Q&A
BIOLOGI T4 KSSM
BAB 14 SOKONGAN DAN PERGERAKAN
DALAM MANUSIA DAN HAIWAN
14.1 Jenis Rangka
14.1.1 Menyenaraikan jenis rangka dalam manusia dan haiwan: (i) rangka hidrostatik. (ii) rangka
luar. (iii) rangka dalam.
4.1.2 Mewajarkan keperluan rangka pada manusia dan haiwan.
14.2 Sistem Otot Rangka Manusia
14.2.1 Mengenal pasti tulang yang membentuk sistem rangka manusia: (i) rangka paksi. (ii)
rangka apendaj.
14.2.2 Mencirikan jenis vertebra dalam tulang belakang: (i) vertebra serviks (termasuk atlas dan
axis). (ii) vertebra toraks. (iii) vertebra lumbar. (iv) vertebra sakrum. (v) vertebra kaudal.
14.2.3 Membanding dan membezakan antara jenis vertebra.
14.2.4 Menyatakan jenis sendi dalam sistem rangka manusia: (i) sendi tidak bergerak. (ii) sendi
bergerak sedikit. (iii) sendi bebas bergerak.
14.2.5 Melukis, melabel dan menerangkan struktur sendi engsel lengan manusia: (i) tulang. (ii)
rawan. (iii) otot rangka. (iv) tendon. (v) ligamen. (vi) membran sinovia. (vii) bendalir synovia
14.3 Mekanisme Pergerakan dan Gerakalih
14.3.1 Menerangkan mekanisme pergerakan pada: (i) lengan manusia. (ii) kaki manusia(berjalan).
14.3.2 Memerihalkan secara ringkas mekanisme gerak alih haiwan.
14.4 Isu Kesihatan Sistem Otot Rangka Manusia
14.4.1 Memerihalkan isu kesihatan yang berkaitan dengan sistem otot rangka manusia: (i)
osteoporosis. (ii) osteomalasia. (iii) rikets. (iv) artritis. (v) skoliosis.
14.4.2 Mewajarkan amalan untuk menjaga kesihatan sistem otot rangka
Praktis Formatif 14.1 Buku Teks Biologi T4 KSSM
1 Mengapakah organisma perlu mengekalkan bentuk badannya?
Bentuk badan adalah penting untuk pergerakan dan sokongan serta membolehkan organ-
organ dalam badan berfungsi dengan lancar.
2 Nyatakan dua fungsi sistem rangka kepada manusia.
• Melindungi organ dalaman vertebrata (misalnya,
tengkorak melindungi otak manusia
turus vertebra melindungi saraf tunjang
sangkar rusuk melindungi peparu dan jantung
• Menghasilkan sel darah merah (dalam sumsum tulang).
3 Bagi haiwan yang bergerak di atas permukaan tanah, apakah kelebihan mempunyai
anggota kaki di bawah badan (misalnya, tikus) berbanding dengan haiwan yang
mempunyai kaki di sisi badan (misalnya, buaya)?
Bagi haiwan yang mempunyai anggota kaki di bawah badan (misalnya, tikus), jisim badan
dinaikkan di atas tanah dan dengan itu,dapat mengurangkan geseran semasa bergerak.
Praktis Formatif 14.2 Buku Teks Biologi T4 KSSM
1 Namakan tulang yang membentuk rangka paksi badan
manusia.
Tengkorak, turus vertebra, sangkar rusuk dan sternum.
2 Nyatakan fungsi rawan dan bendalir sinovia dalam sendi.
Rawan bertindak sebagai kusyen kepada sendi, menyerap
hentakan dan mengurangkan geseran antara hujung-hujung
tulang.
Bendalir sinovia bertindak sebagai pelincir yang
mengurangkan geseran antara hujung-hujung tulang.
Praktis Formatif 14.2 Buku Teks Biologi T4 KSSM
3 Nyatakan perbezaan struktur dan fungsi antara tendon
dan ligamen.
• Tendon adalah tidak kenyal manakala ligamen adalah
kenyal.
• Tendon menyambungkan otot kepada tulang manakala
ligamen menyambungkan tulang kepada tulang.
4 Terangkan perbezaan antara sendi lesung dengan sendi
engsel.
