The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

BMMB3283 KESUSASTERAAN KANAK-KANAK DALAM PENDIDIKAN BAHASA MELAYU

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by aliahanan10, 2025-02-26 10:28:45

BUKU CERITA KANAK-KANAK

BMMB3283 KESUSASTERAAN KANAK-KANAK DALAM PENDIDIKAN BAHASA MELAYU

HATI EMAS MIA ALIA HANAN PUAN NORANI


Buku ini kepunyaan ___________________


HATI EMAS MIA


Cetakan pertama 2025 Hak Cipta Terpelihara Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian, artikel, ilustrasi dan isi kandungan dalam buku ini dalam apa jua bentuk dan dengan cara apapun sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman dan cara lain sebelum mendapatkan keizinan daripada penerbit. ISBN : 978-967-5580-XX-X Terbitan: Institut Pendidikan Guru Malaysia Kampus Ilmu Khas, Kuala Lumpur Jalan Yaacob Latif, 56000 Cheras, Kuala Lumpur


Assalamualaikum dan salam sejahtera, Terlebih dahulu, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua yang sudi membaca kisah ini. "Hati Emas Mia" ditulis dengan penuh kasih sayang untuk menyampaikan nilai murni tentang keikhlasan, kebaikan hati, dan kepentingan membantu sesama makhluk, sama ada manusia mahupun haiwan. Mia adalah contoh seorang kanak-kanak yang mempunyai hati yang tulus. Dia tidak mengharapkan balasan atas setiap kebaikan yang dilakukan, tetapi baginya, kegembiraan orang lain sudah cukup untuk membuat hatinya bahagia. Dalam dunia yang serba pantas ini, kisah seperti Mia mengingatkan kita bahawa kebaikan yang kecil sekalipun mampu memberi kesan besar dalam kehidupan seseorang. Saya berharap kisah ini dapat memberi inspirasi kepada kanak-kanak untuk sentiasa bersikap baik dan prihatin terhadap orang lain. Semoga "Hati Emas Mia" menjadi cerita yang bukan sahaja menghiburkan tetapi juga mendidik hati dan jiwa kita semua. Penulis Alia Hanan Prakata Penulis


Keistimewaan buku 1.Mengandungi nilai murni yang mendidik. 2.Bahasa yang mudah dan mesra kanak-kanak. 3.Watak utama yang boleh dijadikan teladan. 4. Ilustrasi berwarna yang menarik. 5.Memberi inspirasi kepada kanakkanak untuk berbuat baik.


Mia seorang budak perempuan yang baik hati dan suka membantu orang lain. Sikapnya yang penyayang bukan sahaja terhadap manusia tetapi juga haiwan. Dia sentiasa ringan tulang, sama ada di rumah, di sekolah, atau ketika bertemu sesiapa yang memerlukan bantuan. Keikhlasan Mia dalam berbuat baik akhirnya mendapat perhatian ramai. Namun, baginya, kegembiraan sebenar adalah melihat orang lain tersenyum. Apakah kebaikan yang telah Mia lakukan? Ikuti kisahnya dalam "Hati Emas Mia"! ??✨ Sinopsis


NENEK TUA IBU MIA Watak dan Perwatakan seorang budak perempuan berumur 10 tahun yang baik hati. Mia suka menolong orang dalam kesusahan MIA Ibu Mia seorang ibu yang menyokong setiap apa yang Mia lakukan. Ibu yang sangat bangga dengan anaknya. Nenek yang tua berjalan secara perlahan sambil membawa bakul kuih.


Di sebuah kampung , tinggal seorang budak perempuan bernama Mia. Mia berusia sepuluh tahun, Mia seorang yang baik hati dan suka membantu orang lain.


Setiap pagi, Mia akan membantu ibunya menyapu halaman rumah. Ibunya selalu tersenyum melihat kerajinan Mia.


"Mia anak yang baik, ibu sangat bangga dengan kamu, " kata ibunya sambil mengusap kepala Mia.


