PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH
KOTA TINGGI
LAPORAN KAJIAN TINDAKAN
PM PB : MENINGKATKAN KEMAHIRAN MENULIS INFEREN BAGI MURID
TINGKATAN 3 JAUHARI
Oleh:
MASNI BINTI OTHMAN
MINAH BINTI SELAMAT
SMK AIR TAWAR,
KOTA TINGGI, JOHOR
Kandungan
PENGHARGAAN .............................................................................................................................................. 1
TAJUK ................................................................................................................................................................ 2
PENGENALAN.................................................................................................................................................. 2
DEMOGRAFI / PROFIL SEKOLAH DAN MURID ....................................................................................... 3
PELAKSANAAN KAJIAN TINDAKAN ........................................................................................................... 4
Isu kajian ........................................................................................................................................................ 4
Pemerhatian Terhadap Isu.......................................................................................................................... 4
Refleksi Terhadap Pemerhatian................................................................................................................. 6
Merancang Sasaran, Objektif, Intervensi, Indikator ................................................................................ 7
Melaksanakan Tindakan Intervensi ......................................................................................................... 10
Aktiviti 1 : Aktiviti PM PB Tujuan .............................................................................................................. 10
Aktiviti 2 : Aktiviti PM PB Jadual.............................................................................................................. 12
Aktiviti 3. : Menulis 2 Inferen ..................................................................................................................... 13
Aktiviti 4 : Ujian Pos.................................................................................................................................... 16
KESIMPULAN ................................................................................................................................................. 18
LAMPIRAN A (UJIAN PRA & UJIAN POS) ................................................................................................ 21
LAMPIRAN : CONTOH JAWAPAN MURID ............................................................................................... 23
https://youtu.be/2ekMXMaEeX4
PENGHARGAAN
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada murid Tingkatan 3 Jauhari dan kepada
pihak Pengetua SMK Air Tawar, Encik Farzeli Bin Che Mat Mustafa, Penolong Kanan Pentadbiran,
Encik Ahmad Farid Bin Hashim. Tidak lupa juga ucapan terima kasih kepada sesiapa sahaja yang
sama ada secara langsung atau tidak langsung terlibat dalam kajian ini. Hanya Allah yang dapat
membalas jasa baik semua yang terlibat.
1
TAJUK KAJIAN
`PM PB` : Meningkatkan Kemahiran Menulis Inferen Bagi Murid Tingkatan 3 Jauhari
PENGENALAN KAJIAN
Mata pelajaran Sains peringkat menengah direka bentuk untuk membangunkan murid
berliterasi sains, berkemahiran berfikir aras tinggi serta berupaya mengaplikasikan pengetahuan
sains bagi membuat keputusan dan menyelesaikan masalah dalam kehidupan sebenar..
Kemahiran saintifik terdiri daripada kemahiran proses sains dan kemahiran manipulatif.
Kemahiran Proses Sains (KPS) ialah kemahiran yang diperlukan untuk mencari jawapan kepada
sesuatu masalah atau membuat keputusan secara bersistem. Ia merupakan satu proses mental yang
menggalakkan pemikiran secara, kreatif, analitis dan sistematik. Penguasaan kemahiran proses
sains bersama dengan sikap dan pengetahuan yang sesuai menjamin keupayaan murid untuk berfikir
secara berkesan. Penerangan tentang setiap kemahiran proses sains diberi dalam Jadual 1
Jadual 1: Kemahiran Proses Sains
2
Kemahiran membuat pemerhatian dan membuat inferen adalah salah satu daripada kemahiran
proses sains. Kemahiran membuat inferen adalah asas kepada kemahiran proses sains yang lain
iaitu
i. menyatakan hubungan (menggunakan perhubungan ruang dan masa)
ii. menerangkan hubungan
iii. meramal
iv. menerangkan ramalan.
v. mentafsir data
Jika murid tidak boleh membuat inferen maka murid mungkin tidak dapat menguasai KPS yang
seterusnya seperti menulis hipotesis dan kesimpulan.
Standard KPS bagi setiap tahap persekolahan merupakan cadangan umum yang mesti dicapai
oleh murid. Setiap pernyataan merujuk kepada standard minimum yang perlu dikuasai mengikut
tahap persekolahan dan tahap perkembangan operasi kognitif murid seperti yang dipaparkan di
dalam Jadual 2.
