1 PENGENALAN MANUAL Manual (Workbook) Penjagaan Warga Emas Berasaskan Ilmu Psikospiritual Islam 2023
2 Kandungan Pengenalan Manual BAB1: PERANAN DAN FUNGSI INDIVIDU BAB 2: PRINSIP ASAS PSIKOSPIRITUAL ISLAM DALAM PENJAGAAN
3 04 Lain-lain individu (masyarakat) BAB 1: PERANAN DAN FUNGSI INDIVIDU Warga Penjaga Emas Objektif 01 02 03
4 Manual (Workbook) Penjagaan Warga Emas Berasaskan Ilmu Psikospiritual Islam 2023 No. Masa Kandungan Perincian Kaedah/ Proses Bahan Bantu Aktiviti (BBA) 1. Objektif Modul 1. Menjelaskan definisi individu yang terlibat. 2. Menjelaskan peranan asas yang perlu dilaksanakan oleh individu 3. Menerangkan ganjaran dan kebaikan yang diperolehi oleh individu. 2. Pengenalan Warga Emas Definisi Warga Emas: Merujuk kepada individu yang berumur 60 tahun dan ke atas seperti yang diterima pakai dalam United Nations World Assembly on Ageing di Vienna (PBB, 1982) dan dalam kalangan negara-negara ASEAN (Dasar Warga Emas, 2011). Penuaan: Satu proses semulajadi di mana berlakunya perubahan fizikal, psikologi dan sosial. Ia tidak semestinya dikaitkan dengan penyakit. Penuaan adalah proses sepanjang hayat yang berlaku semenjak seseorang insan itu dilahirkan.
5 Peranan Warga Emas Peranan Warga Emas Psikologi Spiritual Fizikal Sosial
6 Psikologi: • Menjaga kesihatan mental. • Mengakui keterbatasan diri. • Menambah kefahaman dan ilmu pengetahuan. • Melengkapkan wasiat. • Memahami proses yang sedang dilalui dan kondisi yang sedang dialami. Spiritual: • Menjaga kesejahteraan spiritual. • Reda dengan keadaan diri dan ujian yang diterima. • Tawakkal dengan usaha dan rawatan yang dijalankan. • Bersangka baik dengan Allah. • Lebih mendekatkan diri dengan Tuhan. • Lebih banyak mengingati mati. • Mengingati dunia adalah sementara. • Mengingati dunia adalah tempat ujian. • Memperbanyakkan zikir. Fizikal: • Menjalani rawatan kesihatan. • Menjalani kehidupan seperti biasa. Sosial: • Hak untuk meminta pertolongan, manusia diciptakan untuk saling berkenalan dan bantu membantu. • Hak untuk mendapat kumpulan sokongan. Peranan Warga Emas
7 Cabaran dan Ganjaran Kebaikan Cabaran kesakitan dan keterbatasan fizikal. Cabaran ketidakstabilan emosi. Cabaran rasa putus asa dan hilang keyakinan. Cabaran keterbatasan pergaulan sosial. Stigma ketidakupayaan individu tersebut dalam masyarakat (kurangnya penglibatan dalam masyarakat). Perlukan perhatian dan bantuan dari individu lain. Masalah kewangan. Masalah keupayaan / berisiko (vulnerable) Contoh: Orang kurang upaya, warga emas mental, kanakkanak Memerlukan kepada wakil/waris untuk membuat keputusan CABARAN Mendapat ganjaran pahala dan kebaikan. Kesakitan dan musibah adalah dikira satu ibadah. Satu peringatan tentang kehidupan dunia. Lebih banyak mengharapkan kebaikan untuk kehidupan akhirat. GANJARAN DAN KEBAIKAN
8 Manual (Workbook) Penjagaan Warga Emas Berasaskan Ilmu Psikospiritual Islam 2023 No. Masa Kandungan Perincian Kaedah/ Proses Bahan Bantu Aktiviti (BBA) 3. Penjaga Carer: Orang yg menjaga iaitu memberi perlindungan, memelihara dan lain-lain (PRPM, 2022). Carer juga ialah individu yang mendapatkan nasihat atau perkhidmatan atau latihan yang diiktiraf (training of the trainers) daripada pihak lain yang layak untuk memberikan perkhidmatan terbabit. Antara kategori penjaga: 1. Ahli Keluarga 2. Penyedia Khidmat Kesihatan 3. Penyedia Khidmat Penjagaan Spiritual 4. Lain-lain (Masyarakat)
