MODUL
PERSATUAN BADAN BERUNIFORM
AMAZING LAKSAMANA
1
ISI KANDUNGAN
BIL TAJUK MUKA SURAT
1 MODUL 1 : Membuat Buku Log 3
2 MODUL 2 : Memahami bahasa hukum kawad kaki 5
3 MODUL 3 : Memahami bahasa hukum kawad kaki 14
4 MODUL 4 : Asas Ikatan dan simpulan 18
5 MODUL 5 : Gajet 23
6 MODUL 6 : Pertolongan cemas 30
7 MODUL 7 : Pertandingan mewarnakan poster 36
2
MODUL KOKURIKULUM MASA
MODUL 1 PERSATUAN BADAN BERUNIFORM 1 JAM
AKTIVITI PBB 2021
AKTIVITI Membuat buku log
OBJEKTIF Pelajar mengenali logo PBB masing-masing
PELAKSANAAN ➢ Guru memberikan kertas yang mengandungi semua
logo PBB
➢ Pelajar menulis jenis PBB yang mewakili logo tersebut
➢ Pelajar menggunting logo PBB tersebut dan
tampalkan di muka surat ketiga buku log. (mengikut
kreativiti pelajar)
➢ Logo tersebut perlu diwarnakan dengan warna yang
tepat
BAHAN / ALATAN Buku tulis garis satu, pensil warna, gam, gunting
BAHAN EDARAN Pelajar diberikan sehelai kertas yang mengandungi logo
PBB
CATATAN ➢ Tugasan di rumah : Pelajar perlu melukis logo PBB
masing-masing di muka surat pertama buku log.
(Print dibenarkan)
➢ Pelajar perlu mencari maksud bagi logo tersebut dan
ditulis di muka surat kedua buku log. Maksud perlu
ditulis dengan kemas. (Print tidak dibenarkan)
3
LOGO-LOGO PASUKAN BADAN BERUNIFORM
SMK LAKSAMANA
4
MODUL KOKURIKULUM MASA
MODUL 2 PERSATUAN BADAN BERUNIFORM 1 JAM
AKTIVITI PBB 2021
AKTIVITI Memahami bahasa hukum kawad kaki
OBJEKTIF Pelajar memahami arahan kawad kaki statik dan dinamik
PELAKSANAAN ➢ Pelajar perlu menyalin arahan kawad seperti yang
ditulis oleh guru di papan putih.
➢ Guru menerangkan gerakan kawad tersebut
➢ Pelajar membuat latihan arahan kawad di tempat
duduk masing-masing
BAHAN / ALATAN Buku log, alat tulis
BAHAN EDARAN Tiada
CATATAN ➢ Tugasan di rumah : Pelajar perlu membuat latihan
pergerakan kawad kaki statik.
5
PENGENALAN KAWAD KAKI (Tidak perlu salin. Hanya terangkan kepada pelajar sahaja)
TUJUAN KAWAD
1. Untuk membentuk seorang anggota supaya bermegah dengan tatatertib yang cergas dan taat setia
kepada PPB masing-masing
2. Membentuk anggota supaya berkerjasama dalam satu kumpulan.
3. Berkawad adalah asas untuk membentuk tatatertib
4. Tujuan berkawad bukanlah sebagai satu hukuman mendera, tetapi untuk membina tatatertib satu-
satu kumpulan.
5. Kawad kaki mengandungi 5 elemen:
Kawad statik
Kawad dinamik
Kawad asas
Kawad formasi
Kawalan kehormatan
6
Bahasa Hukum Kawad Kaki (Perlu disalin)
