuk menyediakan
RPI.
• Mereka perlu membuat keputusan
bersama untuk menentukan apa
yang diperlukan oleh murid
berkenaan dan bagaimana RPI dapat
dilaksanakan dengan lebih berkesan.
ELEMEN RPI :
4. KEBOLEHPERCAYAAN
• Objektif pengajaran dan prosedur
penilaian perlu diterangkan dalam
RPI.
• RPI juga perlu dibuat semakan
pemantauan dan penilaian dari
semasa ke semasa.
ELEMEN RPI :
5. DOKUMENTASI
• RPI perlu didokumentasi bagi
tujuan rujukan dan panduan
semua pihak.
ELEMEN RPI :
6. PROSES DAN HASIL
• RPI merupakan proses yang meliputi
aktiviti bagi memastikan program P&P
yang sesuai dan berkesan untuk murid
berkenaan.
• Diantara proses RPI ialah:-
i) Merujuk pihak yang terlibat.
ii) Mengumpul maklumat
iii) Mengadakan mesyuarat
iv) Bina rancangan bertulis
v) Laksanakan apa yang dirancang
vi) Menilai pembelajaran yang telah
dijalankan
1. Komprehensif
3. Ikut Urutan 2. Spesifik
CIRI-CIRI RPI
5. Mudah Difahami
6. Digubal Bersama
4. Sesuai dan Realistik
1. Komprehensif
Merangkumi pelbagai bidang iaitu:
• Komunikasi
• Tingkah laku
• Sosial Alam Sekeliling / Persekitaran
• Pravokasional / Vokasional
• Kemahiran Amali Untuk Berdikari
• Rekreasi dan Daya Kreatif
• Nilai dan Kerohanian
2. Spesifik
Matlamat dan Objektif RPI ditulis dalam bentuk kemahiran
tingkah laku yang boleh dibuat pemerhatian dan ianya boleh
diukur.
3. Ikut Urutan
RPI dibentuk berasaskan urutan perkembangan
kemahiran dan urutan fungsi kemahiran.
4. Bersesuaian dan Realistik
Matlamat dan objektif RPI mestilah bersesuaian
dengan tahap kebolehan, keupayaan dan kadar
perkembangan murid.
5. Mudah Difahami
RPI ditulis dalam bahasa yang mudah supaya senang
difahami oleh semua pihak yang terlibat.
6. Digubal Bersama
RPI merupakan satu rancangan kerja yang telah
dipersetujui bersama sepenuhnya oleh murid, ibu
bapa, guru, golongan profesional dan kumpulan
pelbagai disiplin yang berkenaan.
AJK RPI
1. Pentadbiran Sekolah
2. Ibu Bapa / Penjaga
3. Guru Pendidikan Khas
4. Kumpulan Pelbagai Disiplin
PERANAN DAN SUMBANGAN
PENTADBIRAN SEKOLAH
• Mempengerusikan majlis
perjumpaan.
• Memperkenalkan semua ahli
jawatankuasa (AJK).
• Menjawab soalan-soalan
berkaitan dengan pentadbiran.
• Bertindak segera ke atas perkara
yang diperlukan.
PERANAN DAN SUMBANGAN
IBU BAPA / PENJAGA
• Tentukan objektif jangka panjang yang
diingini.
• Bekerjasama menentukan objektif
pengajaran tingkahlaku.
• Bekerjasama mewujudkan kesinambungan
pengajaran antara sekolah dengan rumah.
• Berhak mengetahui perkhidmatan yang
diberikan oleh pihak sekolah.
• Menyemak RPI anaknya.
• Memberi maklumat tepat tentang anaknya.
PERANAN DAN SUMBANGAN
GURU PENDIDIKAN KHAS
• Kumpul maklumat murid.
• Beri maklumat ikut tahap keupayaan
dan kelemahan pembelajaran murid.
• Beri kepakaran untuk modifikasi dan
adaptasi kurikulum.
• Ajar murid secara individu.
• Berhak tolak sebarang cadangan dari
mana-mana pihak jika cadangan itu di
luar kemampuannya.
• Ambil tindakan ke atas perkara yang
telah dipersetujui.
• Buat penilaian dan pemantauan ke atas
murid.
PERANAN DAN SUMBANGAN
KUMPULAN PELBAGAI DISIPLIN
• Beri khidmat bantuan kepada
murid ikut keperluan.
• Jadi sukarelawan.
• Sediakan maklumat profesional
tentang permasalahan dan
kekuatan murid dari aspek
kepakaran mereka.
