The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by kamal.alrahman, 2023-07-03 04:20:18

DE JURE BUSINESS ADVISORY

BUSINESS PROFILE

Keywords: DE JURE'S BUSINESS PROFILE

DE JURE INTERNATIONAL SDN. BHD. Profail Syarikat Come to Success


KANDUNGAN Tajuk Halaman 1.0 Pengenalan 2 2.0 Data Firma 4 3.0 Visi 5 4.0 Misi 6 5.0 Tagline 7 6.0 Perkhidmatan Ditawarkan 8-9 7.0 Pengurusan Firma 10-13 8.0 Carta Organisasi 14 9.0 Latihan Perniagaan 15-25 10.0 Penutup 26


PENGENALAN e Jure International Sdn. Bhd. (DeJure) telah ditubuhkan oleh En. Kamaludin bin Abdul Rahman pada 18 Jun 2020. DJI merupakan sebuah syarikat persendirian terhad oleh syer, yang didaftarkan di bawah Akta Syarikat 2016. Pejabat urusan dan premis utama perniagaan terletak di 10-2, Taman Bangi Avenue 1/8, Taman Bangi Avenue, 43000 Kajang, Selangor. Aktiviti utama bisnes DeJure ialah perkhidmatan perakaunan, perkhidmatan cukai pendapatan dan pematuhan, kesetiausahaan syarikat, pengurusan perniagaan dan latihan keusahawanan. Pelanggan utama DeJure ialah perusahaan bersaiz kecil-sederhana yang terdapat di sekitar Lembah Klang, Shah Alam, Puchong, Subang Jaya, Hulu Langat dan Sepang. DeJure juga menawarkan perkhidmatan latihan perniagaan dan keusahawanan khususnya dalam bidang latihan dan kejurulatihan keusahawanan praperniagaan dan pasca-perniagaan. Pendekatan penyampaian latihan perniagaan dan keusahawanan adalah berkonsepkan 3P, iaitu Pengalaman, Pengetahuan dan Praktis. Berdasarkan konsep 3P, peserta-peserta kursus akan didedahkan kepada senario latihan sebenar melalui kursus atau bengkel yang disampaikan oleh penceramah yang mempunyai ilmu, pengalaman dan amalan dalam bidang masing-masing. D


Akhirul kalam, DeJure beriltizam untuk , pertama; menjadi sebuah firma yang mampu melatih usahawan dan newbies dalam pelbagai bidang perniagaan di peringkat asas dan lanjutan. Kedua, untuk melahirkan usahawan yang berdaya saing, tahan tekanan dan mampu melestarikan perniagaan mereak ditengah-tengah keadaan ekonomi yang tidak menentu.


DATA FIRMA Nama Firma : DE JURE INTERNATIONAL SDN. BHD. No. Pendaftaran Perniagaan : (202101015717)1416017-K Tarikh Pendaftaran : 26 April 2021 Jenis Perniagaan : Syarikat Terhad Oleh Syer Alamat Perniagaan : 10-2 Jalan Bangi Avenue 1/8 Taman Bangi Avenue 43000 Kajang Selangor Bidang Perniagaan : Training dan Coaching No. Telefon : 03-8912 4417/ 013-260 2878 No. Fax : 03-8912 4417 Bank : Bank Islam Malaysia Berhad Laman web : www.maskama.com E-mail : [email protected]


isi DEJURE ialah menjadi firma latihan perniagaankeusahawanan dan coaching yang menawarkan perkhidmatan kepada usahawan tersedia dan remaja melalaui kursus-kursus, bengkel, seminar, coaching dan diskusi melalui pelbagai medium penyampaian ilmu pengetahuan. Secara khususnya, visi kami meliputii tiga aspek utama seperti berikut: 1. Untuk memberikan latihan perniagaan dan keusahawanan kepada golongan pekerja organisasi peringkat sokongan dengan harapan mereka dapat meningkatkan kecekapan dan produktiviti syarikat-syarikat majikan. 2. Untuk membekalkan para usahawan PKS dengan ilmu pengetahuan bisnes dan keusahawanan terkini diperingkat praperniagaan dan lanjutan. 3. Untuk melatih usahawan di peringkatan lanjutan bagi memantapkan lagi pengetahuan mereka dalam bidang-bidang pemasaran digital, pengurusan kewangan, perancangan kewangan, bengkel perakaunan berkomputer, kepimpinan berkesan dan lain-lain lagi. V


