The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

BUKU PROGRAM JUBLI INTAN <br>INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS GAYA, KOTA KINABALU, SABAH

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Su Amira Sephia, 2023-06-30 05:45:30

BUKU PROGRAM JUBLI INTAN

BUKU PROGRAM JUBLI INTAN <br>INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS GAYA, KOTA KINABALU, SABAH

BUKU PROGRAM Jubli I ntan


BUKU PROGRAM Jubli Intan MEMOTRET KENANGAN STAF PENGURUSAN


BUKU PROGRAM Jubli Intan MEMOTRET KENANGAN PENSYARAH


BUKU PROGRAM Jubli Intan SEKAPUR SIRIH UCAPAN REKTOR YBRS. Dr. Rosli bin Yacob Rektor IPGM kementerian pendidikan malaysia Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera. Salam Malaysia Madani. Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah kurnia dan izin-Nya, sambutan Jubli Intan, Institut Pendidikan Guru Kampus Gaya. Sejak penubuhannya pada 4 Julai 1963 institusi ini telah menelusuri pelbagai peristiwa dalam fungsinya sebagai sebuah institusi latihan perguruan yang ulung di negeri Sabah. Institusi ini telah melangkah jauh serta berjaya melahirkan ribuan pendidik yang telah mencurahkan jasa dan bakti kepada anak bangsa di seluruh pelosok tanah air. Sesungguhnya, aktiviti yang dijalankan sepanjang sambutan Jubli Intan merupakan sejarah manis nan indah kepada IPG Kampus Gaya khususnya dan terhadap Institut Pendidikan Guru Malaysia. Saya yakin bahawa komitmen yang tinggi dapat mendokong aspirasi untuk mentransformasi pendidikan ke arah pembelajaran abad ke-21 akan dapat direalisasikan. Justeru, konsep sejahtera dalam Malaysia Madani merupakan salah satu matlamat utama yang ditekankan di dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang menjadi tonggak kepada pelaksanaan sistem pengajaran dan pembelajaran di semua peringkat . Oleh itu, bakal guru yang dilahirkan di institut pendidikan guru dapat memahami konsep kesejahteraan di dalam pendidikan dan kehidupan agar mampu menginsankan individu dan mendokong usaha pembinaan kekuatan jati diri pendidik. Saya merakamkan ucapan syabas dan tahniah kepada semua jawatankuasa yang telah bertungkus lumus menyumbang idea, membenih kepakaran, mengorbankan masa dan meleburkan khudrat bagi meraikan sambutan Jubli Intan IPG Kampus Gaya yang ke 60 tahun. Serangkappantun bingkisan kata, sekelumit bicaraperamba berkata: Nyiur melambai di Bukit Punai, Lebat buahnya bertandan emas; Walau badai menjungkit denai, Hebat bergaya menindan cemas. Akhir kalam, saya berdoa ke hadrat Allah S.W.T agar segala usaha murni ini mendapat keredhaan dan keberkatan Allah S.W.T. Saya juga berharap dengan sambutan Jubli Intan ini mampu merealisasikan tuntutan dan keperluan yang digariskan dalam objektif, visi dan misi IPGM yang berganding padu bersama semua IPG kampus di negara tercinta ini akan sentiasa mekar, harum dan bermanfaat kepada semua insan dalam lembayung Malaysia Madani. Selamat menyambut Jubli Intan IPG Kampus Gaya 2023 dengan ceria, dan teruskanmemperkasa semangat perpaduan yang jitu demi menggalas rutin amanah dalam organisasi keguruan. Sekian, terima kasih.


