The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

FINAL BUKU HALATUJU POLISI TATACARA PENGKOMERSIALAN POLITEKNIK DAN KOLEJ KOMUNITI 16.7.2021

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by wizni, 2022-09-07 05:23:45

FINAL BUKU HALATUJU POLISI TATACARA PENGKOMERSIALAN POLITEKNIK DAN KOLEJ KOMUNITI 16.7.2021

FINAL BUKU HALATUJU POLISI TATACARA PENGKOMERSIALAN POLITEKNIK DAN KOLEJ KOMUNITI 16.7.2021

HALA TUJU, POLISI DAN TATACARA PENGKOMERSIALAN DI
POLITEKNIK DAN KOLEJ KOMUNITI

JABATAN PENDIDIKAN POLITEKNIK DAN KOLEJ KOMUNITI
KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI

Terbitan Pertama 2020

© Hakcipta terpelihara. Tiada mana-mana bahagian daripada buku ini yang boleh disiar – terbitkan semula dalam sebarang
bentuk dan dengan apa cara sekalipun termasuklah elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman dan sebagainya tanpa
mendapat izin bertulis daripada Penerbit dan Pemilik Hakcipta Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti.

HALA TUJU, POLISI DAN TATACARA PENGKOMERSIALAN +603-8891 9000
DI POLITEKNIK DAN KOLEJ KOMUNITI +603-8891 9300
[email protected]
eISBN 978-967-2243-86-1
http://www.mypolycc.edu.my
Diterbitkan oleh :

Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti
Kementerian Pengajian Tinggi
Aras 7, Galeria PjH, Jalan P4W
Persiaran Perdana, Presint 4
62100 Putrajaya

SIDANG REDAKSI

Penaung : Ts. Zainab binti Ahmad
Penasihat I : Dr. Zubaidah binti Aman
Penasihat II : Dr. Ishak bin Mohamad
Editor : Ts. Dr. Mohd Norhadi bin Muda (Ketua)
: Saifulnizam bin Zakariah
Penulis : Mahathir bin Mohamad Kamin
: Mohd Nafiz bin Mohd Nazly (Ketua)
Pereka Grafik : Ir. Ts. Dr. Ahmad Azlan bin Ab Aziz
: Saasobah@Noradibah binti Ali
: Faridah binti Che In
: Nurhidayah binti Hassan
: Elmiza binti Roslan (Ketua)
: Mohd Khairul Nizam bin Markaban

ISI KANDUNGAN

KATA ALUAN PENAUNG i TATACARA PENGKOMERSIALAN 33
PRAKATA PENASIHAT I Ii PENGENALAN 34
PRAKATA PENASIHAT II iii TATACARA UMUM 35
RINGKASAN EKSEKUTIF 1 BAB 1 : JPPKK/PPI 37
PENGENALAN 2 BAB 2 : INSTITUSI 39
VISI & MISI 3 BAB 3 : KEWANGAN 41
RASIONAL 4 BAB 4 : PERJANJIAN 44
DEFINISI 5 TATACARA TEKNIKAL 46
PELAN STRATEGIK PENGKOMERSIALAN 7 BAB 1 : KERTAS KERJA 48
2021 – 2030 BAB 2 : INVENTION DISCLOSURE FORM 50
POLISI PENGKOMERSIALAN 14 BAB 3 : VALIDATION 52
BAB 1 : HALA TUJU 17 BAB 4 : PEMILIKAN HARTA INTELEK 54
BAB 2 : PUNCA KUASA 20 BAB 5 : ANALISIS DAN PEMBANGUNAN
BAB 3 : SASARAN 23 56
BAB 4 : PERLINDUNGAN DAN PELAN PERNIAGAAN
27 BAB 6 : PENGURUSAN AKAUN AMANAH DAN 60
PENGIKTIRAFAN 30
BAB 5 : GOVERNAN PECAHAN BAYARAN ROYALTI
BAB 6 : PRODUK DAN PERKHIDMATAN BAB 7 : PENGILANGAN

KATA ALUAN PENAUNG

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera

Syukur ke hadrat Allah SWT atas limpah kurnia-Nya, buku Hala Tuju, Polisi dan Tatacara Pengkomersialan di
Politeknik dan Kolej Komuniti dapat dihasilkan dengan jayanya. Saya mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan
dan syabas kepada Pusat Penyelidikan dan Inovasi di atas usaha yang dedikasi bagi menerbitkan buku ini.

Pengkomersialan produk inovasi bagi Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) memerlukan satu
proses yang berstruktur dan kompleks bagi memastikan pengkomersialan produk dan perkhidmatan yang
dihasilkan mempunyai jangka hayat yang panjang di pasaran. Justeru, Hala tuju, Polisi dan tatacara
Pengkomersialan dapat dijadikan sebagai satu rujukan dan sumber utama kepada pihak Jabatan Pendidikan
Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK), institusi, perekacipta dan pihak luar. Selain daripada itu, buku ini juga
bertujuan membantu dan mengekalkan kualiti pengurusan institusi, produk dan perkhidmatan yang dikomersialkan
serta pihak berkepentingan dalam perlaksanaan aktiviti pengkomersialan.

Akhir kata, saya amat berharap agar buku ini dapat dimanfaatkan sepenuhnya dan digunakan sebagai panduan
perancangan, pelaksanaan, pemantauan dan pelaporan aktiviti pengkomersialan bagi menaikkan imej politeknik
dan kolej komuniti ke tahap yang lebih tinggi seiring dengan keperluan sistem pendidikan TVET Malaysia.

Sekian, terima kasih.

Ts. Zainab binti Ahmad
Ketua Pengarah
Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti
Kementerian Pengajian Tinggi

i

KATA ALUAN PENASIHAT I

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera

Saya merakamkan ucapan tahniah kepada Jawatankuasa Penerbitan buku Hala Tuju, Tatacara Pengkomersialan
kerana berjaya menghasilkan satu dokumen yang komprehensif sebagai rujukan utama dalam aktiviti
pengkomersialan politeknik dan kolej komuniti. Penyelidikan gunaan dan pembangunan inovasi yang berstruktur
merupakan langkah pertama perancangan ke arah merealisasikan aktiviti pengkomersialan secara efektif.
Panduan dan rujukan utama dalam polisi dan tatacara ini boleh membantu institusi dan perekacipta bagi
merancang dan melaksanakan aktiviti ini secara berfasa dan konsisten.

Pembangunan produk yang dihasilkan melalui idea kreatif pensyarah dan pelajar merupakan salah satu sumber
utama dalam pemilihan produk yang berpotensi untuk dikembangkan melalui pengkomersialan. Justeru, hala tuju
polisi dan tatacara ini adalah kesinambungan daripada penerbitan Garis Panduan Pembangunan Produk Inovasi
dan Pembangunan Harta Intelek (IP). Sehubungan dengan itu, penerbitan ini membolehkan pihak institusi
merancang dan melaksanakan aktiviti pengkomersialan secara berfokus dan selari dengan matlamat Jabatan.