Jadual 2 : Sebahagian Standard Kemahiran Proses Sains
Merujuk Jadual 2, KPS Membuat Inferens murid-murid Tingkatan 1 hingga 3 sepatutnya
berada pada Tahap 3 iaitu murid-murid mampu membuat lebih dari satu kesimpulan awal yang
munasabah bagi satu peristiwa atau pemerhatian dengan menggunakan maklumat yang diperoleh.
Dengan erti kata lain murid-murid sepatutnya sudah mampu menulis dua inferen.
DEMOGRAFI / PROFIL SEKOLAH DAN MURID
Sekolah Menengah Kebangsaan Air Tawar merupakan sebuah sekolah menengah di Kota
Tinggi, Johor. Ia mula ditubuhkan pada tahun 1974 sebagai cawangan Sekolah Menengah
3
Kebangsaan Tun Habab, Kota Tinggi yang bertempat di Felda Air Tawar 1 dan ditadbirkan oleh
seorang Penyelia.Pada tahun 1976, cawangan Sekolah Menengah Kebangsaan Tun Habab ditukar
namanya kepada Sekolah Menengah Air Tawar dengan menggunakan lambang sekolah sendiri.
Pada tahun ini sekolah ini mula ditadbir oleh seorang pengetua. Pada tahun 1978, Sekolah Menengah
Rendah Air Tawar yang bertempat di Felda Air Tawar 1 telah dipindahkan lokasinya ke Felda Air
Tawar 2 sehinggalah sekarang. Sekolah ini dibuka dengan rasminya oleh Yang Amat Berhormat
Dato’ Seri Dr. Mahathir Bin Mohammad,, Perdana Menteri Malaysia Ke-4 pada 29 Jun 1985
bersamaan dengan 10 Syawal 1405 Hijrah.
Warga sekolah ini sentiasa saling barganding bahu dalam memastikan legasi kecemerlangan,
baik dari segi kurikulum, kokurikulum malah perkembangan sahsiah murid diteruskan, SMK Air Tawar
pernah melakar sejarah sebagai terbaik Felda pada tahun.Pada tahun 2021, sekolah ini telah
menghasilkan 2 orang murid yang berjaya mendapat A dalam semua mata pelajaran di dalam
peperiksaan SPM 2020.
PELAKSANAAN KAJIAN TINDAKAN
Isu kajian
Terdapat 26 orang murid yang mengambil matapelajaran Sains dalam Kelas 3 Jauhari. Pemerhatian
awal, saya dapati murid-murid saya kurang mahir dan kurang yakin dalam menulis pemerhatian dan
inferen. Apabila semakan laporan amali murid, didapati seramai lima murid memperolehi markah
yang rendah iaitu tidak dapat menguasai topik ini dengan baik.
Antara kesilapan yang dilakukan oleh murid-murid saya adalah seperti berikut:
i) Tidak menulis inferen sebaliknya menulis pemerhatian
ii) Murid menulis inferen yang salah
iii) Murid memberikan hanya satu inferen sahaja.
Pemerhatian Terhadap Isu
Berdasarkan semakan latihan murid dan perbincangan bersama murid-murid selepas semakan dan
penerangan semula laporan eksperimen didapati murid-murid sukar untuk membuat inferen yang
baik mengikut standard prestasi untuk inferen Sains Tingkatan 1 hingga 3 iaitu memberi dua inferen
.
4
Berikut adalah contoh kesalahan yang dapat dikesan semasa murid membuat latihan diberikan.
Murid tidak dapat memberikan inferen sebaliknya menyatakan pemerhatian
Murid memberikan inferen yang salah
Jawapan yang salah
Jawapan yang betul:
5
Murid memberikan satu inferen sahaja
Jawapan murid : separa lengkap tidak mencapai standard prestasi inferen
Jawapan yang betul:
Refleksi Terhadap Pemerhatian
Masalah ini juga sebenarnya, berpunca daripada ketidak prihatinan saya sendiri terhadap
kepelbagaian kecerdasan serta keupayaan menaakul murid-murid di dalam kelas. Saya beranggapan
murid-murid boleh menguasai topik ini kerana telah mempunyai pengalaman daripada sekolah
rendah. Inferen yang murid-murid pelajari di sekolah rendah tidak memenuhi standard prestasi bagi
Sains Tingkatan 1 hingga 3 yang memerlukan dua inferen atau alasan bagi setiap pemerhatian.