Kepentingan RPI ialah :-
• Membolehkan murid-murid mengikuti
program pendidikan yang dirancangkan
sama ada telah diadaptasi atau
dimodifikasi dengan lebih berkesan.
• Tujuannya:-
1. Jenis modifikasi dan adaptasi yang
dibuat ke atas kurikulum asal.
2. Perkara yang perlu dipelajari murid.
3. Jenis strategi dan teknik
pengajaran yang perlu digunakan.
4. Penilaian pencapaian kemahiran.
proses RPI beri kebaikan kepada:
Murid
• Perancangan pendidikan yang
digubal bantu murid dalam proses
pembelajaran.
• Berpeluang untuk terlibat dalam
program pembelajaran yang
dirangka.
• Menjadikan matlamat dan objektif
lebih jelas.
proses RPI beri kebaikan kepada:
Guru-Guru
• Menerangkan peranan dan tugas guru dengan
jelas.
• Berpeluang untuk dapat maklumat murid.
• Menyediakan forum untuk mendapatkan
pandangan, bantuan resos dan sokongan dan
perkhidmatan pihak berkenaan.
• Menyediakan dokumentasi bagi tujuan
kesinambungan amalan dalam segala aspek
perkhidmatan yang digunakan.
• Sediakan bantuan untuk selesaikan masalah.
• Sediakan maklumat yang tepat daripada
mereka yang berhubung rapat dengan murid.
• Memastikan bidang tugas yang perlu nasihat
golongen profesional.
proses RPI beri kebaikan kepada:
Ibu Bapa / Penjaga
• Berpeluang untuk terlibat secara langsung
dalam penyediaan objektif dan matlamat
pembelajaran anak mereka.
• Berpeluang mendapatkan penerangan
dengan jelas tentang perkara yang perlu
dilakukan bagi membantu pembelajaran
anak mereka di rumah.
• Menyediakan forum untuk minta
pertolongan, resos, sokongan dan
perkhidmatan daripada pihak berkenaan.
• Berpeluang berkongsi maklumat dengan
golongan profesional yang terlibat secara
langsung dengan anak mereka.
proses RPI beri kebaikan kepada:
Agensi yang Berkaitan
• Perolehi maklumat sistematik untuk
mengenal pasti keperluan individu
murid.
• Perolehi maklumat tentang
perkhidmatan penilaian
berdasarkan kepada objektif yang
dibentuk.
• Membantu mengenalpasti
keperluan latihan.
proses RPI beri kebaikan kepada:
semua yang terlibat
• Berpeluang meningkatkan komunikasi.
• Sediakan forum untuk menyelesaikan
masalah.
• Merangsang peningkatan tahap
pendidikan.
• Mewujudkan pakar perancangan dari
pelbagai peringkat untuk merangka
program pendidikan.
• Menyediakan program penilaian.
PENYEDIAAN RPI
• Memberi peluang kepada semua
pihak yang terlibat dengan murid-
murid berkeperluan khas untuk
sama-sama merancang program
yang paling sesuai untuk murid
berkenaan.
CARTA ALIRAN PROSES PENYEDIAAN RPI
Rujukan pihak yang terlibat
Pengumpulan data
Mesyuarat
Penyediaan / Penulisan RPI
Pelaksanaan
Penilaian
Rujukan Pihak Terlibat
Pada peringkat ini hubungan komunikasi
yang baik perlu diwujudkan:
1. antara guru.
2. antara ibu bapa dan sekolah.
3. antara sekolah dan agensi
luar yang berkaitan.
Pengumpulan Data
Mengumpul segala maklumat berkaitan dengan
kekuatan, kelemahan dan keperluan murid yang boleh
membantu proses pengajaran dan pembelajaran.
Maklumat dikumpul melalui: kesihatan dan
1. Borang biodata murid.
2. Sejarah hidup termasuk aspek
perkembangan.
3. Borang kaji selidik akademik.
4. Ujian diagnostik.
5. Pemerhatian ke atas murid.
Maklumat yang dikumpul hendaklah dianalisi, dirumus
dan dicatat dalam Borang Rumusan Data Awal sebagai
panduan semasa sesi mesyuarat Ahli Jawatankuasa RPI.
Mesyuarat
Mempunyai 2 fungsi utama, iaitu:
1. Aspek Tugasan.
2. Tanggungjawab.
1. Aspek Tugasan
• Berkongsi maklumat.
• Menyediakan matlamat dan objektif.
• Menyenaraikan strategi pengajaran.