Akhir kata, saya berharap seluruh warga di bawah Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti dapat
mencurahkan idea, kreativiti dan komitmen dalam menjayakan aktiviti pengkomersilan dan seterusnya aktiviti
pengkomersialan dapat dijayakan mengikut acuan sistem pendidikan polliteknik dan kolej komuniti.

Sekian, terima kasih.

Dr. Zubaidah binti Aman
Timbalan Ketua Pengarah (Perancangan)
Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti
Kementerian Pengajian Tinggi

i

PRAKATA PENASIHAT II

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera

Alhamdulillah setinggi–tinggi kesyukuran dipanjatkan kepada Allah SWT kerana buku Hala Tuju, Polisi dan Tatacara
Pengkomersialan di Politeknik dan Kolej Komuniti dapat dihasilkan dengan jayanya seiring ke arah pengkomersialan
produk dan perkhidmatan. Setinggi-tinggi penghargaan dan syabas diucapkan kepada Pusat Penyelidikan dan Inovasi
serta Jawatankuasa Penerbitan di atas usaha merealisasikan penerbitan buku ini.

Hala tuju, Polisi dan Tatacara Pengkomersialan di Politeknik dan Kolej Komuniti merupakan panduan tindakan asas
perancangan dan perlaksanaan. Panduan ini menjadi asas kepada Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti
(JPPKK), politeknik dan kolej komuniti dalam menguruskan aktivtiti pengkomersialan secara fokus dan konsisten. Selain
daripada itu, perekacipta dapat menguruskan pengkomersialan dalam aspek perlindungan, insentif serta pemilikan harta
intelek melalui perincian polisi dan tatacara.

Justeru, penerbitan buku ini diharapkan agar dapat diaplikasikan sepenuhnya dan menjadi panduan yang berguna
kepada semua pihak yang terlibat dengan aktiviti pengkomersialan seterusnya dapat meningkatkan aktiviti
pengkomersialan politeknik dan kolej komuniti sebagai peneraju Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional
(TVET).

Sekian, terima kasih.

Dr. Ishak bin Mohamad
Pengarah
Pusat Penyelidikan dan Inovasi
Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti
Kementerian Pendidikan Malaysia

ii

RINGKASAN EKSEKUTIF PROSES
TUJUAN
PENGENALAN

HALA TUJU DAN POLISI Buku Hala Tuju, Polisi dan Tatacara ini merupakan satu peraturan
standard bagi menyelaraskan aktiviti pengkomersialan sebagai satu
Hala tuju ialah sesuatu yang ingin dicapai dan dilaksanakan oleh garis panduan yang menyeluruh kepada semua yang terlibat di bawah
perekacipta, organisasi dan jabatan bagi aktiviti pengkomersialan. Hala JPPKK, institusi dan perekacipta. Selain daripada itu, tujuan buku ini
tuju merujuk kepada pelan strategik Pengkomersialan Politeknik dan juga adalah untuk meningkatkan kecekapan yang lebih efektif dalam
Kolej Komuniti 2021-2030 yang melibatkan empat fasa (4) iaitu perlaksanaan tugas dan tanggungjawab aktiviti pengkomersialan ke
pendedahan (2021-2022), pembudayaan (2023-2024), peningkatan arah lebih holistik.
(2025-2026) dan pemerkasaan dan kecemerlangan (2027-2030). Polisi
adalah penentuan hala tuju, prosedur serta tanggungjawab untuk KEPERLUAN Memudahkan tugasan,
menjelaskan peranan dalam menjalankan aktiviti pengkomersialan. proses yang lengkap dan
batasan penyelarasan
TATACARA aktiviti pengkomersialan
yang lebih produktif.
Dokumen yang mengandungi satu arahan bertulis yang perlu dipatuhi
oleh semua pihak yang terlibat dalam aktiviti pengkomersialan. RUMUSAN Rujukan utama JPPKK,
Dokumen ini menjelaskan perincian dan standard yang ditetapkan institusi dan perekacipta yang
dalam aktiviti pengkomersialan politeknik dan kolej komuniti. Memperjelaskan secara boleh memberi kesan positif
terperinci proses yang perlu seperti meningkatkan imej
Hala tuju dan perancangan aktiviti PPRROOSSEESS dipatuhi bagi menjamin institusi, menjana pendapatan
pengkomersialan adalah bermula kelancaran penghasilan secara berterusan dan berlaku
daripada punca kuasa Jabatan produk dan perkhidmatan proses pemindahan teknologi
Pendidikan Politeknik dan Kolej yang dikomersialkan. dan pengetahuan.
Komuniti.

PROSESPerincian perancangan, perlaksanaan, pemantauan dan pelaporan Memastikan segala peraturan dan ketetapan dalam aktiviti
bagi setiap proses pengkomersialan dilaksanakan mengikut
merupakan satu inisiatif politeknik dan kolej komuniti bagi mengurus standard.
aktiviti pengkomersialan secara berstruktur ke arah menjadi lebih
komprehensif dan efisien.

1

PENGENALAN Sumber utama untuk merealisasikan aktiviti
pengkomersialan adalah kreativiti pensyarah dan
Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti, Kementerian pelajar melalui pembangunan produk dan perkhidmatan
Pengajian Tinggi mempunyai kekuatan 36 politeknik dan 104 inovasi yang berstruktur dan memenuhi keperluan
kolej komuniti seluruh Malaysia yang boleh menyumbang ke arah kriteria permintaan pasaran. Justeru, sumber ini adalah
pembangunan produk dan perkhidmatan yang mempunyai ciri aset utama produk dan perkhidmatan yang berpaksikan
solution provider yang berpotensi untuk dikomersialkan. TVET.

