The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by agiseema86, 2022-04-22 06:20:24

buku program mesy agung pibg

buku program smk sungai acheh

UCAPAN ALU-ALUAN PENGETUA SMK SUNGAI ACHEH

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan selamat sejahtera

Sebagai pembuka bicara, marilah kita bersama-sama mengucapkan syukur ke hadrat Allah SWT
atas limpah kurnia-Nya dengan segala perancangan dan usaha yang jitu maka Mesyuarat Agung
Tahunan PIBG SMKSA kali ke-38 dapat diterjemahkan pada hari ini walaupun secara dalam talian.
Tahniah dan sekalung penghargaan kepada ahli jawatankuasa pelaksana Mesyuarat Agung PIBG 2022
yang telah berusaha secara komited untuk menjayakan mesyuarat dalam talian ini. Saya juga
mengucapkan ribuan terima kasih kepada Ahli Jawatankuasa PIBG dan semua ibu bapa yang dapat
hadir secara maya di Mesyuarat Agung PIBG kali ke-38 ini. Kehadiran ibu bapa dan guru menunjukkan
komitmen yang tinggi bagi merealisasikan visi dan misi SMK Sungai Acheh untuk mencapai
kecemerlangan di bidang akademik, kokurikulum dan sahsiah pelajar.

Tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati sekalian, majlis pada pagi ini kita adakan seperti tahun
lepas kerana tidak dapat bersemuka seperti biasa tetapi melalui dalam talian kerana perlu akur
kepada Prosedur Operasi Standard yang ditetapkan sebelum memasuki fasa endemik. Walau
bagaimanapun , sebagai pentadbir dengan kerjasama para guru yang berdedikasi , semua tugasan
yang diamanahkan telah dan akan dilaksanakan dengan sebaik mungkin. Alhamduliilah, pada bulan
April ini kita telah mulakan kelas secara bersemuka tanpa penggiliran. Murid hadir ke sekolah
mengikut SOP yang ditetapkan dan sentiasa memakai pelitup muka di dalam kawasan sekolah.

Keselamatan guru-guru dan anak-anak akan sentiasa menjadi keutamaan pihak sekolah dengan
memastikan semua SOP yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia . Saya yakin dengan
kerjasama ibu bapa , melalui pematuhan SOP yang telah ditetapkan, anak-anak kita akan hadir ke
sekolah dalam keadaan selamat . Kita mengharapkan agar ibu bapa prihatin tentang kehadiran
murid/anak jagaan ke sekolah sepanjang kelas bersemuka berlangsung supaya peratus kehadiran
murid mencapai tahap yang cemerlang.

Ibu bapa yang dihormati sekalian, bersempena dengan Mesyuarat Agong PIBG kali ini, marilah
kita menggunakan pendekatan, bulat air kerana pembentung ,bulat manusia kerana muafakat untuk
membincangkan cadangan-cadangan dan langkah-langkah yang perlu diambil bagi meningkatkan lagi
kualiti pendidikan murid-murid SMK Sungai Acheh, sejajar dengan Program Transformasi Sekolah
(TS25) khasnya dan mengaplikasikan amalan terbaik dalam pelaksanaan pengurusan dan kepimpinan
serta pedagogi dalam pengajaran dan pembelajaran seperti yang terkandung dalam Pelan
Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 umumnya.

Akhirul kalam, setiap kejayaan yang dicapai oleh murd-murid SMKSA, hasil kesepaduan dan
kerjasama antara pihak sekolah dengan PIBG yang banyak memberikan sokongan untuk kemenjadian
murid-murid sekolah ini. Hubungan bagai isi dengan kuku ini, mudah-mudahan akan berkekalan demi
melahirkan modal insan yang berguna kepada agama, bangsa dan negara.

Sekian, terima kasih.

