The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by ikaann902, 2024-02-10 01:19:44

SOMEONE SAMPLE

SOMEONE SAMPLE

SOMEONE 1


SOMEONE 1 Assalamualaikum.. Terima kasih kerana sudi membaca dan melanggan Ebook ‘SOMEONE’. Silafahaami dan membaca keterangan di bawahsebelum mula membaca. Semua watak rekaan Author saja Jangan terlalu serius membaca story ini Cerita ini hanya rekaan semata-mata tiadakenamengena dengan sesiapa saja Tatabahasa terabur & penulisan mungkinadatypo. Ada unsur 18xXX Contoh: Kiss, peluk, untukafter married supaya lebih sweet HeronHeroin. TIADA adegan Sex AMARAN: SILA JAUHI ZINA‼ DILARANG BERKONGSI LINKDANPLAGIATCERITA INI. TINDAKAN AKANDI AMBILJIKAANDA BERTINDAK SEDEMIKIAN!!


SOMEONE 1 Anisa Ardella, hatinya hancur dan remuk di kala lelaki yangdiatunggu dan sayang munculkan diri bersama insan lain. Seseorangyang bergelar isteri. "Awak suruh saya tunggu 5 tahun ni hanya untukberitahusaya yang awak dah jatuh cinta dengan perempuandekat koreadan awak akan menetap di sana? Awak kejamtahutak?"—Anisa Ardella "Aku memang pernah mencintai kau tetapi hati akutakmampu untuk memilih kau. Aku dah buat keputusan untukmemilih dia.Tolong maafkan aku." - Raez Esmail Selepas setahun peristiwa menyakitkan hati, merekadipertemukan, apabila Raez Esmail muncul sebagai penyelamatAnisa Ardella yang di tikam oleh penjahat misteri.


SOMEONE 1 Namun, kini status Raez Esmail duda, mempunyai seoranganakperempuan. Isterinya meninggal dunia gara-gara di bunuhdengankejam. "Aku minta maaf tentang hal tu." Raez Esmail "Senangkan? Buat salah je minta maaf. Awak tahutakmacam mana sakitnya perasaan saya ni bila orang yang sayatunggu dan sayang jadi milik orang lain! Sakit awak, sakit sangat!"Anisa Ardella Hanya kerana satu tragedi mereka telah mencipta satu perjanjian. Bukan hanya sekadar perjanjian tetapi salah satu rancanganRaezEsmail demi melindungi Anisa Ardella. "Sampai kau kahwin, lepas tu perjanjian ni akan tamat."Raez Esmail "Okay deal. Bila saya decide nak kahwin awak jangancari saya lagi." Anisa Ardella Siapa pernah menduga jodoh memang tercipta untukmereka. Anisa Ardella menentang takdir, tidak mahu disatukandenganRaez Esmail. Baginya lelaki itu hanya manusia bertopengkansyaitan.


SOMEONE 1 "Awak lelaki keji, Raez! Awak dah rampas hak saya! " Anisa Ardella "I didn't do that, I just fulfilled my responsibilities as ahusband, and you let me go. Why do you want to blame me?Pleaseredha yang sekarang ni kita suami isteri." Raez Esmail. "No! Saya tak akan pernah terima awak dalamhidupsaya."Anisa Ardella "Take your time, sunflower." Raez Esmail Demi merungkai identiti penjahat misteri yang ingin membunuhAnisa Ardella, Raez Esmail rela di benci asalkanwanitakesayangannya selamat dari sebarang ancaman manusia durjana. "Selagi aku bernyawa akan aku jaga dia dan akuharamkanmanusia durjana menyakiti dia." Raez Esmail. Apakah rahsia yang selama ini Raez Esmail pendamkan?Siapakah manusia durjana yang ingin memusnahkan hidupAnisaArdella? Adakah Raez Esmail & Anisa Ardella mampumenciptakebahagiaan jika kenangan pahit masih wujud di dalamingatan?


SOMEONE MISS MYSTERIOUS 1 aez Esmail melangkah masuk ke dalamruanglatihan menembak yang di sedia khas untukguardyang di lantik oleh syarikat Raez SecurityForceSdn Bhd. Mereka akan melakukan setiap minggulatihan menembak di sini. Setiap mereka wajib mahir menggunakan senjata dan kemahiran menembak juga perluhebat agar musuh mudah ditumpaskan. Sebagai CEORaez SecurityForce Sdn Bhd, Raez Esmail perlu sentiasa memastikannamabaik syarikat terpelihara dan kualiti perkhidmatan kepada pelanggan juga perlu terbaik. Raez menanggalkan kot yang dipakai lalu dilurut kebawahdan dicampak ke sebuah kerusi besi. Kedua-dua lengan bajukemeja berwarna putih yang dia pakai ini dilipat hingga parassiku hingga terserlah lengannya yang berurat. R1


SOMEONE MISS MYSTERIOUS 2 Kemudian, dia melangkah beberapa tapak ke hadapanmenuju ke sebuah meja. Di atas meja tersusun pistol jenis Glock19 dan 17, komponen pada pistol ini telah dipisahkan. Jadi, sebelum mula menembak dia perlu memasang setiap komponenhingga pistol ini menjadi sepucuk pistol yang sempurna. Selesai saja menyatukan semua komponen pada badanpistol, Raez melaras pistol Glock 19 sebelummengangkat tinggi tangannya hingga paras bahu sambil memegang kemas pistol laludiacukan ke arah human target board yang terletak sejauh20m. Tosh! Tosh! Tosh! Beberapa das tembakan dilepaskanbergema ruang latihan ini. Tosh! Tosh! Raez melepaskan lagi beberapa das tembakansemua peluru pergi tepat ke arah human target board tiada satupun tersasar. Tosh! "Woi mak kau tergolek terbalik." Suara orang melatah di belakang Raez menyebabkandiahilang focus. Dia melepaskan keluhan kasar dan menolehmemandang manusia di belakangnya.


SOMEONE MISS MYSTERIOUS 3 "Banyak kali kan aku dah cakap kalau nak melatahtakpayah datang sini. Kau nak apa?" Marah Raez apabila tumpuannya di ganggu ketika diasedang melakukan aktiviti kegemarannya.. "Ala boss maaf la. Aku tak sengaja, terkejut tu luar kawalan aku. Boss tahu kan aku ni sensitif dengan bunyi tembaktembak tu. Aku datang sini sebab nak remind boss pasal birthdayMia and your mom. Farah dan Mia tengah tunggu boss dekat lobi." Faris mendekati Raez sambil membelek dua pucukpistol diatas meja. Gerun dia melihat dua senjata api ini, boleh melompat kalau dia mendengar bunyi tembakan yang dilepaskan. "Kau tahu apa beza Glock 17 and 19?" Soal Raez sambil melaras pistol jenis Glock 17 lalu diacukan ke target board. Tosh! Tosh! Dua das tembakan dilepaskan menggunakanpistol jenis Glock 17. "Bezanya nombor dia boss. 17 and 19." Faris menutuptelinga kerana berasa seram sejuk mendengar bunyi tembakanyang bergema.


