The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Fatinnabila Zahari, 2021-11-19 13:26:27

e-Portfolio

e-Portfolio

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS BAHASA MELAYU
59990 LEMBAH PANTAI, KUALA LUMPUR

PROGRAM PERSEDIAAN IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN
(AMBILAN JUN 2021 SEMESTER 1)

SEJARAH PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU
BMMB1074

_________________________________________________________________________

DISEDIAKAN OLEH:

NAMA PELAJAR NUR FATIN NABILA BINTI ZAHARI
ANGKA GILIRAN
NOMBOR KAD PENGENALAN 2021192310248

KUMPULAN 030215030512
KOD DAN NAMA KURSUS
H10
NAMA PENSYARAH SEJARAH PERKEMBANGAN BAHASA
TARIKH HANTAR
MELAYU (BMMB1074)
TARIKH MENERIMA MAKLUM BALAS PUAN SARIMAH BINTI AWANG
DARIPADA PENSYARAH
15 NOVEMBER 2021

PENGHARGAAN

Alhamdullilah, syukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah kurnia dan izinNya
dapatlah saya menyiapkan tugasan kerja kursus ini bagi memenuhi sebahagian
daripada keperluan kursus Program Persediaan Ijazah Sarjana Muda Perguruan
(PPISMP) di IPG Kampus Bahasa Melayu, Lembah Pantai pada tahun 2021.

Setinggi-tinggi perhargaan dan ribuan terima kasih diucapkan kepada Puan
Sarimah Binti Awang, pensyarah kursus Sejarah Perkembangan Bahasa Melayu
(BMMB1074) yang telah banyak memberikan bimbingan, tunjuk ajar dan nasihat
sepanjang sesi kuliah dan pembelajaran secara segerak dan tidak segerak sehingga
tugasan ini dapat disiapkan. Penghargaan dan terima kasih juga saya ucapkan
kepada mentor, Encik Suhasni bin Dollah seterusnya rakan-rakan seperjuangan
terutama kumpulan H10 dan ahli kelurga yang banyak memberikan
dorongan,sokongan dan bantuan bagi melengkapkan tugasan kerja kursus ini.

Akhir sekali, terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang telah
membantu saya sama ada terlibat secara langsung atau tidak langsung bagi
menyiapkan tugasan kerja kursus ini. Semoga dipermudahkan segala urusan dan
diberi balasan yang baik dari Allah SWT.Sekian,terima kasih.

ISI KANDUNGAN

PERKARA MUKA SURAT
1
1.0 PENGENALAN 2

2.0 PERKEMBANGAN SISTEM EJAAN RUMI MENGIKUT 5
KRONOLOGI
6
3.0 PERANAN DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA DALAM 7
MENYERAGAMKAN SISTEM EJAAN RUMI 8

4.0 CABARAN SISTEM EJAAN RUMI

5.0 KESIMPULAN

RUJUKAN

1.0 PENGENALAN

Menurut Norhafiza Alias (2016), setiap tamadun besar dunia pastinya mempunyai
suatu bentuk bahasa dan tulisan sebagai alat perhubungan mereka. Kewujudan
sesuatu bangsa itu adalah kerana adanya bahasa dan apabila bahasa itu ditukarkan
dalam bentuk tulisan maka bangsa itu akan berkembang maju sehingga mencipta
satu peradaban. Justeru itu, orang Melayu juga tidak terkecuali dalam mempunyai
bahasa dan tulisannya sendiri. Seterusnya, tulisan wujud apabila manusia
mengetahui bagaimana hendak menyampaikan fikiran dan perasaan melalui tanda-
tanda tampak atau visual dalam bentuk yang difahami oleh orang lain dan diri sendiri
(Kementerian Pelajaran Malaysia, 2011).

Pada awalnya, antara tulisan yang wujud di Alam Melayu ialah tulisan Kawi,
Batak, Pallava, Lampung dan Rencong. Sistem tulisan ini agak maju dan
menggunakan lambang suku kata dan lambang bunyi untuk menunjukkan perbezaan
bunyi. Pada masa kini, ada dua jenis tulisan bagi bahasa Melayu iaitu tulisan Jawi
dan tulisan Rumi yang masih digunakan hingga sekarang. Sistem tulisan Jawi
diperkenalkan apabila ajaran agama Islam datang ke Tanah Melayu. Tulisan Jawi
merupakan tulisan Melayu yang menggunakan huruf Arab (Norhafiza Alias, 2016).
Manakala, tulisan Rumi menurut Mohd. Alwee Yusoff (2005), ialah tulisan yang
berasal dari tulisan latin yang menjadi tulisan seragam bagi bahasa Inggeris dan
bahasa-bahasa Eropah yang lain dan kini penggunaanya begitu luas sekali.

