PIDATO KETUA PEMUDA - KONVENSYEN PEMUDA AMANAH NASIONAL 2021
KONVENSYEN PEMUDA AMANAH NASIONAL TAHUN 2021
18 DISEMBER 2021 | SABTU | 9.00 PAGI – 6.00 PETANG
VILLEA MORIB, BANTING, SELANGOR
MAJLIS PERASMIAN
8.00 Pagi : Pendaftaran dan Ketibaan Pimpinan & Perwakilan
8.30 Pagi : Ketibaan Tetamu Jemputan
8.45 Pagi : Ketibaan Perasmi Konvensyen, YB Datuk Seri Salahuddin Ayub, Timbalan
Presiden Parti AMANAH Negara
9.00 Pagi : Ucapan Aluan Pengerusi Majlis
9.10 Pagi : Bacaan Doa & Alunan Ayat Suci Al-Quran
9.15 Pagi : Nyanyian Lagu Negaraku & Lagu Parti AMANAH Negara
9.25 Pagi : Ucapan Aluan Oleh Pengarah Konvensyen Pemuda Nasional, Sdr ‘Asim
‘Abdullah Bin Ainullotfi
9.35 Pagi : Pidato Ketua Pemuda oleh Sdr Hasbie Muda
“MEMIMPIN KESATUAN, MENUJU KEMENANGAN”
10.10 Pagi : Ucapan Perasmian oleh YB Datuk Seri Salahuddin Ayub, Timbalan Presiden
Parti AMANAH Negara
11.00 Pagi : Tayangan Montaj Perasmian Konvensyen Pemuda AMANAH Nasional
: Tayangan Video khas : “Tribute to Arwah Shazni Munir”
11.20 Pagi : Majlis ditangguhkan
: Sesi Bergambar
1
2
PIDATO KETUA PEMUDA - KONVENSYEN PEMUDA AMANAH NASIONAL 2021
KONVENSYEN PEMUDA AMANAH NASIONAL TAHUN 2021
18 DISEMBER 2021 | SABTU | 9.00 PAGI – 6.00 PETANG
VILLEA MORIB, BANTING, SELANGOR
KONVENSYEN PEMUDA
11.30 Pagi : Ucapan Aluan oleh Tuan Speaker
: Melantik Dua (2) orang Pencatit Minit Konvensyen
11.40 Pagi : Membentang dan Mengesahkan Buku Laporan Konvensyen Pemuda
12.00 Tgh Hr : Membentang dan Mengesahkan Laporan Kewangan Pemuda berakhir pada 31
Disember 2020
12.30 Petang : Rehat, Makan dan Solat
1.45 Petang : Perbahasan Pidato Ketua Pemuda
3.00 Petang : Perbahasan Usul-usul
4.00 Petang : Pemilihan 20 orang perwakilan Pemuda ke Konvensyen Nasional
4.15 Petang : Ucapan Penangguhan Konvensyen Pemuda Nasional
5.30 Petang : Penangguhan Konvensyen Pemuda Nasional
2
3
PIDATO KETUA PEMUDA - KONVENSYEN PEMUDA AMANAH NASIONAL 2021
3
4
PIDATO KETUA PEMUDA - KONVENSYEN PEMUDA AMANAH NASIONAL 2021
4
5
PIDATO KETUA PEMUDA - KONVENSYEN PEMUDA AMANAH NASIONAL 2021
PIDATO KETUA PEMUDA
KONVENSYEN PEMUDA AMANAH NASIONAL 2021
Assalamu’alaykum Wa-Rahmatullahi Wa-Barakatuh
dan Salam Sejahtera
Yang Berbahagia Tuan Pengerusi Majlis,
Yang Berhormat Datuk Seri Timbalan Presiden AMANAH selaku Perasmi Konvensyen Pemuda
AMANAH Nasional 2021,
Yang Berbahagia Tuan Speaker,
Yang Berbahagia Timbalan Speaker,
Yang Berbahagia Timbalan Ketua Pemuda,
Naib-Naib Ketua Pemuda,
Yang Berusaha Setiausaha Pemuda merangkap Pengarah Konvensyen Pemuda AMANAH
Nasional 2021,
Ahli-Ahli Jawatankuasa Pemuda AMANAH Nasional,
Yang Berusaha Ketua Pemuda AMANAH Selangor merangkap tuan rumah bagi Konvensyen
pada kali ini,
Ketua-Ketua Pemuda AMANAH Negeri,
Para tetamu jemputan,
Yang Berhormat Ketua Pemuda Pakatan Harapan merangkap Ketua DAPSY,
Yang Berbahagia Setiausaha Angkatan Muda KEADILAN,
Para perwakilan dan pemerhati, wakil-wakil media, serta para hadirin yang dikasihi sekalian.
1. Terlebih dahulu marilah kita panjatkan kesyukuran ke hadrat Allah S.W.T. kerana dengan
limpah rahmat, kurnia dan inayahnya kita telah diizinkan untuk berkumpul sekali lagi pada
hari ini. Mewakili saf kepimpinan Pemuda AMANAH Nasional, saya ingin mengalu-alukan
kehadiran para tetamu undangan, perwakilan, pemerhati, sahabat dan keluarga besar
6
6
PIDATO KETUA PEMUDA - KONVENSYEN PEMUDA AMANAH NASIONAL 2021
Pemuda AMANAH seluruh negara ke Konvensyen Pemuda AMANAH Nasional bagi
tahun 2021.
2. Saya mulai ucapan ini dengan memanjatkan rasa syukur yang setulus dan setingginya,
atas izin dan perkenan Yang Maha Esa dan Maha Kuasa, untuk kita melangsungkan
Konvensyen pada kali ini.
3. Saya amat terharu dan berbangga melihat raut wajah sahabat-sahabat Pemuda
AMANAH di semua peringkat yang hadir pada hari ini. Kalau masih ingat lagi sejak bulan
atau tahun pertama kita tubuhkan Pemuda AMANAH Nasional, wajah-wajah inilah yang
ada pada ketika itu dan Alhamdulillah masih kekal berjuang dalam wadah yang kita cintai
ini.