SOMEONE MISS MYSTERIOUS 4 Raez mendengus kasar mendengar kata-kata Faris, jikaitujawapannya, baik dia tanya Mia. Sekurang-kurangnya jawapansi comel itu tidak menyakitkan hati. "Glock 17 saiz lebih panjang dan safe action, untukGlock19 ni compact. Military lebih suka pakai pistol jenis Glock19. Aku suka semua senjata as long boleh bunuh orang yangmenyebabkan kematian isteri aku." Apabila mengingati kisah setahun lalu pasti perasaanmarahdan dendam akan terbit di dalam sanubarinya. Hati siapa tidaksedih jika melihat isteri mati dibunuh di depan mata. Pembunuhmasih bermaharajalela di luar sana. Jika dia berjaya menjejaki mereka tiada seorang pun di antara mereka akan dibiarkanhiduptenang.Raez melangkah keluar dari ruang latihan menembakini dan menuju ke lif sambil memasukkan tangan kiri di dalampoket seluar. Sesekali dia melepaskan keluhan kasar. "Tak akan la boss nak bunuh diaorang? Nanti taksilaphari bulan boss jadi roomate diaorang dekat dalampenjara tu. Bosskena fikirkan Mia juga, jangan ikutkan sangat perasaandendamtu." Nasihat Faris, risau jika boss dia ini melakukan perkaradi luar kotak. Lelaki ini boleh tahan degil dan berani. Setahunlebih


SOMEONE MISS MYSTERIOUS 5 bekerja sebagai PA Raez, Faris sudah masak dengan perangainyayang suka bertindak tanpa berfikir panjang. "Aku tahu apa yang aku buat." Balas Raez suara mendatar. Pintu lif terbuka luas mereka sama-sama melangkahmasukke dalam perut lif. Faris mengambil tempat di sebelah Raez. Lifmula bergerak turun menuju ke tingkat G, di mana terletaknyalobi bangunan syarikat ternama ini. "Aku nasihat je, aku tak nak la tengok Mia tu jadi anakyatim piatu. Apa kata sementara polis cari pembunuh arwahPuanInayya, boss cari la mummy baru untuk Mia." Kata Faris selamba. Raez menoleh ke arah Faris, dia merenung tajamsambil menolak kasar tubuh Faris ke dinding lif dan tangan kirinyacengkam kuat kolar baju kemeja Faris manakala tangankanannyamengepalkan penumbuk lalu di angkat tinggi dan dihalakankehadapan wajah Faris. Ketakutan Faris melihat wajah bengis Raez. Aduh! Nagahitam dah keluarkan api. "Kau pernah tengok orang keluar dari lif mulut dia cacat?Tak pernah kan? Jangan sampai kau jadi orang pertama. Kausebut lagi pasal ni, siap kau!" Raez memberi amaran nada suara


SOMEONE MISS MYSTERIOUS 6 serius, dia paling pantang perkataan 'Mummy baru untukMia' Faris memang sengaja menguji kesabarannya. Ting! Pintu lif terbuka luas. Raez melepaskan cengkamanbaju Faris dan melangkah keluar dari lif ini sambil membetulkanlengan baju kemejanya. "Adeh mulut ni pun, tak reti ke nak behave." Faris menepuk mulutnya dengan Ipad beberapa kali, mulut celupar lagi kan dah mendapat amaran maut daripada Raez Esmail. "Macam mana la kau lupa pantang larang boss nagahitamkau tu." Bebel Faris lagi, dia berlari anak mengekori Raez yangmelangkah laju menuju ke arah Mia dan Farah yang sedangmenunggu di satu sudut yang terdapat di lobi bangunan modenini. "Daddy!" Mia Batrisyia berlari dan menerpa ke arah Raez. "Hai,sweetcandy. Happy birthday, sayang. Did youreceiveany good news today?" Raez dukung tubuh kecil Mia, pipi si comel dikucup dengan penuh kasih sayang. Faris termengah-mengah menahan penat kerana mengejarRaez yang berjalan laju. Dia menggeleng kepala melihat sikap


SOMEONE MISS MYSTERIOUS 7 penyayang Raez apabila bersama Mia tetapi apabila bersamanyasikap Raez bertukar menjadi naga hitam yang menakutkan. "Yeah, daddy nak bawa Mia pergi rumah nenek kan?Andaunty Farah kata daddy ada beli kan Mia hadiah. Mana? Manahadiah tu?" Raez mengukir senyuman apabila melihat sikap terujaMiamencari hadiah. "Mana ada dekat sini. Ada dekat dalamkereta." KataRaez, jari jemarinya mengelus rambut ikal mayang Mia yang terurai ini. "Macam mana dengan sekolah Mia hari ni? Dia adamengadu apa-apa?" Soal Raez pada Farah yang sejak tadi jadi pemerhati. "Everything okay and dia enjoy dengan school dia hari ni. Mia pun dah mandi and makan, dia just tak sabar nak tengokhadiah birthday." Farah menghantar laporan harian setiapkali menyerahkan Mia kepada Raez, dia menjaga Mia sejak setahunlalu jadi dia sudah tahu apa yang perlu dilakukan. "Good. Saya akan bagi hadiah tu dekat dalamkereta. I needto go now, if you have anything urgent, just call me." PesanRaezkepada dua orang pekerjanya ini, walaupun dia sudah balikke


SOMEONE MISS MYSTERIOUS 8 rumah, dia tetap akan datang ke pejabat semula. Jika ada perkaramustahak yang perlu diselesaikan kerana Raez SecurityForceadalah amanah daripada seseorang yang perlu dia jaga denganbaik. "Baik boss, kalau ada apa- apa sepantas kilat saya call boss. Kalau boss nak saya lagi laju, belanja la saya jet satu, confirmseminit je saya dah sampai depan boss" Balas Faris sambil tersengih. "Hari ni aku belanja kau jet, esok aku pecat kau. Boleh?"Soal Raez sinis. "Tak boleh. Tak apa la boss, aku pakai apa yang adajela. Hati-hati boss." Gerun Faris mendengar perkataan pecat daripadamulut Raez. Farah ketawa mendengar kata-kata Faris. Tahu puntakut, minta lagi yang bukan-bukan tak pasal perkataan keramat tukeluar daripada mulut majikannya. "One more thing, cakap dengan Aaron aku nak investigative report kes Inayya and kau pula prepare Minutes, email pada aku sebelum Pukul 4 petang ni, lambat seminit akukeluarkan first warning." Arah Raez tegas sebelummenyusun


SOMEONE MISS MYSTERIOUS 9 langkah menuju ke pintu utama bangunan Syarikat Raez SecurityForce.Faris melepaskan keluhan mendengar arahan daripadaRaezsambil mengerling jam tangannya. Bulat matanya melihat waktuyang tertera Pukul 3.56 petang. "Arghh! Naga hitam tak pernah buat hidup aku tenang!!"Kelam kabut Faris berlari menuju ke lif apabila dia mula sedar yang dia sudah kesuntukan waktu. Farah menggeleng kepala melihat Faris yang berlari lajukerana di beri arahan last minute oleh Raez. Siapa tidaktakut apabila mendengar arahan daripada Raez Esmail, kerana diaakanbuat apa yang dia cakap. **************** "Daddy ada suprise,but Mia kena tutup mata dulu." Raez dukung Mia sambil melangkah menuju ke kereta, sesekali dia mengucup pipi montel si comel berumur 5 tahunini. "Ala tak nak la tutup mata, nanti Mia tak nampaklasuprisetu." Merungut Mia apabila daddy menyuruh dia menutupmata


SOMEONE MISS MYSTERIOUS 10 sedangkan dia tidak sabar ingin melihat kejutan untuk hari jadinya.Raez ketawa, dia geli hati mendengar kata-kata Mia. "Daddy bukan suruh Mia tutup mata tak buka langsung. Just tutup mata sekejap je. Nak suprise tak?" Mia mengukir senyuman sambil mengangguk pelahan. "Are you ready?" Soal Raez sambil memegang pintukereta, bila-bila masa saja pintu kereta ini akan dibuka luas. "Yeah. I'm ready." Balas Mia penuh semangat, dia tidaksabar mahu melihat kejutan hari jadi daripada daddy. "One.. two... three!" Raez membuka luas pintu kereta. Mia tercengang melihat dress ala cinderella berwarnababyblue yang digantung di dalam kereta. "Daddy! Cantiknya Mia suka." Ujar Mia teruja sambil memeluk leher Raez dan cium pipinya. "Mestilah cantik daddy yang pilih special for my sweetcandy." Balas Raez, dia mengucup lama kepala Mia.