Berdasarkan refleksi di atas, didapati bahawa murid tidak dapat menguasai inferen yang
menepati Stadard Prestasi Tahap 3 bagi Sains Tingkatan 1 hingga 3. Jika perkara ini tidak ditangani
maka murid-murid akan berulangkali melakukan kesilapan dan seterusnya mempengaruhi murid-
murid untuk mendapat Tahap Penguasaan (TP) yang baik dalam Pentaksiran Berasaskan Bilik
Darjah (PBD). Secara tidak langsung, perkara ini turut menghilangkan minat murid-murid terhadap
matapelajaran Sains
6
Bagi mengatasi masalah ini, satu pendekatan yang lebih teratur, mudah dan menyeronokkan
perlu diwujudkan apatah lagi apabila pelaksanaan pembelajaran secara atas talian dilaksanakan bagi
memastikan murid terus kekal minat dan bersemangat mengikuti PdPR. Justeru itu, saya
mempelbagaikan kaedah pengajaran dalam usaha membantu meningkatkan minat, motivasi dan
keyakinan diri murid-murid 3 Jauhari terhadap mata pelajaran Sains. Kaedah ini diharapkan dapat
meningkatkan tahap penguasaan murid-murid dalam menulis inferen. Hal ini secara tidak langsung
dapat membantu murid-murid memperoleh TP yang lebih baik dalam pentaksiran PBD.
Merancang Sasaran, Objektif, Intervensi, Indikator
Secara amnya, kajian ini bertujuan untuk meningkatan penguasaan murid-murid tingkatan 3 Jauhari
dalam penulisan inferen.
Secara khususnya intervensi ini dapat:
1. Membantu murid mengenal pasti pemboleh ubah di manipulasikan dan pemboleh ubah
bergerak balas daripada tujuan eksperimen.
2. Membantu murid mengenal pasti pemboleh ubah di manipulasikan dan pemboleh ubah
bergerak balas daripada jadual keputusan eksperimen
3. Membantu murid membuat inferen berdasarkan pembolehubah dimanipulasikan daripada
jadual mahupun pemboleh ubah dimanipulasikan daripada jadual keputusan eksperiman
4. Membantu murid membuat inferen berdasarkan pembolehubah berdasarkan pembolehubah
bergerak balas daripada tujuan eksperimen
5. Mengubah amalan pengajaran dan pembelajaran guru dengan mempelbagaikan kaedah
pengajaran
Sasaran kajian ini melibatkan 5 orang murid daripada Tingkatan 3 Jauhari yang terdiri
daripada tiga orang murid perempuan dan dua orang murid lelaki. Saya merancang mendapatkan
data menggunakan kaedah semakan dokumen (Ujian Pra) dan temubual di Telegram. Analisis data
yang akan saya gunakan untuk menentukan kejayaan intervensi ini ialah perbandingan peratus
pencapaian murid dan analisis soal selidik terhadap pelaksanaan intervensi yang dilakukan.
Ujian Pra diberikan kepada kumpulan sasaran untuk mengesan sejauh mana penguasaan
murid menguasai cara menulis inferen. Ujian Pra terdiri daripada 1 soalan struktur diberikan di dalam
Telegram. Murid perlu menyelesaikan soalan dalam tempoh 15 minit. Markah penuh ialah 6 markah
7
iaitu 2 markah untuk pemerhatian dan 4 markah untuk inferen. Dapatan pencapaian murid di dalam
Ujian Pra rujuk Jadual 3, menunjukkan murid-murid tidak menguasai konsep menulis pemerhatian
dan inferen iaitu murid mendapat 2 hingga 4 markah sahaja.
Jadual 3: Pencapaian Murid Dalam Ujian Pra
NAMA Pemerhatian Inferen JUMLAH
P1 (6 markah)
(2 markah) (4 markah)
2
20 4
4
P2 2 2 4
2
P3 2 2 3.5
P4 2 2
P5 2 0
MARKAH PURATA 2 1.2
Analisis item untuk aspek inferen. Didapati maklumat yang diperolehi adalah seperti dalam Jadual 4.