• Membahagikan tugas kepada
individu yang terlibat dalam
pengajaran.
• Menyediakan kriteria penilaian.
• Menetapkan tarikh penilaian /
semakan semula.
2. Tanggungjawab
• Pastikan setiap orang berpeluang untuk
mengeluarkan pendapat.
• Menerima pendapat dan persepsi daripada
orang lain.
• Menghormati setiap orang tanpa mengira
pangkat dan jawatan.
Dalam peringkat ini, perkara berikut wajib
dilakukan:
1. Wujudkan jawatankuasa.
2. Edar maklumat yang diperolehi kepada
semua ahli yang terlibat.
3. Adakan mesyuarat yang dipengerusikan
oleh Pengetua atau pentadbir sekolah.
Penyediaan / Penulisan RPI
• Tidak ada format yang khusus.
• Penulisan RPI perlu mempunyai
komponen-komponen berikut:-
1. Objektif yang khusus untuk murid.
2. Strategi pengajaran yang terperinci.
3. Mengenal pasti individu yang akan
bertanggungjawab terhadap tugas
berkenaan.
4. Resos yang diperlukan untuk capai
objektif.
5. Prosedur penilaian yang terperinci.
Pelaksanaan
• Di peringkat ini, segala resos dan
kemudahan bantuan perlu disedia,
diselaras dan dipantau untuk
membantu pencapaian pengajaran
murid.
• Perkara-perkara yang perlu diberi
perhatian ialah:
1. Penyelarasan resos dan kegunaannya.
2. Mengenal pasti individu yang
bertanggungjawab tentang pelaksanaan.
3. Penyelarasan program.
4. Bantuan dan sokongan kepada guru.
5. Pemantauan dan penilaian program.
Penilaian
• Diperingkat ini, mesyuarat penilaian perlu
dibuat.
• Maklumat tentang pencapaian dan
perkembangan murid dikumpul dan diedar
kepada ahli.
• Maklumat yang tepat tentang pencapaian
murid perlu dibentang oleh guru.
• Segala maklumat ini perlu dibincang
bersama oleh AJK bagi tujuan pemantauan.
• Jika perlu strategi yang lain perlu dirangka
untuk capai objektif yang dirancang.
• Sekiranya, objektif dan matlamat telah
dicapai, program yang seterusnya dirangka
sesuai dengan matlamat berikutnya.
AGENDA MESYUARAT AJK RPI
Perkara-perkara yang perlu diberi
perhatian semasa mesyuarat RPI
dijalankan:
1. Pengenalan dan Agenda Mesyuarat.
2. Mengkaji Kekuatan dan Keperluan
Pembelajaran.
3. Pembentukan Matlamat dan Objektif.
4. Keputusan untuk Mendapat Resos.
5. Penulisan Rancangan Pengajaran.
6. Penutupan.
Perkara-perkara yang perlu diberi perhatian semasa mesyuarat RPI
dijalankan:
Pengenalan dan • Peranan Pengerusi mesyaurat adalah
Agenda memperkenalkan setiap ahli dan tugas masing-
Mesyuarat masing.
Mengkaji • Pengerusi juga perlu menerangkan peranan ahli
Kekuatan dan berkenaan dalam setiap aspek pendidikan murid.
Keperluan
Pembelajaran • Pembentukan Perancangan yang sesuai bergantung kepada
ketepatan mengenal pasti kekuatan, keperluan dan tahap
Pembentukan pencapaian semasa murid.
Matlamat dan
Objektif • Ini adalah bahagian penting yang perlu diketahui oleh semua
ahli bagi membentuk perancangan yang efektif.
• Sekiranya maklumat ini diperolehi awal, adalah lebih baik
ianya diedarkan untuk mengelakkan pembeziran masa
sewaktu perbincangan.
• Bahagian ini merupakan bahagian yang paling penting bagi
menyediakan perancangan pengajaran yang sesuai.
• Penbentukan matlamat dan objektif memerlukan kepakaran
dan kemahiran.
• Adalah lebih baik sekiranya semua ahli dalam mesyuarat
sebulat suara bersetuju untuk menentukan objektif yang
hendak dicapai oleh murid.
Perkara-perkara yang perlu diberi perhatian semasa mesyuarat RPI
dijalankan:
Keputusan Untuk • Dalam RPI, perlu ada resos yang hendak digunakan
Mendapat Resos bagi mancapai matlamat yang harus dicapai oleh
murid.