SOMEONE MISS MYSTERIOUS 11 Raez meletak Mia di tempat duduk penumpang kemudiandia memasang tali pinggang keselamatan pada tubuh Mia agar keselamatannya terjamin. Pintu kereta disebelah Mia ditutup rapat kemudiandiamelangkah menuju ke pintu kereta disebelah pemandu. "Lepas ni kita buat suprise dekat nenek pula." Ujar Miateruja sebaik saja Raez melangkah masuk ke dalamkereta. "Nenek mesti suka hadiah yang Mia pilih tu." Raez mulakan pemanduan, tangan kanan mengawal stereng manakalatangan kiri menggenggam tangan kecil Mia. "Nenek baik tapi kenapa Tok ayah tak suka Mia?" Soal Mianada suara sedih, dia memandang lama wajah Raez. Raez diam seketika, dia perlu memikirkan ayat yangsesuai untuk jawab pertanyaan Mia ini. "Tok ayah bukan tak suka tapi Tok ayah terkejut je tengokMia sebab comel sangat macam mummy." Balas Raez sambil mengusap lembut pipi Mia. "Yeke? Daddy tak tipu kan?"


SOMEONE MISS MYSTERIOUS 12 "Betul la. Mia comel macam mummy." Raez cubit lembut pipi Mia. Apabila mendengar perkataan 'Mummy' Mia menitiskanairmata, semakin kuat tangisannya. "I want mummy, daddy." Tersedu-sedu Mia menangis menginginkan wanita yang telah melahirkannya. Raez melepaskan keluhan mendengar kata-kata Mia. Diasebak melihat Mia menangis kerana terlalu merindui arwahInayya."Sayang, Mummy bukan milik kita lagi. Mummydahkembali kepada Allah SWT. Kalau rindu mummy, Mia bacasurah Al Fatihah. Tak comel la menangis macamni." Pujuk Raez agar Mia lebih tenang, walaupun sudahsetahunInayya meninggal dunia. Mia tetap masih mencari wanita itu. "Daddy suruh la Allah bagi balik mummy dekat Mia."UjarMia, tangisannya masih belum reda. Raez memicit pangkal hidungnya yang mancung, diaperlubanyak bersabar ketika memujuk Mia agar dapat menerimapemergian Inayya buat selama-lamanya.


SOMEONE MISS MYSTERIOUS 13 "Sorry sayang, tak boleh macam tu. Mummy tak akanbalikpada kita lagi but daddy janji akan jaga Mia. Ha.. kalau Miastopmenangis, daddy bawa Mia jalan-jalan naik helikopter, Okay?"Mia berhenti menangis apabila dengar perkataan 'helikopter' kerana dia sangat suka melihat kenderaan ituterbangdi udara. Mia mengukir senyuman, lalu dia memeluk erat lenganRaez. "Good girl. Macam ni la my sweetcandy." Raez menariknafas lega apabila Mia tidak lagi menangis seperti tadi. Dendam Raez pada pembunuh Inayya semakin mendalamapabila melihat tangisan Mia. Manusia durjana itu la puncaMiakehilangan Mummy pada usia yang sangat muda, sampai mati diatidak akan memaafkan mereka. Dia bersumpah.


SOMEONE MISS MYSTERIOUS 14 iren ambulan bergema di perkarangan Goldnessiahospital, sebuah hospital swasta ternama yangterkenalsebagai hospital pakar jantung terbaik. Antara hospitalyang swasta yang lengkap dengan segala alatan canggihdanjugarawatan yang terbaik. Anisa Ardella melangkah keluar dari lif sambil membawabeberapa jenis ubat menuju ke ward kardiologi. Tangankananmemegang bakul kecil yang berisi beberapa jenis ubat manakalatangan kiri dimasukkan ke dalam poket baju jururawat berwarnaputih ini. Dia mendekati kaunter jururawat yangterdapatditengah-tengah ward kardiologi ini iaitu ward untuk pesakit yangada masalah jantung. S2


SOMEONE MISS MYSTERIOUS 15 "Banyaknya ubat? Ward mana punya ni?" Soal Haziqahterkejut melihat beberapa jenis ubat di dalambakul kecil yangsedang di pegang oleh Anisa. "Ward A210, ward Puan Raihana. Dia kan discaj sekejaplagi. Aku rasa bulan ni saja dua kali dia warded. Kes taknakjagamakan la ni." Bebel Anisa sambil membelek laporanpesakitbernama Puan Raihana. "Dia kan ada kedai makan, susah la nak jaga makan. Hari-hari mengadap makanan. Iman siapa kuat kalau mengadapbendayang sama." Balas Haziqah, sambil membelek beberapadokument pesakit di hadapannya. "Dr.Dayana dah penatkan membebel dengan dia tapi samaje. Kalau aku membebel nanti kata tak setaraf dengandia. Diamana nak layan jururawat macam kita. Dah la malas akunakbebel pasal dia, aku nak pergi bagi dia ubat. Sekejaplagi nakround."Anisa melangkah meninggalkan kaunter jururawat, diaberjalan menuju ke ward A210. Tuk! Tuk! Pintu ward di ketuk sebelumdia melangkahmasuk. Terukir senyuman di bibirnya walaupun PuanRaihana


SOMEONE MISS MYSTERIOUS 16 menghadiahkan jelingan maut. Pelbagai perangai pesakit yangdiatemui hari ini."Encik Faiq, ini ada beberapa jenis ubat untukPuanRaihana. Selepas saya cabut bracelet, boleh la bawaPuanRaihana balik." Ujar Anisa sambil mendekati PuanRaihana, dan menanggalkan gelang tangan yang akan dipakai olehsemua pesakit yang dimasukkan ke ward hospital mewahini. Tujuan untuk mengesan jika pesakit hilangataucubamelarikan diri. "Awak tak nak ikut saya dan mama balik? Saya dahlamaberkenan dengan awak." Kata Faiq anak sulung kepadaPuanRaihana, dia sudah mula terpikat dengan Anisa sejak kali pertamamereka beertemu. Anisa terkebil-kebil mendengar kata-kata lelaki mudaini. Beraninya dia berkata begitu di hadapan mamanya yanggarangini. "Ish! Faiq cari la perempuan lain yang setaraf denganFaiq. Mama tak nak nurse sebagai menantu. Cari la peguamke, doktorke tak payah la jururawat ni. Kerja mereka bukan seberapapun."Bangkang Puan Raihana tidak setuju jika bermenantukanseorangjururawat kerana anaknya seorang peguamyang terbaik.