1. Baris / Skuad.
2 Baris Sedia.
3 Ke Kanan.. Lurus.
4 Pandang Depan .
5 Buka Barisan... Gerak .
6 Tutup Barisan... Gerak.
7 Bergerak ke kanan Bertiga-tiga.., Kekanan Pusing.
8 Skuad akan menghadap ke Hadapan, Ke kiri Pusing.
9 Bergerak ke kiri Bertiga-tiga.., kekiri Pusing.
10 Bergerak ke kanan Bertiga tiga, ke belakang Pusing .
11 Bergerak ke kiri Bertiga tiga , ke belakang Pusing .
12 Skuad akan Menghadap keHadapan , Ke kanan Pusing.
13 Skuad akan Menghadap ke belakang , ke belakang Pusing.
14 Bergerak kekanan bertiga-tiga , ke kanan pusing .
15 Skuad akan menghadap ke belakang , ke kiri pusing.
16 Bergerak ke kiri bertiga-tiga , ke kiri pusing .
17 Skuad akan menghadap ke belakang , ke kanan pusing.
#PELAJAR PERLU IKUT ARAHAN KE DUA
7
Penerangan Kawad Statik (rujukan guru)
1. Sedia
Hukuman :
"Skuad ..............Sedia"
Perbuatan :
Dengan pantas angkat kaki kanan, peha 45 darjah dan hentak padat di sebelah kaki kiri supaya
terdengar satu bunyi sahaja. Kedudukannya ialah kedua-dua tumit rapat dan sebaris; hujung kaki
terbuka 30 darjah; kedua-dua lutut bertahan lurus; badan tegak; timbang keberatan badan antara
tapak kaki dengan tumit; kedua-dua bahu tarik ke bawah dan ke belakang (supaya dada terbuka tanpa
perlu dikeraskan) sama rata; kedua-dua tangan lurus ke bawah; kedua-dua siku rapat ke badan;
pergelangan tangan lurus; jari-jari genggam; belakang jari rapat ke paha, ibu jari lurus menghala ke
bawah dan rapat kepada telunjuk serta di belakang sedikit daripada penjahitan seluar; langut kepala
memandang terus ke hadapan.
GERAKAN 1 GERAKAN 2
2. Senang diri
Hukuman :
"Senang ..................Diri"
Perbuatan :
Dengan pantas angkat kaki kanan, peha 45 darjah dan hentak ke sebelah kanan sejauh 12 inci. Dalam
masa yang sama kedua-dua tangan ke belakang dan letakkan belakang tangan kanan rapat di atas
tapak tangan kiri, ibu jari bersilang, empat-empat jari bersusun lurus menuju ke bumi , siku lurus, dan
keberatan badan di atas kedua-dua kaki. Masa angkat kaki kanan, kaki kiri mesti tegap dan tidak
bergerak.
Kesalahan Biasa : 4. Menggerakkan kaki kiri menyebabkan rosak
1. Siku bengkok; lurus barisan;
2. Lutut tidak tegap dan tiada bertahan;
3. Bukaan kaki kanan tidak cukup 12 inci; 5. Pinggang bengkok sewaktu mengangkat kaki
kanan;
8
6. Jatuh tumit atau hujung kaki dahulu.
7. Bahu jatuh dan badan mengenjut.
3. Rehatkan diri
Hukuman :
"Rehatkan ................Diri"
Perbuatan:
Dalam kedudukan senang diri, naikkan tangan dari punggung ke pinggang dalam satu pergerakan dan
rehatkan semua anggota badan ( 1 , 2 , rehat ) Kedudukan kaki tidak berubah.
Kesalahan biasa :
1. Kedua kaki bergerak , menyebabkan hilang lurus barisan;
2. Menggeliat dan bercakap-cakap.
Ingatan :
Dalam keadaan "Rehatkan ....... Diri" , Skuad dibenarkan melakukan pergerakan setakat pinggang ke
atas sahaja.
Apabila dapat perintah "Skuad" dengan serta merta balik ke kedudukan senang diri.
REHATKAN DIRI
4. Masuk Baris
Arahan masuk baris :
"Dengar sini semua sekali, apabila mendapat hukuman tiga barisan di hadapan saya gerak, skuad
hendaklah sedia, berlari, berbaris dalam tiga barisan, di hadapan, di tengah-tengah, di mana saya
mengadap. Faham itu skuad".
Hukuman :
"Tiga Barisan Di hadapan Saya ............. Gerak"
Perbuatan :
Semua anggota hendaklah sedia, berlari dengan pantas, berbaris dalam tiga barisan kira-kira 6 langkah
di hadapan ketua/jurulatih iaitu setiap orang mestilah mengambil tempatnya, barisan hadapan, barisan
9
tengah dan barisan belakang. Jarak di antara satu barisan dengan yang lain ialah 30 inci. Jarak di dalam
barisan di antara seorang dengan yang lain ialah sekadar satu tangan dan dalam keadaan sedia.
