The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by syahirulnizam8, 2021-05-02 22:15:18

E-FOLIO

E-FOLIO

MPU21032 PENGHAYATAN ETIKA DAN PERADABAN

NAMA PENSYARAH

STRATEGI KE ARAH PERPADUAN

NAMA AHLI KUMPULAN

ISI KANDUNGAN

MAKSUD PERPADUAN

Perpaduan ialah penyatuan, dan darjah serta jenis penyatuan yang dipamerkan
sesebuah masyarakat ataupun kumpulan dan jiran mereka. Ia merujuk kepada semua
perhubungan sosial yang mengaitkan manusia. Istilah ini lazimnya digunakan dalam
bidang sosiologi ataupun sains kemasyarakatan. Asas perpaduan bagi sesuatu
masyarakat berbeza. Dalam masyarakat ringkas atau biasa ia mungkin berdasarkan
hubungan kekeluargaan dan nilai saling menghormati dan menyayangi. Bagi
masyarakat yang lebih kompleks pula, terdapat beberapa teori berkaitan faktor yang
menyumbang kepada perpaduan sosial ataupun masyarakat.

PENDAHULUAN

Negara Malaysia terdiri daripada masyarakat pelbagai suku kaum dan etnik
yang mempunyai latar belakang dan budaya yang berbeza-beza. Oleh kerana
masyarakat Malaysia terdiri daripada pelbagai suku kaum dan etnik, maka perpaduan
bukanlah sesuatu perkara yang mudah dilaksanakan di mana usaha untuk menerapkan
perpaduan di kalangan masyarakat yang berlainan budaya. Walaupun begitu, ia tidak
bermakna perpaduan tidak dapat dicapai. Secara umum, Perpaduan adalah bermaksud
satu proses atau sistem hidup yang menyatu padukan seluruh anggota masyarakat dan
negara menerusi ideologi negara supaya setiap anggota masyarakat dan negara itu
dapat membentuk satu identiti dan nilai bersama serta semangat kebangsaan bersama
di kalangan mereka.

KERAJAAN

RAKYAT

INDIVIDU

KERAJAAN

1. POLITIK

Malaysia telah mula mewujudkan perpaduan dan intergrasi nasional melalui
sudut politik semenjak Malaysia mencapai kemerdekaan. Menurut Wong Khek Seng,
Raminah Haji Sabran dan Kok Meng Kee (2002), “Malaysia adalah sebuah kerajaan
yang mengamalkan demokrasi berparlimen. Perkara utama mengapa Malaysia
mengamalkan demokrasi berparlimen adalah galakan British semasa memberi
kemerdekaan, Malaysia terdiri daripada pelbagai kaum dan sistem ini memberi
peluang dalam penganutan agama oleh kaum-kaum tertentu.” Dalam Kerajaan
Demokrasi Berparlimen Malaysia, rakyat akan memilih pemerintah negara melalui
pilihan raya yang diadakan lima tahun sekali dengan parti politik yang memenangi
majoriti kerusi dalam pilihan raya akan menjadi pemerintah negara.Menurut Prof.
Madya Dr. Zainal Abidin Ahmad Mazlan Zulkifly (2006) “satu cara untik Ini
bermakna kerajaan yang memerintah diberi kuasa memerintah atas pilihan dan
persetujuan rakyat melalui pilihan raya”. Di sini parti politik Barisan Nasional
menjadi pemerintah kerana memenangi majoriti kerusi yang dipertandingkan.
Keadaan ini berlaku kerana Barisan Nasional adalah satu parti politik yang terdiri
daripada gabungan UMNO wakil Melayu, MCA wakil Cina dan MIC wakil India
yang melambangkan perpaduan antara tiga parti-parti etnik di Malaysia. Parti Barisan
Nasional yang mewakili pelbagai kaum ini telah melambangkan wujudnya perpaduan
dan intergasi nasional dikalangan pemimpin kerana mereka akan mendengar suara
rakyat dari pelbagai kaum dan bukannya satu kaum. Penggabungan parti-parti politik
ini menimbulkan semangat perpaduan politik di bawah satu ideologi yang sama
walaupun terdiri daripada pelbagai kaum serta menggalakkan kerjasama, interaksi dan
saling tolak ansur sesama ahli.

2. EKONOMI

Proses perkembangan ekonomi dirangka untuk membolehkan semua kaum
menyertai semua bidang dan peringkat kegiatan ekonomi. Menurut Yani Yahaya dan
Mary Tan Swee Ee (2004) “Proses ini telah dilaksanakan oleh kerajaan menerusi
Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang mempunyai objektif untuk membasmi kemiskinan
dan untuk menyusun semula masyarakat. DEB mempunyai dua matlamat yang utama
iaitu pengambilan pekerja-pekerja di pelbagai sektor ekonomi dan di semua
peringkat pekerjaan serta hakmilik harta-harta produktif yang terdapat di dalam
Negara ini disusun semula supaya pada tahun1990 orang Melayu akan dapat
memiliki sekurang-kurangnya 30% daripada jumlah hakmilik tersebut.” Ini telah
menunjukkan bahawa kerajaan telah menggunakan DEB sebagai satu dasar untuk
menggerakkan rakyat untuk bersatupadu melalui penyusunan semula masyarakat.
Melalui DEB, peluang pekerjaan yang luas diwujudkan dan pendapatan rakyat
diseimbangkan untuk mengurangkan jurang perbezaan diantara etnik-etnik dan
kawasan bandar dengan luar bandar. Dengan terhapusnya perbezaan fungsi ekonomi
mengikut kaum akan dapat mewujudkan perpaduan dalam kegiatan-kegiatan ekonomi
di samping meninggikan lagi taraf pembangunan ekonomi Negara.

3. SOSIAL

Menurut Yani Yahaya dan Mary Tan Swee Ee (2004), “Untuk
menyatupadukan rakyat, negara memerlukan satu ideologi iaitu Rukun Negara di
mana ia dapat didefinisikan sebagai Ideologi Negara Malaysia.” Rukun Negara
penting kerana ia merupakan asas perpaduan rakyat. Ia juga merupakan landasan yang
menentukan hubungan rakyat sesama mereka selain menjadi satu lambang yang
merupakan bentuk rupa masyarakat dan bangsa yang dikehendaki oleh rakyat.
Penerimaan rakyat terhadap prinsip-prinsip Rukun Negara akan dapat membantu
melahirkan perpaduan sosial antara satu sama lain. Melalui amalan-amalan kepada
prinsip-prinsip Rukun Negara di kalangan rakyat ini akan dapat menjamin kewujudan
sistem kerajaan yang bersifat demokratik dan stabil. Ini telah menunjukkan bahawa
kerajaan mencipta Rukun Negara untuk mewujudkan perpaduan dan intergrasi
nasional dikalangan masyarakatnya yang berbagai kaum dengan memberi mereka
penghayatan dan menggunakan Rukun Negara sebagai satu cara untuk memimpin
mereka ke arah perpaduan intergrasi nasional.


Click to View FlipBook Version