Sendi lesung membenarkan pergerakan berbentuk putaran
dalam semua arah manakala sendi engsel hanya
membenarkan pergerakan tulang pada satu satah sahaja
Praktis Formatif 14.3 Buku Teks Biologi T4 KSSM
1 Pada pendapat anda, mengapakah burung mempunyai
tulang yang berongga?
Tulang berongga adalah ringan dan ini memudahkan
proses penerbangan.
2 Terangkan bagaimana lengan digerakkan ke atas.
• Apabila otot biseps mengecut,
• tendon menghantar daya tarikan yang dihasilkan oleh
otot yang mengecut kepada lengan.
• Pada masa yang sama otot triseps mengendur.
• Akibatnya, siku membengkok dan lengan digerakkan
ke atas
Praktis Formatif 14.3 Buku Teks Biologi T4 KSSM
3 Terangkan mekanisme gerak alih ikan.
• Turus vertebra ikan adalah fleksibel dan digerakkan dari
sisi ke sisi melalui pengecutan dan pengenduran miotom
iaitu bongkah otot berbentuk W.
• Apabila otot miotom di sebelah kanan mengecut, otot
miotom di sebelah kiri mengendur dan ekor akan mengibas
ke kanan.
• Sebaliknya, apabila otot miotom di sebelah kiri mengecut,
otot miotom kanan akan mengendur dan ekor akan
mengibas ke kiri.
• Gelombang pengecutan dan pengenduran secara
berselang-seli di sepanjang miotom menyebabkan
bahagian badan bergerak dari sisi ke sisi, menolak air ke
belakang dan ke sisi lalu badan digerakkan ke hadapan.
Praktis Formatif 14.3 Buku Teks Biologi T4 KSSM
4 Huraikan bagaimana seekor belalang melakukan lompatan.
• Belalang mempunyai kaki belakang panjang yang boleh
dilipat dalam bentuk Z, dan kedudukan sebegini berfungsi
sebagai spring lompatan.
• Apabila kaki berada dalam kedudukan Z, otot ekstensor
mengendur dan otot fleksor berada dalam keadaan
mengecut.
• Apabila otot ekstensor pada kaki belakang mengecut dan
kaki diluruskan dengan pantas ke arah belakang dan ke
bawah tanah,
• ia memberikan belalang suatu daya angkat ke atas dan ke
hadapan yang menolak belalang itu ke udara.
Praktis Formatif 14.3 Buku Teks Biologi T4 KSSM
1 Cadangkan dua cara untuk menjaga sistem otot rangka.
Mengambil gizi seimbang
2 Sebagai seorang doktor, terangkan cara-cara untuk membantu pesakit
skoliosis menjalani kehidupan harian yang normal.
• Bagi kes skoliosis ringan, pemerhatian berkala akan dibuat oleh doktor
sehingga tahap kematangan tulang hampir sempurna.
• Peralatan khas untuk menyokong tulang belakang (“Bracing”)
• Pembedahan
Praktis Formatif 14.3 Buku Teks Biologi T4 KSSM
3 Nyatakan maksud osteoporosis dan terangkan langkah
yang boleh diambil pada usia muda untuk mencegah
osteoporosis pada usia tua.
Osteoporosis ialah sejenis penyakit yang menyebabkan
tulang menjadi nipis, lebih poros, dan mudah patah.
Osteoporosis boleh dicegah dengan mengambil kalsium,
fosforus dan vitamin D.
4 Terangkan tiga amalan untuk menjaga kesihatan sistem
otot rangka.
Untuk menjaga kesihatan sistem otot rangka, kita harus
memakai pakaian yang sesuai, melakukan senaman dan
mengamalkan postur badan yang betul.
Praktis Sumatif 14 Buku Teks Biologi T4 KSSM
1 Nyatakan perbezaan antara vertebra serviks
dengan vertebra toraks.
• Vertebra serviks mempunyai cuaran spina lebih
pendek daripada vertebra toraks
• Vertebra serviks mempunyai sentrum lebih kecil
daripada vertebra toraks
• Vetebra serviks mempunyai cuaran melintang lebih
lebar daripada vertebra toraks
• Vetebra serviks mempunyai mempunyai sepasang
foramen melintang manakala Vertebra toraks tidak
mempunyai foramen melintang
Praktis Sumatif 14 Buku Teks Biologi T4 KSSM
2 Rajah 1 menunjukkan gerak alih cacing.
Jelaskan tindakan otot dalam segmen T dan segmen S yang membolehkan cacing
tanah bergerak dalam arah yang ditunjukkan.
