The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

MPU2071 TUGASAN 2 KERJA KURSUS KUMPULAN 6 (SASH2021)

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by mohdzaidiabdlazak, 2021-08-08 04:58:49

MPU2071 TUGASAN 2 KERJA KURSUS KUMPULAN 6 (SASH2021)

MPU2071 TUGASAN 2 KERJA KURSUS KUMPULAN 6 (SASH2021)

SEKOLAH KEBANGSAAN FELDA PURUN,
28200 BANDAR BERA, PAHANG

‘Sajak, Suara Hati untuk Malaysia’

ANJURAN: KELAB BAHASA DAN KERJASAMA
PANITIA SEJARAH

SEKOLAH KEBANGSAAN KINCHIR, Tel : 09 – 5461243
26650 PEKAN, Faks : 09 – 5461242
PAHANG DARUL MAKMUR. Email : [email protected]

Ruj. Kami: CBA 5035.600–5/1/3 (02)
Tarikh : 1 Ogos 2021

Kepada:

Guru Besar,
Sekolah Kebangsaan Kinchir,
26650 Pekan,
Pahang Darul Makmur.

Tuan,

MEMOHON KEBENARAN MENGADAKAN PERTANDINGAN ‘SAJAK SUARA HATI
UNTUK MALAYSIA’ ANJURAN KELAB BAHASA KERJASAMA PANITIA SEJARAH

Dengan segala hormatnya, perkara di atas dirujuk.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa Kelab Sejarah Sekolah ingin mengadakan
Pertandingan ‘Sajak, Suara Hati Untuk Malaysia’ (SASH2021) peringkat sekolah seperti

butiran di bawah:

Tarikh : 18 Ogos 2021 – 25 Ogos 2021
Masa :
Tempat :
Anjuran : Kelab Bahasa Kerjasama Panitia Sejarah

3. Pertandingan ini bertujuan untuk mencungkil dan mengasah bakat murid dalam
kemahiran berbahasa dan mendeklamasikan sajak serta meningkatkan semangat jati diri dan
patriotisme murid.

4. Sehubungan dengan itu, pihak kami ingin meminta jasa baik tuan untuk
mempertimbangkan permohonan kami.

5. Segala kerjasama dan keprihatinan pihak tuan, saya dahului dengan ucapan
terima kasih.

Sekian, terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menjalankan amanah,

…………………………………………
Setiausaha Kelab Bahasa SK Kinchir
Sk. Fail Sekolah

SEKOLAH KEBANGSAAN FELDA PURUN,
28200 BANDAR BERA, PAHANG DARUL MAKMUR

KERTAS KERJA
PERTANDINGAN ‘SAJAK, SUARA HATI UNTUK

MALAYSIA’ (SASH2021)

TARIKH:
18 OGOS 2021 HINGGA 25 OGOS 2021

TEMA:
MALAYSIA PRIHATIN

MASA:

TEMPAT:

ANJURAN:
KELAB BAHASA KERJASAMA PANITIA SEJARAH

1.0 TAJUK
Pertandingan ‘Sajak, Suara Hati untuk Malaysia’ (SASH2021)

2.0 PENDAHULUAN
Sambutan Bulan Kebangsaan merupakan satu cara untuk membangkitkan, memupuk dan
menyuburkan rasa cinta akan negara Malaysia. Oleh itu, bagi menanamkan minat terhadap
cinta pada negara, maka sambutan untuk menghayati kemerdekaan dilakukan dalam tempoh
sebulan.

Program ini juga bertujuan untuk memeriahkan lagi sambutan bulan kebangsaan
walaupun negara masih mengalami bencana iaitu covid19. Oleh itu, Kelab Sejarah
memainkan peranan penting untuk menanamkan sifat patriotik murid kepada negara dengan
pertandingan deklamasi sajak secara luar talian. Dalam menjaga kesedaran kesihatan,
program ini akan dilaksanakan secara dalam talian untuk mengelakkan perhimpunan dan
perlu mematuhi segala garis panduan yang diberikan oleh pihak kerajaan bagi mencegah
penularan wabak Covid-19 ini.

Semoga melalui aktiviti deklamasi sajak yang disediakan sempena Bulan Kemerdekaan
ini dapat menjalinkan hubungan yang rapat antara murid dengan warga sekolah serta
masyarakat setempat. Ini dapat mewujudkan lagi persefahaman dan perpaduan di kalangan
masyarakat. Semangat patriotisme juga dapat dipupuk dan disuburkan melalui sajak yang
akan dideklamasikan oleh murid-murid.