Penjaga: Ahli Keluarga 9 • Kaum keluarga ialah saudara-mara, kaum kerabat, sanak saudara; keluarga sedarah sekalian orang yang mempunyai perhubungan keturunan antara satu sama lain (sama nenek moyang mereka); keluarga juga ialah orang yang bertalian (menjadi sanak saudara) kerana perkahwinan. Ahli Keluarga Psikologi: • Berkongsi rasa dengan warga emas. • Menjadi tempat luahan perasaan. • Berkomunikasi dengan warga emas secara baik. • Tidak berkata negatif atau memarahi warga emas. • Cuba untuk memenuhi kehendak warga emas. • Sentiasa memberi kata-kata yang baik dan semangat kepada warga emas. • Menggalakkan warga emas untuk menjalani rawatan. Spiritual: • Sentiasa mengingatkan warga emas tentang takdir dan tawakal. • Mengingatkan warga emas tentang tanda kasih sayang Allah. • Mengingatkan warga emas tentang tuntutan amalan. • Menggalakkan warga emas melaksanakan amalan sunat. • Membantu untuk melaksanakan ibadah. • Bersama-sama warga emas melaksanakan amalan ibadah. Fizikal: • Menjaga keperluan warga emas. • Menguruskan hal rawatan. • Mengendalikan urusan rumah tangga dan keluarga. • Memastikan keselesaan warga emas. • Memahami keadaan warga emas. Sosial • Memberi sokongan kewangan. • Membantu warga emas untuk urusan rawatan. Peranan dan Sokongan Ahli Keluarga
10 Membuat keputusan rawatan bagi pihak warga emas. Masalah kewangan. Kepenatan. Berhadapan dengan ketidakstabilan emosi. Tiada waktu untuk diri sendiri (lack of me time). Penjaga keletihan (carer fatique). Tidak bebas untuk bergerak. Tekanan Trauma Sekunder (Secondary Traumatic Stress-STS) - Penjaga mengalami trauma dengan apa yang berlaku kepada warga emas. Kadang-kadang mengalami kesedihan yang lama (pathological grief). CABARAN Mendapat ganjaran pahala dan kebaikan daripada Allah. Didoakan oleh para malaikat. Satu peringatan tentang kehidupan dunia. Lebih banyak mengharapkan kebaikan untuk kehidupan akhirat. GANJARAN DAN KEBAIKAN
Penjaga: Penyedia Khidmat Kesihatan (Healthcare Provider) 11 • Penyedia khidmat kesihatan ialah orang, institusi, badan atau lain-lain yang terlibat dalam menyediakan sesuatu kerja untuk memenuhi keperluan kesihatan orang ramai dari sudut perkhidmatan; khidmat kesihatan yang melibatkan rawatan kesihatan fizikal atau patologi, psikologi dan lain-lain. Penyedia Khidmat Kesihatan (Healthcare Provider) Psikologi: • Menyediakan pendidikan dan maklumat kepada warga emas, penjaga dan keluarga. • Menyediakan rujukan kepada perkhidmatan sokongan dan program kesihatan. • Membantu mengurangkan tekanan bagi mempercepatkan pemulihan warga emas. • Sokongan psikologi atau mental (mengikut keperluan). Spiritual: • Menyokong dan membantu merealisasikan hasrat warga emas. • Menyediakan perancangan akhir hayat. • Menyediakan saluran bantuan selepas kematian kepada ahli keluarga dan penjaga. Fizikal: • Merawat dan mengawal simptom warga emas (ubat-ubatan). • Membantu melegakan kesakitan warga emas. • Memastikan keselesaan warga emas. • Membantu melengkapkan keperluan warga emas. • Terlibat dalam sokongan pengurusan diri dan aktiviti harian (kebersihan dan diet seimbang). Sosial • Kata-kata yang baik. • Berkomunikasi dengan baik dengan warga emas. • Menyokong warga emas dari aspek keperluan dan emosi Peranan dan Sokongan
12 CABARAN Berhadapan kepelbagaian emosi warga emas. Berhadapan dengan kehendak dan emosi ahli keluarga. Warga emas yang tidak bersedia dengan cadangan rawatan. Kekangan kewangan. GANJARAN DAN KEBAIKAN Mendapat ganjaran pahala dan kebaikan daripada Allah. Didoakan oleh para malaikat. Satu peringatan tentang kehidupan dunia. Lebih banyak mengharapkan kebaikan untuk kehidupan akhirat.