SOMEONE MISS MYSTERIOUS 17 "Ha.. betul kata mama awak En. Faiq. Kita taksepadan. Saya minta diri dulu ya." Anisa sebenarnya terasa hati denganPuan Raihana yang memandang hina pekerjaan jururawat. Sedangkan jururawat la yang merawat dan menjaga makanminumnya di sini. "Apa dia ingat kerja jururawat ni tak ada masa depanke?Kalau bukan jururawat yang bagi dia makan ubat sepanjangtinggal dekat sini, siapa lagi nak buat? Cakap tak pandangdepanbelakang." Bebel Anisa geram sambil menepuk permukaanmejayang terdapat di kaunter jururawat ini. "Kau bebel apa tu?" Soal Haziqah hairan. "Anak Puan Raihana, Encik Faiq tu nak mengorat aku. Puan Raihana kata jangan sebab dia kata kerja kita ni takseberapa. Geram pula aku dengar dia cakap macamtu. Dia taktahukejururawat ni la yang tolak katil dia, bagi dia makan ubat, pastikanjantung dia tu stabil, layan karenah dia yang cerewet." Anisamelepaskan keluhan kasar. Walaupu semua itu memangtugasseorang jururawat tetapi hargai bukan menghina. "Puan Raihana memang mulut pedas kan? Anakdianakmengorat kau? Untungnya dah la handsome, kaya pulatutapimak dia tak suka pula. Kau tak suka ke laki macamEn. Faiqtu?"


SOMEONE MISS MYSTERIOUS 18 Anisa menggeleng kepala mendengar kata-kata Haziqah. "No.. No.. aku tak nak fikir pasal lelaki cukup la 7tahunlalu." Perasaan Anisa tiba-tiba sakit dan sebak apabila teringattentang seseorang. "Sampai bila beb? Rasanya kau dah boleh cari oranglain. Mungkin cara ni kau boleh lupakan dia. Orang kata kalaunaklupakan seseorang, perlu ada seseorang juga." Anisah mengeluh mendengar kata-kata Haziqah. Betul latuapa yang dikatakan sahabatnya ini. Jika ingin melupakanseseorang yang menyakiti kita, kita perlukan seseoranguntukmembahagiakan kita. "Malas la aku fikir pasal tu. Hati aku dah tertutupuntukmana-mana lelaki. Aku nak pergi round dulu. Tak sabar nakbalikni." Anisa menolak alat vital sign monitor beroda ini. Vital signmonitor ialah alat kesehatan yang berfungsi untuk mengawasikeadaan tanda-tanda vital pada manusia. Tanda-tanda tersebutbiasanya merupakan, Denyut Jantung, Tekanan Darah, SuhuTubuh dan pernafasan. Anisa menggunakan alat ini untukmelakukan tugasan wajibnya setiap 4 jamiaitu pemeriksatandavital pesakit. *******


SOMEONE MISS MYSTERIOUS 19 "Assalamualaikum.. nenek. Sihat ke? Dada neneksakit lagike? Pernafasan hari ni macam mana okay?" Sapa Anisakepadaseorang warga emas lingkungan 80-an. HajahRasidahmempunyai penyakit jantung bengkak, di mana saiz jantungyanglebih besar daripada normal. Anisa menolak alat vital sign monitor mendekati katilHajah Rasidah. "Alhamdulillah, dah kurang sikit dari semalam." HajahRasidah mengurut pelahan dadanya. "Alhamdulillah, kalau nenek nak sihat jangan tolakmakanubat. Saya ambil tekanan darah nenek and check nadi ya?"Anisamenyelak lengan baju blouse yang di pakai HajahRasidahkemudian dia ikatkan cuff pada lengan wanita ini dandiamenyepit alat pulse oximeter pada jari telunjuk HajahRasidah, untuk memantau kadar oksigen wanita ini. "In Shaa Allah, kalau Nisa yang bagi nenek nakmakan. Nurse lain garang la. Nisa dah kahwin?" Hampir tersedak Anisa mendengar pertanyaanHajahRasidah. Wanita ini ingin merisik dia ke?


SOMEONE MISS MYSTERIOUS 20 Anisa menggeleng pelahan sambil menulis sesuatupadafail laporan kesihatan Hajah Rasidah. "Alhamdulillah semua keadaan baik, suhu okay, tekanandarah and oksigen nenek pun okay. Nanti Nisa pujukdoktorsupaya bagi nenek balik awal." Kata Anisa sambil membukacuffyang di ikat pada lengan nenek. "Kenapa Nisa cantik, mesti memilih ni." Anisa mengukir senyuman kecil mendengar kata-kataHajah Rasidah. "Bukan memilih nek tapi orang tak nak kita. Takakannakpaksa. Nisa, minta diri dulu. Apa-apa tekan locengtau. Tapimalam ni Nisa tak jaga nenek, Nisa shift pagi." Anisa membetulkan selimut yang menutupi separuhbadanwanita tua ini. Kasihan kekadang dia melihat HajahRasidahsendirian kerana anak-anaknya sibuk bekerja. Jika dia freediaakan datang bertanya khabar wanita yang sudah tiga hari beradadi dalam ward ini. "Tak apa nanti Allah jodohkan Nisa seseorang yanglebihbaik. Hati-hati memandu, jangan banyak fikir sangat." PesanHajah Rasidah.


SOMEONE MISS MYSTERIOUS 21 "In Shaa Allah.. Aamiin. Semoga termakbul doa nenek."Anisa menadah tangan mengaminkan doa Hajah Rasidah. Diapunharapkan begitu, semoga ada lelaki yang mampu menggantikanRaez Esmail. Anisa menolak pelahan alat vital sign monitor keluar dariward Hajah Rasidah. Ada beberapa orang pesakit lagi yangperludia melakukan pemeriksaan vital pada mereka. Hanya sibukkandiri dapat membuatkan dia melupakan kenangan pahit setahunlalu. *********** Anisa melangkah menuju ke lif, dia mengerling jamtanganyang menunjukkan pukul 2 petang. Tak sabar rasanya diainginbalik berehat di rumah. Anisa mengurut bahunya yangterasalenguh tetapi sebelum itu dia perlu ke cafe untukberjumpadengan seseorang. "Beb! Lama tak jumpa." Sebaik saja melangkahmasukkedalam cafe Goldnessia hospital. Anisa menerpa ke arahseseorangdia rindui. Sudah lama dia tidak menemui sahabat baiknyaini. "Aku rindu gila dengan kau." Eness dan Anisasalingberpelukan.


