TERENGGANU 2023
1. Rajah 1 menunjukkan dua komponen sel yang banyak terdapat dalam sel. a) (i) Berdasarkan Rajah 1, namakan sel yang padat dengan komponen X dan Y (ii) Terangkan mengapa komponen X padat dalam sel seperti dalam soalan a(i) (b) Pertumbuhan pokok yang hidup di persekitaran kuari adalah terbantut. Terangkan kesan aktiviti kuari terhadap fungsi komponen Y. Komponen X: sel sperma/sel otot/sel meristem Komponen Y: sel mesofil palisad/sel mesofil berspan P1- untuk menjana lebih / banyak tenaga/ATP P2- bagi membolehkan pergerakan/pengecutan otot / pembahagian sel P1- kurang /sedikit tenaga cahaya diserap (oleh komponen Y/kloroplas P2- debu dari kuari menutup permukaan daun P3- kadar fotosintesis berkurangan
2. Rajah 2 menunjukkan proses P dan Q yang berlaku dalam molekul Y (a)Namakan proses P dan proses Q Name the process P and process Q (b) Tuliskan persamaan perkataan bagi proses P dan Q (c) Biskut tawar diperbuat daripada tepung gandum. Terangkan mengapa rasa manis dapat dirasai apabila dikunyah lebih lama Proses P:Hidrolisis Proses Q:Kondensasi P: Maltosa + air → glukosa + glukosa Q: Glukosa + glukosa → maltosa + air P1: Biskut tawar mengandungi kanji. P2: Kanji telah dihidrolisis oleh enzim amilase liur P3: menjadi maltosa
3. Rajah 3.1 menunjukkan dua persamaan penguraian glukosa di dalam sel badan manusia. (a) Berdasarkan persamaan dalam Rajah 3.1, namakan Proses S dan T (b) Apakah yang berlaku sekiranya Z terkumpul di dalam sel otot manusia? (c) Mengapakah penguraian glukosa melalui Proses T kurang menghasilkan tenaga berbanding proses S? S: Respirasi Aerob T: Fermentasi asid laktik Kelesuan/ kekejangan otot kerana penguraian glukosa tidak lengkap / sebahagian tenaga kimia masih terikat dalam molekul asid laktik.
(d) Rajah 3.2 menunjukkan sejenis tumbuhan di sawah padi. Terangkan mengapa tumbuhan itu dapat beradaptasi dalam persekitarannya? P1-Menjalankan fermentasi alcohol P2-Sel akar mempunyai toleransi (yang tinggi) terhadap etanol P3-(Sel tumbuhan) menghasilkan enzim alkohol dehydrogenase P4-Menguraikan etanol kepada karbon dioksida
4. Rajah 4.1 menunjukkan keratan rentas daun (a)(i) Namakan struktur berlabel P dan Q (ii) Nyatakan SATU penyesuaian struktur P untuk meningkatkan kadar fotosintesis dalam tumbuhan. (b) Fenomena jerebu memberikan kesan kepada kadar fotosintesis dalam tumbuhan. Terangkan bagaimana fenomena ini mengurangkan hasil tanaman. P: Sel mesofil palisad Q: Sel Pengawal P1: Sel tersusun secara tegak dan padat P2: Mengandungi banyak kloroplas P1: Jerebu mengandungi partikel habuk/debu/jelaga/zarah terampai P2: Menutup permukaan daun/ stomata tersumbat P3: Kurang karbon dioksida yang diserap P4: Kurangkan keamatan cahaya yang diterima oleh kloroplas/klorofil P5: Kadar fotosintesis menurun/rendah
(c) Rajah 4.2 menunjukkan graf isipadu karbon dioksida yang diambil bertambah dan berkurang oleh tumbuhan mengikut keamatan cahaya yang berbeza. Titik P ialah titik pampasan di mana kadar pengambilan dan pembebasan karbon dioksida adalah pada kadar yang sama Satu tumbuhan diletakkan di dalam rumah hijau di mana keamatan cahaya dikawal pada aras optimum sepanjang hari. Terangkan bagaimana keadaan ini mempengaruhi titik P. F: Titik P tidak berlaku / wujud P1: (Pada tahap optimum keamatan cahaya,) kadar fotosintesis lebih tinggi berbanding dengan kadar respirasi. P2: Pengambilan penyerapan karbon dioksida semasa fotosintesis sentiasa lebih tinggi sepanjang hari P3: Lebih banyak glukosa akan dihasilkan P4: Memastikan pertumbuhan / perkembangan bunga / pembentukan buah dalam tumbuhan.
