The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by 895-27-caryn, 2022-10-19 02:36:25

Prosedur Pelaksanaan Pengurusan Tingkah Laku Hiperaktif

Buku Prosedur Pengurusan Tingkah Laku MBPK

SIRI PROSEDUR PELAKSANAAN PENGURUSAN
TINGKAH LAKU KANAK-KANAK BERKEPERLUAN KHAS

Prosedur Pengurusan
Tingkah Laku

Hiperaktif

7MPendekatan

IZZATUL NAJIHAH AZHAM 7
MILIA MAISARAH KAMARULZAMAN
CARYN RITA ANAK MINGGU

ISI KANDUNGAN

Kata Pengantar 1
2
Pengenalan
3
Prosedur Pelaksanaan Pengurusan
Tingkah Laku 4
1.Mengenalpasti dan Memilih Tingkah
6
Laku Sasaran
2. Mengumpul dan Merekod Data 8
10
Baseline 12
3. Mengenalpasti dan Menentukan 14
15
Peneguhan 16
17
4. Merancang Program Intervensi

5. Melaksanakan Program Intervensi

6. Merekod Data Intervensi
7. Menilai Keberkesanan Intervensi
Penutup
Rujukan

KATA-KATA
PENGANTAR

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan
izin dan limpah kurnia-Nya, kami dapat menyiapkan

kerja kursus ini dengan sempurna.
Jutaan terima kasih kami tujukan kepada pensyarah
kami iaitu Dr. Liong Kon Thai dan semua pihak yang
terlibat secara langsung atas bimbingan dan tunjuk
ajar dalam membantu kami menyiapkan kerja kursus
ini. Doa dan harapan kami agar semua akan sentiasa
dirahmati oleh Tuhan Yang Maha Esa sepanjang hayat.

CARYN RITA IZZATUL NAJIHAH MILIA MAISARAH BINTI
ANAK MINGGU BINTI AZHAM KAMARULZAMAN
2021012340121 2021012340127 2021012340133
021228130550 020619020880 030309031006

1

PENGENALAN

Tingkah laku hiperaktif merupakan satu perilaku disruptif
(mengganggu) dan ia mampu menjejaskan kelancaran dan
keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran (PdP) di dalam
kelas (Mardiah Mahmor et al., 2021).

Hiperaktif ini boleh dikategorikan sebagai satu bentuk masalah
tingkah laku mencabar jenis Masalah Emosi dan Tingkah Laku
(Emotional and Behavioral Problems, EBD) yang cenderung berlaku
dalam kalangan kanak-kanak dan remaja (Idayu Badilla Idris et al.,
2019).

Dalam konteks Pendidikan Khas, golongan yang terkesan adalah
guru dan murid-murid termasuklah murid bermasalah itu sendiri.
Justeru, satu prosedur pengurusan tingkah laku mestilah diadakan.

Menurut Yusop Malie et.al.(2019), Teori Behaviorisme
yang menyatakan “tingkah laku manusia dapat dikawal dan
diramal” berkait rapat dengan objektif peenghasilan buku

ini iaitu bagi membantu guru mengawal tingkah laku
hiperaktif murid berkeperluan Pendidikan Khas (MBPK).

Prosedur pelaksanaan pengurusan tingkah laku
mengetengahkan TEKNIK 7M.

2

7MProsedur

Pengurusan
Tingkah Laku

Hiperaktifengenal pasti & memilih sasaran

1 Mengumpul data baseline
M 2enentukan peneguhan
3 Merancang program intervensi
M5 M 4elaksanakan intervensi

erekod data

7 MM 6enilai, refleksi & menambah baik

3

Tingkah laku sasaran adalah tingkah laku yang telah

diplih untuk diberi keutamaan dalam proses perubahan

tingkah laku.

JENIS TINGKAH LAKU
DAN
Kerap menggerakkan tangan atau kaki atau CIRI-
menggeliang-geliut di tempat duduk.
Selalu meninggalkan tempat duduk ketika di kelas.
Selalu berlari ke sana ke mari atau suka memanjat dan

pada kebanyakan masa kelihatan kekok. CIRI
Kerap menghadapi masalah untuk bermain atau
melakukan aktiviti riadah secara senyap.
Banyak bercakap.
Sering bergerak cergas atau kerap bertindak seolah-
olah digerakkan oleh motor.

