SADN1033 KUMPULAN 7
E-MAGAZINE
PERMAINAN TRADISIONAL
ISI
KANDUNGAN
NO. KANDUNGAN 04
05
PENGENALAN
06
ASAL USUL PERMAINAN 07
TRADISIONAL
TEKNIK PENGHASILAN
CARA-CARA
PERMAINAN
KEBAIKAN PERMAINAN 10
SEPAK TAKRAW 11
KENAPA PERMAINAN
TRADISIONAL DILUPAKAN
USAHA UNTUK 12
MEMARTABATKAN
PERMAINAN 13
14
KESIMPULAN
RUJUKAN
Nationhood Kumpulan 7
Kumpulan 7 (Group K)
A221 SADN1013
Malaysian Nationhood Studies
PERMAINAN TRADISIONAL
Sepak Takraw
Prepared for :
ENCIK MOHAMAD ISMANDI
Prepared by :
BIN WASLI
TAN TING KEAT
(294151)
WAN MUHAMMAD HAIQAL BIN WAN ROSDI
(294241)
NUR DIANA SAFIAH BINTI MD NAZRI
(294341)
NUR AZLIN BINTI MOHD ZULKEFLE
(294502)
HAFIDZAH HAMIZAH BINTI MUSTAZA
(294619)
NURUL ATHIRAH BINTI SALIM
(294732)
NUR FARISAH DAMIA BINTI MD NATAR
(294852)
NURFAHANA HASSIM
(295019)
MUHAMMAD HAKIMIE BIN JOHARI
(295635)
PENGENALAN
LATAR BELAKANG
Permainan sepak takraw dimainkan antara dua pasukan atau
pasukan dengan tiga pemain dalam setiap regu. Ia dimainkan di
gelanggang yang sama saiz dengan gelanggang badminton dan
mempunyai jaringan yang memisahkan kedua-dua pasukan.
Pada mulanya, permainan sepak takraw hanya dikenali sebagai
sepak raga kerana para pemain bekerjasama daripada bersaing untuk
menahan bola daripada menyentuh tanah untuk tempoh yang lama.
Rekod yang ditemui dalam buku "Sejarah Melayu" memberikan
bukti pertama kewujudan sukan ini yang dikenali sebagai sepak raga di
Melaka dan Kepulauan Riau. Sejak 600 tahun yang lalu, permainan
sepak raga telah dimainkan. Zaman Kesultanan Melayu Melaka adalah
zaman rakyat jelata dan juga golongan bangsawan gemar bermain
permainan ini. Raja Muhammad, anak Sultan Mansor Shah Muhammad,
kehilangan kaki selepas terkena bola raga yang disepak Tun Besar,
mengikut sejarah Melayu.
Bilah rotan yang dijalin menjadi bola sebesar dua atau tiga lapis isi
kelapa digunakan untuk menghasilkan bola sepak raga.
ASAL USUL
Sebenarnya, permainan tradisional adalah aktiviti
yang sesuai untuk menjalankan aktiviti di kawasan
yang luas dan sunyi dari kawasan-kawasan
bandar kerana mereka mencari masa lapang
untuk merapatkan hubungan antara satu sama
lain. Malangnya, permainan tradisional
nampaknya semakin luntur daripada minat
golongan milenial. Oleh itu, inilah imbasan
kepada permainan kegemaran ibu bapa kita
semasa mereka masih muda. Antara contoh
permainan tradisional yang dimainkan pada suatu
ketika dahulu ialah sepak takraw, gasing, wau,
congkak, galah panjang dan sebagainya.
Kebanyakan permainan ini dimainkan secara
berkumpulan untuk merapatkan hubungan di
antara ahli masyarakat. Permainan tersebut juga
dapat memberi banyak impak positif kepada
semua golongan masyarakat. Selain daripada
meningkatkan mental dan fizikal kita, ia juga akan
merangsang pemikiran minda seseorang secara
kritis dan sentiasa fokus dalam melakukan
sesuatu tugas.
