The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Nota yang dibina berdasarkan buku teks oleh Ustazah Hjh Siti Maseriyani binti Sapari.

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Sabhan@moe, 2020-11-09 20:12:05

PIT1_HADIS

Nota yang dibina berdasarkan buku teks oleh Ustazah Hjh Siti Maseriyani binti Sapari.

Keywords: HADIS,PENDIDIKAN ISLAM,TING 1

1

PELAJARAN IKHLAS DALAM KEHIDUPAN
11

(HADIS)

HARI : _______________ TARIKH : ______________

HADIS DAN TERJEMAHAN

: ‫قَا َل‬ ‫عَنْه‬ ُ‫الله‬ ‫َرض َي‬ ‫الْخَ َطّاب‬ ‫َعََسْْنع أَُمتْْيَُر اُسلْْوُمَْلؤمانللْهَي أََصَِلّْبى َحالْفلهُ ٍعَصلَْيعُهَمََور َسبَْلَّنم‬
:‫يَ ُق ْو ُل‬
Amirul mukminin Abu Hafs Umar bin Al Khattab berkata, aku mendengar Rasulullah bersabda

‫إَّنَا اْلَ ْع َما ُل ِبلنّيَات َوإَّنَا ل ُك ّل اْمر ٍئ َما نََوى‬
Sesungguhnya setiap amalan berasaskan niat dan sesungguhnya bagi seseorang itu berdasarkan

apa-apa yang diniatkannya.

‫فََم ْن َكانَ ْت ه ْجَرتُهُ إََل الله َوَر ُسْوله فَه ْجَرتُهُ إ َل الله َوَر ُسْوله‬
Sesiapa yang berhijrah kerana Allah dan RasulNya, maka hijrahnya itu kepada Allah dan RasulNya

(diterima dan diberi ganjaran), ‫َوَم ْن َكانَ ْت ه ْجَرتُهُ ل ُدنْيَا يُصْيبُ َها أَْو اْمَرأٍَة يَْنك ُح َها فَه ْجَرتُهُ إََل َما َها َجَر إلَْيه‬
dan sesiapa yang berhijrah kerana tujuan keduniaan yang ingin diperolehinya, ia akan

mendapatnya atau sesiapa yang berhijrah kerana wanita yang ingin dinikahinya, maka hijrahnya

akan mendapat apa yang diniatkannya.”

(‫)رواه البخاري ومسلم‬

(Riwayat Bukhari dan Muslim)

Bahasa Berasal daripada perkataan “‫ ”اَ ْخلَ َص‬yang bermaksud bersih dan.

suci daripada kotoran yang mencemarkan.

IKHLAS Semua amalan zahir dan batin yang dilakukan semata-mata

Istilah mengharapkan keredaan Allah SWT tanpa menyekutukanNya

dengan yang lain.

* Orang yang ikhlas akan berusaha menyembunyikan amalan kebaikan yang dilakukan sebagaimana
menyembunyikan keburukannya daripada diketahui umum.

Istiqamah melakukan kebaikan

CIRI-CIRI ORANG YANG IKHLAS Tidak mengharapkan pujian manusia

Sentiasa mengharapkan keredaan Allah SWT

Tidak mengingati kebaikan yang dilakukan

Sentiasa bersabar dalam kesulitan

Tidak menghiraukan kejian manusia

Mengharapkan ganjaran pahala di akhirat

22

Hidup Mendapat Terhindar
menjadi perlindungan daripada
tenang dan hasutan
tenteram. Allah SWT. syaitan.

Doanya akan KEPENTINGAN Diangkat
dimakbulkan IKHLAS darjat dan
Allah SWT. martabat oleh
Amal ibadat Allah SWT.
diterima Allah

SWT.

