PENGAJIAN PASCASISWAZAH PUSAT PENGAJIAN UMUM DAN KOKURIKULUM 2023 MANUAL
EDISI PERTAMA 2021 EDISI KEDUA 2023 Hak cipta terpelihara. Dilarang mengeluarkan mana-mana bahagian artikel, ilustrasi dan kandungan buku ini dalam sebarang bentuk elektronik, fotokopi mekanik, rakaman atau sebarang bentuk lain tanpa kebenaran bertulis daripada Jabatan Siswazah, Pusat Pengajian Umum dan Kokurikulum, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM), 86400 Parit Raja, Batu Pahat, Johor Darul Ta’zim, Malaysia adalah dilarang. KELULUSAN Mesyuarat Jawatankuasa Pengajian Siswazah Pusat Pengajian Umum dan Kokurikulum Bil 1/2020
1 PRAKATA Manual Pengajian Siswazah Pusat Pengajian Umum dan Kokurikulum ini diterbitkan oleh Jawatankuasa Pengajian Siswazah, Pusat Pengajian Umum dan Kokurikulum (PPUK) khusus untuk membantu pelajar menulis tesis di peringkat Sarjana Falsafah dan Doktor Falsafah dengan norma akademik yang diterima di peringkat universiti tempatan dan antarabangsa dari segi gaya penulisan dan format. Manual ini dilengkapi dengan Misi, Visi dan Falsafah Pendidikan Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) sebagai pengenalan kepada pelajar untuk lebih jelas dan memahami hala tuju UTHM. Penyataan Objektif Pendidikan Program (PEO) dan Hasil Pembelajaran Program (PLO) turut disertakan sebagai makluman kepada pelajar mengenai hasrat yang ingin dicapai oleh UTHM dan PPUK melalui program yang ditawarkan. Bagi membantu pelajar melalui program Sarjana Falsafah dan Doktor Falsafah dengan lebih lancar, Manual ini turut menampilkan carta alir proses pengajian bagi kedua-dua peringkat pengajian termasuk beberapa fasa penilaian yang perlu dilalui. Carta alir dan garis bagi setiap peringkat penilaian juga disertakan sebagai panduan kepada pelajar untuk lebih peka dengan prosedur kerja setiap peringkat penilaian yang akan dijalankan. Akhir sekali, manual ini juga menyediakan Garis Panduan Penulisan Siswazah sebagai panduan dan bimbingan kepada pelajar untuk menyediakan dokumen berkaitan mengikut keperluan setiap peringkat penilaian. Walau bagaimanapun, Manual Pengajian Siswazah PPUK hanya berbentuk panduan asas dalam penulisan tesis yang mana manual ini merujuk kepada Format Penulisan Tesis (2012) Pusat Pengajian Siswazah Universiti Tun Hussein Onn Malaysia. Oleh itu, adalah dicadangkan agar pelajar menjadikan kedua-dua sumber rujukan ini bersekali dalam penyediaan penulisan pelajar bermula daripada peringkat penyediaan cadangan penyelidikan (proposal) sehingga ke penulisan akhir tesis. Sidang Editor
2 KATA ALUAN DEKAN Setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Allah SWT kerana dengan izin-Nya, Manual Siswazah Pusat Pengajian Umum dan Kokurikulum berjaya diterbitkan. Manual ini diterbitkan sebagai panduan dan rujukan kepada semua pihak tidak kira siswazah yang bakal melapor diri, para penyelia dan pihak pengurusan. Ia terkait dengan prosedur yang bermula dengan permohonan melanjutkan pengajian Ijazah Sarjana atau Ijazah Doktor Falsafah sehingga menamatkan pengajian. Terima Kasih kepada Jawatankuasa Siswazah Pusat Pengajian Umum dan Kokurikulum atas inisiatif ini. Juga semua pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam proses menghasilkan manual ini. Semoga segala usaha dan komitmen yang diberikan akan diberkati dan dirahmati olehNya. Saya selaku Dekan, Pusat Pengajian Umum dan Kokurikulum mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada Jawatankuasa, kerana berjaya menghasilkan Manual Siswazah ini. Hanya Allah jua yang mampu membalasnya. Semoga manual ini dapat dimanfaatkan dengan sebaik-baiknya oleh semua pihak. Sekian, terima kasih Dr Lutfan Bin Jaes Dekan Pusat Pengajian Umun dan Kokurikulum, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.
