FAKTOR-FAKTOR
YANG MEMPENGARUHI STRATIFIKASI
SOSIAL
STRATIFIKASI SOSIAL
FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI KEWUJUDAN STATUS, KELAS
DAN KUASA
Pada dasarnya status sosial, kelas sosial dan kuasa adalah tiga unsur yang
memainkan peranan penting dalam mewujudkan perbezaan kedudukan sosial dalam
kalingan masyarakat. Perbezaan kedudukan ini pula membuka ruang kepada terhasilnya
ketaksamaan sosial dalam kalangan masyarakat.
Namun demikian ketiga-tiga unsur tersebut tidaklah menghasilkan ketaksamaan
sosial secara langsung kerana terdapat beberapa faktor yang lain mempengaruhinya. Ini
antara lain termasuklah aspek-aspek seperti politik, pentadbiran, pendidikan, agama,
ekonomi, budaya, gender dan sebagainya. Kesemua ini mampu mempengaruhi status
sosial, kelas sosial dan kuasa dalam kalangan masyarakat.
FAKTOR POLITIK DAN PENTADBIRAN
Pada umumnya politik dapatlah ditafsirkan sebagai kuasa yang terbentuk dalam
sesuatu sempadan tanah yang mempunyai autoriti dalam mentadbir negara dan juga
mengawal masyarakat. Dalam pada ini, kuasa autoriti adalah merujuk kepada kuasa yang
paling tinggi dalam sesuatu negara yang melebihi kuasa-kuasa lain.
Dalam organisasi politik biasanya kuasa akan diagihkan mengikut unit-unit tertentu
untuk melancarkan sistem pentadbiran negara dan juga masyarakat. Pengagihan ini akan
mewujudkan ketaksamaan sosial dalam kuasa pentadbiran.
Kuasa politik dalam sesuatu kerajaan akan mengendalikan pentadbiran kerajaan
berdasarkan undang-undang yang terhasil dalam sistem kehidupan sosial masyarakat.
Dalam pada ini pihak yang mempunyai kuasa akan membuat keputusan bagi pihak
Masyarakat. Biasanya keputusan ini akan dibuat berdasarkan undang-undang. Kadang-kala
keputusan ini juga akan terhasil dari luar kawalan undang-undang. Keadaan ini wujud
kerana sistem politik semua negara adalah tidak sama dan mempunyai perbezaan.
Berikut adalah beberapa sistem politik yang sedia ada: -
i) Sistem Monarki – sistem pentadbiran beraja. Sistem ini wujud dalam bentuk warisan.
Dalam sistem ini raja mempunyai kuasa mutlak membuat keputusan dalam pentadbiran
ii) Sistem Oligarki – Sistem pentadbiran yang mempunyai kuasa kepada seseorang atau
sesuatu golongan sahaja. Biasanya golongan ini adalah terdiri daripada golongan elit
iii) Sistem Autoritarian – Sistem ini merujuk kepada sistem pentadbiran sesuatu negara
di mana kuasa pemerintahan sepenuhnya dimiliki oleh pemerintah yang dikenali sebagai
diktator. Pemerintah ini akan mengawal masyarakat berdasarkan undang-undang mahupun
dalam bentuk paksaan
iv) Sistem Totalitarian –kuasa pentadbiran sepenuhnya adalah dikawal oleh pemerintah.
Rakyat sama sekali tidak boleh membuat keputusan. Sistem komunis adalah salah satu
sistem politik totalitarian.
v) Demokrasi – Dalam sistem politik ini pihak pentadbir akan dipilih oleh rakyat
berdasarkan amalan pilihan raya.Pemerintahan akan dijalankan berdasarkan undang-
undang di mana undang-undang terletak pada kedudukan yang paling tinggi berbanding
dengan individu, masyarakat dan kerajaan.
Politik mempunyai kaitan rapat dengan ekonomi. Biasanya politik didominasi oleh
ekonomi. Hal ini sedemikian kerana pentadbiran sesuatu negara adalah bergantung pada
keadaan ekonomi negara tersebut. Jika kedudukan ekonomi tidak kukuh maka biasanya
keadaan politik dan kerajaan sesuatu negara juga tidak akan stabil dan mendapat tentangan
daripada rakyat.
Sebagai rumusannya dapatlah dikatakan bahawa politik merujuk kepada kuasa.
Pada masa yang sama politik juga mempunyai hubungan yang rapat dengan ekonomi.