SOMEONE MISS MYSTERIOUS 22 "Tak bawa kembar ke? Kau memang saja nak jumpaakuorada hal dekat sini?" Anisa melabuh punggung dia atas kerusiberhadapan dengan Eness, sahabat baiknya. "Kembar dekat rumah la. Aku teman umie checkuptapiaku dah suruh driver hantar umie balik. Kebetulan akuadadekatsini nak la aku jumpa kau. Lama kan kita tak jumpa, lepasakubersalin kembar terus kita lost contact. Walaupun 4 bulanakurasa lama la juga. Ermm.. kau okay?" Soal Eness sambilmemegang tangan Anisa. Lama dia merenung wajahgadisdihadapannya ini. "Aku okay la. Mesti kau dah tahu pasal hal tukan. Sorry aku bukan nak berahsia. Tapi aku sakit beb, sakitdengan apa yang dia buat dekat aku." Anisa cuba menahanair mata dari mengalir keluar tetapi dia kalah jua keranaairmata ini tetap mengalir membasahi pipinya. "Kalau aku tahu awal, aku sepak dia keluar dari bumi ni. Aku benci lelaki perangai macam tu. Walaupun dia adikipar, akutak kan backup dia. Aku yakin kau akan jumpa seseoranglagibetter dari dia." Eness turut berasa sakit hati apabilaadaseseorang permainkan perasaan sahabatnya ini.


SOMEONE MISS MYSTERIOUS 23 "Aku berdoa setiap hari supaya Allah lenyapkandiadariingatan aku. Aku tahu susah tapi aku akan berusahauntukmelupakan dia." Anisa mengesat air mata yang mengalir. Dia tidakmahumenangis kerana lelaki yang telah menyakiti hati danjiwanya. Dia yakin setiap apa yang berlaku pasti ada hikmahnya. "Aku akan tolong kau untuk lupakan mamat takgunatu."Eness memberi semangat agar Anisa tidak terus sedih. Siapatidaksedih apabila penantian yang setia di balas dengan pengkhianatan. Telefon bimbit Anisa berdering. Berkerut dahinya melihatnombor yang tidak dia kenali tertera di skrin telefon bimbitnya. "Assalamualaikum.. siapa ni?" Berkerut dahi Anisamenjawab panggilan yang tidak dikenali ini. Tiba-tiba telefon bimbit yang Anisa pegang terlepasdarigenggamannya dan jatuh di atas riba. Air mata lajumengalirmembasahi pipi,tangisannya menjadi tangisan yang teresak-esak. "Kau kenapa ni?" Soal Eness gelisah, dia bangundanmendekati Anisa lalu memeluk erat bahunya.


SOMEONE MISS MYSTERIOUS 24 "Ayah aku.. ayah aku dah tak ada.." Anisa bangundanmemeluk erat tubuh Eness. Dia terlalu sedih hingga tidakmampumengawal tangisan ini. "Inna Lillahi wa inna ilayhi raji'un.." Eness turut menangiskerana dia sangat mengenali ayah Anisa. Jika sahabatnyainibersedih pasti dia turut merasa perkara yang sama. Enessmengusap pelahan belakang Anisa agar dia lebih tenang. Apayang pasti setiap yang hidup akan menemui kematian.


SOMEONE MISS MYSTERIOUS 25 ebuah kereta mewah Lamborghini Aventador warnablack matte menyusur masuk perkarangan banglomewahUstazah Khadijah dan berhenti di dalamkotakparkingyang disediakan. Raez melangkah keluar dari kereta danberjalanmenuju ke pintu disebelah penumpang hadapan. Dia membukapintu kereta khas untuk anak perempuan kesayangannya. "Mia tak sabar nak bagi hadiah ni dekat nenek." KataMiateruja sambil memegang tali bag kertas berwarna coklat. Diaberlari anak menuju ke pintu utama rumah banglo mewahini. "Hati-hati, sweetcandy." Raez melangkah laju mengekoriMia yang semakin jauh di hadapan. "Daddy, cepat la buka pintu ni. Mia tak sabar nakbagihadiah dekat nenek." Mia mundar mandir di hadapan pintu. S3


SOMEONE MISS MYSTERIOUS 26 Raez mengukir senyuman sambil menggelengkepalamelihat sikap tidak sabar Mia Batrisyia. Daun pintu di utama rumah Ustazah Khadijahdi tolakpelahan. Raez jenguk ke dalam rumah. Sunyi. "Daddy? Bila nak masuk ni?" Merungut Mia yangberdiridi sebelah Raez menunggu pintu di buka luas kerana diatidaksabar mahu menemui neneknya. "Kenapa excited lain macam ni?" Raez menolak daunpintuluas memberi ruang kepada Mia untuk lalu. "Sebab Mia tak sabar nak jumpa nenek." Balas Mia teruja. "Nenek! Mia datang ni." Mia berlari mendekati UstazahKhadijah yang sedang menonton televisyen di ruang tamu. Ustazah Khadijah mengukir senyuman melihat wajahcomel Mia. "Cucu nenek datang la." Ustazah Khadijah tidakmampubergerak aktif kerana kesan dari strok yang dia alami beberapatahun lalu telah membataskan percakapan danjugapergerakkannya.


SOMEONE MISS MYSTERIOUS 27 "Happy birthday nenek. Mia ada beli hadiah untuknenek. Special for you, nenek." Mia memanjat naik ke atas sofaempukini lalu dia menghulur bag kertas warna coklat kepada UstazahKhadijah. "Thanks, sayang. Hari jadi kita sama kan? Miapandaimacam daddy." Pipi Mia di kucup dengan penuh kasihsayangsambil pandangan matanya tertumpu ke arah tubuh tinggi lampaiRaez yang sedang berdiri di hadapannya sambil memeluktubuh. "Raez jangan lama sangat dekat sini, balik sebelumayahbalik." Pesan Ustazah Khadijah, risau jika Raez bertembungdengan Tuan Daim Muhammad. Raez mengukir senyuman sinis mendengar kata-kataumienya. "Kenapa Raez nak kena balik sebelumayah balik?Raezmemang nak jumpa ayah." Balas Raez, dia bukan lelaki lemahyang hanya tahu lari dari masalah. Ustazah Khadijah melepaskan keluhan, bapa dengananaksama-sama degil dan baran. "Kenapa nak jumpa ayah? Raez tahu kan sekarangni ayahbenci sangat dengan Raez lepas apa yang berlaku or Raezlupa


SOMEONE MISS MYSTERIOUS 28 apa yang Raez dah buat?" Soal Ustazah Khadijah nadasuaraserius, dia merenung tajam ke arah wajah Raez Esmail yangberlagak biasa seperti tiada melakukan apa-apa kesalahansedangkan dia telah melakukan satu kesalahan besar. "Raez tak lupa pun." Balas Raez acuh tak acuhsambilberpaling ke arah lain, sesekali dia melepaskan keluhan. "Ha?! Elok la tak lupa. Habis tu kenapa balik sini?!"SoalTuan Daim nada suara meninggi sambil melangkah mendekatiRaez. Ustazah Khadijah maraup wajahnya, sekejap lagi pasti akantercetusnya peperangan antara dua beranak ini. Raez mendengus kasar mendengar kata-kata ayahnya, diamemandang ke arah Mia. Dia tidak mahu melihat persengketaanantara mereka. "Sweetcandy, naik atas pergi main dengan abangHans."Arah Raez lembut sambil mengusap pipi Mia. Mia mengangguk pelahan, kemudian dia berlarimeninggalkan ruang tamu ini. Dia takut melihat wajah bengisTokayah yang sedang memandang ke arahnya.


