UNIT BANTUAN MURID SEKOLAH ( PERANTI KOMPUTER)
SEKOLAH KEBANGSAAN PUSAT JUASSEH, 72000, KUALA PILAH
LAPORAN PROGRAM
LAPORAN : Majlis Penyerahan Peranti Komputer & Sim Card Untuk Murid
Sek. Keb. Pusat Juasseh (Program CERDIK)
TARIKH/HARI
MASA : 05 Mei 2021, Rabu
TEMPAT : 10.00 pagi
ANJURAN : Laman D’Permai, Juasseh
PERASMI : Sekolah Kebangsaan Pusat Juasseh
: YB Dato’ Eddin Syazlee Bin Shith (Timb. Menteri Kerja Raya
merangkap Ahli Parlimen Kuala Pilah)
1.0 PENGENALAN
Majlis ini diadakan bertujuan untuk menyerahkan bantuan berbentuk peranti komputer
dan sim card kepada 45 orang murid Tahun 4 SK. Pusat Juasseh yang layak menerima bantuan ini
di bawah Program CERDIK. Program ini adalah merupakan inisiatif rintis yang diumumkan dalam
Belanjawan 2021, bertujuan membantu pelajar menyesuaikan diri dengan norma baharu pelajaran
dalam talian, e-pembelajaran dan pengajaran luar bilik darjah. Yayasan Hasanah yang merupakan
sekretariat inisiatif tersebut, telah menjelaskan bahawa program ini melibatkan sumbangan bernilai
RM150 juta daripada 13 syarikat pelaburan berkaitan kerajaan dan syarikat berkaitan kerajaan
seperti Khazanah, Permodalan Nasional Bhd, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja dan Petroliam
Nasional Bhd. Pemilihan pelajar dan sekolah untuk inisiatif Cerdik pula telah ditentukan
Kementerian Pendidikan (KPM).
2.0 OBJEKTIF
1. Membantu dan memberi peluang kepada murid yang kurang berkemampuan untuk
meneruskan pembelajaran dengan baik terutama semasa sesi pembelajaran secara
PdPR nanti.
2. Sebagai galakan untuk mempertingkatkan prestasi akademik pelajar
3. Memberi sokongan moral kepada ibu bapa atau keluarga dalam membantu
memperkasakan tahap pendidikan anak-anak.
3.0 KUMPULAN SASARAN
45 orang murid tahun 4 yang terdiri daripada 18 orang murid 4 Kreatif dan 27 orang murid
4 Inovatif. (Rujuk lampiran)
4.0 JAWATANKUASA PROGRAM
Jawatankuasa Induk
Pengerusi : En. Nasarudin bin Zainal
Naib Pengerusi (Guru Besar SK. Pusat Juasseh)
Penyelaras : Pn. Siti Marzidah bt Abdul Aziz
Setiausaha (Penolong Kanan Hal Ehwal Murid)
: En. Mohd Farhad bin Daud
(Guru ICT SK. Pusat Juasseh)
: Pn. Wan Nor Aini bt Wan Ahmad
(Penyelaras Google Classrom SKPJ)
Jawatankuasa Pelaksana
Juruacara : Pn. Nur Ifadah binti Abdul Nasir
Persiapan tempat : En. Mohd Ibrahim bin Mohd Salleh
En. Mohd Farhad bin Daud
Pengurusan murid : En. John Cantius a/l Francis
En. Mohd Ibrahim bin Mohd Salleh
Pendaftaran murid : Pn. Suzilawati binti Maamor
Keselamatan : Pn. Hasifah binti Hashim
Siaraya : Cik Nurul Ashikin binti Ngabidin
Kaunter penerimaan : En. Jafri bin Mat Yusop
Cik Nurul Ashikin binti Ngabidin
Dokumentasi : En. Mohd Farhad bin Daud
5.0 LAPORAN BERTULIS
Majlis Penyerahan Peranti Komputer dan Sim Card ini telah dilaksanakan pada 05 Mei
2021, Rabu di Laman D’Permai, Juasseh. Seramai 45 orang pelajar tahun 4 SK. Pusat Juasseh
terlibat dalam majlis ini.
Majlis bermula pada jam 9.30 pagi apabila para pelajar bersama seorang penjaga mereka
mula hadir mendaftarkan diri di kaunter pendaftaran. Para penjaga dan pelajar diminta untuk
menulis nama mereka dan juga mengambil bacaan suhu badan terlebih dahulu sebelum masuk ke
lokasi majlis. Para penjaga juga diminta untuk hadirkan diri ke meja penerimaan peranti untuk
menandatangani beberapa borang yang berkaitan.
Majlis ini turut dihadiri Ketua Pegawai Pejabat Pendidikan Daerah Kuala Pilah, Tuan
Megat Afanddi Dato Wira Ismail, Timbalan PPD Sektor Perancangan, En. Mulub b. Mohd Yusop,
Timbalan PPD Sektor Pembangunan Murid, En. Aziz Jaafar b. Mohd Sharif dan juga beberapa
orang lagi pegawai dari PPD Kuala Pilah.
Tepat jam 10.00 pagi, YB Dato’ Eddin Syazlee Bin Shith (Timb. Menteri Kerja Raya
merangkap Ahli Parlimen Kuala Pilah) telah tiba bagi merasmikan majlis ini. Seterusnya, majlis
telah dimulakan dengan ucapan alu-aluan oleh pengacara majlis diikuti dengan nyanyian Lagu
Negaraku dan Lagu Kebesaran Negeri Sembilan. Setelah itu, majlis menjemput Ustaz Jafri untuk
membacakan doa bagi memberkati dan memohon supaya majlis dapat berjalan dengan lancar.
