DEWAN KOMUNITI SUNGAI PELEK MAJLIS & GRADUASI QURRA’ MAAHAD INTEGRASI TAHFIZ SELANGOR (MITS) BAGAN LALANG, SEPANG SABTU 27 APRIL 2024 8.00 PAGI
Pendahuluan Majlis Khatam hafazan Al-Quran merupakan program khusus untuk memberi pengiktirafan kepada murid-murid yang telah berjaya menamatkan hafazan Al-Quran 30 Juzuk. Objektif Program • Memupuk semangat cintakan Al-Quran dan menjadikan Al-Quran sebagai teman sejati serta berusaha untuk sentiasa menjaga dan mengulang hafazan AlQuran sepanjang hayat • Melahirkan para Huffaz yang komited dengan Al-Quran • Memberi semangat kepada para pelajar yang belum khatam untuk berusaha menamatkan hafazan Al-Quran 30 Juzuk
Alhamdulillah segala puji bagi Allah, selawat dan salam ke atas junjungan mulia Nabi Muhammad SAW. Pertama, izinkan saya melafaz dan menzahirkan rasa kesyukuran ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah kurnia dan inayahNya maka kita dapat berkumpul dalam dewan yang indah ini bagi melaksanakan Majlis Khatam AlQuran Perdana dan Graduasi Qurra’ 2023 yang dianjurkan oleh Unit Tahfiz Al-Quran, MITS Bagan Lalang. Ucapan syabas dan tahniah kepada ahli jawatankuasa serta seluruh warga kerja yang telah berusaha bertungkus lumus agar majlis berjalan dengan lancar dan teratur. Sesungguhnya majlis seumpama ini perlu diadakan untuk memberi pengiktirafan atas pencapaian graduan yang bersungguh-sungguh mengkhatamkan Hafazan 30 Juzu’ disamping ulangan demi menjaga hafazan mereka. Justeru itu, pihak sekolah sentiasa berusaha memastikan mengadakan majlis khatam AlQuran dapat diadakan kerana memahami betapa petingnya kita untuk meninggikan martabat Al-Quran dalam kehidupan. Al-Quran mengandungi hikmah dan pengajaran yang sangat berguna kepada manusia. Melalui kefahaman dan penghayatan Al-Quran, ia dapat membekalkan diri kita dengan bekalan ilmu yang benar. Kehidupan masa kini yang penuh dengan cabaran meminta kepada setiap manusia mempunyai kefahaman agama yang tinggi, kekuatan mental dan fizikal bagi mengharunginya. Tanpa petunjuk Al-Quran nescaya manusia akan hanyut dan rebah saat diuji dengan pelbagai ujian kehidupan. Akhir kalam, sekali lagi saya merakamkan ucapan syabas dan tahniah kepada semua para graduan 2023 MITS Bagan Lalang seramai 36 orang yang diraikan pada hari ini. Semoga dengan keberkatan Al-Quran yang dihafaz dan dihayati akan memberikan cahaya petunjuk serta rahmat kepada pengamalnya dan seterusnya membentuk sahsiah yang mulia. Teruskan mengulang hafaz secara istiqamah agar ayat-ayat suci yang telah dihafaz kekal mekar dalam ingatan. Sekian terima kasih HAJJAH SITI NORIDAH BT TOHIRON PENGETUA
TUAN ANAS BIN AYOB KETUA PENOLONG PENGARAH BPI JAIS Alhamdulillah, bersyukur kita ke hadrat Allah S.W.T. kerana berkat rahmat dan izin-Nya, kita dapat bersama-sama pada Majlis Khatam AlQuran dan Graduasi Qurra’ 2023. Setinggi-tinggi ucapan tahniah dan terima kasih kepada semua guru khususnya guru-guru Al-Quran atas usaha melaksanakan program ini dengan jayanya. Penganjuran program ini bertujuan memupuk dan menyuburkan minat membaca al-Quran yang mendalam dalam kalangan anak-anak. Ia ternyata telah membuahkan hasil seperti yang kita lihat pada hari ini. Tanggungjawab yang besar ini tergalas di bahu para pendidik. Saya percaya, penganjuran majlis ini bukan sekadar untuk meraikan kejayaan anak-anak