SEKOLAH KEBANGSAAN PELABUHAN KELANG
BBA0003/NO TEL & FAKS : 03-31686848/EMAIL : [email protected]
1) ARAHAN AM
a. Selaku pegawai kerajaan, guru adalah tertakluk kepada segala arahan yang
terkandung dalam Perintah Am Kerajaan.
b. Guru perlu membaca, memahami dan mematuhi arahan Perintah Am
Kerajaan.
c. Guru hendaklah menghayati tata susila profesion keguruan dan menyanjungi
profesion tersebut dan bukan menganggapnya hanya semata-mata sebagai
satu pekerjaan atau mata pencarian sahaja.
d. Semua guru perlu mengamalkan prinsip-prinsip Perkhidmatan Cemerlang.
e. Semua guru hendaklah menghayati dan mengamalkan Falsafah Pendidikan
Kebangsaan.
f. Bertanggungjawab menjamin keselamatan murid ketika mereka berada di
sekolah.
g. Bertanggungjawab menjaga harta benda sekolah.
h. Mengamalkan kepimpinan yang berkesan, dinamik serta cekap dalam
menjalankan tugas.
i. Berusaha sebaik mungkin melaksanakan dasar-dasar pendidikan.
j. Bersedia menerima perubahan dan akur dengan arahan pentadbir sekolah.
2) WAKTU BERTUGAS
a. Setiap hari Isnin hingga Jumaat dan hari Sabtu yang diarahkan.
b. Sesi persekolahan bermula 7:30 pagi hingga 1:30 petang.
c. Guru perlu tiba di sekolah 10 minit awal sebelum sesi persekolahan bermula.
3) KEHADIRAN
a. Sila ketik sendiri kehadiran ketika hadir dan pulang.
b. Kegagalan merekod kehadiran akan dianggap guru tidak hadir bertugas pada
hari tersebut.
c. Guru yang tidak hadir atau terpaksa hadir lewat hendaklah memaklumkan
kepada Guru Besar/ Penolong Kanan dengan alasan yang wajar sebelum
waktu pertama sesi persekolahan.
d. Semua urusan peribadi hendaklah dibuat di luar waktu sekolah kecuali urusan
kecemasan.
SEKOLAH KEBANGSAAN PELABUHAN KELANG
BBA0003/NO TEL & FAKS : 03-31686848/EMAIL : [email protected]
4) KELUAR WAKTU BERTUGAS
a. Guru tidak dibenarkan meninggalkan kawasan sekolah pada waktu bekerja
kecuali atas arahan atau izin Guru Besar.
b. Guru perlu mengisi Borang Kebenaran Keluar Sewaktu Bertugas dan
mendapatkan tandatangan kebenaran daripada Guru Besar / Penolong Kanan.
c. Sebelum meninggalkan sekolah, guru perlu memastikan kerja bertulis untuk
murid telah diberi.
5) CUTI SAKIT
a. Sijil Sakit perlu ditampal pada borang yang disediakan dan menyerahkannya
sendiri kepada Guru Besar sehari selepas cuti sakit diambil.
b. Guru sepatutnya berehat di rumah / hospital semasa cuti sakit diambil.
c. Sijil Sakit yang dikeluarkan oleh doktor swasta tidak boleh melebihi 15 hari
setahun.
d. Cuti Sakit yang melebihi 90 hari setahun sama ada berterusan atau putus-
putus akan dilaporkan ke Jabatan Pendidikan Negeri dan Kementerian
Pendidikan untuk menentukan pembayaran gaji.
