KESUSASTERAAN
DAN KEBUDAYAAN
MELAYU
KOD KURSUS: BMMB1104
NAMA PENSYARAH: PUAN NORMI BINTI MOHD DALI
DISEDIAKAN OLEH: MUHAMMAD HAZIQ AIMAN BIN AMRAN
KELAS: F2H
ANGKA GILIRAN: 2021252310151
TAKRIF KESUSASTERAAN MELAYU
● Kesusasteraan ialah satu bentuk ciptaan seni yang disampaikan melalui bahasa. Menurut Siti
Hajar Abdul Aziz (2011) dalam buku Bahasa Melayu 1 edisi kedua, perkataan kesusasteraan
terbentuk daripada perkataan Sanskrit, iaitu susastera yang bermaksud huruf atau buku
indah. Sastera dari segi makna umu bermaksud bahasa yang digunakan dalam kitab-kitab. 01
menurut kamus, kesusasteraan bermaksud hasil seni atau karya tulisan dalam bentuk prosa
atau puisi yang mempunyai ciri-ciri keistimewaan yang tertentu. Seni kesusasteraan pula
ialah seni karang-mengarang bahan-bahan sastera yang berbentuk prosa dan puisi. 02
● Kesusasteraan dalam Bahasa Melayu juga mempunyai maksud yang sama dengan literature 03
dalam Bahasa Inggeris. perkataan literature berasal daripada perkataan literate yang 04
bermaksud huruf atau abjad. Dalam bentuk asalnya, perkataan literature digunakan untuk
tatabahasa dan puisi.
05
06
SAMBUNG…
● Istilah kesusasteraan yang digunakan dalam Bahasa Melayu berasal daripada perkataan Sanskrit, 01
iaitu sastra. Kata dasar sas- bermaksud mengarahkan, mengajar atau memberi petunjuk, manakala 02
-tra merujuk kepada alat. Jadi, sastera bererti alat untuk mengajara. Awalan su- pula bermaksud 03
baik atau indah. Imbuhan ke- dan -an membawa maksud yang menyeluruh iaitu, segala yang 04
tertulis, yang bernilai seni dan estetika serta dengan maksud memberikan panduan, petunjuk dan 05
pengajaran ( Prof Dr Hashim Awang, Artikel akademik, hal 2). 06
● Dalam konteks pendidikan pula, kesusasteraan Melayu ialah karya asal yang tertulis dalam Bahasa
Melayu berunsurkan keindahan dan kehalusan sama ada berbentuk novel, cerpen, drama, sajak,
prosa tradisional atau puisi tradisional bagi menimbangi intelek, rohani, emosi dan jasmani di
samping memaparkan nilai kemanusiaan dan citra masyarakat.
SAMBUNG… 01
02
● Daripada definisi di atas, dapatlah disimpulkan bahawa kesusasteraan Melayu merupakan hasil 03
karya masyarakat Melayu yang mempunyai kata-kata yang indah, memberi mesej dan 04
menggambarkan sesuatau perasaan dan keadaan yang tertentu sama ada mengenai diri sendiri 05
ataupun sekelompok masyarakat. 06
● Sastera juga dianggap sebagai gambaran peribadi berupa pengalaman, pemikiran, perasaan,
idea, semangat ataupun keyakinan dalam bentuk gambaran konkrit yang membangkitkan
keperibadian melalui pengantara bahasa tidak kira sama da bermutu atau tidak bermutu.
JENIS, BENTUK DAN CIRI
Prosa Tradisional Prosa Moden 01
01 -Sastera Rakyat (lisan) dan 02 -Cerpen dan Drama 02
03
Sastera Istana (tulisan) Puisi Moden 04
04 -Sajak 05
Puisi Tradisional 06
03 -Pantun, Gurindam,
Syair dan Seloka
SAMBUNG…
Jenis dan bentuk kesusasteraan mempunyai
pelbagai ragam kerana masing-masing memiliki
unsur-unsur khusus yang membentuk pola secara
berbeza untuk tujuan tertentu. Kesusasteraan
Melayu dari segi jenis dan bentuknya dapat
dibahagikan kepada prosa tradisional, prosa moden,
puisi tradisional dan puisi moden.
PROSA TRADISIONAL 01
02
● Menurut Siti Hajar Abdul Aziz (2011), tradisional bermaksud serius dan abadi nilainya, tertinggi 03
mutunya dan menjadi standard kepada yang lain, mempunyai gaya yang sederhana, mempunyai 04
ciri-ciri yang lazim dan tidak berubah mengikut zaman. Dalam hal ini, prosa tradisional merupakan 05
bentuk kesusasteraan yang masih kekal hingga ke hari ini dan masih menjadi sumber pengetahuan, 06
amalan, pengajaran, sempadan tingkah laku atau sumber atau pengenalan masyarakat Melayu
kepada masyarakat luar.
● Prosa tradisional mempunyai perbezaan dengan sastera lama kerana sastera lama bersifat
sementara. Hal ini kerana, apabila datang yang baharu, maka hilanglah yang lama. Namun, prosa
tradisional dianggap sebagai sastera yang mempunyai sifat yang boleh diwarisi secara
turun-temurun walaupun dari segi jangka masa sastera itu telah lama dihasilkan.
