LAPORAN PERJALANAN PROGRAM MAJLIS PELANCARAN FROG VLE & LAMAN BLOG SEKOLAH
LAPORAN PERJALANAN PROGRAM
MAJLIS PELANCARAN FROG VLE DAN LAMAN BLOG PERINGKAT SEKOLAH
TARIKH : 24 APRIL 2016
HARI : AHAD
MASA : 7.30 PAGI – 8.15 PAGI
TEMPAT : DATARAN PERHIMPUNAN, SK KUALA KRAI
KEHADIRAN/PENGLIBATAN:
Acara ini melibatkan semua guru dan murid SK KUALA KRAI secara umumnya dan
melibatkan beberapa orang AJK Kerja. (Rujuk Kertas Kerja Dasar).
LAPORAN KEGIATAN / AKTIVITI:
Acara dimulakan dengan murid berkumpul di Dataran Perhimpunan dan diikuti dengan
acara perhimpunan rasmi sekolah (Nyanyian 3 Buah Lagu Dan Alunan Zikir Al-Asma’ul Husna, Ikrar
Rukunegara).
Seterusnya acara diteruskan dengan ucapan Guru Besar, En. Mohamad Azli Syam bin Osman.
Beliau menegaskan supaya murid-murid menggunakan paltform pembelajaran FROG VLE untuk
menambahkan pengetahuan dan juga kemahiran ICT.
Di samping itu juga, beliau juga menyeru agar semua guru SK Kuala Krai menggunakan
FROG VLE dalam PdP sekurang-kurangnya sekali seminggu. Ini kerana beliau ingin menjadikan
FROG VLE sebagai Etos sekolah.
Seterusnya, majlis diteruskan dengan gimik pelancaran iaitu acara menaikkan bunting FROG
VLE & laman Blog sekolah dengan menggunakan belon hidrogen sebagai simbolik pencapaian
sekolah dalam penggunaan FROG VLE. Selepas itu Guru Besar menyerahkan kad YES ID kepada
guru kelas tahap satu untuk diserahkan kepada murid.
Majlis diteruskan dengan penyampaian sijil penyertaan kepada peserta bengkel FROG VLE
dari kalangan murid tahun 4 Alfa dan 4 Beta. Majlis juga berkenan melantik FROG Champion di
kalangan murid seramai 12 orang dari tahun 4,5 dan 6. (rujuk lampiran 2)
LAPORAN PERJALANAN PROGRAM MAJLIS PELANCARAN FROG VLE & LAMAN BLOG SEKOLAH
Cenderahati juga disampaikan kepada login terbanyak bulanan dari kalangan murid. (rujuk
lampiran 2). Majlis juga berbesar hati menyampaikan cenderahati kepada 5 orang guru yang
konsisten menggunakan platform FROG VLE dalam PdP sejak tahun lepas. Majlis diakhiri dengan
demonstrasi login FROG VLE dan melayari blog sekolah yang disempurnakan oleh Mohd Hanif b
Abdul Rahim dan Siti Hannan bt Abdul Rahim.
Majlis i ni berakhir pada pukul 8.30 pagi dengan jayanya.
TENTATIF PROGRAM
Rujuk Kertas Kerja Dasar
PERBELANJAAN
Rujuk Kertas Kerja Dasar
RUMUSAN:
Majlis seperti ini seharusnya menjadi acara tahunan bagi FROG VLE di tahun-tahun yang akan
datang dan boleh diperbaiki lagi untuk hasil yang lebih baik.
Di sediakan oleh: Disahkan oleh:
(AHMAD BIN YUSOFF) (MOHD AZLI SHAM BIN OSMAN)
Admin FROG VLE Guru Besar
SK KUALA KRAI SK KUALA KRAI
LAPORAN PERJALANAN PROGRAM MAJLIS PELANCARAN FROG VLE & LAMAN BLOG SEKOLAH
GAMBAR SEMASA HARI PELANCARAN FROG VLE PERINGKAT SEKOLAH
24 APRIL 2016 (AHAD)
LAPORAN PERJALANAN PROGRAM MAJLIS PELANCARAN FROG VLE & LAMAN BLOG SEKOLAH
LAPORAN PERJALANAN PROGRAM MAJLIS PELANCARAN FROG VLE & LAMAN BLOG SEKOLAH
LAPORAN PERJALANAN PROGRAM MAJLIS PELANCARAN FROG VLE & LAMAN BLOG SEKOLAH