Pada suatu hari, ketika Mia pulang dari sekolah, dia ternampak seorang nenek tua sedang membawa bakul kuih. Nenek itu kelihatan letih dan berjalan dengan perlahan.


Mia segera mendapatkan nenek itu dan bertanya, "Nenek, boleh saya bantu?" Nenek itu tersenyum lega dan mengangguk. Mia membawa bakul kuih itu sehingga sampai ke rumah nenek.


Sebagai tanda terima kasih, nenek memberikan Mia sebiji kuih. Mia tersenyum dan mengambilnya dengan hati yang gembira. Mia pun pulang ke rumahnya.


Pada suatu petang, ketika Mia sedang bermain di luar rumah, hujan tiba-tiba turun dengan lebat. Dia segera berlari menuju ke rumah. Tiba-tiba, dia terdengar bunyi "meow". Bunyi yang semakin kuat membuatkan Mia tercari-cari.


Mia mencari arah bunyi itu. Di bawah pokok besar, berhampiran dengan rumahnya, dia melihat seekor anak kucing yang basah kuyup dan menggigil kesejukan.


“Kesiannya kucing ini” bisik Mia. Tanpa berfikir panjang, Mia segera mengangkat anak kucing itu dan membawanya pulang ke rumahnya.


Sampai di rumah, Mia terus mengeringkan bulu anak kucing itu . "Mulai hari ini, kamu akan tinggal bersama kami, " kata Mia sambil tersenyum.


Di sekolah, Mia juga seorang yang penyayang dan prihatin terhadap rakanrakannya.


Pada waktu rehat, dia melihat rakan sekelasnya, Sara, duduk termenung tanpa makan apa-apa. Mia pun menghampiri Sara.


Kemudian, Mia mengajak Sara untuk berkongsi makanan dengannya ."Jom makan sama-sama, Sara!" katanya dengan senyuman. Sara tersenyum gembira dan mengangguk.


Perbuatan Mia menarik perhatian Cikgu Farah, guru kelas mereka. Selepas tamat waktu sekolah, cikgu memuji Mia di hadapan kelas. Rakan-rakannya turut bertepuk tangan dan memuji Mia.


Secara tiba-tiba, Guru Besar mengumumkan nama Mia semasa perhimpunan sebagai “murid yang berbudi pekerti”.


Semua guru dan rakan-rakan berasa bangga dengannya. Mia tersenyum lebar. "Saya tidak sangka akan menerima anugerah ini!" katanya gembira.


Mia pulang ke rumah dengan wajah ceria untuk menunjukkan anugerahnya kepada ibu.


Ibunya tersenyum dan memeluk Mia dengan bangga melihat kebaikan hati Mia yang suka menolong orang lain tanpa mengharapkan balasan.


GLOSARI Hati emas Sifat seseorang yang sangat baik, pemurah, dan suka membantu orang lain. Ringan tulang Rajin membantu dan suka melakukan kerja tanpa disuruh. Mengusap Menyentuh sesuatu dengan perlahan menggunakan tangan. Letih Berasa penat setelah melakukan sesuatu kerja.


GLOSARI prihatin Sentiasa mengambil berat tentang keadaan atau perasaan orang lain. Menggigil Basah kuyup Bergetar atau bergetar kecil kerana kesejukan, ketakutan, atau sakit. Keadaan yang sangat basah seperti terkena hujan lebat. Memberikan sebahagian daripada sesuatu kepada orang lain supaya dapat digunakan bersama. berkongsi


PENGAJARAN CERITA Bersikap ikhlas dalam berbuat baik – Kita harus membantu orang lain dengan hati yang tulus tanpa mengharapkan ganjaran. 1. Berbuat baik kepada semua makhluk – Bukan sahaja sesama manusia, tetapi kita juga perlu menyayangi dan melindungi haiwan. 2. Rajin membantu ibu bapa – Seperti Mia yang membantu ibunya di rumah, kita juga perlu ringan tulang dalam melakukan kerjakerja rumah. 3.


Click to View FlipBook Version