Segmen T : Otot lingkar mengecut.
Segmen S : Otot membujur mengecut.
3 Mengapakah penting untuk organisma mengekalkan bentuk badannya?
Bentuk badan adalah penting untuk pergerakan dan sokongan
serta membolehkan organ dalam badan berfungsi dengan lancar.
Praktis Sumatif 14 Buku Teks Biologi T4 KSSM
4 Huraikan maksud postur yang baik. Mengapakah kita perlu sentiasa mengamalkan
postur yang baik semasa melakukan sebarang aktiviti?
• Postur yang baik ialah cara betul untuk duduk, berdiri, melutut dan apabila
melakukan bentuk pergerakan badan yang lain.
• Kita perlu sentiasa mengamalkan postur yang baik kerana postur yang baik
memberikan sokongan yang sempurna kepada sistem otot rangka, membantu
pengaliran darah dan mengurangkan kecederaan pada otot-otot rangka serta
mengelakkan tekanan pada otot dan turus vertebra.
5 Terangkan mengapa pengecutan otot memerlukan bekalan darah yang mencukupi.
• Pengecutan otot memerlukan banyak tenaga ATP yang dihasilkan semasa respirasi
sel.
• Darah yang banyak diperlukan untuk mengangkut serta membekalkan oksigen dan
glukosa kepada sel otot.
• Pada masa yang sama, darah akan mengangkut bahan buangan seperti karbon
dioksida dan asid laktik keluar dari sel otot.
Praktis Sumatif 14 Buku Teks Biologi T4 KSSM
6 Rajah 2 menunjukkan dua jenis vertebra (b) Terangkan peranan vertebra semasa
X dan Y dalam turus vertebra manusia. pergerakan badan berlaku.
Vertebra menyediakan permukaan untuk
perlekatan otot.
Turus vertebra terdiri daripada banyak tulang
vertebra yang dihubungkan antara satu sama
lain dan
ini membolehkan tulang belakang melentur.
(a) Namakan vertebra X dan vertebra Y.
X :Vertebra lumbar
Y : Vertebra serviks
Praktis Sumatif 14 Buku Teks Biologi T4 KSSM
(c) Huraikan perkaitan vertebra toraks dengan
mekanisme pernafasan.
• Vertebra toraks mempunyai cuaran spina yang
panjang dan cuaran melintang untuk perlekatan
otot dan ligamen.
• Vertebra toraks juga mempunyai dua muka
sendi pada cuaran melintang untuk bersendi
dengan tulang rusuk.
Ini membenarkan tulang rusuk bergerak ke atas
dan ke bawah.
Persendian vertebra toraks kepada tulang rusuk
membolehkan tulang rusuk bergerak ke atas
dan ke bawah apabila otot interkosta mengecut
dan mengendur.
Praktis Sumatif 14 Buku Teks Biologi T4 KSSM
7 Rajah 3 menunjukkan otot P, otot Q, tulang Y (a) Namakan otot P, otot Q, tulang Y dan tisu X
dan tisu X yang terlibat dalam pergerakan pada Rajah 3.
lengan.
Otot P: otot biseps Otot
Otot Q: otot triseps Tisu
X: tendon Tulang
Y: humerus
(b) Nyatakan dua ciri tisu X yang membolehkan
tisu tersebut menjalankan fungsinya.
Tidak kenyal dan boleh dilentur.
Praktis Sumatif 14 Buku Teks Biologi T4 KSSM
7 Rajah 3 menunjukkan otot P, otot Q, tulang Y (c) Sekiranya tisu X terputus akibat kemalangan,
dan tisu X yang terlibat dalam pergerakan apakah masalah yang akan dihadapi oleh
lengan. mangsa?
Pergerakan pada sendi tidak boleh berlaku.
Otot biseps tidak terikat pada tulang radius.
(d) Cadangkan sejenis makanan yang sesuai
untuk seseorang yang patah tulang Y. Jelaskan
pendapat anda mengapa makanan ini
dianggap sesuai untuk individu tersebut.
Susu, kerana mengandungi banyak kalsium untuk
pembentukan dan pertumbuhan tulang.
Praktis Sumatif 14 Buku Teks Biologi T4 KSSM
7 Rajah 3 menunjukkan otot P, otot Q, tulang Y
dan tisu X yang terlibat dalam pergerakan (e) Terangkan bagaimana semua bahagian
lengan. yang anda labelkan dalam Rajah 3 bertindak
dalam keadaan yang ditunjukkan.