(AZMI BIN OTHMAN)
Pengetua
SMK Sg. Acheh

UCAPAN ALU-ALUAN YANG DIPERTUA PIBG SESI 2021

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan selamat sejahtera

Syukur ke hadrat Allah SWT dengan limpah kurnia dan izin-Nya dapat kita bersama-sama mengadakan
Mesyuarat Agung Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SMK Sungai Acheh kali ke-38. Syabas kepada
Ahli Jawatankuasa Pelaksana Mesyuarat Agung PIBG 2021 yang telah menjayakan mesyuarat ini serta
para waris yang dapat meluangkan masa hadir secara maya. Kehadirin tuan puan sekalian
menandakan tuan puan saling memberi kerjasama dalam program anjuran sekolah ini. Syabas dan
tahniah diucapkan.

Sebagai Yang Dipertua PIBG, saya dan barisan AJK telah berusaha untuk menjalankan tugas yang
telah diamanahkan dengan sebaik mungkin dengan mengutamakan kebajikan murid-murid.
Sumbangan PIBG yang telah diberikan oleh tuan puan telah digunakan dengan sebaik-baiknya untuk
membantu membiayai program-program sekolah untuk meningkatkan pencapaian pendidikan dan
sahsiah anak. Sumbangan tuan puan untuk memastikan anak-anak sentiasa hadir ke sekolah amat
kami hargai kerana ianya adalah kunci kejayaan anak-anak dalam proses pembelajaran mereka.
Syabas juga kepada semua diatas pencapaian cemerlang untuk murid-murid SPM 2021. Tenaga
pendidik yang telah bekerja keras untuk memastikan kejayaan anak dipacu dengan dorongan dan doa
tuan puan telah merialisasikan perkara ini. Harapan saya agar kecemerlangan SMK Sungai Acheh akan
terus dipacu di masa akan datang.
Akhir kata, sekali lagi saya menyeru kepada semua tuan puan agar sentiasa bersama-sama menyokong
pihak sekolah dan sampaikanlah usul atau cadangan penambahbaikan berkaitan sekolah dengan cara
yang harmoni. Teruskan kita menjaga nama baik SMK Sungai Acheh.
“Hilang keberkatan ilmu apabila guru lebih menjaga hati muridnya daripada murid menjaga hati
gurunya. Hilang keberkatan rumahtangga apabila ibubapa lebih menjaga hati anak-anak lebih
daripada anaknya menjaga hati ibubapa. Marilah bersama-sama mewarnai album kejayaan anak-anak
SMKSA”.

Sekian, terima kasih.

(PROF DR MOHD AZMIER BIN AHMAD)
Yang Dipertua PIBG
SMK Sungai Acheh (Sesi 2021)

TENTATIF MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-38

9.45 Pagi : Pendaftaran
Persembahan Multimedia

10.00 Pagi : Ucapan pengerusi Majlis
: Bacaan Doa
: Ucapan alu-aluan oleh Pengerusi PIBG SMK Sungai Acheh
: Ucapan oleh Pengetua SMK Sungai Acheh
: Mesyuarat bermula

Agenda : (1) Membentang dan menerima minit Mesyuarat Agung
PIBG 2021

(2) Membentang laporan tahun 2021

(3) Membentang dan menerima Penyata Kewangan PIBG
yang berakhir pada 31/03/2022

(4) Pengistiharan pembubaran Jawatankuasa PIBG sesi 2021

(5) Melantik pengerusi sementara dan pengira undi

(6) Melantik Jawatankuasa PIBG dan juruaudit sesi 2022

(7) Membincang dan mempertimbangkan usul (Jika ada)

