Modul
AKTIVITI FIZIKAL
KANAK-KANAK
BY NUR KHAIRUNNISA A step-by-step guide
HAKIMI to level up your children gross
NO MATRIK:
D20202096655 motor.
PENSYARAH; DR JAMILAH
BINTI MOHD BASIR
ISI KANDUNGAN:
3 Pendahuluan
4-5 Fokus Modul
6 Kurikulum
7 Aplikasi Teori
8-10 Panduan Aktiviti
11 Penilaian
12 Kekuatan Modul
Pendahuluan:
Aktiviti Fizikal Kanak -kanak 2-3+ Tahun: Sebarang pergerakan badan
yang dihasilkan oleh otot dan membawa kepada pengeluaran
tenaga. Kemahiran fizikal ini merangkumi pertumbuhan dan
pembesaran tubuh badan kanak-kanak yang selari dengan kekuatan
dan kecergasan dalam menjalankan aktiviti seharian.
Perkembangan aktiviti fizikal
adalah bertujuan dengan
mengembangkan kemahiran fizikal
dan psikomotor kanak-kanak 2
hingga 4 tahun untuk
membolehkan kanak-kanak untuk
mengawal tubuh badan dengan
lebih berkesan
Aktiviti fizikal boleh dibahagikan 2 kategori:
Aktiviti fizikal berstruktur dan tidak berstruktur.
Aktiviti berstruktur adalah aktiviti yang dirancang dan disusun oleh
ibubappa/guru atau penjaga. Yang mempunyai objektif tersendiri
sebagai contoh permainan dalam kumpulan dan aktiviti circuit.
Aktiviti tidak berstruktur adalah aktiviti bebas oleh kanak-kanak untuk
meneroka persekitaran. Sevagai contoh: bermain basikal, berlari.
Topik: Kemahiran Motor
Kasar
1. Perkembangan motor kasar kanak-kanak
boleh ditingkatkan dengan melakukan
pelbagai aktiviti. Aktiviti yang dirancang
tersebut perlulah melibatkan kanak-kanak
melakukannya dalam keadaan yang
berbeza-beza keadaan kedudukan badan
mereka.
Aktiviti motor kasar haruslah melibatkan
2. pergerakkan kaki dan tangan sepenuhnya.
Tahap kesukaran aktiviti tersebut boleh
ditingkatkan berdasarkan penguasaan
kanak-kanak.
Aktiviti yang melibatkan kemahiran motor
3. kasar merujuk kepada aktiviti seperti
berjalan, berlari, melompat, mencangkung
dan sebagainya
Nada otot yang rendah adalah ciri-ciri keadaan
melumpuhkan seperti sindrom down, gangguan
genetik atau gangguan sistem saraf pusat.
beLrahlaulaanngan LoSmupnag
taAi nak
AKTIVITI
MeBneonladang Kena
sasaran
jMaamrbiamt
aenniti
Kurikulum PERMATA
NEGARA
Kurikulum PERMATA Negara menggunakan pendekatan belajar melalui
bermain yang menekankan suasana keseronokan dan keselesaan
semasa bermain, kebebasan meneroka dan mengeksperimen, peluang
berinteraksi. Perkembangan motor kasar bermaksud kebolehan kanak-
kanak dalam menggunakan otot-otot besar dalam anggota badan.
PERMATA menekankan kemahiran psikomotor ini telah melibatkan
pengukuhan dan kemahiran mengawal dan menggunakan motor kasar
koordinasi deria penglihatan dan tangan dalam mengawal anggota
badan dan pengurusan diri sendiri. Misalnya otot pada kaki yang
untuk berjalan, berlari, menaiki tangga dan juga menyepak bola.
Menurut objektif PERMATA terhadap perkembangan
fizikal kanak-kanak boleh meningkatkan keseimbangan
badan dan juga meningkatkan kemahiran motor kasar.
Teori Kepelbagaian Perkembangan motor kasar ini dapat
Kecerdasan Gardner dilihat oleh kecerdasan kinestetik yang
bermaksud kebolehan seorang kanak-
Teori Kecerdasan Pelbagai adalah kanak itu menggunakan anggota
berdasarkan pada pemikiran bahawa badannya untuk menyelesaikan
kemampuan intelektual yang diukur masalah dan berkomunikasi.
melalui ukuran ujian IQ adalah sangat
terbatas. Ini kerana ukuran ujian IQ Menurut Gardner, kecerdasan tubuh
menekankan pada kemampuan logikal- kinestetik merupakan kecerdasan gerak
matematik dan bahasa sahaja. badan, kawalan fizikal tubuh badan,
kawalan anggota keseimbangan, sukan
Kecerdasan kinestetik adalah dan permainan.
bermaksud kebolehan seorang kanak-
kanak menggunakan kesuluruhan
anggota badan untuk menyelesaikan
masalah dan berkomunikasi.