3 PENGHARGAAN Jawatankuasa Pengajian Siswazah Pusat Pengajian Umum dan Kokurikulum ingin merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada semua ahli jawatankuasa dan ahli akademik yang terlibat dalam proses penerbitan Manual Pengajian Siswazah bermula dari sehelai kertas kosong sehingga terhasilnya sebuah manuskrip yang boleh dijadikan panduan kepada pelajar peringkat Sarjana Falsafah dan Doktor Falsafah PPUK. Manual Pengajian Siswazah ini telah dikemaskini pada tahun 2023 mengikut beberapa pindaan yang diperoleh melalui semakan Jawatankuasa Pengajian Siswazah PPUK berdasarkan cadangan penambahbaikan daripada Panel Audit Akademik (Dalaman) dan Panel Malaysian Accreditation Agency (MQA). Jawatankuasa Pengajian Siswazah Pusat Pengajian Umum dan Kokurikulum sekali lagi ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam penulisan Manual Pengajian Siswazah Pusat Pengajian Umum dan Kokurikulum Edisi 2023.
4 SIDANG EDITORIAL Prof. Madya Dr. Khairunesa binti Isa Dr. Intan Farhana binti Saparudin Prof. Madya Dr. Zulida binti Abdul Kadir Puan Wan Ainaa Mardhiah binti Wan Zahari Dr. Nur Zainatul Nadra binti Zainol SENARAI PENULIS Prof. Madya Dr. Khairunesa binti Isa Dr. Intan Farhana binti Saparudin Prof. Madya Dr. Zulida binti Abdul Kadir Puan Wan Ainaa Mardhiah binti Wan Zahari Prof. Madya Dr. Khairol Anuar bin Kamri Dr. Nur Zainatul Nadra binti Zainol Tn. Hj. Abd Shakor bin Borham Dr. Fauziah binti Ani Dr. Siti Sarawati binti Johar Dr. Shahidah binti Hamzah Dr. Adi Syahid bin Mohd Ali Dr. Norizan binti Rameli TURUT MENYUMBANG Dr. Zahrul Akmal bin Damin Dr. Harlina binti Halim Dr. Shah Rul Anuar bin Nordin Dr. Ahmad Sharifuddin Bin Mustapha Prof. Madya Dr. Siti Noor Fazelah binti Mohd Noor Dr. Sazuliana binti Sanif
5 ISI KANDUNGAN Perkara Halaman Prakata : 1 Kata Aluan Dekan : 2 Penghargaan : 3 Senarai Penulis : 4 Isi Kandungan : 5 Senarai Jadual : 7 Senarai Rajah : 8 Senarai Singkatan : 9 Pengenalan, Visi, Misi Dan Falsafah Pendidikan : 10 Penyataan PEO PLO Program Doktor Falsafah (PLK) Dan Program Sarjana Falsafah (KLK) : 11 Penyataan PEO PLO Program Doktor Falsafah (PLS) Dan Program Sarjana Falsafah (KLS) : 13 Carta Alir dan Proses Kerja Pengajian Peringkat Sarjana Falsafah (KLK/ KLS) : 15 Carta Alir dan Proses Kerja Pengajian Peringkat Sarjana Falsafah (KLK) PPB : 17 Carta Alir dan Proses Kerja Pengajian Peringkat Ijazah Doktor Falsafah (PLK/ PLS) : 20 Carta Alir dan Proses Kerja Pengajian Peringkat Ijazah Doktor Falsafah (PLK) PPB : 22 Carta Alir dan Proses Kerja Kursus Kaedah Penyelidikan : 25 Carta Alir dan Proses Kerja Proposal Defense : 26
6 Carta Alir dan Proses Kerja Kolokium : 27 Carta Alir dan Proses Kerja Pre-Viva : 28 Carta Alir Dan Proses Kerja Pre-Viva – Viva : 29 Garis Panduan Pengajian Siswazah Pusat Pengajian Umum Dan Kokurikulum Universiti Tun Hussein Onn Malaysia : - Kursus Kaedah Penyelidikan (Research Methodology) : 30 - Sesi Proposal Defense : 31 - Kolokium : 33 - Pre-Viva : 35 - Bacaan Pruf : 36 - Garis Panduan Penulisan Siswazah : 38 Jadual Kerja Pelajar : 39 Persatuan Pascasiswazah Pengajian Generik UTHM : 40 Lampiran : 41