(8) Ucapan penangguhan

11.30 Pagi : Bersurai

JAWATANKUASA KERJA MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-38

Pengerusi : En. Azmi bin Othman

Yang Dipertua : Prof Dr. Mohd Azmier Bin Ahmad

Naib Yang Dipertua : En. Rashidi bin Saidin

Setiausaha : En. Mohd Shahrol Haridas Bin Saribuden

Pen. Setiausaha : Pn. Ahgheilashini Seema a/p Vispalingam

Bendahari : Pn. Nik Nazwani Binti Zulkifli

Jawatankuasa Teknikal Juruacara
En Hazman bin Muhammad Noor (K) Pn Mahfuzah binti Mad Isa (K)
En Mohd Rizal bin Md. Radzi Pn Nurul Fatihah binti Saari
Pn Norazlina binti Rejab
Buku Program
Pn Ahgheilashini Seema a/p Vispalingam (K) Jawatankuasa Pendaftaran
Pn Nurul Huda binti Karim Pn Che Salmi binti Jamaludin (K)
Pn Azlihanim binti Fazim Pn Nur Hafiza binti Ibrahim
Pn Nuur Thaqifah binti Mohd Tahir Pn Shariza binti Shafie
Pn Syahida binti Salleh Pn Saidinah binti Othman

Bacaan Doa Pengerusi Sementara Mesyuarat
En Zulkifli bin Zainon (K) En Abdullah bin Kadir (K)
En Noorizwan bin Zainal En Muhammad Zaki bin Abu Bakar

Jawatankuasa Usul Dokumentasi
Pn Asmawati binti Arshad Pn Siti Nor Rahmah binti Emran (K)
Pn Shaimak binti Ismail Pn Junainah Harun Teh Boon
Semua guru tingkatan Pn Aishah binti Abu Bakar
Pn Mazliah binti Othman
Pengira Undi
En Faizal bin Saad (K) Pencatat
Pn Siti Diana binti Ahmad Pn Suzita binti Mohamed Sahid
Pn Nur Amera binti Othman Pn Siti Fairus binti Jamaluddin
Pn Norhafizah binti Mat Isa Pn Norzalilah binti Hashim
Pn Masrah binti Oyong

MINIT MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-37

MINIT MESYUARAT AGUNG PIBG SMK SUNGAI ACHEH KALI KE-37

TARIKH : 18 SEPTEMBER 2021
MASA : 9.00 PAGI
TEMPAT : LOKASI MASING-MASING ( GOOGLE MEET )

1.0 Ucapan Pengerusi Mesyuarat (Pengerusi PIBG 2020/2021)

Pengerusi mengucapkan syukur kepada Allah SWT kerana dengan limpah kurnia dan izin-
Nya Mesyuarat Agung Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SMK Sungai Acheh kali ke-37
dapat dijalankan walaupun secara maya bagi mengekang penularan COVID-19. Krisis
pandemik Covid-19 yang melanda dunia turut memberi impak kepada murid-murid SMK
Sungai Acheh. Selaras dengan itu juga, beliau berharap ibu bapa akan sentiasa
memberikan motivasi dan galakan kepada anak-anak mereka agar sentiasa mengikuti
pembelajaran atas talian yang menjadi medium utama penyampaian ilmu dalam norma
baharu ini. Pengerusi turut memaklumkan interaksi dua hala guru - murid dan sokongan
daripada ibu bapa merupakan tunjang kelangsungan proses PdPR. Beliau berharap agar
ibu bapa terus memupuk akhlak dan jati diri terutama dalam menuntut ilmu. Beliau turut
menyatakan hilang keberkatan ilmu apabila guru lebih menjaga hati muridnya daripada
murid menjaga hati gurunya sepertimana hilang keberkatan rumahtangga apabila ibu bapa
lebih menjaga hati anak-anak lebih daripada anaknya menjaga hati ibu bapa. Oleh itu beliau
mengajak warga SMK Sungai Acheh agar bersama-sama mewarnai album kejayaan anak-
anak SMKSA dengan adab dan akhlak terpuji.

