The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by lingling78985, 2021-11-20 01:34:50

E-FOLIO (Cabaran-cabaran dalam membentuk masyarakat Malaysia tentang pendidikan)

E-FOLIO

CABARAN-CABARAN
DALAM MEMBENTUK

MASYARAKAT
MALAYSIA TENTANG

PENDIDIKAN

Chong Siaw Wei Doreen Chung Zhi Ling Jong Shi Ru Sia Chin Phae
Pensyarah: Puan Zainab Mohamad Ahmad

Isi Kandungan

① Objektif
② Pengenalan
③ Isi Huraian

● Cabaran untuk mengekalkan perpaduan kaum
● Cabaran daripada pengaruh media sosial
● Cabaran guru dalam menghadapi globalosasi
● Cabaran dalam rakan sebaya
● Cabaran tentang peranan pendidik
● Cabaran dalam pembinaan budaya ilmu
● Cabaran masalah kewangan
● Cabaran penguasaan Bahasa English atau Bahasa

antarabangsa
● Cabaran untuk merapatkan jurang Pendidikan

antara bandar dan desa
● Cabaran alaf baru
● Cabaran dalam mengekalkan

kestabilan ekonomi
● Cabaran menangani isu sosial
● Cabaran dari segi pemantapan agama

① Rumusan
② Rujukan
③ Carta Gantt

Memupuk Mampu menaik
semangat taraf hidup
persaingan
yang tinggi setiap individu
di Malaysia
untuk yang
memperolehi
kejayaan yang berpendidikan.

baik.

Objektif

Menjamin masa Membentuk
depan generasi masyarakat
Malaysia yang
muda yang
cerah. berjaya
terutamanya
dalam aspek
pendidikan.

Pengenalan

Pada era globalisasi ini, pendidikan adalah nadi
pembangunan sesuatu bangsa dan negara. Tanpa sistem
pendidikan yang teratur dan berkembang sejajar dengan
perkembangan zaman, maka bolehlah dianggap bangsa atau
negara tersebut gagal dalam melaksanakan tanggungjawab
memartabatkan sesuatu bangsa atau negara. Peranan sistem
pendidikan sangat penting dalam pembangunan negara.
Pendidikan yang berkualiti dan cemerlang merupakan wahana
usaha membangunkan generasi alaf baru. Sistem pendidikan
negara memerlukan usaha-usaha yang strategik yang boleh
meningkatkan keupayaan dan kemampuan amalannya ke tahap
kualiti yang tingggi dan cemerlang agar dapat menangani
cabaran-cabaran abad ke-21. Selanjutnya dunia era globalisasi
kini memperlihatkan perkembangan ilmu yang sangat pantas.
Kemajuan dalam teknologi maklumat member kesan secara
langsung atau tidak langsung dalam kehidupan dan sistem
pendidikan. Perubahan demi perubahan yang berlaku itu turut
membawa bersama isu dan cabaran dalam sistem pendidikan
kita.Sistem pendidikan akan berubah sejajar dengan perubahan
aspek ekonomi, budaya dan politik Perubahan aspek tersebut
amat hebat dan pantas. Leka dan alpa boleh menyebabkan kita
terpinggir dan tersingkir. Oleh itu sistem pendidikan dan
persekolahan dalam menghadapi gelombang perubahan alaf
baru perlu berfungsi pada landasannya untuk menyumbang
kepada pembangunan bangsa dan negara.