Di samping itu, melalui permainan tradisional
negara kita boleh mempromosikan permainan
tradisional yang berada di negara kita kepada
pelancong-pelancong luar yang melancong ke
negara kita. Namun begitu, rakyat Malaysia tidak
sedar bahawa kepentingan terhadap permainan
tradisional tersebut. Oleh yang demikian,
masyarakat perlulah sentiasa memelihara dan
mempertahankan warisan nenek moyang tidak
kira zaman semakin canggih.
TEKNIK
PENGHASILAN
Pada asalnya, bola sepak takraw dihasilkan
menggunakan rotan yang lembut dan dianyam.
Hal ini kerana, dahulu tidak mempunyai
piawaian khusus seperti bilangan lubang yang
perlu ada, diameter bola dan berat bola.
Setelah berlaku perubahan zaman, bola sepak
takraw kini diperbuat daripada bahan fiber dan
getah sintetik kerana, ia lebih tahan lasak dan
boleh dikawal dengan serapan yang baik.
Bola sepak takraw haruslah berbentuk sfera
dan dilapisi dengan lapisan fiber dan getah
sintetik. Dari segi bilangan lubang pula, ISTAF
(Persatuan Sepaktakraw Antarabangsa) telah
menetapkan bahawa bola sepak takraw perlu
mempunyai 12 lubang.
PERATURAN
PERMAINAN SEPAK
TAKRAW
Dalam peraturan permainan, terdapat 3
sentuhan yang dilakukan sebelum bola di
hantar ke gelanggang pihak lawak semasa
permainan sepak takraw dilakukan.
Antaranya ialah sentuhan mengawal bola,
mengumpan dan merejam.
Sentuhan Kawal Bola
Sentuhan Mengumpan CARA BERMAIN
Sentuhan Merejam SEPAK TAKRAW
SEPAKAN SERVIS
Permainan sepak takraw boleh dimainkan dengan
Pemain yang merupakan tekong akan melakukan pemain hendaklah menanduk dan menyepak untuk
servis untuk meneruskan permainan sepak takraw melepasi jaring dan masuk ke dalam gelanggang pihak
untuk mengutip mata bagi pasukannya. Semasa lawan. Selain itu , pemain sepak takraw hendak
melakukan servis, bola tersebut mestilah melepasi menggunakan kaki untuk mengawal, menyepak dan
jaring dan menyentuh bahagian atas jaring dan merejam bola manakala anggota badan seperti kepala
mestilah memasuki gelanggang pihak lawan. Di pula digunakan untuk mengawal atau menanduk bola.
samping itu , semasa sepakan servis di lakukan , Setiap pasukan mestilah mempunyai 3 orang pemain
kedua-dua pemain dan tekong tidak boleh iaitu dikenali sebagai tekong, apit kiri dan apit kanan.
memijak garisan tepi atau bulatan yang terdapat di Pada setiap perlawanan, setiap pasukan akan diberikan
dalam gelanggang. dan dibenarkan membuat satu gantian atau menukar
pemain sahaja.
KIRAAN MATA Setiap permainan sepak takraw
akan dimainkan dalam 2
pusingan. Hal ini, sekiranya
permainan tersebut mendapat
mata seri, permainan akan
diteruskan dalam pusingan
ketiga iaitu dikenali sebagai
rubber set dan skor permainan
bagi setiap permainan dikira
dalam 21 mata.
KESALAHAN PEMAIN PERTUKARAN GELANGGANG
Dalam permainan sepak takraw ini, kebiasaan Dalam pertandingan permainan sepak takraw, setiap pusingan
kesalahan yang dilakukan oleh pemain adalah akan melakukan pertukaran gelanggang. Di samping itu, sekiranya
menyentuh jaring ketika bermain. Hal ini, permainan adalah seri, mana mana regu yang mendahului
mata atau servis akan diberikan kepada pihak dengan mencapai 8 mata, pasukan tersebut akan melakukan
lawan. pertukaran gelanggang. Dengan itu, pengiraan mata akan
diteruskan sehingga permainan tamat.
