The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

BUKU PROGRAM PMESYUARAT AGUNG PIBG SMKSA 2021

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by agiseema86, 2021-09-17 04:20:01

BUKU PROGRAM PMESYUARAT AGUNG PIBG SMKSA 2021

BUKU PROGRAM PMESYUARAT AGUNG PIBG SMKSA 2021

UCAPAN ALU-ALUAN PENGETUA SMK SUNGAI ACHEH

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan selamat sejahtera

Sebagai pembuka bicara, marilah kita bersama-sama mengucapkan syukur ke hadrat Allah SWT
atas limpah kurnia-Nya dengan segala perancangan dan usaha yang jitu maka Mesyuarat Agung
Tahunan PIBG SMKSA kali ke-37 dapat diterjemahkan pada hari ini walaupun secara dalam talian.
Tahniah dan sekalung penghargaan kepada ahli jawatankuasa pelaksana Mesyuarat Agung PIBG 2021
yang telah berusaha secara komited untuk menjayakan mesyuarat dalam talian ini. Saya juga
mengucapkan ribuan terima kasih kepada Ahli Jawatankuasa PIBG dan semua ibu bapa yang dapat
hadir secara maya di Mesyuarat Agung PIBG kali ke-37 ini. Kehadiran ibu bapa dan guru menunjukkan
komitmen yang tinggi bagi merealisasikan visi dan misi SMK Sungai Acheh untuk mencapai
kecemerlangan dalam bidang akademik, kokurikulum dan sahsiah pelajar.

Tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati sekalian, majlis pada pagi ini sangat berbeza daripada
tahun-tahun sebelumnya kerana tidak dapat bersemuka seperti biasa tetapi melalui dalam talian kerana
perlu akur kepada Prosedur Operasi Standard yang ditetapkan demi memastikan kita kembali ke dalam
norma yang biasa. Walau bagaimanapun , sebagai pentadbir dengan kerjasama para guru yang
berdedikasi , semua tugasan yang diamanahkan telah dan akan dilaksanakan dengan sebaik mungkin.
Hal ini terbukti melalui peningkatan yang membanggakan dalam keputusan SPM 2020 baru-baru ini
serta pencapaian cemerlang murid-murid dalam aktiviti kokurikulum yang dianjurkan oleh pelbagai pihak
secara maya. Alhamduliilah, semua kejayaan ini adalah hasil kolaborasi yang mantap antara pihak
sekolah dengan PIBG.

Keselamatan guru-guru dan anak-anak akan sentiasa menjadi keutamaan pihak sekolah dengan
memastikan semua SOP yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia dipatuhi. Saya yakin
dengan kerjasama ibu bapa , melalui pematuhan SOP yang telah ditetapkan, anak-anak kita akan hadir
ke sekolah dalam keadaan selamat selepas sekolah dibuka secara berperingkat yang dijangka pada
bulan Oktober ini. Dalam proses pembukaan sekolah , murid-murid akan terus melalui pengajaran dan
pembelajaran di rumah. Oleh itu, saya mengharapkan kerjasama daripada ibu bapa untuk memastikan
anak-anak mengikuti PdPR seperti yang telah dijadualkan dan menyiapkan semua tugasan yang
diberikan oleh guru-guru.

Ibu bapa yang dihormati sekalian, bersempena dengan Mesyuarat Agong PIBG kali ini, marilah
kita menggunakan pendekatan, bulat air kerana pembentung ,bulat manusia kerana muafakat untuk
membincangkan cadangan-cadangan dan langkah-langkah yang perlu diambil bagi meningkatkan lagi
kualiti pendidikan murid-murid SMK Sungai Acheh, sejajar dengan Program Transformasi Sekolah (TS25)
khasnya dan mengaplikasikan amalan terbaik dalam pelaksanaan pengurusan dan kepimpinan serta
pedagogi dalam pengajaran dan pembelajaran seperti yang terkandung dalam Pelan Pembangunan
Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 umumnya.

Akhirul kalam, setiap kejayaan yang dicapai oleh murd-murid SMKSA, hasil kesepaduan dan
kerjasama antara pihak sekolah dengan PIBG yang banyak memberikan sokongan untuk kemenjadian
murid-murid sekolah ini. Hubungan bagai isi dengan kuku ini, mudah-mudahan akan berkekalan demi
melahirkan modal insan yang berguna kepada agama, bangsa dan negara.

