The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by aien ali, 2021-10-13 23:48:14

e-buku program Majlis Perasmian Pustaka Pendeta Zaaba 21 & Saujana Ilmu

e-buku program

Pustaka Pendeta Za'ba 21
SK LKTP Belitong
&

Program Saujana Ilmu
Dewan Bahasa & Pustaka

Wilayah Selatan

Pendahuluan

Projek Pustaka Pendeta Za’aba 21 (PPZ21) bertujuan untuk

memberi keselesaan kepada murid dalam menggunakan pusat sumber
yang pelbagai kemudahan bercirikan Pembelajaran Abad ke-21 dalam
era digital dan norma baharu. Selain itu, memberikan guru persekitaran
yang menjurus ke arah Pmbelajaran Abad ke-21. Murid dan guru akan
mengakses pelbagai bahan bacaaan dan rujukan pada bila-bila masa
sahaja (24/7) secara maya.

Program Saujana Ilmu adalah satu daripada usaha pihak sekolah

untuk mendekatkan warga sekolah ini khususnya murid dan guru kepada
buku. Pemilihan DBPWS sebagai rakan strategik program ini amat
bertepatan dengan peranan badan ini dalam mendaulatkan dan
memperkembang bahasa Melayu.

Program Saujana Ilmu ini dianjurkan setelah pihak sekolah dan Panitia
Bahasa Melayu sekolah ini mengambil kira beberapa faktor. Lokasi sekolah
yang terletak di kawasan luar bandar sebenarnya menyukarkan murid
sekolah ini untuk mendapatkan bahan bacaan yang berkualiti di bandar.
Oleh itu, program ini merupakan inisiatif pihak sekolah mendekati murid
sekolah ini dengan buku dan bahan bacaan lain yang berfikrah.

Objektif

Objektif Projek Pustaka Pendeta Za’aba 21 (PPZ21):

i. Mewujudkan persekitaran pembelajaran bermakna untuk sesi
pengajaran dan pembelajaran.

ii. Menjadikan Pusat Sumber Sekolah ke arah Pembelajaran Abad
ke-21.

iii. Meningkatkan kemahiran guru dan murid dalam bidang ICT.
iv. Menarik minat murid dan guru berkunjung ke Pusat Sumber

Sekolah.

Objektif Program Saujana Ilmu:

i. menggalakkan murid dan guru di sekolah ini membaca dan
membeli bahan bacaan yang berfikrah;

ii. meningkatkan jumlah bacaan murid melalui program Nadi Ilmu
Amalan membaca (NILAM); dan

iii. mengisi masa lapang dengan aktiviti membaca dan kegiatan
lain yang ada kaitannya dengan buku.

Tentatif Program

8.00 – 8.30 : Pendaftaran (Imbasan QR Code)
pagi

8.45 pagi : Pembukaan majlis
: Doa
: Ucapan alu-aluan oleh Tuan Guru Besar
: Ucapan Perasmian oleh Pengarah Dewan

Bahasa dan Pustaka Wilayah Selatan

(Puan Norhafizah binti Mohamed Husin)
: Penyerahan Nota Persefahaman (NoU)

antara SK LKTP Belitong dan Dewan Bahasa
dan Pustaka Wilayah Selatan
: Simbolik Penyerahan Sumbangan Buku oleh
DBP Wilayah Selatan

9.30 pagi : Slot Program Saujana Ilmu:
Bengkel Penggunaan Dewan Pelajar dalam
Pembelajaran dan Pemudahcaraan (PdPc)
oleh DBP Wilayah Selatan

12.00 tengah : Penutupan majlis
hari Penyampaian e-Sijil Penyertaan oleh DBP

Wilayah Selatan

12.30 tengah : Bersurai
hari


Click to View FlipBook Version