isi DEJURE ialah menjadi sebuah pusat latihan perniagaan dan keusahawan yang bernilai tinggi dengan menawarkan kursus-kursus yang dapat meningkatkan lagi daya saing dan ketahanan usahawan, seterusnya membimbing mereka dalam mencapai objektif yang telah diskripkan dalam tempoh tiga tahun akan datang. M


TAGLINE MARI MENUJU KEJAYAAN (COME TO SUCCESS) agline ini bermaksud usahawan hendaklah fokus dan bersemangat (passionate) menuju kejayaan. Kejayaan itu perlu diraih dengan cara menetapkan matlamat SMART, suatu skrip kehidupan bertulis yang dirangka berdasarkan prinsip NLP dengan menggabungkan elemen-elemen Visual, Auditori, Kinestetik, Olfaktory dan Gustatori (VAKOG). Sebanyak 90% usahawan gagal disebabkan mereka tidak menetapkan matlamat secara khusus dan terperinci diperingkat awal perniagaan. Tambahan pula, mereka menjadi usahawan bukan secara dirancang, tetapi sudah tiada pilihan atau sementara menunggu pekerjaan tetap. T


PERKHIDMATAN YANG DITAWARKAN ami menyediakan perkhidmatan-perkhidmatan berikut untuk individu, perniagaan dan juga syarikat-syarikat. 1. Penubuhan Perbadanan • Syarikat Berhad oleh Syer • Syarikat Berhad oleh Jaminan • Perkongsian Liabiliti Terhad 2. Penyediaan Penyata Kewangan • Perniagaan Milikan Tunggal • Firma Perkongsian • Perkongsian Liabiliti Terhad • Syarikat K


3. Pengiraan dan Pematuhan Cukai • Cukai Perniagaan • Cukai Korporat • Cukai Keuntungan Harta Tanah • Rayuan Cukai 4. Kesetiaushaan Syarikat dan Perundingan • Setiausaha Syarikat • Pemotongan Nama Syarikat Daripada Senarai • Mengaktifkan Semula Syarikat Yang Ditutup Oleh SSM • Penyediaan MBRS Annual Return dan Annual Report • Pengurangan Modal Syer • Carian Maklumat dan Laporan Syarikat 5. Rundingcara Perniagaan • Pemilihan Entiti Perniagaan • Pembentukan Nama Perniagaan • Krisis Ahli Lembaga Pengarah/ Pekongsi • Pemilihan Rakan Kongsi Niaga/Pengarah • Pembentukan Perjanjian Perkongsian/PLT 6. Kursus dan Latihan • Kursus pra-perniagaan • Kursus pasca-perniagaan • Kursus Kepimpinan Perniagaan • Kursus Laman Web dan e-Dagang


TIM PENGURUSAN engurusan DEJURE diterajui oleh dua orang utama (key persons) yang berpengalaman dalam bidang Perakaunan, Percukaian, Kesetiausahaan Syarikat, dan Kursus & Latihan Perniagaan. Kedua-dua bidang tersebut merupakan bidang teras perniagaan yang diketuai oleh Ketua Perunding. Ketua Perunding KAMALUDIN ABDUL RAHMAN Beliau di lahirkan pada tahun 1962 di Parit, Perak Darul Ridzuan dan mendapat P