7 SENARAI JADUAL Jadual 1 : Pemetaan PEO vs PLO Program Doktor Falsafah (PLK) dan Sarjana Falsafah (KLK) Jadual 2 : PLO Program Doktor Falsafah (PLK) dan Sarjana Falsafah (KLK) Jadual 3 : Pemetaan PEO vs PLO Program Doktor Falsafah (PLS) dan Sarjana Falsafah (KLS) Jadual 4 : PEO PLO Program Doktor Falsafah (PLS) dan Sarjana Falsafah (KLS) Jadual 5 : Carta Alir dan Proses Kerja Pengajian Peringkat Sarjana Falsafah (KLK/ KLS) Jadual 6 : Carta Alir dan Proses Kerja Pengajian Peringkat Sarjana Falsafah (KLK) PPB Jadual 7 : Carta Alir dan Proses Kerja Pengajian Peringkat Ijazah Doktor Falsafah (PLK/ PLS) Jadual 8 : Carta Alir dan Proses Kerja Pengajian Peringkat Ijazah Doktor Falsafah (PLK) PPB Jadual 9 : Carta Alir dan Proses Kerja Kursus Kaedah Penyelidikan Jadual 10 : Carta Alir dan Proses Kerja Proposal Defense Jadual 11 : Carta Alir dan Proses Kerja Kolokium Jadual 12 : Carta Alir dan Proses Kerja Pre-Viva Jadual 13 : Carta Alir dan Proses Kerja Pre-Viva – Viva Jadual 14 : Cadangan Pembaca Pruf Jadual 15 : Garis Panduan Penulisan Siswazah Jadual 16 : Jadual Kerja Pelajar
8 SENARAI RAJAH Rajah 1 : Proses Penilaian Peringkat Sarjana Falsafah (KLK/ KLS) Rajah 2 : Proses Penilaian Peringkat Ijazah Doktor Falsafah (PLK/ PLS)
9 SENARAI SINGKATAN PPUK : Pusat Pengajian Umum dan Kokurikulum PPS : Pusat Pengajian Siswazah PPB : Pusat Pengajian Bahasa PEO : Programme Education Outcome PLO : Programme Learning Outcome PD : Proposal Defense JKPSP : Jawatankuasa Pengajian Siswazah Pusat CQI : Continuous Quality Improvement E-LKP : Laporan Kemajuan Pelajar EPoS : Evaluation of Postgraduate Supervisor RPP04 : Rancangan Pengajaran dan Pembelajaran
10 PENGENALAN Program Sarjana Falsafah dan Doktor Falsafah yang ditawarkan oleh Pusat Pengajian Umum dan Kokurikulum ini telah mendapat kelulusan Mesyuarat Jawatankuasa Pengajian Tinggi (JKPT) Bil. 4/2019 yang bersidang pada 8 Oktober 2019. VISI Menjadi universiti teknikal global dalam teknologi lestari dan pengangkutan. MISI Menyediakan penyelesaian teknikal untuk keperluan industri dan komuniti berasaskan paradigma tauhid. FALSAFAH PENDIDIKAN Pendidikan dan latihan UTHM berteraskan paradigma tauhid bagi menghasilkan graduan kompeten, profesional dan berdaya keusahawanan dipacu teknologi termaju untuk pembangunan sejagat
11 PENYATAAN PEO & PLO PROGRAM DOKTOR FALSAFAH (PLK) DAN PROGRAM SARJANA FALSAFAH (KLK) Matlamat program Sarjana Falsafah (KLK) adalah untuk melahirkan profesional rentas disiplin yang mengamalkan nilai kemanusiaan (paradigma tauhid) dan mampu memberi sumbangan kembali kepada masyarakat dengan sedaya upaya memenuhi keperluan pemegang taruh (masyarakat dan komuniti) untuk kesejahteraan sejagat (kelestarian bersama) melalui: PEO 1 : Menyumbang kepada penyelidikan dan