Menurut Luqman Hakeem Rusdi (2015), maksud istilah rumi berdasarkan
Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka edisi keempat ialah huruf atau abjad dalam
bahasa Melayu dan bahasa moden yang lain yang bermula dengan huruf A dan
berakhir dengan huruf Z, yang berasal daripada kerajaan Rom Kuno, huruf Romawi,
huruf Roman, huruf Latin.

Perkembangan dalam sistem ejaan adalah sebahagian daripada
perkembangan dalam bahasa Melayu di Tanah Melayu dan di Kepulauan Belanda.
Kepentingan sistem ejaan Rumi pada awal abad ke-20 adalah kerana ejaan Jawi
tidak dapat menggambarkan sistem bunyi bahasa Melayu yang sebenar bagi mereka
yang tidak dapat memahaminya dengan baik. Tambahan pula, bahasa Melayu juga
dijadikan sebagai bahasa pengantar dalam sistem sekolah kebangsaan mahupun
jenis kebangsaan. Oleh itu, perkembangan sistem ejaan Rumi yang seragam dan
lebih mudah diperlukan untuk menggantikan tulisan Jawi pada masa itu (Ahmad
Hafiz Wahy et. al).

1

2.0 PERKEMBANGAN SISTEM EJAAN RUMI MENGIKUT KRONOLOGI

Penjajahan oleh kuasa Barat seperti Belanda dan Inggeris pada abad ke-17 sedikit
sebanyak telah mula memperkenalkan huruf latin atau Rumi sehingga telah
mengakibatkan peminggiran tulisan Jawi yang telah menjadi identiti masyarakat
Melayu pada suatu ketika dahulu. Secara keseluruhannya, tulisan Jawi mula
diperkenalkan dan digunakan secara meluas pada abad ke-19.

Berdasarkan Kementerian Pelajaran Malaysia (2011), sejarah perkembangan
tulisan rumi ini telah bermula pada tahun 1902 apabila tulisan Rumi yang pertama
telah disusun oleh Jawatankuasa Ejaan Richard James Wilkinson (R.J. Wilkinson).
Sistem Ejaan Rumi Wilkinson dirumuskan dengan nama Romanised Malay Spelling
ini diterbitkan pada bulan Oktober pada tahun 1904 dan juga telah digunakan secara
rasmi di semua sekolah umum dengan sama dan seragam berdasarkan kamus dan
penerbitan karangan Wilkinson yang dihasilkannya sendiri dari tahun 1901 hingga
akhir tahun 1940-an (Luqman Hakeem Rusdi, 2015). Mohd Naim Daipi (1991)
menyatakan bahawa sistem Ejaan Wilkinson ini merupakan pembaikan daripada
sistem ejaan yang digunakan dalam Kamus Maxwell yang mana banyak
menerapkan kaedah baba peranakan dan kaedah tulisan rumi Melayu - Belanda.

Menurut Khairuddin Mohamad et. al (2015), sistem Ejaan Wilkinson
dibahagikan kepada dua cara yang sesuai untuk merumikan bahasa Melayu, iaitu
cara yang pertama ialah secara harfiah iaitu menurut ejaan. Jika mengikut cara yang
pertama, huruf-huruf Jawi diambil untuk memadankan dengan huruf-huruf Rumi
tertentu. Kelebihan menggunakan cara harfiah ialah dapat memastikan sesuatu
keseragaman ejaan manakala kelemahannya pula adalah kekurangan sistem vokal
Arab untuk dipadankan dengan huruf vokal bahasa Melayu. Seterusnya, cara yang
kedua ialah secara fonetik iaitu mengikut sebutan sesuatu kata itu. Kelemahan cara
ini pula adalah kerana sebutan bahasa Melayu yang berbeza-beza menurut sesuatu
tempat.