3.0 MATLAMAT

3.1 Melahirkan generasi Malaysia yang berilmu pengetahuan, memiliki jiwa dan peribadi
yang unggul, bersemangat muhibah serta mampu menghadapi cabaran secara
kolektif dan bersepadu.

3.2 Mendidik murid untuk menghayati kesenian budaya agar dapat melahirkan murid
yang kreatif dan aktif.

4.0 OBJEKTIF

Selepas mengikuti Pertandingan ‘Sajak, Suara Hati untuk Malaysia’ (SASH2021), ini murid
dapat:-

4.1 Melahirkan generasi yang cintakan akan negara
4.2 Memperingati jasa-jasa tokoh terdahulu dalam memperjuangkan kemerdekaan.
4.3 Memupuk semangat patriotisme dalam kalangan murid.
4.4 Meningkatkan daya kreativiti dan memupuk budaya persaingan dalam kalangan

murid-murid.
4.5 Meningkatkan prestasi murid dalam mata pelajaran Bahasa Melayu, Sejarah &

Pendidikan Muzik.
4.6 Meningkatkan komunikasi dan hubungan sosial yang menjurus kepada perpaduan

negara.
4.7 Menambahkan pengetahuan mengenai sejarah Kemerdekaan kepada murid-murid.

5.0 BUTIRAN AKTIVITI

5.1 TARIKH PERASMIAN
18 Ogos 2021 (Rabu)

5.2 TEMPAT PERASMIAN
Facebook sekolah, Kelas (Whatsapp), Telegram

5.3 MASA
8.30 pagi

5.4 SASARAN
Murid-murid Tahap 2 (Tahun 4 hingga 6)

5.5 TENTATIF AKTVITI (video rakaman)

Masa Aktiviti-aktiviti Catatan

Tarikh

8.30 am – 8.45 am Ucapan perasmian daripada Guru Besar

18/08/2021 8.45 am – 9.00am Persembahan Rakaman Deklamasi Sajak
PERASMIAN daripada guru tokoh
PEMBUKAAN
Taklimat pertandingan ‘Sajak, Suara Hati
9.00 am – 9.15 am untuk Malaysia’ (SASH2021)

10.00 am – 10.15 am Ucapan perasmian penutup daripada

30/08/2021 Guru Besar

PERASMIAN

PENUTUP 10.15 am – 11.15 am Pengumuman Pemenang

5.6 MAKLUMAT PERTANDINGAN

Tarikh : 18 Ogos 2021 hingga 19 Ogos 2021

Kaedah : Rakaman video

Penyertaan : Seorang sahaja

Penghantaran : Whatsapp/ Telegram/ Youtube (Guru Kelas/ Penyelaras)

5.7 PERATURAN PETANDINGAN ‘SAJAK, SUARA HATI UNTUK MALAYSIA’
(Rujuk Lampiran A)

5.8 BORANG PEMARKAHAN
(Rujuk Lampiran B)

5.9 SAJAK
(Rujuk Lampiran C)

6.0 JAWATANKUASA PELAKSANA

PENGERUSI : PN. HAMIDAH BINTI ISMAIL
NAIB PENGERUSI I (GURU BESAR)
NAIB PENGERUSI II
NAIB PENGERUSI III : PUAN ROSMIZA BINTI ABDUL RAHMAN
PENYELARAS (GPK KO KURIKULUM)
SETIAUSAHA
: ENCIK ZURAIDI BIN ABDUL JALIL
(GPK KURIKULUM)

: ENCIK NORAZLIN BIN ABAS
(GPK HAL EHWAL MURID)

: EN. MUHAMAD KHAIRI BIN MUSTAFFA
(PENYELARAS KELAB SEJARAH)

: ENCIK MOHD ZAIDI BIN ABD LAZAK

AJK CIK HABSAH BINTI SHAIRUDIN
CIK NUR IZZAH AMIRAH BINTI JONAIDI
: EN. MOHD NAZRUL HISHAMUDDIN BIN MOHD NASIR
: CIK NORAISYAH BINTI AB LATIFF
: PN. NAZATUL LIZA BINTI ZAKARIA
: PN. SITI ADNI BINTI RAZALI

7.0 ANGGARAN PERBELANJAAN

BIL PERKARA KUANTITI HARGA/UNIT (RM) JUMLAH

1. Banting (2x4) 2 unit 50.00 RM 100.00

2. Hadiah Hamper: 1 unit 50.00 RM 220.00
Pertama 1 unit 40.00
Kedua 1 unit 30.00
Ketiga 1 unit x 10 10.00
Saguhati

JUMLAH RM 320.00

ULASAN KEWANGAN

............................................................................................................................................................
............................................................................................................................................................
............................................................................................................................................................
............................................................................................................................................................