TEKNIK KEMAHIRAN
SEPAKAN SERVIS REJAMAN
MENGHADANG
KEDUDUKAN
PERMAINAN
KEBAIKAN
PERMAINAN SEPAK
TAKRAW
Permainan sepak takraw ini mempunyai keunikan dan tarikannya yang
tersendiri. Tidak lupa juga tentang pelbagai kebaikan yang dapat kita
perolehi melalui permainan Sepak Takraw ini, antaranya adalah dapat
menguatkan otot dan tulang. Hal ini demikian kerana setiap pergerakan
yang dilakukan semasa permainan dijalankan perlu dilakukan dengan
pantas dan sempurna. Contohnya, kemahiran melompat dengan cepat
untuk merejam dan menimbang bola takraw ini dapat melatih otot-otot
untuk bergerak lebih pantas dan cekap. Seterusnya, sepak takraw juga
dapat mengurangkan kadar tekanan yang dihadapi oleh seseorang. Hal ini
kerana permainan ini memerlukan focus yang tinggi untuk bermain,
maka secara automatik hal-hal yang lain akan diketepikan dahulu. Di
samping itu, penggunaan strategi yang tepat juga adalah penting dalam
sepak takraw. Pemain-pemain perlu mengatur strategi yang rapi dan
efektif untuk memenangi pertandingan sepak takraw. Oleh itu, permainan
ini dapat melatih daya pemikiran pemain untuk mencari jalan
penyelesaian dalam masa yang singkat. Jika dilihat dari sudut yang lain,
sepak takraw semakin kian dilupakan dan dipermainkan walaupun sudah
jelas lagi bersuluh bahawa permainan tradisional ini dapat menyumbang
pelbagai kemaslahatan kepada pemain.
KENAPA PERMAINAN
TRADISIONAL INI DILUPAKAN
1.Perkembangan Kemajuan Sains Dan Teknologi:
-Pada zaman sekarang, kemajuan teknologi telah berkembang dengan pesat dan telah memberi kesan yang
banyak disekeliling kita. Ianya membantu kita dalam membuat kerja atau tugas dengan cepat dalam pekerjaan
dan dapat memberi keselesaan dalam kehidupan kita.
-Kanak-kanak lebih suka bermain permainan dan menonton video dalam komputer atau alat -elektronik. Hal ini
kerana, kanak-kanak lebih suka benda yang menarik dan baharu berbanding dengan bermain permainan
tradisional yang terpaksa dijalankan di kawasan luar rumah. Dengan ini, generasi muda akan tidak aktif dalam
permainan tradisional. Contohnya, generasi muda biasanya bermain permainan atas talian dan menonton video di
telefon mereka. Kesimpulannya, Permainan tradisional Sepak Takraw akan dilupakan disebabkan genearsi muda
tidak mempunyai minat dalam melibatkan diri dalam permainan tradisional dan akan dilupakan pada zaman akan
datang.
2. Pemikiran Masyarakat Yang Bersifat Individualisme:
-Pada zaman sekarang yang memenuhi tekanan yang tinggi dalam kehidupan menyebabkan masyarakat akan
senantiasa berusaha untuk mencari rezeki untuk meneruskan kehidupan. Masyarakat kini lebih mementingkan
dalam mengumpul harta benda mereka dan menggunakan banyak masa dalam pekerjaan mereka. Selain itu,
anak-anak mereka juga telah diterapkan dalam memfokuskan pelajaran supaya dapat mempunyai kehidupan
yang lebih selesa. Generasi muda mengaggap aktiviti bermain permainan tradisional akan membuang masa yang
lama dan tidak mempunyai apa-apa faedah kepada mereka. Oleh itu, masyarakat dan generasi muda tidak
mementingkan untuk bermain permainan tradisional dan disebarkan kepada orang ramai. Kesimpulannya,
permainan tradisional Sepak Takraw akan dipinggirkan tidak lama lagi akan datang.
3. Kurang Promosi oleh Pihak-pihak Bertanggungjawab:
- Pihak-pihak bertanggungjawab tidak sering menganjurkan pertandingan tradisional iaitu Sepak Takraw di
kawasan perumahan, sekolah dan sebagainya.Pihak-pihak tersebut menganggap permainan tradisional ini tidak
popular dan bosan dalam kalangan generasi muda. Ini disebabkan, terdapat aktiviti seperti E-sport yang bermain
secara atas talian lebih digemari dan mendapat sokongan yang meriah oleh generasi muda. Dalam keadaan ini,
permainan yang moden ini telah diterima oleh semua masyarakat dan juga mempunyai pertandingan
antarabangsa seperti Sukan Sea. Oleh itu, aktiviti permainan tradisional susah untuk dipromosikan dan akan
dipinggirkan oleh masyarakat kini.
