The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

SM_SMK_AIR_TAWAR_MINAH_BINTI_SELAMAT_eksperimen hibrid

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by minahselamat, 2021-09-07 05:15:43

SM_SMK_AIR_TAWAR_MINAH_BINTI_SELAMAT_eksperimen hibrid

SM_SMK_AIR_TAWAR_MINAH_BINTI_SELAMAT_eksperimen hibrid

PEJABAT PENDIDIKAN NEGERI JOHOR

LAPORAN KAJIAN TINDAKAN

` EKSPERIMEN HIBRID ALA SAINTIS ` : MENINGKATKAN PENGUASAAN
MURID 4 SAINS DALAM KEMAHIRAN PROSES SAINS DALAM BIOLOGI

Oleh:
MINAH BINTI SELAMAT

SMK AIR TAWAR,
KOTA TINGGI, JOHOR

QRC VIDEO KAJIAN TINDAKAN

Penghargaan 1
1.0 Tajuk 2
2.0 Pengenalan 2
3.0 Demografi/ Profil Sekolah danMurid 3
4.0 Pelaksanaan Kajian Tindakan` 6
6
a.Pemerhatian 7
b.Refleksi terhadap pemerhatian 9
c.Merancang 12
d.Bertindak 17
5.0 Kesimpulan 2O
Biliografi 21
Lampiran Soalan Praujian dan Pascaujian 23
Contoh skrip jawapan murid dalam Praujian dan Pascaujian

PENGHARGAAN
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada murid Tingkatan 4SC dan kepada
pihak Pengetua SMK Air Tawar, Encik Farzeli Bin Che Mat Mustafa, Guru Penolong Kanan
Pentadbiran, En Farid Bin Hashim .Tidak lupa juga ucapan terima kasih kepada sesiapa sahaja
yang sama ada secara langsung atau tidak langsung terlibat dalam kajian ini. Hanya Allah yang
dapat membalas jasa baik semua yang terlibat.

1

1.0 TAJUK
` Eksperimen Hibrid Ala Saintis` : Meningkatkan Penguasaan Murid 4 Sains Dalam
Kemahiran Proses Sains Dalam Biologi

2.0 PENGENALAN
Mata pelajaran Biologi mengutamakan kaedah inkuiri dan penyelesaian

masalah. Dalam proses inkuiri dan menyelesaikan masalah, kemahiran saintifik dan
kemahiran berfikir digunakan. Kemahiran saintifik merupakan kemahiran yang penting
untuk menjalankan sebarang aktiviti mengikut kaedah saintifik seperti menjalankan
eksperimen dan projek.

Kemahiran saintifik terdiri daripada kemahiran proses sains dan kemahiran
manipulatif. Kemahiran Proses Sains Kemahiran Proses Sains (KPS) ialah kemahiran
yang diperlukan untuk mencari jawapan kepada sesuatu masalah atau membuat
keputusan secara bersistem. Ia merupakan satu proses mental yang menggalakkan
pemikiran secara, kreatif, analitis dan sistematik. Penguasaan kemahiran proses sains
bersama dengan sikap dan pengetahuan yang sesuai menjamin keupayaan murid
untuk berfikir secara berkesan. Terdapat 11 kemahiran proses sains yang perlu
dikuasai dalam Biologi (Jadual 1)

Jadual 1 : Kemahiran Proses Sains

2

Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) merupakan proses mendapatkan maklumat
tentang perkembangan murid yang dirancang, dilaksana dan dilapor oleh guru yang
berkenaan. Proses ini berlaku berterusan bagi membolehkan guru menentukan tahap
penguasaan murid. Pentaksiran Bilik Darjah bagi Biologi dilaksanakan bersandarkan
tiga domain utama iaitu pengetahuan, kemahiran dan nilai. Pengetahuan dan
kemahiran proses sains yang diintegrasikan dalam sesuatu bidang ditaksir
berdasarkan Standard Prestasi (SPi) .

Semua penyiasatan/ eksperimen/ aktiviti yang disenaraikan bagi setiap

tema dalam Jadual 10a WAJIB dilaksanakan. Penyiasatan/ eksperimen/ aktiviti

dijalankan menggunakan pendekatan inkuiri.

Jadual 2: Senarai Penyiasatan/ Eksperimen/ Aktiviti bagi KSSM Biologi

Tingkatan 4

TEMA PENYIASATAN/ EKSPERIMEN/ AKTIVITI

ASAS 1.4.1 Mereka bentuk eksperimen untuk menyelesaikan masalah dengan

BIOLOGI menggunakan kaedah penyiasatan saintifik

2.1.1 Menyediakan slaid sel haiwan dan sel tumbuhan

3.2.2 Menjalankan eksperimen untuk mengkaji pergerakan bahan

merentasi membran telap memilih dengan menggunakan: (i) tiub Visking.

(ii) osmometer ringkas.

3.3.4 Mengeksperimen untuk mengkaji kesan larutan yang berlainan

3

kepekatan terhadap sel haiwan dan sel tumbuhan.