Seterusnya, sistem Ejaan Wilkinson ini telah diperbaiki oleh Zainal Abidin
Ahmad (Pendeta Za’ba) dalam Sistem Ejaan Rumi Za’ba yang diperkenalkan pada
tahun 1940 juga dikenali sebagai sistem Ejaan Sekolah dimana telah dijadikan
sebagai tulisan rasmi sehingga beberapa tahun serta digunakan secara meluas di
sekolah-sekolah. Menurut Ahmad Hafiz Wahy et. al, sistem Ejaan Rumi Za’ba
dihasilkan daripada Maktab Perguruan Sultan Idris (SITC) dan juga telah disusun
dan diperkemas serta terdapat dalam beberapa karya terbitan Pejabat Karang
Mengarang SITC seperti Ilmu Bahasa Melayu Penggal 1 (1926), Pelita Bahasa

2

Melayu Penggal 1 (1941), Daftar Ejaan Melayu Jawi-Rumi (1949) dan judul Petua-
petua Ejaan Rumi yang dikarang oleh Za’ba.

Penggunaan huruf-huruf saksi iaitu a, e, i, o dan u serta rangkap konsonan
juga terdapat dalam sistem ejaan Rumi Za’ba seperti yang terdapat dalam ejaan
Rumi Wilkinson. Sungguhpun begitu, sistem Ejaan Rumi Za’ba ini juga masih belum
sempurna kerana mempunyai beberapa kelemahan dan kekeliruan disebabkan oleh
kaedah penggunaan lambang huruf beraneka ragam yang kesannya telah
mengakibatkan berlakunya ketidakseimbangan pengejaan perkataan dalam tulisan
Rumi.

Pada tahun 1943, sistem Fajar Asia telah diperkenalkan oleh pemerintah
tentera Jepun semasa menduduki Tanah Melayu dalam majalah Fajar Asia yang
diterbitkan di Singapura. Tujuan memperkenalkan sistem ini adalah bagi
menyeragamkan penulisan ejaan Rumi Melayu pada ketika Sumatera dan Malaya
disatukan di bawah satu pemerintahan (Mohd Naim Daipi, 1991). Selain itu, terdapat
juga Ejaan Bebas yang kelihatan sama seperti ejaan Rumi tetapi tidak mempunyai
apa-apa sistem atau sistem yang memyatukan cir-ciri ejaan daripada sistem yang
ada. Ejaan Bebas tersebut digunakan secara meluas dalam urusan yang bukan
rasmi dan dalam beberapa penerbitan akhbar, majalah dan buku (Ahmad Hafiz
Wahy).

Menurut Ahmad Hafiz Wahy et. al, penggunaan pelbagai sistem atau aturan
ejaan Rumi di Tanah Melayu sebelum ini jelas menunjukkan bahawa terdapat
beberapa kekurangan dalam sistem Ejaan Za’ba dan ketidakpuasan pengguna
terhadap sistem itu. Justeru itu, sistem Ejaan Kongres telah dibentuk ketika
persepakatan dicapai hasil pembentangan dua kertas kerja oleh Angkatan
Sasterawan Lima Puluh dan Persatuan Bahasa Melayu Universiti Malaya di Kongres
Bahasa dan Persuratan Melayu Ketiga yang diadakan di Singapura dan Johor Bahru
pada tahun 1956.

Perkara ini dirumuskan atas empat dasar pengejaan bahasa Melayu dengan
huruf iaitu yang pertama, ejaan di Malaya dan di Indonesia hendaklah disatukan
ataupun disamakan. Yang kedua, peraturan ejaan hendaklah mudah, ketiga ialah
pengejaan hendaklah tetap sekata mengikut kaedah yang satu dan semacam. Akhir
sekali, dasar yang keempat ialah kata-kata dari bahasa asing hendaklah disusunkan
pengejaannya dengan hukum-hukum fonoloji Melayu (Ahmad Hafiz Wahy).
Kesannya, sistem Ejaan Kongres mendapat sambutan yang baik dan ramai kerana

3

tujuannya dilakukan adalah untuk menyatukan ejaan bahasa Melayu dengan bahasa
Indonesia, iaitu sambungan dari usaha melalui Fajar Asia.