T I FTerdapat juga tingkah laku
Khiperaktif yang diterjemahkan
melalui sifat IMPULSIF dan
HIPERA
KURANG PENUMPUAN di dalam

kelas. Antaranya adalah: Meng

Tidak fokus/tidak berminat.
Terlalu agresif, tidak

berdisiplin. Past
Suka bermain dan mengusik
orang.
Cepat terpengaruh; suka

meniru gaya atau perwatakan Mem
orang lain.
Selalu memberi jawapan

sebelum soalan lengkap Tingkah
dianjurkan
Kurang sabar dan hadapi
masalah ketika menunggu

giliran

Sering mengganggu atau

mencelah perbualan atau

aktiviti orang lain

Sering membuat pertimbangan

yang salah dan mudah

mengalami kemalangan

4

Panduan memilih tingkah laku sasaran

PILIH hanya SATU tingkah laku sasaran secara SPESIFIK pada satu-satu
masa. Kriteria pemilihan tingkah laku adalah yang:

Membahayakan diri dan orang lain.
- Boleh mengganggu pembelajaran dan murid lain.
- Tidak sesuai dengan umurnya.
- Terlalu kerap berlaku.
- Terjadi akibat kurang mahir dalam bidang-bidang tertentu.
- Menyebabkan murid lain menjauhkan diri.

Kemudian, ANALISIS tingkah laku murid berdasarkan CIRI-CIRI HIPERAKTIF.
Oleh kerana tingkah laku hiperaktif tergolong dalam kategori disruptif
(mengganggu), maka ciri yang berkaitan adalah IMPULSIF dan KURANG
PENUMPUAN semasa sesi PdP.

genal

ti & Seterusnya, guru perlu memutuskan POLA
milih PERUBAHAN sama ada inginkan tingkah laku itu
h Laku meningkat atau menurun. Tingkah laku yang dipilih
mestilah mestilah boleh diperhatikan dan diukur
perlakuannya.

Akhir sekali, nyatakan tingkah laku sasaran
dengan jelas dan khusus sama ada secara lisan atau
bertulis.

Contoh:
"Ali (bukan nama sebenar) mempamerkan tingkah laku
hiperaktif iaitu bangun dari kerusi dan berjalan dalam
kelas sebanyak lima kali setiap setengah jam."

5

MENGUM
MERE

DATA BA

Memerhati dan Mengumpul Data
kekerapan tingkah laku yang
ditunjukkan oleh murid

Maklumat terkumpul dalam tempoh tertentu dikenali
sebagai data baseline.
Tujuan data dikumpul adalah untuk mengetahui corak
tingkah laku dan tujuan berlakunya tingkah laku
sedemikian (Rajasree Karunamoorthy, 2021).
Tingkah laku dapat diperhati dan diukur berdasarkan
kaedah 5W1H menggunakan teknik-teknik pemerhatian
yang digunakan.

Who - Mentukan murid yang Kaedah
mempunyai masalah tingkah laku 5W1H
What - Masalah tingkah laku yang

hendak diurus
When - Bila tingkah laku sasaran

berlaku
Where - Tempat tingkah laku berlaku

Why - Sebab tingkah laku berlaku
How - Strategi, peneguhan dan
intervensi yang dilakukan untuk

mengurangkan tingkah laku

6

MPUL DAN
EKOD
ASELINE

contoh rekod
anekdot

Pengumpulan maklumat dapat dijalankan melalui kaedah
pemerhatian, temu bual dan tinjauan. Pemerhatian boleh
dilaksanakan secara berterusan atau berkala mengikut
keperluan yang dirancang. Pelaksanaan pemerhatian
memerlukan instrument tertentu untuk merekod
maklumat. Instrument yang digunakan adalah melalui
senarai semak, borang soal selidik dan teknik-teknik
pemerhatian.

