CONTOH PENULISAN LAPORAN KAJIAN TINDAKAN Commented [WU1]: •Terdiri daripada 200-250 patah
UNTUK PENERBITAN BUKU PROSIDING PERSIDANGAN KAJIAN TINDAKAN PERINGKAT KEBANGSAAN 2021 perkataan
BAHAGIAN PERANCANGAN DAN PENYELIDIKAN DASAR PENDIDIKAN, KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA •Mengandungi perkara berikut: Latar belakang berkaitan
isu yang dikaji di peringkat global/lokal; Kenyataan isu;
31 Julai 2021 Objektif kajian; Nyatakan metodologi iaitu kajian tindakan;
Dapatan utama; Implikasi kajian
KEMAHIRAN MENULIS NOMBOR BULAT DALAM ANGKA DAN PERKATAAN •5 kata kunci
DALAM KALANGAN MURID TAHUN 5
Commented [WU2]: Nyatakan tugas hakiki dan porfolio
RAHAYU BINTI AB RAHMAN anda sebagai seorang pendidik. Perihalkan profil murid/
SK Putrajaya Presint 11(1) personel di bawah seliaan anda. Terangkan isu yang berlaku
[email protected] dalam amalan tugas hakiki anda sebagai pendidik. Nyatakan
2-3 kajian lepas yang menunjukkan isu yang berkaitan
DEWANI GOLOI dengan isu yang anda hadapi (cari rujukan literatur).
Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan, KPM
Commented [WU3]: Nyatakan masalah anda sebagai
[email protected] pendidik berkaitan isu yang dikaji. Nyatakan masalah murid/
personel di bawah seliaan yang dikaji. Nyatakan implikasi
ABSTRAK jika masalah tidak diatasi.
Kerangka konseptual kajian. Nyatakan model kajian tindakan
Nombor bulat merupakan salah satu konsep asas matematik yang utama dalam pembelajaran Matematik Tahun yang digunakan (contoh: Kemmis & McTaggart).
5. Dalam kelas saya, didapati bahawa terdapat 25 orang murid yang mengalami masalah dalam topik nombor
bulat. Tujuan kajian ini adalah untuk mengenal pasti keberkesanan penggunaan intervensi Kad Magmatik dan
Modul Mokas dalam meningkatkan kemahiran murid menulis nombor bulat dalam angka dan perkataan.
Metodologi yang digunakan dalan kajian ini adalah kajian tindakan yang melibatkan pemerhatian, refleksi,
perancangan dan tindakan. Hasil refleksi menunjukkan bahawa murid tidak menguasai konsep asas nombor bulat
sejak di Tahap 1, tidak minat dalam pembelajaran matematik, keliru dengan nilai tempat dan nilai digit, kurang
mahir dalam ejaan, tiada keyakinan diri dan guru tidak dapat memberikan sepenuh perhatian kepada semua
murid. Selepas intervensi dilaksanakan, didapati bahawa terdapat pencapaian murid yang ketara dalam
memahami dan menguasai kemahiran dan menulis nombor bulat dalam angka dan perkataan. Penggunaan Kad
Magmatik berjaya mengukuhkan kemahiran asas, meningkatkan minat dan keyakinan murid. Modul Mokas juga
menunjukkan peningkatan pemahaman bagi menulis nombor bukat dalam angka dan perkataan yang betul.
Berdasarkan dapatan ini, disimpulkan bahawa penggunaan bahan bantu mengajar yang menarik bukan sahaja
dapat menarik minat murid, malah dapat meningkatkan penguasaan murid dalam kemahiran asas nombor bulat
dengan baik. Oleh yang demikian saya akan terus menggunakan kaedah tersebut bagi kumpulan murid yang akan
datang.
Kata kunci: nombor bulat, matematik, refleksi, kajian tindakan, konsep asas, bahan bantu mengajar.
PENDAHULUAN
SK Putrajaya Presint 11(1) merupakan sebuah sekolah bandar yang terletak di Wilayah
Persekutuan Putrajaya. Tahap pencapaian matematik di sekolah ini adalah pada tahap
sederhana. Mata pelajaran matematik seringkali dianggap sebagai satu mata pelajaran yang
sukar (Sugiman et. al 2020). Oleh yang demikian, guru perlu lebih kreatif dalam
membangunkan intervensi yang bersesuaian dengan potensi murid dalam mempelajari
matematik dalam usaha meningkatkan tahap profesionalisme secara berterusan.