4. Seperti pada tahun-tahun yang lalu, perhimpunan kita pagi ini adalah satu peristiwa yang
istimewa yang kita tunggu-tunggu setiap tahun. Konvensyen ini diadakan bukan hanya
untuk memenuhi keperluan atau formaliti organisasi semata-mata sebaliknya sebagai
sebuah institusi tertinggi di peringkat Pemuda, ia perlu dihormati dan diberikan ruang
seluas-luasnya untuk memastikan Pemuda sentiasa berada pada landasan yang betul.
5. Ayuh kita manfaatkan Konvensyen ini sebagai ruang untuk kita berbincang dan mencanai
idea-idea baru di samping bermuhasabah, menilai kekuatan dan kelemahan yang ada
pada kita, agar Pemuda terus tangkas dan efektif dalam menghadapi pelbagai cabaran
mendatang bagi memperjuangkan nasib Agama, Bangsa dan Negara.
PASANG SURUT POLITIK MALAYSIA
Para perwakilan dan pemerhati sekalian,
6. Dalam tempoh empat tahun ini, pelbagai peristiwa penting telah berlaku. Bermula dengan
detik kemenangan Pakatan Harapan pada pagi 10 Mei 2018 yang lalu, disusuli dengan
peristiwa pengkhianatan Langkah Sheraton, kemudian kita lalui tempoh Perintah
Kawalan Pergerakan (PKP) yang banyak membataskan pergerakan politik, seterusnya
Pengisytiharan Darurat yang kemudiannya terbukti hanya bermotifkan politik dan tidak
sampai dua tahun Perdana Menteri Mahiaddin Md Yassin yang ditabalkan hasil langkah
khianat kemudiannya dikhianati oleh konco-konconya sendiri.
7. Terbaru Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob yang dilantik dari kalangan Naib Presiden
UMNO – yakni pertama kali dalam sejarah Malaysia di mana bukan ketua parti
menduduki jawatan itu.
8. Kita sudah dengar ura-ura pergelutan antara kumpulan yang mahu segerakan PRU
dengan kumpulan yang mahu segerakan Pemilihan UMNO. Nampaknya UMNO tidak
7
7
PIDATO KETUA PEMUDA - KONVENSYEN PEMUDA AMANAH NASIONAL 2021
pernah berubah. Mereka kekal dengan sikap tamak kuasa dan tidak pernah bersyukur
dengan apa yang ada. Berlakunya PRN Sabah tahun lepas dan yang terbaru PRN
Melaka adalah kerana sikap tamak haloba mereka yang tidak memikirkan kepentingan
rakyat.
9. Mengimbau detik kemenangan tiga tahun yang lalu, benar Pakatan Harapan hanya
mendapat majoriti mudah iaitu 113 kerusi manakala rakan sekutu kita, WARISAN
memenangi lapan kerusi sekaligus coalition Pakatan Harapan plus telah memenangi 121
kerusi secara keseluruhannya. Walaupun jumlah 121 ini adalah majoriti kecil apatah lagi
jumlah 113 yang sangat tipis tetapi sebagai sebuah negara yang mengamalkan sistem
demokrasi, beza satu undi pun sudah dikira menang apatah lagi beza satu kerusi. Jika ini
dihormati, kestabilan politik akan dapat diraih walau sesiapa pun yang menang.
10. Belum pun sempat kita menghabiskan lima tahun penggal PRU14, Kerajaan Pakatan
Harapan telah dijatuhkan hasil langkah khianat sebahagian bekas kawan-kawan kita
yang memilih untuk menikam kita daripada belakang.
11. Lebih menyedihkan parti yang kononnya membawa agenda Islam terlibat sama
bersekongkol dalam kerja jahat menebuk atap. Tidak malukah mereka yang
bertahun-tahun mengecam UMNO kerana merampas kuasa daripada mereka dalam
insiden undi tidak percaya di Terengganu pada tahun 1961 dahulu tetapi kemudiannya
bersekongkol dengan UMNO melakukan perkara yang sama?
12. Mandat yang rakyat beri untuk mentadbir selama lima tahun telah dikhianati sehingga
menyebabkan politik negara kita menjadi tidak stabil dan kepentingan rakyat terjejas.
PRN MELAKA MEMBERI AMARAN
13. Keputusan PRN Melaka sepatutnya menginsafkan kita. Walaupun kita miliki track record
yang baik iaitu Kerajaan Pakatan Harapan Melaka pimpinan YB Adly Zahari tetapi ia tidak
diterjemahkan ke kertas undi.
14. BN muncul menjadi pemenang di Melaka walaupun undi popularnya tidak banyak
bertambah. Tetapi oleh kerana sebahagian undi popular yang diraih oleh Pakatan
Harapan dalam PRU14 telah berjaya ditarik kepada Perikatan Nasional, maka BN
akhirnya berjaya menawan semula Melaka.
15. Apa yang menarik, pengundi atas pagar yang condong kepada BN sebenarnya masih
belum kembali kepada BN. Dalam PRN Melaka, undi popular BN hanya meningkat dari
37.5 peratus menjadi 38 peratus. Ini bermakna mereka masih meragui adakah BN
benar-benar melakukan reform atau pembaharuan? Benarkah Najib tidak akan kembali
menerajui UMNO dan BN?
8
8
PIDATO KETUA PEMUDA - KONVENSYEN PEMUDA AMANAH NASIONAL 2021
16. Walaupun BN membariskan sebahagian besar muka-muka baru tetapi ketua warlord
yang dikaitkan dengan skandal pasir dan pelbagai kes penyelewengan masih tetap
dicalonkan.
