SEKAPUR SIRIH
Assalamualaikum wbt, Salam Sejahtera dan Salam Kemaman Unggul…
Syukur kita ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnia-Nya, kita dapat lagi
meneruskan perjuangan yang diamanahkan kepada kita sebagai pendidik
dan pembentuk bangsa. Buku panduan disiplin ini penting sebagai rujukan dan
garis panduan kepada warga S3K untuk melaksanakan tugas dengan lebih
terarah dan berkesan mengikut peranan masing-masing dari peringkat murid,
ibu bapa, guru sehinggalah peringkat pengurusan sekolah ini.
In Shaa Allah, kita yang berkhidmat sebagai warga pendidik perlu berpegang
pada prinsip kerja berpasukan dan berkolaboratif antara satu sama lain di
peringkat sekolah. Moto S3K “Berilmu, Beriman dan Beramal” yang kita
persetujui perlu direalisasikan. Oleh itu, kita perlu bergerak serentak dan senada
untuk mencapai matlamat tersebut.
Akhir kalam, betulkan niat, hadirkan ikhlas dalam setiap kerja dan proses belajar
yang dibuat, saling membantu dan buat yang terbaik. Sebarkan aura positif
untuk anak didik sekalian. Jaga iman dan jaga amal serta jadilah anak
kebanggaan ibu ayah dan Negara.
Saya Yang Menjalankan Amanah,
_________________________
Mohd Rosli bin Yusof
Guru Besar
SK Kuala Kemaman
AKU JANJI MURID
Nama Murid :…………………………………………………………………
Kelas :…………………………………………………………………
Saya yang bernama seperti di atas dengan ini mengaku bahawa saya
bersetuju mematuhi segala peraturan sekolah selama saya belajar di sekolah
ini. Sekiranya saya melanggar mana-mana peraturan yang telah ditetapkan,
saya sanggup dan bersedia menerima sebarang bentuk hukuman yang
berkaitan, setimpal dengan kesalahan yang saya telah lakukan. Persetujuan ini
dibuat atas kesedaran dan kerelaan saya sendiri tanpa desakan atau paksaan
mana-mana pihak.
Tandatangan murid, Tarikh,
…………………………. ……………………………………
ISI KANDUNGAN
1. FALSAFAH PENDIDIKAN NEGARA
2. FALSAFAH PENDIDIKAN SEKOLAH
3. MATLAMAT SEKOLAH
4. IKRAR MURID
5. PERATURAN – PERATURAN DISPLIN SEKOLAH
PERKARA 1: WAKTU PERSEKOLAHAN PERKARA 2: PAKAIAN MURID
PERKARA 3: LENCANA, STOKING, KASUT
PERKARA 4: RAMBUT
PERKARA 5: BASIKAL / MOTOSIKAL
PERKARA 6: PERHIMPUNAN
PERKARA 7: DISPLIN DAN TATATERTIB DALAM BILIK DARJAH
PERKARA 8: REHAT, MAKAN DAN MINUMAN
PERKARA 9: GERAK KERJA KO-KURIKULUM
PERKARA 10: HAL – HAL LAIN
PERKARA 11: KESALAHAN TATATERTIB YANG DIANGGAP BERAT
6. SENARAI SEMAK SALAH LAKU UNTUK MURID SEKOLAH KEBANGSAAN KUALA KEMAMAN
7. LAMPIRAN:
i) CONTOH PERATURAN RAMBUT MURID LELAKI
Ii) CONTOH PERATURAN PAKAIAN MURID LELAKI
Iii) CONTOH PERATURAN PAKAIAN MURID PEREMPUAN
IV) LENCANA SEKOLAH
V) LAGU SEKOLAH
1.
FALSAFAH PENDIDIKAN NEGARA
Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah
memeperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu
untuk mewujudkan insan seimbang dan harmonis dari segi intelek, emosi dan
jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini
adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan,
berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan
memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat
dan negara.
FALSAFAH PENDIDIKAN SEKOLAH
Sekolah adalah wadah untuk melahirkan murid cemerlang dari segi emosi,
jasmani, intelek dan rohani selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara. Usaha
ke arah kecemerlangan kurikulum dan ko-kurikulum adalah melibatkan murid
selaras dengan proses pendemokrasian pendidikan dan usaha gigih dari
semua pihak. Bimbingan dan panduan akan sentiasa menjurus agar murid
berupaya untuk mempertingkatkan prestasi akademik dan imej sekolah.
