The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by iena92.tme, 2023-06-23 08:22:35

BUKU MESYUARAT AGUNG SRAI 2023

BUKU MESYUARAT AGUNG SRAI 2023

MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE– 4 SRA ISLAHIAH DIRASMIKAN OLEH : YB. IR. RAZALI BIN KASIM (EXCO Felda, Koperasi dan Usahawanan Negeri Pahang merangkap YB. Penyelaras DUN Bukit Ibam) PIBG SRAI HARI : SABTU TARIKH : 24 JUN 2023 MASA : 9:00 PAGI TEMPAT : DEWAN TERBUKA SRA ISLAHIAH


1 KANDUNGAN Bil. Perkara M/S 1 Aturcara majlis 2 2 Kata aluan Yang Dipertua PIBG 3 3 Senarai Ahli Jawatankuasa PIBG 2022/2023 4 4 Agenda Mesyuarat Agung PIBG SRA Islahiah Kali Ke- 4 5 5 Minit Mesyuarat Agung Kali Ke- 2 sesi 2021/2022 6 - 13 6 Senarai Program Yang Melibatkan Sumbangan PIBG 14 7 Laporan Kewangan PIBG berakhir 31 Mei 2023 15 - 16 8 Penyataan Usul / Cadangan 17 9 Ahli Jawatankuasa PIBG SRA Islahiah 2023/2024 18


2 TENTATIF MESYUARAT AGUNG PIBG SRA ISLAHIAH KALI KE – 4 MASA ATUR CARA 9:00 pagi - Pendaftaran 9:45 pagi - Ketibaan VIP dan tetamu jemputan 10:00 pagi - Ucapan aluan Pengerusi Majlis - Bacaan doa - Ucapan YDP - Ucapan Guru Besar - Ucapan Perasmi • Perasmian Mesyuarat Agung PIBG kali ke - 4 - Penyampaian sijil dan cenderahati kepada AJK PIBG - Penyampaian cenderahati kepada Perasmi - Persembahan Nasyid Kumpulan Al-Islah 10:30 pagi - Mesyuarat Agung PIBG bermula • Ucapan Yang Dipertua PIBG • Pembentangan dan Pengesahan Minit Mesyuarat Agung kali ke- 2 • Perkara berbangkit • Pembentangan dan Pengesahan Penyata Kewangan yang berakhir 31 Mei 2023 • Membahaskan usul • Pembubaran AJK PIBG sesi 2022/2023 • Pelantikan AJK PIBG sesi 2023/2024 • Ucapan Penangguhan 11:30 pagi - Cabutan bertuah 12:00 tengah hari -Majlis bersurai


3 KATA-KATA ALUAN DARIPADA YANG DIPERTUA PIBG Assalamualaikum dan salam sejahtera Alhamdulillah saya panjatkan setinggi-tinggi ssyukur ke hadrat Illahi kerana dengan izinNya dapat saya mengutuskan sepatah dua kata dalam ruangan ini sempena Mesyuarat Agung kali ke- 4 bagi sesi 2023/2024. Sebagaimana yang kita sedia maklum, PIBG mempunyai objektif dalam membantu dan bekerjasama dalam mendokong misi dan visi sekolah. PIBG turut bermuafakat dengan pihak sekolah dalam melonjakkan pencapaian yang gemilang dalam bidang akademik, kokurikulum dan sebagainya. Di samping itu, PIBG juga sebagai medium untuk sama-sama berganding bahu mengatasi sebarang masalah yang timbul secara dalaman ataupun luaran. Saya selaku Yang Dipertua PIBG ini bagi sesi 2022/2023 amat berterima kasih atas segala Kerjasama, sumbangan idea dan tenaga yang telah diberikan oleh pihak pengurursan sekolah, guru-guru serta kakitangan sekolah dalam menjayakan programprogram anjuran PIBG. Setinggi-tinggi penghargaan juga kepada ibu bapa dan penjaga yang menyumbang tenaga, memberi Kerjasama dan komitmen bagi memastikan kejayaan anakanak di sekolah ini. Sebelum mengakhiri ucapan, sekali lagi saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan Mesyuarat Agung PIBG kali ke- 4 ini. Saya amat berharap ahli Jawatankuasa yang dilantik akan dapat membantu pihak sekolah dalam menjalankan aktiviti bagi meningkatkan prestasi anak-anak kita di SRA Islahiah ini. Mudah-mudahan pengorbanan serta niat murni kita dapat memangkin kejayaan anak-anak kita agar gemilang dan terbilang. Akhir kata, saya memohon kemaafan sekiranya ada salah silap dan kelemahan saya semasamenerajui PIBG SRA Islahiah. Semoga Kerjasama erat PIBG dan pijak sekolahakan terus berkekalan demi kejayaan anak-anak kita. Inysa Allah. Sekian, terima kasih. (ABDUL JALAN BIN MUSTAFA) Yang Dipertua PIBG SRA Islahiah SESI 2022/2023


