INSTITUT PENDIDIKAN GURU KOD KURSUS BMMB1074
KAMPUS SULTAN MIZAN, BESUT NAMA KURSUS : SEJARAH PERKEMBANGAN
JABATAN PENGAJIAN MELAYU BAHASA MELAYU
DISEDIAKAN OLEH:
NAMA PELAJAR : NUR ALYA BINTI MAT YUSOF
PROGRAM: PERSEDIAAN IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN
KUMPULAN / UNIT:
BAHASA MELAYU 2
PENSYARAH:
PUAN ZULAINI BINTI HUSIN
TARIKH HANTAR: 25 SEPTEMBER 2022
Pengenalan
Secara amnya, setiap bangsa mempunyai bahasa dan tulisan bagi kegunaan
bangsa mereka sendiri. Namun bukan bagi orang-orang Melayu pada ketika dulu.
Mereka tidak mempunyai bahasa dan sistem tulisan mereka sendiri malah ia
banyak dipengaruhi oleh pengaruh-pengaruh luar yang dibawa melalui
perdagangan, perkahwinan dan seumpamanya. Walaupun sedemikian, sebelum
kemunculan sistem-sistem tulisan yang tercatat dalam sejarah kita, keturunan
Melayu dulu juga mempunyai satu tulisan yang digunakan iaitu tulisan Rencong
yang berfungsi sebagai satu alat buat mereka untuk mengutarakan idea dan
pendapat dalam bentuk visual. Tetapi setelah kedatangan pengaruh India, Arab
dan Cina, telah banyak perubahan yang berlaku sama ada dalam sistem tulisan
mahupun bahasa.
Sistem Tulisan Pallava
Sistem tulisan pallava ini diperkenalkan oleh orang-orang Hindu pada
ketika dulu dan merupakan sistem tulisan terawal digunakan di
Kawasan Kepulauan Melayu. Namun begitu, penggunaan tulisan ini
amat terhad kepada rakyat-rakyat ketika itu. Hal ini kerana tulisan ini
digunakan oleh golongan istana serta pentadbir sahaja kerana
kemudahan asas untuk menyebarkan ilmu ketika itu amat terhad dan
kurang. Tulisan ini secara majoritinya dipengaruhi oleh bahasa
Sanskrit dan tulisan ini lebih rumit berbanding tulisan rumi kini.
Ciri-ciri tulisan Pallava
Aksara tulisan Pallava ini dikatakan mempunyai 46 abjad dan dibahagi
kepada dua jenis iaitu konsonan dan vokal. Selain itu, aksara pallava juga
mempunyai bentuk yang khas iaitu gabungan bulatan, petak serta
tambahan kesan tipografi.
Bukti-bukti Sistem Tulisan Pallava
01. 02.
Batu bersurat Kota Yupa, Tiang Batu
Kapur
Sistem tulisan pallava ini boleh menjadi satu titik permulaan tentang perkembangan
bahasa Melayu itu sendiri. Jika tulisan pallava ini tidak diterima oleh orang Melayu
dulu, sistem tulisan kita tidak akan dapat berkembang dengan baik dan kita tidak
akan mempunyai satu sistem tulisan yang rasmi dan selaras. Malah, dengan aksara
pallava, kita dapat membina kosa kata untuk digunakan dalam bahasa Melayu.
Sistem Tulisan Jawi
Merupakan tulisan yang kekal digunakan oleh orang-orang Melayu
sehingga kini. Tulisan jawi ini adalah tulisan yang diperkenalkan oleh
pedagang-pedagang Arab yang telah datang berdagang di Kepulauan
Melayu di samping ingin menyebarkan agama Islam pada ketika itu.
Perbendaharaan kata dalam bahasa Melayu ketika itu bertambah dengan
pesat terutamanya dalam bidang kesusasteraan serta penggunaan bahasa
sebagai suatu alat untuk menyampaikan pelbagai seni seperti puisi, sajak
dan syair.
Penerangan Tulisan Jawi
Tulisan Jawi atau huruf-huruf bahasa Arab ini mula berkembang pada abad ke-13
iaitu merupakan era peralihan dan kemajuan daerah Asia Tenggara dan Melayu
Melaka. Tulisan Jawi ini telah diguna secara meluas kepada orang-orang Melayu
ketika itu kerana tulisan Jawi yang juga merupakan bahasa Melayu klasik ini
menjadi bahasa perantara bagi pedagang-pedagang pada zaman itu. Selain itu,
telah banyak kosa kata yang dipinjam dari Arab yang dimasukkan dalam kosa
kata bahasa Melayu. Rajah 2.0 menunjukkan kosa kata yang dipinjam dari Arab.
Kosa Kata Pinjaman Arab
Bahasa Arab Bahasa Melayu
Rizq Rezeki
Barakah Berkat
Darajah Darjat
Imbuhan Pinjaman Dari Bahasa Arab
-i Abadi
-ah Muslimah
-wi Duniawi
Ciri-ciri Tulisan Jawi
Ejaan Huruf
Huruf-huruf Jawi ini mengambik aksara daripada Arab sepenuhnya namun ditambah
dengan 6 huruf tambahan dalan tulisan Jawi kerana ingin memudahkan orang-orang
Melayu akan sebutannya.