2.0 Ucapan Pengetua

Pengetua mengucapkan syukur ke hadrat Allah SWT atas limpah kurnia-Nya kerana
Mesyuarat Agung Tahunan PIBG SMKSA kali ke-37 dapat dijayakan walaupun secara
maya. Beliau turut mengucapkan tahniah dan sekalung penghargaan kepada ahli
jawatankuasa pelaksana Mesyuarat Agung PIBG 2021 termasuk semua ibu bapa yang
dapat hadir secara maya. Kehadiran ibu bapa dan guru menunjukkan komitmen yang tinggi
bagi merealisasikan visi dan misi SMK Sungai Acheh untuk mencapai kecemerlangan
pelajar dalam bidang akademik, kokurikulum dan sahsiah pelajar. Sebagai pentadbir dengan
kerjasama para guru yang berdedikasi, semua tugasan yang diamanahkan telah dan akan
dilaksanakan dengan sebaik mungkin. Hal ini terbukti melalui peningkatan yang
membanggakan dalam keputusan SPM 2020 baru-baru ini serta pencapaian cemerlang
murid-murid dalam aktiviti kokurikulum yang dianjurkan oleh pelbagai pihak. Semua
kejayaan ini adalah hasil kolaborasi yang mantap antara pihak sekolah dengan PIBG. Beliau
turut memaklumkan bahawa keselamatan guru-guru dan anak-anak murid akan sentiasa
menjadi keutamaan pihak sekolah dengan memastikan semua SOP yang ditetapkan oleh
Kementerian Pendidikan Malaysia dipatuhi.

3.0 Membentang & Mengesahkan Minit Mesyuarat Agung dan Laporan Aktiviti
PIBG Tahun 2020

i) Minit Mesyuarat Agung PIBG Tahun 2020

Pembentang : Prof. Dr. Mohd Azmier bin Ahmad
Disahkan : Puan Fadzilah bt Hasan
Disokong : Puan Yunita bt Shaffie

ii) Laporan Aktiviti PIBG Tahun 2020

Pembentang : Encik Mohd Shahrol Haridas bin Saribuden
Disahkan : Puan Jamilah bt Kamal
Disokong : Puan Zarina bt Ahmad

4.0 Membentang & Menerima Penyata Kewangan bagi Tahun Berakhir Disember
2020

Pembentang : Pn. Nik Nazwani binti Zulkifli
Disahkan : Encik Syed Ismi bin Syed Azizan
Disokong : Puan Zauyah bt Hashim

5.0 AHLI JAWATANKUASA PIBG 2021

Yang Dipertua : Prof. Dr Mohd Azmier bin Ahmad

Naib Yang Dipertua : Encik Rashidi bin Saidin

Setiausaha : Encik Mohd Shahrol Haridas bin Saribuden

Pen. Setiausaha : Pn. Ahgheilashini Seema A/P Vispalingam

Bendahari : Puan Nik Nazwani binti Zulkifli

AJK (Wakil Ibu bapa) :
1. En. Zulkifli bin Ahmad
2. En. Azman bin Mastor
3. En. Rosli bin Yasin
4. En. Mohd Zaini bin Harun (wakil waris Pend Khas)
5. Puan Sharizal binti Hapimie
6. Puan Roslina binti Said

AJK ( Wakil Guru):
1. Pn. Adilah Haznim binti Ibrahim
2. Pn. Nurul Huda binti Abdul Karim
3. Pn. Hasliana binti Razali
4. Pn. Siti Rahmah binti Emran (wakil guru Pen. Khas)
5. En. Mohd Rizal bin Mohd Radzi

Juru Audit :
1. Puan Aely Mahani binti Muhammad
2. Pn. Norbisham Bt Had

6.0 Perbahasan Usul

Bil. Cadangan / Usul Pencadang Tindakan

1. Pemakaian topi keledar Cikgu Mohd Rizal memaklumkan bahawa pihak

Cadangan agar pihak sekolah telah menjemput Pegawai Polis

sekolah dan ibu bapa Perhubungan Sekolah untuk menyampaikan

mengambil tindakan yang Encik Romzi ceramah keselamatan jalan raya kepada murid.
sewajarnya kepada murid
yang tidak memakai topi bin Musa Semua pelajar juga telah dimaklumkan bahawa

keledar dan suka berlumba- insurans hanya akan dibayar kepada murid yang

lumba semasa menunggang memakai topi keledar sahaja sekiranya mereka

motosikal sewaktu pergi dan terlibat dengan kemalangan jalan raya.

pulang dari sekolah.