Cabaran Untuk
Mengekalkan
Perpaduan Kaum

Hari ini isu perpaduan masih
rapuh, kita sering dengar walau ia kes-kes
terpencil namun masih berlakunya
keregangan hubungan antara kaum
disekolah-sekolah. Sesuatu perlu
dilaksanakan terutama mengekalkan
perpaduan Negara. Selain itu untuk
mencapai kesejahteraan diri serta memberi
sumbangan terhadap keharmonian dan
kemakmuran masyarakat dan Negara. Secara
tidak langsung dasar ini dapat melahirkan
satu masyarakat Malaysia yang bersatu padu
dan berintegrasi seperti yang dihasratkan
dalam Rukun Negara melalui penggunaan
dan penghayatan kurikulum yang
bersepadu.sesuatu telah dilaksanakan untuk
menjamin perpaduan antaranya
penggunaan bahasa pengantar dan sistem
peperiksaan yang sama serta penglibatan
aktif pelajar dalam aktiviti-aktiviti
kokurikulum yang dirancang dan
dilaksanakan sepanjang persekolahan
pelajar.Kurikulum yang dibina bukan saja
bertujuan untuk memberi ilmu pengetahuan
dan maklumat berbentuk akademik sahaja,
bahkan ia jugadapat membentuk sahsiah,
keperibadian dan perwatakan murid yang
diingini bagi memupuk perpaduan.

Cabaran Daripada
Pengaruh

Media Sosial

Pada era globalisasi yang serba canggih kini,
masyarakat cenderung terhadap penggunaan media sosial
untuk berhubung, menjalankan perniagaan, dan menuntut
ilmu. Hal ini menjadi salah satu faktor dalam membentuk
masyarakat. Media sosial boleh memberi kesan yang baik
atau buruk berdasarkan cara penggunaan individu tersebut.
Namun, media sosial disalahgunakan oleh masyarakat pada
masa kini hingga menyebabkan perpecahan dan perbalahan
berlaku sesama kaum. Selain itu, Kemunculan media sosial
yang terlalu meluas menyebabkan remaja mudah terdedah
kepada pelbagai maklumat. Kebanyakan maklumat yang
mudah didapati di media sosial tidak sesuai untuk diketahui
oleh remaja yang masih di bawah umur. Contohnya, masalah
sosial seperti pergaulan bebas dalam kalangan remaja adalah
berpunca daripada maklumat-maklumat tanpa sempadan
yang terdapat dalam media sosial. Sebagai golongan yang
masih belum mampu untuk menapis maklumat secara
rasional, remaja akan terpengaruh dengan melibatkan diri
dalam gejala sosial.

Cabaran Guru
Dalam Menghadapi

Globalosasi

Untuk menjadi sebuah Negara membangun sepenuhnya,
Malaysia perlu meningkatkan daya saing dan meningkatkan
kualiti pendidikan bertaraf dunia. Masyarakat Malaysia tidak
Boleh dipengaruhi dengan arus globalisasi
sehingga berjaya menghancurkan mereka, sebaliknya kita perlu
membina kekuatan dan menangkis unsur-unsur negatif yang
membawa kesan buruk kepada kita. Kita sedia maklum bahawa
dengan globalisasi perkembangan yang signifikan dapat
dicapai dan ianya berfokus kepada profesion keguruan yang
semakin mencabar di negara ini. Cabaran yang terpaksa dilalui
oleh institusi pendidikan dalam konteks pelaksanaan inovasi
kurikulum adalah kesediaan guru untuk menerima dan
melaksanakannya dengan penuh dedikasi dan kesungguhan.

Cabaran Dalam
Rakan Sebaya

Selepas itu, rakan sebaya juga
menyumbang kepada pembentukan masyarakat
malaysia tentang pendidikan. Rakan sebaya
dapat mempengaruhi tingkah laku
remaja.Contohnya, rakan sebaya yang
mempengaruhi rakan yang lain kerana usia yang
hampir sama membolehkan kepercayaan
diperolehi dengan mudah. Rakan sebaya juga
yang saling berkongsi masalah yang sama
menyebabkan remaja merasa rakan adalah orang
yang paling memahami dirinya dan sering
memberi jalan penyelesaian terhadap masalah
tersebut. Sesetengah remaja juga sanggup
melakukan gejala sosial kerana ingin diterima
oleh rakan-rakan yang lain. Mereka juga ingin
dikatakan mudah mengikut arus perubahan yang
telah ditunjukkan oleh rakan-rakan.