4 SENARAI AHLI JAWATAN KUASA PIBG SESI 2022/2023 Nama Persatuan Persatuan Ibu Bapa dan Guru Alamat Sekolah Rendah Agama Islahiah, Jalan Masjid, 26900 Bandar Tun Abdul Razak, Pahang. Pengelola Sekolah Tuan Haji Idris bin ismail


5 AGENDA MESYUARAT AGUNG PIBG SRA ISLAHIAH KALI KE- 4 SESI 2023/2024 1. Ucapan Yang Dipertua PIBG SRA Islahiah sesi 2022/2023 2. Pembentangan dan Pengesahan Minit Mesyuarat Agung kali ke – 2 3. Perkara berbangkit 4. Pembentangan dan Pengesahan Penyata Kewangan yang berakhir 31 Mei 2023 5. Membahaskan usul 6. Pembubaran AJK PIBG sesi 2022/2023 7. Pelantikan AJK PIBG sesi 2023/2024 8. Ucapan Penangguhan


6 MINIT MESYUARAT AGUNG PERSATUAN IBU BAPA GURU (PIBG) SRA ISLAHIAH KALI KE- 2 SESI 2021/2022 TARIKH 25 SEPTEMBER 2021 HARI SABTU TEMPAT LOKASI MASING-MASING (GOOGLE MEET) SEKOLAH RENDAH AGAMA ISLAHIAH 26900 BANDAR TUN ABDUL RAZAK PAHANG


7 MINIT MESYUARAT AGUNG PIBG SESI 2021/2022 TARIKH : 25 SEPTEMBER 2021 TEMPAT : GOOGLE MEET MASA : 9:00 PAGI HARI : SABTU 1.0 Ucapan Aluan Pengerusi Majlis 1.1 Pn Nor Syukirah binti Jamil selaku pengerusi majlis mengalu-alukan kedatangan para hadirin dan mengucapkan terima kasih kerana sudi hadir ke Mesyuarat Agung PIBG kali ke-2 2.0 Bacaan Doa 2.1 Ustaz Muhammad Shahid Shafy bin Johari telah mengetuai bacaan doa pembukaan majlis 3.0 Ucapan Yang Dipertua PIBG 3.1 Yang Dipertua PIBG, En Abdul Jalal bin Mustafa mengucapkan selamat datang dan selamat menjalankan tugas kepada guru besar dan dapat meneraju sekolah dengan baik. 3.2 Beliau menggalakkan kehadiran ibu bapa bagi membantu merealisasikan segala perancangan sekolah sebagai tanda sokongan ibu bapa kepada pihak sekolah. 3.3 Beliau mengucapkan ribuan terima kasih kepada ibu bapa kerana dapat memainkan peranan yang penting dalam PDPR pada musim Covid-19 ini kerana beliau memahami situasinya sangat terbatas dan berharap semua murid dapat mengikuti PDPR dengan baik. 3.4 Beliau juga berterima kasih dan mengucapkan tahniah kepada semua guru kerana dapat menjalankan PDPR dengan baik dan dapat memberikan komitmen yang sangat tinggi kepada semua anak murid. 4.0 Ucapan Guru Besar 4.1 En. Halimi bin Abu Bakar selaku guru besar mengucapkan terima kasih kepada setiausaha PIBG kerana dapat melaksanakan juga mesyuarat agung ini setelah beberapa kali ditunda. 4.2 Dengan kehadiran beliau ini, beliau berharap dapat bekerjasama dengan semua lapisan sama ada guru atau ahli jawatankuasa PIBG. 4.3 Beliau juga meletakkan harapan yang tinggi mengenai sahsiah, meningkatkan akademik dan juga keceriaan sekolah.