Kesalahan Biasa : 3. Bercakap-cakap;
1. Datang berbaris tidak berlari 4. Barisan terlalu rapat atau terlalu jauh
2. Tidak melakukan perbuatan sedia sebelum daripada jurulatih.
berlari.
5. Membetulkan barisan
Hukuman:
" Ke kanan ............ Lurus"
Perbuatan:
Penanda kanan diam. Yang lain langkah* kaki kanan 6 inci ke hadapan dan angkat kaki kiri serta hentak
disebelah kaki kanan, kedua - dua tangan lurus dan rapat ke badan. Diam dan kira masa sendiri (2-1).
Kemudian palingkan muka ke kanan; melainkan anggota yang nombor satu dalam setiap barisan;
serentak dengan itu anggota dalam barisan hadapan angkat tangan ke paras bahu melalui sebelah
belakang anggota di kanannya, jari genggam dalam keadaan ibu jari di kedudukan atas mencecah bahu
anggota di sebelah kanan. Diam dan kira masa sendiri, (2-1), diikuti dengan hentak kaki (pendek –
pendek) sehingga barisan lurus.
Penanda kanan hendaklah diam. Anggota di sebelah kanan barisan tengah dan barisan belakang
hendaklah mengangkat tangan sekadar menyentuh bahu anggota di hadapannya. Setiap barisan ini
hendaklah berdiri bersetentang dengan anggota - anggota di hadapan. Sesudah barisan lurus, semua
diam dan tunggu hukuman pandang depan.
Hukuman :
"Luruskan ............ Barisan"
Perbuatan :
Pergerakan seperti di atas juga tetapi tidak perlu melangkah ke hadapan, cuma hentakkan kaki kanan
dan kiri berturut-turut dan terus bergerak betulkan barisan. Apabila barisan telah lurus , turunkan
tangan dan palingkan muka ke depan dalam masa sendiri. Barisan tengah dan barisan belakang
hendaklah mengikuti anggota hadapan.
10
Apabila semua ahli PBSM berbaris dengan lurus iaitu dalam keadaan tangan kanan ke paras bahu rakan
sebelah sambil memusingkan muka ke kanan, pemimpin memberi arahan, ”Pandang depan!”. Semua
ahli perlu memandang hadapan, menjatuhkan tangan dan berdiri dengan keadaan sedia dan diam.
Hukuman:
”Baris! Pandang depan!”
6. Berpusing ke kanan
Hukuman :
”Bergerak ke kanan, kanan ........ Pusing".
Dengan menetapkan kedua-dua lutut lurus, hendaklah berpusing sebanyak 90 darjah ke kanan, di atas
tumit kaki kanan dan hujung kaki kiri dengan mengangkat hujung kaki kanan dan tumit kaki kiri.
Apabila sampai ke hala yang baru tapak kaki kanan terletak atas bumi menyerong ke kanan dan tumit
kaki kiri terangkat. Kedua-dua lutut lurus, badan tegak seperti kedudukan sedia . Keberatan badan di
atas kaki kanan. Angkat kaki kiri dan hentak di sebelah kaki kanan dengan pantas kepada kedudukan
sedia.
Kesalahan Biasa: PUSING KE KANAN
1. Tangan tidak rapat ke badan
2. Hentak kaki tendang kuda.
3. Membongkok
4. Lutut bengkok
5. Angkat peha melebihi 45 darjah
7. Berpusing ke kiri
Hukuman :
”Bergerak ke kiri, Kiri .......Pusing".
Dengan menetapkan kedua-dua lutut lurus, hendaklah berpusing sebanyak 90 darjah ke kiri, di atas
tumit kaki kiri dan hujung kaki kanan dengan mengangkat hujung kaki kiri dan tumit kaki kanan.