5. Rajah 5.1 menunjukkan sejenis tisu vaskular pada satu tumbuhan daratan. (a) Namakan struktur Q dan R. Names the structure Q and R. (b) Nyatakan kesan keupayaan air di dalam P apabila bahan dari daun diangkut melalui R. Q: Plat tapis R: Sel rakan Keupayaan air dalam P berkurang.
(c) Rajah 5.2 menunjukkan sejenis tumbuhan yang boleh digunakan untuk merawat air sisa Terangkan bagaimana tumbuhan dalam Rajah 5.2 boleh digunakan untuk menangani isu pencemaran sumber air. P1: Kaedah fitoremediasi. P2: Mempunyai akar yang serabut (panjang). P3: Akar mengakumulasi / mengumpul / menyerap logam berat. P4: Akar serap nutrien.
Rajah 5.3(a) dan Rajah 5.3(b) melibatkan proses kehilangan air dari tumbuhan. Nyatakan dua perbezaan di antara kedua-dua proses tersebut. Rajah 5.3(a) Rajah 5.3() Proses gutasi. Proses transpirasi Berlaku pada waktu malam dan awal pagi P2: Berlaku pada waktu siang yang panas dan berangin Hanya berlaku dalam tumbuhan herba. P3: Berlaku dalam semua tumbuhan Air terbebas dalam bentuk titisan air Air terbebas dalam bentuk wap air(gas) Air terbebas melalui struktur khas dibahagian urat daun Air terbebas melalui stoma Membebaskan air yang kaya dengan mineral Membebaskan air yang tulen sahaja Berlaku apabila tekanan akar tinggi Dikawal oleh penuupan dan penutupan liang stoma
6. Rajah 6.1 menunjukkan sejenis organisma yang banyak terdapat di Malaysia (a)(i) Namakan pengkelasan alam bagi organisma dalam Rajah 6.1 (ii) Nyatakan satu ciri organisma dalam alam yang dinyatakan dalam (a)(i) (b) Setiap organisma telah diberikan nama saintifik oleh saintis mengikut sistem binomial Linnaeus. Elaeis Guineensis merupakan nama saintifik bagi organisma dalam Rajah 6.1. Terdapat beberapa kesalahan dalam kaedah penulisan nama saintifik organisma tersebut. Tuliskan kembali nama saintifik organisma Rajah 6.1 mengikut kaedah penulisan secara tulisan tangan yang betul. Plantae Boleh menjalankan fotosintesis/ organisma autotrof/ organisma eukariot/ membiak secara seks atau aseks Elaeis guineensis
(c) Seorang penyelia ladang kelapa sawit telah bercadang untuk memelihara burung hantu bagi mengatasi masalah makhluk perosak seperti tikus. Sebelum itu, beliau perlu menyiasat populasi burung hantu yang sudah sedia ada mendiami kawasan ladangnya.. (i) Nyatakan kaedah yang boleh dijalankan untuk menganggarkan populasi burung hantu (ii) Jadual 6.1 menunjukkan data berkaitan bilangan burung hantu yang telah ditangkap sepanjang kajian. Berdasarkan data dalam Jadual 6.1, kirakan saiz populasi burung hantu di ladang tersebut. Kaedah tangkap tanda lepas dan tangkap semula Saiz populasi =bil tangkapan pertama X bil tangkapan ke 2 bil. Bertanda tangkapan ke dua = 12 x 9 36
P1: Racun tikus terkandung di dalam badan tikus yang memakannya P2: Burung hantu makan tikus yang mengandungi racun tikus di dalam badannya P3: Racun tikus berkumpul di dalam badan burung hantu dan menyebabkan burung hantu mati. Rajah 6.2 menunjukkan carta alir kesan aktiviti pengunaan racun tikus di ladang kelapa sawit. Berdasarkan carta alir dalam Rajah 6.2, terangkan bagaimanakah penggunaan racun tikus menyumbang kepada perubahan saiz populasi burung hantu.