Apabila otot biseps mengecut, daya tarikan
dipindahkan kepada tulang melalui tendon.
Tindakan ini menyebabkan tulang radius ditarik
ke arah atas dan lengan dibengkokkan.
Pada masa yang sama, otot triseps mengendur.
Praktis Sumatif 14 Buku Teks Biologi T4 KSSM
Rajah 4 menunjukkan aktiviti pergerakan • Tulang femur yang besar dan panjang
pada manusia menambahkan kekuatan bagi menyokong
berat badan.
Berdasarkan Rajah 4, huraikan bagaimana • Tendon menghubungkan otot kepada tulang
otot, tulang, tendon, ligamen dan sendi • Tendon bersifat liat dan tidak kenyal.
membolehkan pergerakan di atas berlaku. • Apabila otot mengecut, daya yang
dihasilkan dipindahkan ke tulang melalui
tendon.
• Ligamen menghubungkan tulang kepada
tulang.
• Ligamen bersifat kuat dan kenyal.
• Ligamen memberi sokongan kepada sendi
untuk pergerakan.
Praktis Sumatif 14 Buku Teks Biologi T4 KSSM
Rajah 4 menunjukkan aktiviti pergerakan • Otot kuadriseps femoris dan otot biseps
pada manusia femoris adalah otot berantagonis.
• Apabila otot kuadriseps femoris atau otot
Berdasarkan Rajah 4, huraikan bagaimana ekstensor mengecut dan otot biseps femoris
otot, tulang, tendon, ligamen dan sendi mengendur, kaki diluruskan.
membolehkan pergerakan di atas berlaku. • Apabila otot biseps femoris mengecut dan
otot kuadriseps mengendur, kaki
dibengkokkan.
• Apabila otot betis mengecut, tumit kaki
diangkat.
• Pada masa yang sama, tapak kaki menolak
ke bawah dan ke belakang.
• Tindakan pengecutan dan pengenduran
yang berulang-ulang ini menghasilkan
pergerakan.
Praktis Sumatif 14 Buku Teks Biologi T4 KSSM
9 Huraikan bagaimana sistem rangka
cacing tanah dan ikan disesuaikan untuk
gerak alih di habitat masing-masing.
• Gerak alih cacing tanah
• Cacing tanah mempunyai rangka hidrostatik.
• Cacing bergerak dengan bantuan perubahan
tekanan hidrostatik dalam badan.
• Otot melingkar mengecut dan otot membujur
mengendur secara antagonis.
• Ini menyebabkan tekanan hidrostatik dipindah
dari anterior ke posterior.
Praktis Sumatif 14 Buku Teks Biologi T4 KSSM
9 Huraikan bagaimana sistem rangka
cacing tanah dan ikan disesuaikan untuk
gerak alih di habitat masing-masing.
Gerak alih ikan
• Mempunyai rangka endoskeleton.
• Tulang ikan merupakan tempat perlekatan otot.
• Otot miotom kiri mengecut dan otot miotom
kanan mengendur secara antagonis.
• Ekor bergerak ke kiri dan ke kanan dan
menghasilkan tujah ke hadapan.
Praktis Sumatif 14 Buku Teks Biologi T4 KSSM
10 (a) Terangkan sifat otot yang terlibat dalam
pergerakan manusia.
• Otot yang terlibat dalam pergerakan ialah otot
rangka.
• Otot rangka merupakan otot yang menghasilkan
gerak balas yang disedari kerana
• pengecutannya dikawal oleh sistem saraf dan
• boleh dirangsang secara sedar.
• Otot rangka membekalkan daya yang diperlukan
untuk menggerakkan tulang pada sendi.
• Otot rangka tidak boleh menolak dan meregang
tetapi hanya boleh mengecut dan mengendur.
• Pengecutan memendekkan otot rangka.
• Pengenduran mengembalikan otot kepada bentuk
dan saiz yang asal.
Praktis Sumatif 14 Buku Teks Biologi T4 KSSM
10 (b) (i) Terangkan langkah-langkah yang boleh
diamalkan oleh seseorang untuk memelihara sistem otot
rangka yang baik.
• Pengambilan nutrisi yang seimbang, misalnya mengambil
kalsium tambahan, fosfat, vitamin A, C, dan D.