.
Kesan dalam P&P:
Berminat dengan aktiviti fizikal dan sukan yang cergas dan cerdas. dengan itu
dapat menjalankan penilaian terhadap kanak-kanak dalam perkembangan
motor kasar mereka.
Menurut Gardner, setiap individu mempunyai tahap kecerdasan yang berbeza
kecerdasan dan kecerdasan tersebut boleh ditingkatkan dengan pendidikan
melalui aktiviti yang bersesuian.
Panduan Aktiviti
Fizikal:
1. Kena sasaran:
Sediakan satu gelung hula atau lingkaran
tepung untuk menjadikan ia sebagai sasaran
dia atas tanah.
Kemudian meminta kanak-kanak
menyasarkan pundi kacang pada sasaran
tersebut.
Lakukan sekurang-kurangnya dua kali
percubaan.
Aktiviti dibimbing dan dipantau oleh ibubapa
atau pendidik.
Lompat anak sungai:
Sediakan dua lompat tali atau buat garisan
3. dengan menggunakan tepung untuk mewakili
anak sungai.
Kemudian meminta anak-anak untuk melompat
keatasnya.
Jarak kebesaran sungai boleh dilakukan mengikut
peringkat lebih sempit kepada lebih luas
berdasarkan beberapa tahap.
Aktiviti:
3. Laluan berhalangan:
Sediakan laluan berhalangan
yang terdiri daripada bantal untuk dilepasi,
kerusi untuk dipanjat dan gulungan tisu
dapur untuk dilompati.
Ibu bapa atau pendidik menunjukkan cara
kepada kanak-kanak.
Mengawasi dan membimbing kanak-kanak
untuk melepasi halangan sehingga selesai.
4. Mari meniti jambatan:
Sediakan papan atau tali yang diletakkan di
atas lantai secara memanjang.
Kanak-kanak perlulah meniti papan atau tali
dari garisan permulaan sehingga hujung
tanpa jatuh atau kaki menjejak luar papan
atau tali tersebut.
Ibu bapa atau pendidik perlulah
membimbing dan memerhati kanak-kanak
sehinggan selesai.
Aktiviti:
5. Menendang bola untuk menjatuhkan pin:
Sediakan botol mineral kecil yang berisi
separuh air, satu gelung hula dan satu biji
bola.
Botol mineral yang berisi air perlulah disusun
didalam lingkaran gelung hula.
Kemudian, ibu bapa atau pendidik perlulah
menandakan garisan permulaan.
Seorang kanak-kanak berdiri di garisan
permulaan dan menendang bola kearah botol
yang disusun.
Aktiviti dibimbing dan diperhati oleh ibu bapa
atau pendidik.
Senarai Semak Perkembangan:
Penilaian Aktiviti:
Kemahiran Motor Kasar
Nama: Adam bin Kamal Pemerhati: Nama Pendidik
Program: PERMATA Negara 2-4 tahun Tarikh: 27/07- 29/07 …….
Arahan: Guna (/) bila tingkah laku diperhatikan. Tulis pemerhatian
dan Tarikh. Biarkan item kosong sehingga dapat melihat tingkah laku
tersebut.
Item Pemerhatian Tarikh
Kena sasaran: (/) Adam melakukan dengan 27/07/2022
teragak-agak dan berjaya
setelah bimbingan.
Lompat anak Adam melakukan dengan 27/07/2022
sungai: (/) baik setelah dua kali
percubaan.
Laluan Adam melompat dan 28/07/2022
berhalangan: (/) memanjat dengan baik
setelah diberi bimbingan
Mari meniti Boleh tetapi Adam 28/07/2022
jambatan: (/) menghadapi masalah
ketika di garisan
permulaan
Menendang bola Adam mencuba sedaya 29/07/2022
untuk menjatuhkan baik dengan bimbingan
pin: (/)
pendidik
Kekuatan Modul:
Modul yang dilengkapi dengan warna dan corak yang
kreatif dan menarik.
Modul yang disokong dengan teori yang berkaitan dengan
perkembangan fizikal kanak-kanak.
Modul yang dilengkapi aktiviti yang menarik dan pelbagai
Modul yang menyediakan arahan terperinci terhadap
aktiviti yang disarankan.
Modul yang padat dan ringkas dalam pemahaman terhadap
perkembangan Motor Kasar kanak-kanak 2 hingga 4 tahun.
Kemahiran psikomotor kanak-
kanak boleh dibina dan dibentuk
sejak seawal usia kelahiran.
Terima Kasih