Bagi tujuan meningkatkan pencapaian murid dalam pembelajaran matematik,
pelaksanaan kajian tindakan adalah penting untuk memperbaiki amalan dalam pengajaran dan
pembelajaran guru dalam bilik darjah. Seseorang guru matematik sekolah rendah akan menjadi
lebih efektif sekiranya mereka mengkaji amalan dalam tugasan hakiki mereka bagi
membolehkan mereka mentafsir dan mereka bentuk pembelajaran matematik yang memenuhi
kehendak yang terkandung silibus (Ilukena 2020).
Pernyataan Masalah/Isu
Pembelajaran secara PdPR semasa pandemik COVID-19 memberikan implikasi yang besar
dalam pembelajaran matematik di kelas saya. Saya dapati murid menghadapi masalah dan
CONTOH PENULISAN LAPORAN KAJIAN TINDAKAN
UNTUK PENERBITAN BUKU PROSIDING PERSIDANGAN KAJIAN TINDAKAN PERINGKAT KEBANGSAAN 2021
BAHAGIAN PERANCANGAN DAN PENYELIDIKAN DASAR PENDIDIKAN, KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
31 Julai 2021
kurang mahir untuk menulis nombor bulat dalam angka dan dalam perkataan. Mereka
menunjukkan sikap kurang bermotivasi semasa belajar matematik di mana mereka tidak
melibatkan diri secara aktif semasa proses PdPc dan PdPR berlangsung. Ada juga dalam
kalangan murid yang tidak fokus serta tidak memberi tumpuan dan banyak berkhayal semasa
pengajaran guru baik di dalam kelas mahupun waktu PdPR.
Berdasarkan pemerhatian dalam bilik darjah dan mendapati bahawa murid kurang
bermotivasi dan tahap penguasaan mereka dalam topik nombor adalah rendah, seperti
ditunjukkan dalam Rajah 2 dan Rajah 3.
Rajah 2: Pemerhatian suasana di dalam kelas dan hasil kerja murid.
CONTOH PENULISAN LAPORAN KAJIAN TINDAKAN
UNTUK PENERBITAN BUKU PROSIDING PERSIDANGAN KAJIAN TINDAKAN PERINGKAT KEBANGSAAN 2021
BAHAGIAN PERANCANGAN DAN PENYELIDIKAN DASAR PENDIDIKAN, KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
31 Julai 2021
Rajah 3: Pemerhatian hasil kerja murid
Sekiranya masalah ini tidak diatasi, saya akan menghadapi kesukaran untuk mengajar
topik lain yang lebih kompleks dan murid juga akan menghadapi kesukaran untuk mengikuti
pembelajaran bagi topik lain yang memerlukan kemahiran asas nombor bulat.
CONTOH PENULISAN LAPORAN KAJIAN TINDAKAN
UNTUK PENERBITAN BUKU PROSIDING PERSIDANGAN KAJIAN TINDAKAN PERINGKAT KEBANGSAAN 2021
BAHAGIAN PERANCANGAN DAN PENYELIDIKAN DASAR PENDIDIKAN, KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
31 Julai 2021
Kerangka Konseptual Kajian
Berdasarkan kepada isu yang dihadapi saya melaksanakan kajian tindakan berdasarkan model
Kemmis & McTaggart (1988) yang telah diadaptasi (Rajah 1) yang melibatkan proses
memerhati, refleksi, merancang dan tindakan.
Rajah 1: Model Kajian Tindakan (adaptasi Kemmis & McTaggart 1988) Commented [WU4]: TINJAUAN LITERATUR
Tujuan Berdasarkan kepada isu yang dikaji, saya telah merujuk
Kajian ini bertujuan untuk meningkatkan penguasaan murid dalam pembelajaran matematik kepada teori Tttttt aplikasi kaedah/intervensi Yyyyyy dalam
tahun 5 bagi topik nombor bulat. kelas saya.
Objektif Teori Tttttt
Objektif kajian ini adalah: Nyatakan satu teori yang berkaitan dengan isu yang dikaji.
1. Membangunkan pendekatan pengajaran yang menarik minat murid mempelajari Nyatakan 6 - 8 kajian lepas yang berkaitan dengan isu yang
dikaji (sebaiknya semua kajian lepas yang dirujuk adalah dari
matematik. tahun 2010-2021).
2. Meningkatkan kemahiran murid menulis nombor bulat dalam angka dan perkataan.
Yyyyyy
TINJAUAN LITERATUR Nyatakan teori yang berkaitan dengan intervensi yang
digunakan. Nyatakan 3-5 kajian lepas yang berkaitan dengan
Berdasarkan kepada isu yang diperhatikan dalam bilik darjah, saya telah merujuk kepada kejayaan intervensi yang digunakan (sebaiknya semua kajian
kepentingan kemahiran menulis dalam pendidikan matematik dan aplikasi kaedah/intervensi lepas yang dirujuk adalah dari tahun 2010-2021).
menggunakan alat bantuan mengajar dalam kelas matematik.