17. Dalam PRU13, Pakatan Rakyat telah pun meraih undi popular sebanyak 51 peratus
manakala BN hanya mendapat 47 peratus. Tetapi oleh kerana Malaysia mengamalkan
sistem first past the post, maka BN masih berjaya mengekalkan kuasanya di peringkat
persekutuan. Tidak lah pelik kerana kita boleh lihat sendiri kerusi yang dikuasai oleh
Pakatan Rakyat adalah kerusi yang ramai pengundi misalnya Kapar melibatkan 144 ribu,
Serdang (kini Bangi) melibatkan 133 ribu manakala kerusi-kerusi BN mencatatkan jumlah
pengundi yang kecil misalnya Batang Sadong, Tanjong Manis dan Lubok Antu hanya
mencatatkan 19 ribu pengundi.
18. Cabaran kepada Pakatan Rakyat pada tahun 2015 dulu adalah apabila PAS memilih
untuk meninggalkan coalition pembangkang sekaligus menyebabkan undi popular kita
hilang sebanyak 15 peratus. Atas kertas, sepatutnya BN akan menang besar dalam
PRU14 kerana Pakatan Harapan yang menggantikan Pakatan Rakyat hanya tinggal 36
peratus sahaja. Tetapi keputusan berbeza.
19. Penubuhan AMANAH sebuah parti yang membawa dasar Islam bagi menggantikan PAS
telah berjaya memainkan peranan untuk mengikat muafakat parti-parti pembangkang
manakala kehadiran PPBM pimpinan Tun Mahathir telah berjaya menarik undi atas pagar
dibantu dengan keampuhan strategi serta solidariti parti-parti dalam Pakatan Harapan
yang telah berjaya menarik sekurang-kurangnya 14 peratus sekaligus menabalkan
Pakatan Harapan sebagai pemenang kerusi terbanyak dalam PRU14 yang lalu.
20. Secara keseluruhannya Pakatan Harapan plus memperolehi 5,837,283 undi atau 48.31
peratus iaitu kurang sedikit berbanding 50.87 peratus yang dicapai oleh Pakatan Rakyat
dalam Pilihan Raya Umum (PRU) 2013. Tetapi pencapaian ini adalah suatu lonjakan
besar jika mengambil kira undi Pakatan Rakyat dalam PRU 2013 tanpa melibatkan PAS
iaitu sebanyak 36.07 peratus.BN pula yang mendapat 47.38 peratus pada PRU 2013
merudum kepada 33.77 peratus atau 4,080,797 undi. PAS pula mendapat 2,041,105 undi
atau 16.89 peratus. PAS menambah undi popularnya daripada 14.8 peratus pada PRU
2013 (menerusi coalition Pakatan Rakyat).
21. Jika trend pengundian di Melaka digunapakai untuk seluruh negara, jelas bahawa undi
atas pagar yang memenangkan kita dulu akan beralih kepada PN. Imej Abah yang
kononnya benar-benar mahu membela nasib rakyat, menolak rasuah dan dalam masa
yang sama mempertahankan nasib orang Melayu nampaknya dimakan oleh para
pengundi.
9
9
PIDATO KETUA PEMUDA - KONVENSYEN PEMUDA AMANAH NASIONAL 2021
22. Ramai hairan bagaimana parti yang dipimpin oleh pengkhianat ‘scheme of thing’ serta
dibarisi oleh pemimpin muda pengamal surat sokongan boleh menawan hati rakyat di
Melaka.
23. Sebenarnya boleh difahami kerana parti itu kini menggunakan sepenuhnya jentera
kerajaan dan peruntukan kerajaan untuk menawan hati rakyat. Parti itu juga cukup kuat
melaungkan sentimen perkauman termasuk terbaru mahu mengharamkan sekolah
vernakular. Hebat sekali berucap berdegar-degar tetapi sekali pemimpin MIC dan MCA
berdehem terus sunyi sepi tidak bersuara. Sekarang mereka melaungkan slogan
anti-DAP walhal waktu mereka terbuang dan merempat dahulu, dengan DAPlah mereka
merayu memohon sokongan dan bantuan.
24. Tewas dalam PRN Melaka adalah sesuatu yang perit, namun kita jangan saling
menuding jari dalam Pakatan Harapan. Sebaliknya, setiap dari kita harus bermuhasabah
apa tindakan kita yang menyebabkan sebahagian pengundi kita lari kepada PN.
25. Selepas beberapa peristiwa yang berlaku, ada segelintir kecil ahli kita mulai tawar hati
dengan perjuangan. Sebelum ini lagi ada wakil-wakil rakyat kita yang memilih untuk
meninggalkan AMANAH.
26. Ramai meramalkan bahawa PRU15 adalah tempoh sukar bagi Pakatan Harapan
terutamanya AMANAH. Tetapi saya ingin ingatkan agar Pemuda jangan mudah patah
semangat. Pemuda tidak boleh sesekali menyerah kalah.
“Patah sayap bertongkat paruh,
Patah paruh bertongkat siku,
Patah siku bertongkat dagu,
Patah dagu bertongkat kuku.”
27. Ada yang mula meragui masa depan AMANAH. Lupakah mereka sewaktu tahun pertama
kita menyertai PRK Sungai Besar dan PRK Kuala Kangsar dan sebelum itu bertanding di
PRN Sarawak, AMANAH telah menerima kekalahan yang dasyat. Ramai meramalkan
bahawa AMANAH akan terkubur. Tetapi kuasa Allah dalam tempoh tiga tahun selepas
kita ditubuhkan, Allah menganugerahkan kita kejayaan yang besar dalam PRU14. Kita
menjadi kerajaan persekutuan dan beberapa buah kerajaan negeri.
28. Daripada 34 kerusi parlimen yang ditandingi, AMANAH berjaya memenangi 11 kerusi
termasuk di parlimen Kota Raja dengan majoriti undi yang sangat besar iaitu mencecah
71,142 undi, pertama kali dalam sejarah kerusi majoriti Melayu. Selain itu, AMANAH turut
menang besar di Shah Alam (33,849 undi majoriti), Pulai (28,924 undi), Hulu Langat
(25,424 undi), Sepang (18,705 undi), Kuala Selangor (8,498 undi), Pokok Sena (5,558
undi), Parit Buntar (3,098 undi), Temerloh (1,904 undi), Tampin (1,002 undi) dan Lumut
10
10
PIDATO KETUA PEMUDA - KONVENSYEN PEMUDA AMANAH NASIONAL 2021
(400 undi). Semua kerusi ini Pemuda mesti membantu parti untuk terus
mempertahankannya dan menawannya.
