The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

BUKU SKRAP DIGITAL E-KARNIVAL PPDA

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by NURFIDYANA BINTI ARSHAD KPM-Guru, 2023-08-08 01:57:09

BUKU SKRAP DIGITAL PPDA

BUKU SKRAP DIGITAL E-KARNIVAL PPDA

Keywords: PPDA

LEBIH BAIK LEBIH BAIK CEGAH! MURID CERIA,GURU BAHAGIA,SEKOLAH ,SEKOLAH BITARA Katakan "TIDAK" pada DARVIH


Nama : Nur Dhiya' Dinie bt Mohd Radzi Umur : 17 Tahun (Tingkatan 5) Sekolah : SMK Seksyen 10 Kota Damansara Kod Sekolah : BEA8638 Nama : Aisyah Busyra bt Md. Zamakhsyari Umur : 17 Tahun (Tingkatan 5) Sekolah : SMK Seksyen 10 Kota Damansara Kod Sekolah : BEA8638 BIODATA GURU PEMBIMBING Nama Guru Pembimbing: Cikgu Nurfidyana Arshad Jawatan: Guru Bimbingan dan Kaunseling Nama : Nurul Iman Najihah binti Mohamed Nasri Umur : 17 Tahun (Tingkatan 5) Sekolah : SMK Seksyen 10 Kota Damansara Kod Sekolah : BEA8638 Peserta Peserta Peserta


Dadah? Apa itu Dadah? "DADAH" atau "drug" adalah bahan atau kimia yang amat berbahaya kepada individu yang menggunakannya kerana ia mengubah cara minda dan tubuh badan manusia berfungsi Menurut Kamus Dewan Melayu-Inggeris, 'Drug' bermaksud ubat-ubatan. Walaupun memberi takrif penyalahgunaan kepada 'Drug' perkataan 'use' , 'misuse' , atau 'abuse' perlu digunakan bersama-sama dengan perkataan 'drug'. Contohnya 'drug abuse' atau 'misuse of drug' yang membawa maksud penyalahgunaan dadah. Dadah merupakan satu istilah khas yang merujuk kepada sejenis bahan yang mendatangkan kemudaratan kepada kesihatan seseorang dari segi fizikal, mental dan emosi serta tingkahlaku pengguna apabila digunakan. Akibat daripada kesan ini, seseorang yang menyalahgunakan dadah akan menjadi ketagih dan akan terus bergatung kepadanya. dadah JENIS DADAH Opiat Halusinogen Stimulan Ganja Depresen Ketum


alkohol Alkohol sinonim dengan arak atau minuman keras selalunya diminum ketika bersosial atau digunakan untuk mempertingkatkan “mood”. Ia juga boleh mengakibatkan ketagihan jika selalu diminum. Minuman beralkohol terdapat dalam pelbagai bentuk termasuk bir, wain, brandi dan wiski Apabila seseorang mengambil alkohol, ia akan memperlahankan fungsi sistem saraf pusat .Ia juga akan mengubah persepsi, emosi, pergerakan, penglihatan, dan pendengaran seseorang Penyalahgunaan alkohol akan menyebabkan seseorang terlalu bergantung kepadanya sepanjang masa. Seseorang itu disyaki mengalami ketagihan alkohol apabila gagal untuk berhenti dari terus minum, gejala fizikal ( berketar, berpeluh dan loya) , perlu meningkatkan jumlah alkohol yang diminum dan banyak lagi.


Rokok dibakar pada salah satu hujungnya dan dibiarkan membara supaya asapnya dapat disedut melalui mulut pada hujung yang lain. rokok Rokok merupakan silinder kertas yang berisi daundaun tembakau yang telah dicincang. Terdapat dua jenis rokok, iaitu rokok yang bertapis dan tidak bertapis. Rokok yang bertapis dibuat daripada bahan busa serabut sintetik yang berfungsi untuk menyaring nikotin. BAHAN-BAHAN YANG TERKANDUNG DALAM ROKOK nikotin tar sianida benzena kadmium metanol asetilena amonia formaldehid arsenik karbon monoksida hidrogen sianida