Jadual 4 : Analisis Item Bagi Penulisan Inferen
Aspek Bilangan murid
Murid menulis inferen yang salah 2
Murid dapat memberikan satu inferen 3
Murid dapat memberikan dua inferen dengan betul 0
Sesi temubual dijalankan secara online untuk mengetahui punca masalah yang mereka
hadapi semasa menjawab soalan. Berikut adalah sebahagian daripada contoh soalan dan jawapan
murid daripada sesi temubual. Dapatan temubual sebelum intervensi dilakukan menunjukkan murid
tidak dapat menulis inferen kerana kurang sensitif dengan maklumat yang terdapat pada soalan.
Analisis dapatan temubual adalah seperti yang dipaparkan di dalam Jadual 5.
8
Jadual 5: Dapatan temu bual
Soalan Contoh jawapan murid Bil murid
4
Adakah awak tahu pemboleh ubah Tahu 1
4
dimanipulasikan Tahu tetapi salah 1
2
Adakah awak tahu pemboleh ubah Tahu 3
1
bergerak balas Tahu tetapi salah
4
Adakah awak faham tentang maksud Kerana
inferen Sebab
Bagaimanakah caranya kamu membuat PB kerana PM
inferen beri sebab
Adakah awak tahu inferen boleh di Tak tahu 5
dapati dari soalan atau tujuan
eksperimen
Selepas semakan dan analisis Ujian Pra dan temu bual dibuat, saya memperkenalkan kaedah
’PM PB’ kepada murid-murid dalam usaha membantu murid-murid menguasai konsep menulis
pemerhatian dan inferen.
Bil Aktiviti Jadual 6. Perancangan Aktiviti Tarikh
Bahan-bahan yang digunakan Pelaksanaan
1 PM PB Tujuan 6 Julai 2021
2 PM PB Jadual Paparan Soalan Dalam Telegram 6 Julai 2021
3 Menulis 2 inferen Paparan Soalan Dalam Telegram 8 Julai 2021
4 Ujian Pos Paparan Soalan Dalam Telegram 13 Julai 2021
Paparan Soalan Dalam Telegram
9
Melaksanakan Tindakan Intervensi
Berdasarkan perancangan tindakan yang telah saya tetapkan, saya melaksanakan aktiviti seperti
berikut:
Aktiviti 1 : Aktiviti PM PB Tujuan
Aktiviti ini telah dilaksanakan pada 6 Julai 2021 secara Voice Chat di Telegram.
Cara pelaksanaan :
Langkah 1 Guru memperkenalkan jika jumpa perkataan kesan maka itu adalah PM
Contoh: Mengkaji kesan udara hembusan dan udara sedutan ke atas
peratus komposisi oksigen
PM: udara hembusan dan udara sedutan
PB: peratus komposisi oksigen
Guru memperkenalkan jika jumpa perkataan mengkaji maka selepas mengkaji
ialah PB.
Contoh : Mengkaji peratus komposisi oksigen dalam udara hembusan
dan udara sedutan.
PM: udara hembusan dan udara sedutan
PB: peratus komposisi oksigen
10
Langkah 2 Murid dikehendaki mengenalpasti pemboleh ubah dimanipulasikan (PM) dan
pembolehubah bergerak balas (PB) daripada tajuk eksperimen dengan
menggunakan soalan yang berbeza.
Pemerhatian Aktiviti 1 :
Semua murid dalam menjalankan PM PB Tujuan..
Refleksi Aktiviti 1 :
i) 5/5 orang murid dapat menengenalpasti pemboleh ubah dimanipulasikan daripada tujuan
eksperimen dengan baik.
ii) 5/5 orang murid dapat mengingat kesan PM kaji PB
11
Aktiviti 2 : Aktiviti PM PB Jadual
Aktiviti ini telah dilaksanakan pada 6 Julai 2021 secara Voice Chat di Telegram.
Cara pelaksanaan:
Langkah 1 Guru memperkenalkan cara mengenalpasti PM dan PB daripada jadual
Kotak pertama PM dan kotak terakhir PB. Guru buat penegasan jika kotak pertama
alat radas, kotak kedua akan jadi PM
PM: jenis udara yang dilalukan ke dalam air
PB: keadaan air kapur
Langkah 2 Murid dikehendaki mengenalpasti pemboleh ubah di manipulasikan (PM) dan
pembolehubah bergerak balas (PB) daripada tajuk eksperimen
Dengan menggunakan soalan yang berbeza.
12
Pemerhatian Aktiviti 2 :
Semua murid dalam menjalankan aktiviti PM PB Tujuan..