● Prosa tradisional merupakan hasil karya seni yang disampaikan melalui bahasa. Tujuannya adalah
untuk menyatukan falsafah pencipta dan penerimanya pada masa itu. Prosa tradisional terbahagi
kepada dua genre, iaitu sastera rakyat (lisan) dan sastera istana (tulisan).
SAMBUNG…
Sastera Rakyat 01
● Melalui konsep sastera rakyat, sastera ditakrifkan sebagai hasil-hasil kreatif yang termasuk dalamnya 02
daya ciptaan imaginasi pencipta yang mengandungi atau menggambarkan nilai-nilai world view itu 03
sendiri. Masyarakat pula bermaksud kumpulan manusia yang hidup secara berkelompok dan bersifat 04
primitif. Rakyat pula merupakan orang biasa yang hidup kolektif bagi membentuk satu sistem 05
kekeluargaan yang besar. Mereka hidup dalam kumpulan dan mengamalkan nilai kemasyarakatan 06
yang tebal dan berpegang teguh pada corak budaya tradisional. Sastera rakyat merupakan hasil karya
yang disampaikan secara lisan.
● Sastera lisan merupakan ungkapan dari mulut ke mulut, hasil kebudayaan lisan dalam masyarakat
tradisional yang isinya dapat disejajarkan dengan sastera tulisan dalam masyarakat moden.
● Antara ciri sastera rakyat termasuklah sastera rakyat disebar dan diwariskan secara lisan. selain itu,
sastera rakyat juga bersifat tradisional dan lama, iaitu berada dalam sesuatu kebudayaan dalam
tempoh yang lebih lama daripada dua generasi. Sastera rakyat juga wujud dalam variasi yang
berbeza-beza dan ia bersifat anonimi, iaitu menggunakan nama samaran. Sastera rakyat mempunyai
bentuk berpola dengan plot yang hampir sama, mempunyai fungsi tertentu seperti memberi
pengajaran serta penulisannya bersifat sederhana dan spontan.
SAMBUNG…
● Sastera rakyat terbahagi kepada dua kategori, iaitu naratif dan bukan naratif. Sastera naratif pula 01
terbahagi kepada mitos, lagenda dan cerita rakyat manakalan sastera bukan naratif pula terdiri 02
daripada puisi rakyat. 03
04
i) Mitos 05
● Mitos merupakan cerita yang dianggap betul-betul berlaku dan dianggap suci oleh empunya cerita 06
dan masyarakat yang mendukungnya. Mitos mengisahkan kejadian alam semesta, manusia, binatang,
tumbuh-tumbuhan, bentuk muka bumi dan kejadian alam. Tokoh yang terlibat pula terdiri daripada
makhluk halus, dewa atau separuh dewa yang terjadi pada zaman dahulu.
● Antara ciri mitos ialah dianggap benar-benar berlaku, peristiwa yang aneh, tetapi penting, dianggap
keramat dan memberi kesan kepada masyarakat serta berlaku pada zaman lampau.
● Mitos dalam sastera Melayu terdiri daripada tiga jenis, iaitu mitos asal usul, mitos institusi sosial dan
mitos politik. Mitos asal usul terjadi pada zaman lampau. Contoh mitos jenis ini ialah asal usul
kejadian alam, kejadian bentuk-bentuk binatang dan asal kejadian bentuk topografi. Mitos institusi
sosial merupakan cerita yang mengisahkan asal usul sesebuah institusi sosial dalam masyarakat.
Contohnya, mitos kedatangan islam, pendiding diri dan adat berandam.
SAMBUNG…
● Mitos politik merupakan cerita yang berkaitan dengan struktur pemerintahan dan kerajaan. Contohnya, mitos
ini dalam cerita keturunan raja-raja Melayu, mitos penubuhan sesbuah kerajaan seperti Pasai, Melaka dan
Samudera.
ii) Legenda
● Cerita yang dipercayai benar-benar berlaku tetapi tidak dinggap suci. Tokohnya terdiri daripada manusia
yang mempunyai sifat luar biasa. Ciri-ciri legenda termasuklah sejenis komunikasi lisan yang bercorak cerita
berasaskan kisah-kisah tokoh atau pahlawan. Latar masa dan sejarahnya tidak semestinya masa lalu, tetapi
masih ada hubung kait dengan masa silam.
● Terdapat jenis legenda dalam masyarakat Melayu iaitu legenda keagamaan, iaitu cerita mengnai orang alim 01
dan penyebar agama. Tokoh ini memang wujud dan menjadi bualan masyarakat. Sebagai contoh, Habib Noh
dan Tok Kenali. 02
● Selain itu, legenda alam ghaib yang dianggap wujud. Legenda jenis ini berfungsi untuk meneguhkan 03
kebenaran berkaitan dengan sesuatu kepercayaan. Legenda seperti ini berkait dengan pengalaman peribadi
seseorang dan mempunyai unsur tradisional. Contohnya, pengalaman menziarahi ke alam ghaib seperti
dunia hidup orang bunian. 04
● Seterusnya, legenda perseorangan yang berkaitan dengan tokoh-tokoh tertentu yang dianggap sebagai 05
peristiwa yang berkait dengan tokoh tersebut benar-benar terjadi. Contoh, jenis legenda ini ialah tokoh
kepimpinan berkaitan tokoh Hang Tuah dan Tun Perak, tokoh agama seperti Sheikh Omar Basyir dan Pawang 06
Langkat dan tokoh perniagaan seperti Si Tanggang dan Awang Tunggal.