Vitamin D membantu penyerapan kalsium dan
vitamin C meningkatkan jisim tulang.
• Menggunakan pakaian yang selesa dan tidak terlalu
ketat.
• Mengelak daripada memakai kasut bertumit tinggi. •
Kerap bersenam dan bersukan.
• Mengamalkan teknik senaman yang betul dan selamat
untuk mengelakkan kecederaan pada sistem otot rangka.
• Sentiasa mengamalkan postur yang baik dalam semua
aktiviti harian.
Praktis Sumatif 14 Buku Teks Biologi T4 KSSM
10 (b) (ii) Huraikan faktor-faktor yang boleh menyebabkan
seseorang berisiko tinggi untuk menghidap penyakit
osteoporosis.
• Faktor usia: apabila usia seseorang meningkat, ketumpatan
tulang di dalam badan semakin berkurang dan seterusnya,
jisim tulang berkurang.
• Faktor kekurangan hormon estrogen: osteoporosis lebih lazim
di kalangan wanita yang telah putus haid kerana aras
hormon estrogen berkurang selepas putus haid.
Estrogen terlibat dalam metabolisme kalsium;
hormon ini membantu badan menyerap kalsium dan
mengurangkan kehilangan mineral kalsium.
• Kurang bersenam: senaman dapat merangsang
pengenapan kalsium.
• Kurang pengambilan kalsium dalam diet makanan.
Praktis Sumatif 14 Buku Teks Biologi T4 KSSM
10 (c) Huraikan bagaimana otot bertindak bersama
dengan ligamen dan tendon untuk menghasilkan
pergerakan pada lengan
• Di bahu, tendon daripada satu hujung otot biseps
berpaut kepada skapula (tulang yang tetap)
manakala
• di siku, tendon di hujung otot biseps berpaut
kepada tulang radius (tulang yang bebas
bergerak).
• Tendon daripada satu hujung otot triseps berpaut
pada hujung skapula manakala tendon di hujung
yang satu lagi terlekat pada tulang ulna.
• Ligamen menghubungkan tulang dan tulang bagi
membenarkan pergerakan tulang pada sendi
Praktis Sumatif 14 Buku Teks Biologi T4 KSSM
10 (c) Huraikan bagaimana otot bertindak bersama
dengan ligamen dan tendon untuk menghasilkan
pergerakan pada lengan
• Semasa membengkokkan tangan, daya tarikan
yang terhasil oleh otot dipindahkan kepada
tulang melalui tendon.
• Pengecutan otot biseps menyebabkan radius
ditarik ke arah atas dan lengan dibengkokkan.
• Pada masa yang sama, otot triseps mengendur.
• Semasa meluruskan lengan, Otot triseps mengecut
menyebabkan ulna ditarik ke bawah dan lengan
diluruskan.
• Pada masa yang sama, otot biseps mengendur.
Praktis Sumatif 14 Buku Teks Biologi T4 KSSM
11 Tulang-tulang panjang dalam badan mamalia adalah
berongga dan bukannya padat.
Jelaskan kelebihan tulang berongga
Tulang yang berongga mengurangkan berat badan.
Tulang berongga juga kurang memerlukan bahan binaan
seperti kalsium dan fosforus.
Daya yang bertindak untuk mematahkan satu tulang
berongga yang panjang tertumpu di pinggir tulang.
Oleh itu, tulang yang berongga di tengah adalah sama
kuat dengan tulang yang padat
Praktis Sumatif 14 Buku Teks Biologi T4 KSSM
12 Burung terbang menggunakan sayapnya. Pergerakan
sayap membolehkan burung menghasilkan daya tujah ke
atas. Walau bagaimanapun, kebolehan burung untuk
terbang bukan sahaja bergantung pada sayapnya tetapi
juga pada sistem sokongannya. Jelaskan bagaimana sistem
sokongan burung dapat membantunya terbang.
Sumsum tulang burung adalah poros dan tidak padat.
Selain itu, sel-sel tulang tidak tersusun padat.
Oleh demikian, tulang seekor burung yang boleh terbang
adalah lebih ringan.
Ini mengurangkan berat burung dan memudahkannya
terbang
Praktis Sumatif 14 Buku Teks Biologi T4 KSSM
13 Penyelidikan terkini untuk merawat tulang patah
termasuklah penggunaan bahan seperti tiub nano karbon
sebagai perancah untuk pertumbuhan tisu tulang. Jika anda
seorang ahli sains yang sedang mencari bahan baharu
untuk merawat tulang rosak, apakah ciri-ciri yang mesti ada
pada bahan baharu tersebut supaya dapat mengganti
tulang yang patah? .