menamatkan pengajian membaca al-Quran, tetapi apa yang paling penting ialah mesej yang hendak disampaikan dan pengertiannya kepada kita. Penghayatan kepada isi kandungan ayat-ayat suci al-Quran juga akan memberi kita inspirasi dan galakan untuk lebih berusaha mendekatkan diri kepada Ilahi dan menguasai segenap bidang ilmu pengetahuan. Ini kerana al-Quran banyak mengajak dan menyeru manusia untuk menimba dan memartabatkan ketinggian ilmu dalam kehidupan. Penguasaan ilmu pengetahuan merupakan teras bagi membentuk bangsa yang cemerlang dan berjaya, yang didasari oleh jati diri dengan ketinggian akhlak dan budi. Insan yang berilmu seperti ini akan dapat menguasai dan menguruskan alam, memanfaatkan segala nikmat kurniaan-Nya untuk kesejahteraan ummah. Al-Quran Pemangkin Modal Insan Cemerlang. Semoga harapan ini digalas sebagai satu cabaran dan amanah yang perlu dilaksanakan oleh semua pihak. Bagi anak-anak sekalian, jadikanlah “perjuangan” pembacaan dan pembelajaran al-Quran ini sebagai titik tolak untuk mempelopori, menghayati dan mendalami ilmu-ilmunya kerana masih banyak lagi ilmu yang perlu diterokai dan dikuasai dalam kitab suci ini. Kepada para pendidik, semoga kejayaan dalam melahirkan murid-murid yang berjaya menyertai Majlis Khatam Al-Quran Perdana ini, akan mencetus semangat dan kesungguhan untuk menghasilkan usaha yang lebih berjaya pada masa- masa akan datang. Semoga tuan-tuan dan puan-puan dapat melaksanakan tugas dan tanggungjawab ini dengan penuh dedikasi dan cekap. Akhirnya, saya mendoakan majlis ini akan dilimpahi keberkatan dan kerahmatan daripada Allah S.W.T. SEKIAN,TERIMA KASIH.
Generasi Al-Quran yang kita hendak dan sedang lahirkan diharap dapat menjadi pemangkin kepada masyarakat di negara ini agar berjaya memertabatkan Islam dan AlQuran di tempat yang tertinggi. Menerusuri sirah, Nabi SAW yang melantik 36 orang huffaz bagi memelihara wahyu Allah SWT agar terus berada di dalam dada manusia. Amanah yang dipertanggungjawabkan oleh baginda SAW kepada para huffaz ini amat berat. Sebab itu jugalah mereka dikecualikan daripada menyertai peperangan demi memastikan Al-Quran tidak hilang dalam hati dan minda manusia. Hari ini, tugas itu digalas oleh anak-anak kita. Tetapi hakikatnya bukan sahaja mereka yang terlibat malah kita sebagai ibu bapa juga perlu memainkan peranan penting menyediakan persekitaran yang baik (biah solehah) di rumah dan terus memberikan sokongan agar Al-Quran sentiasa diulang-ulang hafazannya. Tidak mustahil suatu hari nanti merekalah yang akan menggalas jawatan Imam Besar Masjid Negara atau Masjid Negeri dan paling tidak pun merekalah yang akan mengimami solat jenazah kita kelak. Moga hafazan mereka menjadi saham kepada kita di alam barzakh nanti… Aamiin Ya Rabbal A’alamiin. Sekian sahaja, terima sekali lagi kepada pihak sekolah dan guru-guru tasmi’ yang bertungkus lumus tanpa memikirkan jerih perit pengorbanan bagi melahirkan para huffaz ini. Akhir kata, TAHNIAH para Al-Hafiz dan TERIMA KASIH guru-guru. Wassalam. HAJI RUSYDI RAMLI AL-JAUHARI YDP MPIBG 2022/2024 Assalamualaikum Setinggi-tinggi ucapan terima kasih atas kesempatan yang diberikan kepada saya selaku YDP MPIBG sesi 2022/2024 mewakili ibu bapa untuk mencoretkan rasa bangga dan kesyukuran atas kejayaan anak-anak kita menyempurnakan hafazan mereka 30 juzuk.