Sistem Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) Kejayaan aktiviti pengkomersialan produk TVET
merupakan salah satu aliran pendidikan yang berperanan menggambarkan kejayaan proses pemindahan
membentuk individu yang mempunyai kemahiran teknikal yang teknologi yang berfokus dan memberi impak
diperlukan oleh pihak industri, komuniti dan agensi. Salah satu kepada pembangunan ekonomi, masyarakat dan
matlamat pendidikan TVET adalah melahirkan individu yang negara.
mempunyai kemahiran dalam penyelidikan gunaan, pembangunan
produk inovasi dan pengkomersialan. Matlamat ini perlu Oleh yang demikian, buku Hala Tuju, Polisi dan
direalisasikan melalui penghasilan produk dan perkhidmatan yang Tatacara pengkomersialan ini diharapkan dapat
berpotensi untuk dikomersialkan secara holistik. diaplikasikan secara berstruktur mengikut
keperluan dan kehendak institusi yang
Sehubungan itu, keperluan pembangunan Hala Tuju, Polisi dan Tatacara merancang dan melaksanakan aktiviti
pengkomersialan secara holistik kepada politeknik dan kolej komuniti pengkomersialan secara berterusan.
dilihat sebagai langkah pertama sebelum mempraktikkan aktiviti
pengkomersialan secara optimum. Perancangan dan pelaksanaan aktiviti
penyelidikan, pembangunan inovasi dan pengkomersialan institusi di
bawah JPPKK memerlukan satu panduan yang jelas bagi
memperkasakan aktiviti ini.

2

VISI & MISI VISI Membudayakan aktiviti
MISI pengkomersialan ke
 Menyediakan platform arah produktiviti sistem
pengkomersialan TVET di politeknik dan
berpaksikan TVET di kolej komuniti.
politeknik dan kolej
komuniti.

 Memperkasakan
warga politeknik dan
kolej komuniti ke arah
kefahaman dan
pelaksanaan
pengkomersialan

3

RASIONAL 3 PERAKUAN
Menyediakan perakuan dan
PANDUAN DAN RUJUKAN peraturan untuk mengoptimumkan
pencapaian atau perolehan
1 Sebagai panduan dan rujukan penilaian.
utama kepada warga JPPKK,
politeknik dan kolej komuniti dalam
merancang, melaksanakan,
memantau dan melapor aktiviti
pengkomersialan.

2 LIMITASI

Sebagai batasan aktiviti pengkomersialan mengikut
acuan dan kemampuan politeknik dan kolej komuniti
dalam merancang, melaksanakan, memantau dan
melapor aktiviti pengkomersialan.

4

DEFINISI ISTILAH
PENERANGAN
ISTILAH

AKAUN AMANAH Akaun yang ditubuhkan untuk mengakaunkan caruman wang yang diamanahkan kepada Kerajaan untuk digunakan bagi tujuan
AKTA pengkomersialan.
HALA TUJU
Undang-undang tentang sesuatu hal yang telah diluluskan oleh Parlimen sebagai peraturan dan perundangan tertentu.
HARTA INTELEK
Sesuatu yang ingin dicapai dan dilaksanakan oleh organisasi atau institusi berasaskan kepada hala tuju yang ditetapkan. Hala tuju
INVENTION DISCLOSURE FORM (IDF) merujuk kepada pelan strategik Pengkomersialan Politeknik dan Kolej Komuniti 2021-2028.
KERTAS KERJA
KOLABORASI Perihal memiliki ciptaan yang diperoleh dari akal fikiran termasuk hasil kerja sastera dan seni, simbol, nama, imej dalam pelbagai
KONSULTASI bentuk, sama ada gambar atau lukisan dan reka bentuk yang digunakan di dalam perdagangan atau perniagaan.
KONTRAK
KONTRAK PENGILANGAN Borang pendedahan ciptaan adalah dokumen berkaitan maklumat asal produk dan perkhidmatan bagi dibuat rujukan awal dalam
PEKELILING sesuatu penghasilan.
PEMASARAN Makalah bertulis yang mengandungi perbincangan mengenai sesuatu persoalan dan cadangan tertentu.
PENGIKTIRAFAN Kerjasama atas satu persetujuan bersama antara institusi (melibatkan perekacipta) dan pihak ketiga.
PENGKOMERSIALAN Memberi khidmat nasihat dan bertukar-tukar fikiran melalui perbincangan dua pihak bagi tujuan mencari cadangan penyelesaian
PENILAIAN yang komprehensif berkaitan aktiviti pengkomersialan.
Dokumen perjanjian bertulis mengenai komersial dan urus niaga antara dua pihak yang dipersetujui bersama dan ditandatangani
secara perundangan.

Dokumen perjanjian bertulis berkaitan pengilangan antara dua pihak.

Dokumen rasmi berkenaan peraturan dan perundangan yang diedarkan kepada pengetahuan umum dan wajib diikuti sebagai
amalan berterusan khususnya berkaitan pengkomersialan.
Perbuatan atau hal memasarkan sesuatu produk atau perkhidmatan.

Perbuatan atau hal mengiktiraf, memperakui sesuatu penerimaan pengakuan dan kebenaran berkaitan aktiviti pengkomersialan.

Produk atau perkhidmatan yang telah didaftar hak milik secara eksklusif melalui perundangan dengan menjana pendapatan secara
berterusan melalui proses pemasaran dan jualan, ia memberi manfaat kepada pihak yang disasarkan.

Perbuatan atau hal menilai penaksiran bagi membuat sesuatu cadangan dan keputusan.

5

DEFINISI PENERANGAN

ISTILAH Dokumen yang menerangkan secara terperinci berkenaan dengan perihal sesebuah perniagaan termasuk pelan awal, keperluan modal,
rancangan pemasaran, jualan dan unjuran keuntungan.
PERANCANGAN PERNIAGAAN
PEREKACIPTA Individu atau kumpulan yang mempunyai idea, merekacipta dan membangunkan produk dan perkhidmatan untuk dikomersialkan.
PERJANJIAN
PERKHIDMATAN Hal atau perbuatan berjanji (bersetuju) antara dua pihak tentang sesuatu terma melalui satu dokumen yang diperakui sah.

PERLINDUNGAN Merupakan kerja yang dilakukan oleh individu atau sekumpulan dengan memberi perkhidmatan berkaitan kemahiran dan kepakaran yang
bermanfaat kepada pelanggan.
PIHAK KETIGA
PRODUK Pendekatan yang digunakan untuk menghalang pihak luar menyalahgunakan produk dan perkhidmatan serta bertukar hak milik daripada
POLISI perekacipta,institusi, produk dan perkhidmatan daripada diubah atau dipadam secara sengaja atau tidak sengaja

POLISI PENGKOMERSIALAN Pihak yang tidak terlibat dengan mana-mana institusi di bawah JPPKK seperti pihak industri, agensi kerajaan, badan berkanun, pertubuhan,
MOSTI pihak luar dan sepertinya.
PUNCA KUASA
Sesuatu bentuk reka cipta yang dikeluarkan oleh institusi dan mempunyai proses pembuatan untuk tujuan dipasarkan dan dikomersialkan.
ROYALTI
SASARAN Dokumen bertulis mengenai rancangan tindakan yang telah dipersetujui secara rasmi sebagai asas untuk membuat atau melaksanakan
TADBIR URUS sesuatu keputusan di dalam perlaksanaan aktiviti pengkomersialan.