pengembangan pengetahuan baharu dan maju dalam bidang kemanusiaan. (PLO 1, 2) PEO 2 : Mempraktikkan kemahiran profesional pada peringkat lanjutan (PLO 3, 4, 5, 6, 7) PEO 3 : Menjalankan penyelidikan secara kendiri di peringkat lanjutan (PLO 8, 9, 10, 11) Jadual 1: Pemetaan PEO vs PLO Program Doktor Falsafah (PLK) dan Program Sarjana Falsafah (KLK) PLO PEO PLO1 PLO2 PLO3 PLO4 PLO5 PLO6 PLO7 PLO8 PLO9 PLO 10 PLO 11 PEO1 X x PEO2 X x x x x PEO3 x x x x
12 Jadual 2: PLO Program Doktor Falsafah (PLK) dan Program Sarjana Falsafah (KLK) PLO PERNYATAAN 1 Menunjukkan kefahaman yang mendalam dan sistematik dan penguasaan dalam kemahiran dan metodologi kajian yang berkaitan dengan bidang kemanusiaan; secara individu dan/atau kolaborasi bersama pihak lain [KNOWLEDGE AND UNDERSTANDING] 2 Menganalisis secara kritis, menilai dan menyusun idea-idea baharu dan kompleks mengikut metodologi tertentu [COGNITIVE SKILL] 3 Menunjukkan keupayaan dalam menjana, merekabentuk, melaksanakan dan mengamalkan komponen utama proses penyelidikan berdasarkan kepada kerangka teori kemanusiaan [PRACTICAL SKILL] 4 Bekerjasama dan berkolaborasi dengan pelbagai pihak dalam komuniti pembelajaran dan kerja secara etika dan professional [INTERPERSONAL SKILLS] 5 Menyediakan, menerbitkan dan membentangkan bahan teknikal kepada audien yang pelbagai [COMMUNICATION SKILLS] 6 Berkompeten menggunakan pelbagai teknologi dan perisian digital yang sesuai untuk meningkatkan penyelidikan [DIGITAL SKILLS] 7 Menunjukkan kemahiran dalam mereka bentuk dan menggunakan alat-alat kuantitatif, kualitatif untuk menganalisis dan menilai data grafik dan berangka untuk kajian atau kerja [NUMERACY SKILLS] 8 Melaksanakan tanggungjawab kepimpinan dan membuat keputusan dalam aktiviti penyelidikan [LEADERSHIP, AUTONOMY AND RESPONSIBILITY] 9 Menunjukkan keupayaan untuk menjalankan aktiviti penyelidikan secara mandiri [PERSONAL SKILLS] 10 Mempamerkan amalan keusahawanan dalam aktiviti penyelidikan [ENTREPRENEURIAL SKILLS] 11 Menunjukkan sikap yang konsisten terhadap kod etika dan amalan professional [ETHICS AND PROFESSIONALISM]
13 PENYATAAN PEO PLO PROGRAM DOKTOR FALSAFAH (PLS) DAN PROGRAM SARJANA FALSAFAH (KLS) Objektif program adalah untuk melahirkan profesional yang kompeten dan bertangungjawab dalam disiplin Sains Sosial untuk memenuhi keperluan pasaran dan aspirasi pembangunan nasional, serantau dan antarabangsa. PEO 1 : Melahirkan graduan yang berpengetahuan tinggi dan mempunyai kemahiran digital menyelesaikan masalah secara kritis dalam penyelidikan bagi memenuhi keperluan bidang sains sosial di peringkat tempatan dan antarabangsa. (PLO 1, 2, 3, 6, 7) PEO 2 : Melahirkan graduan yang mempamerkan sikap profesional melalui komunikasi secara berkesan dan komited dalam penyelidikan bidang sains sosial serta memberi sumbangan berterusan kepada kelestarian pembangunan ilmu, komuniti serta pemegang taruh (PLO 4, 5, 11) PEO 3 : Melahirkan graduan yang menunjukkan kepimpinan berkesan semasa menjalankan perundingan secara profesional dalam bidang sains sosial dan melibatkan komuniti serta pemegang taruh untuk kelestarian sejagat. (PLO 8, 9, 10, 11) Jadual 3: Pemetaan PEO vs PLO Program Doktor Falsafah (PLS) dan Program Sarjana Falsafah (KLS) PLO PEO PLO1 PLO2 PLO3 PLO4 PLO5 PLO6 PLO7 PLO8 PLO9 PLO10 PLO11 PEO1 x x x X x PEO2 X x x PEO3 x x x x
