KERTAS KONSEP PERTANDINGAN BICARA BERIRAMA SEMPENA HARI AKADEMIK KAMPUS (HAK) 2023 INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS BAHASA MELAYU 1.0 PENDAHULUAN Bicara berirama diperkenalkan sebagai satu pertandingan atau persembahan bahasa puisi atau prosa dalam bentuk berkumpulan. Pasukan akan membentuk satu paduan suara tematik yang menghayati hasrat atau tema untuk diperdengarkan kepada audiens. Kesepaduan dan keseragaman bersuara ini akan dikawal oleh seorang peserta yang bertindak sebagai konduktor. 2.0 PENGENALAN Bicara Berirama adalah pertandingan yang dianjurkan oleh Jabatan Kecemerlangan Akademik sempena Hari Akademik Kampus (HAK) pada tarikh 25 dan 26 September 2023. Diharapkan pertandingan ini akan menggalakkan dan meningkatkan penguasaan serta penggunaan bahasa Melayu baku dan Bahasa Melayu yang indah dalam kalangan siswa guru. 3.0 SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN 3.1 PENYERTAAN Terbuka kepada pelajar PISMP Ambilan Jun 2021. Kesemua anggota kelas diwajibkan untuk melibatkan diri dalam pertandingan.
3.2 TERMA DAN SYARAT UMUM Setiap pelajar diwajibkan menyertai pertandingan dan perlu diketuai oleh seorang konduktor. Penyampaian bicara berirama dibenarkan dalam Bahasa Melayu sahaja. Penggunaan Bahasa Inggeris atau Bahasa Arab boleh digunakan tetapi hanya sebagai unsur tambahan. Tajuk bicara berirama yang disampaikan mestilah menepati dengan tema yang telah ditetapkan iaitu ‘Pendidikan Meraikan Kepelbagaian”. Tempoh persembahan antara 15-20 minit. Teks bicara berirama mestilah bebas daripada unsur plagiat dan konduktor mestilah menyerahkan teks bicara berirama kepada Ahli Jawatankuasa dan Hakim sebelum persembahan. Penambahan unsur nyanyian, tarian, gurindam, sajak dan lain-lain elemen kejutan akan diambil kira dalam penilaian. 3.3 SKRIP Skrip mestilah dikarang sendiri dan autentik. Skrip yang dikarang mestilah tidak menyentuh isu-isu sensitif seperti agama, kaum, budaya dan peribadi seseorang. Markah kreativiti berdasarkan penulisan skrip yang menarik. Setiap pasukan TIDAK DIBENARKAN membaca atau merujuk skrip semasa membuat persembahan. 4.0 LARANGAN Peniruan bunyi dan suara dibenarkan tetapi tidak menyentuh sensitiviti kaum, budaya dan agama masyarakat Malaysia secara langsung.
5.0 BIDANG TUGAS 5.1 HAKIM Panel hakim bertanggungjawab untuk menilai kesemua aspek yang dinyatakan dalam borang yang telah disediakan. Keputusan hakim adalah muktamad dan sebarang bantahan tidak akan dilayan. 5.2 JURUAUDIT Bidang tugas juruaudit ialah mengira keseluruhan markah pada borang penilaian bagi ketiga-tiga juri sebelum diserahkan kepada AJK Pertandingan dan Hakim pada akhir setiap persembahan. 5.3 PENJAGA MASA Mencatat masa persembahan. Memastikan persembahan tidak melebihi 20 minit. Penalti akan dikenakan sekiranya melebihi masa. Loceng pertama akan ditekan sebanyak 1 kali pada minit ke-10 dan dua kali pada minit ke-20. 6.0 KRITERIA PENGHAKIMAN BORANG PEMARKHAN PERSEMBAHAN Ujaran (30 markah) Kejelasan, ketepatan dan keseragaman kata, frasa atau ungkapan dengan intonasi, rima dan irama yang sesuai. Keseragaman Persembahan (15 markah) Formasi berbentuk objek dan pergerakan. Kreativiti (10 markah)
Kesesuaian, kepelbagaian dan keselarasan suara dan gerak yang bermakna. Kesan bunyi (5 markah) Bunyi gerakan fizikal seperti tepuk tangan, petikan jari, hentakan kaki dan lain-lain lagi. Penghayatan (10 markah) Ekspresi mimik muka dan bahasa tubuh. Tempo dan Rima (10 markah) Sela masa yang tetap dan dalam bentuk kumpulan, jeda antara segmen, sahut-menyahut antara suara solo dan suara ramai. Konduktor (20 markah) Keselarasan gerak tangan, mimic muka, bahasa badan yang sopan santun, tempo dan kepimpinan. Penalti (tolak 10 markah) Sekiranya menyentuh sensitiviti kaum, melebihi had masa atau persembahan kurang 5 minit. BORANG PEMARKAHAN SKRIP Tema atau mesej (10 markah) Isi yang bernas, sesuai dan jelas mengikut tema, Bahasa (40 markah) Baku dan gramatis. Penggunaan kata, frasa dan ungkapan. Cerita (30 markah) Kesinambungan cerita, jalan cerita yang jelas dan menampakkan keaslian. Watak (10 markah)
Suara solo dan suara ramai. Kesesuaian penampilan watak dengan ujaran. Kreativiti (5 markah) Mempunyai unsur kecindan untuk melengkapkan jalan cerita. Markah bonus (5 markah) Memperaga dan mempersembahkan skrip untuk memperlihatkan kesungguhan pasukan. 7.0 KEPUTUSAN HAKIM ADALAH MUKTAMAD 8.0 HAL-HAL LAIN Bagi perkara-perkara yang tidak dinyatakan dalam syarat pertandingan pihak Jawatankuasa Pengelola Pertandingan berhak untuk membuat keputusan dan setiap keputusan adalah muktamad.
BORANG PEMARKAHAN PERSEMBAHAN BICARA BERIRAMA INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS BAHASA MELAYU KUMPULAN: Kriteria Markah Keseluruhan Markah Ulasan Ujaran 30 Keseragaman Persembahan 15 Kreativiti 10 Tempo dan Rima 10 Penghayatan 10 Kesan Bunyi 5 Konduktor 20 Penalti -10 JUMLAH MARKAH Nama Hakim: Tandatangan: Tarikh:
BORANG PEMARKAHAN SKRIP BICARA BERIRAMA INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS BAHASA MELAYU KUMPULAN: Kriteria Markah Keseluruhan Markah Ulasan Tema/Mesej 10 Bahasa 40 Cerita 30 Watak 10 Kreativiti 5 Markah Bonus 5 JUMLAH MARKAH Nama Hakim: Tandatangan: Tarikh:
KONDUKTOR TERBAIK BICARA BERIRAMA INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS BAHASA MELAYU KUMPULAN: Panduan Pemarkahan: Markah Penuh Sangat Lemah Lemah Sederhana Baik Cemerlang 20 1- 4 5- 8 9- 12 13 - 16 17 - 20 BORANG PEMARKAHAN Kriteria Markah Keseluruhan Markah Ulasan Keselarasan Gerak Tangan 5 Mimik Muka 5 Kawalan Tempo 5 Kepimpinan 5 JUMLAH MARKAH Nama Hakim: Tandatangan: Tarikh: