The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

MODUL PEMBELAJARAN 2.0 BAHASA MELAYU TINGKATAN 4

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by elahleo1508, 2021-06-11 09:26:27

MODUL PEMBELAJARAN 2.0 BAHASA MELAYU TING 4

MODUL PEMBELAJARAN 2.0 BAHASA MELAYU TINGKATAN 4

SMK PETALING

BATU 6, JALAN KLANG LAMA, 46000 KUALA LUMPUR

MODUL PEMBELAJARAN MURID

BAHASA MELAYU
TINGKATAN EMPAT

Dengan Kerjasama PIBG Smk Petaling

Modul PdPr 2.0 Bahasa Melayu Tingkatan 5 KSSM [2021]
SOALAN KERTAS 1 BAHAGAIAN A (KARANGAN BAHAN RANGSANGAN)

PANDUAN MENJAWAB SOALAN KARANGAN A
1. Baca dan fahami kehendak soalan.
2. Kenal pasti tema soalan.
3. Teliti pelbagai bahan rangsangan yang diberikan.
4. Fahami maklumat yang terdapat dalam bahan rangsangan.
5. Tentukan fokus/ kata kunci yang terdapat dalam setiap bahan rangsangan.
6. Masa dicadangkan 30 minit
6. Tulis karangan yang panjangnya antara 150 hingga 200 patah perkataan.

LATIHAN 1
Maklumat di bawah berkaitan dengan Internet.
Huraikan pendapat anda tentang penggunaan Internet.
Panjang huraian hendaklah antara 150 hingga 200 patah perkataan
Bahan 1

Jualan Dalam Talian meningkat 28.9 peratus pada April

Berita Harian, 19 Jun 2020

PUTRAJAYA: Aktiviti jual beli dalam talian mencatatkan peningkatan sebanyak 28.9
peratus April lalu, ketika negara menguatkuasakan Perintah Kawalan pergerakan
(PKP), bermula Mac 2020. Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal
Pengguna berkata, pada majlis menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU)
antara Persatuan Francais Malaysia (MFA) dan platform beli-belah dalam talian,
Shopee, di sini hari ini.

Bahan 2

1

Modul PdPr 2.0 Bahasa Melayu Tingkatan 5 KSSM [2021]

RANGKA KARANGAN
Analisis soalan
Tema (Isu) – internet
Kehendak soalan – kepentingan internet
PERENGGAN PENDAHULUAN

AYAT RANGSANGAN
Sejak akhir-akhir ini,
Belakangan ini,
Pada era globalisasi ini,
Pada era milenium ini,
Pada era pascakemerdekaan,
Dalam menelusuri arus kemodenan,
Marcapada,
Dasawarsa,
Mutakhir ini, dll
AYAT ISU
di manakah dibincangkan
apakah reaksi masyarakat
AYAT DEFINISI
AYAT HURAIAN
AYAT CONTOH
AYAT KEHENDAK SOALAN

2

Modul PdPr 2.0 Bahasa Melayu Tingkatan 5 KSSM [2021]

PERENGGAN ISI

IDEA/ISI

Selain itu,
Di samping itu,
Sementara itu,
Lebih-lebih lagi,
Dalam pada itu,
Pada waktu yang sama,
Seterusnya, dll

BAGAIMANA

Hal ini demikian kerana,
Hal ini berlaku demikian
kerana,
Hal ini terjadi demikian
kerana,
Hal ini disebabkan oleh,
Hal ini wujud akibat
daripada,
Hal ini tercetus apabila, dll

KESAN

CONTOH

Misalnya, Contohnya,
Sebagai contoh,Tamsilnya,
Antaranya, adalah seperti,
dll

PENEGASAN

Tegasnya, Kesannya,
Natijahnya,
Dengan itu,
Dengan berbuat demikian,
Dengan keadaan
sedemikian, dll

3

Modul PdPr 2.0 Bahasa Melayu Tingkatan 5 KSSM [2021]

PERENGGAN PENUTUP

KELUARKAN ISU

(memberikan pendapat secara
keseluruhan tentang karangan)
Kesimpulannya,
Konklusinya,
Tuntasnya,
Secara integralnya,
Intihanya,
Akhir kata,
Akhir kalam,

CADANGAN

(mengandungi cadangan untuk
mengatasi atau menangani
sesuatu)

AKIBAT

membuat penilaian tentang sesuatu
perkara

HARAPAN

mengandungi harapan penulis
berkaitan dengan sesuatu perkara

4

Modul PdPr 2.0 Bahasa Melayu Tingkatan 5 KSSM [2021]

SOALAN 1 KERTAS 2 (TATABAHASA : MORFOLOGI)

Kata Kerja
• Kata kerja ialah kata yang menyatakan makna perbuatan atau perlakuan. Kata kerja
terbahagi kepada Kata Kerja Transitif dan Kata Kerja Tak Transitif.

a. Kata Kerja Transitif

• Kata Kerja Transitf ialah segala perbuatan yang dilakukan oleh pembuatnya kepada benda
lain. Benda yang kena oleh perbuatan itu dipanggil penyambut (objek).

• Kata kerja transitif mesti disertai oleh objek atau penyambutnya, iaitu kata nama untuk
melengkapkan maksudnya.

• Kata kerja ini biasanya mempunyai imbuhan meN- sama ada sebagai awalan atau
sebahagian daripada imbuhan: contohnya, mengambil, mendermakan, membacakan,
mempersilakan.

Subjek (Pembuat) Kata kerja transitif Penyambut (Objek)

Dia suka membaca buku.
Jamilah memukul seekor ular.
Abidin menjual kuih-muih.
Ramli menendang seekor lembu.

b. Kata Kerja Tak Transitif

 Kata kerja tak transitif ialah segala perbuatan yang dilakukan oleh pembuat itu
kepada diri pembuat itu sendiri, tidak kepada benda atau orang lain. Oleh itu kata
kerja tidak mempunyai penyambut.

 Kata kerja tak transitif dapat berdiri sendiri dalam ayat, yakni tidak memerlukan objek
lagi

Subjek (Pembuat) Kata kerja tak transitif Keterangan

Kami mandi di tasik itu.
Pelajar itu pulang ke rumah.
Dia senyum semasa berjalan.
Saya menyanyi dengan kuat.

5

Modul PdPr 2.0 Bahasa Melayu Tingkatan 5 KSSM [2021]

c. Kata Kerja Pasif
 Kata kerja pasif ialah kata kerja yang berasal daripada kata kerja transitif tetapi yang
tidak berawalan meN. Contohnya angkat, atasi, berikan, percepat, pelajari,
persilakan, dan sebagainya.
 Ada tiga jenis kata kerja pasif, iaitu kata kerja pasif diri pertama, kata kerja pasif diri
kedua, kata kerja pasif diri ketiga
 Contoh kata kerja pasif diri pertama: kuangkat, beta atasi, kami berikan, kupercepat,
saya pelajari, dan kupersilakan.
 Contoh kata kerja pasif diri kedua: kauangkat, awak atasi, awak berikan,
kaupercepat, kaupelajari, dan kaupersilakan.
 Contoh kata kerja pasif diri ketiga: diangkat, diatasi, diberikan, dipercepat, dipelajari,
dan dipersilakan.

LATIHAN 1
Baca petikan di bawah dengan teliti dan senaraikan tiga kata kerja. Kemudian anda
dikehendaki membina satu ayat anda sendiri daripada setiap perkataan yang dipilih untuk
menunjukkan bahawa anda faham akan maksud dan penggunaannya.

Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih yang tidak
terhingga kepada syarikat tuan yang telah sudi menyumbangkan beberapa buah
komputer dan mesin pencetak untuk digunakan oleh belia di daerah Semarak pada
tahun ini.

LATIHAN 2
Baca bahan yang terdapat pada halaman 60 dan 61 buku teks Bahasa Melayu Tingkatan
Empat.

a. Kenal pasti ayat yang menggunakan kata kerja.
b. Salin semula ayat tersebut dalam buku latihan tatabahasa anda dengan

menggariskan kata kerja serta mengkategorikan ayat tersebut sebagai kata kerja
transitif atau kata kerja tak transitif.

6

Modul PdPr 2.0 Bahasa Melayu Tingkatan 5 KSSM [2021]

SOALAN 2 KERTAS 2 (TATABAHASA : SINTAKSIS)

1. Ayat

 Ayat ialah satu susunan perkataan yang terdiri daripada subjek dan predikat.
 Subjek ialah perkara yang diceritakan, manakala predikat ialah cerita berkenaan

perkara itu yang sempurna.
 Setiap ayat mengandungi unsur klausa, manakala klausa terbentuk daripada unsur

frasa, dan frasa pula terdiri daripada bentuk-bentuk perkataan.
 Hubungan antara ayat klausa, frasa, dan perkataan ditunjukkan dalam jadual berikut.

AYAT Budak itu sedang tidur.
KLAUSA
FRASA budak itu sedang tidur
PERKATAAN
budak itu sedang tidur

budak itu sedang tidur

Contoh Ayat Predikat
guru.
Subjek menyapu sampah
Hasni bermain bola sepak
Kakak minum teh
Ibrahim asyik berkokok.
Zulkifli
Ayam itu

2. Ayat Inti Ayat inti juga dikenali sebagai ayat selapis atau ayat tunggal.
• Ayat inti menjadi dasar untuk membentuk ayat-ayat yang lain, iaitu yang
• dikenali sebagai ayat terbitan.
Ayat inti mempunyai satu subjek dan satu predikat. Contoh:


Ayat Tunggal Susunan Biasa (Subjek+ Predikat)

Subjek Predikat
Encik Ahmad ke Kuala Lumpur semalam.
Budak-budak itu duduk di atas bangku.

Ayat Tunggal Susunan Songsang (Predikat + Subjek)

Predikat Subjek
Ke Kuala Lumpur semalam Encik Ahmad.
Duduk di atas bangku budak-budak itu.

7

Modul PdPr 2.0 Bahasa Melayu Tingkatan 5 KSSM [2021]

3. Pola Ayat Inti dan Frasa

 Pola ayat inti atau ayat dasar merupakan sumber kepada pembentukan ayat-ayat
dalam bahasa Melayu.

 Terdapat empat jenis pola ayat inti iaitu:

(a) Frasa Nama (FN) + Frasa Nama (FN)

FN (Subjek) FN (Predikat)
Ibu saya guru.
Kakak Arif seorang doktor.
Pemuda itu mahasiswa.

(b) Frasa Nama (FN) + Frasa Kerja (Fk)

FN (Subjek) FK (Predikat)
Abang membasuh kereta.
Puan Nani membeli ikan.
Murid-murid itu berlari.

(c) Frasa Nama (FN) + Frasa Adjektif (FA)

FN (Subjek) FA (Predikat)
Bunga itu wangi.
Kapak ini tumpul.
Bangunan itu tinggi.

(a) Frasa Nama (FN) + Frasa Sendi (FS)

FN (Subjek) FS (Predikat)
Ayah di kebun.
Cenderamata untuk Pengetua.
Surat itu daripada ibu.

4. Jenis Ayat

Terdapat empat jenis ayat dalam bahasa Malaysia, iaitu:

(a) Ayat Penyata
(b) Ayat Tanya
(c) Ayat Perintah
(d) Ayat Seruan

(a) Ayat Penyata

 Ayat penyata dikenali juga sebagai ayat berita atau ayat keterangan.

 Ayat penyata ialah ayat yang menyatakan atau menerangkan sesuatu

cerita, benda,kejadian, dan sebagainya.

 Contohnya: (i) Kakak sedang menyiram bunga.

(ii) Lembu itu akan dijual.

(iii) Budak-budak itu bermain di tepi longkang.

8

Modul PdPr 2.0 Bahasa Melayu Tingkatan 5 KSSM [2021]

(b) Ayat Tanya
Ayat tanya ialah ayat yang digunakan untuk menanyakan sesuatu perkara
tempat, benda,manusia, binatang dan sebagainya.

(i) Ayat Tanya Dengan Kata Tanya
Ayat tanya ini diakhiri dengan partikel -kah Partikal -kah tidak boleh
hadir jika kata tanya berada di akhir ayat. (Rujuk ayat v dan vi)
Contoh:
i. Berapakah harga kasut itu?
ii. Sudahkah adik minum susu?
iii. Bagaimanakah layang-layang itu dibuat?
iv. Siapakah nama bapa kamu?
v. Tarikh perkahwinan kakak kamu bila?
vi. Pengarah syarikat itu siapa?

(ii) Ayat Tanya Tanpa Kata Tanya
Ayat ini tidak menggunakan kata tanya dan diucapkan dengan
meninggikan nada suara pada akhir ayat penyata. Dalam penulisan,
lambang tanda tanya digunakan (?)
Contoh:
i. Kamu belum hantar buku itu?
ii. Tuan Haji Hussin pengetua sekolah ini?

(c) Ayat perintah
 Ayat yang digunakan untuk menyuruh seseorang melakukan sesuatu.
 Ayat perintah ialah ayat yang menyuruh, melarang, mempersilakan, atau
seseorang melakukan sesuatu.
 Ayat perintah terbahagi kepada:
(i) Ayat Suruhan
(ii) Ayat Permintaan
(iii) Ayat Larangan
(iv) Ayat Silaan

(i) Ayat Suruhan
 Ayat ini bertujuan memberi arahan atau perintah.
 Partikel -lah boleh digunakan untuk tujuan melembutkan
Contoh:
Hantarlah buku itu sebelum pulang.
Turunlah dari sini sekarang juga.

9

Modul PdPr 2.0 Bahasa Melayu Tingkatan 5 KSSM [2021]

(ii) Ayat Permintaan
 Ayat ini bertujuan memohon pertolongan dan permintaan.
 Menggunakan perkataan tolong dan minta pada permulaan
ayat.
 Contoh:
Tolong bawakan minuman ini ke dapur.
Minta hadirin semua bergerak ke bilik jamuan.

(iii) Ayat Larangan
 Ayat ini bertujuan melarang melakukan sesuatu. Menggunakan kata silaan

seperti usah, tak usah dan jangan.
 Partikel -lah boleh digunakan untuk melembutkan ayat.
 Contoh:
Usahlah menangis lagi.
Jangan petik bunga itu.
(iv) Ayat Silaan
 Ayat ini bertujuan mempersilakan atau menjemput seseorang.
 Menggunakan kata silaan seperti sila dan jemput pada permulaan ayat.
 Partikel -lah boleh digunakan.

Contoh:
Sila bawa sejadah bila ke surau.
Jemputlah menikmati juadah yang dihidangkan.
Datanglah ke rumah saya.
(d) Ayat Seruan
 Ayat seruan diucapkan untuk melahirkan perasaan seperti takut, marah, hairan, dan
terkejut, sakit, hairan dan sebagainya.
 Ayat seruan diakhiri dengan tanda seru (!)
 Tanda seru biasanya terletak di akhir ayat. Ayat seru dimulai oleh kata seru seperti
Oh, Cis, Wah, Amboi dan sebagainya.
 Contohnya:
Amboi, cantiknya baju kamu!
Aduh, sakitnya perut aku!
Oh, dia sudah pergi ke sekolah!

10

Modul PdPr 2.0 Bahasa Melayu Tingkatan 5 KSSM [2021]

LATIHAN

A. Baca dan kenal pasti dan tulis subjek dan predikat yang lengkap bagi setiap ayat
seperti yang berikut:

Subjek :_____________________________________________________

Predikat :_____________________________________________________

(i) Kami dilayan dengan mesra oleh pekerja restoran tersebut.
(ii) Ketinggian Gunung Kinabalu 4014 meter.
(iii) Pada setiap petang Sabtu, kami sekeluarga ke perpustakaan.
(iv) Taman Tasik Perdana terkenal oleh landskapnya yang menarik.
(v) Murid yang pintar itu bercita-cita untuk menjadi angkasawan.
(vi) Demi membiayai kos pelajaran anak-anak, ibu bapa sanggup bergolok-

bergadai.

B. Baca dan nyatakan pola bagi ayat-ayat di bawah sama ada ayat tersebut berpolakan
Frasa Nama + Frasa Nama (FN + FN) +, Frasa Nama + Frasa Kerja (FN + FK)
Frasa Nama + Frasa Adjektif (FN + FA) atauFrasa Nama + Frasa Sendi (FN +
FS).

(i) Bunga mawar itu untuk cikgu saya sempena sambutan Hari Guru.
(ii) Tuan Haji Ahmad pengetua di sekolah itu semenjak lima tahun lalu.
(iii) Kerajaan tidak pernah mengabaikan tanggungjawab dalam membela nasib

rakyat.
(iv) Blok asrama baharu untuk murid-murid lelaki masih dalam proses pembinaan
(v) Penyanyi tersohor itu sangat anggun dan bergaya ketika membuat

persembahan.
(vi) Setiausaha Persatuan Bahasa Melayu sekolah saya telah menyediakan

laporan aktiviti sempena Bulan Bahasa.
(vii) Baju sutera ini untuk ibu.
(viii) Kuda putih itu berlari pantas.
(ix) Sekolah baharu itu sangat cantik landskapnya.
(x) Tun Abdul Razak Bapa Pembangunan Malaysia.
(xi) Penduduk kampung akan bergotong-royong pada hujung minggu ini.
(xii) Encik Ramli guru mata pelajaran Bahasa Melayu di SMK Seri Murni

(C ) Baca ayat-ayat di bawah dan bina ayat tanya dengan menggunakan kata tanya
yang betul. Kata tanya yang diberikan hendaklah bersesuaian dengan rangkai kata
yang berhuruf condong dalam ayat-ayat yang diberi.

(i) Mereka bersenam petang tadi.
(ii) Encik Samad pengurus besar syarikat itu.
(iii) Murid itu mendapat pujian kerana kecemerlangannya dalam pelajaran.
(iv) Pertandingan akhir Piala Malaysia akan diadakan di Stadium Bukit Jalil.
(v) Kren digunakan dalam pembinaan bangunan 21 tingkat itu.
(vi) Negara kita mencapai kemerdekaan melalui rundingan meja bulat.

(D) Baca dan kenal pasti jenis-jenis ayat berikut. Nyatakan sama ada ayat tersebut ayat
penyata, ayat tanya, ayat seruan atau ayat perintah.

11

Modul PdPr 2.0 Bahasa Melayu Tingkatan 5 KSSM [2021]

(i) Masyarakat Malaysia terdiri daripada masyarakat yang pelbagai
kaum.

(ii) Semua murid diminta supaya berkumpul di dewan sekolah selepas
waktu rehat.

(iii) Apakah rancangan awak selepas tamat persekolahan nanti?
(iii) Janganlah merokok kerana amalan itu membahayakan kesihatan.
(iv) Wah, segaknya awak apabila berpakaian seragam pengakap ini!
(v) Semangat patriotik anak-anak perlu dipupuk sejak mereka kecil lagi.

(E) Baca petikan surat di bawah dan kenal pasti sama ada ayat-ayat tersebut ayat
penyata,ayat seruan atau ayat tanya.
Apa khabar sahabatku. Aiman? Sudah lama kitatidak berjumpa. Saya mendapat
khabar awak sudah bekerja di sebuah bank ternama di Negeri Sembilan. Tahniah,
saya ucapkan kerana impiam Aiman bekerja dalam bidang perbankan menjadi
kenyataan! Datanglah ke rumah saya jika berkelapangan. Untuk pengetahuan
Aiman, saya masih tinggal di rumah yang sama di bandar Seremban.

SOALAN 3 KERTAS 2 (TATABAHASA : PENYUNTINGAN)
Panduan mengenal pasti kesalahan bahasa:
Melibatkan kesalahan ejaan, imbuhan, istilah kata, tatabahasa, tanda baca, frasa dan
sebagainya.
LATIHAN

12

Modul PdPr 2.0 Bahasa Melayu Tingkatan 5 KSSM [2021]

13

Modul PdPr 2.0 Bahasa Melayu Tingkatan 5 KSSM [2021]

14

Modul PdPr 2.0 Bahasa Melayu Tingkatan 5 KSSM [2021]

15

Modul PdPr 2.0 Bahasa Melayu Tingkatan 5 KSSM [2021]

SOALAN 4 KERTAS 2 (TATABAHASA :BAHASA MELAYU STANDARD)
Panduan menukar bahasa Melayu Klasik kepada bahasa Melayu Standard:

1. Baca keseluruhan petikan bahasa Melayu klasik untuk memahami dan mendapatkan
jalan ceritanya.

2. Guna kaedah Enam Pertanyaan- apa (persoalan), di mana (tempat), siapa (watak),
mengapa (punca/sebab), bila (masa/waktu), bagaimana (penyelesaian)

3. Abaikan kata pangkal ayat seperti Hatta, Maka, Sebermula dan sebagainya.
4. Mengekalkan perkataan seperti nama tempat, dan nama orang.
5. Kekalkan bahasa istana seperti baginda, tuanku, sembah, bertitah, dayang-dayang

dan sebagainya.
6. Jangan tukar cakap ajuk kepada cakap pindah / bentuk laporan.
7. Kenal pasti ciri-ciri bahasa Melayu klasik yang perlu digugurkan atau dibetulkan.
CONTOH
Menukar Bahasa Melayu Klasik kepada Bahasa Melayu Standard
(Kepimpinan Melalui Teladan)

Baca petikan bahasa Melayu Klasik di bawah dengan teliti. Kemudian, tulis semula petikan
tersebut dalam bahasa Melayu Standard tanpa bentuk dan maksud asalnya.

Maka baginda pun hairan serta bertitah kepada Temenggung, "Hai
Temenggung,tiadakah menyuruh orangnya berkawal tadi?”

Maka sembah Temenggung, "Daulat tuanku Syah Alam, patik menyuruh orang
berkawal semalam tadi, seorang pun tak bertemu. Patik hamba itu pun hairanlah akan
penjurit itu."

Maka titah baginda, "Apatah sebabnya maka dapat dicurinya oleh penjurit itu?" Maka
baginda pun murka sedikit akan Temenggung. Maka baginda pun menyuruh memanggil
Laksamana: Laksamana pun segera datang lalu duduk menyembah.

Dipetik daripada Kepimpinan Melalui Teladan, antologi Jaket Kulit Kijang dari Istanbul, Kementerian Pendidikan Malaysia.

Jawapan Cadangan:
Baginda berasa hairan lalu bertitah kepada Temenggung, "Hai Temenggung,

mengapakah tidak mengarahkan pengawal untuk berkawal tadi?"
Sembah Temenggung, "Daulat tuanku Syah Alam, patik menyuruh pengawal

berkawal pada malam tadi, seorang pun tidak bertemu dengan perompak itu. Patik berasa
hairan dengan perompak itu."

Baginda sedikit murka akan Temenggung. Baginda menyuruh memanggil
Laksamana: Laksamana segera datang lalu duduk menyembah.

16

Modul PdPr 2.0 Bahasa Melayu Tingkatan 5 KSSM [2021]

LATIHAN

Baca petikan bahasa Melayu Klasik di bawah dengan teliti. Kemudian, tulis semula petikan
tersebut dalam bahasa Melayu Standard tanpa mengubah bentuk dan maksud asalnya.

Maka titah baginda, “Segeralah perbuat, kekasihku Laksamana, hikmat itu.”
Maka sembah Laksamana, “Ya tuanku, pada malam ini lepaskanlah patik pergi
berkawal, tiada jauh.” Maka baginda bertitah, “Baiklah”.

Maka Laksamana menyuruh membawa segala senjata yang banyak-banyak itu,
lembing dan tombak dan kayu. Maka diatur oleh laksamana berkeliling istana itu. Maka
dibubuhnya suatu hikmat, radak-meradak dan tetak-menetak sama sendirinya dan kayu
itu pun palu-memalu, terlalu gemuruh bunyinya.

Dipetik daripada „Kepimpinan Melalui Teladan‟, antologi Jaket Kulit Kijang dari Istanbul, Kementerian Pendidikan
Malaysia.

Baca petikan bahasa Melayu Klasik di bawah dengan teliti. Kemudian, tulis semula petikan
tersebut dalam bahasa Melayu Standard tanpa mengubah bentuk dan maksud asalnya.

Maka ia pun sampailah ke istana. Di dengar bunyi gemuruh, maka
dihampirinya; maka dilihatnya senjata dan kayu palu-memalu, tikam-menikam
dan radak-meradak.

Maka Kartala Sari pun hairan, berfikir dalam hatinya, “ Adapun hikmat ini
bukan hikmat Melayu, hikmat penjurit Jawa yang tahu-tahu juga.” Maka diambil
suatu kayu, maka disarungnya. Maka dipalu oleh kayu hikmat Laksamana itu
gemuruh bunyinya.

Dipetik daripada „Kepimpinan Melalui Teladan‟, antologi Jaket Kulit Kijang dari Istanbul, Kementerian Pendidikan
Malaysia

17

Modul PdPr 2.0 Bahasa Melayu Tingkatan 5 KSSM [2021]

SOALAN 5 KERTAS 2 (TATABAHASA : PERIBAHASA)
PANDUAN MENJAWAB SOALAN PERIBAHASA

1. Baca dan fahami arahan soalan.
2. Baca petikan/ bahan yang diberi dengan teliti.
3. Tulis peribahasa yang sesuai mengikut arahan soalan atau situasi dalam

petikan / bahan.

LATIHAN
(a) Baca ayat-ayat di bawah dengan teliti dan kemudian nyatakan peribahasa yang
sesuai dengan situasi dalam ayat-ayat tersebut.

(i) Setelah menerima hukuman, barulah dia sedar akan kesilapannya.
(ii) Kalau bernasib baik, mereka akan selamat, tetapi kalau bernasib buruk

mereka akan menerima kecelakaan.
(iii) “Biarpun tinggal berjauhan, kalau ada jodoh kita akan bersama nanti,” kata

Syam kepada Farisha.
(b) Baca ayat-ayat di bawah dengan teliti dan kemudian nyatakan peribahasa yang

sesuai dengan situasi dalam ayat-ayat tersebut.
(i) Kedudukan pekerja Syarikat ABC seperti ____________________________

kerana kedudukan kewangan syarikat amat kritikal.
(i) Semua ahli masyarakat hendaklah bergotong-royong bak kata orang-orang

tua _________________________.
(ii) Ibu bapa mesti mendidik anak-anak tentang amalan berbudi bahasa sejak

kecil bak kata pepatah_______________________________________.
(c) Baca peribahasa tersebut dan bina ayat berdasarkan setiap peribahasa di bawah ini

supaya jelas menunjukkan maksud dan penggunaannya.

(i) Kacang lupakan kulit.
(ii) Seperti lembu dicucuk hidung.
(iii) Sedikit-sedikit lama-lama jadi bukit.

18

Modul PdPr 2.0 Bahasa Melayu Tingkatan 5 KSSM [2021]

SOALAN 6 KERTAS 2 (PEMAHAMAN : PETIKAN UMUM)
PANDUAN MENJAWAB SOALAN PEMAHAMAN PETIKAN UMUM (SOALAN 6)

1. Baca dan teliti tema atau isu yang dibincangkan dalam petikan.
2. Kenal pasti kata kunci isu seperti masalah, punca masalah, kesan daripada

masalah atau usaha tentang cara untuk menangani masalah.
3. Calon perlu menjawab 4 soalan yang melibatkan :-

a) Maksud literal – memberikan makna perkataan seerti yang paling tepat.
b) Beza banding bahan – pemindahan maklumat melalui hasil dapatan
bacaan daripada bahan 1 dan bahan 2.
c) KBAT/Pemikiran kritis – jawapan yang diberikan secara matang dan logik
serta bertepatan dengan kehendak soalan.
d) KBAT/Penyelesaian masalah – jawapan yang diberikan haruslah matang
dan tepat dengan soalan yang dikemukakan itu.

LATIHAN
Baca kedua-dua bahan di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang
berikutdengan mengunnakan ayat sendiri.

BAHAN 1

Berdasarkan laporan kajian tabiat membaca rakyat Malaysia, kadar literasi
atau celik huruf di negara ini ialah 93 peratus. Walau bagaimanapun, kajian itu
mendapati bahawa rakyat Malaysia kini hanya membaca dua buah buku setahun.
Keadaan ini masih tidak memuaskan walaupun tabiat membaca rakyat Malaysia
kini bertambah naik.

Terdapat beberapa faktor yang menjejaskan proses pembudayaan amalan
membaca di negara ini. Antaranya, harga buku yang mahal, khususnya buku
ilmiah yang diimport. Hal ini menyebabkan pembeli berfikir berkali-kali sebelum
membeli buku. Keadaan ini banyak berlaku dalam kalangan pelajar di institusi
pengajian tinggi. Selain itu, sikap rakyat yang tidak menitikberatkan aktiviti
keilmuan juga menjadi penyumbang kepada kadar pembacaan yang rendah. Oleh
itu, persepsi orang ramai bahawa membaca hanya berlaku semasa proses
menuntut ilmu harus dikikis. Masyarakat perlu sedar bahawa orang yang
membaca akan memperoleh ilmu yang berguna sepanjang hayatnya dan akan
sentiasa dihormati oleh orang lain.

Dipetik dan diubah suai daripada Membaca Santapan Rohani dan Minda, oleh Huzaimi Baharuddin,
Dewan Masyarakat.

19

Modul PdPr 2.0 Bahasa Melayu Tingkatan 5 KSSM [2021]

BAHAN 2

Kita sedia maklum bahawa amalan membaca sangat penting untuk melahirkan
generasi yang mampan dan berdaya saing. Tabiat membaca sangat mempengaruhi
cara kita berfikir dan bertindak. Seseorang yang rajin membaca lain cara pemikirannya.
Mereka boleh berhujah dengan mantap berdasarkan fakta yang tepat dan
mengeluarkan idea yang bernas. Meskipun membaca sangat penting kepada inidividu
dan negara, amalan murni ini kurang diamalkan oleh masyarakat. Hal ini dikatakan
demikian kerana masyarakat menganggap membaca sebagai satu aktiviti yang tidak
menyeronokkan dan membosankan. Sikap ini harus dihindari kerana akan merugikan
diri mereka sendiri.

Tiada teguran ibu bapa terhadap sikap anak yang kurang membaca juga
menyebabkan budaya membaca tidak wujud dalam kalangan masyarakat, khususnya
golongan remaja. Bahan-bahan bacaan untuk anak juga jarang dibeli oleh ibu bapa.
Perkara yang lebih mendukacitakan ialah ibu bapa sendiri tidak mengamalkan budaya
membaca ketika berada di rumah. Ingatlah, hanya dengan membaca, negara dapat
melahirkan generasi yang berilmu dan berwawasan.

Dipetik dan diubah suai daripada „Faktor Pelajar Kurang Minat Membaca‟ Majalah Pendidik, September
2016.

(i) Berdasarkan bahan 1, berikan maksud rangkai kata persepsi orang ramai. [2m]

(ii) Berdasarkan bahan 1 dan bahan 2, nyatakan punca-punca masyarakat Malaysia

kurang mengamalkan budaya membaca. [4m]

(iii) Bangsa membaca mampu membangunkan sesebuah negara.

Pada pandangan anda, bagaimanakah pihak kerajaan berperanan dalam

memupuk budaya membaca dalam kalangan masyarakat? [3m]

(iv) Salah seorang adik anda yang masih belajar di sekolah rendah tidak minat
membaca. Adik anda lebih suka menonton televisyen dan bermain permainan
video.

Sebagai seorang abang yang sedar akan kepentingan memupuk amalan

membaca sejak kanak-kanak lagi, nyatakan tindakan yang boleh anda ambil agar

adik anda menjadi seorang yang gemar membaca. [4m]

20

Modul PdPr 2.0 Bahasa Melayu Tingkatan 5 KSSM [2021]

SOALAN 7 KERTAS 2 (PEMAHAMAN : PETIKAN SASTERA)

PANDUAN MENJAWAB SOALAN PEMAHAMAN PETIKAN SASTERA (SOALAN 7)

1. Baca soalan terlebih dahulu untuk mendapat gambaran mengenai
kehendak soalan.

2. Kemudian baca petikan sekurang-kurangnya dua kali sambil menggarisi
isi-isi yang dianggap boleh dimanfaatkan untuk menjawab soalan.

3. Bagi soalan menaakul maksud kata atau rangkai kata, cari kedudukan
rangkai kata dalam ayat yang berkaitan. Tentukan maksudnya
berdasarkan konteks ayat dalam petikan tersebut secara
keseluruhannya.

4. Untuk menulis jawapan, ambillah sebahagian daripada soalan sebagai
permulaan jawapan dan digabungkan dengan jawapan sebenarnya
dalam bentuk ayat yang lengkap.

5. Pastikan jumlah isi sesuai dengan markah yang diperuntukkan.
6. Bagi soalan KBAT, isi perlu disertakan dengan keterangan. Keterangan

perlu dihubungkan dengan SUKA [supaya, untuk, kerana, agar] atau
kata majmuk gabungan yang sesuai agar jawapan lebih jelas dan
meyakinkan.
7. Untuk menulis jawapan KOMSAS, konsep asas sastera seperti yang
terdapat dalam teks harus dipelajari

LATIHAN

Baca bahan-bahan di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikut
dengan menggunakan ayat anda sendiri.

Bahan 1

Ahmad Mutawakkil- malam itu, Jumaat bulan Ogos tahun1953 – dek luka
yang parah, melangkah dengan longlai ke arah Imam Ngah Ibrahim.

Ketika kami semua masih terpegun dan tertanya-tanya, Ahmad Mutawakkil
jatuh melutut dan wajahnya tersembam di ribaan Imam Ngah Deraman. Pada
waktu itu, dalam keadaan dia mengerekok, kami nampak luka besar di belakang
bahunya – bekas tusukan peluru.

Darah masih mengalir, betul-betul di bawah tulang pendayung kiri Ahmad
Mutawakkil. Menyedari darah terlalu banyak mengalir hingga menitis ke lantai,
Penghulu Ibrahim Sigap segera membaringkan Ahmad Mutawakkil. Tak lama
kemudian, bunyi nafasnya separuh mengeruh. Dalam keadaan tercungap-cungap,
dia terkulai lalu pengsan.

Dipetik daripada cerpen „Cinta Ahmad Mutawakkil‟ oleh Zainal Rashid Ahmad, dalam antologi
Sejadah Rindu, Kementerian Pendidikan Malaysia.

21

Modul PdPr 2.0 Bahasa Melayu Tingkatan 5 KSSM [2021]

Bahan 2

Aku cepat-cepat beredar. Suara Doktor Murni melantun ke dinding pejal wad Unit
Rawatan Rapi. Solehah yang tenat, yang pundi janinnya pecah di ovari, juga sedang
koma. Al-Hafiz masih terlantar , tulang selengkanya patah riuk, diheret kereta sejauh dua
meter di tar keras, tidak pernah pun dijenguk Profesor Doktor Juaidi.

Juga si kecil , bayi buangan yang hampir kekeringan darah. Gadis malang yang
dibelasah hingga tinggal nyawa-nyawa ikan dan mahasiswa leukimia yang semakin cair
sel darah merah di tubuhnya itu, tidak perlukah mereka itu diberi darah?

“ Hidup yang ditentukan oleh tangan manusia ini, tidak pernah adil, Solehah.
“Titisan air mataku gugur di hujung jari Solehah. Engkau hanya memerlukan tiga pek
darah sahaja, tetapi tidak diberiakn. Tuan Besar Musa itu, tubuhnya tidak mahu
meneriam darah tetapi pakar-pakar itu …..,” sebak menyendak di dadanya.

Dipetik daripada cerpen „Gerhana Manusia‟, oleh Aminah Mokhtar, dalam antologi Harga Remaja, Dewan
Bahasa dan Pustaka.

(i) Berdasarkan bahan 2, berikan maksud ditentukan oleh tangan manusia. [2m]

(ii) Berdasarkan bahan 1 dan bahan 2, nyatakan keadaan mereka yang

menganggung penderitaan akibat ditimpa musibah. [4m]

(iii) Tahap kesedaran kepentingan menderma darah dalam kalangan masyarakat
Malaysia masih rendah.

Pada pendapat anda, apakah langkah yang wajar dilakukan bagi menggalakkan

masyarakat menderma darah? [3m]

(iv) Ketika sedang menunggu teksi, sebuah motosikal yang ditunggang dengan laju
tiba-tiba terbabas lalu melanggar tiang elektrik. Kemalangan itu menyebabkan
penunggang motosikal tersebut mengalami luka yang agak parah di bahagian
peha dan banyak darah keluar.

Sebagai seorang anggota masyarakat yang bertanggungjawab, apakah tindakan

segera yang anda ambil untuk membantunya? [4m]

22

Modul PdPr 2.0 Bahasa Melayu Tingkatan 5 KSSM [2021]

SOALAN 8 KERTAS 2 (PEMAHAMAN : NOVEL)
PANDUAN MENJAWAB SOALAN NOVEL

1. Dua soalan diuji
2. Markah keseluruhan untuk soalan 8(i) dan 8(ii) = 10 markah

 Kombinasi markah untuk soalan (i) dan (ii) tidak tetap
3. Markah bahasa:

 Soalan (i) Tidak ada markah bahasa yang khusus, tetapi berdasarkan
deskripsi pemarkahan

 Soalan (ii) Markah bahasa : maksimum 2 markah secara holistik

BENTUK SOALAN:
Soalan 8 (i) :

 Pemahaman petikan novel berdasarkan mana-mana novel daripada 4
zon.

 Panjang petikan antara 100 hingga 120 patah perkataan.
 Jawapan bagi soalan ini terdapat dalam petikan.
 Calon perlu mengemukakan sekurang-kurangnya 2 isi daripada

petikan.
Soalan 8 (ii) :

 Soalan berkisar tentang pemikiran kritis (KBAT).
 Soalan berdasarkan novel yang dikaji mengikut zon.
 Calon perlu menyatakan pernyataan yang menepati kehendak soalan

secara kritis. Calon boleh mengaitkan pernyataan dengan aspek
sastera.
 Calon perlu mengemukakan contoh peristiwa sebagai bukti.
 Calon perlu menguasai aspek sastera seperti tema, nilai, pengajaran,
persoalan, perwatakan dan latar masyarakat.
 Calon perlu mengemukakan sekurang-kurangnya 2 isi daripada
petikan.
 Calon perlu memberikan penegasan atau alasan bagi setiap isi

23

Modul PdPr 2.0 Bahasa Melayu Tingkatan 5 KSSM [2021]

CONTOH SOALAN 8(a)
Baca petikan novel di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan yang berikutnya dengan
menggunakan ayat anda sendiri.

“Tentulah tidak,” balas Muhammad Taufik, nadanya tenang sahaja.

“Saya telah memutuskan bahawa kelip-kelip di Kuala Selangor berada di ambang
kepupusan. Kedatangan pelancong yang ramai, hampir 100 ribu orang pada
setiap tahun, dengan semua entiti yang datang bersama mereka seperti suara
manusia, bunyi enjin motobot, cahaya lampu di jeti, pencemaran air sungai yang
mengancam pokok-pokok berembang, pemusnahan kawasan paya bakau,
cahaya dari kawasan petempatan manusia, dan cahaya roda ferris, semuanya
membawa ancaman kepada populasi kelip-kelip. Kelip-kelip ini, yang telah wujud
jutaan tahun di tempat ini dan tidak pernah mendatangkan sebarang kesusahan
kepada manusia di sini akan mengalami kepupusan dalam masa setahun sahaja
jika keadaan sedia ada berterusan.

Dipetik daripada Novel Bimasakti Menari
Karya Sri Rahayu Mohd Yusop

Kementerian Pendidikan Malaysia

Nyatakan faktor-faktor populasi kelip-kelip di Kuala Selangor semakin berkurangan.
[4 markah]

Antara faktor populasi kelip-kelip di Kuala Selangor semakin berkurangan adalah dengan
kedatangan pelancong yang ramai, hampir 100 ribu orang pada setiap tahun, dengan
semua entiti yang datang bersama mereka seperti suara manusia, bunyi enjin motobot,
cahaya lampu di jeti, pencemaran air sungai yang mengancam pokok-pokok berembang,
pemusnahan kawasan paya bakau, cahaya dari kawasan petempatan manusia, dan cahaya
roda ferris, semuanya membawa ancaman kepada populasi kelip-kelip

CONTOH SOALAN 8(b)

Jawab soalan di bawah berdasarkan novel-novel yang berikut:

i) Leftenan Adnan Wira Bangsa, karya Abdul Latip Talib
ii) Di Sebalik Dinara, karya Dayang Nor
iii) Jendela Menghadap Jalan, karya Ruhaini Matdarin
iv) Pantai Kasih karya Azmah Nordin
v) Songket Bebenang Emas, karya Khairuddin Ayip
vi) Tirani, karya Beb Sabariah
vii) Silir Daksina, karya Nizar Parman
viii) Bimasakti Menari, karya Sri Rahayu Mohd Yusop

24

Modul PdPr 2.0 Bahasa Melayu Tingkatan 5 KSSM [2021]

Berdasarkan sebuah novel yang anda pelajari, jelaskan keistimewaan novel tersebut yang

menarik perhatian pembaca. [6 markah]

Novel yang saya kaji ialah Leftenan Adnan Wira Bangsa karya Abdul Latif Talib.

{PERNYATAAN) Keistimewaan yang pertama adalah daripada pengutaraan tema yang
baik oleh pengarang. Tema novel ini mengisahkan keberanian seorang anggota tentera
dalam mempertahankan tanah air. {CONTOH PERISTIWA} Leftenan Adnan bin Saidi
telah menunjukkan keberanian dan kecekalan sejak kecil serta mendapat dorongon
daripada bapanya untuk menjadi askar. {PENEGASAN / ALASAN} Keperwiraan beliau
terbukti apabila beliau berjuang menentang musuh hingga penghujung nyawa.

Novel ini juga istimewa dan menarik kerana mengandungi banyak nilai dan
pengajaran yang boleh dijadikan iktibar kepada masyarakat. Antara nilai yang terdapat
dalam novel ini ialah nilai cinta akan negara. Leftenan Adnan yang bertugas sebagai guru
sanggup meninggalkan kerjaya tersebut untuk memasuki bidang ketenteraan demi berjuang
mempertahankan tanah air. Pengajarannya ialah, sebagai anak muda, kita hendaklah
sanggup berkorban demi kedaulatan tanah air pada bila-bila masa diperlukan.

Selain itu, novel ini juga menarik perhatian pembaca kerana keistimewaan perwatakan
watak utama dalam novel ini berjaya meninggalkan kesan yang mendalam dalam jiwa
pembaca terutama generasi muda yang masih mempunyai kudrat untuk berjuang
mempertahankan negara . Walaupun kehabisan peluru, Adnan tidak berundur. Leftenan
Adnan berani berjuang melawan tentera Jepun walaupun tanpa senjata hingga ke titisan
darah terakhir. Watak Leftenan Adnan ialah simbol keberanian dan ketabahan anak muda
dalam perjuangan.

25

Modul PdPr 2.0 Bahasa Melayu Tingkatan 5 KSSM [2021]

NOTA RINGKAS NOVEL LEFTENAN ADNAN WIRA BANGSA

TEMA

Tema novel ini ialah keberanian seorang anggota tentera dalam mempertahankan tanah air.

PERSOALAN

Bil Persoalan Peristiwa/Contoh/Huraian
1 Persoalan keberanian Leftenan Adnan berani berjuang menentang
penjajah iaitu tentera Jepun di Bukit Candu
menentang penjajah. sehingga ke titisan darah terakhir walaupun tanpa
senjata
2. Persoalan kepentingan Leftenan Adnan yang bertugas sebagai guru
semangat patriotisme sanggup meninggal kerjaya untuk memasuki
bidang ketenteraan demi cinta akan tanah air.
3. Persoalan pengorbanan Leftenan Adnan mengikuti latihan ketenteraan di
seorang isteri. Kem Latihan Port Dickson.
Isteri Leltenan Adnan iaitu Sophia sanggup
berkorban berpisah dengan suaminya dan
menjaga anak-anak demi menyokong perjuangan
suaminya Leftenan Adnan.

WATAK DAN PERWATAKAN Peristiwa/Contoh/Huraian

Bil Perwatakan watak utama Leftenan Adnan berani berjuang menentang
(Leftenan Adnan) tentera Jepun di Bukit Candu sehingga ke titisan
darah terakhir walaupun tanpa senjata
1 Seorang yang berani

2. Seorang yang cinta akan negara Leftenan Adnan yang bertugas sebagai guru
sanggup meninggal kerjaya untuk memasuki
bidang ketenteraan demi cinta akan tanah air.
Leftenan Adnan mengikuti latihan ketenteraan di
Kem Latihan Port Dickson.

3. Seorang yang penyayang Leftenan Adnan sangat sayang akan isterinya
dan berasa sayu ketika ingin meninggalkan isteri
Sophia sebelum berangkat Singapura untuk
berjuang menentang pihak Jepun.

26

Modul PdPr 2.0 Bahasa Melayu Tingkatan 5 KSSM [2021]

Bil Latar Tempat Peristiwa/Contoh/Huraian
1 Bukit Candu Leftenan Adnan terkorban dan mayatnya
digantung di dahan pokok ceri di Bukit Candu .
2. Kem Latihan Port Dickson. Mayatnya digantung dengan kepala ke bawah
dan ditikam bertalu-talu oleh tentera Jepun.
3. Kampung Sungai Ramal Leftenan Adnan mengikuti latihan ketenteraan di
Kajang Kem Latihan Port Dickson dan akhirnya dia
terpilih menjadi rekrut terbaik seterusnya diserap
LATAR TEMPAT ke dalam pasukan askar Melayu.
Tempat Leftenan Adnan dilahir dan
dibesarkan.Leftenan Adnan juga telah
menghantar isteri dan anak-anaknya pulang ke
Kampung Sungai Ramal Kajang semasa Jepun
menyerang Tanah Melayu.

LATAR MASYARAKAT

Bil Latar Masyarakat Peristiwa/Contoh/Huraian

Leftenan Adnan berani berjuang menentang

1 Masyarakat yang berani. tentera Jepun di Bukit Candu sehingga ke titisan

darah terakhir walaupun tanpa senjata

Leftenan Adnan yang bertugas sebagai guru

2. Masyarakat yang cinta akan sanggup meninggal kerjaya untuk memasuki

negara bidang ketenteraan demi cinta akan tanah air.

Leftenan Adnan mengikuti latihan ketenteraan di

Kem Latihan Port Dickson.

Ayah Leftenan Adnan iaitu Pak Saidi amat

3. Masyarakat yang mementingkan mementingkan pendidikan anak-anaknya. Pak

pendidikan anak-anak. Saidi telah menyekolahkan Leftenan Adnan di

sekolah Inggeris walaupun anak-anak Melayu lain

bersekolah pondok.

LATAR MASA Peristiwa/Contoh/Huraian
Bil Latar Masa
1 Tahun 1937 Leftenan Adnan dinaikkan pangkat menjadi Sarjan
dan dia juga telah pergi ke Londan untuk
menyertai upacara pertabalan King George VI.

2. Waktu pagi Setiap pagi sebelum pergi ke sawah Pak Saidi
3. Waktu malam mengayuh basikal menghantar Adnan ke sekolah
Inggeris di Pekan Sungai Ramal.

Kompenen C telah menerima perintah untuk
bergerak ke Bukit Candu bagi mempertahankan
Bukit Candu daripada dikuasai oleh pihak Jepun.

27

Modul PdPr 2.0 Bahasa Melayu Tingkatan 5 KSSM [2021]

NILAI Nilai Peristiwa/Contoh/Huraian
Bil
Leftenan Adnan berani berjuang menentang
1 Keberanian tentera Jepun di Bukit Candu sehingga ke titisan
darah terakhir walaupun tanpa senjata

2. Cinta akan negara/Patriotisme Leftenan Adnan yang bertugas sebagai guru
sanggup meninggal kerjaya untuk memasuki
bidang ketenteraan demi cinta akan tanah air.
Leftenan Adnan mengikuti latihan ketenteraan di
Kem Latihan Port Dickson.

3. Pengorbanan Isteri Leftenan Adnan iaitu Sophia sanggup
berkorban berpisah dengan suaminya dan
menjaga anak-anak demi menyokong perjuangan
suaminya Leftenan Adnan.

PENGAJARAN Peristiwa/Contoh/Huraian
Bil Pengajaran

1 Kita haruslah berani menentang Leftenan Adnan berani berjuang menentang

penjajah. tentera Jepun di Bukit Candu sehingga ke titisan

darah terakhir walaupun tanpa senjata

2. Kita haruslah cinta akan negara Leftenan Adnan yang bertugas sebagai guru
sanggup meninggal kerjaya untuk memasuki
bidang ketenteraan demi cinta akan tanah air.
Leftenan Adnan mengikuti latihan ketenteraan di
Kem Latihan Port Dickson.

3. Kita haruslah mementingkan Ayah Leftenan Adnan iaitu Pak Saidi amat
pendidikan anak-anak. mementingkan pendidikan anak-anaknya. Pak
Saidi telah menyekolahkan Leftenan Adnan di
sekolah Inggeris walaupun anak-anak Melayu lain
bersekolah pondok.

28

Modul PdPr 2.0 Bahasa Melayu Tingkatan 5 KSSM [2021]

SOALAN KERTAS 1 BAHAGAIAN A (KARANGAN BAHAN RANGSANGAN)
PANDUAN MENJAWAB SOALAN KARANGAN B

1. Baca maklumat yang diberikan dalam bahan.
2. Kenal pasti tema soalan.
3. Fahami kehendak/ arahan soalan.
4. Bina kerangka karangan yang bersesuaian dengan memberi tumpuan kepada

pembinaan ayat isi, ayat huraian, ayat contoh dan ayat penegas yang gramatis.
5. Tulis karangan yang panjangnya 350 hingga 500 patah perkataan

Tulis sebuah karangan yang panjangnya antara 350 hingga 500 patah perkataan.
1. Domain Diri

Seramai 18 orang pelajar cemerlang dari seluruh negara dinobatkan
penerima Anugerah Pelajar Cemerlang Berita Harian dan New Straits
Times 2018. Lima penerima bagi setiap kategori membawa pulang wang
tunai RM1000 beserta sijl dan trofi eksklusif.

Ketua Pegawai Eksekutif Interim NSTP dan Pengarah Eksekutif,
Operasi Berita dan Editorial Media Prima Berhad, Mustapha Kamil Mohd
Janor berkata, pemilihan calon bagi anugerah itu bukan saja dinilai
berdasarkan kecemerlangan akademik malah pencapaian kokurikulum
yang diraih oleh mereka. Penganugerahan ini diharap dapat menyuntik
semangat dan mendorong penerimanya agar terus meraih kecemerlangan
dalam kehidupan mereka.

Sumber: MyMetro,27 Julai 2019
[email protected]

Berita di atas tentang penghargaan dan anugerah yang diberikan kepada pelajar cemerlang.
Kecemerlangan yang diraih oleh pelajar tersebut bukan sahaja berdasarkan kecemerlangan
akademik semata-mata, malahan pencapaian kokurikulum juga. Kecemerlangan menjadi
impian setiap pelajar yang berwawasan.
Huraikan usaha-usaha yang wajar anda lakukan untuk menjadi seorang pelajar cemerlang.
RANGKA KARANGAN
Analisis soalan

Tema (Isu) – pelajar cemerlang
Kehendak soalan – Usaha-usaha menjadi seorang pelajar cemerlang
Dimensi Diri (Saya sebagai pelajar)

29

Modul PdPr 2.0 Bahasa Melayu Tingkatan 5 KSSM [2021]

PERENGGAN PENDAHULUAN

AYAT RANGSANGAN
Sejak akhir-akhir ini,
Belakangan ini,
Pada era globalisasi ini,
Pada era milenium ini,
Pada era pascakemerdekaan,
Dalam menelusuri arus
kemodenan, Marcapada,
Dasawarsa,
Mutakhir ini, dll
AYAT ISU
di manakah dibincangkan
apakah reaksi masyarakat
AYAT DEFINISI

AYAT HURAIAN

AYAT CONTOH

AYAT KEHENDAK SOALAN

PERENGGAN ISI

IDEA/ISI
Selain itu,
Di samping itu,
Sementara itu,
Lebih-lebih lagi,
Dalam pada itu,
Pada waktu yang
sama, Seterusnya,
dll
BAGAIMANA
Hal ini demikian
kerana,
Hal ini berlaku
demikian kerana,
Hal ini terjadi
demikian kerana,
Hal ini disebabkan
oleh,
Hal ini wujud akibat
daripada,
Hal ini tercetus
apabila, dll

KESAN

30

Modul PdPr 2.0 Bahasa Melayu Tingkatan 5 KSSM [2021]

CONTOH
Misalnya,
Contohnya, Sebagai
contoh,Tamsilnya,
Antaranya, adalah
seperti, dll
PENEGASAN
Tegasnya,
Kesannya,
Natijahnya,
Dengan itu,
Dengan berbuat
demikian,
Dengan keadaan
sedemikian, dll
PERENGGAN PENUTUP

KELUARKAN ISU
(memberikan pendapat secara
keseluruhan tentang karangan)
Kesimpulannya,
Konklusinya,
Tuntasnya,
Secara integralnya,
Intihanya,
Akhir kata,
Akhir kalam,

CADANGAN
(mengandungi cadangan untuk
mengatasi atau menangani
sesuatu)
AKIBAT
membuat penilaian tentang sesuatu
perkara
HARAPAN
mengandungi harapan penulis
berkaitan dengan sesuatu perkara

Cadangan Idea:

1.Saya perlu menjadi seorang yang fokus dalam setiap tindakan atau aktiviti yang saya
lakukan. (Belajar fokus semasa sesi pembelajaran / dalam semua aktiviti kokurikulum dalam
semua majlis ilmu yang dihadiri)

2. Saya perlu mengamalkam nilai murni dalam kehidupan.

3. Saya perlu bijak menguruskan masa menguruskan pembelajaran dan sosialisasi dengan
seimbang.

4. Saya akan mengamalkan gaya hidup sihat dengan mengamalkan pengambilan makanan
seimbang selain bersenam.

31

Modul PdPr 2.0 Bahasa Melayu Tingkatan 5 KSSM [2021]

6. Saya memastikan ajaran agama dipraktikkan dalam kehidupan.(Kesannya, saya tidak
mudah terpengaruh dengan anasir negatif yang menjahanamkan masa hadapan seperti
penyalahgunaan dadah dan gejala sosial yang lain)

SOALAN 1 KERTAS 2 (TATABAHASA : MORFOLOGI)

Kata Adjektif ( Kata Sifat)

Kata adjektif ialah perkataan yang menerangkan sifat sesuatu benda, keadaan, atau
perbuatan. Jenis kata adjektif:

a. Kata Sifat Keadaan memberi makna keadaan kata nama yang diterangkan. Contoh:
orang jahat, budak pintar

b. Kata Sifat Warna: membawa makna warna untuk menerangkan kata nama. Contoh:
langit biru, bibir merah.

c. Kata Sifat Ukuran: menyatakan ukuran kata nama. Contoh: perahu panjang, pokok
renek, rumah kecil.

d. Kata Sifat Bentuk menerangkan mengenai bentuk kata nama. Contoh: jalan
bengkok,mata bulat, pinggan bujur.

e. Kata Sifat Jarak: menerangkan kata nama dari segi ruang. Contoh: jalan pintas,
kawan jauh.

f. Kata Sifat Waktu: memberi penjelasan konsep masa sebagai unsur keterangan.
Contoh makanan segera, rumah baru, terlalu awal.

g. Kata Sifat Cara membawa makna keadaan kelakuan atau ragam untuk
menerangkan kata nama. Contoh: air deras, hujan lebat.

h. Kata Sifat Perasaan memberi pengertian kepada konsep perasaan yang terkandung
dalam sesuatu kata nama. Contoh: suka akan, penuh ragu.

i. Kata Sifat Pancaindera terdiri daripada yang memberi makna rasa, pandang, dengar,
bau dan sentuh. Contoh: makanan lazat (konsep rasa), lelaki tampan (konsep
pandang) suara merdu (konsep dengar), minyak wangi (konsep bau), kulit licin
(konsep sentuh)

LATIHAN

(i)Baca petikan di bawah dengan teliti dan senaraikan tiga kata adjektif yang terdapat
dalam petikan tersebut.

(ii) Bina satu ayat anda sendiri daripada setiap perkataan yang dipilih untuk menunjukkan
bahawa anda faham akan maksud dan penggunaannya.

Buah delima sememangnya terkenal sebagai buah yang kaya dengan zat dan
khasiat. Buah delima sangat enak dimakan begitu saja atau diminum sebagai jus.
Rupa buah delima yang bulat dan kemerah-merahan mengandungi banyak nutrisi
yang baik untuk badan kita. Jus delima membantu meningkatkan tahap kolestrol
yang baik di samping menurunkan kolestrol yang buruk. Tahap kolestrol buruk yang
tinggi boleh membawa risiko penyakit berbahaya.

32

Modul PdPr 2.0 Bahasa Melayu Tingkatan 5 KSSM [2021]

Baca petikan di bawah dengan teliti dan senaraikan empat kata adjektif. Kemudian anda
dikehendaki membina satu ayat anda sendiri daripada setiap perkataan yang dipilih untuk
menunjukkan bahawa anda faham akan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh
menambahkan imbuhan, menukarkan imbuhan atau menggunakan perkataan itu sebagai
peribahasa atau nama khas.

Mural ialah suatu lukisan besar pada ruang bangunan atau ruang dinding. Lukisannya
berkisar tentang suatu benda, peristiwa, cerita atau pengalaman yang mengusik
perasaan yang dilahirkan dengan cara yang cukup halus dan cekap.

Lukisan grafiti merupakan salah satu seni yang sedang berkembang maju. Grafiti ialah
suatu lakaran yang dibuat pada dinding. Suatu ketika, grafiti ini dikaitkan dengan
golongan muda yang mahu meluahkan perasaan. Oleh sebab itu, grafiti dianggap
sebagai vandalisme kerana contengan-contengan liar yang dihasilkan oleh golongan
ini.

Sumber: Buku Teks Tingkatan 4

Kata Hubung

 Kata hubung ialah perkataan yang digunakan untuk menggabungkan atau
menghubungkan dua atau lebih binaan ayat menjadi bentuk ayat berlapis

 Kata hubung terbahagi kepada tiga iaitu kata hubung gabungan, kata hubung
pancangan dan kata hubung berpasangan.

a. Kata Hubung Gabungan

 Kata hubung gabungan menghubungkan dua klausa atau lebih yang sama tara
sifatnya.