Pada tahun 1959 pula, Ejaan Malindo turut diperkenalkan setelah beberapa
rundingan diadakan antara Malaya dan dan Indonesia. Tetapi, sistem ini tidak dapat
dilaksanakan atas beberapa sebab tertentu (Kementerian Pelajaran Malaysia, 2011).
Disebabkan kegagalan perlaksaan sistem Ejaan Marlindo yang berlaku disebabkan
oleh konfrantasi yang berlaku antara Malaysia dan Indonesia sebelum ini, sistem
Ejaan Rumi Baharu (ERB) dihasilkan pada tahun 1972 ini juga dikenali sebagai
Sistem Ejaan Rumi Baharu Bahasa Malaysia (SERBBM) di Malaysia dan Pedoman
Ejaan Bahasa Indonesia Jang Disempurnakan) di Indonesia ialah berdasarkan suatu
percubaan oleh sistem Ejaan Rumi Persekutuan Bahasa Melayu Universiti Malaya
(PBMUM) untuk menyatakan ejaan Rumi bahasa Melayu dengan bahasa Indonesia
(Ahmad Hafiz Wahy).

4

3.0 PERANAN DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA DALAM MENYERAGAMKAN
SISTEM EJAAN RUMI

Menurut keratan akhbar dari Berita Harian, Awang Sariyan (2020) menulis Dewan
Bahasa dan Pustaka (DBP) telah ditubuhkan pada 22 Jun 1956 sebelum negara kita
mencapai kemerdekaan lagi sebagai hasil perjuangan golongan ahli bahasa,
sasterawan, wartawan, pendidik dan agamawan melalui Kongres Bahasa dan
Persuratan Melayu Kedua (1954) serta Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu
Ketiga (1956). DBP merupakan sebuah organisasi yang memainkan peranan yang
penting dalam industri percetakan dan penerbitan bahan bacaan ilmiah seperti buku,
risalah, kamus, artikel dan majalah kerana mereka menjadi sebuah badan organisasi
penerbitan yang terbesar di Malaysia sejak awal penubuhannya dengan jumlah
terbitan mencecah 15,000 judul. Ini bermakna mereka berupaya untuk menerbitkan
pelbagai karya dan bahan bacaan berkenaan penggunaan sistem ejaan rumi yang
betul mengikut sistem yang terkini agar masyarakat tidak kira dari pelbagai lapisan
umur seperti pelajar sekolah, institut pengajian tinggi mahupun guru-guru dan tenaga
pengajar dapat mengetahuinya dan menggunakannya dengan seragam dan betul
dalam penulisan harian mereka.

Misalnya, Mohd. Alwee Yusoff (2005) menyatakan bahawa Dewan Bahasa
dan Pustaka telah mengambil tanggungjawab awal dalam penyelarasan ejaan rumi
iaitu dengan menerbitkan sebuah buku Istilah Agama Islam pada tahun 1977. Buku
tersebut memberi padanan huruf ‘‫ ’ظ‬dengan ‘z’, ‘‫ ’ش‬dengan ‘sy’, ‘‫ ’ح‬dengan ‘h’, ‘‫’ط‬
dengan ‘t’ dan ‘‫ ’م‬dengan ‘m’.

Selain itu, peranan DBP dalam menyeragamkan sistem ejaan Rumi adalah
dengan sentiasa mengemaskini karya-karya yang berkaitan dengan sistem Ejaan
Rumi. Contohnya, dalam (Kementerian Pelajaran Malaysia, 2011) menyebut tentang
buku Daftar Ejaan Rumi Bahasa Malaysia yang diterbitkan oleh DBP sentiasa
dikemas kini oleh Dewan Bahasa dan Pustaka. Di samping itu, Pedoman Umum
Ejaan Bahasa Malaysia juga mempunyai beberapa siri cetakan terbaharu dan juga
sentiasa dikemaskinikan oleh DBP melalui persetujuan Jawatankuasa Tetap Bahasa
Malaysia yang mana sekretariatnya juga ialah DBP. Justeru, dapat disimpulkan
bahawa DBP menjalankan tanggungwab mereka dalam menyeragamkan sistem
ejaan Rumi dengan memantau dan mengawasi setiap perkembangan tulisan bahasa
Melayu agar selari dengan perkembangan ilmu semasa.

5

4.0 CABARAN SISTEM EJAAN RUMI

Menurut Sharifah Darmia Sharif Adam (2019), terdapat pandangan negatif yang
mengandaikan bahawa bahasa Melayu yang sudah pastinya menggunakan sistem
ejaan rumi tidak mempunyai kosa kata yang cukup untuk mengungkapkan pelbagai
keperluan. Anggapan ini bukan sahaja meremehkan keupayaan bahasa Melayu
sebagai bahasa rasmi dan kebangsaan di negara kita tetapi juga telah
mempengaruhi minda masyarakat sehingga menyukarkan penggunaan bahasa
Melayu secara meluas dalam pelbagai bidang. Tambahan pula, apabila masyarakat
tidak menjadikan bahasa Melayu sebagai kebiasaan dalam kehidupan seharian,
maka sudah pastinya penggunaan sistem ejaan rumi juga kurang
memberangsangkan dan tidak digunakan dengan betul.