pendidikan menengah di Sekolah Menengah Iskandar Shah, Parit. Beliau merupakan seorang usahawan yang mempunyai 30 tahun pengalaman dalam bidang perakaunan, percukaian, kesetiausahaan syarikat, latihan bisnes dan keusahawanan dan juga rundingcara perniagaan. Sebagai seorang pengarah di Smart Corporate Group Sdn. Bhd., beliau dahulu telah dilantik sebagai setiausaha syarikat dan akauntan percukaian kepada lebih daripada 1,000 buah syarikat/perusahaan bersaiz kecil dan sederhana sejak 1989 sehinggalah sekarang. En. Kamaludin mempunyai kelulusan akademik dalam bidang B. Sc (Resource Econs) UPM, Master of Economics (Financial Econs) UPM, Certificate in Taxation UiTM, Certificate in Corporate Secretary UM dan Master of Business Laws daripada UKM. Beliau juga merupakan ahli badan profesional Malaysian Association of Tax Accountants, Malaysian Institute of Approved Company Secretary dan Malaysian Institue of Marketing. Disamping itu beliau pernah dilantik sebagai pensyarah sambilan dalam bidang keusahawan di UPM dan tutor sambilan dalam bidang ekonomi perniagaan di USIM. En. Kamaludin juga sering dijemput memberikan ceramah dalam bidang percukaian dan juga tanggungan pengarah syarikat menurut Akta Syarikat di badan-badan kerajaan dan berkanun. Beliau juga aktif menulis artikel di buletin dan juga buku-buku tentang kesetiausahaan syarikat, keusahawanan dan juga cukai barang dan perkhidmatan.


Buku-buku yang dikarang oleh En. Kamaludin Abdul Rahman Laman web: www.maskama.com


PENGURUS NOOR SYAQIRAH KAMALUDIN OOR SYAQIRAH berkelulusan LLB. (Hons) daripada Universiti Malaya pada tahun 2018 dan sedang menjalani latihan dalam kamar di bawah Tetuan Amirta & Co. Kemudian beliau telah dilantik sebagai seorang peguambela dan peguamcara di firma Tetuan Lee & Lim pada May 2019-Disember 2019. Selepas itu, beliau telah menyertai Lazada Malaysia pada Januari 2020, unit bisnes dan undang-undang selama enam bulan sebelum diberhentikan kerja disebabkan oleh krisis Covid 19. Di DEJURE Noor Syaqirah ditugaskan untuk mengawal selia kerjakerja yang melibatkan kesetiausahaan syarikat dan undang-undang perniagaan yang lain. Selain itu beliau juga terlibat dalam kerja-kerja pengurusan kewangan dan pentadbiran syarikat, terutamanya akaun pelanggan, dan pentadbiran. N


CARTA ORGANISASI Kedudukan carta organisasi DJBA adalah seperti berikut: CEO/ Ketua Perunding Pengurus Setiausaha Syarikat Kerani Am Akauntan Pembantu Akauntan


LATIHAN PERNIAGAAN JBA menumpukan aktiviti perniagaannya dalam bidang kursus dan latihan bisnes dan keusahawanan untuk kakitangan syarikat awam dan badan berkaun, usahawan kecil-sederhana, pelajar-pelajar di institusi pengajian tinggi, serta kepada individu lain yang berminat. Terdapat lebih 90 peratus usahawan bersaiz kecil-sederhana di Malaysia dan mereka merupakan majikan terbesar yang menawarkan peluang pekerjaan. Usahawan-usahawan PKS perlulah menghadiri latihan bisnes dan keusahawanan sebelum mereka memulakan perniagaan lagi. Kemudian, golongan pekerja perlu dilatih supaya dapat menyokong kemajuan syarikat-syarikat PKS tersebut. Modulmodul kursus dan latihan bisnes dan keusahawanan yang ditawarkan adalah berasaskan Pengetahuan, Pengalaman dan Praktis yang disampaikan oleh usahawan berpengalaman dalam bidang masingmasing. D