Bukti Tulisan Jawi
Batu bersurat di Kuala Berang, Terengganu merupakan
bukti yang amat jelas tentang kewujudan tulisan Jawi
dan pengaruh Islam yang dibawa oleh pedagang Arab
pada ketika dulu. Bermula daripada era ini, telah
banyak manuskrip yang ditulis menggunakan tulisan
Jawi dihasilkan terutamanya manuskrip berkaitan
arahan istana, kesusateraan atau bidang bahasa.
Batu Bersurat Kuala Berang,
Terengganu
Penggunaan Tulisan Jawi
Surat Khabar
Surat khabar digunakan sebagai tempat penyebaran maklumat sama ada
berkaitan tentang penentangan terhadap penjajah mahupun penyebaran
ilmu
Hasil Sastera Rakyat
Tokoh-tokoh sangat aktif mengeluarkan hasil-hasil sastera mereka.
Namun oleh kerana tiada catatan yang jelas, kewujudan hasil karya ini
tidak dapat dipastikan. Antara hasil karya sastera ialah:
i. Cerita Lipur Lara – Hikayat Malim.
ii. Cerita Teladan – Si Tanggang dan Bawang Putih Bawang Merah.
Penggunaan Tulisan Jawi
Surat-menyurat
Surat-menyurat ini amat aktif oleh golongan istana kerana ini adalah salah
satu cara bagi mereka untuk berkomunikasi. Sama ada sesame mereka atau
pedagang luar.
Manuskrip Melayu Klasik
Manuskrip Melayu klasik ini merupakan tulisan tangan sesuatu karya.
Wujudnya manuskrip Melayu ini adalah kerana pencapaian pengetahuan
Islam pada ketika itu telah mencapai kemuncaknya. 12,000 manuskrip
Melayu lama telah disebarkan di seluruh dunia dengan tulisan tangan dan
tulisan Jawi.
Sistem tulisan Jawi merupakan sistem tulisan dan bahasa yang paling berkembang di
Kepulauan Melayu. Pengaruh yang dibawa oleh pedagang Arab ketika itu masih lagi
berpengaruh sehingga kini. Tulisan Jawi ini juga telah digunakan secara meluas dan
kewujudan batu bersurat itu menunjukkan bukti yang amat jelas tentang tulisan dan
bahasa Jawi ini.
Bahasa Melayu
Pascamerdeka
Pascamerdeka membawa makna tentang perkembangan bahasa Melayu
selepas Tanah Melayu mencapai kemerdekaan iaitu pada 31 Ogos 1957.
Antaranya penulisan rasmi di negara yang semakin baik iaitu daripada
tulisan Pallava ke tulisan Jawi seterusnya ditambah baik kepada tulisan
Rumi kini. Penubuhan Dewan Bahasa dan Pustaka juga telah
menyumbang kepada kemajuan bahasa Melayu.
Dewan Bahasa dan Pustaka
Pejabat Karang Mengarang atau kini telah diambil alih oleh Dewan
Bahasa dan Pustaka merupakan tempat yang menyediakan
pelbagai sumber buku dan rujukan terutamanya buku-buku
sekolah, tatabahasa, sejarah serta kesusasteraan. Penubuhan ini
telah menjadi salah satu tonggak kepada kemajuan bahasa
Melayu sekarang. Hal ini kerana para pembaca dan rakyat di
Malaysia dapat menimba pelbagai ilmu dan hal ini akan
membugar fikiran mereka dan akan mencetuskan suatu revolusi
yang lebih baik pada masa akan datang. Maka, bahasa Melayu
pada masa akan datang akan berkembang dengan sangat baik.
Penggunaan Tulisan Jawi
Walaupun tulisan Jawi ini semakin pudar dalam kalangan rakyat
kini, namun penggunaan tulisan Jawi ini juga sedang diguna
dengan luas terutamanya para peniaga kerana digunakan untuk
menarik minat dan perhatian para pelanggan. Misalnya dengan
menggunakan papan iklan, menggunakan tanda arah dengan dua
tulisan, slogan serta peringatan dan sebagainya.
Kesimpulan
Dapat disimpulkan bahawa sistem tulisan Pallava serta sistem tulisan Jawi
amat mempengaruhi perkembangan bahasa Melayu kini. Perbendaharaan
kosa kata, sistem tulisan malah bahasa yang digunakan sebagai bahasa
rasmi ini adalah hasil daripada penambahbaikan daripada pengaruh-
pengaruh terdahulu. Walaupun bahasa Melayu ini hampir jatuh pada
zaman Kesultanan Melayu Melaka, namun sikap orang Melayu yang
semangat menegakkan bahasa jiwa bangsa ini, hasilnya kita sebagai
orang Melayu kini mempunyai identity yang sangat unik.
Rujukan
Nik Safiah Karim, F. M. (2015). TATABAHASA DEWAN EDISI KETIGA. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka.
Shamsul Aizuwani Nawi, S. D. (2022). Pengenalan Sejarah Perkembangan Bahasa Melayu. Kuala Lumpur:
Global Mediastreet Sdn Bhd.
Asmah Haji Omar (2015). Kampar in Geolinguistic and Geoculture of Malay, Kampar dalam Geolinguistik
dan Geobudaya Melayu 15(2)