14 Jadual 4: PEO PLO Program Doktor Falsafah (PLS) dan Program Sarjana Falsafah (KLS) PLO PERNYATAAN 1 Mengintegrasikan ilmu pengetahuan dengan kemahiran dalam bidang sains sosial; secara individu dan kolaborasi bersama pihak lain. [KNOWLEDGE AND UNDERSTANDING] 2 Menganalisis isu dan permasalahan masyarakat kontemporari mengikut disiplin sains sosial. [COGNITIVE SKILL] 3 Mengaplikasikan teori dan metodologi dalam penyelesaian masalah bidang sains sosial. [PRACTICAL SKILL] 4 Mengaplikasikan kemahiran sosial dan kerja berpasukan dengan komuniti pembelajaran dan masyarakat. [INTERPERSONAL SKILLS] 5 Berkomunikasi secara berkesan dalam membentangkan penyelidikan kepada audien. [COMMUNICATION SKILLS] 6 Menggunakan platform maklumat dan perisian digital untuk meningkatkan kompetensi penyelidikan dalam bidang sains sosial. [DIGITAL SKILLS] 7 Berkemahiran menggunakan kaedah saintifik secara kuantitatif dan kualitatif dalam menganalisis data kajian. [NUMERACY SKILLS] 8 Menunjukkan kepimpinan berkesan dan bertanggungjawab dalam membuat keputusan semasa menjalankan aktiviti penyelidikan sains sosial. [LEADERSHIP, AUTONOMY AND RESPONSIBILITY] 9 Menjalankan aktiviti penyelidikan dan pembangunan kendiri dalam bidang sains sosial secara berterusan. [PERSONAL SKILLS] 10 Mempamerkan kemahiran keusahawanan dan membina jaringan komuniti serta industri. [ENTREPRENEURIAL SKILLS] 11 Mengamalkan kod etika dan amalan profesional semasa menjalankan penyelidikan dalam bidang sains sosial. [ETHICS AND PROFESSIONALISM]
1 Carta Alir dan Proses Kerja Pengajian Jadual 5: Carta Alir dan Proses Kerja Penga
5 Peringkat Sarjana Falsafah (KLK/ KLS) ajian Peringkat Sarjana Falsafah (KLK/ KLS)
1 Nota: Sila rujuk Jadual Kerja dan Jadual Akademik untuk makluman terperinci.
6
1 Carta Alir dan Proses Kerja Pengajian Berikut adalah proses kerja pengajian di peringkat Pusat Peng sebelum dibawa ke peringkat PPUK. Proses ini hanya meliba Jadual 6: Carta Alir dan Proses Kerja Penga
7 Peringkat Sarjana Falsafah (KLK) PPB gajian Bahasa di mana ia melibatkan proses di peringkat PPB atkan pelajar di bawah Pusat Pengajian Bahasa sahaja. ajian Peringkat Sarjana Falsafah (KLK) PPB
1
8
1 PENILAIAN PERINGKAT SAR Rajah 1: Proses Penilaian Pering
9 JANA FALSAFAH (KLK/ KLS) gkat Sarjana Falsafah (KLK/ KLS)
2 Carta Alir dan Proses Kerja Pengajian Per Jadual 7: Carta Alir dan Proses Kerja Pengajia
0 ringkat Ijazah Doktor Falsafah (PLK/ PLS) n Peringkat Ijazah Doktor Falsafah (PLK/ PLS)
2 Nota: Sila rujuk Jadual Kerja dan Jadual Akademik untuk makluman terpe
1 erinci.