Encik Shamsul Kamar bin Ahmad (PKP)

2. Salinan Rekod Prestasi menyatakan bahawa sistem SAPS tidak boleh

/Pencapaian Pelajar diakses oleh ibu bapa kerana masih ditutup oleh

Cadangan mendapatkan pihak KPM.

salinan rekod prestasi pelajar Puan Pihak ibu bapa boleh memantau prestasi atau
sepanjang tempoh sesi Faeizah binti pencapaian anak mereka melalui sistem
pembelajaran secara PDPR Ismail Pentaksiran Bilik Darjah (PBD). Pencapaian murid
dilaksanakan melalui Sistem dinilai menggunakan band atau Tahap Pencapaian
yang merangkumi 6 tahap
Analisis Peperiksaan

Sekolah (SAPS).

Waris boleh berhubung terus dengan guru mata

pelajaran dan mendapat gambaran sebenar

prestasi anak mereka.

Cikgu Mohd Rizal memaklumkan bahawa hasil

3. Bas dan van sekolah perbincangan dengan pihak Syarikat

Cadangan agar pihak Pengangkutan Bas Rapid, mereka tidak dapat

sekolah dan ibu bapa beroperasi mengikut masa yang ditetapkan oleh

memohon untuk menambah pihak sekolah.

bilangan pengangkutan bas Puan Encik Mustafa turut memaklumkan situasi yang
dan van sekolah bagi Junaidah sama apabila beliau menghubungi pihak syarikat
memudahkan murid-murid binti tersebut. Beliau juga mengatakan pihak syarikat
datang ke sekolah. Abdullah akan mengalami kerugian kerana jumlah murid

SMK Sungai Acheh yang menggunakannya tidak

ramai berbanding kapasiti sebuah bas.

Berkaitan penggunaan van, pihak sekolah akan

berbincang dan mengambil tindakan selanjutnya.

Encik Shamsul Kamar bin Ahmad memaklumkan

4. Kelas Tambahan bahawa pihak sekolah telah membuat

Cadangan agar pihak perancangan mengadakan kelas tambahan

sekolah mengadakan kelas tersebut sekiranya sesi persekolahan secara

tambahan sebagai Puan Siti bersemuka dilaksanakan. Pelbagai program juga
penambahbaikan kepada Zubaidah telah diatur untuk semua murid terutama murid
kelas PDPR yang dijalankan binti Hj Zaini tingkatan 5 seperti ceramah motivasi, kelas
sepanjang tempoh ini. tambahan dan Tutor Muda.

Prof. Mohd Azmier berharap agar murid tingkatan
5 diberi keutamaan untuk kelas tambahan tersebut
memandangkan mereka akan menduduki
peperiksaan SPM pada awal tahun hadapan.

5. Sesi persekolahan secara

bersemuka Encik Encik Shamsul Kamar bin Ahmad:
Cadangan agar sesi
persekolahan secara Md Faizal bin Pihak sekolah tertakluk kepada arahan pihak
bersemuka dapat
dilaksanakan seperti biasa Ngadiman KPM. Oleh itu, sesi persekolahan secara
dalam keadaan norma
bersemuka hanya akan berlangsung sekiranya

mendapat arahan daripada pihak KPM.

baharu.

6. Pagar Sekolah Pihak sekolah ambil maklum perkara tersebut.
Cadangan agar pihak Puan Yunita
sekolah mengecat semula binti Shaffie
pagar sekolah.

7. Pembayaran duit PIBG Cikgu Nik Nazwani selaku bendahari PIBG
menyatakan ibu bapa boleh membuat pembayaran
Puan terus ke akaun PIBG dan maklumkan kepadanya
Hashimah sekiranya telah berbuat demikian. Jumlah yuran
binti Arshad PIBG bagi tahun ini ialah RM50.