Kedua-dua hal ini akan mewujudkan ketaksamaan sosial dalam kalangan individu
mahupun masyarakat kerana ia boleh mendominasi orang lain. Justeru itu, politik dapatlah
dirujuk sebagai unsur yang penting dalam kewujudan ketaksamaan sosial.
FAKTOR EKONOMI
Ekonomi biasanya menjadi aspek penting dalam kajian tentang ketaksamaan sosial.
Biasanya bidang ekonomi ini dibahagikan kepada sub bidang iaitu makroekonomi dan
mikroekonomi. Makroekonomi mengkaji tentang bidang pengagihan kewangan dan
sumber ekonomi dalam lingkungan yang besar dan luas seperti ekonomi negara,
pendapatan negara, pelaburan, ekonomi secara global, inflasi dan sebagainya. Manakala
mikroekonomi mengkaji ekonomi dalam unit kecil seperti pembuat keputusan tentang
perbelanjaan di rumah, firma dan sebagainya.
Ekonomi memainkan peranan penting dalam pembentukan perbezaan kedudukan
sosial dalam kalangan kelompok masyarakat dan juga individu. Kestabilan ekonomi akan
menjamin kestabilan politik, sosial dan semua aspek yang lain. Kedudukan kelas
masyarakat juga ditentukan berdasarkan kedudukan ekonomi. Pendapatan dan pemilikan
harta benda adalah dua perkara yang asas dalam menentukan kedudukan ekonomi
seseorang individu dalam kehidupan sosial
Pendapatan & Gaji
Pendapatan merupakan ganjaran yang diperoleh bagi kerja yang telah dilakukan
oleh seseorang individu. Pendapatan ini boleh diperoleh dalam bentuk gaji mahupun
perkhidmatan. Pendapatan tersebut boleh bertambah berdasarkan kepakaran yang dimiliki
oleh pekerja. Kerja sebagai sesuatu yang asas dalam membawa pendapatan dan juga
membawa penghormatan kepada diri seseorang individu. Kajian sosiologi menyatakan
bahawa aktiviti bekerja adalah sebagai sesuatu yang dilakukan secara berterusan untuk
mencapai matlamat yang berkaitan dengan ekonomi dan untuk meneruskan kehidupan.
Pekerjaan yang mempunyai ganjaran yang lebih tinggi akan meningkatkan lagi kedudukan
dan prestij seseorang individu dan sebaliknya.
Selain itu, kerja juga menjadi lambang prestij seseorang individu dalam kalangan
masyarakat. Pekerjaan yang dilakukan juga akan menentukan kedudukan status sosial dan
kelas sosial seseorang individu. Sebagai contoh, penghormatan, keutamaan, dan
kepentingan yang diberikan kepada seseorang doktor dan pemandu lori dalam institusi
sosial adalah berlainan.
Kekayaan
Kekayaan adalah satu lagi aspek yang memainkan peranan penting dalam usaha
meningkatkan kedudukan ekonomi seseorang individu. Istilah kekayaan biasanya
digunakan untuk menandakan pemilikan wang yang banyak dan pemilikan aset seperti
tanah,rumah. Kekayaan ini mempunyai nilai ekonomi yang boleh dibeli, dijual dan
dilaburkan serta boleh mengalami perubahan yang membawakeuntungan kepada
pemiliknya.
Rumusan
Perbincangan setakat ini menunjukkan bahawa pemilikan pendapatan dan
kekayaan sudah tentu membentuk nilai kehidupan yang berbeza dalam kehidupan sosial.
Cara penggunaan pendapatan dan kekayaan juga boleh membentuk kedudukan tertentu
dalam kalangan masyarakat kerana ekonomi berkuasa untuk mempengaruhi individu yang
lain.
Pengaruh ini akan membentuk prestij, kehormatan, dan suatu kedudukan yang
tinggi dalam kehidupan sosial. Hal ini juga akan mempopularkan diri seseorang pada arena
dunia. Tetapi kepada masyarakat kelas bawahan pula ekonomi menjadi suatu pergelutan
dalam hidup mereka. Justeru itu, kedudukan dalam institusi ekonomi adalah sesuatu yang
amat penting dalam penilaian tentang ketaksamaan sosial dalam kalangan masyarakat.
FAKTOR BUDAYA
Budaya adalah institusi yang penting dalam kehidupan sosial kerana keseluruhan
kehidupan sosial masyarakat adalah terbentuk berdasarkan budaya. Biasanya budaya yang
mempunyai ciri-ciri budaya yang tersendiri adalah dianggap bangsa yang bertamadun.