Sekian, terima kasih.

(AZMI BIN OTHMAN)
Pengetua
SMK Sg. Acheh

UCAPAN ALU-ALUAN YANG DIPERTUA PIBG SESI 2020

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan selamat sejahtera

Syukur ke hadrat Allah SWT dengan limpah kurnia dan izin-Nya dapat kita bersama-sama mengadakan
Mesyuarat Agung Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SMK Sungai Acheh kali ke-37. Syabas kepada
Ahli Jawatankuasa Pelaksana Mesyuarat Agung PIBG 2021 yang telah menjayakan mesyuarat ini secara
maya bagi mengekang penularan COVID19.

Guru sebagai pemudahcara pengajaran berfungsi sepenuhnya untuk memastikan penyampaian ilmu
yang telus dan berkualiti kepada segenap lapisan murid. Krisis kesihatan global Covid-19 yang melanda
dunia hari ini telah mendatangkan pelbagai impak kepada bidang pendidikan. Pengajaran dan
Pembelajaran di rumah (PdPR) adalah alternatif KPM bagi membantu guru melaksanakan pengajaran
dalam norma baharu. Pendekatan PdPR dalam talian melibatkan (1) capaian Internet yang baik, (2)
penggunaan peranti dan (3) pembelajaran secara realtime menggunakan aplikasi DELima, Google Meet,
Zoom, eBuku, rakaman video dan sebagainya. Interaksi dua hala guru - murid dan sokongan daripada
ibu bapa merupakan hala tuju dalam memastikan kelangsungan proses PdPR berlaku. Sama-sama kita
doakan agar penularan wabak COVID19 ini menurun daripada fasa pandemik kepada fasa endemik dan
seterusnya kita kembali kepada pembelajaran secara bersemuka seperti sediakala.

Motivasi dalam kalangan murid, guru dan ibu bapa juga perlu dipertingkat agar cabaran melaksanakan
PdPR dapat diatasi dengan baik. Murid perlu sentiasa diperingatkan dan diberi motivasi serta semangat
untuk menjalani PdPR agar momentum untuk terus belajar akan sentiasa ada dalam diri murid. Guru, ibu
bapa dan murid perlu memikul tanggungjawab ini dalam memastikan PdPR dan apa-apa sahaja bentuk
pembelajaran selepas ini dapat dilaksanakan dengan jayanya dan secara tidak langsung mencapai hasrat
yang terkandung dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (2013-2025).

Besar harapan saya agar semua murid akan menjadi contoh kebaikan kepada keluarga, masyarakat
dan negara pada masa hadapan . Saya yakin bahawa segala program yang telah dirancang pihak
sekolah, disokong oleh PIBG akan dapat dilaksanakan dengan jayanya . Saya mewakili barisan AJK
PIBG SMKSA 2021 memohon ampun dan maaf atas kekurangan kami yang ada. Saya akhiri coretan ini
dengan kata-kata berikut:

“Hilang keberkatan ilmu apabila guru lebih menjaga hati muridnya daripada murid menjaga hati gurunya.
Hilang keberkatan rumahtangga apabila ibu bapa lebih menjaga hati anak-anak lebih daripada anaknya
menjaga hati ibu bapa. Marilah bersama-sama mewarnai album kejayaan anak-anak SMKSA”.

Sekian, terima kasih.

(PROF DR MOHD AZMIER BIN AHMAD)
Yang Dipertua PIBG
SMK Sungai Acheh sesi 2020

TENTATIF MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-37

9.00 Pagi : Ibu bapa dan jemputan mendaftar secara dalam talian
Persembahan Multimedia (Aktiviti Sekolah 2020)

9.15 Pagi : Ucapan Pengerusi Majlis
: Bacaan Doa
: Ucapan Penasihat PIBG, Pengetua SMK Sungai Acheh
: Ucapan dan Perasmian oleh Yang Dipertua PIBG SMK Sungai Acheh

9.45 Pagi : Mesyuarat bermula
Agenda: (1) Membentang dan menerima minit Mesyuarat Agung
PIBG 2020.
(2) Membentang dan menerima laporan tahun 2020.
(3) Membentang dan menerima Penyata Kewangan PIBG yang
berakhir pada 31/12/2020.
(4) Membincang dan mempertimbangkan usul (Jika ada).
(5) Ucapan penangguhan.