MATLAMAT SEKOLAH
Murid – murid memperolehi segenap peluang dan kemudahan pengajaran
dan pembelajaran serta pendidikan yang berkualiti bagi menyediakan diri
mereka sebagai insan yang seimbang dan harmonis sesuai dengan Falsafah
Pendidikan Negara dan berupaya menyumbang ke arah pencapaian
matlamat PELAN INDUK PEMBANGUNAN PENDIDIKAN MALAYSIA 2025.
IKRAR MURID
Bahawa dengan sesungguhnya kami murid – murid Sekolah Kebangsaan Kuala
Kemaman berikrar dan berjanji : -
1. Untuk menjadi murid yang bertanggungjawab dan berguna kepada diri,
keluarga, masyarakat, agama dan Negara.
2. Berusaha untuk menjadi insan yang baik dan berbudi pekerti mulia.
3. Berusaha menjadi murid yang cemerlang.
4. Patuh dan mentaati segala arahan dan peraturan sekolah.
5. Menjaga dan menaikkan nama baik sekolah.
PERATURAN-PERATURAN DISPLIN SEKOLAH
PERKARA 1: WAKTU PERSEKOLAHAN
1.1 Semua murid mestilah berada di kawasan sekolah dalam waktu yang
ditetapkan iaitu 7.00 pagi hingga 1.30 t/hari.
1.2 Semua murid di larang berada didalam bilik darjah sebelum loceng
dibunyikan kecuali murid-murid yang menjalankan tugas harian.
1.3 Pada waktu rehat, murid-murid tidak dibenarkan berada didalam bilik
darjah kecuali kebenaran rasmi.
1.4 Semua murid yang hadir lewat ke sekolah tanpa sebab yang
munasabah selepas loceng pertama dibunyikan akan dikenakan tindakan
disiplin.
1.5 Semua murid tidak dibenarkan meninggalkan kawasan sekolah
sehingga tamat waktu persekolahan melainkan dengan kebenaran GURU
BESAR atau GURU PENOLONG KANAN
PERKARA 2: PAKAIAN MURID
2.1 MURID LELAKI
2.1.1 BAJU
Semua murid lelaki mestilah memakai kemeja biasa berwarna putih,
lengan pendek atau berlengan panjang, berkolar dan satu poket di sebelah
kiri. Jika kemeja itu berlengan panjang, ia hendaklah di butangkan.
2.1.2 SELUAR
Semua murid lelaki mestilah memakai seluar panjang berwarna biru tua (navy
blue). Panjang seluar hendaklah sampai ke bawah buku lali. Ukuran di peha
cukup untuk duduk bersila. Semua murid dilarang sama sekali memakai seluar
ketat jenis bottom atau jeans.
2.1.3 SONGKOK
Murid-murid digalakkan untuk memakai songkok berwarna hitam pada hari
waktu persekolahan harian dan KAFA sahaja.
2.1.4 TALI PINGGANG
Tali pinggang berwarna hitam atau coklat tanpa corak boleh digunakan.
Lebarnya tidak melebihi 2.5cm. Kepala tali pinggang mestilah tidak besar atau
berbentuk-bentuk.
2.2 MURID PEREMPUAN
2.2.1 BAJU
Murid-murid beragama Islam adalah digalakkan untuk memakai baju kurung
jenis tradisional leher teluk belanga berwarna putih. Panjangnya mestilah
sampai ke paras kasut.
2.2.2 KAIN
Kain hendaklah berbentuk A line atau kain bersusun dan berwarna biru tua.
2.2.3 Murid perempuan Islam adalah diwajibkan menutup aurat dengan
memakai tudung kepala berwarna putih, berbentuk segi tiga sama
berukuran sesuai dengan murid yang memakainya.
2.2.4 Murid-murid perempuan adalah di larang keras memakai sebarang
perhiasan dan barang kemas.
2.2.5 Kuku mestilah sentiasa pendek dan tidak diwarnakan.
2.2.6 Murid-murid perempuan adalah di larang sama sekali menggunakan
Alat Solek.