Kemahiran Menulis dan Pendidikan Matematik
Kemahiran menulis secara umumnya merupakan satu kemahiran asas yang sangat penting
dalam pendidikan mulai daripada sekolah rendah, menengah dan seterusnya dalam pendidikan
sepanjang hayat (Nikčević-Milković, 2016). Mengajar murid menulis merupakan satu outcome
yang penting dalam kurikulum terutama di peringkat sekolah rendah (Popović 2020).
Kemahiran menulis memainkan peranan sangat penting dalam pendidikan matematik
(Guce 2017). Selain daripada memahami konsep dan prinsip matematik, murid pelu tahu cara
menulis penyelesaian matematik dengan jelas dan logik (Guce 2017). Pendidikan matematik
KSSR berfokus kepada penguasaan pengetahuan dan pemahaman bagi membolehkan murid
mengaplikasikan konsep, prinsip dan proses matematik yang dipelajari (BPK 2017).
Salah satu konsep utama yang perlu dikuasai oleh murid Tahun 5 ialah menulis nombor
bulat dalam angka dan perkataan. Card (1998) mencadangkan bahawa penggunaan bahasa dan
simbol dalam mengkomunikasikan idea matematik hendaklah menjadi keutamaan dalam
semua kurikulum matematik. Oleh yang demikian, guru matematik perlu menggalakkan
kemahiran menulis dalam kelas dengan melaksanakan aktiviti penulisan secara eksplisit (Seo
CONTOH PENULISAN LAPORAN KAJIAN TINDAKAN Commented [WU5]: METODOLOGI KAJIAN
UNTUK PENERBITAN BUKU PROSIDING PERSIDANGAN KAJIAN TINDAKAN PERINGKAT KEBANGSAAN 2021
BAHAGIAN PERANCANGAN DAN PENYELIDIKAN DASAR PENDIDIKAN, KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA Nyatakan bahawa kajian ini adalah kajian tindakan yang
mengikuti langkah yang sistematik iaitu: pemerhatian,
31 Julai 2021 refleksi, perancangan dan tindakan. Nyatakan profil
responden: murid/ personel yang terlibat dalam kajian ini.
2015). Murid yang berjaya dalam matematik adalah murid yang memahami bahasa matematik Kajian ini melibatkan urutan langkah berikut:
serta mampu memanipulasi dan mengaplikasikan makna matematik dalam bentuk simbol, imej
dan perkataan (Rotman 2000). a)Mengenalpasti isu
b)Membuat pemerhatian (I)
Penggunaan Alat Bantu Mengajar dalam Pendidikan Matematik c)Refleksi berdasarkan ikuiri kendiri (I)
d)Membuat perancangan
Pengajaran dan pembelajaran matematik yang berkesan akan berlaku sekiranya guru berjaya
membuat murid memahami konsep abstrak menggunakan bahan yang nyata (Skarky 2020), i.Jelaskan kaedah/intervensi yang digunakan untuk
iaitu dengan menggunakan bahan bantu mengajar. Bahan bantu mengajar boleh membantu menangani isu yang dihadapi
murid memahami pembelajaran dengan lebih mudah (Ririn et al. 2018). Penggunaan bahan ii.Jelaskan indikator /petunjuk yang digunakan untuk
bantu mengajar akan merangsang pemikiran dan menambah baik persekiratan pembelajaran menilai kejayaan intervensi
dalam bilik darjah di mana penggunakan bahan tersebut akan menggantikan persekitaran bilik e)Melaksanakan tindakan
darjah yang monotonus. Dalam situasi sedemikian, murid akan dilatih untuk mengembangkan -Nyatakan bila/tempoh masa dan tempat dilaksanakan.
dan meningkatkan kefahaman kendiri dalam bidang yang dipelajari dan mereka akan lebih f)Membuat pemerhatian semula (II)
berjaya dalam persekitaran pembelajaran yang menyeronokkan (Ririn et.al 2018). g)Membuat refleksi semula (II)
Penggunaan bahan maujud seperti kad respons (RC) dalam pembelajaran matematik Commented [WU6]: DAPATAN KAJIAN
membolehkan murid lebih mudah memberi respons kepada guru semasa sesi PdP (Duchaine
et. al 2018). Penggunaan alat bantu mengajar menyebabkan murid terlibat secara aktif semasa Dapatan 1: Nyatakan jawapan kepada objektif kajian 1 dan
pembelajaran berlangsung (Adamson & Lewis, 2017). Penggunaan kad respons dalam disokong dengan bukti dalam bentuk jadual/grafik/gambar/dll
pembelajaran matematik membolehkan guru membuat pentaksiran formatif secara langsung - berdasarkan perbandingan Pemerhatian I dan Pemerhatian
semasa PdP bagi menilai tahap penguasaan murid (Adamson & Lewis, 2017). Berdasarkan II. Buat penilaian berdasarkan indikator yang anda gunakan.