8 5.0 Ucapan Lembaga Pengerusi Sekolah 5.1 En Idris bin Ismail selaku Lembaga Pengerusi Sekolah mengucapkan terima kasih kepada setiausaha PIBG kerana dapat melaksanakan mesyuarat agung PIBG kali ke-2. 5.2 Beliau meminta kerjasama daripada semua pihak untuk memajukan sekolah SABK ini. 5.3 Beliau berterima kasih kepada guru dan ibu bapa kerana dapat memberikan komitmen kepada semua anak-anak ketika PDPR ini. 5.4 Beliau berharap agar Covid-19 ini kembali pulih supaya semua murid boleh kembali ke sekolah seperti biasa. 5.5 Dengan harapan yang tinggi, beliau akan berusaha untuk mewujudkan padang sekolah yang baharu. 6.0 Pengesahan Minit Mesyuarat 6.1 Minit mesyuarat yang lepas disahkan oleh Pn. Farah Aqilien binti Abu Talib dan disokong oleh Pn. Junainah binti Hussin. 6.2 Semua perkara dalam laporan tersebut dipersetujui dan tiada sebarang bantahan. 7.0 Pembentangan Laporan Kewangan 2021 7.1 Pn. Nuur Aini binti Mohamad Razali meminta semua hadirin merujuk laporan kewangan dan menyemak penyata kewangan pada tahun 2021 yang berakhir pada 31 Mei 2021 untuk diterima dan disahkan. 7.2 Semua perkara dalam penyata kewangan tersebut telah dipersetujui dan tiada sebarang bantahan. 7.3 Sumbangan PIBG masih sama iaitu RM 50.00 perkeluarga bagi tahun 2021 7.4 Pn Norziati binti Ismail mencadangkan agar jumlah sebanyak RM50 perkeluarga itu dikekalkan. 7.5 Semua ahli PIBG sebulat suara menyokong cadangan tersebut. 7.6 Laporan kewangan disahkan oleh Pn Yusnita binti Yaasak dan disokong oleh Pn. Roshima binti Ibrahim. 8.0 Membahaskan Usul dan Cadangan 8.1 Terdapat dua usul yang diterima dan selebihnya merupakan cadangan atau pandangan untuk dibincangkan dalam mesyuarat BIL USUL/CADANGAN MAKLUM BALAS 1. Pn. Ruyana Hussain 1. Penjagaan SOP apabila sekolah dibuka Sekolah akan menyediakan SOP yang sewajarnya mengikut ketetapan KPM 2. En. Md Latif bin Khamis Sudah diusulkan di peringkat sekolah dan bergantung


9 1. Penambahnaikkan keperluan asas sekolah kepada kewangan yang disediakan 3. En. Mior bin Sahabudin 1. Ruangan tempat menunggu anak minta untuk dibesarkan. 2. Laluan keluar masuk sekolah minta untuk diubah mengikut JPJ. Guru besar akan pertimbangkan usul tersebut 4. Pn. Nor Syukirah binti Jamil 1. Memberikan inisiatif atau penghargaan kepada murid-murid sepanjang PDPR YDP PIBG bersetuju dan akan memberikan sumbangan kepada murid yang mengikuti PDPR 5. Pn. Huda 1. Melanjutkan waktu penghantaran kerja sekolah semasa PDPR En. Shahril Lizan menerangkan tiada masalah jika penghantaran kerja sekolah tidak menepati masa atau lewat dari masa yang sepatutnya. 6. Pn. Asmawati binti Mohd Nor 1. Memberikan sumbangan kepada keluarga murid yang terkesan dengan PDPR dan kuarantin YDP PIBG dan Guru Besar bersetuju dan meminta menyediakan senarai nama murid yang terkesan 9.0 Pembubaran AJK 2020/2021 9.1 En. Abdul Jalal bin Mustafa selaku YDP PIBG membubarkan ahli jawatankuasa PIBG tahun 2019/2021 9.2 En. Mujib bin Idris mencadangkan En. Abdul Jalal bin Mustafa menjadi pengerusi sementara 9.3 En Mujib bin Idris mencadangkan agar ahli jawatankuasa PIBG dikekalkan 9.4 Pn. Huda menyokong cadangan ahli jawatankuasa PIBG dikekalkan. 10.0 Pelantikan AJK 2021/2022 - TIADA 11.0 Hal-hal Lain 11.1 En. Zainol mencadangkan tatacara penghantaran anak-anak ke sekolah pada waktu pagi agar ibu bapa tidak mengambil waktu yang lama di ruangan penghantaran anak. 11.2 Pn. Huda mencadangkan agar makanan di kantin dipelbagaikan