10.15 Pagi : Mesyuarat tamat

JAWATANKUASA KERJA MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-37

Pengerusi : En. Azmi bin Othman

Yang Dipertua : Prof Dr. Mohd Azmier Bin Ahmad

Naib Yang Dipertua : En. Rashidi bin Saidin

Setiausaha : En. Mohd Shahrol Haridas Bin Saribuden

Pen. Setiausaha : Pn. Ahgheilashini Seema a/p Vispalingam

Bendahari : Pn. Nik Nazwani Binti Zulkifli

Sambutan Penyelaras Program
YDP PIBG, NYDP PIBG, AJK PIBG, Pengetua, En. Mohd Shahrol Haridas Bin Saribuden
PK Pentadbiran, PK HEM, PK KOKO , semua
guru kanan Pn. Ahgheilashini Seema a/p Vispalingam

Teknikal(GM)/Pengurusan Mesyuarat Pendaftaran (Google Form)
En. Hazman bin Muhammad Noor Pn. Mahfuzah binti Mad Isa
En. Faizal bin Saad Pn. Che Salmi binti Jamaludin
Pn .Norhafizah binti Mat Isa Pn. Hasliana binti Razali
Pn .Azlihanim binti Fazim Pn. Gunavalie a/p Sadasivam
En. Nazirul Naufal bin Dimshari Pn. Nur Amera binti Othman
Pn. Asnidar binti Alias Pn. Siti Nor Rahmah binti Emran
Pn. Rajeswary a/p P.Sinasamy

Teks ucapan Pengacara Majlis
Pn. Norazlina binti Rejab Pn. Junainah Harun Teh Boon
Pn. Zuraidah binti Md Ali Pn. Syahida binti Salleh

Bacaan Doa Publisiti/Hebahan
Ustaz Noorizwan bin Zainal Semua guru kelas
En. Abdullah bin Kadir

Buku program Pencatat Minit
Pn. Nurul Huda binti Karim Pn. Masrah binti Oyong
Pn. Asmawati binti Arshad Pn. Sadinah binti Othman
Pn. Shaimak binti Ismail Pn. Shariza binti Shafie
Pn. Wee Ai Li Pn. Nuur Thaqifah binti Mohd Tahir
Pn. Nur Hafiza binti Ibrahim Pn. Mazliah binti Othman
Pn. Haslina Tul Erma binti Chik Aik

Flipbook Buku program Banner
Pn. Nik Nazwani Binti Zulkifli En. Mohd Rizal bin Md. Radzi
En. Mohd Fauzi bin Majid
Persembahan Multimedia
Pn. Siti Diana binti Ahmad Dokumentasi
En. Ayub bin Hassan En. Harun bin Mahmud
Pn. Suzita binti Mohamed Sahid En. Muhammad Zaki bin Abu Bakar
Pn. Siti Fairus binti Jamaluddin Pn. Zuridah binti Abdul Rahman
Pn. Nurul Fatihah binti Saari Cik Siti Zaiton binti Abdullah
Pn. Siti Hasanah binti Safian

Penilaian Usul
Pn. Salmah binti Saad
Pn. Robayah binti Samat
Pn. Munirah binti Jaafar
Pn. Wan Rohimah binti Wan Ahmad

MINIT MESYUARAT AGUNG PIBG
KALI KE-36

MINIT MESYUARAT AGUNG PIBG SMK SUNGAI ACHEH KALI KE-36

TARIKH : 22 JANUARI 2020
MASA : 2.00 PETANG
TEMPAT : DEWAN SERI BITARA, SMK SUNGAI ACHEH

1.0 Ucapan Pengerusi Mesyuarat (Pengerusi PIBG 2019/2020)

Pengerusi mengucapkan syukur kepada Allah swt kerana dapat mengadakan Mesyuarat
PIBG kali ke-36 pada hari tersebut. Beliau merakamkan penghargaan dan ucapan terima
kasih kepada Tuan Pengetua, guru-guru dan barisan AJK PIBG 2019/2020 atas sumbangan
dan usaha serta sokongan yang begitu membanggakan pada sepanjang tahun lalu demi
kejayaan para murid SMK Sungai Acheh. Beliau menegaskan bahawa ibu bapa memainkan
peranan yang sangat penting demi mencipta kejayaan anak-anak dalam pelajaran. Antara
peranan tersebut ialah ibu bapa harus meluangkan lebih banyak masa dengan anak-anak
dan sentiasa menggalakkan mereka membantu kerja-kerja di rumah. Selain itu, ibu bapa
wajar memberikan ganjaran dan pujian demi merangsang perkembangan psikologi anak-
anak.