• Bahan baharu tersebut mestilah ringan namun kuat untuk
menyokong berat badan.
• Kos bahan juga tidak mahal dan badan pesakit tidak
mengalami masalah penolakan.
• Bahan tersebut boleh terbiodegradasi selepas tulang
sebenar tumbuh semula
SPM 2007 Q 5
Rajah 5.1 menunjukkan turus vertebra manusia (a) Namakan vertebra- vertebra itu
Rajah 5.2 menunjukkan dua jenis vertebra R dan R : Vetebtra serviks
T, dalam turus vertebra manusia T : Vetebra lumbar
(b) Lukiskan anak panah () untuk memadankan
R dan T kepada mana-mana satu vertebra yang
betul(2M)
SPM 2007 Q 5
Rajah 5.1 menunjukkan turus vertebra manusia (c) Terangkan satu ciri vertebra toraks yang
Rajah 5.2 menunjukkan dua jenis vertebra R dan berkaitan dengan mekanisme respirasi(3M)
T, dalam turus vertebra manusia • Mempunyai cuaran spina yang panjang
• untuk pelekatan otot dan ligament /struktur
sokongan kepada sangkar rusuk
• mempunyai dua muka sendi pada cuaran
melintang
• untuk bersendi dengan tulang rusuk
• Bagi membenarkan rusuk bergerak keatas
dan kebawah
SPM 2007 Q 5
Rajah 5.3 menunjukkan keratan rentas bagi tisu (i) Nyatakan keadaan tulang dalam Rajah 5.4
tulang yang normal berbanding tulang pada Rajah 5.3
Rajah 5.4 menunjukkan keratan rentas bagi tisu
tulang seorang individu yang menghidap Poros/kurang tumpat/rapuh
osteoporosis (i) Individu yang menghidap osteoporosis
dinasihatkan meminum banyak
susu.Terangkan mengapa(2M)
Susu mengandungi lebih banyak kalsium
Yang diperlukan untuk pertumbuhan tulang
SPM 2019 Q 2
Rajah 2.1 menunjukkan tulang J dalam (a) (i) Namakan tulang J
turus vertebra manusia Lumbar
(a) (ii) Terangkan fungsi K(2M)
• Bertindak sebagai kusyen
• Untuk menyerap hentakan semasa bergerak
• Untuk mengurangkan geseran semasa
pergerakan
• Melindungi saraf tunjang
• Bagi membenarkan pergerakan /kelenturan
turus vetebra
SPM 2019 Q 2
Jadual 1 menunjukkan vertebra yang (b) (i) Vetebra yang manakah mempunyai sentrum
diambil daripada bahagian turus vertebra terbesar
yang berbeza Tandakan (/) bagi jawapan yang betul pada
ruangan yang disediakan dalam Jadual 1
(b) (ii) Berdasarkan jawapan anda di 2(b)(i) ,
mengapakah vertebra itu mempunyai sentrum
yang terbesar? (1M)
• untuk menampung berat turus
vertebra/badan//
• untuk memberi sokongan kepada turus
vetebra/badan
• untuk menyerap tekanan/hentakan yang
kuat/ mampatan
SPM 2019 Q 2
Rajah 2.2 menunjukkan struktur sendi lutut (c) (i) Apakah L?
seorang atlet sebelum cedera , semasa Rawan
cedera dan selepas rawatan
(c) (ii) Terangkan masalah lutut yang dihidapi
oleh atlet tersebut sebelum rawatan? (3M)
• osteoarthritis/artritis/inflamasi pada
sendi/keradangan sendi
• Rawan rosak/ menipis/merosot/haus/terhakis
• Tulang terdedah dan tidak dilindungi dan
rosak
• meningkatkan geseran antara tulang
• Menyebabkan rasa sakit/kaku/bengkak pada
sendi lutut/ masalah berjalan
SPM 2010 Q 5
Rajah 5.1 dan Rajah 5.2 menunjukkan kedudukan (a)Lengkapkan Rajah 5.1 dengan melukis otot
yang berlainan bagi lengan dalam satu triseps yang terlibat dalam pergerakan lengan
pergerakan tersebut(2 M)
(b) Nyatakan satu ciri penyesuaian tisu P yang
ditunjukkan dalam Rajah 5.1 yang membantu
dalam pergerakan lengan(1M)
Tidak kenyal dan kuat
(c) Terangkan tindakan otot-otot yang
menyebabkan pergerakan lengan dalam Rajah
5.2(3 M)
Otot-otot betindak secara berantagonis
Otot trisep mengecut,otot bisep mengendur
Daya tarikan yang dihasilkan oleh pengecutan
otot triseps dipindahkan ke ulna melalui tendon
Ini menarik ulna kebawah
Tangan diluruskan
SPM 2011 Q 4
Rajah menunjukkan otot dan tulang manusia yang ((a)(i) Namakan X.