Penjaga: Penyedia Perkhidmatan Penjagaan Spiritual 13 • Penyedia perkhidmatan penjagaan spiritual ialah kakitangan kesihatan yang terlibat dalam aspek penjagaan spiritual. Warga emas perlu dirawat secara holistik dengan mengambil kira latar belakang dan kepercayaan masing-masing, bukan sahaja untuk membantu mereka memahami tentang penyakit, tetapi juga bagi tujuan terapeutik dan sokongan spiritual. Penyedia Perkhidmatan Penjagaan Spiritual Psikologi: • • Menyediakan pendidikan dan maklumat kepada warga emas, penjaga dan keluarga. • • Menyediakan rujukan kepada perkhidmatan sokongan dan program kesihatan. • • Membantu mengurangkan tekanan bagi membantu mempercepatkan pemulihan warga emas. • • Sokongan psikologi atau mental (mengikut keperluan). Spiritual: • • Memberi bantuan dan sokongan aktiviti spiritual dan keagamaan. • • Menyokong dan membantu memenuhi hasrat dan kehendak hati warga emas. • • Menyediakan penjagaan selepas kematian kepada ahli keluarga dan penjaga. Fizikal: • • Membantu melegakan kesakitan warga emas. • • Memastikan keselesaan warga emas. • • Membantu melengkapkan keperluan warga emas. • • Terlibat dalam sokongan pengurusan diri dan aktiviti harian (kebersihan dan diet seimbang).. Sosial • • Kata-kata yang baik. • • Berkomunikasi dengan baik dengan warga emas. • • Menyokong warga emas dari aspek keperluan dan emosi. Peranan dan Sokongan Ahli Keluarga
14 CABARAN GANJARAN DAN KEBAIKAN • Berhadapan kepelbagaian emosi warga emas. • Berhadapan dengan kehendak dan emosi ahli keluarga. • Warga emas tidak dapat menerima keputusan diagnosis. • Warga emas yang tidak bersedia dengan cadangan rawatan. • Mendapat ganjaran pahala dan kebaikan daripada Allah. • Didoakan oleh para malaikat. • Satu peringatan tentang kehidupan dunia. • Lebih banyak mengharapkan kebaikan untuk kehidupan akhirat.
Lain 15 -lain Individu (Masyarakat dan Sukarelawan) • Kumpulan manusia yang hidup bersama di sesuatu tempat dengan aturan dan cara tertentu; individu yang sama-sama ada dalam sama-sama dalam pergaulan kehidupan Masyarakat • Individu yang melakukan sesuatu dengan sukarela. Sukarelawan ialah seseorang yang mempunyai minat mendalam terhadap aktiviti yang bertujuan membantu orang lain dan terlibat secara langsung dalam kegiatan kesukarelawanan. Sukarelawan tidak mengharapkan ganjaran tetapi melakukannya dengan setulus hati untuk memenuhi suatu hasrat yang hanya mereka sahaja memahaminya dan untuk kepuasan diri. Antara bentuk-bentuk sukarelawan ialah masa, ilmu, idea, material, tenaga, kemahiran/kepakaran dan pengalaman/wisdom. Sukarelawan Psikologi: • Kecaknaan dan empati • Memberi kata-kata yang baik Spiritual: • Membantu untuk terus berbaik sangka dengan takdir • Membantu urusan ibadah sekiranya diperlukan Fizikal: • Mengambil tahu tentang kondisi dan keperluan individu lain terutama warga emas • Memberi bantuan sekiranya diperlukan • Membantu dari segi logistik dan lain-lain keperluan Sosial: • Sedia memberi khidmat • Bersedia untuk mengorbankan kepentingan diri bagi kemaslahatan umum Peranan dan Sokongan