BUKU PROGRAM Jubli Intan SEKAPUR SIRIH UCAPAN PENGARAH Salam D’Gaya Ku Demi Ilmu Dan Dahrma, Pertama sekali saya ingin mengucapkan syukur kepada yang maha Esa kerana dengan izin-Nya kita dapat bersama-sama meraikan majlis penuh bersejarah ini sempena Sambutan Jubli Intan 60 Tahun Institut Pendidikan Guru Kampus Gaya. Majlis Sambutan Jubli Intan 60 Tahun Institut Pendidikan Guru Kampus Gaya yang diadakan ini bertujuan untuk menghargai segala usaha dan jasa yang telah disumbangkan oleh Institut Pendidikan Guru Kampus Gaya sejak mula penubuhannya pada 22 Julai 1963 yang dibuka secara rasminya oleh Sir William Goode iaitu seorang Gabenor North Borneo Colony yang terakhir. Majlis perasmian Institut Perguruan Gaya pada tarikh 04 Julai 1963. Tahun 1963 hingga 1981, Institut Pendidikan Guru Kampus Gaya diuruskan di bawah pentadbiran Jabatan Pelajaran Sabah pada ketika itu. Namun pada masa ini, Institut Pendidikan Guru Kampus Gaya berada di bawah pentadbiran Kementerian Pendidikan Malaysia. Institut Pendidikan Guru Kampus Gaya yang dahulunya dikenali sebagai Maktab Perguruan merupakan sebuah institusi pendidikan yang melatih bakal-bakal guru. Bakal-bakal guru ini terdiri daripada pelajar Kursus Perguruan Lepasa SPM (KPLSPM), Kursus Perguruan Lepasa Ijazah (KPLI), Kursus Sijil Perguruan Khas (KSPK), Kursus Dalam Cuti (KDC), Kursus dalam Perkhidmatan (KDP), Program Pensiswazahan Guru (PPG), Open University Malaysia (OUM) dan Kursus Pendek Kelolaan Institut (KPKI), Pelajar KPLSPM yang dipilih oleh Bahagian Pendidikan Guru (BPG) untuk kemasukan ke Institut Pendidikan Guru ini telah dipilih berdasarkan proses temuduga dan ujian. Dalam usia 60 tahun ini, pihak Institut Pendidikan Guru Kampus Gaya amat berbesar hati dengan penglibatan dan minat bakal-bakal guru yang sedang berkhidmat di sekolah yang mempunyai jati diri yang tinggi untuk menceburi bidang perguruan. Tahniah kerana anda mempunayi sifat ingin mendidik. Dalam hal ini, wajar saya sebutkan di sini bahawa Institut Pendidikan Guru Kampus Gaya telah melahirkan ramai guru yang berinovatif tinggi dan melaksanakan tanggungjawab mendidik anak bangsa dengan penuh rasa ikhlas serta berdedikasi. Saya percaya pencapaian 60 Tahun ini turut didorong oleh pelbagai sokongan dan inisiatif dari pelbagai sektor sama ada KPM, IPGM,IPG Gaya dan juga masyarakat sekeliling. Kecemerlangan sesebuah organisasi bukan sekadar diukur dengan tercapainya sasaran kerja, tetapi juga dinilai melalui perkhidmatan yang berintegriti dan sumbangannya kepada masyarakat. Jesteru besar harapan saya agar Institut Pendidikan Guru Kampus Gaya terus mengorak langkah, berdiri teguh seiring dengan aspirasi Kementerian Pendidikan dan kerajaan khususnya dalam memartabatkan pendidikan tinggi dan pembangunan modal insan. Akhir kata, saya ingin mengucapkan sekalung terima kasih kepada semua pihak yang telah menjayakan sambutan Jubli Intan 60 Tahun Institut Pendidikan Guru Kampus Gaya. Pohon sirih pohon selasih, Tumbuh merimbun di hujung taman, Kandungan budi junjungan kasih; Kekal cemerlang sepanjang zaman, Sekian, terima kasih. dr. gerturude jock pengarah ipg kampus gaya kota kinabalu, sabah


BUKU PROGRAM Jubli Intan PROGRAM KARNIVAL JUBLI INTAN BI L PROGRAM / AKTIVITI TARIKH / MASA TEMPAT PERASMI / VVIP / VIP 1 Pelancaran Malays ia Book Of Records (MBR) *Berhas rat untuk memecahkan rekod sedia ada selama 168 jam oleh Pengurusan MSU Shah Alam dengan sasaran 1 73 jam* 4 Julai 2023 (Selasa) 2:30 petang - 3:45 petang Dewan Audi tor ium IPGK Gaya VIP / Perasmi Yang Berhormat Datuk I snin bin Aliasnih@L iasnih Pembantu Menter i I Kementer ian Kerajaan Tempatan dan Perumahan Neger i Sabah ( Alumni Maktab Perguruan Gaya ) 2 Perasmian Showcase Educat ing Student s As Agent s4Change In Climate Act ion 6 Julai 2023 (Khami s ) Majli s Penutupan 11:00 pagi - 1:15 petang Dewan Audi tor ium IPGK Gaya VIP / Perasmi Yang Berhormat Datuk Dr . Haji Mohd Ar i f in bin Haji Mohd Ar i f Menter i Sains , Teknologi dan Inovas i Neger i Sabah 3 Perasmian Penutupan Seminar Penyelidikan Pendidikan Per ingkat Kebangsaan Zon Sabah Tahun 2023 (SepZon23) 7 Julai 2023 (Jumaat ) 2:00 petang - 4:00 petang secara hibr id Dewan Audi tor ium IPGK Gaya (majli s penutupan) VIP / Perasmi Yang Berhormat Datuk I r . Shahelmey bin Yahya Timbalan Ketua Menter i III / Menter i Ker ja Raya Neger i Sabah 4 Makan malam Berkilauan Bak Permata Sempena Jubli Intan (Shine Br ight L ike A Diamond) IPG Kampus Gaya 8 Julai 2023 (Sabtu) 7 :00 petang Dewan Audi tor ium IPGK Gaya VVIP Yang Amat Berhormat Datuk Ser i Panglima Haji Hajiji bin Haji Noor Ketua Menter i Sabah