Budaya bukanlah sesuatu yang sudah tamat atau mencapai puncaknya dalam sistem sosial,
tetapi ia merupakan sebuah penunjuk arah kepada sesuatu tugas atau boleh dikatakan
sebagai ibarat sesebuah cerita yang masih dan harus disambung.
Budaya merupakan sesuatu yang sukar untuk ditafsirkan kerana ia mempunyai
pengertian yang lebih luas berdasarkan pandangan sarjana-sarjana dari pelbagai pelosok
dunia. Budaya juga adalah sistem norma sosial dan peraturan, pengetahuan dan nilai-nilai
dengan bantuan yang ada di masyarakat. Walaupun ia tidak meliputi kehidupan manusia
yang luas, ia menggabungkan kedua nilai spiritual dan moral. Ia juga ditafsirkan sebagai
aktiviti kreatif, yang bertujuan untuk penciptaan mereka.
Konsep semacam itu perlu bagi seseorang untuk menetapkan fungsi utama budaya
masyarakat. Kebudayaan secara keseluruhan dan sosial adalah konsep yang berbeza
dengan keluasan permohonan mereka. Istilah umum boleh digunakan untuk banyak bidang
aktiviti manusia - falsafah, sejarah, antropologi sosial, bahasa dan lain-lain. Budaya sosial
masyarakat adalah gabungan gabungan kata-kata, yang bermaksud istilah itu mempunyai
sifat sosial, dan tanpa itu ia tidak dapat wujud secara prinsip.
Pendekatan ini, memastikan interaksi individu dalam masyarakat, adalah penting.
Budaya sosial adalah sistem berstruktur yang terdiri daripada pengetahuan rakyat, nilai-
nilai mereka, taraf hidup dan tradisi. Ia adalah dengan bantuan unsur-unsur sedemikian
bahawa seseorang itu hidup, menganjurkan dirinya, memberikan fikiran yang betul.
Peranan konsep ini sangat penting, kerana ia dapat mengawal kehidupan rakyat sepanjang
masa. Fungsi sampingan budaya sosial seseorang adalah penentuan cara hidup,
pembentukan garis panduan dan prioritas tertentu.
Konsep ini juga bertujuan untuk memastikan seseorang membina sepanjang
hayatnya dalam sistem pemikirannya, suatu program dengan tetapan yang akan memberi
tekanan kepadanya jika akta tersebut tidak dianggap normal. Ini telah dibuktikan oleh
banyak penyelidik, jadi budaya sosial merupakan aspek kehidupan yang penting dalam
masyarakat. Ia mendidik seseorang dengan cara yang sama bahawa haiwan di alam liar
dibesarkan oleh program tingkah laku mereka, yang telah ditetapkan di peringkat genetik
mereka.
Perkembangan budaya sosial memungkinkan untuk membezakan antara dua aspek
iaitu statik dan dinamik. Yang pertama adalah bertujuan untuk mengkaji unit-unit struktur
sains yang kita sedang pertimbangkan, dan yang kedua pada perkembangan semua
prosesnya secara keseluruhan. Juga dalam konsep ini terdapat unit-unit kecil yang telah
dikenalpasti oleh sosiologi menerusi penyelidikan yang panjang, iaitu unit asal yang juga
dikenali sebagai unsur-unsur kebudayaan. Komponen kecil semacam itu juga mempunyai
kelas mereka-mereka boleh menjadi ketara atau tidak ketara. Mereka membentuk
pembahagian budaya yang sesuai kepada dua segmen. Kelas material adalah semua objek,
pengetahuan dan kemahiran yang dalam proses kehidupan manusia mengambil bentuk
material. Kelas rohani terdiri daripada bahasa, kod dan simbol, kepercayaan, norma dan
nilai-nilai, dan tidak ada keperluan untuk keterlibatan seterusnya, kerana konsep kekal
dalam minda manusia dan mengatur hidupnya.
FAKTOR AGAMA
Secara umumnya, agama mengandungi ajaran yang melahirkan manusia bermoral
walaupun amalan dalam satu-satu agama tersebut ada perbezaannya. Agama berperanan
menyatupadukan manusia melalui program-program keagamaan seperti upacara
sembahyang.
Semua agama mengajar penganutnya menghormati agama lain kerana setiap
daripadanya mempunyai kepercayaan dan sistem amalan tersendiri yang berkait rapat
dengan kepercayaan, maruah dan emosi masyarakat tersebut. Sememangnya, agama
memberikan identiti tertentu kepada manusia berdasarkan amalan dan tradisi agama yang
diamalkan oleh individu masing-masing.