Refleksi Aktiviti 2 :
i) 5/5 orang murid dapat menengenalpasti pemboleh ubah dimanipulasikan daripada jadual
keputusan eksperimen dengan baik.
ii) 5/5 orang murid dapat mengingat PM mesti dulu.
Aktiviti 3. : Menulis 2 Inferen
Cara pelaksanaan :
Langkah 1 Murid mendengar penerangan guru tentang maksud inferen dan bagaimana
inferen boleh dibuat berdasarkan tujuan eksperimen dan keputusan eksperimen:
13
Murid mendengar penerangan guru bahawa inferen boleh diperolehi melalui :
kerana PM jadual atau PM tujuan
kerana PB Tujuan
kerana Konsep Sains yang telah dipelajari
Penulisan inferen mesti ditulis dengan pemerhatian diikuti oleh kerana... dan ada
arahnya .
Contoh :
14
Langkah 2 Murid diberi contoh yang lain
Pemerhatian Aktiviti 3 :
semua murid dapat menuliskan inferen bagi pemerhatian
Hasil kerja murid yang telah menguasai cara menulis 2 inferen
15
Refleksi Aktiviti 3 :
i) 5/5 orang murid dapat menulis 2 inferen dengan. Kesemua 2 inferen yang ditulis oleh
murid adalah maklumat yang diperolehi daripada tujuan dan jadual keputusan
eksperimen.
Aktiviti 4 : Ujian Pos
Dilaksanakan secara online di Group Telegram Kelas Sains.
Guru telah berkongsi soalan di group kelas, murid menghantar jawapan secara individu di ’private
message’ Telegram.
Paparan di Group Telegram Kelas Sains.
Pemerhatian Aktiviti 4 :
Dapatan daripada Ujian Pos menunjukkan berlakunya peningkatan tahap penguasaan murid-murid
dalam menulis dua inferen iaitu markah purata murid telah meningkat dari 3.5 /6 dalam ujian pra
kepada 6/6 dalam Ujian Pos seperti yang dipaparkan di dalam Jadual 7.
16
Jadual 7: Pencapaian Murid Dalam Ujian Pos
NAMA Pemerhatian Inferen JUMLAH
(2 markah) (4 markah) (6 markah)
P1 2 4 6
P2 2 4 6
P3 2 4 6
P4 2 4 6
P5 2 4 6
MARKAH PURATA 2 46
Perbandingan analisis item untuk aspek Ujian Pra dan Ujian Pos telah dijalankan. Didapati
maklumat yang diperolehi adalah seperti dalam Jadual 8.
Jadual 8 : Perbandingan Analisis Item Ujian Pra dan Ujian Pos
Aspek Bilangan murid
Murid menulis inferen yang salah Ujian Pra Ujian Pos
Murid dapat memberikan satu inferen dengan
betul 20
Murid dapat memberikan dua inferen dengan betul
30
05
Refleksi Aktiviti 4 :
i) Semua murid telah mendapat menulis dua inferen sekali gus berjaya memenuhi standard
prestasi penulisan inferen bagi murid tingkatan 1 hingga 3.
ii) 4/5 orang murid menuliskan inferen berdasarkan maklumat yang terdapat dalam tujuan
eksperimen dan jadual keputusan eksperimen.
iii) 1/5 orang murid telah menulis inferen berdasarkan maklumat dalam jadual keputusan
eksperimen dan konsep sains. Murid ini berjaya menghubungkaitkan dengan konsep
sains yang telah dipelajarinya.
Hasil kerja murid yang menunjukkan murid menggunakan konsep sains dalam menulis inferen iaitu
pembukaan liang stoma( tiada dalam tujuan dan jadual keputusan eksperimen )
17
KESIMPULAN
Berdasarkan keputusan ujian dan analisis yang telah dijalankan, didapati terdapat peningkatan skor
murid selepas kaedah ’PM PB’ diperkenalkan. Dalam Ujian Pra murid hanya dapat menyatakan satu
inferen sahaja dan terdapat murid memberikan inferen yang salah. Kemahiran penulisan satu inferen
telah mereka perolehi semasa sekolah rendah iaitu PB kerana PM .
Semasa Ujian Pos dilaksanakan, murid-murid menjawab instrumen yang berbeza tetapi cara
persembahan soalan adalah sama seperti Ujian Pra setelah kaedah intervensi PM PB diperkenalkan.