3.4.1 Mengeksperimen untuk menentukan kepekatan sap sel tisu

tumbuhan..

5.2.9 Mengeksperimen untuk mengkaji kesan suhu dan pH terhadap

aktiviti enzim amilase dan pepsin.

7.2.3 Mengeksperimen untuk mengkaji proses respirasi aerob

7.3.4 Mengeksperimen untuk mengkaji fermentasi yis.

FISIOLOGI 9.2.5 Mengeksperimen untuk mengkaji pencernaan kanji, protein dan

MANUSIA lipid dalam sampel makanan.

DAN 9.6.1 Mengeksperimen untuk mengkaji nilai tenaga dalam sampel

HAIWAN makanan .

9.6.2 Mengeksperimen untuk menentukan kandungan vitamin C dalam

jus buah-buahan atau sayursayuran

13.2.5 Mengeksperimen untuk mengkaji kesan pengambilan isipadu air

yang berbeza terhadap pembentukan air kencing.

Pengajaran dan pembelajaran semasa pandemic COVID 19 menyebabkan
eksperimen dimakmal tidak dapat dilaksanakan. Pengalaman ini turut dialami oleh
murid tingkatan 4 sains tahun 2020 dan tingkatan 4 sains 2021. Oleh itu satu intervensi
yang dikenali sebagai eksperimen hibrid diperkenalkan kepada murid bagi mengatasi
masalah ini. Eksperimen hibrid membantu murid dan guru menyelesaikan eksperimen
ini dalam tempoh fasa pandemik COVID 19 dan PDPR. Oleh itu murid tidak
ketinggalan dari segi menjalankan eksperimen. Maka pembelajaran biologi didalam
sesi PDPR tidaklah terhad kepada teori semata-mata.

Bagi menentukan pencapaian tahap penguasan (TP) dalam aspek

mengeksperimen ,suatu senarai semak eksperimen digunakan(Jadual 3)

Jadual 3: Senarai Semak Pelaksanaan Eksperimen untuk menentukan Tahap
Penguasaan

PERKARA TP TP TP TP TP TP
123456
Merancang Tujuan penyiasatan √√√√√√
eksperimen Hipotesis √√√√√√
Semua pembolehubah terlibat
Menjalankan Bahan dan radas √√√√√
eksperimen Kaedah atau teknik √√√√√
Menggunakan radas mengikut √√√√√
Mengumpul dan perancangan yang telah dibuat √√√√√
merekod Membersihkan dan
data/pemerhatian menyimpan radas √√√√√
Membina jadual dengan pembolehubah
yang dimanipulasi dan pemboleh ubah √√√√
yang bergerak balas

4

PERKARA TP TP TP TP TP TP

123456

Melengkapkan jadual dengan data yang √√√√

betul atau pemerhatian pembolehubah

Mentafsir data yang bergerak balas. √√√√
Membuat Menulis perbincangan atau melukis graf
kesimpulan
yang menyokong data

terkumpul

Menyatakan sama ada hipotesis diterima √√√√

atau ditolak

Membuat rumusan daripada eksperimen √√√√

dengan betul

Menjustifikasikan dapatan penyiasatan √√√

dengan mengaitkan teori, prinsip dan

hukum sains dalam membuat pelaporan. √
Menilai dan mencadangkan

penambahbaikan kepada kaedah

penyiasatan dan kaedah inkuiri lanjutan

apabila perlu √
Membincangkan kesahan data dan

mencadangkan penambahbaikan kaedah

pengumpulan data.

Salah satu kemahiran proses sains yang agak kritikal adalah kemahiran
membuat inferen kepada pemerhatian. Jika kemahiran inferen ini gagal dikuasai, murid
akan gagal menguasai kemahiran yang seterusnya iaitu

1. Kemahiran menyatakan dan menerangkan hubungan
2. Kemahiran menerangkan ramalan
3. Menginterpretasikan data

Bagi membolehkan murid mencapai TP6, laporan eksperimen murid hendaklah

mengandungi elemen berikut:

Jadual 4 : Elemen laporan Eksperimen

1 Tujuan eksperimen 2 Pernyataan masalah

3 hipotesis 4 Pembolehubah
5 Bahan dan Radas 6 Kaedah

7 Pemerhatian 8 Inferen
9 Penjadualan data 10 Melukis graf

11 Menerangkan hubungan 12 Meramalkan & menerangkan ramalan

13 Definasi secara operasi 14 kesimpulan

15 Menilai dan mencadangkan 16 Membincangkan kesahan data dan

penambahbaikan kepada kaedah mencadangkan penambahbaikan
kaedah pengumpulan data

penyiasatan dan kaedah inkuiri

lanjutan apabila perlu

Oleh kerana terdapat 2 isu yang perlu diselesaikan dalam menangani masalah
yang timbul dalam PDPR ini , satu kaedah iaitu `Eksperimen Hibrid Ala Saintis Muda`

5

dirangka agar eksperimen dapat dijalankan dan laporan eksperimen dapat dibuat
mengikut standard prestasi.