8.0 PENUTUP
Diharapkan Pertandingan deklamasi sajak ini dapat dilaksanakan dengan jayanya dan
dapat mencapai objektif yang diingini. Adalah diharapkan aktiviti-aktiviti seni seperti ini
akan terus berkembang dan mendapat sambutan yang baik dari semua pihak demi
kesedaran untuk melibatkan diri dalam mengembangkan budaya seni Melayu agar tidak terus
ditelan zaman. Semoga usaha murni ini mendapat sokongan dari semua pihak dan memberi
manfaat sepenuhnya kepada murid-murid.

Disediakan oleh, Tarikh: 01 Ogos 2021
Tarikh:
……………………………..........…..................... Tarikh:
(MOHD ZAIDI BIN ABD LAZAK)
Setiausaha,
Kelab Bahasa,
Sekolah Kebangsaan Felda Purun.

Disemak oleh,

………………………………….....................
(PUAN ROSMIZA BINTI ABDUL RAHMAN)
Guru Penolong Kanan Kokurikulum,
Sekolah Kebangsaan Felda Purun.

Disahkan oleh,

…………………………………...
(PUAN HAMIDAH BINTI ISMAIL)
Guru Besar,
Sekolah Kebangsaan Felda Purun.

LAMPIRAN A

SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN ‘SAJAK, SUARA HATI UNTUK
MALAYSIA’ (SASH2021)

KELAB BAHASA KERJASAMA PANITIA SEJARAH
SEKOLAH KEBANGSAAN FELDA PURUN

1. Pertandingan Deklamasi Sajak Pertandingan ‘Sajak, Suara Hati untuk Malaysia
(luar talian)

Rakaman video berdasarkan sajak yang disediakan.
Rakaman video sajak terbuka kepada guru dan murid Tahun 4, 5 dan 6. Setiap
kelas mesti menghantar wakil masing-masing.
Sekurang-kurangnya 5 orang murid bagi setiap kelas / penyertaan.
Pertandingan dinilai dari intonasi suara, kelancaran, kreativiti dan gaya
persembahan.
Sajak bertemakan Sejarah Negara dan Kemerdekaan. Sajak akan disediakan
oleh pihak penyelia.
Penyertaan video hanya boleh disertai seorang murid.
Hadiah diberikan bagi setiap kategori dari tempat pertama hingga ketiga. 10
hadiah saguhati juga disediakan.

PERTANDINGAN ‘SAJAK, SUARA HATI UNTUK MALAYSIA’ (SASH2021)
SEKOLAH KEBANGSAAN FELDA PURUN

LAMPIRAN B

BORANG MARKAH PERTANDINGAN ‘SAJAK
SUARA HATI UNTUK MALAYSIA’ (SASH2021)

NAMA TAJUK GAYA SUARA KELANCARAN KREATIVITI JUMLAH
PERSEMBAHAN MARKAH

20 MARKAH 30 MARKAH 30 MARKAH 20 MARKAH

LAMPIRAN C

SAJAK

ERTI KEMERDEKAAN

Kita mencari hanya yang tulen dan jati
sekadar hidup mengerti dan berbudi
dan bumi akan subur, makmur dan mewah
jika kita bekerja dan berikrar hidup bersama

tanah air memberi banyak
mesra mendakap kita

kemerdekaan mendorong kita berdiri dan berbakti
dan dalam alaf baru

semangat kita wajar padu berjalan kita
atas nama tanah air dan bangsa
bangga kerana merdeka
megah kerana bahagia.

A Samad Said

SAJAK KEMERDEKAAN: MENYAMBUT MERDEKA

Sambutannya berulang lagi
saban tahun ia kembali

keranamu Malaysia aku di sini
menabur bakti ibu pertiwi.

Jalur gemilang berkibar megah
sana sini mencipta indah

namun segelintir tiada endah
satukan hati bukannya mudah.

Hanya Malaysia negara tercinta
pejuang bersusah untuk merdeka

jangan siakan apa yang ada
sayangilah tumpah darah kita.