29. AMANAH hampir menawan kerusi parlimen Jasin dan Kuala Kangsar yang tewas tipis
iaitu sebanyak 219 dan 731 undi majoriti. Di peringkat DUN pula, AMANAH berjaya
memenangi 34 kerusi di seluruh negara.
30. Sengaja saya imbau kembali kejayaan kita ini sebagai ingatan bahawa kita pernah
melakukannya dan kita mampu ulangi lagi perkara yang sama dan InsyaAllah lebih baik
lagi. Tidak ada yang mustahil dengan izin Allah.
31. Lebih penting, kejayaan pada PRU14 telah menamatkan mitos bahawa hanya UMNO
dan BN sahaja mampu memerintah negara ini. Kejayaan ini memberi pengajaran yang
besar bahawa dengan dengan mematuhi formula yang betul, maka kemenangan pasti
akan dapat dicapai dengan izin Allah.
32. Dalam PRN Melaka, isyarat kepada Pakatan Harapan sangat jelas. Jika kita berpecah,
kita akan kalah. Jika kita bersatu dan dapat membina khemah besar untuk semua parti
pembangkang, maka sinar kemenangan akan menjadi lebih terang lagi.
33. BN tewas dalam PRU14 kerana mereka berpecah manakala kita di sebelah
pembangkang bersatu padu. Siapa sangka seteru ketat politik boleh kembali
bekerjasama bagi menumbangkan pemerintah Kleptokrat.
34. Saya percaya bahawa mereka dan kita semua boleh bekerjasama kerana kita jelas siapa
musuh yang perlu kita tewaskan. Kali ini, ada dalam kalangan kita masih tidak tahu siapa
musuh dan siapa kawan. Walaupun berkali-kali ditipu oleh pemimpin UMNO adakah kita
masih berharap bahawa mereka benar-benar mahu berkawan?
35. UMNO adalah UMNO. Dulu, kini dan selamanya.
36. Baru baru ini telah timbul cadangan agar PKR dan AMANAH bergabung untuk dijadikan
sebagai sebuah parti politik yang membentuk kerjasama. Saya percaya cadangan itu
adalah berniat baik untuk Pakatan Harapan menjadi lebih kuat.
37. Walau bagaimanapun, rakyat khususnya pengundi dan simpatisan Pakatan Harapan
bukan mahu kita gabungkan parti-parti yang sudah sedia ada dalam muafakat Pakatan
Harapan. Apa yang rakyat mahu adalah kesatuan antara parti-parti dalam Pakatan
Harapan bersama-sama dengan parti-parti pembangkang yang lain. Kata kuncinya –
khemah besar!
11
11
PIDATO KETUA PEMUDA - KONVENSYEN PEMUDA AMANAH NASIONAL 2021
38. Marilah kira sama-sama bina semula kesatuan kita. Selari dengan tema Konvensyen
Pemuda tahun ini “Memimpin Kesatuan, Menuju Kemenangan”.
39. Pemuda AMANAH perlukan kesatuan. Kita lupakan titik bengik yang lalu dan sama-sama
kita buka buku yang baru.
40. Parti AMANAH Negara perlukan kesatuan. Dalam kalangan pemimpin nasional,
Alhamdulillah solidariti mereka cukup mantap cuma saya agak kesal kerana masih ada
negeri yang gagal menyelesaikan masalah dalam mereka.
41. Pakatan Harapan perlukan kesatuan dan barisan pembangkang juga perlukan kesatuan.
Hentikan sindir menyindir dan kembalilah ke meja rundingan.
AMANAH PARTI SETIAKAWAN
Sahabat-sahabat Seperjuangan Sekalian,
42. Walaupun dalam tiga tahun ini kita teruk dibadai ombak dan dilanda pelbagai ujian getir,
kita sesekali tidak meninggalkan kawan-kawan kita. Kita telah membuktikan bahawa
AMANAH adalah parti yang setiakawan. Tidak pernah terdetik, jauh sekali meninggalkan
rakan-rakan lama kita yang terus setia mempertahankan Pakatan Harapan.
43. Mewakili saf Kepimpinan Pergerakan Pemuda AMANAH Nasional saya ingin
mengucapkan terima kasih setulusnya buat rakan-rakan Pemuda Sosialis DAP (DAPSY),
Angkatan Muda KEADILAN kerana kalian kekal setia sebagai sahabat sejati. Terbaru
selamat datang UPKO menjadi kerabat baru dalam Pakatan Harapan.
44. Perkara paling awal yang saya lakukan adalah membantu Saudara Ketua Pemuda
Pakatan Harapan YB Howard Lee untuk memperkasakan Pemuda Pakatan Harapan.
Alhamdulillah saya lihat hubungan antara semua sayap-sayap parti dalam Pakatan
Harapan sudah semakin akrab dan saya percaya kita boleh mulai turun ke peringkat
negeri.
45. Saya tidak bersetuju dengan suara-suara untuk menukar Pengerusi Pakatan Harapan
Dato’ Seri Anwar Ibrahim. Ini bukan masanya untuk kita meletakkan beban kesalahan
pada bahu beliau semata-mata. Bukankah keputusan kita dibuat secara kolektif?
46. Ada juga suara mahu ketua-ketua parti dalam Pakatan Harapan ditukar. Benar kita mahu
pembaharuan dan peremajaan parti tetapi menukar teraju parti pada saat mahu
berdepan pilihan raya bukanlah suatu langkah yang bijak. Pemuda akan terus kekal
12
12
PIDATO KETUA PEMUDA - KONVENSYEN PEMUDA AMANAH NASIONAL 2021
mendukung kepimpinan Tuan Haji Mohamad Sabu sebagai Presiden AMANAH dan
kepimpinan Dato’ Seri Anwar Ibrahim sebagai Pengerusi Pakatan Harapan.