3.0 DEMOGRAFI / PROFIL SEKOLAH DAN MURID

Sekolah Menengah Kebangsaan Air Tawar merupakan sebuah sekolah
menengah di Kota Tinggi, Johor. Ia mula ditubuhkan pada tahun 1974 sebagai
cawangan Sekolah Menengah Kebangsaan Tun Habab, Kota Tinggi yang bertempat di
Felda Air Tawar 1 dan ditadbirkan oleh seorang Penyelia.Pada tahun 1976, cawangan
Sekolah Menengah Kebangsaan Tun Habab ditukar namanya kepada Sekolah
Menengah Air Tawar dengan menggunakan lambang sekolah sendiri. Pada tahun ini
sekolah ini mula ditadbir oleh seorang pengetua. Pada tahun 1978, Sekolah Menengah
Rendah Air Tawar yang bertempat di Felda Air Tawar 1 telah dipindahkan lokasinya ke
Felda Air Tawar 2 sehinggalah sekarang. Sekolah ini dibuka dengan rasminya
oleh Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Dr. Mahathir Bin Mohammad, Perdana Menteri
Malaysia Ke-4 pada 29 Jun 1985 bersamaan dengan 10 Syawal 1405 Hijrah.

SMK Air Tawar terdiri daripada 83 orang guru dan kakitangan serta 923 orang
murid . Bilangan kelas yang terdapat di SMK Air Tawar ialah 33 buah kelas arus
perdana dan 3 kelas Pendidikan Khas.SMK Air Tawar mempunyai kemudahan
infrastruktur seperti bilik kelas. Makmal sains, Dewan Besar SMK Air Tawar, Dewan
Bestari Felda, Bilik Smartian, 3 buah makmal Makmal computer , surau lelaki dan
surau perempuan

4.0 PELAKSANAAN KAJIAN TINDAKAN

a) Pemerhatian

Terdapat 25 orang murid yang mengambil Mata pelajaran Biologi dalam Kelas
4 Sains ,yang merupakan satu-satunya kelas yang mengambil mata pelajaran Biologi
di SMK Air Tawar . Pemerhatian awal, saya dapati murid-murid saya kurang mahir dan
kurang yakin dalam menjalankan eksperimen dan melaporkan eksperimen mengikut
standart prestasi yang dinyatakan Ini berikutan pelaporan sains bagi murid menengah
rendah tidak sama standard prestasinya dengan murid menengah atas terutamanya
Biologi.

6

Murid-murid ini semasa menengah rendah sudah terbiasa dalam melaporkan
eksperimen dengan melengkap laporan dalam buku kerja. Keadaan ini berbeza
dengan murid menengah atas teutamanya bagi mata pelajaran sains tulen. Kaedah
pelaporan juga berbeza iaitu lebih terperinci.

Murid didedahkan dengan pelaporan dengan cara penulisan laporan dengan
betul. Apabila semakan dilakukan oleh saya, didapati seramai ramai murid belum
dapat menguasai cara menulis laporan memperolehi markah yang rendah .

Antara kesilapan yang dilakukan oleh murid-murid saya adalah seperti berikut:
i) Murid-murid menulis hipotesis dan pernyataan dengan tidak tepat
ii) Murid-murid tidak dapat menulis pemerhatian dan inferen dengan baik
iii) Murid-murid tidak dapat menerangkan suatu hubungan berdasarkan graf

yang dijana.
iv) Murid-murid tidak dapat menerangkan ramalan.
v) Murid-murid tidak dapat mendefinasi secara operasi

b) Refleksi terhadap pemerhatian

Berdasarkan semakan laporan amali dan perbincangan bersama murid-murid
selepas semakan dan penerangan semula yang dilakukan secara ’google meet’
mendapati murid-murid berasa sukar untuk menguasai kemahiran membuat inferen
dan akhirnya menjejaskan murid untuk menerangkan hubungan graf dan menerangkan
ramalan.

Berikut adalah contoh kesalahan yang dapat dikesan semasa murid membuat
membuat laporan eksperimen.

7

Murid 1: kelemahan dalam membuat membuat pernyataan masalah, hipotesis, inferen dan
terangkan hubungan dengan gaf

Murid 2: tidak pasti dalam membuat inferen

Daripada refleksi di atas, didapati bahawa murid belum menguasai kemahiran
proses sains dan hanya mendapat TP2 pada eksperimen yang dijalankan pada
eksperimen pertama iaitu 1.4.1 Mereka bentuk eksperimen untuk menyelesaikan
masalah dengan menggunakan kaedah penyiasatan saintifik (eksperimen doh).
Kemudian guru mengadakan perbincangan dan murid dikehendaki membuat
pembetulan agar mereka tidak mengulang kesilapan yang sama.