6) CUTI REHAT KHAS (CRK)
a. Guru layak untuk Cuti Rehat Khas sebanyak 10 hari setahun.
b. CRK bukan merupakan hak guru tetapi adalah keistimewaan kepada guru.
c. Kuasa meluluskan cuti adalah pada Guru Besar. Beliau akan menimbangkan
pemberian kemudahan CRK setelah memastikan pengurusan PdP tidak
terjejas.
d. Kemudahan CRK adalah kegunaan dalam tahun semasa.
e. Guru perlu mengisi borang permohonan CRK dan berjumpa dengan Guru
Besar. Sertakan sekali salinan bukti alasan untuk memohon cuti seperti kad
temujanji hospital. Setelah mendapat kebenaran bercuti oleh Guru Besar, guru
perlu mengisi permohonan CRK secara atas talian dalam aplikasi HRMIS.
f. Bagi kes kecemasan, sila telefon Guru Besar untuk memohon CRK.
7) CUTI KUARANTIN (PENJAGAAN ANAK)
a. Penjagaan anak di bawah 18 tahun atau anak yang masih belajar bawah 21
tahun atau anak kurang upaya di bawah 21 tahun.
b. Boleh digunakan pada bila-bila masa dalam tempoh perakuan yang
dikeluarkan oleh mana-mana pegawai perubatan Kerajaan atau swasta bagi
penyakit berjangkit seperti Penyakit Tangan, Kaki dan Mulut (HFMD), Demam
Denggi, Campak, Chickenpox, Difteria dan Malaria.
c. Mengikut tempoh yang diluluskan terhad kepada maksimum lima (5) hari.
d. Permohonan hendaklah dikemukakan kepada Guru Besar beserta perakuan
yang dikeluarkan oleh mana-mana pegawai perubatan Kerajaan atau swasta
dengan menggunakan Borang Permohonan Cuti Kuarantin.
SEKOLAH KEBANGSAAN PELABUHAN KELANG
BBA0003/NO TEL & FAKS : 03-31686848/EMAIL : [email protected]
8) GURU GANTI
a. Tugas guru ganti adalah tugas rasmi.
b. Guru ganti perlu masuk ke kelas / bertugas mengikut Jadual Ganti yang
ditetapkan.
c. Sila rujuk Jadual Guru Ganti yang dihantar pada setiap hari melalui aplikasi
telegram rasmi sekolah
9) GURU BERTUGAS MINGGUAN
a. Bertugas seawal jam 7:10 pagi hingga 1:30 petang.
b. Bersedia setiap masa mengawasi disiplin murid dan persekitaran sekolah.
c. Laporan hendaklah dicatat dalam Buku Laporan Bertugas.
d. Menyelaras perhimpunan mingguan supaya lancar, menepati masa dan
berkesan.
e. Membawa murid ke klinik atau pulang ke rumah jika berlaku kecemasan.
f. Menguruskan hal-hal bersabit dengan kehilangan barang.
10) PERHIMPUNAN MINGGUAN
a. Semua guru mesti menghadiri perhimpunan mingguan.
b. Semua guru mesti duduk di kerusi yang disediakan di pentas utama dewan
semasa perhimpunan mingguan dijalankan.
c. Guru lelaki perlu memakai kemeja lengan panjang dan bertali leher semasa
perhimpunan rasmi manakala guru perempuan memakai pakaian rasmi yang
sopan. Pemakaian blazer suit amat digalakkan.
11) PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
a. Guru perlu masuk ke kelas tepat pada masanya.
b. Pastikan PdPc berjalan lancar dan berkesan. Duduk semasa mengajar
bukanlah amalan PdPc berkualiti.
c. Guru perlu merancang dan melaksanakan Pembelajaran Abad ke-21 yang
berpusatkan kepada murid.
d. Penggunaan Google Classroom dalam PdPc amat digalakkan.
e. Guru dalam panitia perlu merancang kolaborasi dan perkongsian ilmu (PLC)
untuk peningkatan PdPc.
SEKOLAH KEBANGSAAN PELABUHAN KELANG
BBA0003/NO TEL & FAKS : 03-31686848/EMAIL : [email protected]
f. Guru perlu menjalankan PdPR terancang dan berstruktur sekiranya sekolah
ditutup akibat bencana atau penularan wabak.
g. Kerja bertulis murid perlu disemak dengan teliti dan secara berkala.
h. Free Period adalah masa bertugas (non-teaching period) bukannya masa rehat.