kepada literatur ini, saya menggunakan kad respons yang saya namakan Kad Magmatik bagi Dapatan 2: Nyatakan jawapan kepada objektif kajian 2 dan
mengukuhkan pembelajaran murid dalam topik nombor bulat. disokong dengan bukti dalam bentuk jadual/grafik/gambar/dll
- berdasarkan perbandingan Pemerhatian I dan Pemerhatian
METODOLOGI KAJIAN II. Buat penilaian berdasarkan indikator yang anda gunakan.
Kajian ini adalah kajian tindakan yang mengikuti langkah yang sistematik iaitu: pemerhatian
(isu), refleksi, perancangan, tindakan, pemerhatian semula dan refleksi semula. Kajian ini
melibatkan urutan langkah berikut:
a) Mengenalpasti isu
b) Membuat pemerhatian (I)
c) Refleksi berdasarkan ikuiri kendiri (I)
d) Membuat perancangan
i. Intervensi: Menggunakan Kad Magmatik
ii. Indikator /petunjuk kejayaan intervensi:
- Penilaian prestasi melalui kerja rumah dan ujian topikal.
- Kurang kesilapan dan markah ujian skurang-kurangnya 40% dan lulus.
e) Melaksanakan tindakan
- Dilaksanakan dalam bilik darjah mengikut normal baharu (penjarakan sosial)
selama 2 waktu mengajar.
f) Membuat pemerhatian semula (II)
g) Membuat refleksi semula (II)
Responden terdiri daripada 25 orang murid kelas Tahun 5 Raya.
DAPATAN KAJIAN TINDAKAN
Berdasarkan isu yang diperhatikan, saya telah membina inkuiri kendiri dan catatan dapatan
refleksi seperti yang dinyatakan di Jadual 1.
CONTOH PENULISAN LAPORAN KAJIAN TINDAKAN
UNTUK PENERBITAN BUKU PROSIDING PERSIDANGAN KAJIAN TINDAKAN PERINGKAT KEBANGSAAN 2021
BAHAGIAN PERANCANGAN DAN PENYELIDIKAN DASAR PENDIDIKAN, KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
31 Julai 2021
Jadual 1: Refleksi Berdasarkan Pemerhatian Isu dan Inkuiri Kendiri
INKUIRI KENDIRI REFLEKSI
Apakah latar belakang murid Murid - murid ini terdiri daripada murid yang mempunyai tahap pencapaian
ini? yang agak lemah dalam subjek Matematik dan subjek teras yang lain.
Apakah tahap kebolehan Murid perlu menguasai pengetahuan asas mengenal dan menyebut nombor
asas yang perlu murid kuasai bulat dengan baik.
sebelum mempelajari
kemahiran menulis nombor
bulat dalam angka dan
perkataan?
Mengapa murid kurang • Murid tidak menguasai kemahiran mengenal nombor bulat dari peringkat
mahir dan tidak dapat awal Tahap 1 dengan baik.
selesaikan soalan itu? • Murid kurang penekanan dan pemahaman jelas kemahiran asas Matematik
di peringkat awal Tahap 1.
• “Saya tidak ingat macamana nak tulis nombor bagi digit yang besar”, Saya
keliru tentang nilai tempat nombor bulat” dan “Saya tidak minat Matematik”.
Mengapa murid alami Murid keliru dengan nilai tempat dan nilai digit terutamanya yang melibatkan
masalah untuk tulis nombor nilai 0.
bulat dalam angka dan Contoh: Dua ratus tujuh ribu lapan belas. (207 018) ≠ 20 718
perkataan dengan betul? Murid kurang mahir dalam ejaan. Murid tidak yakin dengan nombor yang
disebut dan yang hendak ditulis.
Mengapa murid tidak Terlalu terlalu lama berada di rumah semasa PdPR (cuti disebabkan pandemik
bersemangat dan kurang Covid 19) sebelum ini dan banyak terdedah kepada gajet semata-mata.
bermotivasi untuk belajar?