Walaubagaimanapun, perbezaan fahaman juga boleh wujud walaupun dalam
agama yang sama. Pemahaman tentang ajaran agama ini berlaku daripada pencapaian
keimanan seseorang individu manakala perbezaan yang wujud daripada pelbagai falsafah
pula terbentuk daripada ajaran berbeza yang membawa persaingan antara satu sama lain.
Dari sinilah agama dilihat mewujudkan ketaksamaan dalam sistem sosial.
FAKTOR GENDER:
Ketaksamaan sosial ini secara umumnya ditafsirkan sebagai kedudukan
manusia dalam struktur sosial yang tidak memberikan ganjaran ataupun keistimewaan
sosial yang sama rata kepada semua masyarakat (Ilan Marsh & Mike Keating 1996, p.268).
Faktor gender dalam stratifikasi sosial merupakan perbezaan kedudukan atau
status sesebuah gender dalam kehidupan masyarakat. Perbezaan ini bergantung kepada
penerimaan masyarakat terhadap sesuatu gender dalam menentukan kedudukan dalam
struktur sosial dalam masyarakat. Penentuan kedudukan dan status sesuatu gender dipilih
berdasarkan sifat peranan kelakian dan kewanitaan yang dianggap sesuai mengikut norma-
norma, adat istiadat, kepercayaan, kebudayaan, pekerjaan, bahasa, pendidikan dan
kebiasaan masyarakat.
Dalam sosiologi masyarakat Malaysia pada hari ini, kaum perempuan dianggap
sesuai menguruskan keperluan rumah tangga manakala kaum lelaki sesuai melakukan
kerja-kerja yang berat seperti pertukangan, perkilangan, teknikal dan sebagainya. Perkara
ini berlaku disebabkan kepercayaan masyarakat yang mengatakan bahawa lelaki lebih
dominan berbanding perempuan. Stratifikasi dalam sistem sosial bukan sahaja
menggambarkan perbezaan yang wujud dalam kalangan masyarakat tetapi juga
menentukan peranan mereka yang harus dimainkan (Senstadt, 1971, p.8).
Ketaksamaan dalam gender telah wujud secara semula jadi antara lelaki dan
wanita dari segi biologi iaitu fizikal, hormon, perbuatan dan sebagainya. Wanita disifatkan
sebagai seorang yang lemah lembut, penyayang, beremosi yang mana sifat ini biasanya
dipertanggungjawabkan untuk mendidik anak-anak, menguruskan rumah tangga dan
sebagainya. Berbeza pula dengan kaum lelaki yang kebanyakkannya bersifat tegas dan
bertanggungjawab. Oleh sebab itu, mereka berperanan menjaga hak keluarga dengan
memberi nafkah, menjaga hak isteri, melakukan kerja dan tugasan harian.
Pada era globalisasi ini, tidak diragui lagi pencapaian kaum wanita dalam
kerjaya dan pekerjaan memuaskan berbanding lelaki. Namun, masyarakat masih lagi
melihat kaum wanita sebagai golongan yang lemah walaupun kebanyakkan wanita
berkemahiran tinggi dalam pelbagai bidang kerana mereka beranggapan bahawa lelaki
lebih dominan, berkepimpinan dan bertanggungjawab dalam pekerjaan. Sedangkan kaum
wanita sekarang ramai yang berkemahiran terutamanya bidang kejuruturaan, pertukangan,
teknikal dan sebagainya.
Suatu kajian tentang wanita di India telah menunjukkan bahawa wanita di
negara India bekerja lebih daripada sepuluh kali ganda berbanding dengan kaum lelaki dan
waktu tidur mereka adalah kurang dua jam daripada kaum lelaki (Joni & Olson, 1986, p.7)
Kejadian ini berlaku kerana pemikiran individu dan masyarakat yang membahagikan
pekerjaaan yang tidak seimbang mengikut gender. Wanita yang berkerjaya juga melakukan
pekerjaan yang melibatkan pengurusan rumah tangga tanpa bantuan lelaki. Sepatutnya
setiap manusia berperanan untuk membantu antara satu sama lain dalam melakukan
pekerjaan. Pelbagai pekerjaan boleh dilakukan oleh kedua-dua gender supaya tidak berlaku
ketidakseimbangan dan berat sebelah dalam salah satu gender. Jadi, di sini kita dapat
melihat bahawa ketaksamaan gender sebenarnya wujud dalam pemilihan pekerjaan.