2 Carta Alir dan Proses Kerja Pengajian Perin Berikut adalah proses kerja pengajian di peringkat Pusat Pen PPB sebelum dibawa ke peringkat PPUK. Proses ini hanya m Jadual 8: Carta Alir dan Proses Kerja Pengajia
2 ngkat Ijazah Doktor Falsafah (PLK) dari PPB gajian Bahasa di mana ia melibatkan proses di peringkat melibatkan pelajar di bawah Pusat Pengajian Bahasa sahaja. an Peringkat Ijazah Doktor Falsafah (PLK) PPB
2
3
2 PENILAIAN PERINGKAT DOK Rajah 2: Proses Penilaian Peringka
4 KTOR FALSAFAH (PLK/ PLS) t Ijazah Doktor Falsafah (PLK/ PLS)
2 Carta Alir dan Proses Kerja K Jadual 9: Carta Alir dan Proses K Nota: Sila rujuk Jadual Kerja dan Jadual Akademik untuk makluman te
5 Kursus Kaedah Penyelidikan Kerja Kursus Kaedah Penyelidikan erperinci.
2 Carta Alir dan Proses K Jadual 10: Carta Alir dan Pro Nota: Sila rujuk Jadual Kerja dan Jadual Akademik untuk makluman te
6 Kerja Proposal Defense oses Kerja Proposal Defense erperinci.
2 Carta Alir dan Pros Jadual 11: Carta Alir dan Nota: Sila rujuk Jadual Kerja dan Jadual Akademik untuk makluman
7 ses Kerja Kolokium n Proses Kerja Kolokium n terperinci.
2 Carta Alir dan Pros Jadual 12: Carta Alir da Nota: Sila rujuk Jadual Kerja dan Jadual Akademik untuk makluma
8 ses Kerja Pre-Viva n Proses Kerja Pre-Viva an terperinci.
2 Carta Alir dan Proses Jadual 13: Carta Alir dan P Nota: Sila rujuk Jadual Kerja dan Jadual Akademik untuk maklum
9 Kerja Pre-Viva – Viva roses Kerja Pre-Viva – Viva man terperinci.
30 GARIS PANDUAN PENGAJIAN SISWAZAH PUSAT PENGAJIAN UMUM DAN KOKURIKULUM UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA 1. KURSUS KAEDAH PENYELIDIKAN (RESEARCH METHODOLOGY) a) Pelajar akan didaftarkan dalam Kursus Kaedah Penyelidikan dan mengikuti pertemuan kuliah selama 14 pertemuan (kuliah dan penilaian). b) Pelajar akan membentangkan tugasan / cadangan awal draf proposal pada minggu ke 12 pertemuan dan penilaian akan dibuat oleh Penyelaras Kursus bersama Ketua Jabatan Pengajian Siswazah. c) Keputusan penilaian akan dibentangkan dan diperakukan dalam JKPSP. Sekiranya terdapat pelajar yang tidak mencapai markah 65% dan ke atas maka pelajar akan diberi aktiviti bagi tujuan Continuous Quality Improvement (CQI). d) Pelajar diberi peluang untuk membentangkan sekali lagi tugasan / cadangan awal draf proposal pada minggu ke-14. e) Keputusan penilaian kedua akan dibentang dan diperakukan dalam JKPSP. f) Keputusan akan dipamerkan kepada pelajar.