10 12.0 Ucapan Penangguhan 12.1 YDP PIBG, En. Abdul Jalal bin Mustafa mengucapkan ribuan terima kasih sekali lagi kepada semua yang hadir dan akan terus memberikan komitmen yang terbaik untuk anak-anak di Sekolah Rendah Agama Islahiah. Disediakan oleh, Disemak oleh, …………………………….. ……………………………… (FARAH AQILIEN BINTI ABU TALIB) (HALIMI BIN ABU BAKAR) Setiausaha Guru Besar Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SRA Islahiah SRA Islahiah Disahkan oleh, ………………………………. (ABDUL JALAL BIN MUSTAFA) Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa & Guru (PIBG) SRA Islahiah


11 SENARAI KEHADIRAN MESYUARAT AGUNG PIBG SRA ISLAHIAH KALI KE- 2 1. Halimi bin Abu Bakar 2. Mujib bin Idris 3. Bakri bin Bahudim 4. Asmawati binti Mohd Nor 5. Nazaijiah bte Che Omar 6. Siti Nurul Ain binti Juliadani 7. Khairul Muna binti Mahmud 8. Nur Najihan binti Samian 9. Jamiah binti Ngatenan 10. Nor’hayati binti Baharum 11. Noor Azira binti Abdul Aziz 12. Yusnita binti Yaasak 13. Nor Syukirah binti Jamil 14. Fatin Fasihein binti Abu Talib 15. Muhammad Shahid Shafy bin Johari 16. Nur Farhana binti Amid 17. Nur Izzati Syamimi binti Anuar 18. Nur Akmalliah binti Md Saeh 19. Falsyah Izzuan binti Misrum 20. Suhaini Suriza binti Ibrahim 21. Tengku Hakimah binti Tengku Musa 22. Nur Azwani binti Ahmad 23. Zuraini binti Sidek 24. Hapsah binti Aman 25. Aziyan binti Ahmad 26. Adnan bin Abd Rahman 27. Noraskawati binti Ismail 28. Mazlina binti Isa 29. Zuri bin Mas Hassan 30. Jalaludin bin Yahya 31. Nornaziratul Farhana 32. Mohd Faizal bin Tahal 33. Nurul Atika Mazlan


12 34. Norsapiatul Maizan binti Sa’ari 35. Mohd Firdaus bin Mahmud 36. Nor Khairiah Zulkafli 37. Mohd Sofi bin Zainal Abidin 38. Azamunah binti Baki 39. Roslina binti Mohamad Salberi 40. Norhayati binti Ismail 41. Nor Hidayah binti Mohd Ramdun 42. Syamsina Binti Noh 43. Noraini binti Arimin 44. Mohd Baharin bin Md Kassim 45. Ahmad bin Isa 46. Zamrul bin Zahari 47. Farizwana binti Mohd Hair 48. Norehan 49. Syarifah Syakheezah binti Syed Hussin 50. Nurul Huda binti Ismail 51. Muhammad Adam bin Zulkifli 52. Mohd Ruzmi bin Kasim 53. Sharifah Noratiqah binti Syd Bakar 54. Norhayati binti Md Yunus 55. Eysha Faridah binti Saliman 56. Noor Hidayah Mohamad 57. Nor Aini Mustafa 58. Che Zuraini binti Abdul Gani 59. Nor Azidah binti Ahmad 60. Norasura binti Abdul Manap 61. Nurlaila Tahrin 62. Noormala binti Leman 63. Rohaniza binti Ghazali 64. Fadzulah bin Basiron 65. Fatanah binti Md Jazi 66. Norasuhaila bt Sidek 67. Nur Fukaihah binti Mohamed 68. Safiah Mazlan 69. Zalina binti Zailan 70. Hadilla binti Othman


13 71. Nurul Hidayah binti Yusoff 72. Fifi Izuani binti Mohd Isanudin 73. Aida binti Mustaffa 74. Nurul Suhaida binti Ramli 75. Mohd Khairiee bin Mohamad 76. Roshima binti Ibrahim 77. Jamilah bt Khamis 78. Norziati Ismail 79. Muhamad Johari bin Sahari 80. Norfaizah binti Jamalaziz 81. Suraya binti Abdul Halim 82. Siti Aishah binti Mohamed 83. Rozika binti Zakaria 84. Ruyana bte Hussain 85. Hasnah binti Muhamed Yudin 86. Norhazima binti Mat Noh 87. Norhazlina bte Abd Hamid 88. Norsahida binti Abu Seman 89. Mohd Ikhwan bin Arpi 90. Asnah binti Kamarudin 91. Siti Shuhaini Mohamad Moha 92. Azrul Nizam bin Zahari 93. Mohd Zamzuri bin Hj M Razalee 94. Siti Fatimah binti Mohd Remali 95. Rina Masliza binti Mohamad Toha 96. Nor Azlea binti Abd Razak 97. Nik Radhiah binti Md. Nur 98. Nazwita binti Ali 99. Fatin Dalilah Mat Lah 100. Hasifah binti Awang @ Shapiea 101. Ahmad Rosdi bin Ramli 102. Mohd Yuzi bin Mamat 103. Rozita Jaafar 104. Wan Khairuddin bin Wan Yahya