Kepentingan Latihan Seseorang usahawan itu bukan dilahirkan untuk berjaya Tetapi sebaliknya mereka dilatih, dan berjaya merupakan suatu manifestasi hasil daripada kerja yang bersungguh-sungguh.. Walaupun seseorang itu mempunyai pengetahuan dan kemahiran teknikal, mereka juga perlu dilengkapkan dengan pengetahuan bisnes supaya mampu bersaing dalam dunia perniagaan yang sentiasa berubah. Oleh itu, kepentingan latihan bisnes dan keusahawan di DJBA bertujuan untuk menokok-nambah dan memantapkankan lagi ilmu dan kemahiran dan sejajar dengan perubahan robus dunia hari ini. Objektif latihan Objektif latihan pra-perniagaan dan keusahawanan di DEJURE ialah untuk mencapai perkara-perkara berikut: a. Untuk menawarkan latihan perniagaan kepada kaki tangan sokongan PKS dalam bidang perakaunan berkomputer, pematuhan cukai, kesetiausahaan syarikat dan dan lain-lain. b. Untuk melahirkan usahawan yang mampu menguasai pengetahuan asas yang diperlukan dalam perniagaan. c. Untuk membentuk usahawan yang resilien terhadap jatuh bangun bisnes, rentan dengan kemelesetan ekonomi, dan mampu melestarikan bisnes walaupun dalam kebejatan ekonomi.


Terdapat lima modul kursus seperti di bawah: Modul 01: Pemilikan Perniagaan: Memilih Jenis-jenis Perniagaan, Tugas dan Kewajipan Pemiliki; Pekongsi dan Pengarah Syarikat serta Pematuhan Undang-undang. Tempoh Kursus: 1 hari Sinopsis Modul 1: Usahawan perlu didedahkan dengan pelbagai jenis entiti perniagaan yang terdapat di Malaysia seperti milikan tunggal, perkongsian konvensyenal, perkongsian liabiliti terhad dan syarikat sendirian berhad. Hal ini dapat membantu mereka memilih entiti perniagaan yang paling sesuai dengan mengambil kira aspek pematuhan undang-undang, liabiliti dan risiko. Objektif Modul 1 Objektif utama Modul 1 ialah: • Memberi kefahaman kepada peserta aspek entiti perniagaan yang berbeza strukturnya menurut undang-undang di Malaysia. MODUL – MODUL LATIHAN PERNIAGAAN


• Memberi kefahaman kepada usahawan tentang tugas dan kewajipan dan liabiliti pemilik, pekongsi dan pengarah, dan pematuhan undang-undang menurut Akta-akta yang berkenaan • Membuat pemilihan entiti perniagaan yang tepat berdasarkan liabiliti pemilik, pekongsi dan pengarah, kos-kos pematuhan, dan risiko penggulungan. Modul 02 Taksiran, Pematuhan dan Perancangan Cukai Untuk Usahawan PKS Tempoh Kursus 1 hari Sinopsis Modul 2 Menurut skop pengenaan cukai pendapatan di Malaysia, Seksyen 3 Akta Cukai Pendapatan 1967 menyatakan bahawa: “Tertakluk kepada dan megikut Akta ini, suatu cukai yang dikenali sebagai cukai pendapatan hendaklah dikenakan bagi setiap tahun taksiran atas pendapatan mana-mana orang yang terakru dalam atau diterbit dari Malaysia atau diterima dalam Malaysia dari luar Malaysia.”


Modul 02 ini mendedahkan kepada usahawan jenis-jenis perbelanjaan yang dibenarkan, perbelanjaan yang tidak dibenarkan, pendapatan kasar, pendapatan larasan, perlepasan dan rebat cukai, pengiraan elaun modal, elaun bangunan industri, aspek pematuhan cukai, penalti, dan juga pelarian cukai. Objektif Kursus: Diakhir kursus ini, peserta-peserta mampu untuk: • Mengenalpasti jenis-jenis perbelanjaan yang dibenarkan dan tidak dibenarkan dalam pengiraan cukai pendapatan. • Mengira elaun modal, perlepasan dan rebat yang boleh dituntut sebagai potongan dalam pengiraan cukai pendapatan. • Memahami peraturan undang-undang dan kesalahan-kesalahan ketidakpatuhan dalam Akta Cukai Pendapatan 1967. Modul 03: Penilaian dan Pemilihan Projek Perniagaan Yang Berdaya Maju. Tempoh Kursus 1 hari