2.0 Ucapan Pengetua

Pengetua mengucapkan terima kasih atas kehadiran dan sokongan ibu bapa ke Mesyuarat
Agung PIBG kali ke-36. Pengetua mengharapkan kerjasama yang berterusan daripada ibu
bapa dan komuniti setempat demi kecemerlangan murid-murid SMK Sungai Acheh dalam
aspek kurikulum, kokurikulum dan akhlak sebagaimana matlamat yang perlu dicapai dalam
Transformasi Sekolah (TS25).

3.0 Membentang & Mengesahkan Minit Mesyuarat Agung dan Laporan Aktiviti PIBG
Tahun 2019/2020

Pembentang : Prof. Dr. Mohd Azmier bin Ahmad
Disahkan : Pn. Roslina binti Said
Disokong : Pn. Rozainah binti Jalani

4.0 Membentang & Menerima Penyata Kewangan bagi Tahun Berakhir Disember 2019

Pembentang : Pn. Nik Nazwani binti Zulkifli
Disahkan : En. Abdul Hamid bin Din
Disokong : En. Azmi bin Bakar

5.0 Pembubaran Ahli Jawatankuasa bagi Tahun 2019/2020

Pengerusi mengumumkan pembubaran Ahli Jawatankuasa bagi Tahun 2019/2020

6.0 Lantikan Pengerusi Sementara dan Pengira Undi

En. Abdullah bin Abd Kadir dilantik sebagai Pengerusi (Sementara) dan En. Mohd Rizal bin
Mohd Radzi dilantik sebagai Pengira Undi.

7.0 Pelantikan AJK PIBG 2020
En Md. Radzi bin Abdullah memaklumkan penarikan diri dan memohon untuk tidak dilantik
kerana mempunyai komitmen di Pejabat Pendidikan Daerah Seberang Perai Selatan.
En. Md. Radzi mencadangkan Prof. Dr. Mohd Azmier dikekalkan sebagai YDP dan disokong
oleh En. Zulkifli Ahmad.
Prof. Dr. Mohd Azmier mencadangkan En. Rasidi Saidin dan disokong oleh Pn.
Salfaizah bt. Osman.
En. Rosli bin Yasin mencadangkan supaya cadangan ditutup dan disokong oleh Pn.
Halimaton Man.
Kiraan undi dilakukan dan Prof. Dr Azmier Ahmad dilantik sebagai YDP dan En.
Rasidi Saidin Sebagai NYDP.
YDP memaklumkan pelantikan akan dibuat untuk AJK waris seramai enam orang dan seorang
juruaudit.
Pn. Nik Nazwani mencadangkan En Zulkifli Ahmad dan disokong oleh En. Azmi bin Bakar.
En Rasidi bin Saidin mencadangkan En Azman Mastor dan disokong oleh Pn. Siti Hajar
Othman.
En Azmi bin Bakar mencadangkan En Rosli bin Yasin dan disokong oleh Pn.
Samsul Noraini Hashim.
Pn. Mahfuzah mencadangkan Pn. Roslina bt Said dan disokong oleh Che Samsiah Harun.
Pn. Siti Rahmah mencadangkan En. Mohd Zaini Bin Harun sebagai wakil waris PPKI dalam
AJK waris dan disokong oleh En Aziz bin Mohd Nayan.
Pn Sharipah Norhayati mencadangkan Pn. Sharizan Hapimie Bt Sabudin dan disokong oleh
Pn. Siti Hajar.
Pn. Roslina mencadangkan Pn. Aely Mahanim Bt Muhammad sebagai juruaudit waris dan
disokong oleh Pn. Dara Norsuraya Bt Abdullah.
En. Rasidi mencadangkan supaya cadangan ditutup dan disokong oleh En.
Hazman Md Noor.
Tn. Pengetua memaklumkan cadangan untuk AJK PIBG bagi kalangan guru dikekalkan
setelah berbincang sesama pentadbir dan disokong oleh Prof. Dr. Mohd Azmier bin Ahmad.