Bagi mengatasi masalah ini, satu pendekatan yang lebih teratur , mudah dan
menyeronokkan perlu diwujudkan apatah lagi apabila pelaksanaan pembelajaran
secara atas talian dilaksanakan bagi memastikan murid terus kekal minat dan
bersemangat mengikuti PdPR. Justeru itu, kaedah ’Eksperimen Hibrid Ala Saintis ini
telah digunakan sebagai satu alat untuk saya mempelbagaikan kaedah pengajaran
saya semasa PDPR dalam usaha membantu meningkatkan minat, motivasi dan
keyakinan diri murid-murid 4 sains terhadap mata pelajaran Biologi. Eksperimen Hibrid
adalah eksperimen yang sepatutnya dilaksanakan di dalam makmal tetapi
dilaksanakan dalam rumah menggunakan alat dan bahan yang boleh diperolehi

8

dirumah manakala Saintis adalah murid yang bertindak sebagai saintis dalam mereka
bentuk eksperimen mereka, membuat larutan dan menjalankan eksperimen dan
melaporkan kajian mereka melalui laporan bertulis dan video. Saintis ini dilatih untuk
meniru laporan eksperimen terdahulu dan mengubahsuai dengan eksperimen mereka
dan mereka juga dikehendaki menjalankan research di google .Kaedah ini diharapkan
dapat meningkatkan tahap penguasaan murid-murid dalam kemahiran proses sains
dalam PBD dan seterusnya membantu murid dalam peperiksaan Amali dalam SPM
kelak.

c) MERANCANG

SASARAN
Sasaran kajian ini ialah 25 murid tingkatan 4 sains yang terdiri daripada 11

orang murid lelaki dan 14 orang murid perempuan.

OBJEKTIF
Secara amnya, kajian ini bertujuan untuk meningkatan penguasaan murid

tingkatan 4 sains dalam kemahiran proses sains.

Secara khususnya intervensi ini dapat:
1. Membantu murid mereka bentuk eksperimen dan
2. Membantu murid menjalankan eksperimen dirumah.
3. Membantu murid menulis laporan eksperimen dengan baik
4. Mengubah amalan pengajaran dan pembelajaran guru dengan

mempelbagaikan kaedah pengajaran

Saya merancang mendapatkan data menggunakan kaedah semakan dokumen
(Praujian) dan temubual . Analisis data yang akan saya gunakan untuk menentukan
kejayaan intervensi ini ialah perbandingan peratus pencapaian murid dan analisis soal
temubual terhadap pelaksanaan intervensi yang dilakukan.

Praujian diberikan kepada kumpulan sasaran untuk mengesan sejauh mana
penguasaan murid dalam kemahiran proses sains . Praujian terdiri daripada satu
eksperimen hibrid iaitu 3.2.2 Menjalankan eksperimen untuk mengkaji pergerakan
bahan merentasi membran telap memilih dengan menggunakan osmometer ringkas.

9

Tugasan diberikan dalam telegram group Biologi SPM 2022. Murid perlu
menyelesaikan tugasan dalam tempoh seminggu. Tahap penguasaan diberikan
berdasarkan kehadiran elemen kemahiran proses dengan tepat, jika tidak lengkap
dianggap tidak menguasai.

Dapatan Praujian (Jadual 5), menunjukkan tahap penguasaan dalam
kemahiran proses sains

Jadual 5: Pencapaian Murid Dalam Praujian

NAMA 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 TP
√ √ X √ X X √√ 2
K1 √ √ √ √ √ √ X X √ √ X X √ √ √√ 2
√ √ X X √ √ √√ 2
K2 √ X √ √ √ X X √ √ √ √ X √ √X 2
X √ √ X X √ √ √X 2

K3 √ √ √ √ √ √ √
X

K4 √ √ √ √ √ √ X √

K5 √ √ √ √ √ √ √ X

Analisis item untuk Praujian telah dijalankan. Didapati maklumat yang diperolehi
adalah seperti dalam Jadual 6

Jadual 6 : Analisis Item Praujian

Aspek Bilangan tidak menguasai

1. Tujuan 0
2. Pernyataan masalah 2
3. Hipotesis 1
4. Pemboleh ubah 0
5. Bahan dan radas 0
6. Kaedah 0
7. Pemerhatian 3
8. inferen 3
9. penjadualan data 0
10. melukis graf 0
11. menerangkan hubungan 4
12. meramal 3
13. definasi secara operasi 2
14. kesimpulan 1
15. kaedah inkuiri 0
16. cadangan penambahbaikan 2

Sesi temubual dijalankan secara online untuk mengetahui punca masalah yang

mereka hadapi semasa melaksanakan dan melaporkan eksperiemn..
10

Jadual 7: Dapatan temu bual

Soalan Contoh jawapan murid Bil murid
Adakah sukar untuk melaksanakan Ya 3
eksperimen dirumah Tidak 2
1
Adakah sukar mendapatkan alat radas Ya(penimbang) 4
5
Tidak
2
Adakah eksperimen ini membantu ya 3
anda memahami teori di dalam kelas 5