BUKU PROGRAM Jubli Intan PELANCARAN MALAYSIA BOOK OF RECORDS (MBR) NON STOP RELAY FOR 173 HOURS MALAYSIA BOOK OF RECORDS Program berbasikal tanpa henti yang akan dilaksanakan merupakan program julung kali diadakan di Institut Pendidikan Guru Kampus Gaya dan program ini ialah sebahagian daripada usaha ke arah meningkatkan kemenjadian pelajar dan bakal guru yang berkualiti. IPGK Gaya juga akan menjadi pemegang rekod baru bagi program ini Program berbasikal tanpa henti selama 173 jam adalah satu rekod yang melibatkan seramai 30 peserta yang terdiri daripada pelajar IPG kampus Gaya, pensyarah dan staf pentadbiran. Rekod ini, memerlukan setiap peserta mengayuh basikal secara statik dengan menggunakan cycle trainer selama satu jam tanpa henti dan diganti oleh peserta lain dan seterusnya sehingga selesai 173 jam. Purata peserta yang akan mengayuh bagi satu hari adalah selama 6 jam. Selain itu, program ini juga merupakan satu usaha ke arah melahirkan modal insan bakal guru unggul melalui aktiviti yang mencabar dari segi fizikal dan mental. Malah melahirkan guru yang kompeten dan beraspirasi tinggi serta memberikan komitmen komuniti yang padu dengan menjadi contoh kepada yang lain. 4 JULAI 2023 (SELASA) 02:30 petang : Ketibaan wakil Malaysia Books of Record (MBR), Tetamu dan Sidang Media. Ketibaan Yang Berhormat Datuk Isnin bin Aliasnih@Liasnih Pembantu Menteri I Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan Negeri Sabah ( Alumni Maktab Perguruan Gaya ) Gimik Perasmian Penutupan (Pengarah IPG Kampus Gaya, Rektor, Pegawai JPN dan TKPPM menunggang basikal 5 Minit terakhir) Tamat 173 Jam Tetamu, Pegawai-Pegawai dan Peserta Memasuki Dewan Acara Penyerahan dan Menandatangani Sijil Malaysia Books Of Records Majlis Potong Kek sempena Jubli Intan ke-60 IPGK Gaya Sesi Bergambar Sidang media Bersurai


BUKU PROGRAM Jubli Intan SHOWCASE: EDUCATING STUDENTS AS AGENTS4CHANGE IN CLIMATE ACTION SHOWCASE: EDUCATING STUDENTS AS AGENTS FOR CHANGE IN CLIMATE ACTION DEWAN AUDITORIUM IPGK GAYA 6 JULAI 2023 (KHAMIS) Ketibaan pensyarah, pelajar IPG, guru-guru dan murid-murid sekolah. Ketibaan wakil UNICEF dan wakil SIUNG Films Ucapan Selamat Datang Ketua Jabatan Perancangan, Penyelidikan dan Inovasi IPG Kampus Gaya. Nyanyian Lagu Agents4Change (Siung Films) Perkongsian daripada UNICEF Malaysia Pembentangan Lesson Plans daripada 5 orang untuk guru-guru sekolah Lawatan guru-guru dan murid-murid ke reruai pameran 08:15 pagi :


SHOWCASE: EDUCATING STUDENTS AS AGENTS4CHANGE IN CLIMATE ACTION BUKU PROGRAM Jubli Intan 11:00 pagi : Ketibaan pensyarah IPG, Pengetua dan Guru Besar. Ketibaan Pengarah-Pengarah IPG Kampus Zon, Sabah. Ketibaan Pengarah Jabatan Pendidikan Sabah Ketibaan Rektor, IPGM, Cyberjaya Ketibaan Yang Berhormat Datuk Dr. Haji Mohd Arifin bin Haji Mohd Arif Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Negeri Sabah Nyanyian Lagu "Negaraku", "Sabah Tanah Airku" dan "Lagu IPGM" Bacaan Doa Montaj Showcase Educating Students As Agents4Change In Climate Action oleh Siung Films Productions Sdn. Bhd. dan video Agents4Change Ucapan wakil peserta Taklimat Agents4Change oleh YBrs. Pn. Josephine Luping, CEO, Director, Producer and Designer, Siung Films Productions Sdn. Bhd. Ucapan YBrs. Cik Nasha Lee, wakil UNICEF Malaysia Penyampaian sijil kepada 5 sekolah yang terlibat dalam Showcase Educating Students As Agents4Change In Climate Action dan tiga hadiah pemenang ‘like’ terbanyak untuk video clip dan tiga hadiah lesson plan terbaik. Penyampaian cenderamata kepada VIP Ucapan Penutupan Yang Berhormat Datuk Dr. Haji Mohd Arifin bin Haji Mohd Arif Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Negeri Sabah Sesi bergambar Lawatan VIP ke reruai pameran Jamuan Merarau (Makan Tengah Hari) untuk VIP, Pensyarah IPG, Guru-guru Sekolah dan Jemputan Khas