TATACARA Dokumen bertulis sebagai rujukan dan panduan untuk merancang dan melaksanakan sesuatu aktiviti pengkomersialan yang diguna pakai
oleh semua agensi di Malaysia.

Kuasa dan penyebab yang tertakluk kepada syarat dan sekatan yang boleh dinyatakan dalam perancangan dan pelaksanaan aktiviti
pengkomersialan berdasarkan kepada peraturan dan pekeliling Kerajaan yang berkenaan.

Satu kadar hasil keuntungan bersih yang dibayarkan kepada institusi, pihak ketiga, perekacipta dan rakan pasukan berdasarkan kepada
nisbah yang ditetapkan.

Kumpulan yang disasarkan untuk terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam aktiviti pengkomersialan.

Mengurus dan mengawal selia segala peraturan dan ketetapan perjalanan aktiviti pengkomersialan secara formal yang berfungsi melalui
sistem dan pentadbiran jabatan.

Merupakan suatu dokumen yang berkaitan dengan tatacara yang akan dijalankan secara kronologis untuk menyelesaikan suatu perkara bagi
mendapatkan hasil kerja yang efektif dan efisien6.

PELAN STRATEGIK PENGKOMERSIALAN 2021-2028

2021-2022 2021-2028 2025-2026
2023-2024 2027-2028

7

PENUBUHAN PUSAT 2021-2022
PENGKOMERSIALAN JPPKK
Pusat Pengkomersialan bagi menyelaras aktiviti PENINGKATAN
pengkomersialan bersistematik KEMAHIRAN
PENGKOMERSIALAN
CORPORATE GOVERNANCE UPSKILLING
Menambahbaik tadbir urus Penyediaan latihan bagi meningkatkan kemahiran
pengkomersialan kepada golongan sasaran
pengurusan pengkomersialan
SISTEM JARINGAN KOLABORASI AKTIF
DEMAND DRIVEN Penambahbaikan sistem jaringan kolaborasi aktif
Permintaan pasaran yang terkini
PENYERAGAMAN SISTEM
PEMBINAAN IMEJ BARU PENGURUSAN PENGKOMERSIALAN
Penambahbaikan imej baharu bagi Menguruskan penyeragaman sistem pengurusan
pengkomersialan yang komprehensif
produk/ Perkhidmatan
pengkomersialan PERANAN WARGA
Peranan warga bagi menyokong aktiviti pengkomersialan

8

2023-2024

PENGAMALAN BUDAYA KERJA YANG MANTAP
Pembudayaan aktiviti pengkomersialan dengan mengamalkan
budaya kerja yang mantap

PENCAPAIAN ANUGERAH
Penyediaan anugerah bagi pencapaian
aktiviti pengkomersialan

MENYEBARLUAS EKOSISTEM
PENGKOMERSIALAN
Menyebar luas ekosistem pengkomersialan bagi menyampaikan
maklumat pengkomersialan yang efisien

KEY PERFOMANCE INDICATOR
Penetapan Key Performance Indicator (KPI)
aktiviti pengkomersialan yang ditetapkan

9

2025-2026 COMMERCIAL CONFERRENCE
Menyediakan platform persidangan berkaitan
pengkomersialan

SKIM INTENSIF
Menyediakan skim insentif bagi memacu aktiviti
pengkomersialan

HUB TRANSFER TECHNOLOGY
Menjadikan hub transfer technology yang bersistematik

STRATEGI PENGKOMERSIALAN
Mewujudkan strategi pengkomersialan yang berfokus

PENGIKTIRAFAN PRODUK DAN PERKHIDMATAN INOVASI
Mengiktirafkan produk dan perkhidmatan yang mencapai kecemerlangan

10

2027-2028

IDENTITI PRODUK DAN PERKHIDMATAN
Mengklafikasikan identiti produk dan perkhidmatan pengkomersialan

MODAL INSAN MENGIKUT KEPAKARAN BIDANG
Menyediakan kepakaran modal insan mengikut bidang dalam
aktiviti pengkomersialan

KHIDMAT NASIHAT
Menyediakan khidmat nasihat yang bersistematik dan
berfokus mengikut perubahan semasa

JOB CREATOR
Mewujudkan job creator bersama industri dan komuniti
luar bagi menyediakan peluang pekerjaan

PENJAJARAN STRATEGI
Menjajarkan semua strategi bagi tempoh 10 tahun
akan datang

11

POLISI PENGKOMERSIALAN

POLITEKNIK DAN KOLEJ KOMUNITI

BAB HALA TUJU

BAB 1: HALA TUJU

1 PENGENALAN 3 SKOP
Hala tuju ialah sesuatu yang ingin Skop hala tuju ini berpaksikan kepada
dicapai melalui pelaksanaan oleh kemampuan institusi melaksanakan
organisasi. Hala tuju perlu mempunyai aktiviti pengkomerisialan berlandaskan
perancangan,pelaksanaan, hala tuju yang ditetapkan.
pemantauan dan pelaporan
pengkomersialan mengikut matlamat 4 PERANAN
yang ditetapkan. Aktiviti Perekacipta, rakan pasukan, Unit
pengkomersialan adalah mengikut Penyelidikan, Inovasi dan
kepada acuan politeknik dan kolej Pengkomersialan (UPIK) dan pihak
komuniti. pengurusan tertinggi institusi.

2 RASIONAL 5 PUNCA KUASA
Menyediakan perancangan aktiviti  Polisi Pengkomersialan semasa dari
pengkomersialan berasaskan landasan Kementerian Sains, Teknologi dan
yang ditetapkan dalam hala tuju supaya Inovasi (MOSTI).
menepati piawaian.  Pelan Strategik Politeknik dan
Kolej Komuniti Fasa Kedua (2021-
2025).

14

ASPEK-ASPEK HALA TUJU ADALAH SEPERTI BERIKUT:

1 PENGHASILAN Sumber produk inovasi daripada pelajar, pensyarah dan dana
PRODUK penyelidikan.

2 MENJANA Produk dan perkidmatan yang berpotensi dikomersialkan yang boleh
PENDAPATAN menjana pendapatan.

3 INOVASI DAN Mengenal pasti dengan meneruskan produk dan perkhidmatan inovasi
KONSULTASI yang berpotensi melalui perbincangan dan sesi konsultasi untuk
dikomersialkan.
4 PEMUDAHCARA
PENGKOMERSIALAN Pemudahcara aktiviti pengkomersialan dalam kalangan pensyarah dan
pelajar.
5 HUBUNGAN KOLABORASI
INDUSTRI, AGENSI Melaksanakan aktiviti pengkomersialan secara kolaborasi dengan
DAN KOMUNITI menggunakan kepakaran dan kekuatan industri, agensi dan komuniti
secara strategik.
6 STANDARD POLISI
JPPKK Rujukan utama kepada JPPKK dan institusi untuk aktiviti
pengkomersialan bagi tujuan keseragaman.
7 KE ARAH
KEUSAHAWANAN Melahirkan usahawan yang mempunyai jati diri berkonsepkan TVET
yang menyumbang kepada ekonomi komuniti dan negara.