Adakah contoh laporan amali Ya

membantu anda menulis laporan Tidak

Antara kemahiran proses sains yang Inferen
manakah paling sukar untuk dibuat

Mengapa inferen sukar Perlu banyak fakta 3

Kalau salah inferen, 1
hubungan graf jadi salah 1

Tak tahu nak dapatkan
maklumat daripada mana

Selepas semakan dan analisis praujian dan temu bual dibuat, saya
memperkenalkan kaedah ’Eksperimen Hibrid Ala Saintis’ kepada murid-murid dalam
usaha membantu murid-murid mengeksperimen

Jadual 8. Perancangan Aktiviti

Bil Aktiviti Bahan-bahan yang digunakan Tarikh
Pelaksanaan
1 Bugar kemahiran proses sains Paparan google meet
16 febuari
2 Mereka bentuk eksperimen Paparan google meet 2021

telegram 18 febuari

2 Melaksanakan eksperimen Dirumah masing-masing 21 febuari
28 febuari
3 Penghantaran laporan & video Telegram

11

d) BERTINDAK
Berdasarkan perancangan tindakan yang telah saya tetapkan, saya laksanakan

aktiviti seperti berikut:

Aktiviti 1: Bugar kemahiran Proses Sains
Aktiviti ini telah dilaksanakan pada 16 febuari 2021 secara atas talian.

Cara pelaksanaan:

Langkah 1 Murid mendengar penerangan guru tentang cara menulis laporan.
Tujuan : untuk mengkaji kesan PM ke atas PB/

Untuk mengkaji PB( rujuk tugasan)
Contoh: mengkaji kesan kepekatan karbon dioksida keatas kadar

fotosintesis
Pernyataan masalah : Apakah kesan PM keatas PB?

Apakah kesan kepekatan karbon dioksida keatas kadar
Fotosintesis?

Hipotesis: semakin bertambah PM, semakin bertambah PB (Jika PM nombor)

PB bagi PM1 lebih daripada PM2,PM3 (Jika pm adalah nama)

Bahan radas: senaraikan semua

Kaedah:

K1 mengendalikan bahan dan radas

K2 mengendalikan pemboleh ubah dimalarkan

K3 mengendalikan pemboleh ubah dimanipulasikan

K4 mengendalikan pemboleh ubah bergerak balas

K 5 langkah berjaga-jaga

Penjadualan data

PM, PB pemerhatain dan PB kiraan lengkap dengan unit yang betul

Kepekatan larutan natrium Masa yang diambil untuk Kadar fotosintesis

hidrogen karbonat(%) membebaskan 10 (minit-1)

gelembong gas(minit)

14 0.25

23 0.3

32 0.5

41 1

Pemerhatian

12

Beri dua pemerhatian dengan membaca sebaris PM dan PM pemerhatian
Pada kepekatan larutan natrium hidrogen karbonat 1%, Masa yang diambil untuk
membebaskan 10 gelembong gas ialah 4 minit.
Pada kepekatan larutan natrium hidrogen karbonat 4 %, Masa yang diambil untuk
membebaskan 10 gelembong gas ialah 41 minit.
Inferen

Inferen dibuat dengan menginferkan PM, menginferkan PB tujuan dan konsep
sains. Oleh itu cara ingatnya PM PB KONSEP SAINS
Contoh
Masa yang diambil untuk membebaskan 10 gelembung gas lama kerana

(i) PM kepekatan karbon dioksida rendah ( RUJUK NILAI PADA PM)
(ii) PB kadar fotosintesis rendah(RUJUK NILAI PENGIRAAN PADA PB)
(iii) Oksigen yang dibebaskan sedikit semasa fotosintesis..
Melukis graf: paksi X PM , paksi Y PB( PB kiraan) tajuk dengan unit yang betul

Menerangkan hubungan/perbincangan graf
Nyatakan hubungan(RUJUK GRAF)
Semakin bertambah kepekatan larutan natrium hidrogen karbonat, semakin
bertambah kadar fotosintesis
Terangkan hubungan (RUJUK INFEREN)
Semakin bertambah kepekatan karbon dioksida
Semakin bertambah kadar fotosintesis

13

Semakin bertambah pembebasan gas oksigen
Meramal.(RUJUK INFEREN & KONSEP SAINS)
Ramalkan masa yang diambil untuk pembebasan 10 gelembong jika mentol
30Watt diganti dengan 60 watt.
Nyatakan ramalan
Masa yang diambil untuk pembebasan 10 gelembong gas berkurang
Terangkan ramalan
Kerana kematan cahaya bertambah
Kadar fotosintesis bertambah
Pembebasan gas oksigen bertambah

Definasi secara operasi
Konsep sains ialah proses/keadaan (secara amali)
yang ditunjukkan oleh PB pemerhatian dan
dipengaruhi oleh PM

Fotosintesis ialah proses dimana hydrilla direndam dalam larutan natrium
hidrogen karbonat disuluh dengan metol 30 watt . Ia ditunjukkan dengan masa
yang diambil untuk membebaskan 10 gelembung gas dan ia dipengaruhi oleh
kepekatan larutan natrium hidrogen karbonat