47. Tidak dilupakan juga buat sahabat-sahabat baru kita dalam barisan pembangkang.
Pejuang Muda, Wira Warisan dan MUDA. Marilah kita membina muafakat yang lebih
kukuh bagi membina Malaysia yang lebih baik.
48. Percayalah jika kita berjuang secara berasingan, kita akan kalah sejak hari pertama
penamaan calon lagi. Tak perlu tunggu hari mengundi pun keputusan sudah dapat diteka.
UNDI 18 – KE MANA UNDI MUDA?
Para perwakilan dan pemerhati,
49. Selepas beberapa bulan cuba dilengahkan Undi 18 akhirnya telah diwartakan, bermula
15 Disember lalu, rakyat Malaysia yang berusia 18 tahun dan ke atas telah mendapat hak
untuk mengundi dalam pilihan raya. Walaupun agak lambat, setelah lebih 60 tahun
Kemerdekaan negara namun Alhamdulillah, inilah legasi Pakatan Harapan yang telah
mengubah lanskap dan demografi politik negara.
50. Kita perlu menyedari bahawa politik negara hari ini sudah berubah. Dengan pertambahan
7.8 juta pengundi termasuk Undi 18 tahun yang tidak berparti, kita mesti segera
memenangi hati mereka agar sokongan orang muda kepada AMANAH dapat
diterjemahkan ke kertas undi.
51. Ramai orang bercakap soal bagaimana nak menangi undi orang muda. Bagaimana nak
capture Undi 18 tahun. Tetapi tidak ramai yang mahu mendengar suara orang muda.
Tidak ramai yang bercakap untuk membantu orang muda menyelesaikan masalah yang
sedang membelenggu mereka. Tidak ramai yang bersedia untuk memberikan laluan
kepada orang muda kerana mereka masih meragui keupayaan orang muda.
52. Kita boleh lihat di sekeliling kita. Lihat parti-parti politik yang wujud sejak sekian lama.
Politik naungan masih menguasai politik kita. Warlord-warlord dalam UMNO misalnya
terus mengekang parti itu untuk diremajakan. Sebab itu kita lihat muka-muka yang
bercakap mencarut memaki hamun masih boleh berada di Dewan Rakyat. Mereka akan
kekal di situ selagi mana badan sihat kerana mereka ada duit dan boleh beli pengaruh
dengan duit.
53. Dalam AMANAH saya percaya warlord dan politik naungan tidak ada. Politik Ayatollah
yang hanya mengiayakan pandangan seseorang tokoh sahaja juga tidak ada.
Alhamdulillah.
13
13
PIDATO KETUA PEMUDA - KONVENSYEN PEMUDA AMANAH NASIONAL 2021
54. Tapi bagaimana kepercayaan pemimpin kepada generasi muda dalam memainkan
peranan meraka? Saya pertama kali melangkah ke Mesyuarat Jawatankuasa Pimpinan
AMANAH Nasional, saya terpaku melihat begitu sedikit orang muda yang berada dalam
dewan itu. Nah! Orang muda akan bertanya apa komitmen kita dalam mengiktiraf
peranan orang muda walhal jumlah pengundi muda terus bertambah tetapi parti kelihatan
tidak mahu membuat perubahan.
55. Kita bercakap bahawa Pemuda dan wanita muda perlu bangkit tetapi dalam soal
mengagihkan peranan dan pemberdayaan generasi muda, kita seolah-olah
mengiya-iyakan tanggapan bahawa AMANAH sekadar ‘Parti G18’.
56. Anak muda kini dikepung dengan pelbagai masalah. Pemuda AMANAH sedar, bahkan
turut terasa dengan kos sara hidup orang muda yang semakin meningkat kini. Bahkan
harga barang dapur meningkat sehingga 30 ke 60 peratus adalah amat membebankan
orang muda dan rakyat seluruhannya.
57. Malangnya, kita seolah-olah tidak ada kerajaan , atau kementerian yang berfungsi untuk
mengawal kenaikan harga barang ini. Kita ingat sewaktu pemerintahan Pakatan
Harapan, dapat disaksikan berlaku penurunan barang makanan harian seperti minyak
masak, barangan dapur bahkan harga ayam. Kementerian juga dilihat cukup aktif
memantau dan mempastikan harga barangan keperluan diturunkan. Mana menteri hari
ini ? Tidurkah!?
58. Pihak kementerian perlulah peka, sistem pemantauan yang lebih berkesan perlu
dilakukan segera supaya tindakan segera dapat dilaksana, pada masa yang sama bagi
mengelakkan petani dan pengusaha teraniaya, kerajaan perlu menyediakan subsidi bagi
barangan asas dan sayuran dipersediakan apabila tiba musim-musim yang luar jangka
seperti hari ini sekurangnya dengan cara menyalurkan bantuan dalam bentuk kewangan
atau pun bahan kepada petani yang boleh mengurangkan kos pengeluaran mereka.
59. Amat malang apabila pihak kerajaan seolah-olah tidak berbuat apa apa untuk
menyelesaikan permasalahan kenaikan harga barang keperluan asas ini. Adakah perlu
tunggu sehingga ada yang kebuluran baru tindakan akan diambil?
60. Itu belum lagi kita bercakap soal isu pengangguran. Orang muda tiada kerja. Macam
mana nak ada kerja, generasi tua terus menerus menaikkan had usia pencen kakitangan
kerajaan. Sejak 2001, dari usia pencen 55 tahun kini mencecah 60 tahun. Baru-baru ini
ada pula cadangan supaya dinaikan lagi ke 65 tahun. Kegilaan apakah ini?
NATIONAL EMBARASSEMENT
14
14
PIDATO KETUA PEMUDA - KONVENSYEN PEMUDA AMANAH NASIONAL 2021
61. Baru-baru ini ada penjenayah yang cuba menjustifikasikan jenayahnya kononnya untuk
national interest. Tetapi Hakim Mahkamah Rayuan menolak istilah itu dan
menamakannya sebagai national embarassement.