SAMBUNG…
● Legenda tempat turut termasuk dalam jenis cerita-cerita legenda. Malah, legenda ini berkaitan dengan cerita
mengenai asal usul sesuatu tempat di mana nama tempat itu berkaitan dengan nama tokoh atau binatang.
Legenda ini berkait rapat dengan fakta-fakta sejarah tempatan. Contohnya, seperti nama tempat Pekan
Langgar di Kedah dikatakan diambil sempena pelanggaran Siam ke atas Kedah dan Kampung Tok Pasai ialah
nama tempat yang berasal daripada seorang tokoh iaitu Tok Pasai.
● Legenda berunsur tanda-tanda alam atau bentuk muka bumi. Contohnya, Batu Gajah nama tempat yang
diambil sempena bentuk batu yang berupa gajah.
● Legenda tokoh seperti cerita Mahsuri. Cerita ini dianggap benar kerana ruang dan masa berkaitan cerita 01
tersebut dipercayai benar-benar wujud seperti makam Mahsuri yang terdapat di Pulau Langkawi. 02
03
iii) Cerita Rakyat
● Cerita rakyat berbentuk prosa dan tidak dianggap benar-benar terjadi. Cerita ini merupakan sumber hiburan,
menegakkan kebenaran dan megandungi moral atau sindiran.
● Antara jenis cerita rakyat ialah cerita binatang. Cerita ini ditokohi oleh binatang yang mempunyai gambaran
sikap dan tingkah laku seperti manusia. Antara ciri cerita binatang ialah tokoh utamanya ialah binatang yang 04
bersifat serta tingkah laku seperti manusia. Biasanya watak utama binatang bersaiz kecil tetapi cerdik
manakal watak jahat ialah binatang besar tetapi dianggap bodoh. 05
06
SAMBUNG… 01
02
● Cerita penglipur lara atau lipur lara merupakan cerita yang tergolong dalam cerita rakyat. Cerita lipur 03
merupakan cerita yang dituturkan oleh para penglipur lara seperti Tok Selampit, Awang Belanga dan 04
Awang batil. 05
06
● Antara ciri-ciri cerita lipur lara ialah dituturkan secara lisan dari satu generasi ke generasi yang lain
dengan tokok tambah dan ianya menjadi milik masyarakat. Cerita ini juga berfungsi sebagai hiburan dan
pendidikan serta citra sistem masyarakat Melayu tradisional iaitu mendukung ciri tempatan. Contoh
cerita lipur lara ialah Hikayat Malim Dewa, Hikayat Malim Deman dan Hikayat Anggun Cik Tunggal.
● Jenis seterusnya ialah cerita jeneka iaitu cerita yang menimbulkan rasa geli hati dan gembira bagi orang
yang mendengarnya. Antara ciri-ciri jenis ini ialah adanya unsur kebetulan dengan situasi sebenar
sebagai ragam kehidupan manusia. Watak-watak yang digarap ialah mempunyai sifat-sifat tertentu
seperti watak bodoh melalui watak Pak Pandir, watak bodoh sial ialah Pak Belalang. Antara contoh karya
jenis ini ialah Pak Pandir, Pak Belalang, Pak Kaduk dan Lebai Malang.
● Cerita teladan juga dijeniskan sebagai cerita rakyat. Cerita jenis ini mempunyai unsur didaktif serta sarat
dengan unsur moral dan pendidikan. Cerita ini disasarkan kepada kanak-kanak. Antara ciri-ciri cerita
jenis ini ialah watak terdiri daripada manusia biasa yang mengalami suka duka pada permulaan cerita
tetapi mendapat kegembiraan pada pengakhiran cerita. Antara contoh cerita jenis ini ialah Bawang Putih
Bawang Merah dan Batu Belah Batu Bertangkup.
SAMBUNG…
iv) Sastera Istana (tulisan)
Sastera tulisan mula diperkenalkan setelah penerimaan islam pada abad ke-15 dan berkembang dalam istana.
Sastera hikayat terbahagi kepada tiga jenis berdasarkan unsur-unsur yang terdapat dalamnya, iaitu unsur Hindu,
Islam dan Hindu-Islam. Contoh sastera hikayat ialah Hikayat Gul Bakawali, Hikayat seri Rama dan Hikayat Raja
Pasai.