SEMINAR PENYELIDIKAN PERINGKAT KEBANGSAAN ZON SABAH 2023 SEPZONE2023 6 JULAI 2023 (KHAMIS) SECARA HIBRID 7 JULAI 2023 (JUMAAT) Sidang selari 1 Rehat Sidang selari 2 09:00 pagi : 10:15 pagi : 10:30 pagi : BUKU PROGRAM Jubli Intan SEMINAR PENYELIDIKAN PERINGKAT KEBANGSAAN ZON SABAH 2023 SEPZONE2023 08:00 pagi : Pendaftaran Pembentang dan Peserta (Pautan kehadiran akan diberikan semasa seminar) Ucap Utama 1 : YBrs. Dr. Najamuddin Hj. Bachora Pengarah IPG Kampus Tawau Sidang selari 1 Rehat Sidang selari 2 Rehat Sidang selari 3 Rehat Sidang selari 4 Bersurai 08:30 pagi : 09:00 pagi : 10:15 pagi : 10:30 pagi : 12:30 tengah hari : 02:00 petang : 03:00 petang : 03:10 petang : 04:30 petang :


SEMINAR PENYELIDIKAN PERINGKAT KEBANGSAAN ZON SABAH 2023 SEPZONE2023 BUKU PROGRAM Jubli Intan 7 JULAI 2023 (JUMAAT) 02:15 petang : Peserta Mengambil Tempat di Auditorium IPG Kampus Gaya Ketibaan Para Jemputan Ketibaan Tetamu Kehormat Persembahan Sambut Tamu Kotemporari Sabah Nyanyian Lagu Negaraku Nyanyian Lagu Sabah Tanah Air Ku Nyanyian Lagu IPGM Bacaan doa Ucap Utama 2 : YBrs. Dr. Rosli Bin Yacob Rektor Institut Pendidikan Guru Malaysia Pembentangan Resolusi Seminar SepZon23 Ucapan Alu-aluan oleh YBrs. Dr. Gerturude Jock Pengarah IPG Kampus Gaya Ucapan Penutupan oleh Yang Berhormat Datuk Ir. Shahelmey bin Yahya Timbalan Ketua Menteri III / Menteri Kerja Raya Negeri Sabah Pelancaran Buku Terbitan IPG Kampus Gaya Penyampaian Cenderahati Sesi Bergambar Jamuan Ringan & Majlis Bersurai


BUKU PROGRAM Jubli Intan KARNIVAL SUKAN, PAMERAN & PASARIA KARNIVAL SUKAN, PAMERAN & PASARIA 8 JULAI 2023 (SABTU) Kempen Derma Darah Pameran Seni Visual Pameran KYTS (Kolej Teknologi Yayasan Sabah) Pameran Arkib Negara Pameran Jawatankuasa Perwakilan Pelajar Pameran Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan Pameran Hospital Mesra Bukit Padang 20 Gerai Aneka Jualan Busking dan Karaoke Bola Jaring Bola Tampar Futsal Sukaneka Aerodance Memanah Treasure Hunt E-Sports Centre Fashion Show 07:30 pagi :


BUKU PROGRAM Jubli Intan MAKAN MALAM BERKILAUAN BAK PERMATA (SHINE BRIGHT LIKE A DIAMOND) MAKAN MALAM BERKILAUAN BAK PERMATA (SHINE BRIGHT LIKE A DIAMOND) PERSEMBAHAN KONSERT JUBLI INTAN 2023 8 JULAI 2023 (SABTU) 07:00 malam : Tarian Sambut Tamu SK Seri Gaya Kota Kinabalu Ucapan oleh Pengarah IPGK Gaya YBrs. Dr. Gerturude Jock Upacara memotong Reben Ulang Tahun Jubli Intan Tayangan Video Persembahan "Gaya Berkilauan Bak Permata" (Shine Bright Like A Diamond) Bersurai


BUKU PROGRAM Jubli Intan SOROTAN SEJARAH KEILMUAN GAYA 60 TAHUN Gaya Membina Bangsa Pendidik