SENARAI AHLI JAWATANKUASA PIBG 2020

Yang Dipertua : Prof. Dr Mohd Azmier bin Ahmad
Naib Yang Dipertua : En. Rashidi bin Saidin
Setiausaha : En. Mohd Shahrol Haridas bin Saribuden
Pen. Setiausaha : Pn. Ahgheilashini Seema a/p Vispalingam
Bendahari : Pn. Nik Nazwani binti Zulkifli
AJK (Wakil Ibu bapa)
:En. Zulkifli bin Ahmad
AJK (Wakil Guru) En. Azman bin Mastor
En. Rosli bin Yasin
Juru Audit En Mohd Zaini bin Harun (wakil waris Pend Khas)
Puan Sharizal binti Hapimie
Puan Roslina binti Said
:Pn. Adilah Haznim binti Ibrahim
Pn. Nurul Huda binti Karim
Pn. Hasliana binti Razali
Pn. Siti Rahmah binti Emran (wakil guru Pen. Khas)
En. Mohd Rizal bin Mohd Radzi
:Pn. Aely Mahani binti Muhammad
Pn. Norbisham Bt Had

8.0 Perbahasan Usul Pencadang Tindakan

Bil. Cadangan / Usul En. Muhammad Diterima dengan
Zaki suara majoriti
1. Rambut Berfesyen
Cadangan untuk mengambil tindakan
terhadap murid yang melakukan kesalahan
rambut berfesyen / rambut panjang
dipotong dengan mata 4,2,1. Murid yang
membuat ‘line’ (qaza) akan dipotong
rambutnya dengan mata 1.

2. Kelas Pengukuhan Akademik Hj. Mazlan Diterima dengan
Cadangan agar murid yang lewat hadir ke bin Zainol suara majoriti
sekolah perlu menjalani Kelas Pengukuhan
Akademik untuk mengelakkan kesalahan
berulang.

3. Sumbangan PIBG dan Gerak Gempur Prof. Dr. Mohd Diterima sebulat suara
2021 Azmier bin Ahmad
Cadangan supaya sumbangan PIBG Bayaran RM 5.00
dinaikkan daripada RM 40.00 kepada RM untuk insurans
50.00 (termasuk sumbangan insurans
takaful berkelompok) (pilihan bagi tahun 2020)
Bayaran Gerak Gempur PT3 dan SPM
dikekalkan RM70.00

4. Kutipan Sumbangan Lawatan Sambil Pn Siti Rahmah Diterima sebulat suara
Belajar Pendidikan Khas. binti Emran
Cadangan membuat kutipan daripada waris
murid Pendidikan Khas SMK Sungai
Acheh.sebagai sumbangan untuk Lawatan
Sambil Belajar.

5. Sumbangan Kebajikan Asrama En Mohd Rizal Diterima sebulat suara
Cadangan supaya sumbangan kebajikan bin Mohd Radzi
asrama dikekalkan sebanyak RM 50 bagi
tahun 2020. En. Samsul Pengetua ;
bin Ismail Sekolah tidak mampu
6. Masalah bas sekolah yang melebihi had dan tidak dibenarkan
penumpang. menyediakan
Menyediakan bas sekolah untuk perkhidmatan bas.
kemudahan murid. Bas yang sedia ada Pihak syarikat
tidak dapat menampung bilangan murid perkhidmatan bas akan
yang ramai. dimaklumkan tentang hal
ini. (Tindakan : PK HEM)
7. Kelas Tambahan PT3 – dilaksanakan
tanpa mengikut kelas Pn. Nor Azizah En Shamsul Kamar ;
Semua murid akan
8 Susunan meja murid di dalam kelas dilibatkan. Guru subjek
mengikut kumpulan menyebabkan murid bertanggungjawab untuk
tidak selesa dan menjejaskan menjalankan kelas
pembelajaran. bermula pada bulan Jun.
Pihak sekolah akan
9. Pemakaian baju PJ muslimah bagi semua menyediakan soalan PT3
murid. (kecuali BM &BI)

10. Makanan tidak cukup semasa rehat Pn. Nor Azizah Pengetua ;
Sekolah perlu menepati
Pn. Aziah binti konsep kelas Abad 21:
Mohamad Ali Murid mesti duduk dalam
kumpulan
En. Md Husri bin
Mohammad Pemakaian baju PJ akan
dipantau oleh Unit
Disiplin. Ibu bapa
digalakkan membeli baju
PJ potongan muslimah
kepada anak
perempuan.

