The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by sne.beast, 2019-01-06 21:10:03

(NEW) Rukun Negara ke-3

(NEW) Rukun Negara ke-3

KELUHURAN PERLEMBAGAAN

Perpaduan negara adalah matlamat penting dalam setiap dasar yang dilaksanakan oleh
kerajaan sama ada dalam bidang ekonomi, sosial dan politik. Tanpa perpaduan, negara akan
terdedah kepada pelbagai ancaman dan kelemahan. Oleh itu, rukun negara diwujudkan untuk
menyemai nilai-nilai murni dan sebagai panduan rakyat atau ideologi kebangsaan yang mampu
mengeratkan perpaduan kaum supaya masyarakat mempunyai fikiran, perasaan dan nilai yang
sama.

Rukun negara yang ketiga iaitu Keluhuran Perlembagaan yang mesti dijaga kerana negara
Malaysia masih dalam proses pembentukan sebuah negara bangsa yakni satu bangsa satu negara
yang bersatu padu di negara moden maju. 1 Keluhuran bermaksud ketinggian dan keagingan
undang-undang atau perlembagaan itu sendiri. 2Keluhuran perlembagaan Malaysia terletak kepada
kedudukannya sebagai undang – undang tertinggi yang menjadi sumber dan punca kepada semua
undang-undang dan semua undang-undang hendaklah tidak bertentangan dengan perlembagaan
3Perkara 4(1). Prinsip ini dapat dijadikan landasan perpaduan kerana perlembagaan memberi
perlindungan kepada setiap rakyat mengenai hak dan keistimewaan mereka sebagai warganegara
tidak kira bangsa dan agama.

Unsur-unsur perlembagaan juga menjadi titik tolak bagi memupuk perpaduan di antara
kaum seperti Bahasa kebangsaan, agama, hak istimewa orang Melayu dan pemerintah beraja telah
menjadi panduan untuk menjamin kecekapan, keadilan, ketelusan serta keicinan pentadbiran. Oleh
itu, secara umumnya, prinsip ini bertujuan mewujudkan sebuah negara Malaysia yang bersatu padu
serta sebuah masyarakat Malaysia yang adil, demokratik, liberal dan progresif. Perlembagaan yang
menjadi rujukan utama perundangan ini bukan sahaja asas kepada perundangan, tetapi ia juga
menjadi asas kepada pembinaan negara, hala tuju dan ideolgi negara. Prinsip ini mengkehendaki
setiap rakyat menghormati dan mematuhi Perlembagaan. Oleh yang demikian, setiap warganegara
Malaysia seharusnya patuh terhadap Perlembagaan supaya negara menjadi aman dan damai.

1 Zain, F. (2016, Ogos 19). Perlembagaan Malaysia. Retrieved from kertasbirumuda:
https://kertasbirumuda.blogspot.com/2016/08/22-konsep-keluhuran-perlembagaan.html

2 ibid
3 Perlembagaan Persekutuan. (1963, September 16). Retrieved from kertasbirumuda:

https://www.jpapencen.gov.my/cat289562/published/perkara4-Ma.html

Dalam konteks ini, tiada individu yang terkecuali daripada mematuhi Perlembagaan.
Perlembagaan bertanggungjawab menjaga hak rakyat serta menjamin kemakmuran dan perpaduan
negara. Contohnya, seseorang tidak boleh mempersoalkan kesetiaan seseorang rakyat lain
berdasarkan keturunan atau kaum. Hakikatnya, Perlembagaan menentukan bentuk pentadbiran
serta melindungi hak asasi secara kesuluruhannya.

Pendek kata, Perlembagaan adalah dokumen yang membina negara. Oleh itu, rakyat
hendaklah sentiasa memegang konsep bahawa Perlembagan adalah dokumen utama pembinaan
negara. Dalam membina negara, sudah pasti mempunyai hala tuju yang patut dibawa oleh
Perlembagaan dan sudah semestinya ada hasrat tertentu yang perlu dicapai oleh Perlembagaan.
Fahaman yang mempertikai dan mempersoalkan Perlembagaan negara sebagai pegangan
kenegaraan ini boleh membawa padah. Ringkasan kepada hala tuju dan inspirasi negara ini telah
dimaktubkan dalam bentuk Rukun negara.


Click to View FlipBook Version