Rekod Naratif Teknik
Rekod Anekdot 5W1H
Rekod Naratif Anekdot
Rekod Kejadian
Rekod Kekerapan
Rekod Jangka Masa
Rekod Sampel Masa

7

M= MENGENALPASTI PEPNOESGIUTIHFAN
DAN MENENTUKAN
PENEGUHAN
Menurut Tan P.Y. dan Tan M.T. (2017), peneguhan adalah penting untuk

meningkatkan minat serta motivasi seseorang murid itu dalam melakukan aktiviti
yang diikuti ataupun untuk meningkatkan dan mengurangkan tingkah lakunya

EKTOONKOENMI

Menurut Adi Fahrudin (2016), MBPK
akan memperoleh token daripada

tingkah laku yang ditunjukkan.
Token tersebut boleh ditukar
dengan hadiah atau sesuatu yang

bernilai

MODELING

Proses pembelajaran yang meliputi
pemerhatian dan peniruan. Guru adalah

role model yang semestinya
menunjukkan demostrasi yang jelas

dan menarik

PUJIAN

Memberikan pujian seperti : Memberikan sesuatu ganjaran setelah
"Bagusnya!" & "Awak memang perlakuan yang diingini itu ditunjukkan,

hebat!" yang menyebabkan perlakuan itu
diulang dan diperkuatkan lagi

8

HUKUMAN

Menurut Liong KEJEMUAN
(2022), hukuman
melibatkan fizikal
atau psiokologikal

Contoh :
melambatkan waktu

balik@rehat



PENNEEGGAUTHIAF N Aktiviti dilakukan sehingga murid itu jemu dan akhirnya
akan berhenti dengan sendiri.
Contoh : mengetuk meja

TIME-OUT

Pengasingan MBPK dalam masa tertentu.
Observational time-out (boleh akses dengan PdP
guru)
Exclusion time-out (tidak boleh akses dengan PdP
guru)
Seclusion (di bilik time-out)

Rangsangan serta-merta yang Di akhirnya, pembaca boleh
tidak menyenangkan selepas memilih untuk menggunakan
mana-mana peneguhan yang
tingkah laku ditunjukkan
sesuai untuk diaplikasikan
9 kepada MBPK

MERANCANG
PROGRAM
INTERVENSI

Perancangan adalah signifkan bagi memastikan kelancaran prosedur
yang efektif dan mencapai matlamatnya (Hawthorne, 2021). Tiga
perkara perlu ditekankan dalam sesuatu intervensi.

Mengambil kira Perlu merujuk Fokus hanya
tahap kefungsian 6 domain kepada tingkah
Pendidikan laku sasaran yang
dan keupayaan Khas
pembelajaran telah dipilih
sahaja
MBPK

Perancangan program intervensi pengurusan tingkah laku merupakan
sebahagian daripada Pentaksiran Bilik Darjah (PBD). Justeru, ia perlu
berpandukan DSKPPK dan Domain Pendidikan Khas
(Bahagian Pendidikan Khas, 2019).

DANGAN6 Domain Pendidikan Khas
CATERVENSI1.Domain Kognitif

2.Domain Bahasa & Komunikasi

3.Domain Tingkah Laku

IN4.Domain Sosioemosi

5.Domain Motor Kasar

6.Domain Motor Halus

10

Menurut Yusop Malie et al. (2019), antara cadangan lain bagi

mengurangkan tingkah laku hiperaktif adalah seperti berikut:

1.Peneguhan Sosial Berikan peneguhan yang telah
2.Terapi Main ditentukan sepertimana Langkah 2:

MENENTUKAN PENEGUHAN.

Suatu terapi interaksi sosial yang menyediakan kesempatan untuk belajar
keterampilan sosial-emosional dan meningkatkan ketahanan emosional yang

Mengurangkan masalahmtaimngpkuah laku mengganggu
Meningkatkan komunikasi, persefahaman dan ekspresi
verbal, kepercayaan, dan keyakinan diri
Merawat gangguan perkembangan normal.

Dalam kajiannya, pengkaji menyedari bahawa Fariz (bukan
nama sebenar) mempunyai tumpuan singkat tetapi dia sangat
mudah tertarik dengan benda yang baharu. Oleh itu, galakan telah
diberi kepada Fariz untuk melibatkan diri secara maksimum
dalam aktiviti intervensi berikut:

1) Kraftangan daripada suratkhabar;

2) menyertai aktiviti “mini library”;

3) komunikasi dua hala;

4) aktiviti senam seni 1Malaysia; dan

5) gotong- royong membersihkan halaman pusat PDK.