Selain itu, sastera Istana terbahagi kepada empat jenis iaitu sastera undang-undang, sastera epik, sastera Panji 01
dan sastera Agama. Sastera undang-undang dijadikan sebagai bahan kajian tentang sistem pemerintahan, sistem 02
pentadbiran dan susun lapis masyarakat lama. Genre sastera ini terbahagi kepada dua iaitu Adat Temenggung
dan Adat Perpatih. Contoh, sastera undang-undang ialah Hukum Kanun Melaka, Undang-undang Laut Melaka dan
Undang-undang Pahang. Manakala bagi sastera undang-undang Adat Perpatih hanya diamalkan di Negeri
Sembilan sahaja.
Sastera epik disebut sebagai sastera pahlawan dan bersifat sejagat. Satera ini mementingkan ciri kepahlawanan 03
dan keperwiraan yang unggul. Genre sastera ini terbahagi kepada dua jenis, iaitu epik kebangsaan seperti Hikayat
Hang Tuah dan epik berunsur Islam seperti Hikayat Amir Hamzah. 04
Sastera panji merupakan karya yang berkisah pengembaraan, percintaan dan peperangan. Watak utama dikenali
sebagai Panji. Contoh karya ialah Hikayat Cendawan Putih. Akhir sekali, sastera agama yang memfokuskan 05
terhadap cerita-cerita yang menggambarkan kehebatan Nabi Muhammad SAW ketika menyebarkan agama islam
walaupun menghadapi pelbagai cabaran. Buktinya dapat dilihat dalam Hikayat Bulan Berbelah. 06
PROSA MODEN
● Hasil karya sastera selepas tahun 1800 masihi tergolong dalam sastera moden. Pembahagian dari segi masa
ini semata-mata untuk tujuan memudahkan pembaca bagi memahami bentuk dan unsur perbezaan dalam
sastera Melayu. Sebagai contoh, sajak bebas pada hari ini merupakan satu penyimpangan daripada bentuk
puisi lama seperti pantun dan syair. Selain itu, prosa moden terbahagi kepada tiga jenis iaitu:
i) Cerpen
● Cerpen merupakan gabungan dua perkataan, iaitu cerita dan pendek. Cerpen berkembang ketika kegiatan
persuratkhabaran Melayu mencapai zaman kegemilangan sekitar tahun 1930-an.
● Cerpen bukan sahaja menjadi alat yang menggambarkan sikap, perasaan, pandangan dan fikiran pengarang 01
tetapi ia juga memberi gambaran tentang suatu zaman, sama ada berhubung masalah politik, sosial dan
ekonomi.
02
● Cerpen biasanya berkisar mengenai sesuatu kejadian atau peristiwa yang menjadi fokus utama. Selain itu,
cerpen membawa satu tema sahaja dan beberapa persoalan bagi menghasilkan kesan tertentu dan mendalam 03
kepada pembaca.
● Dalam penulisan cerpen, hanya terdapat satu plot sahaja dan plot inilah yang dikembangkan dengan rapi, 04
teliti dan tidak rumit. 05
06
● Pencetusan perasaan dan penyemarakan emosi dalam cerpen dapat menarik minat pembaca bagi merasai
pengalaman yang digambarkan dalam cerpen.
SAMBUNG…
ii) Novel
● Novel merupakan prosa rekaan panjang yang mengandungi sebahagian daripada sebuah kehidupan.
Perkataan novel berasal daripada Itali, iaitu novella yang bermaksud satu benda kecil yang baharu. Novel
mengisahkan kejadian yang berlaku dalam sebahagian kehidupan manusia pada suatu tempat dan masa
tertentu.
● Novel mempunyai tiga faktor utama yang saling berkait, iaitu pengalaman peribadi, realiti rencam hidup 01
dan imaginasi. Selain itu, novel mempunyai dua jenis, iaitu novel bercorak kemasyarakatan seperti Cinta
Gadis Rimba dan Minah Joget Moden dan novel bercorak semangat kebangsaan seperti novel Pahlawan
Rimba Melayu.
iii) Drama 02
● Drama merupakan karya sastera yang dicipta oleh penulis untuk menyampaikan mesej atau pemikiran 03
melalui lakonan serta dialog. 04
05
● Menurut Erwan Juhara (2014), drama merupakan jenis karya sastera yang dibangunkan oleh unsur intrinsik
iaitu satu kesatuan yang membentuk karya secara keseluruhan. Selain itu, terdapat unsur yang mendukung
drama iaitu skrip drama itu sendiri yang menjadi rujukan kepada pengarah.
06
SAMBUNG…
● Pengarah memegang peranan penting bagi menyelaraskan pementasan drama tersebut. Selain itu, pelakon
atau watak yang memegang setiap peranan yang ditulis dalam skrip juga dianggap penting dalam unsur
pementasan drama.
● Pentas dan panggung untuk tujuan pementasan juga penting dalam sesuatu pementasan drama itu.
● Terdapat beberapa unsur yang penting selain daripada unsur skrip drama ialah cahaya, bunyi, pakaian, tata
rias dan penonton merupakan unsur yang penting dalam kesempurnaan bagi pementasan drama.
01
02
03
04
05
06
PUISI TRADISIONAL
● Merupakan genre sastera paling awal bagi semua bangsa di dunia. Masyarakat Eropah menggunakan puisi
untuk meghasilkan dua buah epik. Masyarakat Hindu juga menggunakan puisi untuk melahirkan
Mahabharata dan Ramayana.