31 2. SESI PROPOSAL DEFENSE a) Cadangan penyelidikan kajian perlu disediakan oleh calon dan dibentangkan dalam sesi proposal defense (PD) yang diaturkan oleh Jawatankuasa Pengajian Siswazah Pusat (JKPSP). b) Pembentangan cadangan penyelidikan ini dilakukan bagi memastikan tajuk, objektif dan metodologi kajian yang digunakan sesuai dengan bidang kajian yang hendak dijalankan. c) Sesi proposal defense boleh dilaksanakan sebanyak empat kali setahun bergantung kepada permohonan. d) Penyelia akan memohon dengan mengisi borang yang diedarkan oleh penyelaras secara fizikal atau atas talian mengikut keperluan semasa. e) Penyelia diminta mencadangkan dua (2) nama penilai dan seorang nama pengerusi kepada JKPSP bagi tujuan pemilihan dan penilaian. Nama calon penilai dan pengerusi akan dibentang dan diperakukan dalam Mesyuarat JKPSP. f) Jawatankuasa Pengajian Siswazah Pusat (JKPSP) berhak menerima ataupun membuat pertukaran cadangan nama penilai dan pengerusi berdasarkan kesesuaian bidang. g) Penilai yang dilantik/ diperakukan oleh JKPSP diberi tempoh tiga ke empat minggu untuk menilai naskhah cadangan penyelidikan yang dikemukakan oleh calon. h) Mod pelaksanaan sesi proposal defense akan diputuskan oleh Jawatankuasa sama ada secara atas talian ataupun bersemuka bergantung kepada kesesuaian situasi semasa. i) Pengerusi yang dilantik/ diperakukan untuk mengendalikan proses ini hendaklah memastikan bahawa sesi dilaksanakan dengan jayanya dan keputusan hendaklah dimajukan kepada pihak Jawatankuasa Pengajian Siswazah Pusat dalam tempoh tiga (3) hari bekerja untuk diperakukan.
32 j) Sebarang perkara berbangkit/ bantahan berkaitan pelaksanaan proses ini hendaklah dibawa kepada pihak Jawatankuasa Pengajian Siswazah Pusat untuk diputuskan dan dimuktamadkan. k) Calon perlu menghantar sebanyak TIGA (3) salinan proposal (hard copy) ke PPUK dengan “comb-binding” dan bertanggungjawab dalam mematuhi gaya penulisan UTHM. l) Kandungan dalam proposal seperti di Lampiran A. m) Urusetia akan menyediakan lokasi/platform bagi sesi proposal defense yang akan dijalankan. n) Keputusan proposal defense akan dibentang dan diperakukan dalam JKSP sebelum dimaklumkan kepada pelajar.
33 3. KOLOKIUM a) Boleh dijalankan secara bersemuka atau secara atas talian mengikut keadaan dan keperluan semasa serta dipersetujui di peringkat Jawatankuasa Pengajian Siswazah Pusat (JKPSP) dan pelajar. b) Sesi kolokium boleh dilaksanakan sebanyak empat kali setahun bergantung kepada permohonan. c) Penyelia boleh mencalonkan pelajar untuk menyertai kolokium setelah pelajar menyiapkan Bab 1 hingga Bab 4 penulisan tesis. Draf tesis berkenaan perlu mematuhi format Panduan Penulisan Tesis UTHM beserta laporan turn it in yang menunjukkan tidak melebihi 30% persamaan. d) Penyelaras juga perlu memastikan: i. borang penilaian dari penyelia dan kedua penilai diperolehi selewatlewatnya tiga (3) hari bekerja; ii. memasukkan markah dalam salinan borang markah (OBE Excel); iii. menyerahkan borang penilaian penyelia dan penilai dalam kepada urusetia dalam tempoh tiga (3) hari bekerja untuk dokumentasi; dan iv. membuat salinan borang markah dan borang penilaian pelajar bagi simpanan penyelaras dalam bentuk hardcopy. e) Penyelia akan membuat permohonan dengan mengisi borang yang diedarkan oleh penyelaras. Penyelia diminta mencadangkan dua (2) nama penilai dan pengerusi kepada Jawatankuasa Pengajian Siswazah Pusat bagi tujuan pemilihan dan penilaian. Nama calon penilai dan pengerusi akan dibentang dan diperakukan dalam Mesyuarat JKPSP. f) Jawatankuasa berhak menerima ataupun membuat pertukaran cadangan nama penilai dan pengerusi yang telah dikemukakan oleh penyelia berdasarkan kesesuaian bidang. g) Muka hadapan tesis perlu disertakan tajuk kajian, nama dan nombor matrik calon dan fakulti calon tersebut. Kandungan yang perlu ada dalam tesis adalah: - Tajuk (disifatkan sebagai ‘working title’) - Kandungan - Bab 1: Pendahuluan - Bab 2: Sorotan Literatur - Bab 3: Metodologi Kajian - Bab 4: Jangkaan Hasil Kajian - Rujukan