Selesai sahaja bacaan doa, majlis telah menjemput guru besar SK. Pusat Juasseh, En. Nasarudin
bin Zainal, untuk memberikan sedikit ucapan sebelum sesi penyerahan peranti komputer dan sim
card bermula.
Selesai sahaja ucapan guru besar, majlis menjemput pula Ketua Pegawai Pejabat
Pendidikan Daerah Kuala Pilah, Tuan Megat Afanddi Dato Wira Ismail, untuk menyampaikan
ucapan dan nasihat kepada para pelajar tanda peringatan agar mereka memanfaatkan sepenuhnya
sumbangan yang diterima.
Setelah itu, majlis telah menjemput YB Dato’ Eddin Syazlee Bin Shith, Timb. Menteri
Kerja Raya merangkap Ahli Parlimen Kuala Pilah untuk menyampaikan ucapan beliau seterusnya
merasmikan Majlis Penyerahan Peranti Komputer & Sim Card Untuk Murid Sek. Keb. Pusat
Juasseh.
Setelah itu, maka tibalah sesi penyerahan peranti komputer dan sim card kepada pelajar-
pelajar SK. Pusat Juasseh. Sesi dimulakan dengan gimik penyerahan peranti komputer dan sim
card daripada pihak PPD Kuala Pilah kepada pihak SK. Pusat Juasseh. Seterusnya, YB Dato’
Eddin Syazlee Bin Shith telah menyerahkan peranti komputer beserta sim card kepada pelajar-
pelajar yang hadir. Majlis turut menjemput Ketua PPDKP, Tuan Megat Afanddi Dato Wira Ismail
dan Guru Besar, En. Nasarudin bin Zainal untuk sama-sama menyerahkan peranti komputer dan
sim card kepada pelajar-pelajar yang terlibat. Selesai sahaja sesi penyerahan, para tetamu kehormat
mula bersurai. Para penjaga dan pelajar yang hadir diminta untuk tunggu seketika bagi mendengar
sedikit taklimat berkaitan penggunaan peranti komputer dan sim card yang telah diterima oleh
Cikgu Mohd Farhad.
Majlis ini tamat pada jam 12.00 tengah hari. Pihak sekolah ingin mengucapkan terima kasih
kepada YB Dato’ Eddin Syazlee Bin Shith yang sudi hadir merasmikan majlis ini. Ucapan terima
kasih juga diucapkan kepada Tuan Haji Rosli bin Omar atas budi baik beliau membenarkan majlis
ini diadakan di Laman D’Permai miliknya dan menyediakan kemudahan khemah, siaraya, pentas
dan sebagainya. Pihak sekolah juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang
telah terlibat secara lansung atau tidak lansung dalam menjayakan majlis ini.
6.0 LAPORAN BERGAMBAR
Para tetamu yang hadir diwajibkan menulis nama Puan Suzilawati menjaga kaunter pendaftaran
dan mengambil bacaan suhu masing-masing murid.
terlebih dahulu.
Majlis dilaksanakan mengikut ketetapan SOP Ketua PPDKP, Tuan Megat Afanddi Dato Wira
yang telah ditetapkan oleh KKM. Ismail dan Timbalan PPD Sektor Perancangan,
En. Mulub b. Mohd Yusop turut hadir.
Penjaga yang hadir diminta untuk tampil ke meja Ketibaan YB Dato’ Eddin Syazlee Bin Shith,
penerimaan secara berperingkat-peringkat bagi Timb. Menteri Kerja Raya merangkap Ahli
menandatangani borang-borang yang berkaitan.
Parlimen Kuala Pilah
Guru Besar SK. Pusat Juasseh, En. Nasarudin bin Ketua PPDKP, Tuan Megat Afanddi Dato Wira
Zainal, menyampaikan ucapan beliau. Ismail, menyampaikan ucapan beliau.
YB Dato’ Eddin Syazlee Bin Shith Ketua PPDKP, Tuan Megat Afanddi Dato Wira
menyampaikan nasihat dan amanat beliau kepada Ismail menyerahkan peranti-peranti komputer
pelajar-pelajar dan para penjaga yang hadir. berserta sim card kepada pihak SKPJ.
YB Dato’ Eddin Syazlee Bin Shith menyerahkan Ketua PPDKP, Tuan Megat Afanddi Dato Wira
peranti komputer beserta sim card kepada pelajar- Ismail , menyerahkan peranti komputer beserta
pelajar yang layak. sim card kepada pelajar-pelajar yang layak.
Tuan Guru Besar menyampaikan cenderamata Barisan tertamu kehormat yang sempat hadir pada
kepada YB Dato’ Eddin Syazlee Bin Shith atas majlis kali ini.
kesudian beliau merasjmikan majlis ini.
Barisan Ahli Jawantkuasa Majli Penyerahan Setelah tetamu-tetamu kehormat beredar, para
Sumbangan Peranti Komputer bergambar penjaga dan penjaga telah diberikan taklimat oleh
bersama para tetamu kehormat.
Cigku Farhad berkaitan penggunaan peranti
komputer dan sim card yang diberikan.
Disediakan oleh, Disahkan oleh,
_________________________ _____________________________
MOHD FARHAD BIN DAUD PN. SITI MARZIDAH BT ABDUL AZIZ
(Penyelaras Program CERDIK) (Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid)
LAMPIRAN
Senarai nama murid yang layak menerima bantuan daripada Program CERDIK.
Buku Progam beserta perjalanan program bagi Majlis Penyerahan Komputer & Sim Card SKPJ
2021.