vape Perkataan "vape" berasal daripada perkataan slang bahasa Inggeris untuk "vaporizer" iaitu alat yang digunakan untuk menghisap ganja, tembakau dan campuran rokok lain Kementerian Kesihatan mendefinisikan peranti elektronik yang mengandungi nikotin adalah dirujuk sebagai 'rokok elektronik' (eCig), sementara yang tidak mengandungi nikotin, adalah dirujuk sebagai Vape. Walaupun vape didakwa tidak mengandungi nikotin, namun cecair "refill" yang dijual berkemungkinan besar masih mengandungi nikotin. Begitu juga cecair refill rokok elektronik, telah dilaporkan ditambah dadah atau bahan-bahan terlarang berbahaya yang lain. Akibat daripada ini, vape dapat menurunkan sistem imunisasi badan. Cecair vape mengandungi paras nikotin yang tinggi yang boleh mengakibatkan kematian. Cecair vape juga mengandungi pelbagai perisa merbahaya dan menunjukkan sitotoksisiti (cecair yang mampu membunuh sel paru-paru, otak dan lapisan kulit) yang tinggi.


inhalan Inhalan juga merupakan sejenis dadah yang lebih dikenali sebagai hidu gam di Malaysia. Selain daripada gam, terdapat banyak lagi bahan yang boleh dihidu bagi mendapatkan kesan “high” ataupun euforia. Walaubagaimanapun penggunaan mana-mana inhalan ini sangatlah berbahaya kerana boleh merosakkan otak dan saraf seseorang secara kekal. Selain itu inhalan atau hidu gam juga dapat memberikan kesan psikoaktif kepada otak dan menyebabkan penagihan yang teruk. Inhalan secara umumnya dibahagikan kepada empat kategori iaitu pelarut mudah meruap, aerosol, gas dan nitrit. Kesan inhalan selalunya hanya bertahan selama beberapa minit. Penggunanya akan cuba mendapatkan kesan “high” dengan lebih lama dengan menyedut inhalan ini secara berterusan selama beberapa jam.


HIV&AIDS Apa itu HIV&AIDS? HIV atau Human Immunodeficiency Virus adalah virus yang memusnahkan sistem ketahanan badan seseorang dan menyebabkan AIDS. Ini boleh mengakibatkan pesakit mudah mendapat jangkitan kuman dan kanser. AIDS adalah singkatan bagi ‘Sindrom Kurang Daya Tahan Melawan Penyakit’ dan adalah peringkat terakhir jangkitan HIV. HIV mudah dijangkiti melalui cecair badan seperti darah, air mani, Cecair faraj dan Susu ibu. HIV boleh merebak melalui hubungan seks bebas bersama individu yang telah dijangkiti (termasuk hubungan melalui faraj, dubur atau mulut), penagih dadah yang berkongsi jarum dan alat suntikan, pemindahan darah dan organ yang tercemar dengan virus HIV dan Ibu yang telah dijangkiti boleh merebakkan HIV kepada bayinya ketika dalam rahim, melahirkan atau sewaktu menyusu.


PENGHARGAAN bersyukur ke hadrat ilahi kerana dengan limpah dan kurniaNya dapat juga kami menyiapkan tugasan Buku Skrap Digital ini. Ribuan Terima Kasih di ucapkan kepada individu penting yang banyak membantu kami sepanjang kami menyiapkan buku skrap ini. Pertama sekali kepada guru pembimbing kami, Cikgu Fidyana yang banyak memberikan bimbingan dan semangat kepada kami . Selain itu juga, ribuan terima kasih kepada Ibu Bapa kami yang banyak memberi sokongan dan dorongan kepada kami sepanjang buku skrap digital ini disiapkan. Tidak lupa juga kepada rakan-rakan seperjuangan yang samasama berhempas pulas dalam menyempurnakan Buku skrap digital ini. Budi kalian yang sanggup meluangkan masa, tenaga dan idea untuk memberikan maklumat serta memperindahkan buku skrap ini merupakan satu usaha yang tidak akan dilupakan .


PENUTUP Kesimpulanya, kita perlulah mengamalkan gaya hidup sihat dan mengelakkan diri daripada perkara yang sia-sia serta perkara yang memudaratkan diri kita. Terdapat pelbagai aktiviti yang boleh kita lakukan untuk mengisi waktu lapang atau menghilangkan tekanan seperti beriadah. Selain daripada itu, pilihlah kelompok yang baik yang berusaha mencapai kecemerlangan dalam akedemik, sahsiah dan kokurikulum. Dengan ini,kita dapat membebaskan diri kita daripada amalan yang tidak memberi faedah dan merugikan serta menghancurkan masa hadapan.


Click to View FlipBook Version