ATUR CARA MAJLIS 8.00 pagi : Ketibaan Pelajar 8.30 pagi : Ketibaan Ibu Bapa/Penjaga 9.30 pagi : Perarakan Masuk Tetamu VIP, Pentadbir MITSBL, Guru – guru Al- Quran dan Peserta Khatam Asmaul Husna / Lagu Negaraku / Lagu Negeri Selangor / Lagu Sekolah 9.50 pagi : Acara Khatam Bermula 10.15 pagi : Kata Alu-aluan Pengerusi Majlis - Ucapan Pengetua - Ucapan Perasmian - Pengisytiharaan Pembukaan Majlis Graduasi Qurra’ 2023 10.40 pagi : Penyampaian - Anugerah Khas Guru - Sijil Khatam 11.00 pagi : Persembahan Nasyid 11.15 pagi : Penyampaian - Anugerah Khas Murid - Pengisytiharaan Penangguhan Majlis Graduasi Qurra’ 2023 12.00 tengah hari : Acara Penutup Sesi Bergambar Jamuan Makan
JAWATANKUASA INDUK PENGERUSI : SITI NORIDAH BINTI TOHIRON T.PENGERUSI 1: AHMAD ALA’UDDIN BIN KAMAL T.PENGERUSI 2: MOHD NAJMI BIN SUIB T.PENGERUSI 3: REDZUAN BIN NAHAR T.PENGERUSI 4: MOHD FIRDAUS BIN AMIR RAMLI PENGARAH : MUHAMMAD HADIE BIN BARZANI SETIUSAHA : MUHAMMAD AMEEN BIN MUHAMAD SALEHUDDIN BENDAHARI / UNIT TAJAAN : MOHD FAIZ BIN HAMDAN JAWATANKUASA KERJA PENGERUSI MAJLIS NOROL AZIMI BINTI AHMAD SHAHIDAFADILAH BINTI JUMAAT KHALIFAH KHATAM / UNIT PERSEMBAHAN MUHAMMAD IRHAM BIN KAMAL DOKUMENTASI & PENDAFTARAN NURUL NADIA BINTI SALLEH MUHAMMAD HELMI BIN FAZILLAH NUR QAMARINA BINTI HAMDAN NURUL HIDAYAH BINTI ADNAN PROTOKOL MAJLIS NURUL HUSNA BINTI HADIRIN FIRZANAH BINTI MUSLIM NORSYAFADHILLAH BINTI MOHD NASIR NURIN IFFAH BINTI MANSOR
JAWATANKUASA KERJA CENDERAHATI & SIJIL NORHAZILA BINTI TOROJE ZU IZZATI BINTI JUMEREN NUR BAZILAH BINTI MOHD AKHYAR NUR ‘AMIRA NADIA BINTI AZMAN WASIDAH BINTI SHAHFUDIN BUKU PROGRAM KHAIRUSSYAHIDAH BINTI KHAIRUDDIN RADHIAH BINTI AHMAD BUHARI JEMPUTAN & HUBUNGAN LUAR MUHAMMAD ’AMMAR BIN HARON PENGANGKUTAN & TUGAS KHAS NAJAKHUL UMAM BIN LAHURI ZAMRI BIN MD HAYYAT NAZRI BIN JAAFAR TEKNIKAL / PA SISTEM AHMAD ZAIM BIN MOHAMAD HIJAZI MUHAMMAD ALIF HAIKAL BIN MASRI PERSIAPAN DEWAN / PHOTOBOOTH MOHAMAD AIMAN BIN MOHD KAMAL NOR SYAZRUL IMAN BIN NORDIN NAJAT BINTI HADRI NUR SOLEHAH BINTI MOHD SHALLEHUDDIN SITI SANISAH BINTI ZAKARIA@HARUN KEBERSIHAN MOHAMAD ZAKWAN BIN MHD ANUAR MUHD HAFIZ BN MOHAMAD ZAINUDIN JAMUAN AZIZAH BINTI AHMAD SITI NOR HAMIZA BINTI SARMAN NUR SYAZWANI BINTI OSMAN KAIYISAH BINTI MOHAMAD SABRI