Penulisan
Rancangan • Resos ini mungkin sedia ada di sekolah atau resos
Pengajaran tambahan yang boleh didapati daripada agensi-
agensi luar.
• Dalam hal ini, ahli perlu bekerjasama untuk
mendapatkan resos berkenaan.
• Keputudan yang dibuat dalam mesyuarat perlu dicatat dalam
dokumen RPI.
• Setiap ahli dalam mesyuarat RPI tidak semestinya
menandatangani dokumen ini tetapi memadai nama mereka
dicatat, dan menyemak serta membaca RPI yang telah
disiapkan.
Penutup • Bahagian ini merupakan peringkat yang paling penting dalam
mesyuarat RPI. Setiap keputusan yang telah dibuat dan
dipersetujui bersama dibaca dan diperdengarkan kepada ahli
untuk perhatian.
• Selain itu, segala tugasan yang telah diagihkan kepada ahli
perlu diterangkan semula.
• Dalam mesyuarat ini keputusan akan dibuat untuk
menentukan tarikh mesyuarat yang akan datang.
PENULISAN RPI
Setiap dokumen RPI harus mengandungi
perkara-perkara berikut:
1. Nama AJK
2. Matlamat
3. Pencapaian Murid
4. Objektif
5. Prosedur dan Kriteria Penilaian
6. Strategi Pengajaran
7. Resos
8. Orang yang Bertanggungjawab
9. Inklusif
10. Catatan
PENULISAN RPI
Setiap dokumen RPI harus mengandungi perkara-perkara berikut:
Nama AJK • Nama-nama ahli yang terlibat dalam pengendalian RPI dan
Matlamat yang berkaitan dengan pendidikan murid adalah perlu
Pencapaian Murid disenaraikan untuk tujuan rujukan dan rekod.
Objektif • Merupakan pencapaian sasaran dalam jangka masa panjang.
• Ia mestilah berkaitan dengan objektif dan tahap pencapaian
Prosedur dan murid masa kini.
Kriteria Penilaian
• Tidak semestinya semua objektif perli dicapai dalam jangka
masa tertentu.
• Pilih bidang-bidang yang penting sahaja dan tumpukan satu
atau dua perkara pada satu-satu masa.
• Merupakan pencapaian sasaran dala jangka masa yang
ditetapkan.
• Ia perlu dinyatakan dengan terperinci dan tepat.
•Objektif-objektif hendaklah disenaraikan menurut keutamaan.
• Boleh juga dijadikan sebagai sebahagian daripada objektif atau
ditulis di bahagian lain dalam tajuk yang berlainan.
PENULISAN RPI
Setiap dokumen RPI harus mengandungi perkara-perkara berikut:
Strategi Pengajaran • Bahagian ini menentukan murid dapat mencapai objektif
pengajaran.
•Strategi ini tidak seharusnya ditulis dengan terperinci tetapi
perlu ditulis oleh AJK yang terlibat dengan penggubalan RPI.
• Terdapat kepelbagaian strategi yang boleh digunakan, seperti:
1. Bimbingan rakan sebaya ½ jam sehari.
2. Sistem kontrak dengan pengukuhan yang sesuai.
3. Membaca di rumah dengan penglibatan ibu bapa.
4. Lathan harian yang dirancang oleh guru dan diajar oleh rakan
sebaya.
5. Latihan fisioterapi selama 1 jam dua kali seminggu.
Resos • Resos yang difikirkan sesuai dan perlu oleh AJK RPI harus
ditulis dengan jelas.
• Contohnya: ½ jam bersama rakan sebaya
2 jam fisioterapi setiap hari
• Guru perlu memastikan resos ini tersedia pada waktunya.
• RPI juga perlu menyatakan dengan jelas objektif yang akan
dicapai dan resos yang akan digunakan.
• Seterusnya bagaimana resos itu dapat digunakan untuk
mencapai objektif berkenaan.
PENULISAN RPI
Setiap dokumen RPI harus mengandungi perkara-perkara berikut:
Orang Yang • Penjelasan tanggungjawab adalah sangat penting.
Bertanggungjawab • Bahagian ini menyatakan individu yang bertanggungjawab
untuk memastikan murid mencapai objektif pembelajaran.
•Setiap ahli yang dipertanggungjawabkan perlu diberitahu
terlebih dahulu untuk membuat persiapan.
Inklusif • Dlam RPI harus dijelaskan jangka masa dan seba-seba mengapa
murid berkenaan diinklusifkan ke kelas biasa.