 Ayat yang terbentuk hasil daripada penggunaan kata hubung gabungan disebut ayat
majmuk

Kata Gabungan Penggunaannya
atau Sesuatu pilihan
dan Menghubungkan subjek atau predikat
kecuali Selain,lain daripada
serta/ sambil Perbuatan dilakukan serentak
maka kesannya
kemudian Perbuatan yang menyusul
tetapi Menunjukkan makna yang berlawanan
lalu Perbuatan yang berturut-turut

33

Modul PdPr 2.0 Bahasa Melayu Tingkatan 5 KSSM [2021]

b. Kata Hubung Pancangan
 Kata hubung pancangan menyambungkan klausa-klausa tak setara pada
klausa utama
 Ayat yang terbentuk hasil daripada penggunaan kata hububg gabungan
disebut sebagai ayat majmuk pancangan.
 Terdapat tiga jenis kata hubung iaitu kata hubung pancangan relatif,kata
hubung pancangan komplemen dan kata hubung pancangan keterangan.

KATA HUBUNG

Pancangan Pancangan Pancangan Berpasangan
relatif
keterangan komplemen Baik – mahupun
yang Kian – kian
agar untuk Sama ada – ataupun
Sedangkan – inikan pula
apabila bahawa

bahawa

kerana

sekiranya

LATIHAN

(a) Baca petikan di bawah dengan teliti dan senaraikan tiga kata hubung yang terdapat
dalam petikan tersebut. Kemudian anda dikehendaki membina satu ayat anda sendiri
daripada setiap perkataan yang dipilih untuk menunjukkan bahawa anda faham akan
maksud dan penggunaannya.

Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan
terima kasih yang tidak terhingga kepada syarikat tuan
kerana sudi menyumbangkan beberapa buah komputer dan
mesin pencetak untuk digunakan oleh belia di daerah
Semarak pada tahun ini.

34

Modul PdPr 2.0 Bahasa Melayu Tingkatan 5 KSSM [2021]
SOALAN 2 KERTAS 2 (TATABAHASA : SINTAKSIS)

35

Modul PdPr 2.0 Bahasa Melayu Tingkatan 5 KSSM [2021]

LATIHAN
(A)Tukar ayat pasif di bawah ini kepada ayat aktif tanpa mengubah maksud asalnya.

(i) Latihan intensif dijalani oleh pasukan bola sepak kolej kami selama tiga
minggu.

(ii) Cikgu Ismail telah saya pelawa ke majlis pertunangan Kak Radiah pada
minggu depan.

(iii) Punca kebakaran kilang perabot itu masih disiasat oleh pihak polis.
(iv) Sebuah jambatan sementara telah dibina oleh penduduk kampung secara

gotong-royong.
(v) Tugas mengisi kemerdekaan negara akan kita pikul bersama-sama.
(vi) Semenjak program kitar semula dilancarkan oleh kerajaan, tahap

kebersihan di kawasan kediaman semakin meningkat.
(vii) Sebuah gelanggang badminton telah dibina oleh mereka secara gotong-

royong pada minggu lepas.

(B)Tukarkan ayat aktif di bawah kepada ayat pasif tanpa mengubah maksud asalnya.
(i) Saya telah menghasilkan beberapa buah buku masakan tradisional antara tahun
2000 hingga 2006.
(ii) Setiap petang kamu mesti menyiram sayur-sayuran di belakang rumah.
(iii) Pelatih Program Latihan Khidmat Negara menjalani latihan intensif selama tiga
bulan.
(iv) Penyambut tetamu itu mempersilakan beliau duduk di hadapan.
(v) Kita perlu mengenal pasti potensi diri jika ingin mencapai kejayaan.
(vi) Aktiviti kokurikulum memperkukuh perpaduan murid berbilang kaum di negara ini.
(vii) Pasukan Kadet Polis sekolah itu akan menjalani latihan menembak pada minggu
hadapan.
(viii) Baginda mengurniakan darjah kebesaran kepada atlet yang telah
mengharumkan nama negara kita.
(ix) Persatuan Ibu bapa dan Guru (PIBG) menggesa pengusaha kantin sekolah
supaya menyediakan makanan berkhasiat.

36

Modul PdPr 2.0 Bahasa Melayu Tingkatan 5 KSSM [2021]

SOALAN 3 KERTAS 2 (TATABAHASA : PENYUNTINGAN)

(a) Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan
penggunaan imbuhan. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi
setiap ayat, anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan ejaan
dan satu kesalahan penggunaan imbuhan. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula

(i) Lulusan dalam mata pelajaran Bahasa Melayu menjadi salah satu pra syarat
untuk memasuki Tingkatan Enam

(ii) Pengrobohan plaza tol itu akan dijalankan secara berperingkat-peringkat
demi keselamatan penghuni lebuhraya

(iii) Koperasi merupakan badan yang efiktif untuk membantu bertingkat taraf
hidup masyarakat.
[6 markah]

(b) Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan penggunaan kata atau
istilah dan satu kesalahan tatabahasa. Senaraikan dan betulkan kesalahan-
kesalahan itu. Bagi setiap ayat, anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada satu
kesalahan penggunaan kata atau istilah dan satu kesalahan tatabahasa. Anda tidak
perlu menyalin ayat itu semula.

(i) Salmiah yang mempunyai kliniknya keseorangan merupakan anak Datin
Aminah yang paling berjaya sekali.

(ii) Senarai barang-barang keperluan yang diperintahkan kawalan harganya telah
dikeluarkan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal
Pengguna.

(iii) Cita-citanya untuk memanjangkan pelajaran ke universiti belum tercapai lagi
oleh kerana kesempitan hidup.

(c) Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan
penggunaan imbuhan. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi
setiap ayat, anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan ejaan
dan satu kesalahan penggunaan imbuhan. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula

(i) Guru-guru hendaklah memperkukuhkan ilmu saikologi bagi menghadapi
murid pada zaman teknologi maklumat.

(ii) Hajah Rogayah telah menghadiahkan anak tunggalnya sebuah rumah
sempena ulang tahun kelahiran anaknya itu.

(iii) Gajala hedonisme telah mempengaruhi remaja kita dengan pelbagai
pembuatan yang bersifat anti-sosial. [6 markah]

37

Modul PdPr 2.0 Bahasa Melayu Tingkatan 5 KSSM [2021]

(d) Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan penggunaan kata atau
istilah dan satu kesalahan tatabahasa. Senaraikan dan betulkan kesalahan-
kesalahan itu. Bagi setiap ayat, anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada satu
kesalahan penggunaan kata atau istilah dan satu kesalahan tatabahasa. Anda tidak
perlu menyalin ayat itu semula.

(i) Semua rakyat mesti saling bantu membantu sewaktu menghadapi kemiskinan
ekonomi yang tidak menentu.

(ii) Murid diminta berdiri untuk menyanyikan lagu patriotik bagi penghormatan
kepada negara.

(iii) Habis semua khemah-khemah yang disimpan di dalam stor stadium mini itu

digigit oleh tikus yang berkeliaran. [6 markah]

(e)Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan
penggunaan imbuhan. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi
setiap ayat, anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan ejaan
dan satu kesalahan penggunaan imbuhan. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula

(i) Hakim menfailkan saman di mahkamah untuk menuntut hakmilik tanah
datuknya..

(ii) Penglibatan murid dalam kegiatan kokurikulum akan perkasakan syahsiah
dan jati diri mereka.

(iii) Individu yang alami masalah keyakinan diri sering berasa was-was ketika
membuat keputusan.
[6 markah]

(f)Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan penggunaan kata atau istilah
dan satu kesalahan tatabahasa. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu.
Bagi setiap ayat, anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan
penggunaan kata atau istilah dan satu kesalahan tatabahasa. Anda tidak perlu menyalin
ayat itu semula.

(i) Semua pekerja awam perlu akur dan menyokong penuh dasar kerajaan dari
masa ke semasa.

(ii) Institusi perbankan perlu lebih tulus untuk urusan pemberian pinjaman
kepada para pembeli rumah kos rendah.

(iii) Golongan peniaga yang melakukan kegiatan pencatuan telah pihak yang
berwajib denda.

38

Modul PdPr 2.0 Bahasa Melayu Tingkatan 5 KSSM [2021]

[6 markah]
SOALAN 4 KERTAS 2 (TATABAHASA :BAHASA MELAYU STANDARD)
Baca petikan bahasa Melayu Klasik di bawah dengan teliti. Kemudian, tulis semula petikan
tersebut dalam bahasa Melayu Standard tanpa mengubah bentuk dan maksud asalnya.

Setelah datang ke Patih Gajah Mada, Kartala Sari pun duduk menyebelah.
Maka kata Patih Gajah Mada, “ Hai anakku Kartala Sari, sebab aku menyuruh
memanggil anakku ini, kerana pesan bapamu kepada aku, „Jangan tiada kasihi
anakku ini‟, kerana bapamu sudahlah mati dengan pekerjaan Seri Betara. Akan
sekarang anakku hendak dijadikan penggawa agung.”

Dipetik daripada „Kepimpinan Melalui Teladan‟, antologi Jaket Kulit Kijang dari Istanbul, Kementerian
Pendidikan Malaysia.

Setelah sudah maka Kertala Sari pun dibawanya masuk menghadap Seri
Betara. Maka sembah Patih Gajah Mada. “ Ada pun penjurit tujuh orang yang
dititahkan oleh paduka Betara pergi ke Melaka itu khabarnya sudah mati
dibunuh oleh Laksamana ketujuhnya. Sebermula negeri Melaka pun sedikit alah
olehnya. Akan sekarang baharulah patik beroleh penjurit terlalu kepetangan;
inilah penjuritnya.

Dipetik daripada „Kepimpinan Melalui Teladan‟, antologi Jaket Kulit Kijang dari Istanbul, Kementerian

Pendidikan Malaysia.

Maka Laksamana pun berdatang sembah, "Ya tuanku, adapun penjurit yang
datang itu bukan barang-barang penjurit, lebih tahunya daripada patik. Jika ada
derma kurnia, patik hendak memohon ke bawah duli hendak cuba bermain dengan
penjurit itu." Maka titah raja, "Adapun Laksamana itu tiadalah dapat jauh daripada
kita, jikalau Laksamana pergi berkawal, siapa teman kita di istana ini? Yang kita
harap hanyalah Laksamana." Maka Laksamana pun berdiam dirinya mendengar
titah raja demikian itu.