16 • Masyarakat dan sukarelawan tidak mengetahui secara terperinci berkenaan kondisi warga emas/carer. • Masyarakat dan sukarelawan menghadapi kekangan masa dan tenaga untuk menumpukan perhatian kepada warga emas/penjaga. • Kekurangan sukarelawan yang mempunyai kepakaran berkaitan sebagai contoh dalam bidang psikologi, psikospiritual, kesihatan dan lain-lain CABARAN • Mendapat ganjaran pahala dan kebaikan daripada Allah. • Didoakan oleh para malaikat. • Satu peringatan tentang kehidupan dunia. • Lebih banyak mengharapkan kebaikan untuk kehidupan akhirat. GANJARAN DAN KEBAIKAN
17 04 Elemen Penjagaan dalam Psikospiritual Islam BAB 2: PRINSIP ASAS PSIKOSPIRITUAL ISLAM DALAM PENJAGAAN Definisi Psikospiritual Islam Prinsip Syariah dalam Penjagaan Objektif 01 02 03 08 Prinsip Psikospiritual Islam Matlamat Psikospiritual Islam Falsafah Psikospiritual Islam Psikopatologi Berdasarkan Psikospiritual Islam 05 06 07
18 Manual (Workbook) Penjagaan Warga Emas Berasaskan Ilmu Psikospiritual Islam 2023 No. Masa Kandungan Perincian Kaedah/ Proses Bahan Bantu Aktiviti (BBA) 1. Objektif Modul a) Menjelaskan konsep asas Psikospiritual Islam b) Menerangkan matlamat dalam proses psikoterapi Islam atau terapi Psikospiritual Islam c) Menjelaskan prinsip Psikospiritual Islam dalam penjagaan kesejahteraan psikologi, spiritual, sosial dan fizikal d) Menjelaskan fungsi Psikospiritual Islam dalam penjagaan kesejahteraan psikologi, spiritual, sosial dan fizikal 2. Kandungan Prinsip Asas Penjagaan dalam Psikospiritu al Islam Prinsip Syariah dalam Penjagaan Definisi Psikospiritual Islam Elemen Penjagaan dalam Psikospiritual Islam Psikopatologi Berdasarkan Psikospiritual Islam Falsafah Psikospiritual Islam Matlamat Psikospiritual Islam Prinsip Psikospiritual Islam
19 Prinsip Syariah dalam Penjagaan
20 Kaedah Fiqh االمور ابملقاصدها •Segala urusan berdasarkan niat اليقني ال يزال ابلشك •Keyakinan tidak hilang dengan keraguan املشقة جتلب التيسري •Kesukaran mestilah dimudahkan الضرار يزال •Kemudaratan hendaklah dihilangkan العادة حمكمة •Adat Dijadikan Sebagai Hukum
21 Definisi Psikospiritual Islam Psikospiritual Psiko Singkatan daripada kata psikologi merujuk kepada satu disiplin ilmu yang melibatkan kajian secara saintifik terhadap proses mental dan perilaku manusia. Ia adalah ilmu pengetahuan mengenai pelbagai aktiviti manusia termasuklah masalah-masalah yang dihadapi dalam kehidupan seharian dan rawatan-rawatan terhadap masalah tersebut. (APA, 2022; PRPM, 2022) Spiritual Keprihatinan atau kepekaan terhadap perkara-perkara rohani atau jiwa, terutamanya yang bertentangan dengan kebimbangan materialistik. Lebih khusus, keprihatinan terhadap Tuhan dan kepekaan terhadap pengalaman keagamaan, yang mungkin termasuk amalan agama tertentu tetapi mungkin juga wujud tanpa sebarang amalan. (APA; 2022) Psikospiritual Islam Pemikiran atau kajian yang mengintegrasikan unsur psikologi dan kerohanian tentang proses mental dan pemikiran yang bersifat rohaniah daripada perspektif agama Islam. Psikospiritual Islam boleh difahami satu konsep dan kaedah perawatan kecelaruan jiwa (nafs, ruh, qalb), mental (`aql), emosi (`atifah), mahupun perilaku moral (akhlaq) berteraskan sumber dan amalan dalam Islam berasaskan al-Qur’an, al-Sunnah, ilmu dan amalan para ulama Ahli Sunnah Wal Jamaah dan ilmu pengetahuan yang tidak bercanggah dengan prinsip Syariah Islamiah yang bermatlamatkan kebahagiaan dunia dan akhirat. (Che Zarrina Sa’ari, 2019)