● Menurut Harun Mat Piah (1989), antara genre dalam puisi tradisional ialah pantun, syair, gurindam, seloka, 01
talibun, mantera, adat perbilangan, teka-teki, peribahasa, rubai, masnawi dan sebagainya. 02
i) Pantun
● Pantun merupakan kaedah rangkapan yang tertua dan memang asal kepunyaan masyarakat Melayu. Orang
Melayu telah pandai berpantun dan berbalas-balas pantun sesama mereka sebelum kaedah surat menyurat
diperkenalkan. Penciptaan pantun mempunyai beberapa bentuk iaitu dua rangkap, empat rangkap, enam
rangkap, lapan rangkap, sepuluh rangkap dan dua belas rangkap. Pantun mempunyai unsur pembayang
maksud dan maksud.
● Terdapat dua aspek dalam pantun iaitu aspek dalaman dan aspek luaran struktur visualnya. Aspek dalaman 03
pantun mengandungi unsur estetik dan isi iaitu tema serta persoalan. Unsur estetik pantun dapat dilihat
berdasarkan dua aspek iaitu pertama, berkaitan dengan penggunaan lambang-lambang tertentu yang 04
terdapat dalam pantun. Kedua, berdasarkan hubungan makna antara pasangan pembayang sama ada
secara konkrit atau abstrak.
● Bentuk pantun berdasarkan bilangan baris dalam rangkap iaitu pantun dua kerat, pantun empat kerat, 05
pantun enam kerat, pantun lapan kerat, pantun sepuluh kerat dan pantun dua belas kerat. Antara pantun 06
yang popular ialah empat kerat dan dua kerat.
SAMBUNG…
● Ciri-ciri pantun ialah berdasarkan bilangan baris dalam rangkap. Bagi pantun empat kerat baris satu dan
dua merupakan pembayang manakala barik tiga dan empat merupakan maksud. Bilangn perkataan bagi
setiap baris ialah 4 hingga 6 patah perkataan dan bilangan suku kata ialah antara 8 hingga 12. Rima akhir
adalah sejajar iaitu bagi pantun dua kerat ‘a’, ‘a’, manakala bagi pantun empat kerat pula rima akhir
berbentuk ‘a’, ‘b’, ‘a’, ‘b’.
● Jenis pantun dibahagikan mengikut pada fungsi dan kandungan pantun itu sendiri.
ii) Gurindam 01
● Gurindam merupakan satu bentuk puisi Melayu tadisional seperti yang diperkenalkan oleh Raja Ali Haji 02
melalui ‘Gurindam Dua Belas’ yang dicipta pada tahun 1846. 03
● Bentuk gurindam adalah terikat, iaitu terdiri daripada dua baris serangkap yang mengandungi tiga hingga
enam patah perkataan dengan rima akhir ‘a’, ‘a’. Manakala suku kata gurindam dalam sebaris ialah antara 8
hingga 12 suku kata.
● Seuntai gurindam memerlukan beberapa rangkap bagi melengkapi keseluruhan idea. Menggunakan bahasa 04
yang bernas dan serius manakala isinya mengandungi nasihat, pengajaran, kebenaran serta pernyataan
perasaan cinta. 05
06
SAMBUNG…
iii) Syair
● Syair merupakan sejenis puisi berlagu yang dikatakan berasal dari parsi dan telah dibawa masuk ke
Nusantara bersama-sama dengan kedatangan Islam. Syair telah diubahsuaikan mengikut kesesuaian
bahasa Melayu Klasik ketika itu.
● Bentuk konvensional syair Melayu mengandungi empat baris serangkap dengan rima akhir ‘a’, ‘a’, ‘a’, ‘a’. 01
Manakala setiap Baris mempunyai 4 hingga 5 papatah perkataan dan suku kata pula mengandungi 8 hingga 02
12 bagi setiap baris. 03
04
● Dalam setiap baris terdapat satu hentian dan setiap rangkap memerlukan beberapa rangkap yang 05
berurutan bagi memberi idea yang lengkap. Syair merupakan satu pernyataan yang berlarutan contohnya, 06
bagi mengemukakan cerita, kisah, buah fikiran, nasihat dan puji-pujian. Syair mempunyai awalan dan
akhiran.
iv) Seloka
● Istilah seloka berasal daripada perkataan Sanskrit ‘shloka’ yang bermaksud berseloroh, berjenaka atau
menyindir. Seloka mula dikenali di alam Melayu ketika perkembangan Hindu di Asia Tenggara.
● Seloka merupakan satu bentuk puisi tradisional yang bercorak karangan berangkap atau bahasa berirama,
seloka merupakan pepatah, bidalan atau perumpamaan yang mengandungi unsur jenaka, gurau senda,
olakan, ejekan dan sindiran.
SAMBUNG…
● Isi dan mesej seloka sarat dengan sindiran yang berguna untuk dijadikan pengajaran dan teladan oleh
pendengar dan pembaca.