8 Platform Pencapaian Murid Puan Encik Shamsul Kamar bin Ahmad mengatakan

Cadangan agar pihak Fadzilah binti bahawa perkara tersebut akan dibincangkan

sekolah menyediakan satu Hasan dengan guru-guru kerana untuk menghasilkan

platform atau sistem bagi sesuatu platform atau sistem memerlukan

memudahkan ibu bapa kepakaran dan masa yang agak lama

menyemak keputusan atau memandangkan banyak aspek yang perlu

prestasi anak-anak mereka. diperincikan.

7.0 Ucapan penangguhan

Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada semua guru dan ibu bapa/waris yang hadir.
Beliau berharap hubungan yang baik antara guru dan waris akan menjadi pemangkin
kepada usaha melahirkan murid-murid SMK Sungai Acheh yang berakhlak mulia dan
berilmu. Beliau juga turut mengalu-alukan perkongsian pelbagai kemahiran daripada waris
demi kecemerlangan murid-murid khasnya dan sekolah amnya.

Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 11.00 pagi.

Pencatat minit :
Puan Masrah binti Oyong
Puan Mazliah binti Othman
Puan Sadinah binti Othman
Puan Shariza binti Shafie
Puan Nur Thaqifah binti Mohd Tahir

LAPORAN TAHUNAN PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU (PIBG)
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SUNGAI ACHEH
TAHUN 2021

1. Falsafah PIBG
Persatuan Ibu Bapa dan Guru SMKSA merupakan satu agen perubahan komuniti di
sekolah yang menjalankan usaha berterusan berlandaskan kaedah-kaedah dan
perlembagaan PIBG bagi menyokong serta membantu semua kegiatan sekolah dalam
merialisasikan Falsafah Pendidikan Negara dan perancangan sekolah.

2. Keanggotaan PIBG
 Semua warga pendidik yang mengajar dalam sekolah ini
 Semua ibu bapa dan penjaga kepada murid yang belajar dalam sekolah ini.

3. Peranan PIBG SMKSA
 Kerjasama dengan pihak sekolah dalam menjayakan program bersama, sama
ada anjuran PIBG atau pihak sekolah.
 Merialisasikan Falsafah Pendidikan Negara.

4. Laporan Akaun Kewangan PIBG
(Rujuk lampiran 1)

5. Ahli Jawatankuasa

SENARAI AHLI JAWATAN KUASA PIBG SESI 2021/2022

Yang Dipertua : Prof. Dr Mohd Azmier bin Ahmad

Naib Yang Dipertua : Encik Rashidi bin Saidin
Setiausaha : Encik Mohd Shahrol Haridas bin Saribuden
Pen. Setiausaha : Pn. Ahgheilashini Seema A/P Vispalingam

Bendahari : Puan Nik Nazwani binti Zulkifli

AJK (Wakil Ibu bapa) :

1. En. Zulkifli bin Ahmad
2. En. Azman bin Mastor
3. En. Rosli bin Yasin
4. En Mohd Zaini bin Harun (wakil waris Pend Khas)
5. Puan Sharizal binti Hapimie
6. Puan Roslina binti Said

AJK ( Wakil Guru) :

1. Pn. Adilah Haznim binti Ibrahim
2. Pn. Nurul Huda binti Abdul Karim
3. Pn. Hasliana binti Razali
4. Pn. Siti Rahmah binti Emran (wakil guru Pen. Khas)
5. En. Mohd Rizal bin Mohd Radzi

Juru Audit :

1. Puan Aely Mahani binti Muhammad
2. Pn. Norbisham Bt Had

6. Mesyuarat AJK PIBG SMKSA
Laporan Tahunan Mesyuarat PIBG SMKSA

Bil. Program Tarikh Tempat Masa Kehadiran
9.00 pagi 142
1 Mesyuarat agung PIBG 18/09/2021 Atas talian