SOMEONE MISS MYSTERIOUS 29 "Lain kali kalau nak balik sini juga, jangan bawaanakharam tu!" Jerkah Tuan Daim Muhammad sambil jariterlunjuknya menunjuk ke arah Mia yang sedang berjalankearahlif. "Dia bukan anak haram. Dia anak Raez, nama diaMiaBatryshia binti Raez Esmail. Kalau ayah benci Raez sekali punjangan libatkan Mia yang tak bersalah tu." Balas Raez nadasuarakasar. "Ayah benci Raez dan dia sekali. Nak tahu kenapa?SebabRaez buang keluarga selepas berkahwin dengan makbudaktu.Pergi saja ke Korea terus hilang tanpa berita, tak tanyakhabarkami langsung. Tiba-tiba balik sini bawa budak kecil tukataanakRaez dan mak dia meninggal dunia. Paling ayah tak sangkatibatiba je jadi jutawan, harta haram mana Raez kutip ni?!"TuanDaim mengambil bag kertas yang di pegang olehUstazahKhadijah dan di hempas ke lantai lalu dipijak sekuat hati. Ustazah Khadijah terkejut melihat perbuatan TuanDaimyang baginya agak melampau. Pasti Mia sedih jika melihat hadiahyang dia beri dipijak-pijak seperti itu. "Jangan bagi kami apa-apa dengan duit haramRaez!"Marah Tuan Daim lagi sambil menolak kasar tubuh Raez.


SOMEONE MISS MYSTERIOUS 30 "Raez banyak kali nak explain dekat ayahtentangperkahwinan Raez dan Inayya tapi ayah tak nak dengar. Macammana Raez boleh jadi kaya macam ni pun ayah tak nakdengar, sekarang ni ayah nak tuduh Raez bukan-bukan? Ayahmemangtak pernah pun bangga dengan apa yang Raez buat, apayangRaez buat semua salah pada mata ayah!" Balas Raez tidakpuashati, dia bukan tidak pernah berusaha ingin menjelaskanhal yangsebenar tetapi dia tidak diberi peluang langsunguntukmenceritakan hal itu. "Ayah memang tak nak dengar cerita karut Raez sebabapa-apa pun Raez buat memang tak masuk akal. Raez dahbaliksetahun lepas, jumpa Anisa dan tinggalkan dia yangdahlamasangat tunggu Raez. Bukan tu je, Raez langsung tak tanyakhabarkami. Bila isteri dah meninggal, baru ingat kami? Apahebatsangat perempuan tu sampai boleh buat Raez lupa tentangkami!"Tuan Daim Muhammad sudah hilang sabar dengan sikapRaezyang pentingkan diri sendiri ini. Dia hantar Raez untuk menimba ilmu tetapi Raez pergi selamaenam tahun tanpa khabar berita. Ibu bapa mana tak marahdengananak yang membelakangi mereka kerana ikutkan perasaansendiri. "Nama arwah isteri Raez, Inayya. Ayah tak nakmaafkanRaez tak apa tapi jangan menghina anak dan isteri Raez. Ayahmemang tak pernah pun perduli pasal Raez, ayah bukanhantar


SOMEONE MISS MYSTERIOUS 31 Raez belajar tapi buang Raez sebab Raez ni bukan anakayahyang boleh dibanggakan. Ayah tak tahu apa yang Raezlaluiselama lima tahun ni, Raez bukan sesaja berkahwindenganInayya tapi ayah tak pernah nak dengar perjelasan Raez!"Raezakui sikap dia pada ayahnya ketika ini memang kurangajar tetapidia perlu menegaskan apa yang dia lakukan bersebab. "Huh! Mengarut! Semua hanya sebab nafsu dan duit! Ayahtahu keluarga perempuan tu mesti kaya raya sebab tulaRaezboleh kaya sampai macam ni kan?! Sampai lupa kami semua, Raez pergi la hidup dengan duit tu, jangan pernah balikpadakami!" Bentak Tuan Daim sebelum meninggalkan ruangtamuini, semakin lama dia bercakap dengan Raez, dia akansemakinmembenci anak bongsu dia itu. Raez mendengus kasar mendengar kata Tuan Daimsambilkedua-dua tangannya mencekak pinggang. Dia mundar mandircuba melegakan kemarahan yang sudah sampai ke puncaknya. "Umie bukan tak bagi Raez datang sini tapi umie taknakjadi macam tadi." Ujar Ustazah Khadijah yang dari tadi menjadipemerhati akhirnya dia bersuara. "Ayah dari dulu memang tak puas hati denganRaez, sampai benda halal yang Raez buat pun dia kata haram. Diahanya


SOMEONE MISS MYSTERIOUS 32 nampak salah Raez dan tak bagi langsung peluang pada Raeznakjelaskan semuanya." Luas Raez tidak puas hati apabilaayahsering saja mencari salahnya sejak dulu lagi. Ustazah Khadijah mengeluh mendengar kkata-kataRaez, dia akui memang hidup Raez dengan suaminya dulu agaksusahhinggakan Raez terabai, apabila Raez sudah berjaya lainpuladugaannya. "Raez cerita la dekat umie apa yang berlaku limatahunlepas sampai Raez sanggup lupakan kami dan tinggalkanAnisayang dah lama tunggu Raez." Ustazah Khadijahteringinmengetahui kisah hidup Raez di Korea sehingga dia sanggupmelakukan perkara yang tidak masuk akal itu. Raez menggeleng pelahan sesekali dia melepaskankeluhan. "Tak ada apa la umie. Raez malas nak ungkit pasal kisahtu. Raez minta diri dulu, nak bawa Mia naik heli." Kata Raezsambilbersalaman dengan Ustazah Khadijah dia tunduk ciumdahiumienya. "Raez." Panggil Ustazah Khadijah. Langkah Raez terhenti, dia menoleh memandangwajahwanita yang telah melahirkannya.


SOMEONE MISS MYSTERIOUS 33 "Ayah Anisa meninggal hari ni, dikebumikan di PulauNuri. Raez tak nak pergi tengok dia ke?" Soal UstazahKhadijahmengharapkan ada sinar bahagia untuk Raez dan Anisa keranadiasangat menyukai gadis itu. "Kisah Raez dengan Anisa dah lama tamat. Raez taknakambil tahu pasal dia." Ujar Raez suara mendatar, dia kembalimenyusun langkah menuju ke lif. Dia mahu mencari Miaditingkat atas dan membawa anaknya keluar dari rumah ini. Ustazah Khadijah menggeleng kepala, dia tidaksangkasungguh mudah hati Raez berubah. Apa la yang telah berlakudiKorea, hatinya terlalu ingin mengetahui hal yang sebenar. ****** Raez melangkah masuk ke dalam lif sambil merenung lamaskrintelefon bimbitnya. Sesekali dia melepaskan keluhan danmerauprambut rambut pendeknya ke belakang. Akhirnya dia membuatkeputusan mendail nombor seseorang. "Yes Boss, rindu aku ke?" Kedengaran suara Farisdihujung talian. "Aku nak kau pergi ke Pulau Nuri sekarang." ArahRaeztegas.


