The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

BMMB 1074 SEJARAH PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by faliyyy, 2022-10-10 23:46:47

BMMB 1074 SEJARAH PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU

BMMB 1074 SEJARAH PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU

SEJARAH
PERKEMBANGAN
SISTEM TULISAN

Tugasan 2: e-Portfolio

NAMA: NUR’AQILAH FAALIHAH BINTI MUHAMMAD AMIN
NO. IC: 040630-14-0056

ANGKA GILIRAN: 2022102310086
UNIT: PPISMP BAHASA MELAYU 4
NAMA KURSUS: SEJARAH PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU

KOD KURSUS: BMMB 1074
NAMA PENSYARAH: ENCIK SUHAIMI BIN IBRAHIM

TARIKH HANATAR: 25 SEPTEMBER 2022

Isi kandungan

Palava

Sistem Kawi
Tulisan Jawi
Ejaan Za’ba

Pengenalan

Tulisan adalah alat untuk melahirkan fikiran dan perasaan. Terdapat
beberapa sistem perkembangan tulisan iaitu sistem tulisan Palava, sistem

tulisan Kawi, sistem tulisan Jawi dan sistem ejaan Za’ba. Semua sistem
tulisan ini mempunyai sejarah perkembangan masing-masing.

Sistem Tulisan Palava

● Tulisan Palava merupakan sistem tulisan lama orang Tamil yang datang dari
bahagian Selatan India. Termasuk dalam era tulisan Melayu lama, Palava yang
berasaskan kepada masyarakat india dan agama Hindu menyebabkan kesukaran
apabila tibanya era kedatangan Islam dalam masyarakat Melayu.

● Kedatangan orang dari India ke Kawasan sekitar sini telah membawa sistem
tulisan Palava. Tulisan ini diasaskan daripada sistem tulisan abad pertama
masyarakat India yang dinamakan Vatteluttu.

● Tulisan Palava ini juga merupakan sistem tulisan yang paling awal digunakan di
kawasan Kepulauan Melayu. Tulisan ini mula bertapak di Pulau Jawa dan
digunakan untuk menulis dalam bahasa Sanskrit.

● Ketika itu Bahasa Sanskrit menjadi bahasa pentadbiran dan ilmu pengetahuan.
Penyebaran tulisan dan Bahasa Hindu ini dijangka terhad di kalangan golongan
istana sahaja kerana tiada kemudahan asas untuk mengajar orang membaca dan
menulis.

Sistem Tulisan Palava

● Tulisan Palava juga merupakan sistem tulisan paling awal digunakan dalam
penulisan Bahasa Melayu Kuno.

● Tulisan Palava ialah suatu sistem tulisan abjad suku kata (abugida) yang
berasal daripada tulisan Brahmi dari Selatan India.

● Tulisan ini juga dikenali sebagai Vatteluttu atau “tulisan bulat”. Tulisan ini
digunakan unutk menulis sesetengah Bahasa Dravidia di India Selatan dan
Sri Lanka.

● Tulisan ini juga merupakan satu tulisan kuno yang digunakan untuk menulis
Bahasa Tamil selepas menggantikan tulisan Tamil-Brahmi berdasarkan
sistem tulisan Brahmi.

● Bentuk tulisan bulat ini juga digunakan di Kerala untuk menulis Bahasa
Tamil dan juga proto-Malayalam dan Malayalam.

Sistem Tulisan Palava

Contoh tulisan palava adalah seperti berikut :

Sistem Tulisan Kawi

• Tulisan Kawi (juga dinakaman “tulisan Jawa Kuno”) ialah sistem tulisan terawal di
Kepualauan Melayu. Ia telah wujud dalam kurun ke-8 M.

• Tulisan Kawi digunakan untuk menulis dalam bahasa kawi yang dituturkan oleh orang
Jawa ketika itu.

• Tulisan ini kemuadiannya dibawa masuk ke kawasan-kawasan lain di sekitar Asia
Tenggara dan bercambah menjadi sistem-sistem tulisan baru.

• Tulisan Kawi diasaskan oleh orang Jawa, jadi tulisan ini turut dikenali dengan nama tuisan
lama Jawa.

• Sistem tulisan ini berubah mengikut peredaran zaman yang berlaku sehinggalah tulisan
rumi dan jawi ditemui.

Sistem Tulisan Kawi

• Tulisan Kawi asalnya adalah dari huruf Vangki (Wenggi) iaitu huruf orang-orang Palava
yang berasal dari Coromandel, India. Huruf Kawi ini lenyap pada tahun 1400 M.

• Dengan menggunakan huruf-huruf kawi, Palava dan Rencong, orang-orang Melayu kuno
menulisnya di atas kulit-kulit kayu, daun-daun lontar, kepingan-kepingan logam dan pada
batu-batu (batu bersurat).

Daun Lontar

Sistem Tulisan Kawi

Sistem Tulisan Jawi

Tulisan Jawi Zaman Tulisan Jawi Zaman Bahasa
Bahasa Melayu Klasik Melayu Pascamerdeka
(Moden)

Sistem Tulisan Jawi

• Tulisan Jawi mula berkembang di Tanah Melayu sejak kedatangn Islam pada abad 10
menerusi aktiviti perdagangan Arab yang datang berniaga di kepulauan Melayu.