Inkuiri eksperimen :faktor lain selain daripada faktor yang dikaji
Mengkaji kesan suhu ke atas fotosintesis

Penambahbaikan eksperimen
Ulang eksperimen untuk dapat bacaan purata

Langkah 2 Murid diberi satu contoh laporan eksperimen lengkap
Murid dikehendaki menggunakan sebagai contoh untuk menulis lapoan

14

Langkah 3 Murid diberi contoh lain

Tujuan eksperimen ialah untuk mengkaji kesan saiz haiwan ke atas kadar respirasi

Jenis haiwan Kenaikan aras cecair Kadar respirasi

berwarna dalam masa 10 (minit-1)

minit(mm)

belalang 4 0.4

semut 2 0.2

Murid dikehendaki berbincang dalam kumpulan dan hasil perbincangan
diserahkan pada cikgu untuk disemak. Murid hanya dikehendaki menjawab
pemerhatian, inferen, hubungan dan definasi secara operasi sahaja.

Pemerhatian:
Pada awalnya, masih terdapat murid yang masih keliru tentang membuat

pemerhatian iaitu mereka membuat analisis iaitu dengan menyatakan tinggi atau
rendah. Oleh sebab itu, dalam fasa ini, saya menekankan konsep baca sebaris dan
tidak perlu dianalisis bagi aspek pemerhatian.

Bagi aspek membuat inferen , kesemua murid telah dapat menyatakan
sekurang-kurangnya 2 inferen. Bagaimanapun saya menegaskan bahawa mereka
perlu mendapat sekurang-kurangnya 3 inferen bagi memudahkan mereka menjawab
soalan hubungan. Jika mereka membuat 2 inferen sahaja , mereka mungkin tidak
dapat membuat hubungan dengan baik. Mereka boleh dapat 2 inferen dengan
menginferkan daripada jadual keputusan eksperimen manakala inferen yang
selebihnya mereka perlu dapatkan melalui pembacaan .Bagi memastikan mereka
dapat membuat inferen dengan baik mereka boleh membuat rujukan seperti google
bagi mendapatkan inferen. Saya cadangkan mereka menulis dalam bahasa inggeris
dalam carian google. Setelah mereka mendapat 3 inferen maka mereka dapat
menjawab soalan hubungan dengan baik.

15

Refleksi:
Kesemua murid dapat menjawab 3 aspek dengan baik setelah guru membuat
penegasan. Murid merasa yakin apabila mereka dapat menjawab dengan betul

Aktiviti 2 : Aktiviti Mereka bentuk eksperimen

Aktiviti ini telah dilaksanakan pada 18 febuari 2021 secara atas talian.

Langkah 1 Tajuk tugasan diberikan

Anda dikehendaki mereka bentuk satu eksperimen dan

menjalankan eksperimen untuk mengkaji untuk menentukan

kepekatan sap sel tisu tumbuhan.

Langkah 2 Murid berbincang dengan rakan dalam kumpulan

Murid berbincang dengan guru

Berikut adalah soalan-soalan yang perlu mereka jawab

1.Senarai langkah-langkah menjalankan eksperimen

2.Apakah bahan dan radas yang perlu digantikan bagi

membolehkan eksperimen dijalankan dirumah

3.Apakah pengubahsuaian yang perlu dilakukan pada langkah-

langkah eksperimen

4.Bagaimanakah cara membuat larutan dibuat

Pemerhatian:

Kesemua murid telah dapat langkah-langkah menjalankan eksperimen yang mereka

boleh dapatkan dari buku teks. Berikut adalah beberapa pengubahsuaian yang telah

mereka cadangkan

Bil Aspek Penerangan

1 Bentuk kentang 1.silinder kentang diperoleh dengan menebuk kentang

menggunakan tutup botol.

2.Silinder kentang ditukar kepada bentuk kuib bersaiz

1cm .

3.Silinder kentang ditukar kepada bentuk cetak kuih.

2 Bikar 1.Bikar diganti dengan botol mineral yang dipotong

2.Bikar diganti dengan bekas air tauhu panas

Refleksi:
Kesemua murid telah berjaya menyenaraikan langkah-langkah untuk menjalankan
eksperimen, Mereka merasa yakin untuk menjalankan eksperimen

16

Aktiviti 3 : Aktiviti Menjalankan eksperimen
Aktiviti ini telah dilaksanakan dikediaman masing-masing.