SOMEONE MISS MYSTERIOUS 34 "Ha? Pulau Nuri? Sekarang? Buat apa? Boss nakpergiPulau Nuri tu ambil masa dua jam. Aku sampai sana mesti ladahnak dekat maghrib, tu belum aku patah balik. Janganseksaakubegini boss." Bebel Faris tidak puas hati apabila di suruhpergi kesatu tempat yang agak jauh pada waktu petang seperti ini. "Aku tak nak ambil tahu masalah kau, aku tahukaupergisekarang. Itu pun kalau kau nak bonus la." Raez melangkahkeluar dari lif, dia berdiri di tepi balkoni tingkat 3 banglomewahini. "Ha? Bonus? Okay boss aku pergi sekarang juga. Tapikenapa aku nak kena pergi sana?" Soal Faris hairan yangtidaktahu tujuan sebenar dia perlu ke Pulau Nuri. "Aku nak kau jumpa seseorang dekat sana, akuakantransfers RM5000 pada kau dan tolong bagi pada dia. Janganberitahu duit ni daripada aku dan jangan dedahkan identiti kau. Kalau kau pecahkan rahsia dan tak amanah, aku patah tulangkauseribu." Raez memberi amaran tegas di hujung ayatnya. Telan air liur Faris mendengar kata-kata Raez, dia memangkurus jika tulang di patah seribu apa saja la yang tinggal padadirinya ini.


SOMEONE MISS MYSTERIOUS 35 "Boss jangan la risau aku kan pekerja yang amanah, siapadia tu?" Soal Faris lagi ingin mengetahui maklumat lanjut. "Aku akan message detail dia pada kau, tangkapgambardia senyap-senyap sebagai bukti kau jumpa dia. Ingat pesanaku, jangan dedahkan identiti kita. Cakap je la tu duit sedekahkeorhadiah ke. Apa yang penting duit tu sampai pada dia." Raeztidakpasti kenapa dia melakukan semua ini tetapi hatinya mintadiamelakukan perkara itu. "Baik boss, aku menurut perintah aku gerak dulu."Farismenamatkan panggilan telefon ini kerana perlu segera gerakkePulau Nuri sebelum siang melabuh tirainya. Raez meraup wajahnya, dia menarik nafas danmelepaskannya pelahan-lahan. Adakah dia melakukan ini keranaperasaan itu masih seperti dulu? Ah! Dia sendiri tidaktahuapahatinya mahukan.


SOMEONE MISS MYSTERIOUS 36 wan berarak pelahan menutup cahaya matahari. Jikatadi cuaca panas terik kini cuaca bertukar mendungseperti hujan akan turun membasahi bumi. AnisaArdella menangis melangkah menuju ke kereta sesekali diamenoleh memandang pusara ayah. Air matanya menitismembasahi pipi, ayah telah pergi untuk selamanya setelahbertahun menderita penyakit kanser hati. Walaupun diasudahjangka semua ini akan terjadi tetapi hatinya tetapi tidakkuatmenghadapi dugaan ini. "Nisa, jom." Ajak Eness sambil memegang pergelangantangan Anisa. Anisa mengangguk pelahan, dia mengekori Eness menujuke kereta. A4


SOMEONE MISS MYSTERIOUS 37 Masuk saja ke dalam kereta, Anisa termenung memandangpemandangan di luar. Kini dia hanya sendirian tiada ayahdi sisi. Walaupun dia masih ada ahli keluarga yang lain mereka takakanpernah sama dengan ayah. "Kau okay?" Soal Eness sambil memandu kereta menujukerumah Anisa. "Entah la. Aku tak tahu kenapa Allah uji aku macamni. Tahun lepas aku di khianati lelaki yang aku cinta, tahunni lelakiyang aku sayang tinggalkan aku. Apa yang aku harapkanAllahtemukan aku dengan cinta sejati." Sayu nada suara Anisa, hatinyayang kecewa dulu masih bersisa kini dia di uji lagi dengankesedihan. Eness menggenggam jari jemari Anisa. "Bila kau cakap pasal tahun lepas. Aku teringat Raezdahmuncul beberapa bulan lalu bersama anak perempuandia. Rupanya lepas dia jumpa kau tahun lepas, dia tak balikKoreasebab isteri dia meninggal dunia dekat sini. Tapi baru tahunni diamuncul depan kami." Eness teringat tentang Raez yang tiba-tiba muncul di hadapan rumah Ustazah Khadijah. Masa itu TuanDaimmengamuk kerana Raez yang menghilangkan diri selepasdi


SOMEONE MISS MYSTERIOUS 38 hantar belajar ke Korea tiba-tiba muncul dengan status yangbarudan juga bersama seorang budak perempuan berumur 5tahun. Hati ayah mana tak remuk apabila anak yang disayangimembelakangi dia. Anisa terkejut mendengar kata-kata Eness, dia sangkakanRaez balik ke Korea setelah meremuk hatinya yangterlalumencintai. Air mata menitis membasahi pipi lagi. "Kehilangan ayah, aku dah boleh jangka akan terjadi. Tapikesakitan yang Raez bagi tu aku tak boleh jangka, dia suruhakutunggu tapi dia yang khianati semuanya. Sakit beb.. sakit sangat.. bodohnya aku mencintai dan menunggu dia selama 5 tahunni."Anisa menangis teresak-esak sambil memukul bahukanannyabeberapa kali. Eness turut menangis apabila melihat Anisa menangis. "Kau kuatkan beb. Aku yakin Allah sedang aturkansesuatuyang terbaik untuk kau. Pasti akan ada cinta sejati untukkau."Eness sangat berharap sahabat ini kuat hadapi apa saja dugaanyang telah Allah tentukan. "Hati aku dah mati untuk Raez Esmail. Apa punstatusdiasekarang aku tak nak perduli. Aku nak melupakan diauntukselamanya, Eness. Aku dah bunuh dia di dalamhati aku, dia


SOMEONE MISS MYSTERIOUS 39 terlalu kejam Eness.. dia terlalu kejam." Anisa mengesat air matatidak berhenti mengalir ini. Dia tidak mahu menangis keranalelaki bernama Raez Esmail tetapi hatinya ingkar. Tetapsajamenangis kerana lelaki itu. "Memang patut pun kau bunuh dia dekat dalamhati kau. Dia terlalu kejam tinggalkan kau macam tu je lepas dia bagi kauharapan selama 5 tahun. Dia tak layak untuk kau, Nisa. Masadiamuncul tiba-tiba tu memang aku nak tumbuk dia dan benamkandia dekat dalam perut bumi. Sakit hati aku tengok mamat mungkirjanji tu." Ujar Eness geram apabila teringat muka selambaRaezyang seperti tidak melakukan apa-apa kesalahan. Eness memberhentikan kereta di hadapan rumah Anisa. "Dia adik ipar kau, kalau kau buat lebih-lebih, marahpulaumie nanti. Aku dah mampu lupakan dia dan aku taknaklagitengok muka dia sampai bila-bila, aku tak nak dia muncul didepan aku walaupun sekilas. Jika ada lelaki muncul di dalamhidup aku lepas ni, semoga dia seseorang yangsentiasamelindungi aku setiap masa dan setia mencintai aku." Tiadaapayang Anisa harapkan kecuali Allah temukan dia denganjodohyang baik-baik dan sesuai dengan dirinya.