15

BAB PUNCA KUASA

BAB 2: PUNCA KUASA

1 PENGENALAN 3 PERANAN
Punca kuasa merupakan kuasa yang JPPKK, Institusi, UPIK, Perekacipta,
tertakluk kepada syarat dan sekatan Rakan Pasukan dan pihak ke tiga.
yang boleh dinyatakan dalam
perancangan, pelaksanaan, 4 PUNCA KUASA
pemantauan dan pelaporan aktiviti  Polisi MOSTI
pengkomersialan berdasarkan kepada  Pelan Strategik Politeknik dan Kolej
peraturan dan pekeliling Kerajaan yang Komuniti Fasa Kedua (2021-2025)
berkaitan. Punca kuasa membenarkan  Pelan Strategik Pengkomersialan
aktiviti pengkomersialan dilakukan 2021 - 2030
secara berstruktur bagi memenuhi  Segala keputusan berkaitan
peraturan secara konsisten. pengkomersialan daripada
pengurusan tertinggi JPPKK
2 RASIONAL  KPI Pusat Penyelidikan dan Inovasi
 Kebenaran menjalankan aktiviti dan institusi yang terlibat
pengkomersialan berasaskan  Pekeliling berkaitan
kepada peraturan yang dibenarkan. pengkomersialan dan kewangan.
 Memastikan segala aktiviti
pengkomersialan dapat dikawal 17
selia dan dipantau secara
berstruktur mengikut peraturan.

ASPEK-ASPEK PUNCA KUASA ADALAH SEPERTI BERIKUT:

1 PELAN STRATEGIK POLITEKNIK Berasaskan teras ke-6 iaitu memperkasa penyelidikan dan inovasi.
DAN KOLEJ KOMUNITI
Segala pelaksanaan aktiviti pengkomersialan adalah berdasarkan kepada
2 PENGURUSAN keputusan pengurusan Mesyuarat Pengurusan Tertinggi JPPKK.
TERTINGGI JPPKK
Memastikan segala peraturan dan panduan kewangan berkaitan aktiviti
3 KEWANGAN pengkomersialan.

4 POLISI MOSTI Selaras dengan polisi MOSTI yang menyeluruh segala aktiviti
pengkomersialan kepada semua institusi di bawah Kerajaan.

5 PEKELILING DAN Segala aktiviti perlu mengikut pekeliling dan akta-akta Kerajaan yang terkini
AKTA YANG TERLIBAT berkaitan pengkomersialan.

6 KEY PERFOMANCE INDICATOR KPI berlandaskan perancangan daripada PPI berkaitan dengan penyelidikan,
(KPI) inovasi dan pengkomersialan.

7 INSTITUSI (POLITEKNIK & Segala aktiviti pengkomersialan perlu berlandaskan perancangan KPI institusi.
KOLEJ KOMUNITI)
Kadar royalti adalah merujuk kepada polisi pengkomersialan semasa daripada
8 ROYALTI MOSTI dan penetapan royalti di dalam pekeliling semasa peraturan
pengurusan kewangan.

18

BAB SASARAN

BAB 3: SASARAN 3 PERANAN
JPPKK, Institusi, UPIK, Perekacipta,
1 PENGENALAN Rakan Pasukan dan pihak ke tiga.
Sasaran adalah kumpulan yang
difokuskan untuk terlibat secara 4 PUNCA KUASA
langsung dan tidak langsung dalam  Polisi MOSTI
aktiviti pengkomersialan. Kumpulan  Pelan Strategik Politeknik dan Kolej
sasar ini merupakan entiti yang Komuniti Fasa Kedua (2021-2025)
menjalankan keseluruhan aktiviti  Pelan Strategik Pengkomersialan
pengkomersialan. 2021 – 2030.

2 RASIONAL
Fokus kumpulan sasar sebagai
penggerak yang berperanan
melaksanakan aktiviti pengkomersialan
yang berstruktur.

20

ASPEK-ASPEK SASARAN ADALAH SEPERTI BERIKUT:

1 JPPKK / PPI Penyelarasan yang boleh mencadangkan dan memutuskan setiap
2 INSTITUSI (POLITEKNIK DAN perancangan, pelaksanaan, pemantauan dan pelaporan peringkat JPPKK.

KOLEJ KOMUNITI) Penyelarasan aspek teknikal berpandukan polisi, model Technology Transfer
Office (TTO), tatacara atau model yang bersesuaian.
3 KETUA UNIT
PENYELIDIKAN/PEGAWAI Penyelarasan pelaksanaan (takwim, sasaran, dana dan konsultansi) aktiviti
KOMERSIAL pengkomersialan berdasarkan hala tuju, polisi, tatacara dan KPI intstitusi.

4 PEREKACIPTA Melaksanakan proses aktiviti pengkomersialan bermula daripada kertas kerja,
Invention Disclosure Form (IDF), validation, pemilikan harta intelek, kajian
5 PIHAK KETIGA pasaran, pembangunan perancangan perniagaan, pengurusan dana akaun
amanah atau dana kolaborasi, kontrak pengilangan, pemasaran jualan produk
dan perkhidmatan, pembayaran royalti, dan penilaian semula mengikut
peraturan dan pekeliling semasa.

Pihak ketiga seperti industri, agensi, badan profesional dan komuniti yang
terlibat dengan aktiviti pengkomersialan produk dan perkhidmatan yang
mempunyai kolaborasi mengikut peraturan dan persetujuan bersama.

21

BAB PERLINDUNGAN DAN
PENGIKTIRAFAN

BAB 4: PERLINDUNGAN DAN
PENGIKTIRAFAN

1 PENGENALAN 3 RASIONAL
 Perlindungan merupakan pendekatan  Perlindungan dan pengiktirafan
yang digunakan untuk menghalang kepada pihak perekacipta/rakan
daripada pihak luar pasukan, produk, perkhidmatan dan
menyalahgunakan produk dan institusi.
perkhidmatan serta bertukar hak milik  Untuk menjamin jangka hayat
daripada perekacipta dan institusi produk dan perkhidmatan.
daripada diubah atau dipadam
secara sengaja atau tidak. 4 PERANAN
 Pengiktirafan merujuk kepada JPPKK, Institusi, Perekacipta, Rakan
kelayakan menerima dan mengakui Pasukan, UPIK dan pihak ketiga.
sesuatu kejayaan sebagai
kebenaran.