Catatan • Ruang catatan digunakan untuk ulasan penulis atau pihak-pihak
yang berkaitan dan juga bole digunakan sebagai rekod.
• Boleh juga digunakan untuk mencatat penggunaan resos.
MATLAMAT
• Ialah objektif jangka panjang yang menyatakan
tentang kemampuan secara umum apa yang akan
berlaku kepada murid.
• Perkara-perkara yang perlu ada ketika pilih
matlamat:
1. Bersifat positif
2. Ambil kira kekuatan murid
3. Tidak terhad kepada keperluan murid itu sahaja.
• Biasanya, matlamat yang dibuat oleh guru dan ibu
bapa berbeza. Oleh itu, adalah penting ibu bapa
dan pihak sekolah mempunyai kata sepakat
berkenaan dengan pemilihan objektif yang hendak
dicapai murid.
• Perbincangan ini hendaklah dilakukan sebelum
mesyuarat RPI dijalankan secara rasmi.
OBJEKTIF
• Ialah pencapaian yang akan dicapai
oleh murid dalam jangka masa
pendek yang mana kemahiran itu
akan membantu untuk mencapai
matlamat.
• Objektif dikategorikan sebagai:
1. Objektif tingkah laku
2. Objektif pangajaran dan pembelajaran.
• Membentuk matlamat dan objektif
dalam RPI merupakan satu daripada
keperluan P&P Pendidikan Khas.
Keperluan dan Kebaikan Menulis Objektif
dalam RPI ialah:
• Menggalakkan perancangan pengajaran dan penilaian yang
sistematik.
• Tingkatkan kebolehpercayaan ~ Boleh digunakan oleh semua
pihak sebagai pengukur sama ada apa yang boleh diajar sudah
tercapai atau belum.
• Meningkatkan motivasi murid.
• Persediaan Guru untuk merancang pembelajaran dengan lebih
tepat dan lengkap ~ Guru merancang jenis-jenis kemahiran yang
akan diajar kepada murid. Ini akan membantunya merancang
pengajaran mengikut keperluan murid.
• Objektif yang ditulis dengan jelas dapat beri kefahaman yang
lebih kepada semua pihak tentang apa yang diharapkan dan bila
ia akan dicapai oleh murid.
• Beri peluang kepada guru untuk berbincang dengan semua
pihak yang terlibat.
• Asas penentuan matlamat pengajaran yang membantu.
• Menjelaskan lagi perkara yang hendak diajar.
Komponen Objektif Pengajaran
• Objektif Jangka pendek adalah lebih
khusus jika dibandingkan dengan
objektif jangka panjang.
• Objektif perlu mengandungi 4
komponen:
1. TINGKAH LAKU yang akan dilakukan oleh
murid.
2. KEADAAN yang mana murid akan
melakukan tingkah laku.
3. KRITERIA untuk menjayakan perlakuan
tingkah laku.
4. MURID yang terlibat.
Peringkat-Peringkat Penulisan Objektif
• Pihak terlibat dalam penulisan RPI PERLU TAHU
perkara-perkara berikut:
1. APA yang dapat dilakukan oleh murid.
2. BILA dan DI MANA tingkah laku itu berlaku.
3. TANDA-TANDA yang memberi gambaran bahawa
murid itu telah mencapai objektif.
• Contoh kepada teras objektif:
- Murid boleh menyebut perkataan dengan betul yang
terdiri daripada dua suku kata terbuka dan tertutup.
- Murid boleh melontar bola dengan menggunakan
dua belah tangan.
- Murid boleh menulis huruf besar dan noktah dengan
betul di dalam ayat.
- Murid boleh duduk diam di tempat sendiri selama 5
minit.
Pemilihan Objektif
• Guru harus memastikan objektif yang dipilih itu
mencerminkan apa yang boleh dicapai oleh murid.
• Pemilihan objektif haruslah berpandukan kepada
keutamaan.
• Persoalan berikut boleh membantu AJK RPI memilih
objektif:
– Adakah dengan pencapaian objektif ini akan
membantu pencapaian matlamat?
– Adakah ibu bapa telah diberitahu tentang objektif
ini?
– Adakah objektif itu bermakna kepada murid?
– Adakah objektif itu sesuai dengan murid berkenaan?
– Bagaimanakah objektif itu bersesuaian dengan
kemahiran lain yang perlu dicapai oleh murid?
– Bagaimanakah objektif itu bersesuaian dengan
program yang dijalankan dalam bilik darjah?
Selamat Membina RPI cikgu
~..TAMAT..~