Di samping itu, terdapat juga isu stratifikasi sosial dalam pembahagian
pendapatan mengikut gender. Golongan wanita akan mendapat upah atau gaji yang lebih
rendah berbanding dengan lelaki walaupun bekerja dalam bidang yang sama dan mereka
juga jarang dinaikkan pangkat dalam sesebuah pekerjaan terutamanya untuk jawatan yang
tinggi. Jenis pekerjaan yang ditawarkan kepada wanita juga mempengaruhi pendapatan
bagi mereka berbanding lelaki yang mendapat pekerjaan yang bergaji tinggi. Hal ini
berlaku kerana wanita dianggap lemah dan tidak dipercayai dalam melakukan kerja.
Kebiasaannya kita akan melihat golongan lelaki menjadi ketua dalam sesuatu organisasi
kerana lelaki dikatakan lebih dominan berbanding wanita.
Oleh itu, untuk menangani masalah ini, masyarakat mestilah mengubah sikap
dan persepsi mereka mengenai ketaksamaan gender dalam pemilihan kerja. Mereka juga
haruslah diberi kesedaran dan pengetahuan yang luas tentang kepentingan mengimbangkan
kemahiran dan pekerjaan bagi kedua-dua supaya keseimbangan dalam pembahagian tugas
kesejahteraan masyarakat terjamin dan mereka diberi berpeluang dan berkesempatan untuk
mencuba pelbagai pekerjaan yang sesuai dengan kehendak mereka. Kesimpulannya,
stratifikasi gender akan melumpuhkan perkembangan masyarakat, meningkatnya
kemiskinan seterusnya berkemungkinan akan melumpuhkan perkembangan ekonomi.
FAKTOR PENDIDIKAN
Konsep Pendidikan Formal
Terdapat pelbagai bentuk pendidikan dalam kalangan masyarakat berdasarkan budaya,
bentuk kehidupan, agama, tempat tinggal, negara dan lain-lain. Namun, terdapat suatu
sistem pendidikan formal yang diterima secara umum, bermula daripada tadika hingga ke
tahap universiti. Melalui sistem pendidikan ini seseorang individu dididik secara teratur
melalui golongan pakar dalam bidang pendidikan seperti guru, pensyarah, tutor dan
sebagainya.
Penerapan Nilai
Melalui pendidikan secara formal, seseorang individu diterapkan dengan nilai-nilai positif
seperti tepati waktu, rajin, tekun, bersungguh-sungguh, saling menghormati dan
sebagainya. Nilai-nilai membawa perubahan kepada pemikiran seseorang individu
sekaligus mengembangkan lagi pemikiran seseorang dengan pendedahan kepada ilmu
teknologi dan sains. Apabila gaya pemikiran seseorang semakin berubah ianya membawa
kepada perubahan gaya hidup.
Sumber Status
Seterusnya, semakin tinggi tahap pendidikan seseorang makan peluang untuknya
memperoleh pendapatan tinggi semakin terbuka, mereka akan ditawarkan dengan kerjaya
yang lebih baik berdasarkan kelayakan akademik yang diperoleh. Dengan ini, dapatlah
sesorang individu tersebut meningkatkan taraf hidup ke arah yang lebih baik. Di sinilah,
taraf kehidupan sosial seseorang itu berlaku perubahan.
Golongan Pakar dan Kuasa
Melalui pendidikan, lahirnya golongan berilmu pengetahuan dan golongan mahir dalam
satu-satu bidang. Kebanyakan jawatan penting, akan ditawarkan kepada golongan pakar
ini dan golongan pakar berpeluang memegang jawatan yang lebih tinggi dan diberi kuasa
mengikut kapasiti kebolehan masing-masing. Mereka akan dipandang tinggi dan diberi
penghormatan.
Kesimpulan
Kesimpulannya, melalui beberapa elemen ini, dapatlah dikatakan institusi pendidikan
menjadi salah faktor yang mempengaruhi ketaksamaan sosial dalam masyarakat.
Pendidikan membuka peluang kerjaya, mempengaruhi kestabilan ekonomi, memberi
penghormatan dan kuasa serta membantu seseorang individu ke arah status sosial yang
lebih baik. Di sini, menyebabkan terbentuknya jurang sosial antara mereka yang
berpendidikan dan tidak berpendidikan. Golongan berpendidikan dipandang tinggi dalam
status sosial berbanding dengan golongan yang tidak berpendidikan.