2 PUNCA KUASA
Polisi MOSTI, akta dan pekeliling-
pekeliling yang terlibat.

23

ASPEK-ASPEK PERLINDUNGAN DAN PENGIKTIRAFAN ADALAH SEPERTI BERIKUT:

1 AKTA 174 Segala aktiviti pengkomersialan selari dengan Akta Institusi-Insitusi Pelajaran
2 AKTA SPRM (Tatatertib 1976) melibatkan aktiviti pelajar. Segala aktiviti pengkomersialan
produk dan perkhidmatan oleh pelajar sepanjang pengajian adalah hak milik
institusi dan pelajar tiada hak untuk menuntut selepas menamatkan pengajian.

Segala aktiviti pengkomersialan selari dengan peraturan berkaitan dengan
salah guna kuasa dan integriti.

3 PEKELILING- Segala aktiviti pengkomersialan adalah mengikut Pekeliling Perkhidmatan
PEKELILING SEMASA terkini yang menerangkan pengurusan harta intelek, pembangunan dan
penyelidikan, inovasi dan pengkomersialan.

24

ASPEK-ASPEK PERLINDUNGAN DAN PENGIKTIRAFAN ADALAH SEPERTI BERIKUT:

4 MYIPO Akta Paten 1983 – Paten merupakan hak eksklusif terhadap sesuatu ciptaan dalam
bentuk produk, proses menghasilkan sesuatu dengan cara baharu.
Akta Cap Dagang 1976 – merupakan perkataan, logo, gambar, nama, huruf, dan
nombor atau kombinasi tersebut.
Akta Hak Cipta 1987 – hak eksklusif yang diberikan oleh undang-undang bagi
tempoh masa tertentu pada pencipta karya untuk mengawal penggunaan karya
mereka.
Akta Rekabentuk Perindustrian 1996 – ciri bentuk tatarajah, corak atau hiasan
yang digunakan pada sesuatu barang melalui apa-apa proses atau perindustrian.
Akta Susun Atur Litar 2000 – susunan 3 dimensi unsur-unsur sesuatu litar
bersepadu dan mengandungi sebahagian atau semua unsur-unsur litar bersepadu
atau keseluruhan susunan 3 dimensi yang disediakan untuk tujuan persediaan bagi
proses perkilangan.
Akta Penunjuk Geografi 2000 – tanda yang digunakan ke atas sesuatu produk
kerana produk tersebut mempunyai kualiti dan reputasi yang boleh dikaitkan dengan
kawasan berkenaan.

5 PENGIKTIRAFAN Menyediakan satu pengiktirafan kepada pihak yang berjaya dalama aktiviti
pengkomersialan.

25

BAB GOVERNAN

BAB 5: GOVERNAN

1 PENGENALAN 2 RASIONAL
 Governan ialah mengurus dan  Berfungsi untuk membuat ketetapan
mengawal selia segala peraturan dan keputusan tertentu bagi
dan ketetapan perjalanan aktiviti pelaksanaan aktiviti
pengkomersialan secara formal pengkomersialan.
yang berfungsi melalui sistem dan  Mewujudkan pentadbiran telus,
pentadbiran Jabatan dan institusi. bertanggungjawab dan responsif.
 Governan yang cekap dan berkesan
menjadi tunggak dalam 3 PERANAN
memantapkan pengurusan dan  JPPKK, Institusi dan KUPIK.
pentadbiran organisasi.
 Governan yang baik boleh 4 PUNCA KUASA
meningkatkan prestasi pematuhan  Polisi MOSTI
kepada undang-undang,  Pelan Strategik Politeknik dan Kolej
akauntabiliti, integriti dan Komuniti Fasa Kedua (2021-2025)
profesionalisme.  Pelan Strategik Pengkomersialan
2021 – 2030.

27

ASPEK-ASPEK GOVERNAN ADALAH SEPERTI BERIKUT:

1 STRUKTUR Keperluan mewujudkan struktur organisasi pengkomersialan di Pusat
ORGANISASI Penyelidikan Inovasi, Institusi dan UPIK.

2 TATACARA PENGKOMERSILAN Panduan kepada Pusat Penyelidikan dan Inovasi, institusi, UPIK dan
3 KEWANGAN perekacipta dalam mengurus hal berkaitan pengkomersialan.
4 JAWATANKUASA
Pemudah cara dan konsultasi kewangan (ABM/akaun amanah/ agensi
luar) bagi pelaksanaan aktiviti pengkomersialan di institusi.

Keperluan penubuhan jawatankuasa (Jawatankuasa Teknikal dan
Jawatankuasa Pelaksana) untuk membuat penilaian dan membuat
keputusan secara kolektif.

5 PERJANJIAN Menyelaras dan konsultansi berkaitan perjanjian seperti draf, terma,
6 PENGOPERASIAN syarat dan pengesahan.
7 KONSULTASI
Menyelaras dan melaksanakan aktiviti pengkomersialan berpandukan
polisi, tatacara, model Technology Transfer Office (TTO) atau model
yang bersesuaian.

Mewujudkan jaringan dan kumpulan pakar bagi memberi khidmat
nasihat berkaitan aktiviti pengkomersialan.

28

BAB PRODUK &
PERKHIDMATAN

BAB 6: PRODUK & PERKHIDMATAN

1 PENGENALAN

 Produk ialah sesuatu barang atau dalam bentuk fizikal yang mempunyai sifat asli yang dihasilkan oleh institusi,
pensyarah dan pelajar melalui penyelidikan dan pembangunan inovasi yang boleh dikomersialkan dan
didaftarkan melalui harta intelek secara berstruktur.

 Perkhidmatan ialah sesuatu kemahiran, kepakaran, pengetahuan dan pengalaman yang dimiliki oleh institusi,
pensyarah dan pelajar untuk dikomersialkan dengan memberi perkhidmatan kepada pihak ketiga dan
didaftarkan melalui harta intelek secara berstruktur.

 Produk dan perkhidmatan boleh dipasarkan dan mempunyai sifat-sifat yang dapat menarik perhatian, dapat
dimiliki, digunakan dan mempunyai faedah psikologi serta fizikal yang boleh memenuhikan kehendak pengguna.

2 RASIONAL 3 PERANAN
 Mensasarkan produk dan  Institusi, UPIK, Perekacipta dan
perkhidmatan hasil ciptaan pelajar
dan pensyarah di politeknik dan 4 Rakan Pasukan.
kolej komuniti untuk PUNCA KUASA
dikomersialkan secara sistematik.
 Mewujudkan pengurusan produk  Polisi MOSTI
dan perkhidmatan yang lebih  Pelan Strategik Politeknik dan
bersistematik dan terlindung
daripada salah guna oleh pihak Kolej Komuniti Fasa Kedua
yang tidak bertanggungjawab. (2021-2025)
 Pelan Strategik Pengkomersialan
2021 – 2030.

