The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by 506-3-ain, 2021-09-22 03:34:51

SEJARAH PERKEMBANGAN ILMU TAFSIR BI AL RAYI'

Nor Ain Athirah Binti Md Shaiuti

Sumber Tafsir Bi al-Ra'yi

 Al-Quran iaitu melalui pengumpulan dan membuat perbandingan di
mana ayat yang mujmal diperjelaskan dan menghindarkan yang daif dan
maudu'.

 Nukilan daripada Rasulullah S.A.W dengan menghindarkan yang daif dan
maudu'.

 Riwayat yang sahih daripada sahabat dan juga tabi'in.
 Ilmu bahasa yang akan memelihara diri daripada memalingkan ayat

kepada makna yang berlawanan dengan kehendak syara', kecuali
makna-makna yang sudah banyak dipakai oleh bangsa Arab itu sendiri.
 Mentafsirkan ayat berdasarkan tuntutan dari makna ungkapan yang
berterusan ilmu mengenai al-Quran.

Perkembangan Tafsir bi al-Ra'yi

 Tafsir bi al-ra’yi mulai berkembang sekitar abad ke-3 H. Corak penafsiran sesuai
dengan sudut pandang mereka masing-masing; Kaum fuqaha (ahli fikih)
menafsirkannya dari sudut hukum fikih, seperti yang dilakukan oleh al-Qurthubi, dan
lain-lain,kaum teolog menafsirkannya dari sudut pemahaman teologis seperti al-
Kasysyaf karangan al-Zamakhsyari; dan kaum sufi juga menafsirkan Alquran menurut
pemahaman dan pengalaman bathin mereka seperti tafsir al-Quran al-‘Azhim oleh
al-Tustari, Futuhat Makkiyat oleh Ibnu Arabi, dan lain-lain

 Pendek kata, corak tafsir bi al-ra’yi ini muncul di kalangan ulama-ulama mutaakhirin;
sehingga di abad moden lahir lagi tafsir menurut tinjauan sosiologis dan sastra Arab
seperti Tafsir Al-Manar; dan dalam bidang sains muncul pula karya Jawahir
Thanthawi dengan judul Tafsir al-Jawahir. Melihat perkembangan tafsir bi al-ra’yi
yang demikian pesat, maka tepatlah apa yang dikatakan Manna’ al-Qaththan bahwa
tafsir bi al-ra’yi mengalahkan perkembangan al-ma’tsur

 Meskipun tafsir bi al-ra’yi berkembang dengan pesat, namun dalam menerimanya
para ulama terbagi 2, ada yang membolehkan dan ada yang melarangnya, tetapi
setelah diteliti, ternyata kedua pendapat yang bertentangan itu hanya bersifat lafzhi
– redaksional. Maksudnya kedua belah pihak sama-sama mencela penafsiran
berdasarkan ra’yu – pemikiran – semata tanpa mengindahkan kaedah-kaedah dan
kriteria yang berlaku. Penafsiran yang serupa inilah yang diharamkan Ibnu Taymiyah,
bahan Imam Ahmad bin Hanbal menyatakannya sebagai tidak berdasar. Sebaliknya,
keduanya sepakat membolehkan penafsiran Alquran dengan sunah Rasul serta
dengan kaedah-kaedah yang mu’tabarah.

 Adapun hadits-hadits yang menyatakan bahawa para ulama salaf lebih suka diam
dalam menafsirkan Alquran, sebagaimana dapat difahami dari ucapan Abu Bakar
bahawa tidak dapat dijadikan dalil untuk melarang tafsir bi al-ra’yi sebab
sebagaimana ditulis oleh Ibnu Taymiyah: “Mereka sentiasa membicarakan apa-apa
yang mereka ketahui dan mereka diam pada hal-hal yang tidak mereka ketahui.


Click to View FlipBook Version