Apabila sampai ke hala yang baru tapak kaki kiri terletak atas bumi menyerong ke kiri dan tumit kaki
kanan terangkat. Kedua-dua lutut lurus, badan tegak seperti kedudukan sedia. Keberatan badan di atas
kaki kiri. Angkat kaki kanan dan hentak di sebelah kaki kiri dengan pantas kepada kedudukan sedia.
11
Kesalahan Biasa:
1. Tangan tidak rapat ke badan
2. Hentak kaki tendang kuda.
3. Membongkok
4. Lutut bengkok
5. Angkat peha melebihi 45 darjah
8. Menghadap kehadapan/ belakang
Hukuman :
Menghadap ke belakang , "Belakang ......Pusing".
Menghadap ke hadapan , "Belakang ......Pusing".
Dengan menetapkan kedua-dua lutut lurus, hendaklah berpusing 180 darjah mengikut pusingan jam (
ikut bahu kanan ) , di atas tumit kaki kanan dan hujung kaki kiri dengan mengangkat hujung kaki kanan
dan tumit kaki kiri. Apabila sampai ke hala yang baru tapak kaki kanan terletak atas bumi menyerong
ke kanan dan tumit kaki kiri terangkat. Kedua-dua lutut lurus, badan tegak seperti kedudukan sedia .
Keberatan badan di atas kaki kanan. Angkat kaki kiri dan hentak di sebelah kaki kanan dengan pantas
kepada kedudukan sedia.
Kesalahan biasa:
1. Tangan tidak rapat ke badan
2. Hentak kaki tendang kuda.
3. Membongkok
4. Lutut bengkok
5. Angkat peha melebihi 45 darjah.
6. Badan melonjak ketika berpusing
9. Keluar baris
Ahli-ahli dalam keadaan sedia perlu berpusing ke kanan dan mengangkat kaki kiri ke paras lutut
lalu hentakkannya rapat ke kanan. Selepas itu terus melangkah tiga langkah ke hadapan dan
keluar dari barisan
12
Hukuman:
”Keluar baris!”
10. Bersurai
Berpusing ke kanan, beri hormat dan jatuh tangan. Terus bergerak dengan kaki kiri.
Hukuman:
”Baris bersurai, bersurai!”
Gerakan
GERAKAN BERSURAI
13
MODUL KOKURIKULUM MASA
MODUL 3 PERSATUAN BADAN BERUNIFORM 1 JAM
AKTIVITI PBB 2021
AKTIVITI Memahami bahasa hukum kawad kaki
OBJEKTIF Pelajar memahami arahan kawad kaki statik dan dinamik
PELAKSANAAN ➢ Guru membuat reflekti berkaitan topik perjumpaan
sebelum ini (Hukuman dan arahan kawad)
➢ Pelajar perlu menjawab soalan arahan kawad
➢ Pelajar membincangkan jawapan bersama-sama
guru
BAHAN / Buku log, alat tulis
ALATAN
BAHAN EDARAN Latihan hukuman kawad kaki statik
CATATAN Tiada
14
15
C. Tuliskan perbuatan kawad bagi setiap gambar berikut. (jawapan ditulis di bawah gambar)
16
17
MODUL KOKURIKULUM MASA
MODUL 4 PERSATUAN BADAN BERUNIFORM 1 JAM
AKTIVITI PBB 2021
AKTIVITI Asas Ikatan dan simpulan
OBJEKTIF Pelajar memahami dan mengenalpasti asas ikatan dan
simpulan
PELAKSANAAN ➢ Guru memberikan nota berkaitan ikatan dan
simpulan
➢ Nota perlu ditampal dengan kemas di dalam buku
log
➢ Guru memberikan maklumat berkaitan kegunaan
ikatan / simpulan (nota ke 2)
➢ Pelajar mencuba sekurang-kurangnya 2 jenis
simpulan (dicadangkan simpulan manuk dan buku
sila)
➢ Pelajar menjawab soalan yang diberi. Selesai
menjawab, perlu dibincangkan bersama-sama guru
dan ditampal dengan kemas di dalam buku log.