● Seloka Melayu ditulis dalam bentuk terikat iaitu empat baris serangkap seperti pantun seloka tetapi
binaannya lebih mirip dengan pantun dan syair.
● Terdapat juga syair yang ditulis dalam bentuk bebas iaitu setiap barisnya menjadi isi puisi tersebut seperti
seloka Pak Kaduk dan seloka Emak Si Randang.
01
02
03
04
05
06
PUISI MODEN
● Sajak merupakan satu-satunya genre puisi dalam puisi moden. Sajak ialah puisi moden yang lebih bebas
dan yang terikat pada sesuatu pola khusus walaupun ada ketikanya memerikan ciri matra, rima dan rentak.
● Sajak lebih mementingkan keberkesanan pengucapan perasaan melalui pemilihan dan penggunaan
kata-katanya yang saling menumpang dan terjalin mengikut erti serta irama.
● Sajak merupakan suara hati atau luahan perasaan. Sajak lahir daripada jiwa dan perasaan tetapi sajak yang
baik bukan mainan kata semata-mata.
● Sajak terbentuk daripada kata-kata yang terbaik. Kata-kata terbaik merupakan nilai rasa dan nilai erti yang 01
seimbang serta bersifat harmonis antara kata dan maksud. 02
03
● Sajak tidak terikat dengan peraturan seperti pemilihan kata atau diksi, pembentukan rangkap, baris serta
pematuhan rima akhir seperti puisi tradisional.
● Selain itu, ciri puisi Melayu moden adanya nama penulis atau pengarang sebagai pengakuan hak ke atas
sesebuah karya yang dicipta walaupun menggunakan nama samaran. Hal ini berbeza dengan puisi Melayu 04
tradisional yang bersifat kolektif iaitu milik bersama.
05
06
FUNGSI SASTERA MELAYU 01
02
Fungsi kesusasteraan Melayu ini mewujudkan pemikiran yang bijaksana dan akan sentiasa memimpin 03
manusia untuk mencapai kemajuan yang sesuai demi kemaslahatan hidup. Oleh itu fungsi kesusasteraan yang 04
pertama ialah sebagai alat pendidikan. Pengalaman-pengalaman para pengarang yang mereka terjemahkan 05
melalui kisah yang ditulis oleh mereka merangkumi pelbagai aspek seperti ekonomi, politik, sosiologi dan juga 06
agama ini dijadikan sebagai sebuah prosa yang mengandungi unsur pengajaran. Hal ini telah menyebabkan
kesusasteraan Melayu mampu menjadi bahan pendidikan untuk masyarakat di negara kita. Tegasnya, dengan
adanya pendidikan sastera ini ianya dapat mencerminkan kesenian yang terdapat dalam diri masyarakat yang
kreatif kerana mampu mengkaji keindahan karya sastera.
Fungsi sastera Melayu yang kedua pula adalah sebagai instrumen perpaduan. Pengajaran perpaduan
nasional yang ada dalam kesusasteraan Melayu ini telah menjadi matlamat utama dalam pendidikan. Hal ini
kerana menurut Mantan Timbalan Perdana Menteri Malaysia iaitu Tan Sri Muhyiddin Yassin sastera ini ialah
instrumen yang penting bagi mewujudkan semangat kekitaan atau ‘esprit de corp’ dalam kalangan rakyat.
Tujuannya adalah untuk membina sebuah negara dan bangsa yang bersatu padu. Jelaslah bahawa sastera negara
ini amat menekankan nilai perpaduan dan menjadikannya sebagai satu bentuk budaya agar dapat dikongsi
bersama dan menyatupadukan rakyat.
Seterusnya, fungsi sastera yang ketiga ialah sebagai alat kawalan sosial dalam kehidupan harian. Hal ini
dapat dilakukan melalui cerita rakyat umpamanya setiap anggota masyarakat diberitahu tentang perkara yang
boleh dan tidak boleh dilakukan dalam sesuatu perkara. Misalnya, jika seseorang anak itu derhaka kepada ibu
bapanya, anak tersebut akan mendapat malapetaka contohnya Si Tanggang. Walaupun perkembangan masyarakat
yang dipengaruhi oleh pelbagai perubahan cerita rakyat ataupun legenda itu jugalah yang banyak memberikan
pengajaran dalam kehidupan masyarakat.
SAMBUNG… 01
02
Fungsi sastera yang keempat ialah dakwah. Hal ini kerana antara ciri-ciri yang penting yang dapat
membentuk pandangan sastera ialah nilai ijabiyah (positif) dan waqi’iyah (realistik) iaitu mendalami atau menilik
sesuatu dengan caranya. Manakala menurut Siddiq Fadzil 2012 pula sastera di dalam Islam itu perlulah jelas dan
mempunyai ciri seperti waqi’iy, realistik dalam melihat apa adanya. Hal ini kerana melalui prinsip inikah yang
melahirkan pandangan kosmologi yang ampuh dan berakar dari kefahaman nilai yang jelas sekaligus boleh
menggerakkan transformasi kemanusiaan. Oleh itu, cereka Islam ini mementingkan kepentingan serta fungsi
cereka tersebut.