Seterusnya, menurut Ibrahim Majdi Mohamad Kamil & Maliati Mohamad
(2020), penguasaan bahasa Melayu masih lagi di tahap yang kurang
memberangsangkan dalam kalangan masyarakat Malaysia yang terdiri dari kaum
Melayu, India dan Cina. Malah, perkara yang lebih mengecewakan ialah apabila
masih terdapat segelintir daripada pemimpin masyarakat terutamanya ahli-ahli politik
yang tidak mahir bertutur dalam bahasa Melayu. Kesannya, hal ini juga akan
menyebabkan penulisan ejaan rumi akan menjadi salah dan tidak mengikut sistem
ejaan rumi yang sebenarnya kerana mereka masih terpengaruh dengan ejaan luar
seperti ejaan bahasa Inggeris misalnya. Berbeza dengan ejaan Rumi atau bahasa
Melayu, bahasa Inggeris mempunyai sistem ejaan yang agak tidak sekata serta
berubah-ubah bunyi vokal dan konsonannya. Sebagai contoh, ejaan makanan yang
tidak asing lagi dalam kalangan masyarakat kita iaitu ‘mi’ goreng sering dieja dengan
perkataan ‘mee’ goreng yang sebenarnya asal ejaan ‘mee’ tersebut diambil daripada
bahasa Inggeris.

Akhir sekali, antara cabaran yang turut dihadapi dalam sistem ejaan rumi
adalah penggunaan bahasa ‘rojak’ yang sudah terang lagi bersuluh akan
menyebabkan kehilangan identiti asal bahasa Melayu yang gramatis. Jika
diperhatikan penggunaan bahasa ‘rojak’ tersebut telah mengubah bahasa asal
sesuatu perkataan menjadi ringkas atau lebih mudah disebut atas alasan perkataan
asal terlalu panjang untuk disebut dalam kehidupan seharian. Tambahan pula, arus
kemodenan pada masa kini lebih menggalakkan penggunaan teknologi seperti
pesanan ringkas dan media sosial dalam kalangan masyarakat terutamanya
golongan remaja yang gemar menggunakan bahasa ‘rojak’ untuk berkomunikasi
bersama rakan mereka akan memberi kesan terhadap usaha untuk pemerkasaan

6

bahasa Melayu lebih-lebih lagi menjurus kepada kegagalan dalam memantapkan
sistem ejaan rumi (Ibrahim Majdi Mohamad Kamil & Maliati Mohamad, 2020).

5.0 KESIMPULAN
Mohd Niam Daipi (1990) menyatakan bahawa tulisan rumi Melayu lebih senang
dilambangkan dengan bunyi vokal yang lengkap, bukan seperti ejaan Jawi yang
hanya menggunakan tiga huruf vokal sahaja iaitu ‫ﺍ‬, ‫ﻭ‬, ‫ ﻱ‬. Menurut Ahmad Hafiz
Wahy, rumusan dari sistem Ejaan Rumi Baharu ialah ianya memperlihatkan prinsip-
prinsip linguistik, ekonomi, kesederhanaan, kejelasan dan fleksibiliti serta taraf
standardisasi yang tinggi berbanding sistem-sistem yang terdahulu kerana menjadi
suatu wahana yang cukup mudah dan cekap bagi penulisan Rumi bahasa Melayu
untuk beberapa zaman yang akan datang.

Berdasarkan Luqman Hakeem Rusdi (2015), terbuktilah bahawa pelbagai
sistem ejaan yang dicipta dari dahulu seperti Sistem Ejaan Rumi Wilkinson, Sistem
Ejaan Rumi Za’ba, Sistem Ejaan Rumi Fajar Asia, Sistem Ejaan Rumi PBMUM dan
banyak lagi sistem-sistem ejaan yang dicipta telah memudahkan setiap padanan
tulisan Jawi ke dalam padanan tulisan Rumi. Sudah pastinya, setiap sistem ejaan
mempunyai kelebihan-kelebihannya yang tersendiri kerana proses pengembangan
Sistem Ejaan Rumi memakan masa yang lama dan memerlukan peranan pelbagai
pihak untuk menghasilkan ejaan Rumi yang benar-benar sempurna dan mantap
sehingga ke hari ini.