Pemerhatian:
Murid telah dapat menjalankan eksperimen walaupun masih terdapat soalan-soalan
yang diajukan kepada guru

Refleksi:
Murid telah dapat menjalankan eksperimen

Aktiviti 4 : Aktiviti menulis Laporan dan Video

Langkah 1 Murid Menulis laporan eksperimen mengikut format yang diberi

Langkah 2 Guru menyemak laporan eksperimen murid

Langkah 3 Murid membuat video hasil eksperimen dan laoran eksperimen
mereka

Pemerhatian:
Semua murid telah berjaya menghasilkan laporan eksperimen dalam microsoft word
dan membuat video mereka

Refleksi:
Murid dan guru merasa gembira

5.0 KESIMPULAN

Berdasarkan keputusan ujian dan analisis yang telah dijalankan, didapati
terdapat peningkatan tahap penguasaan murid dalam kemahiran proses sains setelah
kaedah ’Eksperimen Hibrid Ala Saintis` diperkenalkan. Eksperimen hibrid telah berjaya
mengatasi masalah murid untuk menjalankan eksperimen dengan melakukan
beberapa pengubahsuaian pada bahan dan radas serta kaedah.Murid berperanan
seperti saintis dimana terpaksa membuat larutan sendiri yang kebiasaanya disediakan
oleh pembantu makmal dan murid bukan sahaja tahu membuat larutan malah terpaksa
melakukan pengiraan sebelum membuat larutan iaitu merentas kurikum dengan
kurikulum mata pelajaran kimia.

Dapatan daripada pascaujian menunjukkan berlakunya peningkatan tahap
penguasaan dalam kemahiran saintifik dari TP 2 kepada TP 6( Jadual 9) dan bilangan

17

murid tidak menguasai setiap aspek dalam kemahiran saintifik telah menurun kepada
sifar(Jadual 10)

Jadual 9: Pencapaian Murid Dalam Praujian Dan Pascaujian
Praujian

NAMA 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 TP

K1 √ √ √ √ √ √ X X √ √ X √ X X √ √ 2

K2 √ X √ √ √ X X √ √ X X √ √ √√ 2
X

K3 √ √ √ √ √ √ √ √ √ X X √ √ √√ 2
X

K4 √ √ √ √ √ √ X √ √ √ √ √ X √ √ X 2

K5 √ √ √ √ √ √ √ X √ √ X X √ √ √ X 2

Pascaujian

NAMA 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 TP
√√√ √ √ √ √ √6
K1 √ √ √ √ √ √ √ √ √√√ √ √ √ √ √6
K2 √ √ √ √ √ √ √ √ √√√ √ √ √ √ √6
K3 √ √ √ √ √ √ √ √ √√√ √ √ √ √ √6
K4 √ √ √ √ √ √ √ √ √√√ √ √ √ √ √6
K5 √ √ √ √ √ √ √ √

18

Jadual 10: Pencapaian Murid Dalam Praujian Dan Pascaujian Mengikut Aspek
Kemahiran Proses Sains

Aspek Bilangan tidak menguasai

1. Tujuan Praujian Pascaujian
2. Pernyataan
00
masalah
3. Hipotesis 20
4. Pemboleh ubah
5. Bahan dan radas 10
6. Kaedah 00
7. Pemerhatian 00
8. inferen 00
9. penjadualan data 30
10. melukis graf 30
11. menerangkan 00
00
hubungan 40
12. meramal
13. definasi secara 30
20
operasi
14. kesimpulan 10
15. kaedah inkuiri 00
16. cadangan 20

penambahbaikan

Sesi temu bual dijalankan untuk melihat pandangan murid tentang kaedah
Jadual Elektron. Didapati maklumat yang diperolehi adalah seperti dalam Jadual 10

Jadual 11: Analisis Temu Bual

Soalan Contoh jawapan murid Bil murid
Adakah sukar untuk melaksanakan Ya 3
eksperimen dirumah Tidak 2
1
Adakah sukar mendapatkan alat radas Ya 4
5
Tidak
5
Adakah eksperimen ini membantu Ya
anda memahami teori di dalam kelas

Adakah contoh laporan amali Ya

membantu anda menulis laporan Tidak

19

Adakah anda yakin untuk melaksankan yakin 5
Eksperimen dirumah
5
Adakah eksperimen ini membantu Ya
anda memahami konsep osmosis 4
1
Adakah anda yakin untuk meneruskan Ya
eksperimen hibrid bagi topik yang lain

mungkin

Dapatan temu bual menunjukkan kaedah ini dapat membantu murid-murid
untuk menguasai kemahiran proses sains dan pengetahuan sains iaitu osmosis .

Atas kesedaran dan keyakinan yang telah saya perolehi daripada kajian

tindakan ini, adalah amat penting setiap guru sentiasa mencari kaedah pengajaran

yang sesuai dengan aras keupayaan murid. Kaedah Eksperimen Hibrid ala saintis ini

membolehkan pembelajaran berlaku walaupun dirumah. Di dalam eksperimen ini

kaedah eksperimen terpaksa diubah iatu kentang sepatutnya ditebuk dengan penebuk

gabus tetapi kami memotong kentang menjadi kiub/ menggunakan botol untuk

mendapatkan bentuk silinder. Bikar digantikan dengan botol mineral atau cawan.

