The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by alicewss0120, 2022-03-12 23:58:50

TUGASAN E-LEARNING PALS1012-ALICE WONG SZE SZE

EFOLIO

Konsep
5R

Isi Kandungan

123

PENGENALAN KEPENTINGAN LAMPIRAN

PENGENALAN

Pengenalan Konsep 5R

5R ialah singkatan kepada ‘rethink’ (fikir semula), ‘repair’ (baik pulih),
‘reuse’ (guna semula), ‘recycle’ (kitar semula) dan ‘reduce’ (kurangkan).

● RETHINK
Setiap individu harus berfikir sebelum membuang sesuatu. Sama ada
bahan-bahan dapat dikitar semula, diperbaiki atau digunakan semula.
Dengan ini, sampah sarap dapat dikurangkan kerana manusia
mempunyai kesedaran yang tinggi terhadapnya. Kita sebagai
pengguna hendaklah bertindak untuk mengetahui dan mengambil kira
bungkusan produk yang kita beli itu sama ada boleh dikitar semula,
digunakan semula, dibaik pulih jika mengalami kerosakan.

● REPAIR

Untuk membaiki atau memulihkan sesuatu benda, kita harus
memeriksanya dengan teliti. Sesuatu yang telah rosak haruslah
dibawa atau dibuang ke pusat kitar semula. Keadaan ini dapat
mengurangkan pembuangan sisa pepejal ke alam sekitar dan
penggunaan sumber asli dapat dikurangkan.

● REDUCE
Kita harus kurangkan penggunaan sumber asli seperti kayu,
petroluem dan kapas. Sebagai contoh, kerajaan telah menyarankan
rakyat Malaysia untuk berkongsi kenderaan atau menaiki kenderaan
awam ke sesuatu tempat. Keadaan ini dapat mengurangkan
penggunaan petrol di samping mengurangkan pencemaran udara.

● REUSE
Kita boleh menggunakan bahan yang terbuang untuk
menjadikannya sebagai barang lain. Tayar yang telah rosak
boleh dijadikan pasu bunga atau botol yang terbuang boleh
dijadikan tempat meletak alat tulis.

● RECYCLE
Kitar semula merupakan proses barangan lusuh menjadi
produk yang baharu. Dengan ini, kita dapat menjimatkan kos
perbelanjaan dan mengurangkan kuantiti bahan yang perlu
dibuang.

2

KEPENTINGAN
5R

KEPENTINGAN
5R

● Dapat mengurangkan
pencemaran udara dan air

● Masalah pembuangan
sampah dapat dikurangkan

● Menjimatkan kos pelupusan
sampah

● Mengelakkan penggunaan
sumber asli

● Memelihara sumber alam
sekitar

3

LAMPIRAN

LAMPIRAN


Click to View FlipBook Version