7. Rajah 7.1 menunjukkan kariotip dalam individu sindrom Turner. (a)(i) Namakan dua jenis kromosom dalam manusia. (ii) Nyatakan bagaimana perubahan bilangan kromosom berlaku seperti dalam Rajah 7.1 P1: Sel terdedah kepada mutagen P2: Kegagalan gentian gelendung terbentuk P3: Kegagalan kromosom homolog berpisah semasa anafasa I// Kromatid kembar gagal berpisah semasa anafasa II//berlaku tak disjungsi Autosom Kromosom Seks
(b) Rajah 7.2 menunjukkan pewarisan penyakit talasemia dalam satu keluarga. (i) Apakah kebarangkalian untuk mendapat anak perempuan talasemia sekiranya individu V berkahwin dengan pembawa talasemia? (ii) (ii) Terangkan jawapan anda ¼ //0.25//25% P1: Genotip kedua-dua induk adalah heterozigot//mempunyai satu alel resesif P2: Semasa persenyawaan P3: Anak perempuan menerima dua alel resesif// menerima satu alel resesif daripada kedua-dua induk
P1: Mengenalpasti pembawa talasemia / talasemia minor P2: Mencegah talasemia//mengurangkan bilangan pesakit talasemia P3: Mengurangkan kos bagi rawatan penyakit talasemia P4 memelihara keturunan daripada penyakit genetic P5 Patologi darah bagi murid tingkatan 4 sama dengan orang dewasa Program saringan talasemia untuk murid tingkatan empat telah dilancarkan pada tahun 2016 oleh Kementerian Kesihatan Malaysia. Kirakira lima peratus murid yang disaring dalam tempoh 2016 hingga 2018 adalah pembawa talasemia. Talasemia boleh sembuh dengan rawatan sel stem. Berdasarkan pernyataan tersebut, wajarkan kepentingan ujian talasemia tersebut kepada murid tingkatan empat.
8. Rajah 8.1 menunjukkan aktiviti yang dijalankan di Bandar A dan Bandar B. Kajian yang telah dijalankan oleh sekumpulan saintis menunjukkan bahawa purata suhu bumi bagi Bandar A ialah di antara 15 °C - 28 °C manakala purata suhu bumi bagi Bandar B ialah di antara 37 °C - 45 °C. (a)(i) Aktiviti di Bandar A dan Bandar B menyumbang kepada pembebasan gas rumah hijau. Terangkan kesan perbezaan aktiviti dan suhu di Bandar A dan Bandar B. Bandar A P1:dapat mengekalkan kehidupan di bumi P2:dapat mengekalkan suhu bumi Bandar B P3:peningkatan suhu bumi // kesan rumah hijau P4: kehilangan flora dan fauna P5: kehilangan sumber makanan dan P6: berlaku perubahan iklim
(ii) Berdasarkan kajian yang telah dijalankan oleh sainits tersebut, bandar manakah yang sesuai untuk di diami dalam masa 25 tahun akan datang. Wajarkan jawapan anda. 8. Rajah 8.1 menunjukkan aktiviti yang dijalankan di Bandar A dan Bandar B. Kajian yang telah dijalankan oleh sekumpulan saintis menunjukkan bahawa purata suhu bumi bagi Bandar A ialah di antara 15 °C - 28 °C manakala purata suhu bumi bagi Bandar B ialah di antara 37 °C - 45 °C. F: bandar A P1: kerana suhu yang sesuai untuk kemandirian organisma P2: pembebasan gas karbon dioksida pada kadar yang mencukupi P3: untuk menyerap tenaga haba // memantulkan semula tenaga solar yang tidak diingini P4: bagi memastikan suhu bumi tidak terlalu sejuk // mengekalkan bumi suhu