Mengapa saya tidak berjaya Kaedah pengajaran saya yang tidak menarik iaitu Chalk and talk sahaja dan
menarik minat murid? saya hanya tekankan kepada penerangan melalui contoh sahaja.
Apa yang saya perlu buat • Saya perlu menghasilkan atau menggunakan BBM yang bersifat maujud
untuk menarik minat murid? dan murid aplikasi sendiri melalui bahan tersebut bagi memudahkan
murid untuk belajar dan fahami sesuatu kemahiran.
• Saya perlu peka dengan persekitaran murid di mana setiap murid inginkan
‘suasana yang baharu’ dalam pengajaran di dalam kelas.
Mengapa murid tidak • Murid berasa takut dan bimbang untuk menjawab soalan yang diberi oleh
melibatkan diri secara aktif saya kerana mereka risau akan memberi jawapan yang salah dan mereka tiada
semasa belajar? keyakinan diri.
• Mathematics phobia dalam kalangan murid.
Apa yang saya perlu buat Saya perlu bijak merancang serta menjalankan aktiviti yang menarik bersama
untuk murid melibatkan diri murid di dalam kelas walaupun masih berada dalam keadaan penjarakan
secara aktif? fizikal.
Mengapa hal ini terjadi? • Murid tidak bersedia untuk menghadapi pembelajaran pada hari tersebut.
Contohnya, murid mempunyai masalah peribadi, masalah kesihatan, masalah
dengan kawan dan lain-lain.
• Saya kurang prihatin dengan keperluan murid dalam kelas - guru tidak
dapat memberi perhatian terhadap semua murid.
Berdasarkan reffleksi, saya membuat perancangan untuk meningkatkan tahap
pengusaan murid. Saya memperkenalkan kaedah Kad Magmatik untuk membantu murid-murid
meningkatkan penguasaan kemahiran asas matematik secara bermain sambil belajar. Terdapat
tiga jenis kad iaitu kad nombor, kad simbol dan kad arahan aktiviti (Rajah 3) yang saya gunakan
dalam Aktiviti 1 dan Aktiviti 2.
CONTOH PENULISAN LAPORAN KAJIAN TINDAKAN
UNTUK PENERBITAN BUKU PROSIDING PERSIDANGAN KAJIAN TINDAKAN PERINGKAT KEBANGSAAN 2021
BAHAGIAN PERANCANGAN DAN PENYELIDIKAN DASAR PENDIDIKAN, KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
31 Julai 2021
Rajah 3: Kad Magmatik: kad nombor, kad simbol dan kad arahan aktiviti
Pelaksanaan Aktiviti 1:
Pada aktiviti 1, murid diminta membina nombor menggunakan Kad Magmatik, bermula
dengan nombor tiga digit sehingga enam digit. Kemudian, murid diminta menyebut dan
menulis nombor yang dibina dalam perkataan.
Pemerhatian Aktiviti 1:
Murid-murid didapati berminat dan teruja dengan Kad Magmatik tersebut. Aktiviti berjalan
dengan lancar. Namun, masih ada beberapa orang murid yang masih belum boleh menulis
nombor dalam perkataan dengan betul dari aspek ejaan dan susunan ayat. Proses pengulangan
dan pembetulan dilakukan secara berterusan sehingga murid dapat menulis dengan betul
nombor yang dibina.
CONTOH PENULISAN LAPORAN KAJIAN TINDAKAN
UNTUK PENERBITAN BUKU PROSIDING PERSIDANGAN KAJIAN TINDAKAN PERINGKAT KEBANGSAAN 2021
BAHAGIAN PERANCANGAN DAN PENYELIDIKAN DASAR PENDIDIKAN, KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
31 Julai 2021
Pelaksanaan Aktiviti 2:
Murid-murid diberikan satu nombor dalam perkataan dan murid diminta membina nombor
tersebut menggunakan Kad Magmatik tersebut. Murid-murid juga dibekalkan dengan Modul
MOKAS sebagai latihan pengukuhan. Murid-murid dikendaki menjawab soalan yang
diberikan dalam modul tersebut dengan bimbingan guru.
Pemerhatian Aktiviti 2:
Murid-murid dibimbing untuk membina nombor menggunakan Kad Magmatik dan kelihatan
seronok menggunakannya. Murid-murid dapat melakukan proses membina dan menulis
nombor dengan baik.
Refleksi: Murid-murid dapat memahami dan berjaya menyelesaikan soalan yang diberikan
dengan betul. Didapati murid lebih jelas untuk menyelesaikan soalan yang diberikan. Berikut
adalah dapatan berdasarkan kepada objektif kajian.