2.3 PAKAIAN PENDIDIKAN JASMANI
2.3.1 Semua murid mestilah memakai kemeja T mengikut rumah sukan
bersama seluar sukan ( trek bottom ) berwarna gelap sewaktu menjalankan
PENDIDIKAN JASMANI.
PERKARA 3: LENCANA SEKOLAH, STOKING DAN KASUT
3.1 LENCANA SEKOLAH / TANDA NAMA
Semua murid adalah diwajibkan memakai lencana / tanda nama di atas poket
disebelah kiri kemeja atau baju kemeja T. Lencana yang telah hilang warna,
dikikis dan diubahsuai tidak boleh digunakan.
3.2 STOKING
Stoking mestilah berwarna putih atau hitam sama dengan warna kasut.
3.3 KASUT
Semua murid adalah dimestikan memakai kasut kanvas berwarna putih atau
hitam mengikut warna stoking .
PERKARA 4 : RAMBUT
4.1 RAMBUT MURID LELAKI
( Rujuk gambar rajah )
4.1.1 Murid lelaki adalah dilarang menyimpan rambut panjang.
4.1.2 Istilah rambut panjang adalah seperi berikut : -
(a) di belakang : rambut jatuh melebihi di bawah cuping telinga.
(b) di hadapan : rambut menutup garisan tengah dahi.
(c) di sebelah : rambut menutup kedua-dua telinga atau
(d) di atas : rambut melebihi daripada 15 cm panjang.
4.2 RAMBUT MURID PEREMPUAN BUKAN ISLAM
4.2.1 Bagi murid-murid perempuan, rambut yang panjang hendaklah
sentiasa kemas. Ikatan rambut sebagai tocang atau ekor kuda dibenarkan.
4.2.2 Sepit-sepit atau hiasan rambut yang beraneka warna atau bermanik
ADALAH TIDAK DIBENARKAN.
PERKARA 5: BASIKAL / MOTOSIKAL
5.1 Semua murid hendaklah meletakkan basikal di tempat yang dikhaskan.
5.2 Murid-murid adalah tidak dibenarkan sama sekali menunggang basikal di
dalam kawasan sekolah.
5.3 Semua basikal hendaklah dikunci dengan sempurna untuk keselamatan.
5.4 Segala rupa basikal yang membahayakan dilarang dibawa ke sekolah.
PERKARA 6 : PERHIMPUNAN
6.1 Perhimpunan rasmi sekolah akan diadakan pada pukul 7.30 pagi pada
setiap hari Ahad setiap minggu.
6.2 Perhimpunan ringkas akan diadakan pada hari lain jika difikirkan perlu.
6.3 Semua murid adalah diwajibkan menghadiri perhimpunan yang
diadakan di tempat perhimpunan.
6.4 Semua murid dilarang bercakap-cakap sewaktu berada di tempat
perhimpunan. Semua murid dikehendaki menyanyikan lagu Negaraku, Lagu
Negeri Terengganu dan Lagu Sekolah dengan penuh semangat.
6.5 Bacaan doa dan bacaan Ikrar murid akan diadakan pada setiap
perhimpunan hari Ahad
6.6 . Ucapan guru bertugas/guru lain sekiranya ada
6.7 Persembahan murid sekiranya ada..
6.8 Ucapan Guru Besar.
6.9 Bersurai - murid-murid berjalan masuk ke kelas di dalam barisan dan tidak
dibenarkan bercakap-cakap.
PERKARA 7: DISIPLIN TATATERTIB DI DALAM BILIK DARJAH
7.1 Murid yang bertugas hendaklah membersihkan kelas sebelum loceng
pertama dibunyikan. Sampah-sarap hendaklah dibuang ke dalam tong
sampah.
7.2 Semua murid tidak dibenarkan membuat bising dan bergaduh didalam
bilik darjah.
7.3 Semua murid adalah dilarang makan didalam kelas semasa belajar
kecuali minum sahaja.
7.4 Semua murid hendaklah menjimatkan penggunaan tenaga elektrik dan
lain-lain kemudahan.
7.5 Semua murid hendaklah duduk di tempat yang telah ditetapkan.
7.6 Semua murid tidak dibenarkan keluar dari bilik darjah bila-bila masa
tanpa keizinan guru.
7.7 Semua murid dilarang berkeliaran di luar bilik darjah.
7.8 Semua murid dilarang menconteng, merosakkan perabot, memecah
tingkap, pintu dan peralatan bilik darjah.