(b) Rajah 8.2 di bawah menunjukkan poster kempen teknologi hijau yang telah dijalankan di sebuah sekolah di Bandar B. Teknologi Hijau mendorong masyarakat mempraktikkan amalan melestarikan alam sekitar dan cara hidup yang lebih baik. Apakah amalan yang berkonsepkan teknologi hijau yang boleh dipraktikkan oleh pelajar sekolah tersebut untuk melestarikan alam sekitar. P1: menghasilkan eko-enzim daripada sisa buahan (sebagai agen pembersih) P2: kitar semula sisa kantin/ sisa makanan untuk hasilkan baja semulajadi penggalak pertumbuhan tanaman P3: menghasilkan biogas daripada sisa pepejal organic P4: menghasilkan tepung daripada kulit pisang (untuk dijadikan sebagai bahan pembuatan bioplastik semula jadi) P5: menghasilkan baja foliar (cecair) daripada sisa kantin (penggalak pertumbuhan)
(c) Rajah 8.3 menunjukkan keratan info tentang Pelan Tindakan Dasar Sekuriti Makanan di Malaysia. (i) Terangkan mengapa Pelan Tindakan Dasar Sekuriti Makanan dilancarkan oleh kerajaan Malaysia. P1: jurang ekonomi yang semakin jauh menyebabkan harga makanan naik // kadar inflasi yang tinggi P2: pertambahan jumlah penduduk P3: bencana alam merosakkan proses pembuatan makanan P4: tiada persediaan dalam menghadapi bencana P5: sumber makanan dieksploitasi sebagai sumber lain
(ii) Apabila penduduk dunia kian meningkat, proses urbanisasi bergerak seiring di mana lebih ramai orang dijangka untuk tinggal di bandar. Di Malaysia, penduduk bandar dijangka akan meningkat kepada 75% pada tahun 2023. Keadaan ini menggalakkan penduduk miskin bandar untuk menceburi bidang pertanian bandar bagi menghadapi krisis kekurangan sumber makanan. P1: kaedah penanaman vertikal/ secara menegak P2: tanam sayuran-sayuran di dalam pasu/ bekas kitar semula P3: teknik tanaman hidroponik Cadangkan satu kaedah yang boleh digunakan oleh penduduk di kawasan bandar bagi meningkatkan hasil pertanian mereka.
9(a) Rajah 9.1 menunjukkan satu tindakan luar kawal. (i) Nyatakan kepentingan gerak balas tersebut. (ii)Huraikan pemindahan impuls untuk menghasilkan gerak balas dalam Rajah 9.1. [8M) P1: Tindakan yang serta-merta / spontan/pantas P2: untuk mengelakkan kecederaan (yang serius Pl: Reseptor sakit/deria mengesan rangsangan/tercucuk paku P2: Reseptor mencetuskan impuls P3: Impuls dipindahkan melalui neuron deria P4: ke saraf tunjang P5: (Dalam saraf tunjang,) impuls dipindahkan melalui sinaps P6: ke neuron geganti P7: (Dari neuron geganti,) impuls dipindahkan ke neuron motor P8: (Dari neuron motor,) impuls dipindahkan ke efektor/ tisu otot P9: kaki dialih / diangkat dengan cepat
9 (b) Rajah 9.2 menunjukkan satu situasi yang dialami oleh seorang murid semasa dalam perjalanan pulang dari sekolah. (i) Huraikan tindakan hormon dalam situasi Rajah 9.2 P1: Hormon adrenalina / noradrenalina (dirembeskan oleh kelenjar adrenal) P2: Menyebabkan peningkatan kadar degupan jantung / kadar pernafasan / aras glukosa darah / aktiviti metabolisme / tekanan darah P3: Membekalkan lebih banyak oksigen dan glukosa ke otak / otot rangka P4: menghasilkan lebih banyak tenaga P5: untuk berlari lebih cepat / berlawan // menghasilkan gerak balas serta merta
9 (b) Rajah 9.2 menunjukkan satu situasi yang dialami oleh seorang murid semasa dalam perjalanan pulang dari sekolah. (ii) Bandingkan sistem yang terlibat dalam Rajah 9.1 dan Rajah 9.2 Persamaan: F1: Kedua-dua mempunyai tisu / organ sasaran F2: Kedua-dua menghasilkan gerak balas terhadap rangsangan F3: Kedua-dua berfungsi menyelaras aktiviti badan