Penilaian Pencapaian Murid
Pencapaian murid-murid dinilai berdasarkan kepada dua ujian yang telah dijalankan iaitu Ujian
Pra dan Ujian Pos. Kedua-kedua ujian ini telah dijalankan ke atas responden yang sama.
Kaedah ujian ini digunakan bagi menilai tahap pemahaman, penguasaan dan kemahiran murid.
Ujian Pra digunakan untuk mendapatkan data yang menunjukkan kelemahan murid mengenai
tajuk yang dikaji. Ujian Pos pula bertujuan melihat kemajuan dan kelemahan selepas
menjalankan intervensi dan melihat keberkesanan penggunaan bahan bantu mengajar dalam
meningkatkan kemahiran menulis nombor dalam angka dan perkataan. Dua set soalan yang
sama untuk Ujian Pos dan Ujian Pra telah digunakan. Kedua-dua ujian menggunakan instrumen
yang sama. Terdapat peningkatan pencapaian murid yang ketara dalam memahami dan
menguasai kemahiran menulis nombor bulat dalam angka dan perkataan selepas intervensi
dilaksanakan.
Jadual 2: Keputusan Ujian Pra dan Ujian Pos bagi murid 5 Raya
UJIAN PRA UJIAN POS
BIL MURID
SOALAN BIL MURID BETUL(50%)
24
BETUL (50%) 20
Menulis nombor bulat dalam perkataan 13
Menulis nombor bulat dalam angka 12
CONTOH PENULISAN LAPORAN KAJIAN TINDAKAN
UNTUK PENERBITAN BUKU PROSIDING PERSIDANGAN KAJIAN TINDAKAN PERINGKAT KEBANGSAAN 2021
BAHAGIAN PERANCANGAN DAN PENYELIDIKAN DASAR PENDIDIKAN, KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
31 Julai 2021
Perbandingan Keputusan Ujian Pra dan Ujian Pos Kelas 5 Raya
30
25
20
15
10
5
0 Ujian Pos
Ujian Pra
Perkataan Angka
Rajah 4: Perbandingan Keputusan Ujian Pra & Ujian Pos Commented [WU7]: RUMUSAN DAN
PERBINCANGAN
RUMUSAN DAN PERBINCANGAN
Nyatakan dapatan kajian dan penambahbaikan yang telah
Berikut adalah rumusan dan perbincangan mengenai dapatan kajian berdasarkan kepada berlaku dalam amalan anda sebagai pendidik. Berdasarkan
objektif kajian. Refleksi II, nyatakan faktor kejayaan/kegagalan intervensi
anda. Bahaskan dapatan anda dengan membandingkan
Objektif 1: Membangunkan pendekatan pengajaran yang menarik minat murid mempelajari dengan dapatan kajian lepas (tinjauan literatur).
matematik. Nyatakan dapatan kajian dan penambahbaikan yang telah
berlaku kepada murid/ personel di bawah seliaan anda.
Saya dapati bahawa penggunaan Kad Magmatik membolehkan murid menguasai kemahiran Berdasarkan Refleksi II, nyatakan faktor kejayaan/kegagalan
asas nombor bulat dengan membina sendiri sebarang nombor bulat menggunakan kad tersebut, intervensi anda. Bahaskan dapatan anda dengan
menyebut dan menulis nombor yang dibina dalam angka dan perkataan, menentukan nilai membandingkan dengan dapatan kajian lepas (tinjauan
tempat dan nilai digit, membandingkan nombor yang dibina dengan nombor rakan dan banyak literatur).
lagi aktiviti pengukuhan kemahiran asas yang boleh dijalankan melalui Kad Magmatik
tersebut. Perkara ini adalah selari dengan kajian Skarky (2020) yang menyatakan bahawa
pembelajaran matematik yang berkesan boleh berlaku dengan menggunakan bahan yang nyata.
Kad Magmatik yang saya hasilkan ini adalah untuk membantu menarik minat murid
terhadap matematik dan meningkatkan kemahiran asas matematik di samping menghilangkan
rasa bosan terhadap teknik latihan ulangan yang diperlukan untuk murid-murid menguasai
kemahiran dan konsep matematik yang penting. Dalam situasi bilik darjah sedemikian,
pembelajaran adalah lebih menyeronokkan (Ririn et. al. 2018) dan akan meningkatkan
kefahaman dalam bidang yang dipelajari.
Aktiviti melalui Kad Magmatik ini juga dapat meningkatkan motivasi dan keyakinan
diri murid apabila mereka sendiri yang membina dan menyelesaikan masalah matematik secara
individu atau berkumpulan yang lebih menyeronokkan dan mencabar. Dapatan ini adalah selari
dengan kajian Adamson & Lewis (2017) yang menyatakan bahawa penggunaan alat bantu
mengajar akan menyebabkan murid terlibat secara aktif semasa pembelajaran berlangsung.