Keputusan menunjukkan kesemua murid telah berjaya mendapat markah penuh dalam penulisan
dua inferen .
18
Sesi temu bual dijalankan untuk melihat pandangan murid tentang kaedah PM PB. Didapati
maklumat yang diperolehi adalah seperti dalam Jadual 9.
Jadual 9 : Dapatan temu bual
Soalan Contoh Jawapan Murid Bil murid
5
Adakah awak tahu pemboleh ubah Tahu
5
dimanipulasikan
2
Adakah awak tahu pemboleh ubah Tahu 3
5
bergerak balas
Adakah awak faham tentang maksud Kerana
inferen Sebab
Ada berapa inferen yang kamu berikan Paling kurang 2
Bagaimanakah caranya kamu membuat PB kerana PM dan PB 5
inferen
Adakah awaj tahu inferen boleh di Ya 5
dapati dari soalan atau tujuan Yakin cikgu 5
eksperimen
Adakah anda yakin dapat menulis 2
inferen pada masa hadapan
Dapatan temu bual menunjukkan kaedah ini dapat membantu murid-murid untuk menguasai
penulisan inferen. Murid-murid juga semakin seronok, secara tidak langsung ianya dapat
meningkatkan motivasi dan minat murid terhadap mata pelajaran sains
Atas kesedaran dan keyakinan yang telah saya perolehi daripada kajian tindakan ini, adalah
amat penting setiap guru sentiasa mencari kaedah pengajaran yang sesuai dengan aras keupayaan
murid dan setiap guru hendaklah sedar tentang murid-murid tingkatan 1 hingga 3 perlu memperoleh
kemahiran menulis dua inferen bagi mencapai standard prestasi dalam setiap laporan eksperimen
Oleh sebab itu, saya bercadang untuk meneruskan kaedah PM PB ini dalam kelas dan tingkatan
yang berbeza.
19
BIBLIOGRAFI
1. Bahagian Perancangan Dan Penyelidikan Dasar Pendidikan Kementerian Pendidikan
Malaysia, Manual Kajian Tindakan.
2. DSKP Sains Tingkatan 3.
3. Manual PBD Sains Tingkatan 3.
4. Tho Lai Hoong dan Che Ahamad bin Daud, 2018, Sains Tingkatan 3 KSSM, Sasbadi Sdn
Bhd.
5. Maznah binti Omar, Rodiah binti Abdul Wahid, 2021, Amali Proses Sains Tingkatan 3,
Penerbitan Pelangi Sdn Bhd.
6. http://nizamsmile.blogspot.com/2012/10/pemerhatian-dan-membuat-inferens.html dicapai
pada 20 Julai 2021.
20
LAMPIRAN UJIAN PRA & UJIAN POS
Ujian Pra
Rajah dibawah menunjukkan satu eksperimen untuk mengkaji perbezaan kepekatan karbon
dioksida dalam udara sedutan dan udara hembusan.
Jadual 1 menunjukkan keputusan eksperimen Keadaan air kapur
Jadual 1
(PB)
Jenis udara yang dilalukan ke dalam air Sedikit keruh
kapur Menjadi keruh
(PM)
Udara sedutan
Udara hembusan
(a) Nyatakan dua pemerhatian daripada eksperimen di atas.
(b) Nyatakan dua inferen bagi setiap pemerhatian anda.
21
Ujian Pos
Soalan 1
Rajah 1 menunjukkan satu eksperimen untuk mengkaji adakah suhu mempengaruhi kadar transpirasi.
Rajah 1
Jadual di bawah menunjukkan keputusan eksperimen.
Lokasi susunan radas Jisim radas pada Jisim radas pada Kadar transpirasi
(g/min)
(PM) awal eksperimen (g) akhir eksperimen (g)
Di dalam bilik yang 0.12
bersuhu rendah (PB)
Di dalam bilik yang 0.28
bersuhu tinggi 300 279
300 250
(a) Nyatakan dua pemerhatian daripada eksperimen di atas.
(b) Nyatakan dua inferen bagi setiap pemerhatian anda.
22
LAMPIRAN CONTOH JAWAPAN MURID
Skrip jawapan murid 1 ujian Pra
Skrip jawapan murid 1 ujian Pos
23
Skrip jawapan murid 2 ujian Pra
Skrip jawapan murid 2 ujian pos
24