7.9 Sewaktu ketiadaan guru, bilik darjah adalah dalam kawalan ketua dan
penolong kelas yang berkenaan.
PERKARA 8: REHAT, MAKANAN DAN MINUMAN
8.1 Semua murid mestilah makan dan minum di kantin sahaja.
8.2 Semua murid hendaklah beratur semasa membeli makanan dan
minuman.
8.3 Semua murid hendaklah menggunakan kantin sepenuhnya untuk
membeli makanan dan minuman. segala sisa makanan hendaklah diletakkan
ditempat yang telah disediakan.
8.4 Semua murid adalah dilarang mengambil, merosakkan dan
memusnahkan peralatan di kantin seperti sudu, garfu, gelas, piring, pinggan
dan botol kosong.
PERKARA 9: GERAK KERJA KO-KURIKULUM
9.1 Setiap murid diwajibkan menjadi ahli kepada sebuah rumah sukan dan
mengambil bahagian dalam kegiatan sukan.
9.2 Setiap murid diwajibkan menjadi ahli kepada sekurang-kurangnya satu
persatuan atau kelab dan satu pasukan unit pakaian seragam.
9.3 Semua murid yang hadir untuk perjumpaan ko-kurikulum mestilah
MEMAKAI PAKAIAN YANG BERSESUAIAN dengan aktiviti yang akan dijalankan.
PERKARA 10: HAL-HAL LAIN
10.01 Semua murid dikehendaki mematuhi segala peraturan BILIK KHAS.
10.02 Semua murid dilarang menggunakan surau ( jika ada ) kecuali untuk
beribadat dan pada waktu yang dibenarkan sahaja.
10.03 Semua murid diwajibkan mengikuti pelajaran pendidikan jasmani bagi
mereka yang mendapat kebenaran surat akuan doktor.
10.04 Semua murid tidak dibenarkan masuk ke Bilik Guru atau Pejabat sekolah
tanpa urusan rasmi.
10.05 Semua murid dilarang menggunakan tandas guru.
10.06 Semua murid hendaklah menggunakan tandas dengan penuh
tanggungjawab dan tidak merosakkan alatan di tandas
10.07 Penggunaan tandas adalah hanya pada waktu selepas Pendidikan
Jasmani atau waktu rehat sahaja kecuali dengan kebenaran guru.
10.08 Semua murid tidak dibenarkan membawa orang luar ke kawasan dan
bangunan sekolah tanpa kebenaran Guru Besar.
10.09 Semua murid yang sakit dan ingin ke hospital pada waktu persekolahan
hendaklah mengisi nama dalam buku murid keluar dan juga mendapat
surat RAWATAN DOKTOR daripada guru bertugas.
10.10 Semua murid mestilah sentiasa menghormati guru-guru dan pengawas
serta bersopan santun.
10.11 Pihak sekolah tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang
kehilangan wang atau barang kemas murid di sekolah. Semua murid
digalakkan membawa wang yang secukupnya untuk perbelanjaan
harian.
10.12 Murid-murid yang hendak ke tandas atau keluar dari kelas mestilah
mendapatkan kad / pas keluar dari guru atau ketua kelas.
PERKARA 11: KESELAMATAN TATATERTIB YANG DIANGGAP BERAT (PEKELILING
BIL.9/1975)
11.01 Menjadi ahli pertubuhan haram
11.02 Membawa senjata berbahaya dengan tujuan jahat.
11.03 Memukul kakitangan sekolah, guru dan Guru Besar.
11.04 Mengancam kakitangan sekolah, guru dan Guru Besar.
11.05 Melanggar peraturan dan undang-undang yang telah digubal oleh
SEKOLAH dan KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA.
11.06 Memfitnah sekolah melalui akhbar atau media sosial.
11.07 Sengaja merosakkan harta persendirian guru-guru, kakitangan sekolah
dan murid- murid.
11.08 Sengaja merosakkan harta kerajaan atau sekolah.
11.09 Mencuri.
11.10 Mengancam murid lain dengan ancaman yang serius dan merbahaya.
11.11 Merokok atau mengambil najis dadah didalam atau di luar sekolah.
11.12 Berjudi.
11.13 Meminum minuman keras atau memabukkan dalam kawasan sekolah.
11.14 Membantah hukuman guru walaupun sudah diberi tiga atau empat kali
amaran.