Saya juga mengamalkan pelaksanaan langkah-langkah intervensi konsep pengajaran
dari mudah ke sukar. Murid-murid didedahkan dengan kemahiran asas mengenal dan mengira
nombor bulat terlebih dahulu, murid lebih faham dan secara tidak langsung dapat
CONTOH PENULISAN LAPORAN KAJIAN TINDAKAN
UNTUK PENERBITAN BUKU PROSIDING PERSIDANGAN KAJIAN TINDAKAN PERINGKAT KEBANGSAAN 2021
BAHAGIAN PERANCANGAN DAN PENYELIDIKAN DASAR PENDIDIKAN, KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
31 Julai 2021
mengukuhkan kefahaman dan ingatan bagi kemahiran menulis nombor bulat dalam angka dan
perkataan.
Murid-murid Kelas 5 Raya ini memerlukan sesuatu bahan bantu mengajar yang dapat
menarik minat mereka untuk terus menguasai kemahiran tersebut dengan baik. Penggunaan
bahan bantu mengajar yang menarik bukan sahaja dapat menarik minat mereka malah dapat
meningkatkan penguasaan dalam kemahiran asas nombor bulat dengan baik. Sepanjang
tempoh pelaksanaan kajian tindakan, murid menunjukkan minat dalam menggunakan Kad
Magmatik yang diperkenalkan kepada mereka.
Murid kelihatan teruja untuk belajar sambil bermain menggunakan Kad Magmatik.
Murid-murid lebih berminat terhadap pembelajaran matematik. Mereka lebih bersemangat dan
berminat untuk belajar Matematik. Penerapan peneguhan positif seperti pujian dan kata-kata
galakan membantu saya meyakinkan murid untuk menyempurnakan lembaran kerja. Melalui
cara ini, murid lebih fokus dan cuba menyempurnakan lembaran kerja sebaik mungkin.
Pengalaman menghasilkan sendiri Kad Magmatik merupakan perkara paling berharga bagi
saya. Saya menjadi lebih yakin dengan pendekatan belajar sambil bermain dengan
menggunakan kaedah Kad Magmatik. Melalui pendekatan ini, murid-murid menunjukkan
perubahan positif terutamanya semasa sesi PdPc.
Penggunaan Modul MOKAS sebagai latihan pengukuhan bagi setiap kemahiran asas
nombor bulat merupakan satu pendekatan pentaksiran formatif yang saya gunakan. Modul ini
menilai tahap penguasaan murid dalam menulis nombor dalam angka dan perkataan,
menentukan nilai tempat dan nilai digit, membina nombor terbesar atau terkecil dan lain-lain.
Penggunaan modul ini sebagai alat pentaksiran formatif membolehkan saya menilai tahap
penguasaan murid secara langsung semasa PdP dilaksanakan (Adamson & Lewis 2017) yang
telah saya meningkatkan lagi tahap profesionalisme saya dalam pendidikan matematik.
Objektif 2: Meningkatkan kemahiran murid menulis nombor bulat dalam angka dan
perkataan.
Dalam pelaksanaan kajian tindakan, saya telah menjalankan sekurang-kurangnya dua aktiviti
menggunakan Kad Magmatik mengikut tahap kebolehan murid. Aktiviti ini telah membantu
murid saya membina atau membentuk sebarang nombor bulat sebelum melaksanakan
kemahiran-kemahiran asas matematik yang lain seperti mengenal, menyebut dan menulis
nombor bulat dalam angka dan perkataan, membandingkan nombor, menyusun nombor
mengikut tertib, rangkaian pola nombor, cerakin nombor, membundarkan nombor dan
membina ayat matematik operasi asas. Dapatan ini adalah seiiring dengan hasrat dalam
kurikulum KKSR yang berfokuskan kepada penguasaan pengetahuan dan pemahaman bagi
membolehkan murid mengaplikasikan konsep, prinsip, dan proses matematik yang dipelajari
(BPK 2017).
Berdasarkan kepada kajian tindakan yang telah dilaksanakan, saya mendapati sikap
murid-murid terhadap matematik pada peringkat awal telah berubah berbanding sebelumnya.
Prestasi yang memberangsangkan yang ditunjukkan oleh responden adalah di luar jangkaan
saya. Murid-murid berupaya membina nombor dan menulis nombor dalam angka dan
perkataan menggunakan Kad Magmatik dengan baik. Ini menunjukkan mereka sudah mahir
dan berkeyakinan untuk membina nombor yang lebih besar dan menulis nombor tersebut dalam
angka dan perkataan.
Aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan menggunakan prinsip pengajaran matematik dari
mudah ke sukar. Penilaian dibuat selepas pelaksanaan Kad Magmatik menggunakan Modul
MOKAS untuk menjawab latihan-latihan pengukuhan dan didapati kebanyakan murid telah
menunjukkan peningkatan pemahaman bagi kemahiran menulis nombor bulat dalam angka dan
perkataan dengan betul. Oleh yang demikian, penggunaan bahasa dan simbol dalam
CONTOH PENULISAN LAPORAN KAJIAN TINDAKAN Commented [WU8]: KESIMPULAN
UNTUK PENERBITAN BUKU PROSIDING PERSIDANGAN KAJIAN TINDAKAN PERINGKAT KEBANGSAAN 2021
BAHAGIAN PERANCANGAN DAN PENYELIDIKAN DASAR PENDIDIKAN, KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA Rumuskan dapatan secara keseluruhan dan kaitkan dengan
outcome yang berkaitan dengan teori/ situasi di peringkat
31 Julai 2021 global. Nyatakan apakah implikasi kajian tindakan ini kepada
perkembangan/pembangunan profesionalisme kerjaya anda,
mengkomunikasikan idea matematik perlu menjadi keutaamaan dalam kurikulum matematik kepada sekolah/sistem pendidikan secara umum yang
(Card 1998). Ini adalah kerana, murid yang berjaya dalam matematik adalah murid yang terkandung dalam Aspirasi PPPM 2013-2025 dll. Berikan
memahami bahasa matematik serta mampu memanipulasi dan mengaplikasikan makna cadangan untuk menambah baik amalan anda sebagai seorang
matematik dalam bentuk simbol, imej dan perkaraaa. (Rotman 2000). pendidik.
KESIMPULAN
Berdasarkan kepada kajian tindakan ini, pembelajaran matematik akan lebih bermakna
sekiranya kita sebagai guru berjaya menarik minat dan keyakinan mereka mempelajari
matematik dalam suanan pembelajaran yang menyeronokkan. Guru perlu lebih kreatif
menjayakan PdP mengikut keperluan murid dan sentaisa mencari jalan penyelesaian untuk
membuatkan mereka meminati pembelajaran matematik bagi memenuhi aspirasi murid dalam
PPPM 2013-2025 iaitu kemahiran berfikir dan berpengetahuan. Saya akan terus mendapatkan
kaedah yang bersesuaian dengan topik yang diajar dan meningkatkan tahap profesionalisme
saya dengan mencari bahan yang boleh menimbukan suasana pembelajaran yang
menyeronokkan dalam bilik darjah sama ada secara bersemuka ataupun secara PdPR.
RUJUKAN
Reyhan Tekin Sitrava (2018). An Investigation of Prospective Mathematics Teachers’ Knowledge of
Basic Algorithms with Whole Numbers: A Case of Turkey. European Journal of Educational
Research Volume 7, Issue 3, 513 - 528.
Sugiman et. Al. (2020). The Creation of Teaching Aids for Disabled Students as Mathematical
Thinking-Imaginative Product. International Journal of Instruction
Ilukena, Alex Mbonabi (2020). Strategies Used by Grade 6 Learners in the Multiplication of
Whole Numbers in Five Selected Primary Schools in the Kavango East and West
Regions. International Education Studies; Vol. 13, No. 3; 2020
Guce, Ivee K. (2017). Mathematical Writing Errors in Expository Writings of College
Mathematics Students. International Journal of Evaluation and Research in Education
(IJERE) Vol.6, No.3, September 2017, pp. 233~242
Seo, B. (2015). Mathematical writing: What is it and how do we teach it?‖ Journal of
Humanistic Mathematics, vol/issue: 5(2), pp. 133-145, 2015
Rotman, Brian (2000). Mathematics as sign, Stanford University Press, Stanford, CA, 2000.
Ririn Ambarini, Arso Setyaji & Sri Suneki (2018). Teaching Mathematics Bilingually for
Kindergarten Students with Teaching Aids Based on Local Wisdom. English Language
Teaching; Vol. 11, No. 3; 2018
Duchaine, Ellen L., Kristine Jolivette, Laura D. Fredrick & Paul A. Alberto (2018). Increase
Engagement and Achievement with Response Cards: Science and Mathematics Inclusion
Classes Georgia State University, Learning Disabilities: A Contemporary Journal 16(2),
157-176, 2018.