Fungsi yang kelima adalah sebagai medium protes dan kritik sosial. Hal ini kerana sastera merupakan
rakaman kehidupan yang menggali mengenai kehidupan manusia daripada pelbagai dimensi dan sudut
pandangan yang berbeza. Karya sastera ini juga berfokuskan tentang masyarakat, kehidupan dan manusia. Malah
jika dilihat dalam konteks masyarakat yang mempunyai pelbagai susun lapis ini ianya boleh mewujudkan jurang
dalam kalangan masyarakat. Hal ini akan memberi pengaruh yang besar dalam tindakan dan adab susila sama ada
untuk menegur, mengkritik atau menyampaikan mesej.
03
04
05
06
MANIFESTASI AKAL BUDI PANTUN
● Pantun tidak wujud dalam kekosongan atau vakum. Pantun
merupakan manifestasi terbaik seni sastera orang Melayu.
Oleh itu, menerusi pantun dapat dikaji struktur sosial bangsa
Melayu lama, akal budi, sekap, pemikiran, aktiviti kehidupan
dan falsafah hidup yang mereka anuti. Selain itu, pantun juga
digunakan untuk menyampaikan pemikiran dan perasaan
seseorang
MANIFESTASI AKAL BUDI PANTUN
Pantun dua kerat Melalui pantun dua kerat ini pada pembayang 01
“hitam-hitam pucuk kawa” pengarang ingin menyatakan 02
Hitam-hitam pucuk bahawa walaupun pucuk kawa itu kelihatan hitam tetapi ia 03
kawa, tetap dimakan kerana ia mempunyai kemanisan yang 04
Sungguh hitam tersimpan didalamnya. Oleh itu, pengarang 05
dipandang lawa. mengkaitkannya dengan kehidupan seharian manusia 06
seperti maksud “sungguh hitam dipandang lawa” yang
dimana setiap orang mempunyai kelebihan dan juga
kekurangan, jika kekurangannya dari segi paras rupa ia
dapat ditutup dengan kebolehan yang ada seperti pandai
dalam pelajaran dan mempunyai akhlak yang baik. Akhir
sekali, manifestasi saya ialah setiap orang dapat
mengatasi terhadap kekurangan yang dimiliki kerana
kekurangan yang ada pada kita hari ini hanya sementara
sahaja.
MANIFESTASI AKAL BUDI SYAIR
● Syair merupakan bentuk puisi tradisional ciptaan dan kepunyaan
orang Melayu yang mendapat pengaruh Arab dan Parsi. Syair
dikatakan berasal daripada puisi Arab iaitu sy’ir tetapi bentuk syair
Melayu berbeza dengan bentuk syair Arab. Selain itu, dalam puisi
Melayu tradisional, bentuk syair diperkenalkan oleh Hamzah
Fansuri pada abad ke-16 dengan tujuan mengajarkan Islam.
MANIFESTASI AKAL BUDI SYAIR
Melepaskan hati yang terbuku, Manifestasi bagi syair ini pula ialah pengarang 01
pengajaran kepada sekalian anakku, membuat kiasan tentang nasihat seorang ayah kepada 02
mudah-mudahan betul tingkah dan laku, anak-anaknya dengan harapan anak-anaknya dapat 03
perangai yang baik biar terpaku. menjaga tingkah laku apabila sudah dewasa nanti dan 04
berharap anak-anaknya akan menjadi insan yang 05
Dengarkan tuan ayahanda berperi, berakhlak mulia kerana seorang insan yang baik adalah 06
kepada anakanda muda bestari, insan yang berakhlak mulia dan terpuji. Pada rangkap
nasihat kebajikan ayahanda beri, dua pula pengarang membuat kiasan seorang ayah
amalkan jangan malas dan ngeri. menasihati anak-anaknya supaya tidak bersikap malas
dalam menuntut ilmu atau apa-apa sahaja kerana
seorang ayah tidak mampu melihat anaknya berada
dalam keadaan yang susah atau sukar untuk
menempuhi kehidupan sebenar. Oleh itu, sebagai
seorang anak yang baik kita mestilah mendengar dan
menuruti apa yang dinasihati oleh ayah dan jangan
bersikap malas kerana orang yang bersikap malas akan
rugi dalam apa sahaja sebagai contoh, dalam pelajaran
dan kejayaan yang akan dikecapi dengan cemerlang.
MANIFESTASI AKAL BUDI SELOKA
SELOKA Manifestasi akal budi masyarakat Melayu yang terdapat 01
dalam seloka ini ialah pengarang menyindir individu 02
Katakanlah kau ada … yang bersikap boros atau tidak berjimat cermat dengan 03
Emas bertimbun, apa yang dimiliki. Sikap boros ini haruslah ditinggalkan 04
Ataupun beras beguni, berkampit, berkarung, kerana orang yang bersikap boros akan selalu rugi 05
Wang penuh di gedung, padat di kantung. dalam apa keadaan. Hal ini dibuktikan dengan “Tetapi 06
Tetapi jika ditabur habur, diborosi, jika ditabur habur, diborosi, Semuanya segera juga akan
Semuanya segera juga akan habis pergi. habis pergi” pada rangkap ini pengarang menerangkan
Walaupun beras, tak terbilang ulasnya, bahawa jika kita mempunyai emas bertimbun atau beras
Akan timpas juga, tak tinggal sebiji. berguni-guni tetap akan habis jika kita bersikap boros.