9 (b) Rajah 9.2 menunjukkan satu situasi yang dialami oleh seorang murid semasa dalam perjalanan pulang dari sekolah. (ii) Bandingkan sistem yang terlibat dalam Rajah 9.1 dan Rajah 9.2 Rajah 9.1 Rajah 9.2 P1: Sistem saraf Sistem Endokrin P2: Kesan daripada impuls menghasilkan gerak Kesan daripada hormon menghasilkan gerak b P3: Gerak balas adalah cepat / serta merta Gerak balas adalah perlahan/ berpanjangan P4: Isyarat dihantar dalam bentuk impuls elektrik Isyarat diangkut oleh hormon/ bahan kimia organik P5: Impuls dihantar melalui neuron Hormon diangkut melalui aliran darah P6: Terdiri daripada rangkaian sel-sel neuron Terdiri daripada kelenjar endokrin tanpa ductus P7: Tempoh kesan adalah singkat Tempoh kesan adalah lama
10 Rajah 10.1 menunjukkan hubungkait antara satu kelenjar endokrin dan perubahan dalam ovari manusia. (a)(i) Berdasarkan Rajah 10.1 namakan hormon X dan nyatakan peranan hormon tersebut dalam perkembangan kitar ovari sebelum ovulasi berlaku. F: Hormon perangsang Folikel / FSH P: Merangsang perkembangan folikel // merangsang perkembangan folikel primer ke folikel Graaf
10 Rajah 10.1 menunjukkan hubungkait antara satu kelenjar endokrin dan perubahan dalam ovari manusia. (ii) Seorang wanita yang berkahwin mendapati struktur P tersumbat dan beliau tidak boleh hamil.Terangkan satu teknik yang boleh digunakan untuk mengatasi masalah ini. P1: Teknik IVF//Persenyawaan in vitro P2: beberapa oosit sekunder /ovum yang belum disenyawakan diambil dari ovari (menggunakan laparoskopi) P3: Oosit sekunder / ovum dimasukkan kedalam piring petri P4: yang mengandungi medium kultur/ larutan kultur/bernutrien P5: sejumlah sperma dimasukkan ke dalam piring petri P6: persenyawaan berlaku (di antara ovum dan sperma) bagi membentuk zigot P7: Zigot berkembang/membahagi secara mitosis membentuk embrio P8: embrio dimasukkan ke dalam uterus ibu P9: untuk proses penempelan.
(iii) Rajah 10.2 menunjukkan struktur Q yang terdapat di endometrium semasa kehamilan.. Bincangkan peranan struktur Q sepanjang kehamilan tersebut. F1:(Q sebagai) sebagai tapak pertukaran bahan di antara ibu dan fetus P1: glukosa / asid amino / antibody/ oksigen meresap dari darah ibu ke dalam kapilari darah fetus P2: karbon dioksida/urea meresap dari kapilari darah fetus ke dalam darah ibu F2: Q bertindak sebagai organ endokrin P3: merembeskan hormon progesteron (dan estrogen) P4: untuk mengekalkan ketebalan dinding endometrium F3: mengasingkan darah ibu dan darah fetus daripada bercampur P5: mengelakkan penggumpalan darah P6: untuk mengelakkan salur darah fetus pecah P7: menghalang kemasukan bakteria / toksin / bahan kimia berbahaya ke dalam sistem darah fetus
(b) Rajah 10.3 menunjukkan proses A dan proses B yang berlaku dalam manusia. Bandingkan proses A dan proses B. P1: Kedua-duanya merupakan proses pembentukan gamet P2: kedua-duanya melibatkan proses meiosis P3: kedua-duanya menghasilkan gamet yang haploid P4: kedua-duanya berlaku dalam organ pembiakan