Sinopsis Kursus: Elakkan daripada menjalankan perniagaan yang tidak berdaya maju. Oleh itu, usahawan sangat perlu membuat penilaian daya maju perniagaan terlebih dahulu, kemudian buatlah pilihan berdasarkan analisis daya maju projek perniagaan. Terdapat lima kaedah mengukur daya maju projek perniagaan akan dibentangkan dalam kursus ini; iaitu Nili Kini Bersih, Titik Pulang Modal, Kadar pulangan Dalam, Pulangan atas Pelaburan dan Indeks Nilai Kini. Kemudian, risiko projek perniagaan juga dianalisa supaya dapat memberikan gambaran yang lebih menyeluruh terhadap projek. Objektif Kursus: Diakhir kursus ini, peserta-peserta mampu untuk: • Mengukur daya maju setiap projek perniagaan dengan pantas. • Menilai risiko projek yang analisa • Mengambil keputusan sama ada menerima atau menolak projek perniagaan tersebut. Modul 04: Memulakan Perniagaan Yang Betul Untuk Berjaya (Business Start-up) Jangkamasa Kursus 1 hari


Sinopsis Kursus: Ramai daripada usahawan baharu menghadapi masalah untuk memulakan suatu perniagaan. Bermula daripada memilih entiti perniagaan, mencipta nama perniagaan, memilih rakan kongsi yang betul dan mendaftarkan mendaftarkan perniagaan. Kemudian diikuti pula dengan keperluan pematuhan undang-undang dan peraturan. Sesudah itu, mereka perlu mematuhi keperluan lain seperti, perakaunan, percukaian dan cukai jualan, perlantikan kakitangan dan lian-lain. Jika mereka ingin menjadi pembekal kepada sektor kerajaan perlulah memiliki lesen MOF, dan taraf Bumiputra. Bagi sektor kejuruteraan pula, mereka perlu menjadi kontraktor berdaftar dengan CIDB untuk layak mendapatkan kerja-kerja pembinaan dengan kerajaan. Objektif Kursus: Objektif kursus ini ialah: • Untuk memastikan setting-up perniagaan yang betul diperingkat awal lagi, termasuklah memilih rakan kongsi perniagaa yang betul dan jika berkongsi, perlulah ada perjanjian perkongsian. • Untuk membimbing usahawan memilih entiti perniagaan yang betul dan sesuai dengan modal dan saiz perniagaan, kos-kos pematuhan, tanggung-jawab pemilik/pengarah disisi undangundang.


• Untuk membentuk usahawan berfikiran global, melalui pembinaan sosial media seperti laman web, facebook dan lain-lain media untuk promosi dan jualan produk. Modul 05 – Modul Berasaskan NLP Membina Matlamat Hasil Sempurna – Well Form Outcome Jangkamasa : 4 jam Untuk Siapa : Usahawan Sinopsis Kursus Membina matlamat yang berasaskan Spesifik (S), Measureable (M), Achievable (A), Realiable (R) dan Time (T) adalah agak kabur dan sukar untuk dicapai. Walau bagaimanapun, dengan ilmu NLP (modelling excellent) unsur-unsur repersentasi seperti visual (V), auditori (A) dan kenestatik (K) diserapkan dalam matlamat supaya ianya menjadi lebih jelas, dan dapat dicapai. Usahawan akan dilatih dalam menjawab tujuh soalan utama berasaskan VAK; iaitu: 1. Apakah yang anda mahu? 2. Bagaimanakah anda tahu anda telah mencapainya? 3. Di manakah, bilakah, dan dengan siapakah anda mahukannya? 4. Apakah yang menghalang anda daripada memilikinya sekarang? 5. Apakah sumber yang sudah anda miliki yang dapat membantu dalam mencapai hasil anda?


