Nama: Nur Anira Sofia Binti Hizam Sekolah: Kolej Vokasional Balik Pulau Tema Cerpen: Kelestarian Alam Tajuk: LEPTOSPIROSIS Suasana hening pagi yang indah dan damai, kedengaran ayam berkokok menandakan munculnya matahari di pagi hari. Sayup kelihatan sosok tubuh keluar dari khemah sambil meregangkan badannya selepas bangun dari tidur yang nyenyak. Aniq menghirup udara segar dan menatap keindahan alam di sekeliling kawasan sungai di mana dia berkhemah. Sedang dia menghirup udara segar, matanya tertatap sesuatu yang kurang selesa untuk dilihat. Dia terlihat sekumpulan remaja sedang merokok dan membuang sampah merata di kawasan air terjun berdekatan. Aniq mengambil keputusan untuk membiarkan sahaja perbuatan mereka takut dirinya pula diapa-apakan. "Awalnya kau bangun." Tegur Ah Cheng selepas mendapati rakannya tiada di dalam khemah. "Aku nak hirup udara segar. Bukan selalu boleh hirup udara sesegar ini. Kau bangun awal buat apa?" Balas Aniq sambil kehairanan. Pelik akan rakannya yang jarang-jarang nak bangun awal pagi. "Aku? Dah kau hilang, aku ingat kau kena culik." Sambil mengomel, mata Ah Cheng tertumpu kepada sekumpulan remaja yang berada di tepi sungai. "Mengarut ja kau ni." Aniq menggelengkan kepalanya. "Eh Aniq kau tengok sekumpulan remaja tu. Tak nampak ka ada papan tanda menyatakan dilarang merokok dan membuang sampah merata." Mata Ah Cheng tidak lari dari memandang sekumpulan remaja tersebut.
"Biarlah mereka tu. Nanti ditegur kita pula yang diapa-apakan." Aniq berjalan menuju ke khemah Raju untuk mengejutnya bangun. Ah Cheng hanya mengangguk walaupun dia tidak bersetuju dengan Aniq. "Raju bangun la- eh! mana budak India ni pergi?" Kepala Ah Cheng bergerak kiri dan kanan mencari Raju. "Raju pergi tandas rasanya. Sekejap lagi dia balik lah tu. Dahlah jom pergi tengok mana tau sarapan sudah siap dihidang." Aniq menarik lengan Ah Cheng dan tanpa bertanyakan sebarang soalan Ah Cheng mengikut langkah Aniq. Selepas mengambil makanan dan berjalan pulang ke khemah, mereka terserempak dengan Puan Syiqin iaitu guru pembimbing mereka. "Selamat pagi puan." Aniq dan Ah Cheng menyapa dengan serentak. "Selamat pagi. Kamu berdua buat apa di sini? Saya ingat kamu berdua ikut Raju ke hospital." Soal Puan Syiqin. "HAH?" Aniq dan Ah Cheng menjerit serentak. "Lah, kamu berdua tidak tahu? Raju demam panas, muntah-muntah dan badan dia naik ruam. Jadi, Cikgu Hisyam bawa dia ke hospital dan mendapati dia dijangkiti penyakit Leptospirosis." Terang Puan Syiqin sambil menyuap kuih Seri Muka ke dalam mulutnya. "Penyakit apa tu? Lain macam ja bunyi dia." Aniq menggaru kepalanya yang tidak gatal manakala mulut Ah Cheng melopong tidak tahu penyakit yang disebut Puan Syiqin.
"Haih, dipendekkan cerita Raju dijangkiti penyakit kencing tikus." Puan Syiqin menggelngkan kepalanya. "Oh, kencing tikus...HAH! RAJU KENA KENCING TIKUS?" Aniq dan Ah Cheng masing-masing terkejut dengan berita yang disampaikan oleh Puan Syiqin. "Jangan risau, keadaan dia tidak begitu kritikal. Dah, pergi makan sarapan tu. Selepas itu, pergi bersiap untuk pulang." Puan Syiqin cuba menenangkan dua orang pelajarnya itu. "Baik Puan." Aniq dan Ah Cheng berlalu pergi menuju ke khemah mereka. "Aniq, jom melawat Raju di hospital esok." Ah Cheng melipat bajunya dan memasukkan ke dalam beg. "Kau tahu ka hospital mana dan nombor wad Raju?" Aniq mengangkat begnya keluar dari khemah. "Aku dah mesej Cikgu Hisyam tanya semua tu. Esok aku ambil kau dekat rumah kau. Aku bawa motorsikal." Ah Cheng membawa keluar beg dan bantal yang dibawanya keluar dari khemah. "Laju ja kau bab nak keluar rumah ni." Aniq melipat khemah yang telah mereka turunkan tadi. Ah Cheng tersenyum mendengar ayat Aniq. Keesokkan harinya, belum terbang lalat, dari jauh kelihatan tiga sahabat sedang berbual di dalam wad 407.
"Raju macam mana kau boleh kena kencing tikus?" Soal Aniq yang berdiri di sebelah katil Raju. Mahu saja dia menerkam Ah Cheng yang duduk dengan selesa di atas kerusi pelawat. "Doktor kata mungkin aku terkena air kencing daripada haiwan yang tejangkit seperti tikus, anjing dan kucing sewaktu mandi di air terjun sehari sebelum semua pulang." Terang Raju sambil menyuap lontong kari ke dalam mulutnya. "Perkara ini tidak akan berlaku kalau tiada manusia yang suka buang sampah merata tempat. Bila ada sampah, wujudlah tikus. Selepas itu, orang lain yang kena menanggung derita. Tak ada hati perut betul." Ah Cheng membebel sambil berjalan kehulur-kehilir. Sementara itu Aniq mengambil peluang itu untuk duduk di kerusi pelawat. "Betul tu aku setuju. Nasib baik Cikgu Hasyim bawa aku ke hospital dengan segera. Aku tak sangka pula aku dijangkiti kencing tikus. Dahlah kencing tikus boleh menyebabkan kematian." Jelas Raju sambil memeluk badannya seakana ketakutan. "Itu lah kalau tidak hilanglah sahabat kami yang kuat makan." Gurau Aniq. Raju memuncungkan bibirnya menandakan dia merajuk namun makin galak Aniq dan Ah Cheng ketawa melihat kelakuan Raju. Akhirnya, Raju turut ketawa bersama. "itu laa aniq, semlm aku dah ingtkan kau untuk tegur mereka yang hisap rokok dan buang sampah merata-rata semalam, kesan masalah ini mungkin tidak terkena pada kita tetapi perlu agar orang lain tidak terkena." Bebel Ah Cheng kepada Aniq. Kesimpulannya, janganlah buang sampah merata tempat kerana perkara yang kita lakukan akan membawa padah kepada orang lain. Bagai meletup di sana, di sini bunyinya.