terlibat semasa pembengkokan kaki.
X: Tendon
(ii) Nyatakan satu fungsi X.
• Menghubungkan otot dengan tulang
• Memindahkan daya taraikan yang dihasilkan
oleh pengecutan otot ke tulang
(b) Jelaskan dengan ringkas bagaimana ciri X
disesuaikan untuk menjalankan fungsi yang
dinyatakan di (a)(ii).
Ia dalah tidak kenyal
Oleh itu dia boleh memindahkan daya
pengecutan dari otot ke tulang
.
SPM 2011 Q 4
Rajah menunjukkan otot dan tulang manusia yang (c)(i) Nyatakan satu fungsi ligamen dalam Rajah
terlibat semasa pembengkokan kaki.
di atas.
Menghubungkan tulang dengan tulang
(ii) Ligamen seorang ahli gimnastik adalah lebih
mudah lentur berbanding dengan orang biasa.
Terangkan pernyataan tersebut.
Ligamen ahli gimnastik lebih elastic/kenyal
dan kuat senang untuk diregangkan
Disebabkan latihan yang berterusan dalam
masa yang lama
SPM 2011 Q 4
Rajah menunjukkan otot dan tulang manusia yang (d)Sebilangan pelajar marathon mengalami
terlibat semasa pembengkokan kaki.
kekejangan otot di akhir permulaan
(i) Apakah kekejangan otot
Pengecutan berterusan dalam otot
(i) Nyatakan satu sebab bagi kekejangan otot
dalam kalangan atelet
ketidakcukupan regangan
Pengumpulan asid laktik
kekurangan garam
SPM 2011 Q 4
Rajah menunjukkan otot dan tulang manusia yang (e) Cadangkan tiga cara bagaimana seseorang
terlibat semasa pembengkokan kaki.
boleh mengekalkan system otot rangka yang
sihat
Diet yang kaya dengan kalsium dan fosforus
untuk tulang yang kuat
Postur yang baik mengelakkan masalah tulang
belakang
Mengamalkan teknik yang betul dan selamat
Mengamalkan aktiviti memanaskan badan warm
up elak kecederaan otot
Pakaian yang sesuai
SPM 2005 Q 6(c)
Rajah 6.3 menunjukkan aktiviti pergerakan pada • Tendon menghubungkan tulang dan otot
manusia • Tendon adalah kuat dan tak kenyal
• Tendon memindahkan daya tarikan yang
dihasilkan oleh pengecutan otot ke tulang
• Ligamen menghubungkan tulang dan
tulang pada sendi
• Ligamen adalah kenyal dan kuat
• Bagi memberi sokongan dan kekuatan
pada sendi
Berdasarkan Rajah 6.3(i) dan Rajah 6.3(ii)
,terangkan bagaimana pergerakan di atas
berlaku yang mekibatkan otot, tendon ,tulang
,ligament dan sendi(10M)
SPM 2005 Q 6(c)
Rajah 6.3 menunjukkan aktiviti pergerakan pada • Otot bisep femoris mengecut manakala
manusia otot Kuadrisep/ektensormengendur
menyebabkan kaki dibengkokkan
• Otot Kuadrisep/ektensor mengecut
manakala otot bisep femoris mengendur
menyebabkan kaki diluruskan
• Otot betis mengecut dan tumit
diangkatkan
• Kaki menolak kebawah dan kebelakang
• Pengecutan dan pengenduran otot
menghasilkan gerakan berlari
Berdasarkan Rajah 6.3(i) dan Rajah 6.3(ii)
,terangkan bagaimana pergerakan di atas
berlaku yang mekibatkan otot, tendon ,tulang
,ligament dan sendi(10M)
TICKET TO VICTORY 2021 JPNPERAK
Rajah 1 (b) menunjukkan tulang lengan dan (b)Pada rajah 1(b), lukis dan labelkan otot
lengkungan pectoral. yang menyebabkan lengan diluruskan dengan
menunjukkan dengan jelas tindakan otot pada
tulang yang betul.(3M)
(c) Terangkan mengapa pengecutan otot
memerlukan bekalan darah yang
mencukupi.(3M)
P1: Pengecutan otot memerlukan tenaga ATP
P2: (ATP) dihasilkan melalui respirasi sel (ATP)
P3: Lebih banyak glukosa dibelkan ke sel otot.