Berdasarkan kajian, penulis mendeduksikan intervensi mengikut
tiga bentuk pendekatan iaitu secara verbal (lisan), fizikal (perbuatan)
dan tingkah laku.

Verbal Fizikal Tingkah Laku

Memuji Senaman Time’s out
Menyanyi “Pembugar”
Bertanya soalan Menconteng kertas
Mewarna lukisan
bergambar

"Pembugar" Aktiviti selingan yang dijalankan bagi mengembalikan
tumpuan dan menjadikan murid kembali cerdas dan
bertenaga untuk meneruskan proses PdP. Ia hanya
memerlukan masa paling lama 5 minit.

TIPS: Intervensi yang ingin dilaksanakan mestilah melibatkan aktiviti yang mampu
mengembangkan potensi domain MBPK.

11

Melaksanakan
Program
Intervensi

Program intervensi merupakan suatu aktiviti
yang dilaksanakan untuk mengurangkan
masalah tingkah laku murid. Intervensi
dilakukan secara berperingkat ;

Fasa Pra Intervensi
Fasa Intervensi
Fasa Selepas Intervensi

Pra Intervensi Contoh Pengumpulan
Maklumat Pra Intervensi
Merujuk kepada peringkat pengumpulan
maklumat pelajar yang dikenali sebagai
baseline period.
Melaksanakan 5W1H yang telah dinyatakan
dalam perancangan.

Memilih tingkah laku hiperaktif yang
tidak dapat duduk diam di dalam kelas

Mengumpul maklumat melalui
pemerhatian, tinjauan dan temu bual

Kerap berlari, melompat dan
memanjat

Merancang program intervensi untuk
masalah hiperaktif yang dipilih

12

Fasa Intervensi Lembaran Kerja Aktiviti
Mewarna Murid Hiperaktif

Setelah menentukan peneguhan dan merancang
intervensi, guru dapat melaksanakan program
intervensi yang sudah dirancang.

Intervensi yang dilaksanakan untuk mengawal
masalah hiperaktif yang tidak dapat duduk diam
adalah melakukan aktiviti mewarna atau penghasilan
kraf tangan daripada surat khabar

Tempoh pelaksanaan intervensi dicatat dan
kekerapan tingkah laku yang hendak diubah juga
direkodkan semasa intervensi dilakukan.

Fasa Selepas
Intervensi

Membuat penilaian untuk mengetahui keberkesanan intervensi.
Membuat perbandingan data-data sebelum dan selepas
intervensi.
Perbandingan data akan dipindahkan ke dalam bentuk histogram.

13

MEREKOD DATA
INTERVENSI

Berikut merupakan histogram
yang menunjukkan tingkah laku

ditunjukkan oleh MBPK
hiperaktif sebelum dan selepas

mengaplikasikan intervensi

14

Menilai
Keberkesanan

Intervensi

Intervensi melalui aktiviti
mewarna dapat menarik
minat murid untuk fokus
walaupun murid hanya dapat

fokus mewarna dalam
tempoh masa 1 sehingga 2

minit

Intervensi yang dilaksanakan
dapat diteguhkan melalui

peneguhan positif dan negatif
untuk mengekalkan tingkah laku

yang diingini. Pelaksanaan
peneguhan dalam intervensi
mengekalkan murid untuk terus
mengamalkan tingkah laku yang

diingini.

Kesimpulannya, intervensi aktiviti mewarna
yang disokong melalui peneguhan berkesan
mengurangkan tingkah laku hiperaktif murid

di dalam kelas

15

Kesimpulannya, prosedur pengurusan tingkah
laku hiperaktif yang dibawakan oleh penulis
mengetengahkan Pendekatan 7M. Kesemua
langkah yang dikemukakan diharapkan dapat
mengawal masalah tingkah laku mencabar ini
bagi menjamin keberkesanan PdP seterusnya
mengembangkan potensi MBPK secara
optimum selaras dengan Falsafah Pendidikan
Khas. Data-data dan maklumat yang digunakan
adalah asli daripada tinjauan di Pra Sekolah IPG
Kampus Keningau.