14 LAPORAN PROGRAM AKTIVITI MELIBATKAN SUMBANGAN PIBG SRA ISLAHIAH 2022/2023 BIL AKTIVITI PELAKSANAAN 1. Program Transisi Tahun 1 April 2022 2. Majlis Khatam Quran 3. Sumbangan Sambutan Hari Raya Mei 2022 4. Sumbangan Kejohanan Sukan Jun 2022 5. Sambutan Bulan Kemerdekaan Ogos 2022 6. Sumbangan Unit 3K September 2022 7. Sumbangan Khas Kejohanan Sukan Peringkat Pusat 8. Program Kem Ibadah peringkat sekolah Oktober 2022 9. Majlis restu Ilmu & Solat Hajat 10. November 2022 Sumbangan khas Kokuria Bahasa Arab peringkat Kebangsaan 11. Pembelian set KFC untuk Hari Kanak-kanak 12. Sumbangan kecemerlangan UPKK Disember 2022 13. Majlis Anugerah Kecemerlangan Pelajar Febuari 2023 14. Program orientasi Tahun 1 dan Pra sekolah April 2023 15. Sambutan Hari Guru dan Hari Raya Mei 2023 16. Mesyuarat AJK PIBG


15 LAPORAN KEWANGAN PIBG TAHUN 2022 & SENARAI KUTIPAN PIBG TAHUN 2022/2023


16


17 PENYATAAN USUL / CADANGAN NAMA : Nor Sahida Abu Saman NAMA ANAK DI SEKOLAH : Aiman Najmi bin Aizolisam Usul/cadangan: Memohon supaya membaiki jalan yang rosak di laluan masuk serta membina laluan pejalan kaki / susur gajah ke dalam Kawasan sekolah. NAMA : Noor Hidayah Mohamad NAMA ANAK DI SEKOLAH : Mohamad Adam Rizqi Usul/cadangan : Mengusulkan supaya pihak sekolah mengambil berat isu keselamatan murid semasa datang dan pulang dari sekolah. Kawalan keselamatan pelajar untuk ke kenderaan penjaga pada waktu tersebut kurang memberansangkan. Justeru itu, disarankan supaya pengawal keselamatan dapat menjalankan tugas mereka dengan baik bagi mengatasi masalah ini. NAMA : Subhi bin Mohd Aspar NAMA ANAK DI SEKOLAH : Muhammad Saif Iskandar , Safiya Delisha Usul/cadangan : Mencadangkan menambahbaik tandas yang sedia ada dan menambah bilangan tandas sekiranya perlu bagi menampung keperluan pelajar. ( Sudah diambil tindakan ) NAMA : Nurul Huda Ismail NAMA ANAK DI SEKOLAH : Nurul Aisyah Zahra Usul/cadangan : Memohon pihak sekolah mencari pengedar baju sukan yang berpengalaman memandangkan pengedar baju sukan yang lepas gagal memberikan baju sukan yang bersesuaian dengan saiz pelajar. Hal ini menyebabkan kerugian kepada pihak penjaga. ( Sudah diambil tindakan )


18 AHLI JAWATANKUASA PIBG SRA ISLAHIAH TAHUN 2023/2024 Pengelola Sekolah : En. Idris bin Ismail Penasihat : En. Halimi bin Abu Bakar Yang Dipertua : …………………………………………………………………… Naib Yang Dipertua : …………………………………………………………………… Setiausaha : …………………………………………………………………… Penolong Setiausaha : …………………………………………………………………… Bendahari : …………………………………………………………………… AJK Ibu Bapa : 1…………………………………………………………………. 2…………………………………………………………………. 3…………………………………………………………………. 4…………………………………………………………………. 5…………………………………………………………………. 6…………………………………………………………………. 7…………………………………………………………………. 8…………………………………………………………………. AJK Guru : 1…………………………………………………………………. 2…………………………………………………………………. 3…………………………………………………………………. 4…………………………………………………………………. 5…………………………………………………………………. 6…………………………………………………………………. 7…………………………………………………………………. 8…………………………………………………………………. Juru audit (Guru) : …………………………………………………………………… Juru audit (Ibu Bapa) : ……………………………………………………………………


Click to View FlipBook Version