Eksperimen hibrid ala saintis ini saya telah dan akan laksanakan untuk topik-

topik akan datang. Berikut adalah eksperimen yang telah dijalankan menggunakan

Eksperimen hibrid ala saintis

TEMA PENYIASATAN/ EKSPERIMEN/ AKTIVITI

ASAS 3.4.1 Mengeksperimen untuk menentukan kepekatan sap sel tisu

BIOLOGI tumbuhan.. (TELAH DILAKSANAKAN)

5.2.9 Mengeksperimen untuk mengkaji kesan suhu dan pH terhadap

aktiviti enzim pepsin. (TELAH DILAKSANAKAN)

7.2.3 Mengeksperimen untuk mengkaji proses respirasi aerob(TELAH

DILAKSANAKAN)

7.3.4 Mengeksperimen untuk mengkaji fermentasi yis. (TELAH

DILAKSANAKAN)

FISIOLOGI 13.2.5 Mengeksperimen untuk mengkaji kesan pengambilan isipadu air

MANUSIA yang berbeza terhadap pembentukan air kencing(AKAN

DAN DILAKSANAKAN)

HAIWAN

Eksperimen hibrid ala saintis ini saya telah digunakan oleh pelajar pendidikan

Biologi dalam peringkat sarjana UPM dalam kajian tesis beliau. Saya rasa sangat
20

berbangga kerana usaha kecil ini diiiktiraf oleh guru yang tidak saya kenali sebelum ini
dan guru ini mengenali saya melalui video-video eksperimen murid saya yang
dikongsikan di you tube. Pihak UPM juga telah melantik sebagai guru pakar dalam
pelaksanaan amali biologi hibrid

Cadangan kajian saya yang seterusnya ialah menggunakan kaedah
eksperimen hibrid ala saintis ini pada kelas-kelas sains teras
BIBLIOGRAFI

1. Bahagian Perancangan Dan Penyelidikan Dasar Pendidikan Kementerian
Muridan Malaysia,
Manual Kajian Tindakan.

2. DSKP Biologi KSSM tingkatan 4 dan 5

21

LAMPIRAN A (INSTRUMEN PRAUJIAN DAN PASCAUJIAN)

PRAUJIAN

1.Anda dikehendaki mereka bentuk satu eksperimen dan menjalankan eksperimen
untuk mengkaji pergerakan bahan merentasi membran telap memilih dengan
menggunakan osmometer ringkas.Laporan eksperimen hendaklah mengandungi
maklumat seperti berikut.

1 Tujuan eksperimen 2 Pernyataan masalah
3 hipotesis 4 Pembolehubah

5 Bahan dan Radas 6 Kaedah
7 Pemerhatian 8 Inferen

9 Penjadualan data 10 Melukis graf

11 Menerangkan hubungan 12 Meramalkan & menerangkan ramalan

13 Definasi secara operasi 14 kesimpulan

15 Menilai dan mencadangkan 16 Membincangkan kesahan data dan

penambahbaikan kepada kaedah mencadangkan penambahbaikan
kaedah pengumpulan data

penyiasatan dan kaedah inkuiri

lanjutan apabila perlu

Anda juga dikehendaki membuat video bagi eksperimen anda.

Catatan : Cara mengira membuat larutan sukrosa

% membawa maksud jisim bahan larut dalam gram dilarutkan 100ml pelarut
Larutan sukrosa 5% ….larutkan 5g sukrosa dalam 100ml air
Larutan sukrosa 10% …larutkan 10g sukrosa dalam 100ml air

22

PASCAUJIAN

1.Anda dikehendaki mereka bentuk satu eksperimen dan menjalankan eksperimen
untuk mengkaji untuk menentukan kepekatan sap sel tisu tumbuhan..Laporan
eksperimen hendaklah mengandungi maklumat seperti berikut.

1 Tujuan eksperimen 2 Pernyataan masalah

3 hipotesis 4 Pembolehubah
5 Bahan dan Radas 6 Kaedah

7 Pemerhatian 8 Inferen

9 Penjadualan data 10 Melukis graf
11 Menerangkan hubungan 12 Meramalkan & menerangkan ramalan

13 Definasi secara operasi 14 kesimpulan

15 Menilai dan mencadangkan 16 Membincangkan kesahan data dan

penambahbaikan kepada kaedah mencadangkan penambahbaikan
kaedah pengumpulan data

penyiasatan dan kaedah inkuiri

lanjutan apabila perlu

Anda juga dikehendaki membuat video bagi eksperimen anda.

Catatan : Cara mengira membuat larutan sukrosa
Jisim molekul relatif sukrosa ialah 342.30g
Oleh itu 1 mol sukrosa = 342.30g
Penyediaan 0.1 M larutan sukrosa
0.1 M sukrosa = 0.1 mol/1000ml

= 0.1 x 342.3 g/1000ml
= 34.23g/1000ml
= 3.423 g/100ml

23

LAMPIRAN A PRAUJIAN (SKRIP LAPORAN AMALI MURID)
24

25

26

https://youtu.be/V2MR4W4Nwpc
27

PASCAUJIAN (contoh laporan eksperimen & video)
28

29

30

31

https://youtu.be/dd63wZjmznk
S2

32

33

34

35

https://youtu.be/bREDCPQ7PkM

36


Click to View FlipBook Version