Tiada aduan rasmi.
Setakat ini makanan yang
disediakan masih cukup

9.0 Ucapan penangguhan

Pengerusi sekali lagi menegaskan agar ibu bapa dapat menjaga hubungan yang baik dan
mesra dalan kalangan ahli keluarga agar hidup kita diberkati. Sebarang permasalahan anak-
anak hendaklah dibincangkan dengan pihak sekolah secara berhemah demi kebaikan
semua.

Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 4.35 petang.

Pencatat minit :

Noor Faizah binti Mohamad Yusop
Wan Rohimah binti Wan Ahmad
Sabariah binti Ahmad
Fauziah binti Kamis
Wee Ai Li

LAPORAN TAHUNAN PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU (PIBG)
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SUNGI ACHEH
TAHUN 2020

1.0 Falsafah PIBG
Persatuan Ibu Bapa dan Guru SMKSA merupakan satu agen perubahan komuniti di
sekolah yang menjalankan usaha berterusan berlandaskan kaedah-kaedah dan
perlembagaan PIBG bagi menyokong serta membantu semua kegiatan sekolah dalam
merealisasikan Falsafah Pendidikan Negara dan perancangan sekolah.

2.0 Keanggotaan PIBG
Semua warga pendidik yang mengajar dalam sekolah ini
Semua ibu bapa dan penjaga kepada murid yang belajar dalam sekolah ini.

3.0 Peranan PIBG SMKSA
Kerjasama dengan pihak sekolah dalam menjayakan program bersama, sama ada
anjuran PIBG atau pihak sekolah.

Merealisasikan Falsafah Pendidikan Negara.

4.0 Laporan Akaun Kewangan PIBG
(Rujuk lampiran 1)

5.0 Ahli Jawatankuasa

SENARAI AHLI JAWATANKUASA PIBG SESI 2020/2021

Yang Dipertua : Prof. Dr Mohd Azmier bin Ahmad

Naib Yang Dipertua : En. Rashidi bin Saidin
Setiausaha : En. Mohd Shahrol Haridas bin Saribuden
Pen. Setiausaha : Pn. Ahgheilashini Seema a/p Vispalingam
Bendahari : Pn. Nik Nazwani binti Zulkifli

AJK (Wakil Ibu Bapa) : En. Zulkifli bin Ahmad

En. Azman bin Mastor
En. Rosli bin Yasin
En Mohd Zaini bin Harun (wakil waris Pend Khas)
Pn. Sharizal binti Hapimie
Pn. Roslina binti Said

AJK (Wakil Guru) : Pn. Adilah Haznim binti Ibrahim
Juruaudit Pn. Nurul Huda binti Karim
Pn. Hasliana binti Razali
Pn. Siti Rahmah binti Emran (wakil guru Pen.Khas)
En. Mohd Rizal bin Mohd Radzi

: Pn. Aely Mahani binti Muhammad
Pn. Norbisham bt Had

6.0 Mesyuarat AJK PIBG SMKSA

Laporan Tahunan Mesyuarat PIBG SMKSA

Bil. Program Tarikh Tempat Masa Kehadiran
1 Mesyuarat agung PIBG 22/01/2020 Dewan Seri 2.00 ptg
Bitara, SMKSA 12/18
Kali ke-35 13/02/2020 Bilik Mesyuarat 3.00 ptg 14/18
2 Mesyuarat AJK PIBG SMKSA
20/07/2020 Bilik Mesyuarat 3.00 ptg
kali pertama SMKSA
3 Mesyuarat AJK PIBG

kali ke-2

7.0 Aktiviti PIBG

PIBG SMKSA telah banyak memainkan peranan dalam usaha membantu pihak sekolah
menjalankan program. Antara program tersebut ialah

Kejohanan Sukan Tahunan SMKSA 2020
Program Motivasi Murid
Program Kecemerlangan Murid
Sumbangan kepada murid dan waris yang terjejas akibat penularan Covid-19 (Tabung
Prihatin)
Memberi sumbangan dan sokongan dalam semua aktiviti kurikulum dan kokurikulum
sekolah

Bertepatan dengan Falsafah PIBG, PIBG SMKSA akan terus memainkan peranan bagi
membantu pihak sekolah menjayakan semua program sekolah demi meningkatkan lagi
kecemerlangan murid dan sekolah ke peringkat yang lebih tinggi.