BAHAN / ALATAN Buku log, gam, gunting, tali
BAHAN EDARAN Nota dan latihan ikatan dan simpulan
CATATAN Tiada
18
Nota Ikatan dan simpulan
19
Padankan kegunaan ikatan dan simpulan berikut
20
Guru membacakan kegunaan bagi simpulan / ikatan ini
21
Untuk rujukan guru
22
MODUL KOKURIKULUM MASA
MODUL 5 PERSATUAN BADAN BERUNIFORM 1 JAM
AKTIVITI PBB 2021
AKTIVITI Gajet
OBJEKTIF Pelajar memahami dan mengenalpasti gajet dan
kegunaannya
PELAKSANAAN ➢ Guru menerangkan secara ringkas berkaitan gajet
(rujuk modul yang diberikan)
➢ Pelajar diberi gambar asas gadet dalam
perkhemahan
➢ Pelajar perlu meneka dan menulis gambar gajet
tersebut. Setelah selesai, gambar perlu ditampal
di dala buku log mengikut kreativiti pelajar.
BAHAN / ALATAN Buku log, gam, gunting
BAHAN EDARAN Latihan gajet
CATATAN Pelajar membina salah satu binaan gadjet di rumah
(Pertandingan mencipta gajet)
Terma dan syarat akan diberikan kemudian
23
UNIT KOKURIKULUM
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN LAKSAMANA
PERSATUAN BADAN BERUNIFORM (PBB)
Pengenalan
Aktiviti perkhemahan adalah merupakan di antara aktiviti yang menarik dan
diminati oleh sebahagian besar pelajar yang terlibat dalam aktiviti kokurikulum
khususnya ahli-ahli Unit Beruniform seperti Kadet Remaja Sekolah.
Apabila kita melakukan aktiviti perkhemahan, beberapa perkara harus diberi
perihatian serius dan dilaksanakan secara terancang dan selamat antaranya;
i. Kaedah menyimpan dan menyusun kelengkapan makan dan minum
seperti pinggang, cawan, sudu dan garfu, kuali dan sebagainya.
ii. Kekemasan susunan kasut dan peralatan perkhemahan seperti cangkul,
pencakar dan seumpamanya
iii. Tempat makan dan menyidai pakaian dan papan kenyataan.
Susunan dan penyimpanan peralatan dan bahan perkhemahan boleh
dibuat dan disediakan dengan membina atau membuat rak dan penyangkut daripada
bahan-bahan yang ada di sekitar kawasan perkhemahan seperti pokok buluh, pokok
bertam, anak-anak kayu, rotan, daun nipah / rumbia dan sebagainya.
Dengan demikian, segala peralatan dan bahan perkhemahan terutamanya
makanan akan tersusun rapi dan kemas walaupun kita berada di kawasan
perkhemahan.
24
Maksud Gajet
i. Gadget – menurut kamus Komprehensif Bahasa Melayu ia bermaksud
alat atau mesin yang kecil.
ii. Gajet – binaan yang dibuat menggunakan bahan-bahan sekitar
perkhemahan dan dicantum/dikukuhkan menggunakan tali/pengikat bagi
menggantikan perabot rumah di tapak perkhemahan.
Tujuan Gajet
i. Tempat menyimpan, menyusun dan memperagakan bahan, peralatan,
pakaian dan maklumat di tapak perkhemahan.
ii. Melindungi makanan dari tercemar
iii. Mengelakkan kemalangan seperti terlanggar peralatan yang tajam
iv. Memudahkan kita merujuk atau mendapatkan maklumat
v. Mencantikkan pemandangan di kawasan perkhemahan
vi. Memudahkan kerja-kerja memasak dan menghidang makanan
vii. Menjadi mercu tanda perkhemahan seperti pintu gerbang dan tiang
bendera.