4.Memerlukan kos yang tinggi:
-Permainan tradisional ini seperti Sepak Takraw biasanya tidak mempunyai tempat permainan yang banyak.
Biasanya, padang-padang yang disediakan kepada sukan yang popular seperti bola sepak, badminton,bola
keranjang dan sebagainya. Jika seseorang hendak mempromosikan permainan tersebut memerlukan kos yang
tinggi untuk membina satu ladang untuk sepak Takraw. Oleh itu, ini menyebabkan tiada seseorang hendak
mengeluarkan kos yang banyak untuk bermain permainan tradisional tersebut dan ini menyebabkan generasi
muda berasa tidak minat dalam melibatkan dalam permainan tradisional. Oleh itu, permainan tradisional Sepak
Takraw akan dilupakan pada masa akan datang.
SEPAK TAKRAW USAHA UNTUK
MEMARTABATKAN
PERMAINAN
Pada era globalisasi ini, 0rang ramai kian sibuk dengan kehidupan mereka sendiri dengan
menghabiskan banyak masa pada gajet mereka seperti tablet, iPad dan komputer riba termasuk
kanak-kanak. Mereka sama ada melakukan kerja atau bermain permainan kerana kebiasaan
menggunakan gajet dan melupakan permainan tradisional. Adalah dipersetujui untuk mengatakan
bahawa masyarakat pada hari ini terutamanya kanak-kanak lebih suka bermain permainan di
gajet mereka berbanding permainan tradisional. Sebagai contoh, kanak-kanak pada masa kini
tidak menyertai mana-mana permainan kelab permainan tradisional seperti kelab permainan
sepak takraw di sekolah kerana mereka memilih untuk menyertai permainan kelab e-sport yang
trend pada masa kini. Hal ini kerana generasi muda pada hari ini kurang didedahkan dengan
permainan tradisional kerana generasi muda hari ini terlalu ketagih dengan gajet mereka yang
terdapat banyak permainan dan aplikasi yang sangat menarik. Selain itu, ia mudah untuk dibawa
ke mana-mana sahaja. Mereka cenderung untuk bermain permainan video dalam gajet berbanding
permainan tradisional kerana bermain permainan atau gajet seperti iPad atau telefon pintar tidak
memerlukan mereka untuk berpeluh dan tidak memenatkan. Oleh hal demikian kita haruslah
berusaha untuk menggalakkan permainan tradisional sepak takraw ini kepada masyarakat
terutamanya generasi muda.
Antara cara untuk mempopularkan permainan tradisional sepak takraw ini ialah ibu bapa
haruslah memperkenalkan mengenai permainan tersebut sejak kecil lagi. Sebagai contoh, ibubapa
boleh mengadakan perlawanan dalam permainan sepak takraw pada hari keluarga ataupun
membawa anak mereka menonton perlawanan permainan sepak takraw ini. Secara tidak langsung
usaha ibubapa ini dapat menarik minat anak-anak dan mempopularkan permainan tradisional ini.
Selain itu, sekolah juga hendaklah mengadakan permainan kelab tradisional sepak takraw
dalam kegiatan kokurikulum. Dengan ini ahli kelab tradisional boleh menganjurkan pelbagai
pertandingan dan perlawanan yang dapat menarik minat generasi muda untuk menyertainya dan
mendapat maklumat tentang permainan tersebut dengan lebih baik. Ini jelas menunjukkan bahawa
sekolah memainkan peranan penting dalam permainan tradisional.
Seterusnya, kerajaan harus mempromosikan permainan tradisional di televisyen dan akhbar.
Usaha ini boleh dilakukan melalui kempen. Ini secara tidak langsung dapat mempromosikan dan
menyebarkan maklumat tentang permainan tradisional sepak takraw ini dengan lebih meluas.
Usaha kerajaan untuk menarik pelancong asing ke negara kita juga dapat mempopularkan
permainan tradisional ini.