Begitulah tetap akan akibatnya, Ini kerana sikap berjimat cermat tidak di didik sejak dari
Kalau bersifat boros dan habur; kecil oleh ibu bapa sehingga hadirnya sikap boros dalam
Jimat cermat sahaja akan ubatnya, diri. Oleh itu, kita mestilah memupuk sikap berjimat
Jika tak mahu harta terkubur. cermat dalam diri kerana sikap boros ini tidak disukai
Bidal Melayu sedia berkata: oleh masyarakat dan juga Allah SWT.
“Nak kaya berdikit-dikit,
Nak ramai bertabur urai”;
Masa mewah ramai, sudah papa keseorangan.
MANIFESTASI AKAL BUDI GURINDAM
Apabila terpelihara mata, Manifestasi akal budi gurindam pula ialah jika dari segi 01
Sedikitlah cita-cita. pemikiran penulis ingin pembaca sentiasa menjaga anggota 02
Apabila terpelihara kuping, badan. Hal ini kerana, anggota badan merupakan merupakan 03
Khabar yang jahat tiadalah damping. anugerah yang diberikan daripada Allah SWT kepada 04
Apabila terpelihara lidah, umatnya. Selain itu, penulis juga ingin memberi peringatan 05
Nescaya dapat daripadanya faedah. kepada pembaca supaya menjaga nafsu makan kerana jika 06
Bersungguh-sungguh engkau memeliharakan seseorang itu gagal mengawal nafsu makannya ia akan
tangan, menerima banyak perkara yang memudaratkannya. Dalam
Daripada segala berat dan ringan. pada masa yang sama, penulis juga ingin mengingatkan
Apabila perut terlalu penuh, kepada pembaca jika kita mengawal percakapan dengan baik
Keluarlah fiil yang tidak senonoh. maka kita dapat menghindari dari perkara yang negatif seperti
Anggota tengah hendaklah ingat, mengumpat dan berbual kosong. Dari aspek pertuturan pula
Di situlah banyak orang yang hilang semangat. penulis menggunakan bahasa yang indah bagi menarik minat
Hendaklah peliharakan kaki, dan juga dapat difahami dengan baik oleh pembaca. Dari segi
Daripada berjalan yang membawa rugi. gaya hidup masyarakat pada hari ini juga menitikberatkan
tentang penjagaan anggota badan dari disalah gunakan.
Contohnya, masyarakat Melayu menggunakan anggota badan
dengan baik ketika melakukan sesuatu perkara.
SUMBER RUJUKAN 01
02
Abdul Aziz (2011). Pantun dan Kebijaksanaan Akal Budi Melayu. Dewan Bahasa dan Pustaka. 03
04
Azman Rahmat, Mohd Nazri Zainuddin, Shamsudin Abu Bakar, Abdul Rani Hassan & Hasnah 05
Awang (2022). Pengenalan kesusasteraan & kebudayaan melayu. Pustaka Al-Ehsan. 06
Harun Mat Piah (1989). Puisi Melayu Tradisional. Dewan Bahasa dan
Pustaka.
Muhd Norizam Jamian & Shaiful Bahri Md Radzi (2015). Kesusasteraan melayu tradisional
sebagai wadah komunikasi massa : suatu analisis. Jurnal komunikasi. (2), 183-194.
http://journalarticle.ukm.my/10011/1/V31_2_12.pdf.
Md Hasri Rajali (2013). Keunikan dan keistimewaan kesusasteraan. Pusat Pengajian Ilmu
Kemanusiaan. https://www.academia.edu/8060073/KESUSASTERAAN_MELAYU.
Siti Hajar Abd. Aziz (2011). Bahasa Melayu 1. Oxford Fajar Sdn. Bhd.
Abdul Aziz (2011). Pantun dan Kebijaksanaan Akal Budi Melayu. Dewan Bahasa dan
Pustaka.
Azman Rahmat, Mohd Nazri Zainuddin, Shamsudin Abu Bakar, Abdul Rani Hassan &
Hasnah Awang (2022). Pengenalan kesusasteraan & kebudayaan melayu. Pustaka
Al-Ehsan.
Harun Mat Piah (1989). Puisi Melayu Tradisional. Dewan Bahasa dan
Pustaka.
Muhd Norizam Jamian & Shaiful Bahri Md Radzi (2015). Kesusasteraan melayu
tradisional sebagai wadah komunikasi massa : suatu analisis. Jurnal komunikasi. (2),
183-194. http://journalarticle.ukm.my/10011/1/V31_2_12.pdf.
Siti Hajar Abd. Aziz (2011). Bahasa Melayu 1. Oxford Fajar Sdn. Bhd.
SEKIAN 01
TERIMA 02
03
KASIH 04
05
06