Jenis-jenis Gajet
i. Gajet tempat kasut
ii. Gajet ampaian pakaian
iii. Gajet pintu gerbang dan jambatan
iv. Gajet tiang bendera
v. Gajet papan kenyataan
vi. Gajet makanan
vii. Gajet penyangkut periuk dan cerek untuk masak
viii. Gajet tempat menyimpan bahan-bahan masakan seperti kicap, cuka dan
sebagainya.
ix. Gajet tempat peralatan seperti cangkul, parang, pencakar, tukul dsb
x. Gajet pagar dan sebagainya
25
26
Asas Pembinaan Gajet
i. Pengetahuan
- mengetahui dan memahami jenis-jenis gajet dan teknik pembuatan
- mengenali jenis-jenis bahan-bahan – pokok buluh, bemban, rotan,
bertam, enau, nibong, resam dsbnya
ii. Kemahiran menggunakan peralatan
- mengetahui dan mahir menggunakan parang, gergaji, pengali
- cara memotong dan membelah bahan seperti buluh dan daun bertam
- meraut buluh menggunakan parang atau pisau
iii. Kemahiran ikatan dan simpulan
- mahir membuat ikatan dan simpulan sekurang-kurangnya ikatan asas
seperti manuk, seraya, silang tungku, silang gunting, lilit pasdul, lilit
balak, lilit tindih kejap, ikatan pengail, lilit kacang/ular, ikatan serong
dan lain-lain
- mahir menyesuaikan ikatan dengan binaan gajet yang dibuat
- kemahiran ikatan dan simpulan tidak sekadar menggunakan tali
semata-mata, bahan lain juga boleh digunakan seperti rotan, bemban,
kulit kayu dsbnya.
27
Silang tungku lilit kacang
Lilit kacang
28
Nyatakan jenis gajet yang berikut
29
MODUL KOKURIKULUM MASA
MODUL 6 PERSATUAN BADAN BERUNIFORM 1 JAM
AKTIVITI PBB 2021
AKTIVITI Pertolongan cemas
OBJEKTIF Asas pertolongan cemas (Peralatan)
PELAKSANAAN ➢ Guru memberikan penerangan berkaitan
pertolongan cemas (rujuk modul)
➢ Pelajar menjawab soalan berkaitan kit pertolongan
cemas. Gunting dan padankan.
➢ Pelajar menampal latihan tersebut di dalam buku
log (mengikut kreativiti pelajar)
BAHAN / ALATAN Buku log, gam, gunting
BAHAN EDARAN Latihan Pertolongan Cemas
CATATAN Tiada
30
PERTOLONGAN CEMAS
Definasi
➢ Adalah bantuan awal yang diberikan kepada yang sakit atau cedera, sebelum ketibaan
ambulans atau pakar yang berkelayakan.
➢ Pertolongan yang diberikan kepada mereka yang tercedera atau sakit dengan tiba-tiba
sebelum mendapat rawatan dari pihak doktor atau sebelum ketibaan Ambulans.
Objektif
➢ Untuk menyelamatkan nyawa
➢ Untuk mengelakkan kecederaan menjadi bertambah terus
➢ Memberi kelegaan dan keselesaan
➢ Menyelamatkan Nyawa;
• Sekiranya terhenti jantung dan pernafasan berikan bantuan pemulihan pernafasan dan
jantung;
• Setiap saat adalah penting;
• Berhentikan pendarahan; dan
• Pulihkan renjatan
➢ Mengelakkan keadaan dari menjadi lebih teruk ;
• Mengurangkan pergerakan;
• Melindungi pesakit;
• Jangan memberi apa-apa makanan atau minuman melalui mulut;
➢ Memberikan kelegaan dan keselesaan
• Memberi semangat yang teguh kepada pesakit yang masih sedar;
• Jangan tinggalkan pesakit berseorangan
• Pastikan keadaan pesakit – periksa nadi dan pernafasan.
Sifat-sifat Ahli Pertolongan Cemas (PC)
➢ Tajam perhatian – nampak segala tanda-tanda dan gejala kecederaan;
➢ Pantas ikhtiar – hendaklah menggunakan apa yang sesuai yang terdapat di sekeliling kita;
➢ Tidak kasar –jangan mencedera dan menyakitkan orang yang cedera;
➢ Berakal berbudi - berbudi tinggi dan tidak berlaku kasar;
➢ Bertimbang rasa – hendaklah bersimpati dengan orang yang tercedera;
➢ Sentiasa senyum – muka yang tersenyum memberikan keyakinan;
➢ Memberi pertolongan apa yang tahu sahaja – lakukan setakat kemanpuan sahaja;
Amaran
Jangan beri bantuan kalau tak tahu – ini boleh menjadikan kecederaan mangsa yang
sedia ada menjadi lebih teruk
31
Penilaian Asas ➢ Periksa Peredaran Darah
➢ Periksa Tahap Kesedaran ➢ Periksa Pendarahan
➢ Periksa Saluran Udara
➢ Periksa Pernafasan Jangan Tinggal Mangsa Yang Tidak Sedar
Diri
DRABC
Tiga Prinsip Asas
Danger (Bahaya)
✓ Mangsa/Penyelamat terdedah kepada Menyoal mangsa dan
bahaya ? orang awam
Response (Respon) Periksa tanda-tanda
✓ Mangsa sedar ? yang penting
Airway (Salur Udara) Periksa dari kepala
✓ Salur udara terbuka/terhalang ? hingga kaki
Breathing (Pernafasan)
✓ Mangsa bernafas ?