SUMPAH ANAK MERDEKA

Aku anak merdeka
Bangkit dari persada luka
Berdiri megah di pentas wira
Inginku tebus maruah bangsa

Aku anak merdeka
Terjaga dari ranjang kecewa
Berpaksi gagah di panggung perkasa
Ingin ku bela nasib bangsa

Aku anak merdeka
Harapan nusa dan bangsa
Akan kutentang petualang negara
Yang tegar membuat angkara

Aku anak merdeka
Di hati semangat waja
Di dada penuh satria
Ini Tuah akan membela
Untuk kubalut luka lama

SAJAK KEMERDEKAAN: DI PENTAS KEBEBASAN

Kamu membakar hutan bandar
kedai dan kereta disambar api kemarahan

semarak darah generasi abad dua
puluh satu

siapa yang ditentang juga jelas
menegakkan keadilan dengan tangan kasar

meja rundingan pun turut dibakar.

Seorang tua termanggu melihat kejadian
peristiwa yang tidak terlintas di fikiran
apakah yang dicari wahai anak muda?
Aku yang membina tiang kemerdekaan
kau bersorak bangga mematahkan.

Aku yang mengecat tugu sejarah
putih bersih sedap mata memandang

kau conteng dengan niat hitam.

Jari terketar tak mampu menampar
tangannya letih hendak menangani
mereka yang bingung di pentas kebebasan
tercari-cari nama negeri bumi yang dipijak
sedangkan ladang sudah dibajak
benih sudah dipilih untuk disemai.

Orang tua itu berbisik sedih
aku membina kamu meruntuhkan.

KHADIJAH HASHIM
Taman Tun Dr Ismail, Kuala Lumpur

SAJAK KEMERDEKAAN: 31 OGOS TIBA LAGI

Setiap kali tibamu Ogos
mengerling monumen yang lusuh dan tugu berdarah

dalam matang akal fikir
semangat dan kudrat masih berbaki
merisik khabar pejuang yang jauh
dalam lipatan darmawisata merdeka

mahalnya nostalgia.

Manis dan comelmu Ogos ini tiba jua
menyentak lolong makrifat membiak musim

ceriteranya berderai plotnya berkecai
mengirai skrip duga yang tak sudah
atas aspal fatamorgana bumi bertuah.

Ogos yang sujud di kaki merdeka
tanggal tiga puluh satumu tidak pernah hilang

tetap menyimpul senyum
meskipun termateri kenangan pahit

yang mahal dan cantik.

Hari ini mentari 31 Ogos memancar lagi
bersama gemersik angin di bumi bertuah

mendewasakan ukhuwah dan ummah
siap siaga warga berdaulat memahat sejarah

dalam tamadun bangsa yang gah.

Terima kasih pejuang tanah merdeka
terima kasih aduhai tanah airku Malaysia!

WAN ZAHARI WAN ALI,
SMK Saujana, Setiu, Terengganu.

MERDEKA KAH KITA

Merdeka
Perkataan keramat ini
Tersemat di hati sekian lama
Apa artinya merdeka

Jika kita lupa
Tanggungjawab kepada bumi pertiwi ini

Merdeka
Kau begitu bearti bagiku
Kau begitu besar maknanya
Kepada warisan anak watan

Tetapi,
dewasa ini
Anak –anak kita semakin lupa
Kesusahan yang kita dahulu bawa
Kesengsaraan yang kita hadapi
Untuk mendakap kemerdekaan ini

Apa artinya merdeka
Jika jiwa kosong tak bermakna

Jiwa tandus tanpa rasa
Sayangkan negara cintakan bangsa

Merdekakah kita..

Nukilan mk

TANAHAIR
(menjelang kemerdekaan)

Engkau Tanah Air
pemilik perut yang berbudi
penampung hujan penyedut sinar mentari
lahirlah anakmu dari semaian petani

Engkau Ibu Murni
dengan jasa abadi
berdetik didenyut nafas kami
kerna kita satu sama dipunyai

Telah kau rasa
segala seperti kami
dalam ngeri perang dadamu dibongkar besi
di mana-mana wajahmu tak pernah mati

Tapi begitu
sejarah hidup zaman berzaman
pernah merangkul pahlawan kemerdekaan

mereka sujud dalam kaku
mohon perlindungan

Bukankah dengan
kasih dan harapan
kau tenggelamkan mereka dalam dakapan
di mana bunga ganti nisan bertaburan

Negara baru
di atas rongga jantungmu
akan tertegak bertapak dalam kebebasan
cinta antara kita wahyu dari Tuhan.