12) DISIPLIN
a. Guru perlu unggul disiplin kerana guru adalah suri teladan kepada murid.
b. Semua guru adalah guru disiplin.
c. Guru hendaklah mengisi maklumat kesalahan murid dalam Sistem Salah Laku
Disiplin Murid (SSDM).
d. Masalah disiplin berat perlu dirujuk kepada Ketua Jawatankuasa Disiplin
sekolah untuk tindakan dan dipanjangkan kepada PK HEM atau Guru Besar.
13) AKTIVITI KOKURIKULUM
a. Semua guru mesti melibatkan diri dalam pengurusan dan pelaksanaan aktiviti
kokurikulum mengikut masa, jadual dan tugas yang telah ditetapkan.
b. Membuat laporan bertulis dalam buku / folder yang dikhaskan.
c. Keselamatan murid perlu diutamakan dalam menjalankan aktiviti
kokurikulum di sekolah atau di luar sekolah.
d. Sebarang aktiviti yang disertai oleh murid perlu mengikut SOP.
14) MAJLIS / ACARA RASMI SEKOLAH
a. Semua guru mesti hadir dalam semua majlis atau acara rasmi sekolah tepat
pada waktunya.
b. Tanda nama perlu dipakai sepanjang waktu persekolahan, dalam sebarang
majlis rasmi sekolah / luar sekolah.
15) TUGAS PROFESIONAL DAN TUGAS KHAS LAIN
a. Guru perlu melaksanakan tugas yang diberi dengan dedikasi, cekap dan
bertanggungjawab.
b. Semua guru mesti menyediakan Rancangan Pengajaran Tahunan dan
Rancangan Pengajaran Harian berdasarkan DSKP dan arahan Pelaksanaan
Kurikulum terkini.
c. RPH perlu menggunakan tapak eRPH yang selaras dan dihantar dalam Google
Classroom (GCR) pada setiap hari Jumaat atau hari terakhir sebelum cuti
untuk disemak dan disahkan oleh Guru Besar atau Penolong Kanan.
d. Sila betulkan RPH mengikut ulasan / komen pengesah eRPH sebelum
disimpan dalam folder eRPH masing-masing.
e. Guru Kelas hendaklah menyediakan satu salinan Jadual Waktu dan
mempamerkannya dalam kelas masing-masing.
SEKOLAH KEBANGSAAN PELABUHAN KELANG
BBA0003/NO TEL & FAKS : 03-31686848/EMAIL : [email protected]
f. Guru Kelas perlu melengkapkan dan mengemaskini maklumat murid dari
semasa ke semasa dalam Aplikasi Pangkalan Data Murid (APDM).
g. Guru Kelas perlu mengisi kehadiran murid secara atas talian dalam sistem
APDM setiap hari persekolahan sebelum jam 8:30 pagi.
h. Guru Kelas bertanggungjawab untuk memaklumkan ketidakhadiran murid
tiga (3) hari berturut-turut kepada Ketua Guru Disiplin dan PK HEM untuk
tindakan selanjutnya.
i. Guru mesti hadir dalam Mesyuarat Guru / Mesyuarat Jawatankuasa /
Mesyuarat Panitia atau apa sahaja taklimat mengikut waktu yang telah
ditetapkan sama ada secara bersemuka atau melalui pelantar Google Meet.
j. Semua urusan dan surat menyurat ke JPN / PPD / NGO / agensi lain mesti
melalui Guru Besar.
16) KEAHLIAN DALAM KELAB GURU DAN PIBG
a. Semua guru adalah secara automatik menjadi ahli kelab Guru dan PIBG
sekolah.
b. Yuran Kelab Guru adalah tertakluk kepada keputusan mesyuarat KEGURKA.
c. Semua guru perlu menyertai setiap aktiviti KEGURKA dan PIBG.