Cabaran Tentang
Peranan Pendidik

Tuntutan abad ke-21 dilandaskan kepada
tuntutan Wawasan 2020 dan Wawasan Pendidikan.
Selari dengan tuntutan-tuntutan tersebut
penyediaan sumber manusia berkualiti hendaklah
dihasilkan oleh sistem pendidikan kita.. YAB
Perdana Menteri telah menggariskan ciri-ciri
generasi yang hendak dilahirkan untuk mewarisi
alaf baru akan datang.Satu agenda dalam program
pendidikan kini sebagai persediaan abad ke-21,
ialah Sekolah Bestari. Pelaksanaan Sekolah Bestari
turut mewujudkan transformasi dalam sistem
pendidikan yang meliputi aspek kurikulum, sistem
penilaian, pentadbiran, pengurusan pembelajaran.
Implikasi kepada reformasi ini, memerlukan
persediaan guru. Tan Sri Datuk Dr. Wan Mohd.
Zahid bin Mohd. Nordin, memberi ciri-ciri guru
bestari ialah guru-guru yang boleh dan bijaksana
mengimbang keperluan Wawasan Pendidikan
dengan tuntutan dan cabaran semasa. " Pendidikan
Bestari antara lain menginginkan guru yang
berketrampilan. Tingkat ketrampilannya bukan
sekadar mengguna dan menguruskan teknologi,
tetapi lebih penting berkeupayaan menyaring,
mengadun, mengacuan setiap perkara seiring
dengan tingkat ketahanan anak bangsa, sejajar
dengan budaya halus masyarakat kita dan
seterusnya menyumbang untuk terus
memperkukuh asas kewujudan kita."

Cabaran Dalam
Pembinaan Ilmu

Ilmu merupakan faktor terpenting dalam
menentukan kebahagiaan individu dan kejayaan serta
kekuatan sesuatu bangsa dan negara. Ilmu membina
kekuatan minda ke arah daya fikir tinggi dan daya
kreatif di kalangan indidvidu dan bangsa. Semua
agama dan sistem sosial manusia mahukan ahlinya
menguasai ilmu pengetahuan sama ada untuk
kebahagiaan duniawi dan ukhrawi.Para pendidik perlu
sedar bahawa dalam usaha negara menghadapi masa
depan yang penuh saingan, pendidikan adalah bersifat
futuristik, maka kita hendaklah mampu menyediakan
generasi muda kita untuk menghadapi keungkinan-
kemungkinan berupa masyarakat industeri, ekonomi
yang global, kebanjiran teknologi tinggi dan sentiasa
bertambah canggih, penggunaan komputer sebagai
keperluan urusan harian dan limpahan maklumat
sejagat. Kita perlu lahirkan generasi berilmu untuk
berfikir, bertindak dan menghasilkan sesuatu yang
bermanfaat berlandaskan skop yang global dan
teknologi yang terkin, serta berupaya menangani
gelombang perkembangan dan perubahan masa kini.

Masalah kewangan

Krisis kewangan timbul apabila negara membangun
menimbulkan masalah membiayai perbelanjaan untuk
pembangunan pendidikan. Ini termasuklah penyediaan
kemudahan pendidikan seperti menyediakan peluang
pendidikan untuk semua, bantuan pendidikan buku teks,
menyediakan sekolah dengan infrastruktur lengkap,
pendidikan literasi komputer dan sebagainya.

Penguasaan Bahasa English
atau Bahasa antarabangsa

Lambakan sumber maklumat dalam Bahasa Inggeris
dan bahasa antarabangsa yang mudah diperoleh menerusi
kecanggihan teknologi maklumat menghasilkan penggunaan
bahasa Inggeris dan bahasa antarabangsa sebagai bahasa ilmu.
Ini kerana, kebanyakan bahan penyelidikan dan sumber lain
maklumat menggunakan Bahasa Inggeris dan bahasa
antarabangsa. Ini secara langsung, menjadi kelaziman
individu menjadikan Bahasa Inggeris dan bahasa
antarabangsa sebagai bahasa ilmu utama