22 Konsep Jiwa menurut Psikospiritual Islam (1) Sandaran kepada jasad, iaitu jiwa merupakan penyempurna awal bagi jisim tabi’i yang mempunyai alat dan berpotensi menerima kehidupan. (2) Aspek hakikat jiwa dan hakikatnya iaitu jiwa merupakan suatu jawhar yang berbeza daripada badan dan mempunyai zat tersendiri. Al-ruh sebagai penghubung di antara jiwa dengan jasad; al-ruh merupakan perantara yang memainkan peranan penting dalam hubungkait antara jiwa, potensi dan seluruh anggota badan. Penghubung/ interaksi awal bagi jiwa dengan jasad/ badan melalui jantung (alqalb/ heart) dan dengan perantaraan al-qalb, jiwa berinteraksi dengan otak dan anggota badan lain. Setiap jasad mempunyai satu jiwa (al-nafs/soul); jiwa manusia merupakan suatu yang tunggal yang melakukan segala aktiviti berbentuk tindakan dan garapan. Al-‘aql ialah Akal (`aql) ialah satu anugerah yang dikurniakan kepada manusia membezakan antara manusia dan haiwan. Al-`aql adalah tempat maklumat dan pengetahuan berkembang. Jiwa sebagai pengurus jasad, jiwa sebagai pentadbir. Manakala badan pula mengikut dan tunduk kepada pengendalian jiwa.
Elemen Penjagaan dalam 23 Psikospiritual Islam Elemen Psikospiritual Islam dalam perbincangan manual ini terbahagi kepada empat elemen utama iaitu spiritual, psikologi, fizikal dan sosial. Elemen penekanan ini dibincangkan berdasarkan saranansaranan agama bagi menjadikan seseorang individu itu hamba yang beriman dan beramal soleh serta menjadi insan yang memberi manfaat kepada agama dan ummah. Dalam konteks manual ini ialah: i) Psikologi ii) Spiritual iii) Fizikal iv) Sosial
Psikopatologi Berdasarkan 24 Psikospiritual Islam Psikologi • Mengkritik diri sendiri • Daya ingatan yang terjejas • Ketidakpastian • Kekeliruan • Berfikir tentang kematian • Kebimbangan • Kesedihan • Kegelisahan (Anxiety) • Rasa bersalah • Marah • Emosi tidak stabil • Mudah marah (Irritability) Spiritual • Rasa kosong (Emptiness) • Hilang pengharapan • Tidak dapat memaafkan diri sendiri dan orang lain • Rasa dimurkai Tuhan • Rasa tidak mendapat ampunan dari Tuhan Fizikal • Hilang pertimbangan dalam tingkah laku • Makan makanan yang tidak berkhasiat • Rutin harian yang tidak terurus • Tidur yang tidak berkualiti (kurang tidur atau terlebih tidur) • Bertindak mengikut hawa tanpa berfikir Sosial • Tidak mampu untuk bersosial atau berhubungan dengan masyarakat dan orang sekeliling • Kehidupan yang tidak memberi apa-apa kebaikan atau sumbangan kepada masyarakat • Menyebabkan kesusahan dan mendatangkan masalah kepada masyarakat
25 Falsafah Psikospiritual Islam Asas falsafah psikospiritual Islam adalah untuk memastikan insan sebagai hamba selamat di dunia dan juga di akhirat. Insan menitikberatkan semua aspek secara holistik dalam menjalankan tanggungjawab sebagai hamba dan khalifah Allah dalam kehidupan berdasarkan panduan al-Quran, al-Sunnah, ilmu dan amalan ulama Ahli Sunnah wal Jamaah dan ilmu pengetahuan yang tidak bercanggah dengan prinsip aqidah dan syariah Islam. Matlamat Psikospiritual Islam Dapat menjaga kesihatan jiwa, mental dan fizikal dengan memastikan agar hari ini lebih baik dari semalam, dan esok lebih baik dari hari ini, seterusnya memperolehi kejayaan di dunia serta di akhirat.