7

RUJUKAN

Ahmad Hafiz Wahy, Mohd Khairudin Che Ibrahim, Noorizham Aslam Mohd Noor,
Iswandy Amin & Mohamad Hanif Abdullah. (tnp thn). Sejarah sistem ejaan rumi
bahasa Melayu. http://www.luimewah.net/cobra_ayaq/articles/kajian/index.htm

Awang Sariyan. (2020, Jun 11). Isu bahasa, kuasa DBP jangan hanya tegur, nasihat.
Berita Harian.

https://www.bharian.com.my/rencana/muka10/2020/06/699435/isu-bahasa-

kuasa-dbp-jangan-hanya-tegur-nasihat

Ibrahim Majdi Mohamad Kamil & Maliati Mohamad. (2020). Cabaran pemerkasaan
bahasa Melayu dalam usaha mencapai negara bangsa di Malaysia. Asian
People Journal, 3(2),
181-191.

https://journal.unisza.edu.my/apj/index.php/apj/article/view/152/150

Kementerian Pelajaran Malaysia. (2011, Jun). Modul Bahasa Melayu (BMM3112).
Sejarah Perkembangan Bahasa Melayu, Perkamusan, dan Terjemahan.
https://bm1ipip.weebly.com/uploads/2/8/0/8/28087439/modul_bmm3112.pdf

Khairuddin Mohamad, Ghazali Ismail, Mastura Mohamed Berawi. (2015). Sejarah
dan Perkembangan Ejaan Rumi. In Sejarah perkembangan bahasa Melayu,
perkamusan & terjemahan (pp. 175-201). Sasbadi.
file:///D:/Downloads/Telegram%20Desktop/sistem%20 ejaan%20 rumi.pdf

Luqman Hakeem Rusdi. (2015). Metodologi perumian dan pentahqiqan kitab-kitab
klasik, kajian terhadap kitab tafsir Nur Al-Ihsan. Jurnal Pengajian Islam, Akademi
Islam KUIS, 8(2), 165-190. http://journal.kuis.edu.my/e-jurnal-pengajian-
islam/wp-content/uploads/2015/12/07.pdf

Mohd. Alwee Yusoff. (2005). Perkembangan tulisan jawi dan aplikasinya dalam
masyarakat Islam di Malaysia. Jurnal Usuluddin, (21), 23-38.
https://ejournal.um.edu.my/index.php/JUD/article/download/4224/2071/10257

Mohd Naim Daipi. (1990). Perkembangan ejaan rumi bahasa Melayu. Sekata, 8(2),
23-51. https://repository.nie.edu.sg/bitstream/10497/18302/1/Sekata-8-2-23.pdf

Mohd Naim Daipi. (1991). Perkembangan ejaan rumi bahasa Melayu: Bahagian II.
Sekata, 9(1),
28-48.

https://repository.nie.edu.sg/bitstream/10497/18303/1/Sekata-9-1-28.pdf

Muhammad Ariff Ahmad. (1987). Ejaan Rumi bahasa Melayu ejaan baru dan ejaan
yang disempurnakan [Malay language Rumi spelling from the new to the
improved; Radio broadcast transcript]. Singapore Broadcasting Corporation
(SBC). https://repository.nie.edu.sg/bitstream/10497/20097/6/MAS-UM-89.pdf

8

Muhammad Ariff Ahmad. (1994). Ejaan rumi bahasa Melayu. In Pesan: Kumpulan
makalah sempena Bulan Bahasa 1993,
43-67.

https://repository.nie.edu.sg/bitstream/10497/18843/1/BC-1993-PKM-43.pdf

Norhafiza Alias. (2016). Perbandingan sistem ejaan jawi dalam surat Sultan Zainal
Abidin III dengan sistem ejaan Wilkinson, Za'ba dan baharu [Master’s thesis,
Universiti Putra Malaysia]. Senat Universiti Putra Malaysia.
http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/68768/1/FBMK%202016%205%20-%20IR.pdf

Sharifah Darmia Sharif Adam. (2019). Peranan dan Cabaran Bahasa Kebangsaan
dalam Menyatupadukan Pelbagai Etnik di Sabah. Malaysian Journal of Social
Sciences and Humanities (MJSSH), 4(4), 1-11.
https://msocialsciences.com/index.php/mjssh/article/view/224/164

9


Click to View FlipBook Version