PENGAJARAN HADIS

1. Umat Islam hendaklah berniat kerana Allah SWT dalam setiap amalan agar mendapat
keredaan Allah SWT.

2. Umat Islam hendaklah meyakini bahawa Allah SWT akan memberikan ganjaran
kepada hambaNya yang ikhlas

3. Kita hendaklah melakukan ibadat dengan niat yang ikhlas agar ibadat kita
diterima Allah SWT.

4 Kita hendaklah menjauhi sifat riya’ dan ingin menunjuk-nunjuk agar amalan
tidak sia-sia.

23

PELAJARAN JIHAD DALAM ISLAM
12

(HADIS)

HARI : _______________ TARIKH : ______________

HADIS DAN TERJEMAHAN

‫ َساَلْ ُت النَِّّب صلى الله عليه وسلم‬: ‫َع ْن عَْبد اّلّل بن َم ْسعُوٍد رضي الله عنه قَا َل‬

Abdullah bin Mas`ud R.A berkata, saya bertanya Rasulullah SAW

‫ ال َّصلاَةُ َعلَى َوقْت َها‬: ‫أَ ُّي الْعَ َمل أَ َح ُّب إ َل اَّلّل ؟ قَا َل‬

Amalan manakah yang paling disukai oleh Allah SWT ? baginda bersabda, “Solat pada waktunya”

‫ بُّر الَْوال َديْن‬: ‫ َُثّ أَ ُّى ؟ قَا َل‬: ‫قَا َل‬

Ibnu Mas`ud R.A bertanya lagi, “ Apakah pula selepas itu ?” baginda menjawab “berbakti kepada
ibu bapa”

)‫ (متفق عليه‬.‫ الج َها ُد ِف َسبيل اَّلّل‬: ‫ َُثّ أَ ُّى ؟ قَا َل‬: ‫ قَا َل‬.

Ibnu Mas`ud R.A bertanya lagi, “ Apakah pula selepas itu ?” baginda menjawab “berjihad di jalan
Allah SWT.”

TIGA AMALAN YANG PALING DISUKAI ALLAH SWT

Berjihad Menunaikan
dengan solat pada
mengorbankan waktunya.
harta dan
nyawa demi
ketinggian
agama Islam.

Berbakti kepada
ibu bapa.

✓ Solat ialah kemuncak hubungan manusia dengan Allah SWT.

✓ Berbakti kepada ibu bapa kemuncak hubungan sesama manusia.

✓ Jihad merupakan amalan yang dapat memastikan kemuliaan umat sentiasa terpelihara.

MAKSUD Bahasa Mengorbankan diri di jalan Allah SWT.
JIHAD Istilah
Menggunakan seluruh kemampuan yang dimiliki untuk

menegakkan agama Islam dan mempertahankannya.

Dalam suasana aman, menjadi fardhu kifayah kepada sebahagian umat Islam untuk
bersiap siaga menjaga keamanan negara daripada pencerobohan musuh, kekacauan

atau pemberontakan.

24

KELEBIHAN Diampunkan dosa
BERJIHAD Mendapat rahmat dan kasih sayang Allah SWT
Mendapat ganjaran pahala berlipat ganda
Dianugerahkan mati syahid
Mendapat nikmat di alam barzakh
Dimasukkan ke dalam syurga bersama-sama para nabi
Mendapat darjat yang tinggi di sisi Allah SWT

JENIS-JENIS JIHAD

JIHAD ILMU JIHAD EKONOMI

Belajar bersungguh-sungguh. Kita mesti berusaha untuk menguasai
Niat ikhlas untuk beramal dan berbakti sistem ekonomi dan bukan hanya
kepada umat Islam. menjadi pengguna.
Menguasai pelbagai bidang ilmu.
Contohnya jasa ilmuan Islam seperti
Imam Asy – Shafie, Imam An – Nawawi, Al
– Biruni, Al – Farabi dan Al – Kindi terlalu
besar kepada umat Islam.

PENGAJARAN HADIS

• Kita hendaklah melakukan amalan yang disukai oleh Allah SWT untuk menjadi umat

yang cemerlang di dunia dan di akhirat .

• Umat Islam wajiblah menunaikan solat pada waktunya supaya menjadi umat yang
beradab, berdisiplin dan sentiasa menghargai masa.

• Setiap muslim wajib berbakti kepada ibu bapa untuk mendapat keredaan Allah SWT

dan kebahagiaan hidup ..

• Kita hendaklah mempertahankan negara daripada musuh dan anasir luar agar negara

aman damai. .

• Umat Islam dituntut agar beramal mengikut keutamaan supaya dapat memberikan

kesan yang maksimum. .

25


Click to View FlipBook Version