17) PENGGUNAAN ALAT-ALAT
a. Mesti mendapat kebenaran daripada ketua unit / bilik khas dan mencatat
pergerakan alatan.
b. Bertanggungjawab menggunakan alatan dengan baik dan memulangkan
kembali dengan kadar segera dan dalam keadaan baik.
c. Laporkan dengan segera kepada pihak pentadbir jika berlaku kerosakan
alatan.
d. Telefon sekolah hanya untuk urusan rasmi sekolah sahaja.
e. Penggunaan telefon bimbit sewaktu PdPc adalah dilarang sama sekali kecuali
bagi tujuan PdPc.
f. Semua kunci Bilik Khas perlu disimpan di pejabat.
18) PAKAIAN
a. Guru hendaklah berpakaian kemas, sesuai dengan profesion keguruan.
b. Baju tanpa lengan tidak dibenarkan.
c. Guru lelaki perlu mengekalkan potongan rambut yang pendek dan kemas.
d. Guru yang mengajar Pendidikan Jasmani mesti memakai pakaian yang sesuai
iaitu baju T berkolar, kasut sukan atau kasut getah tanpa tumit.
e. Pemakaian Blazer Suit setiap hari amat digalakkan.
SEKOLAH KEBANGSAAN PELABUHAN KELANG
BBA0003/NO TEL & FAKS : 03-31686848/EMAIL : [email protected]
19) PELAWAT
a. Semua pelawat mesti berjumpa Guru Besar / Penolong Kanan terlebih dahulu.
b. Guru tidak dibenarkan berbincang dengan wakil-wakil firma atau penjual
tanpa kebenaran Guru Besar terlebih dahulu.
20) KESELAMATAN
a. Guru bertanggungjawab terhadap keselamatan murid, bangunan, bilik-bilik,
peralatan dan seluruh persekitaran sekolah.
b. Menghubungi ibubapa (jika perlu) bagi kes kecemasan murid.
Merujuk Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan & Tatatertib) 1993
Kawalan tatatertib merupakan salah satu daripada elemen dalam pengurusan sumber
manusia yang penting. Matlamat kawalan tatatertib adalah bagi membentuk sikap yang
positif dan mencegah diri daripada berlakunya penyelewengan kerana matlamat akhir
adalah untuk membangunkan pegawai awam yang berkualiti, berintegriti dan bermotivasi.
KES - KES KESALAHAN TATATERTIB
1. Tidak hadir bertugas tanpa sebab.
2. Tidak mengetik dalam sistem kehadiran pada waktu masuk dan keluar adalah
dianggap ingkar arahan.
3. Memalsukan sijil sakit.
4. Memalsukan tandatangan pada sijil sakit.
5. Datang lewat tanpa alasan yang munasabah. Setelah tiga kali lewat peringatan lisan
akan diberikan dan jika masih tidak berubah maka surat peringatan bertulis akan
menyusul.
6. Tidak mengikuti kursus yang ditetapkan.
7. Menyalahgunakan atau menggunakan kedudukan awam.
8. Menyalahgunakan wang PIBG.
9. Meniru tandatangan pegawai atasan.
10. Meminda laporan markah prestasi.
11. Mengemukakan tuntutan palsu.
12. Menerima rasuah.
13. Gagal mematuhi arahan pertukaran.
14. Lawatan persendirian ke luar negara tanpa kebenaran.
15. Gagal mematuhi memo Ketua Jabatan.
16. Melanggar arahan perbendaharaan/tidak mematuhi peraturan kewangan.
17. Gangguan seksual.
18. Menjalin hubungan dengan wanita yang telah berkahwin.
19. Disabitkan kesalahan jenayah khalwat oleh Mahkamah Syariah.
20. Kes sabitan jenayah termasuk rasuah.
21. Penyalahgunaan dadah.
22. Membawa barang larangan.