BUKU PROGRAM Jubli Intan JASAMU DIKENANG PENGETUA DAN PENGARAH Hashim Jasa Pengetua (1972-1973) J.E. Tod Pengetua (1963-1970) Nordin bin Nasir Pengetua (1971) Ahmad Dahan Pengetua (1974-1975) Hj. Hamdan Hj. Abdul Rahman Pengetua (1976-1977) Abu Bakar Don Pengetua (1978-1979) Abdul Aziz bin Abd Kadir Pengetua (1980-1981)


BUKU PROGRAM Jubli Intan JASAMU DIKENANG PENGETUA DAN PENGARAH Datuk Kamal D.E Quadra Pengetua (1987-1999) Datuk Sri Nusa Ahmad bin Thaharuddin Pengetua (1982-1984) Datuk Hjh. Rita T. Jaafar @ Rita Bagong Pengetua (1985-1986) Pengetua/Pengarah (2001-2004) Tuan Abdul Jalil bin Hj Tahir Pengetua (1999-2001) Pengarah (2005) Dr. Gerturude Jock Pengarah (2016-kini) Puan Hjh. Salmah binti Abdullah Pengarah (2006-2016)


BUKU PROGRAM Jubli Intan MENGGAMIT KENANGAN


BUKU PROGRAM Jubli Intan MENGGAMIT KENANGAN


IPG Bermaksud Institut Pendidikan Guru Melambangkan IPG sebagai sebuah institusi yang mendukung tradisi keilmuan. Huruf itu juga bermaksud selain pembacaan, IPG juga menyedia pengalaman berkualiti yang lain sebagai sumber ilmu. Melambangkan bakal guru yang dibangunkan berasaskan Standard Guru Malaysia. Melambangkan guru yang dihasilkan memiliki kualiti yang mampu mengangkat pendidikan sekolah di Malaysia ke taraf dunia. Melambangkan proses pendidikan yang berlaku di IPG untuk menghasilkan guru yang kompeten dan berjiwa pendidik. Warna Biru menjadi warna rasmi IPG. I I P P G G Buku pada huruf "I" Dunia Tiga garis putih Huruf G BUKU PROGRAM Jubli Intan SOROTAN SEJARAH KEILMUAN GAYA LOGO INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA Melambangkan IPG bertanggungjawab membangunkan bakal guru yang kompeten dan berjiwa pendidik. Ta I n P g G an


1963 Logo asal Gaya College 1972 Logo Maktab perguruan Gaya Sesuai dengan dasar penggunan Bahasa Malaysia sebagai bahasa pengantar secara berperingkat di institut ini sehingga 1976, nama Gaya College telah diubah kepada Maktab Perguruan Gaya. BUKU PROGRAM Jubli Intan SOROTAN SEJARAH KEILMUAN GAYA LOGO INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS GAYA 1975 Logo yang digunakan pada Sijil Perguruan Keluaran Maktab Perguruan Gaya 2006 Logo Institut Perguruan Gaya Berlaku pengubahsuaian apabila Maktab Perguruan Gaya dinaik taraf ke Institut Perguruan Gaya. Seterusnya logo tersebut diubah kepada logo baru yang sama bagi kesemua 27 Institut Pendidikan Guru Malaysia.


BUKU PROGRAM Jubli Intan SOROTAN SEJARAH KEILMUAN GAYA LOGO INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS GAYA Lambang asal maktab dengan cogan kata "seperti api menjulang". a) Sains b) Teknologi c) Sastera Sesuai dengan tugas sebagai pelajar maktab yang mempunyai tangungjawab untuk menuntut segala jenis ilmu dan mendalaminya. Melambangkan dharma iaitu kebaktian tulus ikhlas dan usaha guru. Melambangkan perpaduan kaum-kaum di Malaysia. "Demi Ilmu dan Dharma" Roda Mata panah bercantum Paduan antara burung phoenix dan enggang Tiga buah buku Melambangkan perpaduan kaum-kaum di Malaysia. Bintang tiga belas sudut Melambangkan kehormatan Warna


BUKU PROGRAM Jubli Intan SOROTAN SEJARAH KEILMUAN GAYA LAGU MAKTAB PERGURUAN GAYA Demi Ilmu dan juga Dharma Kaulah pembimbing kami semua Tidak kira bangsa agama Hidupmu berbakti berjasa Di bawah bumbungmu Gaya ku Kami memohon doa restu Semoga dilimpahkan ilmu Demi bangsa dan negaraku Kami Putra Putri Maktab Gaya Berkhidmat dengan penuh setia Berkorban berjasa dan berbakti Menjadi guru yang sejati Segala ilmu bakti kau beri Jadi pedoman di hatiku Untuk ditaburkan kembali Semoga bahagia bangsaku. Lagu Maktab Perguruan Gaya yang asal bertajuk "Demi Ilmu dan Dharma" ditulis oleh En. Tarmin Bin Sukirjan, manakala liriknya dicipta oleh En. Sri Nusa Ahmad Taharuddin dan En. Mohd. Hanafi Bin Haji Abdul Manaf pada tahun 1984.