30

ASPEK-ASPEK PRODUK DAN PERKHIDMATAN ADALAH SEPERTI BERIKUT:

1 PRODUK DAN PERKHIDMATAN Produk yang sedia ada di institusi seperti produk projek akhir pelajar,
SEDIA ADA perkhidmatan kepakaran dan pembangunan produk oleh pensyarah.
PELAJAR/PENSYARAH
Produk yang dibangunkan melalui tajaan dana seperti Jaringan Penyelidikan
2 DANA Awam-Swasta (PPRN), Skim Geran Penyelidikan TVET (T-ARGS), geran
Kementerian Kerajaan Malaysia dan agensi yang berkaitan.
3 PRODUK DAN PERKHIDMATAN
(HASIL PERTANDINGAN Produk dan perkhimatan inovasi yang telah siap dibangunkan dan
INOVASI) dipertandingkan di peringkat kebangsaaan atau antarabangsa.

4 HAK MILIK PRODUK DAN Pemilikan produk dan perkhidmatan bagi pelajar yang tamat pengajian adalah
PERKHIDMATAN di bawah hak milik institusi.

31

TATACARA PENGKOMERSIALAN

POLITEKNIK DAN KOLEJ KOMUNITI

PENGENALAN Justeru, politeknik dan kolej komuniti Malaysia adalah sebahagian
daripada sistem pendidikan latihan dan vokasional yang memerlukan satu
Tatacara merupakan satu dokumen berkaitan tatacara yang komprehensif berlandaskan acuan dan keperluan sistem
dengan proses dan fungsi sesuatu skop tugas politeknik dan kolej komuniti. Sehubungan dengan itu, tatacara
yang diamalkan dalam sesebuah organisasi. pengkomersialan disediakan untuk kegunaan pihak pengurusan, UPIK dan
Tujuan tatacara adalah sebagai panduan dan perekacipta.
sumber rujukan organisasi untuk merancang,
melaksana, memantau dan melapor tugasan Dokumen tatacara pengkomersialan mempunyai dua bahagian iaitu
aktiviti pengkomersialan secara tersusun dan tatacara umum dan tatacara teknikal. Tatacara umum merupakan proses
berstruktur. Selain daripada itu, tatacara kerja yang hanya melibatkan peringkat Jabatan Pendidikan Politeknik dan
pengkomersialan dapat memudahkan sesuatu Kolej Komuniti dan pengurusan Institusi. Manakala tatacara teknikal ialah
aktiviti secara tertib dan mengikut melibatkan UPIK, pegawai komersial, perekacipta dan rakan pasukan.
tanggungjawab masing-masing. Secara
ringkasnya tatacara suatu proses yang harus Z
dilaksanakan secara terperinci berkaitan
sesuatu kerja berasaskan perancangan dan Implikasi penggunaan tatacara secara konsisten boleh meningkatkan
matlamat selain daripada menyelesaikan
sesuatu masalah yang berlaku. 4kualiti dan penambahbaikan produk dan perkhidmatan pengkomersialan

politeknik dan kolej komuniti selain daripada memanjangkan hayat produk
dan perkhidmatan. Tatacara ini juga boleh membantu institusi bagi jangka
masa panjang untuk melaksanakan aktiviti pengkomersialan sama ada
secara kolaborasi atau secara perlaksanaan sendiri oleh institusi.

Imej dan kredibiliti TVET politeknik dan kolej komuniti boleh ditingkatkan secara
berterusan seterusnya boleh membuktikan produk dan perkhidmatan inovasi boleh
berdaya saing di peringkat global berpandukan kepada keperluan dan solution
provider kepada industri, agensi dan komuniti.

33

TATACARA UMUM
PENGKOMERSIALAN

POLITEKNIK DAN KOLEJ KOMUNITI

BAB 1: JPPKK/PPI

1 PENGENALAN 2 RASIONAL
1. JPPKK melalui Pusat Menyediakan satu proses kerja
Penyelidikan dan Inovasi aktiviti pengkomersialan yang
mempunyai proses kerja bagi menjadi asas dan panduan yang
menyelaras perancangan, jelas kepada institusi berkaitan
perlaksanaan, pemantauan dan perancangan dan KPI.
pelaporan aktiviti
pengkomersialan. 3 PERANAN
2. Proses kerja ini perlu bagi Pusat Penyelidikan dan Inovasi,
menyeragamkan dan Jabatan Pendidikan Politeknik dan
memastikan aktiviti Kolej Komuniti.
pengkomersialan selari dengan
perancangan strategik JPPKK.

35

PERKARA-PERKARA DALAM TATACARA UMUM JPPKK/PPI :

MULA JPPKK / PPI

PELAN STRATEGIK Menyediakan pelan strategik pengkomersialan secara menyeluruh
untuk politeknik dan kolej komuniti.

KEY PERFOMANCE Menyediakan KPI pengkomersialan secara menyeluruh untuk
INDICATOR politeknik dan kolej komuniti.

PENYELARASAN/ Menyelaras pengurusan, kewangan, proses kerja, pemantauan,
PEMUDAH CARA dan lain-lain yang berkaitan aktiviti pengkomersialan.

PELAN TINDAKAN Menyediakan pelan tindakan setiap aktiviti pengkomersialan
bersandarkan kepada pelan strategik.
PEMANTAUAN
Pemantauan aktiviti pengkomersialan mengikut ketetapan proses
LAPORAN dari semasa ke semasa.
TAMAT
Menyediakan laporan berdasarkan pelan tindakan dan hasil
pemantauan.

38

BAB 2: INSTITUSI

1 1PENGENALAN 2 RASIONAL
1. Politeknik dan kolej komuniti Politeknik dan kolej komuniti boleh
mempunyai peranan untuk menyediakan satu proses kerja
melaksanakan aktiviti pengkomersialan aktiviti pengkomersialan yang
secara menyeluruh bersandarkan menjadi asas dan panduan yang
kepada pelan strategik jelas kepada warga institusi.
pengkomersialan.
2. Justeru setiap perancangan, 3 PERANAN
perlaksanaan, pemantauan dan Pengurusan tertinggi institusi dan
pelaporan memerlukan struktur UPIK.
organisasi dan kemahiran berkaitan
pengkomersialan. Kesediaan politeknik 37
dan kolej komuniti untuk
menggerakkan aktiviti pengkomersialan
adalah melalui Unit Penyelidikan,
Inovasi dan Komersial.
3. Institusi berperanan untuk
menyeragamkan dan memastikan
aktiviti pengkomersialan selari dengan
perancangan strategik JPPKK dan KPI
Institusi.