CABARAN UNTUK
MERAPATKAN JURANG
PENDIDIKAN ANTARA
BANDAR DAN DESA

Sistem persekolahan yang berbeza mempunyai
haluan masing-masing dan tidak dapat melahirkan satu
identiti bangsa. Atas rasa kesedaran kebangsaan menerusi
pendidikan sebagai alat untuk mencapai perpaduan bangsa,
maka satu jawatankuasa ditubuhkan untuk mengkaji sistem
pendidikan yang sedia ada. Akta Pelajaran 1961 telah dirangka
berasaskan Penyata Razak 1956 dan Laporan Rahman Talib
1960 yang menekankan penggunaan Bahasa Kebangsaan
sebagai bahasa perpaduan.Walaupun hasrat dan tujuan Akta
Pendidikan 1961 ini untuk menyatukan kaum yang ada di
Malaysia ini, tetapi secara praktikalnya, sukar untuk
mencapai matlamat itu memandangkan pola tempat tinggal
yang berlainan.Misalnya orang Melayu tinggal di kampung-
kampung dan pinggir pantai, kaum Cina tinggal di kawasan
perlombongan dan kaum India di kawasan ladang-ladang
getah. Dengan ini tentulah amat sukar untuk menyatukan
mereka. Sabah dan serawak.masih ada di antara murid –
murid disana masih ketinggalan dari segi kemudahan
insfrastruktur dan sebagainya. Sehingga kini jurang
pendidikan antara desa dan Bandar masih ketara.

CABARAN ALAF BARU

Perubahan-perubahan yang hebat dan pantas dalam
aspek ekonomi, budaya dan politik itu sendiri adalah
cabaran besar yang akan dihadapi oleh rakyat Malaysia.
Walaupun tidak dapat dinafikan bahawa sejak dari dahulu
lagi cabaran-cabaran itu sudah wujud dan diperbincangkan
tetapi kali ini dijangka lebih hebat dan kritikal dengan
sumbangan teknologi baru yang serba canggih. Masalah
yang timbul dari cabaran tersebut seperti rohani, akhlak,
sosial, politik, ekonomi, sains dan teknologi. Dalam
Persidangan Pendidikan Nasional Ke-5, dalam tahun 1997
yang lalu, natijah persidangan menunjukkan dua cabaran
besar alaf baru ialah ledakan ilmu yang berbentuk global dan
masalah sosial yang perlu ditangani dan diatasi ke arah
membentuk masyarakat madani. Justeru itu agenda penting
untuk membangun rakyat Malaysia melalui sistem
pendidikan pertama ialah pembinaan budaya ilmu dan
keduanya ialah pembudayaan masyarakat.

CABARAN DALAM MENGEKALKAN
KESTABILAN EKONOMI

Cabaran seterusnya dunia pendidikan hari ini ialah
mengekalkan status quo ekonomi Negara pada tahap
terbaik. Melalui peningkatan kemajuan ekonomi Negara
yang pesat dpat membantu untuk pembangunan sektor
pendidikan Negara. Banyak kemudahan-kemudahan
pendidikan dapat dibangunkan seperti insfrastsruktur,
bangunan–bangunan yang selesa, dan sebagainya. Dengan
tahap ekonomi yang baik program-program boleh
dirancang untuk kepentingn pendidikan. Berdasarkan
pengalaman tahun 2007, apabila berlaku krisis ekonomi,
banyak program terutama pembanguanan sektor
pendidikan terbantut, banyak peruntukan perbelanjaan
yang selama ini digunakan untuk sektor pendidikan ditarik
balik. Ini akan menganggu kemajuan sektor pendidikan.