11.15 Menunjukkan sikap bongkak atau menghina kakitangan sekolah, guru-
guru dan Guru Besar.
11.16 Sengaja menimbulkan sesuatu perkara yang sensitif seperti isu
perkauman dan kenegerian dengan tujuan menimbulkan kacau-bilau
dan perpecahan kaum.
11.17 Melanggar peraturan tatatertib yang menurut budi bicara Guru Besar
atau Penolong Kanan sebagai melanggar tatatertib yang BERAT.
SENARAI SEMAK SALAH LAKU UNTUK MURID-MURID
SEKOLAH KEBANGSAAN KUALA KEMAMAN.
1. Datang lewat ke sekolah.
2. Berambut panjang ( rujuk gambarajah rambut murid lelaki )
3. Mewarnakan rambut.
4. Memakai barang kemas berharga.
5. Memakai barang kemas hiasan ( costume jewellery )
6. Berkuku panjang, mewarnakan kuku dan memakai inai.
7. Menunggang motosikal ke sekolah.
8. Tidak memakai pakaian yang besesuaian untuk Pendidikan Jasmani dan
kegiatan Ko-Kurikulum.
9. Memakai seluar “ jeans ” di kawasan sekolah.
10. Memakai seluar ketat atau bel bottom.
11. Berjudi.
12. Mencuri.
13. Memeras ugut.
14. Membawa senjata berbahaya dan bahan-bahan berbahaya.
15. Membawa bahan-bahan bacaan lucah ke sekolah.
16. Membawa telefon bimbit atau perkakasan elektronik berharga ke
sekolah ( kecuali dengan kebenaran ).
17 Sengaja merosakkan harta persendirian sekolah contohnya
menconteng dinding, guru, kakitangan sekolah dan murid-murid.
18. Mengancam atau mengganggu murid lain.
19. Bersikap degil terhadap guru ( kurang sopan, angkuh ).
20. Bergaduh / bertumbuk.
21. Buli / ragging.
22. Tidak menghormati bendera Malaysia, negeri, lagu kebangsaan dan lagu
negeri.
23. Berkhalwat / berdua-duaan.
24. Merokok, membawa rokok atau menagih rokok.
25. Memakai topi ( cap ), semua jenis selipar, baju T dalam yang berwarna
dan tali pinggang kepala besar di kawasan sekolah.
26. Bercelak atau memakai ‘make up ’.
27. Tidak mengancing lengan baju dan butang.
28. Memakai kain singkat dan memakai kasut kulit.
29. Berbaju jarang dan ketat ( bagi murid perempuan ).
30. Meninggalkan buku teks pinjaman ( SPBT ) dalam kelas selepas waktu
persekolahan.
POTONGAN RAMBUT YANG MEMENUHI SPESIFIKASI PERATURAN SEKOLAH SURAT
PEKELILING IKHTISAS BILANGAN 2/1976
CONTOH PAKAIAN MURID LELAKI DAN PEREMPUAN YANG MEMATUHI SPESIFIKASI
PERATURAN SEKOLAH SURAT PEKELILING IKHTISAS BILANGAN 2/1976
LENCANA SEKOLAH
SEKOLAH KEBANGSAAN
KUALA KEMAMAN
LAGU SEKOLAH
SEKOLAH KEBANGSAAN KUALA KEMAMAN
SEKOLAH YANG BERJASA
MENIDIDIK ANAK BANGSA
TEMPAT KAMI BERSAMA SAMA
MENJUNJUNG CINTAI BAGINDA
KAMI PELAJAR SELURUHNYA
BERIKRAR DAN BERSEDIA
UNTUK MAJU BERSAMA
SELURUH TENAGA AKAN BERUSAHA
BERJAYA DAN BERJAYA
BERILMU BERIMAN BERBAKTI
SENTIASA TERSEMAT DHATI
SKKK MENABURKAN BAKTI
MENUJU WAWASAN YANG MURNI
PELAJARAN TETAP DIUTAMAKAN
SOPAN SANTUN DIJAGA
TAAT SURUHAN TUHAN
DEMI MENYAMBUNG WARISAN BANGSA
UNTUK SELAMA LAMANYA