Institut Pendidikan Guru Kami sentiasa bersedia Menjulang etika kerja Berkorban jiwa raga Menjunjung aspirasi Bangsa Negara tercinta Berwibawa berintegriti Keunggulan peribadi Berteraskan keimanan Mendidik anak bangsa Kami bangga menjadi guru Kerjaya dihormati Tidak jemu menimba ilmu Bakti setulus hati dan budi IPG Malaysia berikrar Membentuk guru berkualiti Penyayang berakhlak mulia Mendokong visi misi IPG BUKU PROGRAM Jubli Intan SOROTAN SEJARAH KEILMUAN GAYA LAGU INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA


BUKU PROGRAM Jubli Intan GAYA PEMBINA BANGSA PENDIDIK GAYA PEMBINA BANGSA PENDIDIK Pelajar sedang menjalani latihan mengajar, 1964 Pelajar sedang menyediakan tugasan Geografi, 1964 Gelagat pelajar semasa menjalani latihan mengajar. Gambar-gambar dari Majalah Pendidik 1979. Gelagat pelajar menjalankan aktiviti kokurikulum Soft Ball. Gambar-gambar dari Majalah Pendidik 1979. Pensyarah sedang membuat penilaian Kerja Kursus. ABM opsyen Pengajian Melayu 1989


BUKU PROGRAM Jubli Intan GAYA PEMBINA BANGSA PENDIDIK Melakar kejayaan sebagai Johan Perbarisan (1996). Jawatankuasa Perwakilan Pelajar Maktab Perguruan Gaya telah mencipta sejarah kejayaan dalam perbarisan sempena sambutan Hari Kemerdekaan ke-39 telah menjadi Johan peringkat negeri Sabah. Para pelajar Maktab Perguruan Gaya sangat aktif dalam KAGUM olahraga sejak tahun 2000 lagi. Sinar kejayaan buat Institut Perguruan Gaya. Dr. Rosmawati Hamzah penerima Anugerah Naib Johan Inovasi Peringkat Zon Sabah 2010. Program MBM dan MBI IPG Kampus Gaya.


BUKU PROGRAM Jubli Intan GAYA PEMBINA BANGSA PENDIDIK Johan Pertandingan Forum IPG Piala Menteri Besar Perak Peringkat Kebangsaan di IPG Kampus Ipoh, Perak (2012) Program Senam Robik Lestari sempena Hari Alam Sekitar Sedunia Peringkat IPG Kampus Gaya Penglibatan pelajar sempena perbarisan Hari Malaysia 2014 di Kota Kinabalu Aksi atlet olahraga di KAGUM Olahraga IPG Peringkat Kebangsaan 2013 Puan Yusnaili Salleh dan Cik Norafidah Noralidin penerima Anugerah Penyelidikan Peringkat Kebangsaan Bahagian Pendidikan Guru 2009 Persembahan Kebudayaan dan Kesenian pelajar sempena sambutan Hari Guru Peringkat IPG Kampus Gaya 2014


BUKU PROGRAM Jubli Intan GAYA PEMBINA BANGSA PENDIDIK Pelajar PISMP TESL IPG Kampus Gaya, Santiana Ramli terpilih antara 10 delegasi ASEAN untuk mengikuti Program Japan-East Asia Network of Exchange for Student and Youths selama 10 hari di Jepun. Lawatan Pengantarabangsaan IPG Kampus Gaya ke Singapura Johan Sabah & Sarawak Zone Higher Educational Institutions Public Speaking Competition Johan Pertandingan Mural sempena Hari Landskap Sedunia Peringkat Negeri Sabah 2014 Anjuran Dewan Bandaraya Kota Kinabalu Program Bina Insan Guru (BIG) di Kem Melanggang, Kiulu yang memantapkan peribadi guru. Penyerahan bantuan barangan terpakai, makanan dan wang tunai kepada mangsa banjir anjuran Bulan Sabit Merah Malaysia, IPG Kampus Gaya