CABARAN MENANGANI ISU SOSIAL

Dewasa ini, isu sosial menjadi buah mulut warga
Negara Malaysia. Kita sering disajikan dengan pelbagai isu
sosial remaja yang rata-rata terdiri dari mereka yang
menghuni institusi pendidikan terutama sekolah. Terlalu
banyak isu sosial yang kita dengar, antara kes masalah sosial
seperti buang bayi, yang terlibat merupakan pelajar sekolah,
isu ponteng sekolah, merokok, dadah, minuman keras dan
sebagainya. Perkara ini menjadi duri dalam daging kepada
sektor pendidikan , yang seterusnya boleh menghalang
perkembangan pendidikan secara positif. Banyak masa,
wang dan tenaga digembleng untuk menaganinya. Dari hari
kesehari ia membiak bak kudis buta yang tiada
berkesudahan pada dunia pendidikan. Andai ia tidak
ditangani oleh semua pihak dengan bijak , isu ini boleh
menyebabkan keruntuhan sistem pendidikan kita pada hari
ini.

CABARAN DARI SEGI PEMANTAPAN
AGAMA

Sememangnya Falsafah Pendidikan Kebangsaan
menyatakan bahawa Pendidikan di Malaysia adalah suatu
usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi
individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk
mewujudkan insan yang harmonis dan seimbang dari segi
intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan
dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi
melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan,
berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkemampuan
pelbagai usaha dilaksanakan untuk memantapkan potensi
diri dari segi keagamaan. Mata pelajaran Pendidikan Islam,
Pendidikan Syariah Islamiah, Pendidikan Al Quran Dan
Assunnah dan Pendidikan Moral yang diperkenalkan dapat
mengukuhkan pegangan agama, menanam sifat-sifat mulia
serta membentuk tingkahlaku yang bersopan santun dan
saling menghormati sesama manusia.

Rumusan

Kesimpulannya, pada era globalisasi ini
atau dunia tanpa stransformasiempadan telah
memaksa industri pendidikan di Malaysia untuk
melalui era yang sangat dirasai gelombangnya.
Perkembangan dunia aspek ekonomi, sosial,
politik dan teknologi seharusnya menjadi
indikator asas kepada sistem pendidikan dan
persekolahan untuk memenuhi keperluan
tenaga manusia yang berteraskan keilmuan yang
berkualiti, asas nilai dan moral yang
berdasarkan kepercayaan kepada Tuhan,
semangat patiotis dan memelihara perpaduan
rakyat sebagai bangsa Malaysia, dan manusia
yang bertaraf dunia. Para pendidik adalah
wahana yang boleh menentukan corak manusia
yang mampu menghadapi alaf baru, abad ke-21.
Semoga segala cabaran yang dihadapi dalam
pendidikan ini dapat diatasi

Rujukan

• https://www.malaysiakini.com/news/501900
• http://yahanana-edu3093.blogspot.com/2015/03/bab-1-

isu-dan-cabaran-semasa-dalam.html
• https://www.academia.edu/1803174/Sistem_Pendidikan

_di_Malaysia_Dasar_Cabaran_dan_Pelaksanaan_ke_Ar
ah_Perpaduan_Nasional
• https://www.academia.edu/1803174/Sistem_Pendidikan
_di_Malaysia_Dasar_Cabaran_dan_Pelaksanaan_ke_Ar
ah_Perpaduan_Nasional
• https://yahanana-edu3093.blogspot.com/2015/03/bab-1-
isu-dan-cabaran-semasa-dalam.html
• https://tajuk3.blogspot.com/

Carta Gantt E-folio

BILL PROSES/MINGGU MINGGU MINGGU MINGGU MINGGU
1-2 3-6 7-10 11-12

Perbincangan tajuk e-folio
1 dan perbincangan dengan

pensyarah kursus

Pembahagian tugasan
2 kumpulan dan pengumpulan

data dan maklumat

Memasukkan bahan-bahan
yang dibincangkan,proses
3 editing bagi penghasilan e-

folio

Penambahan bahan
maklumat dan proses
4 kemaskini dengan maklumat

tambahan

Kemaskini semua item,
5 semakan ejaan dan hantar

link kepada pensyarah


Click to View FlipBook Version