The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Irfan Danish, 2023-12-04 04:47:51

TEMA 9 EVOLUSI KAD PENGENALAN

TEMA 9 EVOLUSI KAD PENGENALAN

TEMA 9 : EVOLUSI KAD PENGENALAN DIESEDIAKAN OLEH ; IRFAN DANISH BIN MOHD HAFIZ 4 ALAUDDIN


pendahuluan Kad pengenalan pada mulanya diperkenalkan oleh pemerintah Inggeris di Malaya melalui Emergency (Registration Areas) Regulation 1948 bagi membendung ancaman pengganas komunis pada tahun 1948. Kad pengenalan ini digunakan untuk tujuan pengecaman dan pengagihan beras pada zaman darurat. Oleh hal yang demikian,kad pengenalan yang pertama ini juga dikenali sebagai “kad beras kerana catuan makanan pada zaman darurat memerlukan bukti pengenalan diri untuk mendapatkan beras. Walau bagaimanapun, kad pengenalan telah melalui pelbagai perubahan selari dengan peredaran zaman. Jika dahulu kad pengenalan hanya sekeping kertas biasa tetapi kini kad pengenalan mempunyai pelbagai fungsi dan ciri – ciri keselamatan. Terdapat pelbagai kepentingan kad pengenalan yang boleh memberi kesan positif kepada pengguna.


kepentingan kad pengenalan ISI 1 Kad pengenalan boleh digunakan untuk mengetahui identiti kewarganegaraan seseorang di sesebuah negara. Sebagai contohnya, ini bagi membezakan individu adalah warganegara atau buruh asing yang hendak bekerja di dalam negara seperti Malaysia. Apabila kewarganegaan seseorang dapat dikenal pasti,ini dapat memudahkan lagi pihak imigresen untuk membenarkan kemasukan buruh asing ke dalam negara kita. Buruh asing yang hendak memasuki negara kita hendaklah diperiksa terlebih dahulu kesahihan identiti mereka oleh pihak berkuasa agar tidak berlaku isu seperti penipuan maklumat peribadi yang dapat mengundang keselamatan rakyat. Oleh itu, jelaslah bahawa kad pengenalan dapat menditektasi kewarganeraan seseorang di dalam negara.


KEPENTINGAN KAD PENGENALAN ISI 2 Bukan itu sahaja, kad pengenalan juga boleh digunakan untuk membayar tambang transportasi awam. Tamsilnya, kereta api,bas dan teksi telah menggunakan perkhidmatan kad pengenalan sebagai salah satu cara untuk membayar tambang pada era yang moden ini. Pengguna kad pengenalan boleh menambah tunai dalam kad mereka di kedai yang menawarkan perkhidmatan tersebut. Ini juga dapat memudahkan pelajar yang menggunakan transportasi awam agar tidak perlu membawa duit yang banyak ketika hendak membayar tambang pergi dan balik ke sekolah. Oleh itu, ternyatalah bahawa kad pengenalan boleh digunakan untuk membayar tambang transportasi awam.


KEPENTINGAN KAD PENGENALAN ISI 3 Dalam nada yang berbeza, kad pengenenalan turut digunakan untuk pemeriksaan kesihatan. Sebagai intihanya,pengguna kad pengenalan yang hendak membuat pemeriksaan gigi boleh menggunakan kad pengenalan mereka untuk membuat pendaftaran diri di klinik tersebut. Hal ini oleh demikian kerana kad pengenalan yang hanya dimiliki oleh warganegara sahaja yang boleh membuat pendaftaran di klinik mahupun hospital kerajaan di negara kita. Warga asing yang hendak menggunakan perkhidmatan kesihatan seperti di klinik pergigian perlulah bersertakan dokumen yang banyak dan perlu menajalani prosedur yang ditetapkan oleh pihak klinik tersebut bagi mendaftarkan diri mereka. Oleh yang yang demikian, ternyatalah bahawa kad pengenalan dapat digunakan untuk pemeriksaan kesihatan di negara kita.


PENUTUP Berdasarkan huraian yang berkualiti tentang kepentingan kad pengenalan kepada rakyat dan negara,jelaslah bahawa kad pengenalan merupakan kad pengesahan seseorang individu yang sering diperlukan dalam urusan rasmi.Setiap orang sewajibnya mendaftarkan diri untuk mendapatkan mykad setelah cukup umur mereka.Pihak kerajaan berharap agar setiap orang dapat mengetahui tentang peri pentingnya kegunaan kad tersebut dan dapat membawanya kemana mana sajaha. Tuntasnya, kad pengenalan mampu membezakan setiap individu secara langsung melancarkan sistem pentadbiran negara.


Click to View FlipBook Version