7. Keberkesanan
Saya masih belum capai prestasi yang sepatutnya walaupun sudah mencuba yang terbaik
walaupun masih banyak kelompongan dan kekurangan perlu diperbaiki di samping mencuba
perbaiki prestasi ke tahap yang memuaskan.
8. Refleksi
Saya masih belum berpuas hati sepenuhnya. Saya harus berusaha dan mengatur perjalanan
dan pengurusan PDpr serta praktikum ini dengan lebih baik lagi secepat mungkin.
Disahkan oleh: Disemak oleh:
Tandatangan Tandatangan:
Nama: Nama:
Tarikh: Tarikh:
Bilangan 2
Minggu Praktikum Kedua
30 -31 Ogos, 1-3 September 2021
Tarikh Peristiwa/
Kejadian Penulisan Tahriri
Tajuk Jurnal
1. Masalah
Pada minggu ini, masalah yang dihadapi ialah saya belum dapat menyesuaikan diri
dengan praktikum ditambah dengan mengendalikan anak pramatang sambil berPdPR.
Saya mempunyai masalah dalam menyiapkan tugasan hakiki di sekolah, praktikum di
samping tugas peribadi. Saya kesuntukan masa menyiapkan semua tugasan,
kebanyakan masa
2.Analisis
Berdasarkan kepada masalah yang timbul pada minggu ini, punca sebenar masalah ini
ialah kesediaan mental dan fizikal untuk menghadapi praktikum secara maya. Hal ini
kerana sebelum ni saya mengambil cuti selama 5 bulan di hospital dan cuti bersalin
selama dua bulan. Pada musim pandemik ini, PdPr perlu dijalankan secara maya
seawal 7 pagi, sedikit sebanyak memberi kesan pada prestasi saya dalam PdPr.
Sedikit-demi sedikt saya perlahan -lahan cuba menyediakan minda yang positif dan
bersedia dengan segala kekalutan yang bakal ditempoh.
Pendidikan tahfiz merujuk kepada salah satu cabang kepada pendidikan al-Quran.
Kecemerlangan pendidikan tahfiz memerlukan kaedah pembelajaran yang berkesan.
Kaedah dan proses pembelajaran tahfiz yang berkesan telah dibincangkan oleh Al-
Qabisi dalam penulisan Al-Na`miy (1994).
Al-Qabisi telah menghuraikan dengan jelas tentang kaedah pembelajaran tahfiz yang
dapat membantu proses hafazan murid, antaranya pembelajaran dengan
menggunakan pelbagai deria. Penggunaan pelbagai deria dapat meningkatkan daya
ingatan berbanding dengan penggunaan satu deria sahaja. Oleh itu, kaedah
menghafaz yang berkesan haruslah melibatkan penggunaan pelbagai deria antaranya
mendengar, melihat, membaca dan menulis ayat al-Quran bagi memantapkan dan
mengukuhkan hafazan alQuran (Al-Na`miy, 1994)
3.Cadangan Tindakan Susulan
a. Saya patut mencari motivasi dan nasihat berkaitan dengan perancangan masa
dalam aktiviti harian yang mana memberi kesan dalam proses Pengajaran dan
Pembelajaran agar dapat menguruskan masa dengan lebih sempurna di masa
akan datang.
b. Bagi memastikan saya dapat menyiapkan tugasan pada masa yang ditetapkan,
saya menerima hakikat dan akur bahawa ada perkara yang tidak dikawal dan
berlaku di luar jangkaan.
c. Saya akan menyusun perjalanan Pdpr, praktikum dan rutin harian agar lebih
teratur dan memperbaiki tugas hakiki, peribadi mahupun praktikum yang baru
sahaja bermula.
d. Saya akan mendapatkan bimbingan dan nasihat daripada guru dan pensyarah di
samping berbincang dengan rakan-rakan guru pelatih.
4. Tempoh Masa Tindakan Susulan
Saya akan cuba mengatasi masalah ini dalam tempoh seminggu. Pengurusan diri dan masa
sangat penting dalam menjaga etika profesionalisme seorang guru. Ini kerana, seorang guru
yang terurus lah yang mampu untuk melahirkan pelajar yang mampu mengurus diri dan masa
terutama dalam waktu pandemik yang banyak menguji daripada setiap sudut.
5. Tindakan susulan
Saya telah memberi jadual cadangan untuk menghafal dan menulis tahriri kepada pelajar
terlibat.
6. Tarikh tindakan susulan
31 Ogos 2021
7. Keberkesanan
Pelajar dapat menyiapkan tahriri pada masa yang ditetapkan selepas mengikut jadual
cadangan yang diberi. Walau bagaimanapun, pelajar perlu selalu diingatkan
8. Refleksi
Saya berpuas hati pelajar dapat menjadikan Tahriri sebagai sebahagian daripada proses
menghafaz mereka. Buktinya mereka dapat menyiapkan Tahriri pada masanya.
Disahkan oleh: Disemak oleh:
Tandatangan Tandatangan:
Nama: Nama:
Tarikh: Tarikh:
LAIN-LAIN