(b) Rajah 10.3 menunjukkan proses A dan proses B yang berlaku dalam manusia. Bandingkan proses A dan proses B. Proses A Proses B Proses spermatogenesis Proses Oogenesis Berlaku di testis Berlaku di ovari Spermatogonium menghasilkan 4 sel gamet/sperma Oogonium menghasilkan 1 oosit sekumder (dan 3 jasad kutub) Meiosis lengkap berlaku Meiosis II dilengkapkan apabila proses persenyawaan berlaku. Spermatid mengalami pembezaan untuk membentuk sperma Oosit sekunder tidak mengalami pembezaan Proses berlaku secara berterusan (setelah akil baligh) Proses tidak berlaku secara berterusan Berjuta-juta sperma dihasilkan setiap hari Hanya satu oosit sekunder dihasilkan dalam satu kitar haid
11. (a) Rajah 11.1 menunjukkan kitar sel suatu organisma. Terangkan apakah yang berlaku semasa fasa X. G1 Pl: sintesis protein / organel baru P2: kadar metabolisma sel tinggi S P3: mensintesis DNA P4: DNA mengalami replikasi P5: membentuk duplikasi kromosom // setiap kromosom mengandungi dua kromatid seiras / kromatid kembar G2 P6: pengumpulan tenaga
(b) (i) Rajah 11.2 menunjukkan bagaimana lobak merah boleh dihasilkan dalam kuantiti yang banyak dalam masa yang singkat dengan menggunakan teknik P. Terangkan mengapa semua anak pokok yang terhasil adalah seiras dari segi genetik dengan tumbuhan induk. F: teknik P ialah kultur tisu / pengklonan P1: (anak pokok) ialah klon P2: mempunyai maklumat / bahan genetik / DNA yang sama dengan induk P3: tiada variasi P4: melibatkan mitosis sahaja / meiosis tidak berlaku P5: pembiakan aseks P6: tiada pindah silang // tiada persenyawaan rawak // tiada pengaturan bebas kromosom P7: mutasi tidak berlaku
(ii) Seorang peladang mahu menghasilkan lobak merah dengan menggunakan teknik P untuk tujuan komersial. Bincangkan kelebihan dan keburukan teknik P. Kebaikan P1: semua ciri-ciri yang baik daripada induk dapat dikekalkan pada anak pokok // menghasilkan klon yang mempunyai ciri-ciri yang diingini P2: (penghasilan anak pokok) tidak bergantung kepada musim buah- buahan // plantlet/ anak pokok boleh dihasilkan sepanjang tahun P3: meningkatkan hasil tanaman / pendapatan P4: menghalang kepupusan sepsis P5: untuk membantu proses pembiakan bagi pokok yang mempunyai bunga uniseks / pembiakan aseks Keburukan P6: memerlukan kepakaran / keadaan yang steril P7: mempunyai daya rintangan terhadap penyakit / serangga perosak yang sama // jika satu tumbuhan diserang penyakit/perosak, semua anak pokok/klon akan dijangkiti P8: tiada variasi / pemilihan semulajadi / tidak dapat menghasilkan baka / varieti baru / (b) (i) Rajah 11.2 menunjukkan bagaimana lobak merah boleh dihasilkan dalam kuantiti yang banyak dalam masa yang singkat dengan menggunakan teknik P.
Malaysia sudah pun mengalami kerugian akibat COVID-19, kini krisis Russia- Ukraine menggugat kestabilan bekalan makanan ternakan ruminan. Sehingga kini, negara masih tidak mencapai tahap sara diri mencukupi kepada keperluan rakyat untuk daging ruminan. Petikan dari Berita Harian; 19 Mei 2022 Dengan menggunakan pengetahuan tentang pembahagian sel, terangkan satu teknik yang boleh digunakan untuk menghasilkan daging ruminan bagi memenuhi keperluan negara dalam masa yang singkat P1: Teknik pengkulturan (daging) P2: sel stem dari haiwan di ambil P3: (sel stem) dikultur dalam pring petri / medium kultur P4: yang mengandungi nutrien / dalam keadaan steril P5: (sel stem) membahagi secara mitosis P6: Gentian otot terbentuk