• Kesan penyebaran tulisan Jawi ini adalah kerana penyebaran dakwah Islamiah yang
menggunakan huruf-huruf Arab sebagai medium untuk berkomunikasi di Tanah
Melayu.

• Tulisan yang telah diperkenalkan kepada penduduk Nusantara adalah huruf-huruf Arab
atau sekarang ini dikenali dengan nama tulisan Jawi.

• Orang Melayu yang celik huruf pada waktu itu merupakan golongan yang celik jawi.
• Berdasarkan sejarah Bahasa Melayu, perkataan “Jawi” daripada bahasa Arab “Jawah”.

Kemudian, orang Melayu menyelaraskan perkataan-perkataan Arab tersebut agar
sesuai digunakan dalam Bahasa Melayu.

Sistem Tulisan Jawi

• Kemudiannya, dibuat beberapa penyelesaian dan tambahan agar kegunaan tulisan ini
menjadi mantap sebagai medium asas komunikasi bertulis seperti yang kita fahami
sekarang.

• Bagi tulisan Jawa yang menggunakan huruf Arab dikenal dengan nama atau tulisan
Pegon yang sekarang ini masih dipakai atau digunakan untuk menulis kitab-kitab
terutama yang digunakan di pondok-pondok pengajian agam di Jawa. Contohnya ialah
kita Tafsir al-Ibriz dan al-Munjiyat bahasa Jawa.

Sistem Tulisan Jawi

Contoh tulisan Jawi :

Sistem Ejaan Zaaba

● Sistem Ejaan Wilkinson adalah perancangan ejaan yang pertama di Tanah Melayu. Sistem
ini juga telah diusahakan oleh Jabatan Pelajaran di Negeri-negeri Bersekutu iaitu negeri
Selangor, Perak, Pahang dan Negeri Sembilan pada tahun 1902 dengan mewujudkan sebuah
Jawatankuasa Ejaan yang dianggotai oleh beberapa orang pegawai tinggi.

● Tugas jawatankuasa ini adalah mengkaji dan membentuk sebauh sistem ejaan Rumi.
● Sistem Ejaan Wilkinson ini juga bertujuan untuk memperkemaskan ejaan-ejaan sebelumnya

seperti Sistem Marsedn (1812) dan Shellaber (1901).
● Sistem ejaan ini telah digunakan di dalam kamus Romaised malay Spelling atau dikenali

sebagai Sistem Ejaan Wilkinson. Sistem inilah merintis kepada okewujudan Sistem Ejaan
Sekolah-sekolah umum.

Sistem Ejaan Zaaba

● Za’aba telah menyusun sistem ejaan Rumi bahasa Melayu pada tahun 1933 dan tersiar
dalam Daftar Ejaan Melayu Jawi-Rumi 1949.

● Sistem Ejaan Za’ba adalah sistem yang menggantikan sistem Wilkinson yang dipakai
sebelum ini yang mempunyai beberapa kelemahan. Maka, sistem Ejaan Rumi Za’ba telah
diperkenalkan bagi memantapkan lagi sistem ejaan Rumi dalam bahasa Melayu.

● Pembaharuan dalam Ejaan Za’ba yang telah dilakukan adalah membahagikan huruf-hurf
bahasa Melayu kepada huruf saksi dan huruf benar.

● Huruf saksi merupakan vocal yang terdiri daripada enama abjad, iaitu a, e, i, o dan u. Huruf
benar pula merupakan konsonan yang terdiri daripada 21 huruf.

Sistem Ejaan Zaaba

● Sistem Ejaan Za’ba merupakan sistem yang pertama dalam sistem ejaan rumi Bahasa
Melayu yang disusun oleh orang berbangsa Melayu pada tahu 1933 dan telah tersiar dalam
Sistem Ejaan Melayu Jawi-Rumi 1949.

● Sistem ejaan ini dijadikan sebagai seistem ejaan rasmi dalam kerajaan Malaysia, sekolah-
sekolah dan institusi pengajian tinggi sehingga tahun 50-an sebelum digantikan dengan
Sistem Ejaan Baharu Bahasa Malaysia pada 16 Ogos 1972.

● Sistem Ejaan Za’ba tidak menggunakan teori dan Teknik lingistik kerana ianya hanya
melambangkan bunyi-bunyi bahasa Melayu melalui huruf-huruf rumi yang digunakan
dalam Sistem Ejaan Jawi Bahasa Melayu.

● Walu bagaimanapun, terdapat kekurangan huruf jawi dan rumi untuk melambangkan bunyi-
bunyi yang terdapat dalam bahasa Melayu.

Penutup

Tuntasnya, kita perlu mempelajari dan tahu tentang sejarah perkembangan
tulisan ini iaitu sistem tulisan Palava, Kawi, Jawi serta ejaan Za’ba. Hal ini

adalah supaya kita celik mata terhadap sejarah berkembangnya tulisan kita
yang kini sudah menjadi moden dan cukup sempurna.


Click to View FlipBook Version