PERKARA-PERKARA DALAM TATACARA UMUM INSTITUSI :

MULA INSTITUSI

PERANCANGAN Menyelaras perancangan aktiviti pengkomersialan yang dipersetujui
mesyuarat pengurusan tertinggi institusi
CETUSAN IDEA
Menyelaras aktiviti pengumpulan idea daripada perekacipta
SARINGAN berdasarkan kepada kertas kerja.

PEMILIKAN IP Membuat saringan idea oleh pakar bidang dalaman/luaran (lantikan
PEMBANGUNAN PPI/institusi) yang bersesuaian dengan produk dan perkhidmatan yang
mempunyai ciri-ciri komersial
PERNIAGAAN
RAKAN PASUKAN Menyelaras pengurusan harta intelek berdasarkan kepada tatacara inovasi
JPPKK
PROJEK
LAPORAN Menyelaras penilaian perancangan pembangunan perniagaan oleh pakar
perniagaan dalaman atau luaran (lantikan Pusat Penyelidikan dan Inovasi
atau institusi)

Menyelaras pembentukan rakan kongsi projek melalui persetujuan
bersama dan diperakui oleh pengarah institusi.

Menyediakan laporan penuh untuk pengurusan tertinggi JPPKK.

TAMAT

38

BAB 3: KEWANGAN

1 PENGENALAN 2 RASIONAL
1. Pengurusan kewangan yang Pihak JPPPKK, politeknik dan kolej
bersistematik perlu diamalkan komuniti mengikuti peraturan dan
secara konsisten dan berintegriti pekeliling berkaitan kewangan.
dalam menjalankan aktiviti
pengkomersialan di institusi. 3 PERANAN
2. Pengurusan kewangan Pusat Penyelidikan dan Inovasi,
mempunyai peraturan spesifik institusi.
bagi memastikan setiap aktiviti
pengkomersialan dalam aspek
pengoperasian kewangan
dipatuhi.
3. Justeru pihak JPPKK, politeknik
dan kolej komuniti perlu
mempunyai perancangan
penggunaan kewangan sama
ada kewangan Anggaran
Belanja Mengurus (ABM) dan
juga Akaun Amanah.

39

PERKARA-PERKARA DALAM TATACARA UMUM KEWANGAN:

MULA KEWANGAN

PERMOHONAN Permohonan peruntukan kewangan yang dipersetujui hasil
mesyuarat pengurusan institusi yang disokong oleh Pengarah.
TIDAK
Penilaian melalui mesyuarat jawatankuasa kewangan institusi
PENILAIAN dipengerusikan oleh Pengarah. Sekiranya lulus proses berikut
menyediakan dokumentasi, jika tidak lulus perlu permohonan
LULUS semula.

DOKUMENTASI Dokumentasi untuk pengeluaran proses perbelanjaan mengikut
pekeliling dan peraturan semasa yang dikuatkuasakan.

PROSES PERBELANJAAN Proses perbelanjaan mengikut pekeliling dan peraturan semasa
LAPORAN STATUS yang dikuatkuasakan.
PEMANTAUAN
PELAPORAN Pelaporan status kewangan mengikut pencapaian aktiviti
dikemukakan dari semasa ke semasa kepada pengurusan
tertinggi institusi.

Pelaporan pemantauan terkini kewangan mengikut pencapaian
aktiviti.

Menyediakan pelaporan penuh kewangan aktiviti
pengkomersialan mengikut perancangan.

TAMAT 40

BAB 4: PERJANJIAN

1 PENGENALAN 2 RASIONAL
1. Kolaborasi pengkomersialan  Institusi dan pihak ketiga menjalin
merupakan satu platform yang satu persefahaman dan
boleh mengangkat pembangunan persetujuan melalui kerjasama
produk dan perkhidmatan untuk pembangunan produk dan
komersial ke tahap yang lebih perkhidmatan.
berimpak.  Dokumen perjanjian yang telah
2. Justeru, kolaborasi dua pihak iaitu disahkan menjamin kepentingan
antara institusi dan pihak ketiga ke dua-dua belah pihak
perlu melalui satu perjanjian rasmi sepanjang tempoh perjanjian
yang didokumentasikan serta tersebut.
disahkan oleh badan yang
berkuasa. 3 PERANAN
3. Kandungan perjanjian ini perlu Pusat Penyelidikan dan Inovasi,
dilihat dengan beretika dan ke institusi, UPIK dan perekacipta.
arah kesepadanan/persefahaman
persetujuan antara dua pihak.

41

PERKARA-PERKARA DALAM TATACARA UMUM PERJANJIAN:

MULA PERJANJIAN

DERAF AWAL Menyediakan deraf awal perjanjian mengikut format yang
PERJANJIAN ditetapkan (format daripada JPPKK).

PENGHANTARAN Penyerahan deraf perjanjian untuk penilaian teknikal berserta
DOKUMEN KE BKTVET dokumen berkaitan kepada Bahagian Koordinasi TVET melalui
Pusat Penyelidikan dan Inovasi.
TIDAK SEMAKAN
DERAF Semakan dilakukan oleh BKTVET sekiranya memenuhi format,
terma dan kandungan, proses seterusnya penghantaran dokumen
PERJANJIAN kepada Penasihat Undang-Undang Kementerian. Sekiranya tidak
memenuhi, proses penambahbaikan perlu dilakukan.
LULUS

A

42

PERKARA-PERKARA DALAM TATACARA UMUM PERJANJIAN:

A

PENGHANTARAN KE PERJANJIAN
PENASIHAT UNDANG-
UNDANG KEMENTERIAN Penyerahan deraf perjanjian ke Penasihat Undang-Undang
Kementerian untuk penilaian berserta dokumen berkaitan.
PENAMBAHBAIKAN PENILAIAN DAN
TIDAK PENGESAHAN Penasihat Undang-Undang Kementerian menilai dan membuat
OLEH PAKAR pengesahan deraf perjanjian berdasarkan kepada peraturan dan polisi
UNDANG-UNDANG berkaitan pengkomersilan. Sekiranya lulus proses berikut menyediakan
KEMENTERIAN dokumentasi, jika tidak lulus perlu permohonan semula.

LULUS Mengembalikan kepada perekacipta deraf perjanjian yang telah
disahkan oleh Penasihat Undang-Undang Kementerian untuk tindakan
SERAHAN KEPADA seterusnya.
PEREKACIPTA

DUTI SETEM Mengemukakan dokumen perjanjian yang lengkap untuk proses
mematikan setem hasil dokumen kepada pesuruhjaya sumpah/
Lembaga Hasil Dalam Negeri.

TAMAT

43


Click to View FlipBook Version