62. Perlu kita ingat, tanpa usaha Pakatan Harapan untuk menumbangkan Barisan Nasional
pada 2018 lalu, mungkin orang yang disabit dengan kesalahan jenayah ini masih
Perdana Menteri Malaysia dan terus memimpin pasukannya membuat onar dalam
negara. Dalam Konvensyen Pakatan Harapan menjelang PRU14 dahulu, AMANAH telah
diiktiraf sebagai parti yang menjayakan muafakat Pakatan Harapan sehingga
membolehkan kita menghadapi PRU14 sebagai sebuah pasukan yang kuat.
63. Kita perlu juga ingat AMANAH ditubuhkan pada 2015 lalu adalah kerana ada pihak dalam
PAS mahu bekerjasama dengan penyangak-penyangak ini atas nama Melayu islam. Ini
terbukti kemudiannya walaupun sebelum itu dituduh kita fitnah dan sebagainya.
64. Apa yang lebih mendukacitakan, laungan kesatuan Melayu Islam, deraian air mata
penyokong bawahan ibarat habuk sahaja, Muafakat yang dibina kurang setahun, 14
September 2019 kini tinggal kertas sahaja. Muafakat Nasional kini dikuburkan tanpa batu
nesan.
65. Tuan-tuan kebenaran itu ibarat air sungai yang mengalir. Ya kamu boleh berusaha
menghalang air itu dari terus mengalir dengan membina benteng, namun kamu tidak
akan mampu menahan kebenaran dari muncul jua. Hanya masa akan menentukan. Dan
Alhamdulillah kita sempat melihat kebenaran itu mengalir deras meruntuhkan pendustaan
mereka.
66. Perlu diingat bahawa kejayaan 2018 dahulu hanya membolehkan Najib dihadapkan ke
mahkamah. Tetapi jika BN menang pilihan raya akan datang adalah tidak mustahil Najib
akan kembali dibebaskan dengan campurtangan mereka dalam kehakiman. Tidak
mustahil Najib kembali menjadi Perdana Menteri.
67. Jika itu berlaku, maka sia-sialah usaha kita semua selama ini.
HALA TUJU PEMUDA AMANAH
Sahabat-sahabat Seperjuangan Sekalian,
68. Sebagaimana diketahui umum, saya dipilih memimpin sayap ini bukanlah pada masa
yang mudah. Ada yang mengatakan kerusi Ketua Pemuda ini kerusi yang panas. Apapun
yang dikatakan orang, halatuju saya sejak hari pertama adalah jelas.
15
15
PIDATO KETUA PEMUDA - KONVENSYEN PEMUDA AMANAH NASIONAL 2021
69. Kita mahu membina satu pasukan Pemuda AMANAH yang kuat dan tersusun bagi
menghadapi PRU15 dan menjuarai isu-isu rakyat khususnya orang muda. Tiga teras
utama yang kita putuskan adalah PILIHANRAYA, PENGUKUHAN ORGANISASI dan
LATIHAN & PERKADERAN.
70. Kejayaan kepada usaha ini adalah terletak di tangan kita semua, bukan hanya pada
kemampuan Ketua Pemuda seorang, tetapi di tangan tuan-tuan yang turut memainkan
peranan yang cukup besar dalam membina Pemuda AMANAH ini menjadi sayap parti
yang kuat dan tersusun.
71. Saya tahu , untuk membentuk satu pasukan yang kuat, ia harus bermula di atas,
kemudian disusuri oleh pimpinan di bawah sama ada di peringkat negeri mahupun
kawasan. Benar kita ada sedikit masalah dari segi kesatuan tetapi saya percaya bahawa
keadaan telah banyak berubah menjadi lebih baik.
PILIHANRAYA
Sahabat-sahabat Seperjuangan Sekalian,
72. Pemuda hari ini perlu melangkah lebih laju, Pilihan Raya Umum ke-15 akan berlangsung
pada bila-bila masa sahaja lagi. Kita tidak boleh melihat pada MoU lagi yang menetapkan
parlimen tidak akan dibubarkan pada Julai 2022, kerana kemenangan di Melaka telah
memberi satu motivasi untuk AMANAH segera berdepan PRU15.
73. Sehubungan dengan itu, Pemuda AMANAH seluruh negara, harus sentiasa dalam
keadaan bersiap sedia, sekiranya hari ini parlimen dibubarkan , kita sudah bersedia,
bukan sahaja bersedia untuk menjadi calon yang dididamkan setiap ahli politik, tetapi kita
perlu bersedia sebagai juru kempen, bersedia sebagai pengurus calon, bersedia sebagai
PACA, bahkan bersedia sebagai tukang tampal poster calon. Kita harus bersedia dari
segala segi agar pemuda ini dilihat sebagai tonggak dan tunjang utama parti AMANAH.
74. Kita harus mengenalpasti kenapa undi melayu Pakatan Harapan pada PRU14 lalu lari
kepada PN, juga kenapa kita gagal meyakinkan orang melayu bahawa kita sebagai parti
yang seharusnya menjadi pilihan mereka. Ada beberapa perkara yang suka untuk saya
sebutkan ke mana naratif harus kita bawa Pemuda AMANAH ini.
75. Saya berpuas hati dengan komitmen yang ditunjukkan oleh jentera Pemuda di Melaka.
Hari ini hari penentuan untuk PRN Sarawak. InsyaAllah kita doakan sahabat kita Sdra
Fadillah Sabali boleh melahirkan anak sulung iaitu N42 Semop.
76. Menuju pilihanraya, kita perlu giat mempromosikan Pemuda AMANAH sebagai pilihan
utama orang muda. Saya telah minta biro-biro berkaitan khususnya Biro Sukan, Media
16
16
PIDATO KETUA PEMUDA - KONVENSYEN PEMUDA AMANAH NASIONAL 2021
Baru, Dakwah, dan sebagainya untuk terus merancakkan program yang boleh menarik
orang luar mengenali AMANAH .
77. Engagement perlu terus dilakukan. Pemimpin Pemuda perlu turun ke lapangan bertemu
dengan seramai mungkin kelompok orang muda untuk mendengar suara hati mereka dan
menyelami permasalahan yang membelenggu mereka. Biro Hubungan Luar & NGO perlu
giat menyantuni setiap segmen penting dalam kelompok orang muda.
