The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Fatinnabila Zahari, 2021-11-21 10:45:12

KERTAS KERJA PENGANJURAN PAI (2)

KERTAS KERJA PENGANJURAN PAI (2)

KERTAS KERJA
MAJLIS FORUM PENGHAYATAN ISLAM: AKIDAH

TARIKH, HARI & MASA PELAKSANAAN:
21 OKTOBER 2021, KHAMIS & 10.30 PAGI – 11.30 PAGI

TEMPAT:
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS BAHASA MELAYU KUALA

LUMPUR

Disediakan oleh:
Nur Farhah Amirah binti Abdul Malek

Nur Atirah binti M. Affandy
Nur Fatin Nabila binti Zahari

MAJLIS SAMBUTAN PENGHAYATAN ISLAM
IPGKBM

TUJUAN

Kertas kerja ini bertujuan untuk memohon kelulusan untuk pelaksanaan Majlis
Forum Penghayatan Islam: Akidah yang telah dirancang oleh para mahasiswa
yang terlibat pada peringkat IPGKBM 2021.

LATAR BELAKANG

Akidah dari segi istilah bahasa ialah kepercayaan dan keyakinan yang mantap
tentang kewujudan Allah serta sifat-sifatnya dan kesempurnaanya berdasarkan
dalil aqli dan naqli.Maka, akidah yang mantap perlu diperhalusi dengan lebih baik
dan diterapkan dalam jiwa setiap pelajar IPGKBM agar mereka memiliki asas yang
kukuh dalam menghadapi dugaan di dunia demi kejayaan di akhirat.

OBJEKTIF

1. Meningkatkan pengetahuan dan penghayatan peserta terhadap kepentingan
memahami akidah islamiah.

2. Meningkatkan semangat peserta untuk mempelajari:

 Hakikat iman dan kepentingan iman.
 Isu-isu akidah dalam kehidupan.
 Akhlak mulia dan Sunnah Rasulullah SAW sebagai khalifah dalam

membentuk akidah yang mapan.
 Rukun iman dan makna dua kalimah syahadah.

ASAS PERTIMBANGAN

1- Majlis Forum Penghayatan Islam: Akidah dianjurkan untuk
menghayati kefahaman akidah yang sebenar berpandukan kepada ajaran
Nabi Muhammad SAW sebagai khalifah dari segi akhlak dan sunnah.

2- Pengajaran daripada isu-isu kepincangan akidah yang berlaku perlu dijadikan
pedoman dalam hidup supaya akidah dapat terus dipelihara dan subur dalam
diri seorang manusia yang bergelar muslim.

GOLONGAN SASARAN

• Semua warga muslim PPISMP ambilan Jun 2021 iaitu seramai 250 orang.

TEMPAT

Program ini akan dilaksanakan di: Google Meet dan YouTube
(Link akan diberikan kemudian).

ATURCARA PROGRAM

Sila lihat lampiran 1

JAWATANKUASA PROGRAM

1. Jawatankuasa Induk

Penaung 1: Puan Hajah Nor Asilah binti Osman B.C.K
Pengarah IPG Kampus Bahasa Melayu

Penaung 2: Dr. Nirwana binti Mohd Rashid
Timbalan Pengarah IPG Kampus Bahasa Melayu

Pengerusi: Tuan Haji Mohd Lutfi bin Ahmad
Ketua Jabatan Pendidikan Islam dan Moral

Timbalan Pengerusi: En. Anuar bin Muhamad
Timbalan Pengerusi Surau al-Taqwa

Penasihat Program: Dr. Mohd Zuhdi bin Ahmad Khasasi

Penyelaras program: Nur Farhah Amirah binti Abdul Malek

Setiausaha: Nur Fatin Nabila binti Zahari

Bendahari: Nur Atirah binti M. Affandy

2. Jawatankuasa Pelaksanaan:

Jawatankuasa Nama
Penyelaras Majlis Pengerusi: Nur Farhah Amirah binti Abdul Malek

Pengacaraan majlis & Pengerusi: Wan Nur Musyrifah binti Wan
teks ucapan Hazahari
AJK:
Poster & Buku Program Nurul Syifa binti Ahmad Laily
Nurul Nadirah binti Zainal Ridzuan
Publisiti & Multimedia
/ Teknikal Pengerusi: Nurul Huda binti Che Morat
AJK:
Jemputan & Bayaran Nurul Wahida Syakira binti Mat Roni
Penceramah Nursaffa Alya binti Sahruddin

Pendaftaran & Sijil Pengerusi: Muhd Hizamie Hazim bin Zaidol
AJK:
Dokumentasi Muhd Danish Amshar bin Kamarudin
Khalidah Nuraifaa binti Ismail

Pengerusi: Abdul Aziz bin Mohd Zala
AJK:
Nur Atirah binti M. Affandy
Suriani Mazliza binti Abdullah

Pengerusi: Nur Adlina binti Abdul Razak
AJK:
Nur Alis Aisya binti Md Husin
Khairunnisa binti Ab Hamid

Pengerusi: Syarifah Syeila Aadeira binti
Syed Muhammad
AJK:
Mohd Faisal bin Mohd Nasir
Siti Norbaiyah binti Zulkifli

IMPLIKASI

• Program akan dijalankan dari pukul 10.30 pagi hingga pukul 11.30 tengah hari
mengikut masa dan tempat yang ditetapkan seperti di dalam jadual program.

SYOR

Dengan segala hormatnya mohon pertimbangan dan kelulusan Pengarah
terhadap cadangan mengadakan program ini.

Disediakan oleh, Diluluskan oleh,

(Nur Farhah Amirah binti Abdul Malek) (Dr. Zuhdi bin Ahmad Khasasi)
Penyelaras Program Pensyarah
IPG Kampus Bahasa Melayu Khusus Pendidikan Islam
IPG Kampus Bahasa Melayu
Disahkan oleh,

(Hajah Nor Asilah binti Osman B.C.K)
Pengarah
IPG Kampus Bahasa Melayu

ATURCARA MAJLIS FORUM PENGHAYATAN ISLAM: AKIDAH
TARIKH: 21 OKTOBER 2021
TEMPAT: GOOGLE MEET

MASA ATURCARA

10.30 pagi Sesi pendaftaran peserta

10.35 pagi

Lagu Negaraku

10.40 pagi Bacaan doa

10.45 pagi Persembahan

10.50 pagi Ucapan alu-aluan

11.00 pagi Majlis Forum Penghayatan Akidah:
11.30 pagi PEMERKASAAN AKIDAH

Majlis bersurai


Click to View FlipBook Version