Manakala pihak lain yang berkuasa juga boleh menganjurkan pertandingan permainan
tradisional ini. Pihak ini boleh menjadi penaja untuk menganjurkan pertandingan dengan
menyediakan hadiah yang lumayan. Ini boleh menarik pelbagai lapisan komuniti untuk mengambil
bahagian dalam permainan sepak takraw tersebut.
Konklusinya, pelbagai pihak haruslah bekerjasama bagai aur dan tebing untuk mempopularkan
permainan tradisional ini. Usaha yang berterusan dalam memartabatkan permainan tradisional
sepak takraw ini dalam kalangan masyarakat adalah penting untuk generasi akan datang agar
dapat mengenali dan melibatkan diri dalam permainan tradisional ini supaya permainan tradisional
ini tidak pupus ditelan zaman.
Page 2
KESIMPULAN
Konklusinya, sepak takraw yang merupakan
warisan tradisional perlulah dilestarikan
kerana ia merupakan pemberian nenek
moyang kita sejak beberapa dekad dahulu.
Oleh hal yang demikian, masyarakat
seharusnya memandang serius terhadap hal ini
supaya permainan tradisional ini tidak lapuk
dek zaman. Lebih-lebih lagi sepak takraw ini
boleh dimainkan oleh pelbagai peringkat umur
terutamanya sejak kecil lagi. Contohnya, ibu-
bapa boleh melatih anak-anak untuk
memainkan permainan sepak takraw sejak
zaman persekolahan lagi. Akhir kata,
permainan sepak takraw perlulah diberi lebih
penekanan supaya Malaysia sebagai negara
pengasas permainan ini, dapat menyaingi
Thailand yang merupakan gergasi sepak
takraw dan seterusnya mengukuhkan lagi
kedudukan permainan ini dalam masyarakat
Malaysia.
RUJUKAN
Aiman Sadiq Abdullah (2018). Permainan Tradisional Jangan Dilupakan. 23
Disember 2018, daripada
https://www.sinarharian.com.my/article/3740/EDISI/Pahang/Permainan-
tradisional-jangan-dilupakan
Euis Kurniati (2016). Permainan Tradisional Dan Perannya Dalam
Mengembangkan Keterampilan Sosial Anak Edisi Pertama, Indonesia: PT
Kharisma Putra Utama.
Haidar Ahmad (2022). Cara Bermain Sepak Takraw. 21 Februari 2022, daripada
https://elmoyya.com/cara-bermain-sepak-takraw/
Leo Maestro (2017). Ciri-ciri Standard Bola Sepak Takraw Menurut Piawaian
ISTAF. 12 Oktober 2017, daripada
https://sukan.my/ciri-ciri-standard-bola-sepaktakraw-menurut-piawaian-istaf/
Mohd Hafizuddin (2022). Cara Mengekalkan Permainan Tradisional. 20 February
2022, daripada
https://mohdhafizuddin.com/cara-mengekalkan-permainan-tradisional/
Muchlisin Riadi (2018). Lapangan, Peraturan Dan Teknik Dasar Permainan Sepak
Takraw. 24 March 2018, daripada
https://www.kajianpustaka.com/2018/03/lapangan-peraturan-dan-teknik-dasar-
permaian-sepak-takraw.html
Sepak Takraw. (23 Jun 2022). In Wikipedia, daripada
https://ms.wikipedia.org/wiki/Sepak_takraw
Shaifull Niell (2014). Asal Usul Permainan Tradisional. 1 May 2014, daripada
https://www.slideshare.net/sirshaypool/sejarah-permainan-tradisional
Zafran, A (2020, June 06). Kelebihan bermain sepak takraw. December 24, 2022,
daripada https://sepaktakrawrotan.blogspot.com/2020/06/kelebihan-bermain-
sepak-takraw.html
Zakri B ABD HAMID (2011). Latar Belakang Sukan Sepak Takraw. 6 December
2011, daripada http://pendidikanjasmani-sepaktakraw.blogspot.com/2011/12/latar-
belakang-sukan-sepak-takraw.html?m=1
SADN 1013 - KUMP 7SEKIAN TERIMA KASIH
e-Magazine
PERMAINAN TRADISIONAL SEPAK TAKRAW
MALAYSIAN
NATIONHOOD
STUDIES
A221
GROUP K