The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by ROZAINY ABDUL RAZAK, 2023-11-20 15:49:33

MINIT MESY JK INDUK KOKU KE-2 2023-2024

MINIT MESY JK INDUK KOKU KE-2 2023-2024

SEKOLAH KEBANGSAAN BUKIT INDERA MUDA 14400 KUBANG SEMANG , BUKIT MERTAJAM ,PULAU PINANG MINIT MESYUARAT JAWATANKUASA INDUK KOKURIKULUM BIL 2 2023/2024 TARIKH : 14 JUN 2023 TEMPAT : BILIK MESYUARAT IBNU KHALDUN SKBIM MASA : 2:05 PETANG Kehadiran : 1. En. Wan Abdul Rashid bin Wan Abdul Rahman (Guru Besar) 2. En. Abdul Halim bin Abu Hassan (PK Kokurikulum) 3. En. Nasri bin Baharom (PK Pentadbiran) 4. Pn. Norhayati binti Husin (PK HEM) 5. Pn. Rozainy binti Abdul Razak (Setiausaha Kokurikulum) 6. En. Mohd Izzat bin Kamaruddin (Setiausaha sukan) 7. Pn. Firza binti Isa (Penolong Setiausaha sukan) 8. Pn. Wan Azizah binti Wan Harun 9. Pn. Ilyana binti Ikhsan 10. En. Abdul Hasif bin Zainol 31. Pn. Norhafiza binti Ishak 11. Pn. Zuraidah binti Abdul Aziz 32. Pn. Siti Umaiyah binti Haji Bakar 12. En. Mohd Firdaus bin Ismail 33. Cik Alawiyah binti A Bakar 13. En. Urishna Nadarajan 34. Pn. Rohaniza binti Bahari 14. Pn. Rozana binti Ali 35. Pn. Hasnah binti Hashim 15. En. Ridzwan bin Zainal Abidin 36. Pn. Hafizoh binti Abu Hasan 16. En. Mohd Zarifi bin Shahidan 37. Pn. Jamilah binti Ahmad 17. Pn. Rashidah binti Abdul Rashid 38. Pn. Lim Bee Cheng 18. En. Mohd Salehuddin bin Md. Nor 39. Pn. Noriza binti Che Mengat 19. En. Hasri bin Mohamad Nor 40. Pn. Farhannah binti Zulkaphli 20. Pn. Rohana binti Ismail 41. Pn. Norliza binti Baharudin 21. Pn. Siti Aminah binti Hasnaanin 22. Pn. Nazahiyah binti Aziz 23. Pn. Ribhiyah binti Bakar 24. Pn. Mazlita binti Abdul Majid 25. Pn. Zaharah binti Ismail 26. Pn. Noor Ashida binti Abd Manaf 27. Pn. Nurisma binti Ismail 28. Pn. Normizah binti Zakarya 29. En. Sharul Afandi bin Abdul Rashid 30. En. Mohammad Noor Azam bin Abu Bakar


AGENDA MESYUARAT 1.0 Ucapan Pengerusi 2.0 Ucapan Penolong Kanan Kokurikulum 3.0 Pengesahan minit mesyuarat yang lalu 4.0 Taklimat Merentas Desa dan Sukan Tahunan 5.0 Hal-hal lain 6.0 Penutup 1.0 Ucapan Pengerusi 1.1 Pengerusi merakamkan ucapan terima kasih atas kehadiran semua guru pada mesyuarat kali ini. 1.2 Beliau memaklumkan mengenai surat siaran kebenaran melakukan aktiviti luar bertarikh 6 Jun 2023 perkara 5: 1.2.1 Sebarang aktiviti atau latihan yang akan dijalankan perlu diberi surat kebenaran waris. 1.2.2 Guru perlu memastikan ada air minuman secukupnya serta menyediakan ais dan tuala bagi merawat kecederaan. 1.2.3 Guru perlu memeriksa suhu sebelum menjalankan aktiviti dan sekiranya suhu melebihi 35’c aktiviti perlu ditangguhkan segera. 1.2.4 Waktu rehat tambahan perlu diberikan semasa menjalankan aktiviti. 1.2.5 Rujuk klinik segera sekiranya terdapat kes strok haba dan laporkan kes kepada ibu bapa murid terbabit. Tindakan : Makluman 2.0 Ucapan Penolong Kanan Kokurikulum 2.1 Encik Abdul Halim mengucapkan terima kasih kepada semua yang hadir. Tindakan : Makluman 3.0 Pengesahan minit mesyuarat yang lalu 3.1 Minit mesyuarat kali pertama telah dibentang dan disahkan. Pencadang : Puan Wan Azizah binti Wan Harun Penyokong : Puan Nurisma binti Ismail Tindakan : Semua Ketua Unit 4.0 Taklimat Merentas Desa dan Sukan Tahunan 4.1 Pengerusi memohon semua guru untuk merujuk telegram AJK INDUK KOKU bagi melihat ajk Merentas Desa dan Sukan Tahunan.


4.2 Tarikh bagi Merentas Desa ialah pada hari Jumaat 23 Jun 2023 dan lawatan laluan ialah pada hari Selasa 20 Jun 2023. Tarikh Sukan Tahunan ialah pada hari Sabtu 12 Ogos 2023. 4.3 Pengerusi memohon kerjasama semua guru lelaki untuk hadir pada hari Sabtu bagi membantu Encik Izzat menyiapkan trek pada pukul 8:00 pagi. 4.4 Latihan rumah sukan akan dijalankan pada waktu !M!S mengikut jadual yang telah disediakan oleh setiausaha sukan. 4.5 Guru kelas diminta untuk mengambil dan mengedarkan surat kebenaran waris Merentas Desa kepada semua murid. Tindakan : Semua guru 5.0 Hal-hal lain 5.1 Encik Abdul Halim meminta semua guru yang membawa murid menyertai kejohanan untuk mengisi laporan pencapaian melalui pautan yang diberi sebelum 1 hari bulan pada setiap bulan. 5.2 Beliau turut mengingatkan semua guru Pendidikan Jasmani untuk berhenti awal 5 minit bagi memberi ruang untuk murid berehat selepas melakukan aktiviti. 5.3 Beliau juga mengingatkan semua guru Pendidikan Jasmani untuk tidak menjalankan aktiviti di luar bilik darjah sekiranya suhu melebihi 35’c. Tindakan : Semua guru 6.0 Penutup 6.1 Pengerusi memohon kerjasama semua guru bagi memastikan aktiviti Merentas Desa dan Sukan Tahunan berjalan dengan lancar. Tindakan : Semua guru Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 3:15 petang. Disediakan oleh: Disemak oleh: ( ROZAINY BINTI ABDUL RAZAK) ( ABDUL HALIM BIN ABU HASSAN ) Setiausaha Kokurikulum, PK Kokurikulum, SK Bukit Indera Muda. SK Bukit Indera Muda.


Click to View FlipBook Version