P4: Lebih glukosa dapat dioksidakan/
dipecahkan
Rajah 1 (b)
TICKET TO VICTORY 2021 JPNPERAK
Sistem rangka dan otot membolehkan P1: Otot pada rangka bertindak secara
pergerakan berlaku. antagonis
P2: Satu otot mengecut
Terangkan bagaimana tindakan otot pada P3: Satu otot lagi mengendur.
rangka boleh menyebabkan pergerakan P4: Tendon menyambungkan otot ke tulang
pada haiwan berangka dalam.(4M) P5: Pengecutan otot, memindahkan daya ke
tendon yang menarik tulang.
SPM 2019 Q 2
Rajah 2.3 menunjukkan anggota hadapan (d) Arnab boleh melakukan lompatan yang
dan anggota belakang seekor arnab
jauh.Terangkan mengapa (3M)
• Mempunyai anggota belakang yang
besar dan panjang
• Dan berotot besar dan kuat
• Otot fleksor mengecut dan otot ekstensor
mengendur
• membolehkan anggota belakang
dilipat/dibengkokkan dan berbentuk Z
• Otot ektensor mengecut dan otot fleksor
mengendur
• Menyebabkan anggota belakang
diluruskan
• Ini akan menghasilkan daya tolakan yang
kuat.
2014 JOHOR BATU PAHAT
Rajah 7.5 menunjukkan pergerakan Terangkan tindakan otot kaki semasa
seeekor belalang melompat. (3M)
• Otot fleksor bahagian atas kaki
belakang mengecut menyebabkan kaki
belakang dilipat berbentuk Z bersedia
untuk melompat
• Otot ekstensor mengecut menyebabkan
kaki belakang melurus
• Kaki yang melurus menghasilkan lentingan
/daya tolakan yang menolak belalang ke
hadapan dan ke atas ke udara.
SPM 2005 Q 6(b)
Rajah menunjukkan pergerakan cacing tanah dan Cacing tanah
ikan di habitat yang berbeza
• Cacing tanah mempunyai rangka hidrostatik
• Cacing bergerak dengan mengubah tekanan
hidrostatik bendalir yang terdapat di dalam
badannya
• Otot melingkar mengecut dan otot membujur
mengendur secara berantogonis
• Menyebabkan tekanan hidrostatik
dipindahkan dari anterior(depan) ke
posterior(belakang) menyebabkan cacing
bergerak ke hadapan
Terangkan bagaimana system rangka setiap
organisma itu disesuaikan untuk pergerakan
masing-masing(6M)
SPM 2005 Q 6(b)
Rajah menunjukkan pergerakan cacing tanah dan Ikan
ikan di habitat yang berbeza
• Ikan mempunyai rangka dalam yang
• Menyediakan kawasan bagi perlekatan
otot
• Otot miotom kanan mengecut dan otot
miotom kiri mengendur secara
berantagonis
• Menyebabkan ekor ikan dilibaskan kekiri
dan kekanan
• Menghasilkan daya tujah ke hadapan
Terangkan bagaimana system rangka setiap
organisma itu disesuaikan untuk pergerakan
masing-masing(6M)
SPM 2017 Q 2
Rajah 2.1 menunjukkan struktur seekor ikan R,S (a)(i) Namakan sirip R dan T
dan T adalah sirirp pada ikan tersebut . Rajah R : sirip dorsal
2.2 menunjukkan keratin rentas merentasi XY T: sirip ventral
(a)(ii) Terangkan mengapa sirip R adalah penting
bagi ikan semasa berenang
Untuk mengelakkan pesongan dan golekan
Untuk keseimbangan
Meningkatkan kelarusan
Mengurangkan rintangan air