16

RUJUKAN

Noor Azreena A Aziz & Mohd Hanafi Mohd Yasin. (2018). Token Economy to
Improve Concentration among Students with Learning Disabilities
in Primary School. Journal of ICSAR, 2(1), 32-36.
http://journal2.um.ac.id/index.php/icsar/article/view/2003/1598

Kementerian Pendidikan Malaysia. (2020). Garis Panduan dan Soalan
Lazim Pengurusan Murid Berkeperluan Khas. Pekeliling dan Garis
Panduan Pendidikan Khas. https://www.moe.gov.my/muat-
turun/pekeliling-dan-garis-panduan/pendidikan-khas/?
limit=20&limitstart=0

Liong, K. T. (2022). Prosedur pelaksanaan pengurusan tingkah laku.
[PowerPoint slides].
https://drive.google.com/file/d/16_T6Vt_bQoi_Q45sRgZ1Nnwgp7lJz
oh0/view

Rajasree Karunamoorthy. (2021). Laporan modifikasi tingkah laku.
https://pdfcoffee.com/laporan-modifikasi-tingkah-laku-pdf-free.html

Yusof Malie, Fatimah Az-Zahra, Nur Farhana Kamel, Nurulain Pusa,
Ririn Yiichasiani & Sabariah Ahmad. (2019). Penglibatan dalam aktiviti
bagi mengurangkan masalah tingkah laku hiperaktif. Proceedings
International Conference on Teaching and Education (ICoTE), 2, 21-26.
https://www.researchgate.net/publication/339787090_PENGLIBAT
AN_DALAM_AKTIVITI_BAGI_MENGURANGKAN_MASALAH_TIN
GKAH_LAKU_HIPERAKTIF

Liong, K.T.. (2022). Strategi pengurusasn tingkah laku. [Powerpoint slides].

https://drive.google.com/file/d/1NLAhsTXajMZj-Lh-
bYJ6gcZ5DauuEfcE/view

Adi Fharudin. (2016). Teknik ekonomi token dalam pengubahan
perilaku klien. Informasi, 17(3), 139-143.

file:///C:/Users/ASUS/Downloads/arifin,+1.+EDISI+3+Tahun+2012++
(Adi+Fahrudin+139+-+143).pdf

Tan, P.Y. & Tan, M.T. (2017). Kesan teknik peneguhan terhadap
minat dan prestasi murid tahun tiga dalam sains di Kuching.

http://www.ipbl.edu.my/portal/penyelidikan/BukuKoleksi/2017/SN/
AN%20PEI%20YEE/TAN%20PEI%20YEE.pdf

17

Hawthorne, H. (2021). Effective Interventions in Education: Types
and Examples. High Speed Training.
https://www.highspeedtraining.co.uk/hub/effective-interventions-in-
education/#:~:text=Interventions%20can%20be%20an%20incredibly,
and%20their%20parents%20or%20carers.

Bahagian Pendidikan Khas. (2019). Pentaksiran Bilik Darjah (PBD)
Murid Berkeperluan Khas (MBK) Tahap 1. Kementerian Pendidikan
Malaysia.
https://www.moe.gov.my/images/KPM/UKK/2019/05_Mei/SLIDE_T
ERKINI_PENATARAN_PBD_MBK_2019.pdf

Idayu Badilla Idris, Barlow, J. & Dolan, A. (2019). A Longitudinal
Study of Emotional and Behavioral Problems among Malaysian School
Children. Annals of Global Health.
https://annalsofglobalhealth.org/articles/10.5334/aogh.2336/

Mardiah Mahmor & Kamariah Abu Bakar. (2021). Kesan Intervensi
Terhadap Tingkah Laku Disruptif Dalam Kalangan Kanak-Kanak
Prasekolah. Jurnal Dunia Pendidikan, 3(1), 442-453.
https://myjms.mohe.gov.my/index.php/jdpd/article/view/12938/667
2

18


Click to View FlipBook Version