BUKU PROGRAM Jubli Intan GAYA PEMBINA BANGSA PENDIDIK Pingat gangsa dalam Pertandingan Amalan Terbaik Pembelajaran Abad ke-21 Peringkat Kebangsaan pada 22-23 Ogos 2016 Majlis Jalinan Pintar IPGK Gaya dengan INDEP Education Foundation (IEF) pada 25 April 2017 Special Olympics Sabah pada 16 Mei 2017 Seminar Antarabangsa Psikolinguistik (SEAPSIL) ke IV anjuran UPM dengan kerjasama IPG Kampus Gaya pada 10-11 Oktober 2017 Gaya Academic Decathlon (GADe) 2017 merupakan program yang dilaksanakan dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Sabah yang melibatkan murid Tahun 6 Program Pengantarabangsaan Pelajar PISMP dalam Smart Partnership Education Forum for Asia-China (EFA) di Beijing, China pada 14-19 Oktober 2017 Membudayakan penyelidikan dalam kalangan pensyarah dan guru-guru sekolah melalui pelaksanaan Kursus Penilaian Program pada 15 Mac 2018.


BUKU PROGRAM Jubli Intan GAYA PEMBINA BANGSA PENDIDIK Majlis Pelancaran Buku dan Perasmian Jubli Intan 2021 Pertandingan Inovasi Pedagogi: Intervensi PdPc (i-IPC) 2018 Peringkat Negeri pada 4-5 April 2018. Pertandingan ini terbuka kepada pensyarah, pelajar dan guru-guru sekolah. Pasukan Inovasi IPG Kampus Gaya berjaya membawa pulang Piala Pusingan, Piala Sri Kandi setelah berjaya menjuarai Pertandingan Inovasi dan Kreativiti Pensyarah dan Pelajar IPG Peringkat Zon Sabah 2018. Kerjasama jalinan pintar Gaya CLEO IPG Kampus Gaya dengan komuniti setempat di Kg. Tudan pada 2-6 April 2018. Seminar Kajian Tindakan Pelajar PISMP Semester 8 di Sabah Oriental Hotel pada 20 April 2018 Tupus Mantad Gaya 2022


BUKU PROGRAM Jubli Intan GAYA PEMBINA BANGSA PENDIDIK Majlis Profesionalisme Bil 1/2022 Majlis Sanjungan Budi Lambaian Kasih Februari 2022 Majlis Penyerahan Bangunan Baharu Program Bubur Lambuk Kejohanan Olahraga Tahunan Kali ke-52 Lawatan Tindak Susul Parlimen oleh Timbalan Menteri Pendidikan


BUKU PROGRAM Jubli Intan GAYA PEMBINA BANGSA PENDIDIK Majlis Sanjungan Budi Lambaian Kasih Mei 2022 Sambutan Hari Guru dan Jamuan Raya Sehati Sejiwa SeGaya 2022 Majlis Perjumpaan Kontinjen Permainan IPGK Gaya MSIPGM Zon Sabah 2022 KOLOPEM Kebangsaan 2022 Naib Johan Sukan Olahraga MSIPGM


BUKU PROGRAM Jubli Intan GAYA PEMBINA BANGSA PENDIDIK Sesi Rendau IPGK Rajang Majlis Profesionalisme Bil 1/2023 Pesta Angpao 2023 Pameran Inovasi dan Bicara Sejarah Perasmian Gaya CLEO 2023 Majlis Sambutan Hari Raya, Pesta Kaamatan & Persaraan En. Lee Chee Huat


BUKU PROGRAM Jubli Intan SOROTAN SEJARAH KEILMUAN GAYA SAMBUTAN ULANG TAHUN Ulang Tahun ke 10 (1963-1973) T.Y.T menyampaikan hadiah kepada Ng Kum Loi, pelajar terbaik 1973. Mengiringi T.Y.T ke Dewan Maktab T.Y.T menyampaikan sijil kepada penuntut lepasan Maktab Gaya ambilan 1971 Ulang tahun ke 10 maktab Gaya telah disambut pada 14 Julai 1973 selama 3 hari berturut-turut dengan meriahnya. Perayaan ini telah dirasmikan oleh Tuan Yang Terutama Yang Dipertua Negeri serta diiringi Yang Berhormat Encik Herman Luping, Pembantu Menteri Penyelarasan. Ulang tahun ke 10 ini menjadi lebih bermakna kerana ini adalah ulang tahun yang sama dengan kemerdekaan Negeri Sabah pada 16 September 1973 menerusi Malaysia.