26 Prinsip Psikospiritual Islam Konsep Ketauhidan, Syariah dan Akhlak Berpegang kepada mazhab Ahli Sunnah wal Jamaah, iaitu mazhab fiqh Syafi’i dan mazhab akidah Asya’irah. Beriman kepada kekuasaan Allah SWT Sesuatu rawatan adalah tertakluk kepada Yang Maha Penyembuh iaitu Allah SWT Ketenangan jiwa mempunyai elemen penyerahan diri secara total kepada takdir Allah SWT (Total Submission) Asas-asas ajaran agama dan syariat Islam sebagai panduan Penghayatan dalam menjalankan amalan Mengutamakan amalan yang disarankan dalam sunnah Rasulullah SAW Meraikan segala perkara baik selagi mana tidak bertentangan dengan syariat Islam Berusaha melakukan sesuatu sebaik mungkin Tidak melakukan sesuatu yang melanggar batas agama dan memudaratkan diri Pendekatan Ulama Tasawuf (Imam alGhazali, alMuhasibi, Abu Talib al-Makki) Pendekatan Ulama Tasawuf adalah berkaitan dengan proses penyucian hati dari segala perkara negatif, mengamalkan sifat-sifat positif dan seterusnya memperolehi kebahagiaan di dunia dan akhirat. Model Ulama Tasawuf ini terbahagi kepada 5 bahagian
27 Pelaksanaan Intervensi Psikospiritual Islam Muhasabah Al-Nafs (Rapport & Diagnos / Self-Reflection) Ma'rifah Al-Nafs (Self-Realization) Mujahadah Al-Nafs (Self-struggle) Al-Saadah (Happiness) Riyadah Al-Nafs (Self-training) 1)Tatahhur 2)Tahaqquq 3)Takhalluq Permulaan sesi (Pre-session) Intervensi (Intervention) Matlamat (Goal) Tazkiyah al-Nafs (Purification of soul)
Penerangan Langkah Pelaksanaan Sesi Intervensi 28 Permulaan sesi: 1. Muhasabah Al-Nafs (Rapport & Diagnos / Self-Reflection/ Muhasabah diri): Proses muhasabah diri dengan menilai sesuatu perkara sebelum dan selepas melakukan perbuatan tersebut. Proses mengulang setiap langkah ini berlaku berulang kali dan mencari jawapan kepada masalah yang mungkin timbul dan memperbaikinya. 2. Ma'rifah Al-Nafs (Self-Realization/ Mengenal Diri): Setelah melalui proses muhasabah diri, individu akan dapat mengenali diri mereka dengan lebih baik. Proses ini berpusatkan individu dengan memberi tumpuan kepada keupayaan individu untuk berubah (mengetahui kekuatan/kelemahan, mencari tujuan hidup, mengenal pasti masalah dan menetapkan matlamat) melalui proses penilaian kendiri (Muhasabah al Nafs) yang telah dilaksanakan pada proses permulaan.
29 Proses intervensi: Intervensi melibatkan dua proses utama iaitu mujahadah al-nafs dan riyadah al-nafs. Kedua proses ini adalah saling melengkapi dan dilakukan secara seiring. 3) Mujahadah Al-Nafs (Self-struggle/ Perjuangan diri): Mujahadah ialah perjuangan diri dengan usaha yang bersungguh-sungguh untuk menyucikan diri daripada segala perbuatan keji dan mungkar. Perjuangan untuk membebaskan diri dari rasa putus asa dari rahmat Allah, perjuangan untuk melaksanakan segala tuntutannya dan meninggalkan larangannya seterusnya perjuangan untuk meraih syurga Allah. 4) Riyadah Al-Nafs (Self-training) a) Tatahhur (Penyucian Hati) – Menyucikan jiwa dari pelbagai penyakit hati dan sifat-sifat negatif melalui ajaran dan praktis kehidupan para Nabi seperti yang disebutkan dalam al-Qur’an dan al-Sunnah. b) Tahaqquq (Peneguhan Hati) – Proses pembinaan semula dan peneguhan hati untuk mengubah jiwa supaya berada lebih hampir (taqarrub) kepada Pencipta sehingga memperolehi kedudukan yang mulia di sisi-Nya. Jiwa mampu memfokuskan hati dan fikiran hanya kepada Penciptanya. c) Takhalluq (Aktualisasi diri/ Self-actualization) – Mencapai tahapan diri dengan berakhlak berlandaskan nama dan sifat Allah serta meneladani Rasulullah SAW. Matlamat: Al-Saadah (Kebahagiaan/Happiness): Keupayaan untuk mencapai tahap kebahagiaan tertinggi (transendental) melalui Taqwa dan Ihsan.
30 Sekian, terima kasih.