SOMEONE MISS MYSTERIOUS 40 "Aamiin, kalau kau nak kahwin nanti aku tempahkadkahwin sebesar A4 paper aku lekat dekat dahi Raez. Diajanganingat kau tak boleh bahagia ke tanpa dia. Biar dia pula rasasakitapa yang kau rasa. Sekarang ni kau tenangkan hati, pakcikkaupun dah tunggu tu mest diaorang nak cakap apa-apa dengankau."Eness menunjuk ke arah beberapa orang yang sedangberdiri dihadapan rumah Anisa. "Thanks beb sebab sentiasa dengan aku and sorrysebabaku, kau kena tinggalkan anak-anak dan Luis. Aku susahkankaupula." Anisa rasa bersalah kerana dirinya Eness perlumeninggalkan keluarganya seketika. "Kau jangan la cakap macam tu. Luis tak kisah la, diayangsuruh aku temankan kau ni sebab dia tahu kau palingrapatdengan aku. Dah la jangan fikir banyak sangat, kaukenatenangkan hati aku. Kau mesti lapar kan? Aku masakkansomething untuk kau tau." Anisa mengangguk pelahan mendengar kata-kataEness, dia bersyukur dikurniakan sahabat sebaik Eness. Anisa menariknafas dan melepaskannya pelahan-lahan, semoga Allahkurniakanketenangan kepada dirinya.


SOMEONE MISS MYSTERIOUS 41 "Nisa, are you okay?" Soal Tan Sri HashimsebaiksajaAnisa melangkah keluar dari kereta. "Alhamdulillah, okay sikit Paklong. Thanks sebaburuskansemuanya tadi." Anisa melangkah mendekati beberapaorangyang sedang berkumpul di hadapan rumah arwah ayahnya. "Mesti la paklong akan uruskan hal adik paklong. Ha, iniEn.Aziz dia kata peguam arwah ayah Nisa." Tan Sri Hashimmemperkenalkan Anisa kepada seseorang. "Assalamualaikum.. Cik Anisa. Saya Aziz peguamTuanHakim. Arwah pernah pesan pada saya sebaik sajadiadikebumikan dia minta saya serahkan surat kepada CikAnisa. Sebelum Tuan Hakim meninggal dunia dia dah serahkansemuaharta dia kepada Cik Anisa. Esok, saya nak Cik datangkepejabatsaya untuk tanda tangan beberapa dokument." EncikAzizmenghulur sepucuk surat kepada Anisa. Anisa sebak mendengar kata-kata Encik Aziz. Bukanhartayang dia mahukan tetapi ayah yang penyayang. "Terima kasih Encik Aziz , in Shaa Allah esok sayaakanpergi ke sana." Anisa mengambil surat yang di hulur kepadanya.


SOMEONE MISS MYSTERIOUS 42 "Alhamdulillah. Saya minta diri dulu, saya ucapkantakziahatas kehilangan ini. Harap Cik Anisa tabah hadapi ujianini."Anisa mengukir senyuman kecil mendengar kata-kataEncik Aziz. Dia juga berharap kuat hadapi dugaan yangAllahtentukan untuknya. "Esok paklong bawa Anisa ke sana." Ujar Tan Sri Hashimsambil memerhati kereta Encik Aziz yang mula bergerakmeninggalkan perkarangan rumah arwah Tuan Hakim. "Tak apa la paklong Nisa boleh pergi sendiri. Taknaklasusahkan paklong. Lagipun Anisa dah biasa buat semuanyasendiri." Balas Anisa, dia berasa bersalah keranatelahmenyusahkan ramai orang. "Kalau tak nak papa temankan I boleh temankanyouNisa. Kita kan cousin, so tak salahkan cousin temankan cousindia."Kata Edrian Imran yang muncul dari belakang rumahkeranamenjawab panggilan telefon daripada seseorang. "Betul tu tak nak paklong temankan, Ed bolehtemankanNisa. Apa yang penting Anisa tak pergi sendiri, sekaranghartaNisa dah banyak tak macam dulu. Paklong risau la kalauadaorang apa-apakan anak saudara paklong ni. One morething,


SOMEONE MISS MYSTERIOUS 43 paklong nak Nisa tinggal dengan Paklong sebab arwahayahpernah pesan dengan paklong supaya jaga Anisa baik-baik."Anisa mengeluh mendengar kata-kata Tan Sri Hashim, diasudah dewasa dan tahu bagaimana ingin menjaga diri sendiri. "Nisa dah besar la boleh jaga diri sendiri. Paklongjanganlarisau." "No.. No.. ini amanah ayah Anisa. Paklong taknakjadiorang yang tak amanah. Lagi pun rumah paklong kandekatdengan hospital yang Nisa bekerja tu. Mulai esok PaklongnakNisa tinggal dengan kami, keputusan Paklong muktamad." TegasTan Sri Hashim yang risau tentang keselamatan anak saudaranyaini. " I pun boleh jaga you tapi you yang tak sudi." KataEdriansambil sandarkan tubuhnya dan menyilang tangandi dadamemandang tepat ke arah Anisa. Sudah lama dia mengejar cintasepupunya ini tetapi Anisa langsung tidak memberi dia peluangdan ruang. Anisa mengukir senyuman mendengar kata-kata Edrian, lelaki itu memang baik tetapi hatinya belumbersedia menerimasesiapapun.


SOMEONE MISS MYSTERIOUS 44 "Yela, esok Nisa tinggal dengan Paklong." AkhirnyaAnisaterpaksa akur. Mungkin cara ini dia boleh mengambil hatimaklong yang agak dingin dengan dia kerana hanya ini keluargayang dia ada sekarang. "Kan senang macam tu. Baru la boleh paklongbalikdengan tenang. Anisa jaga diri tu jangan lupa makan, paklongadameeting malam ni sebab tu kena gerak sekarang." Tan Sri Hashimmenghulur tangan bersalaman dengan Anisa. "In Shaa Allah, paklong dengan Ed pun hati-hati drivekejeti tu." Pesan Anisa kerana risau dengan sikap memanduEdrianyang agak aggressive itu. "You jangan risau I sentiasa berhemah, take care, dear."Edrian mengenyit mata pada Anisa sebelummelangkahmasukkedalam kereta. Anisa menggeleng kepala melihat sikap gatal Edrianyangtidak pernah pudar sejak dulu. Walaupun Edrian lelaki yangbaiktetapi hatinya tidak mampu menerimanya. Semua ini keranalelakibernama Raez Esmail, kenapa la dia menemui lelaki seperti itudidalam hatinya.


SOMEONE MISS MYSTERIOUS 45 Kereta Edrian bergerak meninggalkan perkaranganrumahnya, sebuah kereta berwarna putih pula menyusur masuk. Berkerut dahi Anisa melihat kereta yang sangat asing baginya. "Assalamualaikum.. Cik ni Anisa Ardella?" Seoranglelakiberkopiah dan berjubah putih melangkah keluar dari kereta. "Waalaikumussalam.. awak ni siapa?" Tanya Anisahairan, dia memandang lelaki itu atas bawah. "Saya Ash, bilal masjid pulau sebelah." Kata Faris nadaserius sambil mengangkat tangan kanannya. "Pulau tu disebelah kanan ke kiri?" Bisik Faris di dalamhati, tiba-tiba dia keliru. Tadi dia nampak pulau di sebelahkananke kiri? Akhirnya dia membuat keputusan mengangkat kedua-duatangannya. "Imam masjid kami ada mendengar khabar ada kematiandirumah ini. Jadi kami dengan baik hati ingin memberi sedekahkepada waris si mati. Ikhlas daripada imamuntuk Cik."KataFaris bersungguh-sungguh sambil menghulur sampul suratberwarna coklat kepada Anisa.


Click to View FlipBook Version