78. Gendang pilihan raya akan dipukul tidak lama lagi. Tokoh-tokoh Pemuda yang boleh
diketengahkan sebagai calon pilihanraya perlu segera dikenalpasti. Saya percaya Biro
Pilihan Raya telah melakukan pelbagai persiapan bagi melatih bakal-bakal calon
Pemuda.
79. Kali ini kita tidak mahu mendesak pimpinan parti dengan kuota 30 peratus atau 50
peratus. Kita bukan Pemuda yang mahu merengek meminta-minta. Tetapi kita akan
tonjolkan calon-calon terbaik dari Pemuda dan kita harap calon berkualiti dan
benar-benar layak janganlah diketepikan. Janganlah Pemuda hanya diberi kerusi di
tempat jin bertendang atas alasan perlu menebas dahulu.
80. Saya berbesar hati di atas gerak kerja yang ditunjukkan oleh Pemuda Nasional dan
negeri-negeri dalam setiap program yang dianjurkan termasuk penglibatan dalam dua
buah pilihan raya negeri sebelum ini. Tahniah Biro Pilihan Raya. Tahniah kepada Biro
Penerangan yang begitu menonjol melalui team Hit and Run.
81. Agenda mencetus dan menjuarai isu rakyat telah menjadi keutamaan penting bagi
Pemuda AMANAH. Pemuda telah memainkan peranan yang cukup sistematik misalnya
dalam isu kenaikan harga barang baru baru ini. Beberapa siri flashmob dan penyerahan
memorandum telah kita adakan. Tahniah kepada Biro Mobilisasi.
PENGUKUHAN ORGANISASI
82. Pengukuhan pemuda di peringkat negeri dan kawasan juga harus diperkemaskan, untuk
tujuan ini, insyAllah bersama sama rakan dalam Jabatan Setiausaha untuk kita turun
negeri ke negeri, mengenalpasti masalah dan seterusnya membincangkan solusi segera
bagi mencapai tujuan pengukuhan ini. Insyallah kita selesaikan pusingan ini sebelum
PRU15 diadakan.
83. Sehingga November 2021, sebanyak 130 pertubuhan Pemuda Amanah telah ditubuhkan
merangkumi peringkat Negeri dan Kawasan. Di peringkat Negeri, kita akan memastikan
Pemuda Amanah Negeri Perlis akan ditubuhkan pada tahun hadapan sekaligus
melengkapkan bilangan Pemuda Negeri.
17
17
PIDATO KETUA PEMUDA - KONVENSYEN PEMUDA AMANAH NASIONAL 2021
84. Di peringkat Kawasan pula, sehingga kini, sebanyak 117 Pemuda Kawasan telah
ditubuhkan secara rasmi. Jika bilangan Parlimen sebanyak 222, hal ini bermakna
Pemuda Amanah menggalas tanggungjawab besar untuk memastikan baki 105 Pemuda
Kawasan dapat ditubuhkan. Namun begitu, sasaran kita harus realistik dan berpijak di
bumi nyata. Maka dari Perlis hingga ke Johor, semua kawasan mesti dipastikan wujudnya
sayap Pemuda. Setelah lengkap, barulah kita mengalihkan perhatian di Sabah dan
Sarawak yang kita maklum memiliki kerencaman sosiopolitik yang memerlukan
pendekatan berbeza.
85. Kita mensasarkan enam bulan ke hadapan sebagai tempoh genting untuk memastikan
misi ini dapat dicapai dan disempurnakan. Saya percaya dengan perancangan yang rapi
di peringkat Sekretariat Pemuda Amanah Nasional yang diketuai Setiausaha dan dengan
kerjasama Setiausaha-Setiausaha Pemuda Negeri, sasaran ini mesti dipenuhi.
LATIHAN DAN PERKADERAN
86. Iltizam untuk melengkapkan bilangan pertubuhan Pemuda di peringkat Negeri dan
Kawasan bukanlah sekadar bercakap tentang kuantiti. Akan tetapi, pada masa yang
sama, pengukuhan kualiti Pemuda dari segi kepimpinan dan kecekapan pentadbiran juga
perlu diberi perhatian yang penuh.
87. Sehubungan dengan itu, pelbagai bengkel dan kursus yang lebih praktikal dan interaktif
akan dianjurkan untuk mempersiapkan Pemuda dengan kemahiran-kemahiran baharu
dan penting. Saya percaya Biro Pembangunan Kepimpinan akan mampu mendukung
agenda latihan Pemuda bagi mencapai matlamat yang kita gariskan. Program 50
Pemuda sebagaimana digagaskan oleh Yang Berhormat Timbalan Presiden pada tahun
lalu perlu segera dimulakan.
88. Antara perkara terawal saya lakukan apabila dilantik sebagai Ketua Pemuda adalah
melantik Pengerusi Mahasiswa Amanah Nasional sebagai ahli Jawatankuasa Pimpinan
Pemuda AMANAH Nasional secara rasmi. Ini bukan sahaja satu bentuk
pengiktirafan,tetapi ini adalah Amanah saya, kepada mahasiswa AMANAH untuk menjadi
platform utama pengkaderan pelapis ahli Pemuda AMANAH.
89. Mahasiswa adalah kumpulan atau satu kelompok manusia yang terdidik, yang
mempunyai ilmu dan berfikiran terbuka, mereka ini adalah potensi pemimpin masa
hadapan. Amatlah rugi sekiranya mereka tidak didekati secara agresif dan diperkenalkan
dengan Parti AMANAH dengan betul.
90. Bina pelapis baharu pemuda AMANAH merupakan fasa paling kritikal untuk
mengukuhkan organisasi akar umbi Pemuda.