ANUGERAH KHAS GURU Muhammad 'Ammar Bin Haron HALAQAH IDRIS Muhammad Irham Bin Kamal HALAQAH ISHAQ Nursyazani binti Yosri HALAQAH RAUH & RUWAIS
SENARAI PENERIMA ANUGERAH AJMAL NAUFAL BIN MOHD SHAHRIZAN 06-12-2021 SYABIL NAUFAL BIN SHAMSUL BAHARIN 09-12-2021 NUR AMNI CARMILLA BINTI RAMLAN 14-07-2022 NUR ANIS UMAIRAH BINTI MOHAMAD HAIRANI 18-08-2022 NIYAZ NAURAH BINTI MOHD NASRUL HISHAM 05-10-2022 MUHAMMAD YUSOF BIN ABDUL KADIR 21-10-2022 MUHAMMAD SYAFI ANAS BIN SHAHIRWAN 11-11-2022 NUR HANNANI BINTI SAMSUL FADLI 11-11-2022 NURUL IMAN UMAIRAH BINTI AHMAD KAMIL 19-01-2023 MUHAMMAD IRSYAD SALIHIN BIN AZMAN 03-02-2023 BUNYAMIN BIN ZULHELMY 10-02-2023 NUR AINA ATHIRAH BINTI MOHD FAIZAZRIN 16-02-2023 NUR HUSNINA BINTI KHAIRUL AZHAR 17-02-2023 AINUN NISA BINTI KAMARUZAMAN 31-03-2023 PUTRI NADRAH EIRDENNA BINTI MOHD FAFLI 31-03-2023 NUR SYAKIRAH BINTI ABU BAKAR 27-06-2023 MEGAT MUHAMAD ANIQ BIN BAKRI 07-07-2023 IMAN ATIKAH BINTI SAIFULBAHRI 11-07-2023 SAMIHAH BINTI MOHD SALIHIN 14-07-2023 AHMAD FAATHIR BIN KHAIRUL ANUAR 17-07-2023 MUHAMMAD SOLEH BIN NOOR AZLI 27-07-2023 ZAIM ZAKWAN BIN ROSNADZRAN 27-07-2023 MUHAMMAD FARIS IKRAM BIN MOHD KAMIL 10-10-2023 MUHAMMAD NAUFAL BIN MUHAMMAD FAUZI 13-10-2023 NIK MUHAMMAD FIRDAUS BIN NIK KAMARUDIN 13-10-2023 RIZQ IMAN DANISH BIN MOHAMED HAFIZ 20-10-2023 ALYA SALWA BINTI KHAIRUDDIN 21-11-2023 HUMAIRA BINTI SHAHROL NIZAM 19-12-2023 SHARIFAH SOFEA BINTI KAMAL BAHRIN 19-01-2024 HAFIZUL ALIF BIN HAFIZRAHIMI 26-01-2024 NUR AMNA NAQIYYA BINTI AZLAN 04-02-2024 MUHAMMAD ADIB WAFIY BIN FAIZAN 29-02-2024 MADIHAH HUSNA BINTI MOHD HALMI 29-02-2024 NIK AISYAH BINTI NIK MD SAIFUL AZIZI 29-02-2024 AISY NAUFAL BIN MOHD YUZI 29-02-2024 MUHAMMAD ALIF DANIEL BIN BURQANUDIN 17-03-2024
A N U G E R A ANUGERAH ANUGERAH SAIDATINA K H A
Sekalung Penghargaan Setinggi-tinggi Penghargaan dan Ucapan Terima Kasih kepada semua pihak yang terlibat sama ada secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan majlis ini