Kali ke-37

2 Mesyuarat AJK PIBG 24/11/2021 Atas talian 9.30 malam 10/18
kali pertama

7. Aktiviti PIBG
Penularan wabak Covid-19 telah menyebabkan banyak aktiviti-aktiviti yang dirancang
tidak dapat dilaksanakan dan ditangguhkan. Namun begitu, pihak PIBG SMKSA terus
kekal dengan fokus utama dan telah banyak memainkan peranan dalam usaha membantu
pihak sekolah menjalankan program. Antara program tersebut ialah

 Pembangunan kemudahan dan keceriaan sekolah
 Program Motivasi Pelajar
 Program Kecemerlangan Pelajar
 Sumbangan kepada pelajar dan waris yang terjejas akibat penularan Covid-19

(Tabung Prihatin)
 Memberi sumbangan dan sokongan dalam semua aktiviti kurikulum dan

kokurikulum sekolah

Bertepatan dengan Falsafah PIBG, PIBG SMKSA akan terus memainkan peranan bagi
membantu pihak sekolah menjayakan semua program sekolah demi meningkatkan lagi
kecemerlangan pelajar dan sekolah ke peringkat yang lebih tinggi.

8. Harapan PIBG
 Membantu pihak sekolah dalam usaha melahirkan pelajar yang cemerlang.
 Membantu menyediakan persekitaran yang kondusif kepada para pelajar
SMKSA.
 Menjadi salah satu Persatuan Ibu Bapa dan Guru yang aktif

9. Sekalung Budi
 Kerajaan Persekutuan dan Negeri.
 Kementerian Pendidikan Malaysia.
 Jabatan Pendidikan Negeri Pulau Pinang.
 Pejabat Pendidikan Daerah Seberang Perai Selatan.
 Yang Dipertua PIBG SMKSA, Profesor Dr. Mohd Azmier Bin Ahmad.
 Tuan Pengetua SMKSA, En Azmi Bin Othman.
 AJK PIBG SMKSA yang turut serta menyumbangkan tenaga dan masa
bagi menggerakkan kejayaan PIBG SMKSA.
 Ahli PIBG yang prihatin terhadap kejayaan PIBG SMKSA dan anak- anak
SMKSA.
 Seluruh warga SMKSA yang sentiasa menghargai peranan PIBG SMKSA.

Disediakan oleh :

……………………………………..