Logo Ulang Tahun ke 25 Jubli Perak Maktab Perguruan Gaya Pelbagai aktiviti dan acara telah dijalankan sepanjang tahun sempena Ulang Tahun Jubli Perak 1988 Pameran subjek Bahasa Malaysia BUKU PROGRAM Jubli Intan SOROTAN SEJARAH KEILMUAN GAYA SAMBUTAN ULANG TAHUN Ulang Tahun ke 25 Jubli Perak (1963-1988) Pada tahun 1988, Maktab Perguruan Gaya merayakan ulang tahunnya ke 25. Perayaan Jubli Perak Maktab Perguruan Gaya telah dilancarkan pada 4 Julai 1988. Perayaan ini dipengerusikan oleh Encik Khamis Noyo dari Jabatan Pendidikan, Kota Kinabalu, Sabah (beliau merupakan bekas pelajar Gaya College tahun 1963). Sejak tarikh itu pelbagai aktiviti telah dijalankan sama ada yang berbentuk sosial, ilmiah dan kebajikan. Aktiviti-aktiviti untuk menambah tabung kewangan turut diadakan iaitu jogathon, pasaria dan jamuan makan malam


Logo Ulang Tahun ke-50 Jubli Emas (1963-2013) 4 Julai 2013 BUKU PROGRAM Jubli Intan SOROTAN SEJARAH KEILMUAN GAYA SAMBUTAN ULANG TAHUN Ulang Tahun ke-50 Jubli Emas (1963-2013) 4 Julai 2023 Sambutan Ulang tahun Ke-50 Jubli Emas telah diadakan pada 4 Julai 2013 dengan gilang gemilang bermula dengan acara perasmian di Dewan Utama IPG Kampus Gaya. Majlis perasmian disempurnakan oleh Dr. Lee Boon Hua, Timbalan Rektor IPGM diikuti dengan acara karnival jualan, pameran dan makan malam.


Live Concert BUKU PROGRAM Jubli Intan SOROTAN SEJARAH KEILMUAN GAYA SAMBUTAN ULANG TAHUN Ulang Tahun ke-55 Jubli Zamrud (1963-2018) Pada tahun 2018, Institut Pendidikan Guru Kampus Gaya telah merayakan ulang tahunnya ke 55. Pada ketika itu pelbagai aktiviti telah dijalankan sama ada yang berbentuk sosial, ilmiah dan kebajikan. Aktiviti-aktiviti untuk menambah tabung kewangan turut diadakan iaitu jogathon, pasaria dan jamuan makan malam. Logo Ulang Tahun ke-55 Jubli Zamrud (1963-2018)


BUKU PROGRAM Jubli Intan PELAN TRANSFORMASI GAYA BEYOND PELAN TRANSFORMASI GAYA BEYOND 2017-2025 TAHUN FOKUS WARNA TEMA SLOGAN 2016 Lestari Gaya Light Blue Kampus Lestari Gaya Bestari 2017 Deklaton Akademik Gaya Gaya Academic Decathlon Yellow Sports for the Brain 2018 Sambutan Jubli Zamrud Gaya Gaya Emerald Jubilee Green Gaya, the Heart of Teacher Education 2019 Kajian Berasaskan Sekolah School Based research Pink Empowering Leaders Engaging Eternity! 2020 Sains dan Teknologi Science and Technology Platinum The Science of Today is the Technology of Tommorow 2021 Warisan Budaya dan Sukan Cultural and Sports Heritage Gold Gaya, Enriching Our Hearts, Strengthening Our Souls. 2022 Alam Sekitar Environment Lime Green Keep Earth Beautiful 2023 Sambutan Jubli Intan Gaya Gaya Diamond Jubilee Silver & Ocean Blue Shine Bright like a Diamond 2024 Sukan Olimpik Khas Special Olympics Sabah Red Be Brave, Be My Hero! 2025 (70%) Penglibatan Profesional Antarabangsa (70%) International Professional; Participation Purple Gaya, Championing A Learning Legacy


BUKU PROGRAM Jubli Intan SEKALUNG PENGHARGAAN Sekalung Penghargaan Pengarah IPG Kampus Gaya Timbalan Pengarah IPG Kampus Gaya Institut Pendidikan Guru Malaysia Jabatan Pendidikan Negeri Pejabat-pejabat Pendidikan Daerah Guru-guru dan Murid-murid Sekolah yang terlibat Ketua-ketua Jabatan dan Ketua-ketua Unit IPG Kampus Gaya Jawatankuasa Masjid An-Nur IPG Kampus Gaya Semua Pensyarah dan Staf Pengurusan IPG Kampus Gaya Semua Pelajar IPG Kampus Gaya Semua individu yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan Program Jubli Intan IPG Kampus Gaya, Kota Kinabalu Sumber Rujukan Inst i tut Pendidikan Guru Kampus Gaya, Kota Kinabalu.


BUKU PROGRAM Jubli Intan AUTOGRAF Autograf


60 TAHUN Jubli Intan INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS GAYA INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS GAYA PETI SURAT 10491, 88805 KOTA KINABALU SABAH TEL: 088-210646, 088-210979 FAX: 088-217124


Click to View FlipBook Version