6. Apakah sumber tambahan yang anda perlukan untuk mencapainya? 7. Bagaimanakah cara anda mendapatkannya? (a) Langkah pertama, jadikan spesifik dan boleh tercapai; (b) Adakah terdapat lebih daripada satu cara untuk mendapatkannya? Objektif Pembelajaran: 1. Peserta mampu membentuk matlamat SMART berdasarkan model NLP. 2. Peserta dapat memahami kepentingan representasi dalaman berdasarkan deria seperti Visual, Auditori dan Kinestatik dalam membina matlamat hasil sempurna. 3. Peserta melihat kejayaan mereka melalui pattern matlamat hasil sempurna NLP melalui deria VAK menggunakan minda separuh sedar. Peserta akan dibawa menjalani corak (pattern) NLP matlamat hasil sempurna yang dibuat secara berpasangan melangkaui tiga garis masa, yakni masa lepas; masa sekarang dan masa hadapan. Dengan menggunakan VAK mereka akan membayangkan kejayaan yang dikecapi pada masa akan datang. Modul 06: Belajar Daripada Kegagalan – Resepi Untuk Berjaya Jangkamasa: 4 jam


Sinopsis Kursus: Belajar Daripada Kegagalan Bisnes – Resepi Untuk Berjaya merupakan suatu karya yang berasaskan Learning Through Real Life Experience. Pengarang menggarapkan pengalaman beliau selama 30-tahun dalam bisnes bersama-sama dengan lebih 1,000 usahawan SME yang terdiri daripada syarikat, milikan tunggal dan perkongsian. Pengalaman ini pula digabungkan dengan elemen pengetahuan dan praktis pengarang dalam bidang perakaunan, percukaian dan kesetiaushaan syarikat. Kursus ini dibahagikan kepada empat bahagian dan disusun mengikut urutan. Faktor kegagalan bisnes dibahagikan kepada tiga bahagian utama iaitu; Disebabkan Faktor Luaran, Faktor Dalaman dan Diri Sendiri. Bahagian IV membincangkan perkara-perkara asas yang perlu dimiliki oleh usahawan. Di samping itu, usahawan dibekalkan dengan 13-langkah berwaspada bagi mengharmoni dan melestarikan lagi bisnes mereka. Selepas menghadiri kursus ini usahawan boleh menggunakannya sebagai suatu alat penambahbaikan bisnes mereka. Dalam erti kata lain, mengubuahsuai model perniagaan sedia ada supaya lebih lestari dan berdaya saing. Objektif Kursus: Objektif kursus ini ialah: • Untuk memberikan kompas kepada usahawan supaya mereka dapat menuju ke suatu arah yang betul dan tidak merugikan.


• Untuk membekalkan usahawan dengan lampu kuning supaya tidak berlaku kemalangan, dan sentiasa berwaspada supaya meletakkan diri mereka dalam situasi harmoni. • Untuk membekalkan usahawan dengan payung, supaya dapat melindungi diri mereka daripada panas dan hujan. Modul 07 – Modul GST Memahami GST, Cukai Input dan Jenis-jenis Pembekalan Jangkamasa : 1 hari Untuk Siapa : Usahawan RESERVED


PENUTUP Latihan bisnes dan keusahawanan dapat meningkatkan lagi tahap pengetahuan, produktiviti, kecekapan dan kesiapsiagaan usahawan dalam dunai perniagaan. DEJURE menawarkan latihan perniagaan dan keusahawanan berbentuk pengetahuan, pengalaman dan amalan sebenar yang dipraktikkan dalam dunia perniagaan. Semua kursus akan disampaikan oleh jurulatih perniagaan yang mempunyai pengalaman industri dalam bidang mereka.


Click to View FlipBook Version