Circulation (Edaran Darah)
✓ Nadi berdenyut ?
Menilai Kondisi Pesakit
BAHAYA - Adakah anda dan pesakit terdedah kepada bahaya
TINDAKBALAS - Adakah pesakit sedar
SALUR UDARA - Adakah salur udara terbuka dan tiada halangan
PERNAFASAN - Adakah pesakit itu bernafas
SIKURLASI - Adakah nadi mangsa berdenyut
Memeriksa Mangsa & Tindakan
1. Tidak Sedar diri, tiada nadi atau tidak bernafas;
✓ Dail 999 untuk ambulans; ✓ Mulakan CPR
2. Tidak Sedar diri, tidak bernafas tetapi ada nadi;
32
✓ Beri 2 hembusan pernafasan sehingga ✓ Dail 999 untuk ambulans;
mangsa boleh bernafas sendiri; ✓ Mulakan CPR;
✓ Periksa nadi karotid ✓ Letakkan pesakit dalam keadaan
baringan pemulihan;
3. Tidak Sedar diri , bernafas dan ada nadi;
✓ Rawat mana-mana kecederaan yang ✓ Dapatkan bantuan;
boleh merbahayakan nyawa;
✓ Dapatkan bantuan jika perlu;
4. Sedar, bernafas dan nadi wujud;
✓ Rawat sebaik-baik cara;
Penilaian Pesakit
Penilaian Tempat Kejadian ✓ Mekanisma kecederaan;
✓ Keadaan persekitaran;
✓ Benda bahaya; dan
Tinjauan Awal
✓ Tahap kesedaran AVPU ✓ Pernafasan;
(A – Alert V – Verbal P-Pain U – ✓ Peredaran darah;
Unconscious) ✓ Pemeriksaan pantas seluruh badan;
✓ kestabilan tulang belakang ✓ Pemberian oksigen.
✓ Saluran pernafasan;
Beri rawatan serta merta jika terdapat masalah
Tinjauan Lanjutan ✓ Ubatan
✓ Sejarah, Aduan utama mangsa, Sejarah ✓ Alahan
aduan
✓ Latar belakang penyakit mangsa;
Tanda utama ✓ Pendarahan, bengkak, lebam dan
✓ Tahap kesedaran; berubahan bentuk;
✓ Nadi, pernafasan dan kulit;;
✓ Pemeriksaan dari kepala hingga
hujung kaki;
Rawatan
❖ masalah lain yang tidak mengancam nyawa jika perlu
Rekod
❖ Rekod laporan yang diperolehi
33
Gunting dan tampal
34
Gunting dan tampal
35
MODUL KOKURIKULUM MASA
MODUL 7 PERSATUAN BADAN BERUNIFORM 1 JAM
AKTIVITI PBB 2021
AKTIVITI Pertandingan mewarnakan poster
OBJEKTIF Menggambarkan suasana perkhemahan
PELAKSANAAN ➢ Guru memberikan gambar berkaitan suasana
perkhemahan
➢ Pelajar perlu mewarnakan gambar tersebut
➢ Pelajar dibenarkan untuk menambahkan apa sahaja
lukisan di atas kertas tersebut (mengikut kreativiti
pelajar)
BAHAN / ALATAN Warna
BAHAN EDARAN Poster perkhemahan
CATATAN Pemenang akan dipilih mengikut tingkatan
36
37