( EN. MOHD SHAHROL HARIDAS BIN SARIBUDEN )
SETIAUSAHA PIBG 2021
SEK. MEN. KEB. SUNGAI ACHEH

LAPORAN KEWANGAN PIBG 2021

PENERIMAAN JUMLAH PEMBAYARAN JUMLAH

Baki b/b

Di tangan 810.00 Sumbangan Majlis Bacaan Yassin dan 1839.40
60079.34 Makan Pagi Pelajar SPM2020 (PIBG)
Di bank Sumbangan Banner dan papan tanda 860.00
16770.00 Keluar Masuk (PIBG) 7.50
Kutipan PIBG 6230.00 Caj Pembelian Buku Cek (PIBG)
6220.00 Pembelian Sanitizer Gun (PIBG) 450.00
Kutipan Gerak Gempur ( Gerak Gempur) 7000.00 Pengeluaran Pembayaran Sumbangan
Prihatin Covid 2021 (PIBG) 2500.00
Sumbangan Prihatin (COVID 19) Sumbangan Kematian (PIBG) 300.00
Pembayaran Pembinaan Palang Gate
Sumbangan JK Projek Khas PPPNP ( Surau) (PIBG) 1500.00
Sumbangan Pembayaran Bil Elektrik
Sumbangan Kutipan Wang Kebajikan Surau SMKSA (PIBG) 258.00
Asrama (Asrama)
Pengembalian wang pendahuluan baki yuran 3350.00 Sumbangan Pembayaran Khemah (PIBG) 600.00
asrama ( PIBG) 418.00 730.00
Gantirugi daripada TNB kepada asrama 3949.00 Sumbangan Teknik Menjawab Soalan 400.00
(Asrama) 81.87 SPM 2022 (PIBG) 680.00
Hibah Bank Sumbangan Gotong Royong SMKSA 120.00
104908.21 (PIBG)
7.50
Pembelian Buku Resit PIBG 2022 (PIBG) 2796.37
12053.60
E-subsription E-banker Bank Islam 3943.48
(PIBG) 1000.00
3660.00
Caj Bank (PIBG) 7000.00
858.63
Projek Pembinaan Parking Berbumbung 63343.73
(PIBG)
Projek Pembinaan Parking Berbumbung 104908.21
(Fun Run)
Pembayaran Fotostat Gerak Gempur SPM
2022 (Gerak Gempur)
Pembayaran Water Filter Asrama SMKSA
(Asrama)
Sumbangan Pembelian Kipas dan Peti Ais
Asrama SMKSA (Asrama)
Pengeluaran Sumbangan JK Projek Khas
JPNPP ( Surau)
Baki h/b

Di tangan
Di Bank
PIBG (RM29263.61)
FUNRUN ( 0 )
GERAK GEMPUR ( RM25560.16)
TABUNG PRIHATIN ( RM5229.50)
SURAU (RM 0)
ASRAMA (RM 4149.09)

AKTIVITI - AKTIVITI PIBG 2021

PIBG SMKSA telah banyak memainkan peranan dalam usaha membantu pihak sekolah
menjalankan program. Antara program tersebut ialah

 Pembangunan Kemudahan dan Keceriaan Sekolah
 Program Motivasi Murid
 Program Kecemerlangan Murid
 Sumbangan kepada murid dan waris yang terjejas akibat penularan Covid-19

(Tabung Prihatin)
 Memberi sumbangan dan sokongan dalam semua aktiviti kurikulum dan kokurikulum

sekolah

PEMBANGUNAN KEMUDAHAN DAN KECERIAAN SEKOLAH

SUMBANGAN PIBG KEPADA MURID-MURID SMKSA YANG
TERJEJAS AKIBAT COVID-19

CADANGAN DAN USUL MESYUARAT AGUNG PIBG SMKSA TAHUN 2022

BIL CADANGAN/USUL PENCADANG TINDAKAN

1 Perkara: Kutipan Kebajikan Asrama Mohd Shahrol

Haridas bin Saribuden
Cadangan untuk kutipan kebajikan asrama

adalah sebanyak RM 40.00

2 Perkara: Sumbangan PIBG dan gerak Professor Dr. Mohd

gempur Azmier bin Ahmad

Mengusulkan kutipan bayaran PIBG
dikekalkan sebanyak RM 50.00 dan
sumbangan gerak gempur dikekalkan RM
70.00

3 Perkara: Rambut Berfesyen Abdullah bin Kadir

Cadangan untuk mengambil tindakan
kepada pelajar yang mempunyai rambut
berfesyen atau panjang yang dipotong
dengan mata 4,2,1 dan pelajar yang
membuat ‘line’ (qaza) akan dipotong
dengan mata 1

JAWATANKUASA PIBG SMKSA 2022

Pengerusi : ……………………………………………………………………………………..

Timbalan Pengerusi : …………………………………………………………………………………….

Setiausaha : ……………………………………………………………………………………..

Pen. Setiausaha : ……………………………………………………………………………………..

Bendahari : ……………………………………………………………………………………..

AHLI JAWATANKUASA Wakil Guru ( Dilantik oleh Pengetua )
Wakil Ibu Bapa 1.
2.
1. 3.
2. 4.
3. 5.
4. 6.
5.
6.

Juru Audit 1. ……………………………………………………………………………………...
2. ……………………………………………………………………………………....


Click to View FlipBook Version