18
18
PIDATO KETUA PEMUDA - KONVENSYEN PEMUDA AMANAH NASIONAL 2021
91. Merit adalah kayu ukur dalam kita memposisikan Pemuda. Siapa layak perlu diberikan
laluan. Kita perlu berjiwa besar bahawa demi parti, individu yang layak tidak boleh
dikesampingkan hanya semata-mata untuk menjaga kedudukan kan kepentingan
peribadi.
MENGENANG SDR SHAZNI MUNIR
Sahabat-sahabat Seperjuangan Sekalian,
92. Izinkan kiranya saya mengambil ruang ini untuk mengenang sahabat seperjuangan kita
yang pergi meninggalkan kita baru-baru ini, bekas Ketua Pemuda AMANAH Nasional,
Sdr Shazni Munir. Sahabat yang kita kasihi.
93. Sdr Shazni adalah rakan lama saya, aktivis mahasiswa yang tidak kenal erti gentar dan
takut. Beliau adalah insan yang dilahirkan untuk memimpin, "born to lead". Shazni adalah
antara pendiri Pemuda AMANAH Nasional ketika abang-abang kita mengasaskan Parti
Amanah Negara. Pemuda AMANAH adalah legasi yang beliau tinggalkan untuk kita, dan
generasi muda di depan kita.
94. Sdr Shazni mengambil alih kepimpinan Pemuda AMANAH Nasional pada ketika
AMANAH ditimpa ujian besar. Kerajaan Pakatan Harapan ditumbangkan melalui
pengkhianatan orang yang kita anggap sebagai rakan belum pun sepenggal pentadbiran.
Dengan keyakinan terhadap perjuangan murni ini, Sdr Shazni mengambil alih kepimpinan
dan berdepan 1,001 cabaran baharu.
95. Namun beliau tidak pernah menunjukkan rasa putus asa, tidak pernah menunjuk rasa
ingin mundur dan tarik diri, bahkan dengan penuh rasa cinta pada perjuangan, Shazni
teruskan menongkah cabaran, membawa panji AMANAH di depan. Semoga Allah
menerima amal beliau, diampunkan segala dosa beliau, diangkat darjat beliau , dan
dimasukkan beliau ke dalam syurga bersama para anbiya dan sahabat sahabat.
96. Pemuda dan parti sendiri telah membantu keluarga Almarhum bagi meringankan beban
balu bagi membesarkan anak-anak beliau. Dalam mana-mana parti, tenaga sepenuh
masa atau ‘murobithun’ adalah tulang belakang kepada kelangsungan atau survival
sesebuah parti tersebut. Tanpa mereka, sukarlah parti kita mahu bergerak lancar, pasti
akan ada halangan dan kekangan.
97. Sebagai mana kita semua maklum, selepas berlakunya Langkah Sheraton yang
menjatuhkan kerajaan Pakatan Harapan, tidak sedikit penggerak sepenuh masa kita
telah kehilangan kerja, ditambah dengan pendemik Covid-19, bagi yang mengusahakan
perniagaan, berdepan situasi perniagaan merosot. Saya ambil maklum perkara ini.
19
19
PIDATO KETUA PEMUDA - KONVENSYEN PEMUDA AMANAH NASIONAL 2021
98. Namun begitu saya bersyukur , dalam keadaan kita semuanya tidak kaya, tidak berwang,
Pemuda AMANAH baik di peringkat nasional mahupun negeri dan kawasan, masih ada
penggerak penggerak yang menghidupkan parti ini. Saya mengucapkan ribuan terima
kasih kepada kalian semua.
PENUTUP
99. Saya menyeru kepada semua pendokong Pemuda AMANAH supaya terus menumpukan
perhatian kepada kerja-kerja kepemudaan yang banyak sama ada dalam sektor dakwah,
tarbiah atau politik. Pemuda di semua peringkat mesti terus semarakkan agenda Islah,
pengkaderan, pentarbiyahan dan pemerkasan dalaman parti.
100. Sesungguhnya kewajipan kita lebih banyak daripada masa yang kita miliki. Jangan kita
bazirkan banyak masa kita membincangkan perkara-perkara yang remeh-temeh dan
tidak membantu mengukuhkan parti yang kita sayangi ini.
101. Marilah sama-sama kita memanfaatkan masa kita dalam organisasi Pemuda AMANAH
untuk memperkayakan diri dengan ilmu dan pengalaman yang tidak ternilai untuk
menjadikan kita sebagai pejuang rakyat yang cemerlang daripada segi fikrah, peribadi
dan kemahiran kepemimpinan. Saya penuh yakin, sekiranya muafakat kita ampuh, kita
mampu merealisasikan cita-cita kita untuk menzahirkan Islam sebagai rahmat kepada
tanahair yang tercinta, insyaAllah.
102. Akhirnya, saya sekali lagi mengharapkan supaya Konvensyen ini dapat dimanfaat
sebagai medan untuk kita berbahas idea-idea yang segar serta bernas untuk memacu
Pemuda AMANAH ke hadapan. Harapan kita bersama supaya Konvensyen kali ini akan
menyemarakkan iltizam dan daya juang para pendokong Pemuda AMANAH untuk terus
memperkemaskan saf dan melipatgandakan bakti kepada masyarakat, negara dan
agama.
103. Semoga perjalanan Konvensyen kita kali ini daripada awal hingga akhirnya dipandu oleh
Allah SWT. Semoga Allah membantu kita. Semoga Allah memberkati perjuangan kita.
“MEMIMPIN KESATUAN, MENUJU KEMENANGAN”
Allahuakbar!
Allahuakbar!
Allahuakbar!
20
20
PIDATO KETUA PEMUDA - KONVENSYEN PEMUDA AMANAH NASIONAL 2021
Hidup AMANAH!
Hidup Pemuda!
Sekian, Wabillahi Taufik Wal-Hidayah Wassalamualaikum Wa-Rahmatullahi Wa-Baraktuh
MOHD HASBIE BIN MUDA
Ketua Pemuda AMANAH Nasional
Bertarikh : 18 Disember 2021
21
21
P a g e | 75
P a g e | 76
P a g e | 77
PIDATO KETUA PEMUDA - KONVENSYEN PEMUDA AMANAH NASIONAL 2021
30