8.0 Kekangan PIBG SMKSA

Kerjasama yang lebih erat dalam kalangan ahli boleh diperkukuhkan.
Keprihatinan ahli terhadap pendidikan anak-anak ditingkatkan terutama ketika PdPR dijalankan.

9.0 Harapan PIBG

Membantu pihak sekolah dalam usaha melahirkan murid yang cemerlang.
Membantu menyediakan persekitaran yang kondusif kepada para murid SMKSA.
Menjadi salah satu Persatuan Ibu Bapa dan Guru yang aktif

10.0 Sekalung Budi

Kerajaan Persekutuan dan Negeri.
Kementerian Pendidikan Malaysia.
Jabatan Pendidikan Negeri Pulau Pinang.
Pejabat Pendidikan Daerah Seberang Perai Selatan.
Yang Dipertua PIBG SMKSA, Profesor Dr. Mohd Azmier bin Ahmad.
Tuan Pengetua SMKSA, En Azmi bin Othman.
AJK PIBG SMKSA yang turut serta menyumbangkan tenaga dan masa bagi menggerakkan
kejayaan PIBG SMKSA.
Ahli PIBG yang prihatin terhadap kejayaan PIBG SMKSA dan anak- anak SMKSA.
Seluruh warga SMKSA yang sentiasa menghargai peranan PIBG SMKSA.

Disediakan oleh:

……………………………………..

(EN. MOHD SHAHROL HARIDAS BIN SARIBUDEN)
SETIAUSAHA PIBG 2020
SEK. MEN. KEB. SUNGAI ACHEH

AKTIVITI - AKTIVITI PIBG 2020

1.0 Aktiviti PIBG
PIBG SMKSA telah banyak memainkan peranan dalam usaha membantu pihak sekolah
menjalankan program. Antara program tersebut ialah:
Kejohanan Sukan Tahunan SMKSA 2020
Program Motivasi Murid
Program Kecemerlangan Murid
Sumbangan kepada murid dan waris yang terjejas akibat penularan Covid-19 (Tabung
Prihatin)
Memberi sumbangan dan sokongan dalam semua aktiviti kurikulum dan kokurikulum
sekolah

Program penyampaian bakul makanan untuk waris dan murid yang terkesan

Penetapan target PT3 dan SPM 2020

Keputusan
SPM 2019

Program bersama Politeknik Seberang Perai dengan
kerjasama antara murid SMKSA dan peserta dari Agensi

Kerajaan dan NGO sekitar Sungai Acheh

Program Merentas Desa
22.01.2020

CADANGAN DAN USUL MESYUARAT AGUNG PIBG SMKSA TAHUN 2021

Bil Cadangan / Usul Pencadang Tindakan
En. Romzi bin Musa
1 Ada sebilangan pelajar berlumba semasa
pergi ke sekolah dan pulang dari sekolah. Pn Faeizah bt Ismail
Apa yang dibimbangkan ialah keselamatan
pelajar. Kebanyakkan waris yang Pn Junaidah bt
menghantar dan mengambil pelajar.tidak Abdullah
memakai helmat.. Pn Siti Zubaidah
Saya memohon pihak sekolah dan ibubapa binti Haji Zaini
memandang serius tentang isu ini Md Faizal bin
Ngadiman
2 Memohon pihak sekolah menyediakan
rekod prestasi murid untuk ibubapa seperti
SAPS semula.

3 Mencadangkan supaya bilangan van atau
pun bas sekolah ditambah berikutan
bilangan yang sedia ada tidak mencukupi.

4 Mencadangkan supaya penambahbaikkan
perlu dibuat dari bagi kelas tambahan.

5 Mengharapkan sessi persekolahan
bersemuka dapat dilaksanakan.


Click to View FlipBook Version