Tongkat Warrant
1956

PADA TANAH YANG INDAH

Dalam mata yang bersih merayap cahaya jernih
aku sama menagih kemerdekaan kekasih,
dalam dada yang mesra tenang telaga cinta
aku janji setia membela tanah pusaka.

Kira ribut mendurja mengancam tanah yang indah
setapak tiada kurela untuk melutut kecewa,

biar peluru selaksa mendendam liar mangsanya
untuk kekasih pusaka hatiku tetap rela.

Dalam lari berlari berbaja kasih di hati
azam besi berumbi: melebur penjajah di bumi!
Dalam rindu berpadu, hitam dendam terpendam
aku terlalu merindu fajar cemerlang menjelang.

Hati ini seluruh kasihkan kekasih sepenuh
beri janji yang teguh hingga badanku luluh!

A. Samad Said
1956

SEKOLAH KEBANGSAAN KINCHIR, Tel : 09 – 5461243
26650 PEKAN, Faks : 09 – 5461242
PAHANG DARUL MAKMUR. Email : [email protected]

Ruj. Kami: CBA 5035.600–5/1/3 (02)
Tarikh : 14 Ogos 2021

Kepada:

Guru Besar,
Sekolah Kebangsaan Kinchir,
26650 Pekan,
Pahang Darul Makmur.

Tuan,

JEMPUTAN SEBAGAI PERASMI MAJLIS PERASMIAN PERTANDINGAN ‘SAJAK
SUARA HATI UNTUK MALAYSIA’ (SASH2021)

Dengan segala hormatnya, perkara di atas dirujuk.

2. Adalah dimaklumkan Majlis Perasmian Pertandingan ‘Sajak Suara Hati untuk
Malaysia’ (SASH2021) akan diadakan pada:

Tarikh/Hari : 18 Ogos 2021 (Rabu)
Masa : 8.30 pagi – 10.00 pagi
Tempat
Perantaraan : Media Sosial (Whatsapp/ Telegram/ Facebook)

: Google Meet (Video call link: )

3. Sehubungan dengan itu, pihak Kelab Bahasa Sekolah dengan kerjasama Panitia
Sejarah ingin menjemput Encik Sohaimi bin Abdullah sebagai perasmi pertandingan
SASH2021.

4. Segala kerjasama dan keprihatinan pihak tuan, saya dahului dengan ucapan
terima kasih.

Sekian, terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menjalankan amanah,

…………………………………………
Setiausaha Kelab Bahasa SK Kinchir

Sk. Fail Sekolah

SEKOLAH KEBANGSAAN KINCHIR, Tel : 09 – 5461243
26650 PEKAN, Faks : 09 – 5461242
PAHANG DARUL MAKMUR. Email : [email protected]

Ruj. Kami: CBA 5035.600–5/1/3 (02)
Tarikh : 14 Ogos 2021

Kepada:

Guru Besar,
Sekolah Kebangsaan Kinchir,
26650 Pekan,
Pahang Darul Makmur.

Tuan,

JEMPUTAN SEBAGAI PERASMI MAJLIS PERASMIAN PENUTUP PERTANDINGAN
‘SAJAK SUARA HATI UNTUK MALAYSIA’ (SASH2021)

Dengan segala hormatnya, perkara di atas dirujuk.

2. Adalah dimaklumkan Majlis Perasmian Penutup Pertandingan ‘Sajak Suara Hati
untuk Malaysia’ (SASH2021) akan diadakan pada:

Tarikh/Hari : 25 Ogos 2021 (Rabu) )
Masa : 8.30 pagi – 8.45 pagi
Tempat
Perantaraan :

: Google Meet (Video call link:

3. Sehubungan dengan itu, pihak Kelab Bahasa Sekolah dengan kerjasama Panitia
Sejarah ingin menjemput Encik Sohaimi bin Abdullah sebagai perasmi Majlis Penutupan
Pertandingan SASH2021.

4. Segala kerjasama dan keprihatinan pihak tuan, saya dahului dengan ucapan
terima kasih.

Sekian, terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menjalankan amanah,

…………………………………………
Setiausaha Kelab Bahasa SK Kinchir

Sk. Fail Sekolah

OGOS
OGOS

1 8 2 52021

2021

SASH2021 BORANG & SAJAK

PERTANDINGAN BOLEH DIDAPATI

SASH2021 DARIPADA

SAJAK, CIKGU MOHD ZAIDI BIN
ABD LAZAK
SUARA HATI
011-10393232
UNTUK

MALAYSIA


Click to View FlipBook Version