Dipetik daripada 'Kepimpinan Melalui Teladan', antologi Jaket Kulit Kijang dari Istanbul,
Kementerian Pendidikan Malaysia.

39

Modul PdPr 2.0 Bahasa Melayu Tingkatan 5 KSSM [2021]

SOALAN 5 KERTAS 2 (TATABAHASA : PERIBAHASA)

(a) Baca petikan di bawah dengan teliti dan kemudian kemukakan tiga peribahasa yang
menggambarkan situasi yang terdapat dalam petikan ini.

Sepuluh tahun lalu, Ahmad meninggalkan kampung halaman kerana kehidupan yang
susah dan berlaku perselisihan dengan adik-beradiknya. Kini dia di perantauan dan dapat
menikmati hidup yang agak selesa. Tetapi ingatan kepada kampung halaman masih
membara. Dia mengambil keputusan untuk pulang ke kampung dan menetap di sana. Dia
meminta maaf daripada adik-beradiknya di kampung atas kesalahannya yang lalu. Kini
hubungannya dengan adik-beradik semakin mesra.

(b) Baca petikan di bawah dengan teliti kemudian nyatakan satu peribahasa yang sesuai
dengan setiap situasi tersebut.

(i) Kehidupan Pak Ali sebagai penarik beca roda tiga di bandar itu amat daif, lebih-lebih lagi
orang ramai semaking kurang menggunakan perkhidmatannya. Namun, dia enggan mencari
kerja lain dan tidak yakin boleh membuat kerja lain.

(ii) Abu sentiasa berusaha dengan gigih untuk mengembangkan perniagaannya. Dia
memulakan perniagaan dengan menjual majalah dan surat khabar, kemudian menjual buku-
buku dan alat tulis. Kini, kedai Abu semakin banyak menjual barang-barang untuk keperluan
harian masyarakat di tempatnya.

(iii) Kamal terlalu boros dan suka berbelanja dengan mewah. Wang simpanannya telah
habis dibelanjakan. Kini, baru dia sedar dan berazam untuk beijimat-cermat.

(c) Tulis satu ayat daripada setiap peribahasa yang berikut untuk menunjukkaiu aula faham
maksud dan penggunaannya.

(i) langkah kanan
(ii) ikat perut
(iii) mulut tempayan

(d) Baca petikan di bawah dengan teliti dan kemudian kemukakan tiga peribahasa yang
menggambarkan tiga situasi yang berbeza terdapat dalam petikan ini.

Perpaduan rakyat menjadi tonggak kegemilangan negara Malaysia. Mereka saling
membantu antara satu sama lain. Mereka amat sedar bahawa pada masa ini sikap negatif
akan menyukarkan kerajaan untuk menyatupadukan rakyat. Sekiranya hal ini wujud, maka
tiada sesiapa pun yang untung. Sebaliknya, mereka akan kehilangan segala-galanya.

40

Modul PdPr 2.0 Bahasa Melayu Tingkatan 5 KSSM [2021]

SOALAN 6 KERTAS 2 (PEMAHAMAN : PETIKAN UMUM)

LATIHAN 1

Baca bahan-bahan di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikut
dengan menggunakan ayat anda sendiri.

Bahan 1

Kini, masyarakat memiliki akses yang mudah kepada teknologi komunikasi seperti
telefon pintar dan komputer riba. Mereka mampu melayari Internet serta media sosial
pada bila-bila masa dan di mana-mana sahaja. Namun, terdapat segelintir pihak telah
mengambil kesempatan dengan kemudahan ini sehingga wujudnya satu gejala baru
iaitu buli siber. Buli siber adalah perbuatan mengancam, memalukan atau menakutkan
seseorang melalui medium elektronik.

Buli siber perlu dipandang serius oleh semua pihak. Hal ini dikatakan demikian kerana
mangsa buli siber akan mengalami sindrom seperti enggan hadir ke sekolah, universiti
atau pejabat hingga akhirnya akan menjejaskan prestasi pelajaran dan kerja mereka.
Selain itu, mangsa buli siber juga akan mengasingkan diri dari dunia luar kerana
berasa malu dan tidak dihargai. Lebih malang lagi, mereka yang dibuli ini akan
mengalami kemurungan, malah ada yang cuba membunuh diri bagi menamatkan
penderitaan yang mereka alami. Jika tidak dibendung, buli siber akan menjadi
ancaman kepada diri dan masyarakat kerana dikesan lebih bahaya berbanding buli
secara fizikal memandangkan kegiatan ini boleh dilakukan oleh sesiapa sahaja tanpa
kawalan di internet.

Dipetik dan diubah suai daripada Bahaya Buli Siber'
http://www.nadinegara.com,
18 Jun 2019.

Bahan 2

Buli siber bukan permasalahan baharu dalam masyarakat kita. Buli siber dapat
dibezakan dengan buli yang lain apabila pembuli siber sukar untuk dikenal pasti
kerana mereka meninggalkan kesan kepada mangsa apabila tekanan emosi
berlaku semasa atau selepas menggunakan Internet. Pada ketika ini, Internet
dianggap kemudahan yang boleh menganggu perasaan mangsa. Situasi menjadi
lebih parah sehingga mangsa kerap mengasingkan diri. Mereka tidak mahu
berinteraksi dengan rakan dan ahli keluarga.

Dari aspek yang lain pula, mereka yang dibuli akhimya berhasrat untuk berhenti
daripada menggunakan komputer atau telefon bimbit. Situasi ini berlaku kerana
mangsa buli siber berasa takut atau fobia apabila hendak menggunakan
kemudahan tersebut. Oleh itu, sebagai pengguna Internet, kita tidak seharusnya
berkongsi maklumat atau butiran diri dengan orang yang tidak dikenali. Ibu bapa
pula sewajarnya mendidik anak-anak menggunakan Internet atau telefon bimbit
dengan bijak supaya anak-anak mereka tidak menjadi individu yang terlibat sebagai
mangsa atau pembuli siber.

Dipetik dan diubah suai daripada 'Gejala Buli Di manakah Kesudahannya.
oleh Amirah Abd. Rahman, Dewan Siswa,
Bil. 03/2018.

41

Modul PdPr 2.0 Bahasa Melayu Tingkatan 5 KSSM [2021]

(i) Merujuk Bahan 1, berikan maksud rangkai kata tanpa kawalan.

[2 markah]

(ii) Berdasarkan Bahan 1 dan Bahan 2, pengarang ada menyatakan kesan buruk
perbuatan siber kepada mangsa.

Nyatakan kesan-kesan buruk tersebut.

[3 markah]

(iii) Golongan remaja kini sering terdedah kepada pelbagai bentuk buli siber. Pada
pendapat anda, apakah bentuk-bentuk buli siber yang sering dialami oleh
golongan remaja?
[4 markah]

(iv) Seorang rakan sekolah anda mengalami sindrom budi siber sehingga tidak mahu
pergi ke sekolah, murung dan mengasingkan diri di rumah. Keadaan ini
menyebabkan anda berasa sedih dan bimbang kerana sebelum menjadi mangsa
buli siber, dia seorang yang ceria dan cemerlang dalam pelajaran.

Sebagai rakan yang prihatin akan masalah tersebut, apakah tindakan-tindakan
yang boleh anda ambil agar masalah rakan anda itu dapat diselesaikan.

[4 markah]

42

Modul PdPr 2.0 Bahasa Melayu Tingkatan 5 KSSM [2021]

LATIHAN 2

Baca bahan-bahan di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikut
dengan menggunakan ayat anda sendiri.

Bahan 1

SHAH ALAM: Penggunaan perkhidmatan platform pembayaran elektronik atau e-pay
seperti e-dompet sedikit sebanyak menyumbang rasa selamat kepada pekerja kedai
kerana tidak perlu berurusan dengan wang tunai yang banyak.

Seorang pekerja di sebuah kedai alat tulis berkata, kebanyakan pelanggan
berurusan di kedai berkenaan lebih gemar menggunakan e-pay menyebabkan jumlah
wang di kaunter sangat minimum

“Rasa selamat sikit kalau duit tidak banyak di kaunter kerana kita tidak tahu
apa akan terjadi. Kawasan ini jika pukul 9 malam ke atas, sedikit sunyi, boleh jadi
sasaran penjenayah,” katanya ketika ditemui BERNAMA di sini, hari ini.

Sementara itu, seorang pengguna e-dompet mengakui lebih selesa
menggunakan aplikasi pembayaran berbanding wang tunai kerana selain selamat,
perkhidmatan ini membolehkan pengguna menyemak dan mengawal perbelanjaan.
Dengan aplikasi e-dompet,beliau tidak lagi membawa wang tunai yang banyak ketika
keluar membeli barangan keperluan.

"Sejak mula guna kad debit empat atau lima tahun lalu dan e-dompet kira-kira
setahun lalu, dalam poket saya paling banyak ada antara RM50 hingga RM100
sahaja, itu pun untuk kecemasan.”

Dipetik dan digabh suai dari pada "Kaedah e-pay wujudkan rasa selamat
BH Online, 18 Januari 2020

Bahan 2

Kerajaan mengumumkan Program e-Tunai Rakyat sebagai rangsangan digital bagi
tujuan menggalakkan pengguna serta peniaga tempatan mengguna pakai e-dompet serta
kaedah pembayaran digital. Meskipun e-dompet mempunyai banyak kebaikannya kepada
peniaga dan pengguna, namun urus niaga secara elektronik ini mempunyai kelemahannya juga.

Berbeza dengan wang tunai yang nilainya jitu selagi tidak dibakar atau dikoyakkan, e
dompet bergantung sepenuhnya kepada aplikasi dan telefon pintar anda. E-pembayaran tidak
dapat dilakukan jika telefon anda gagal berfungsi disebabkan pelbagai faktor seperti berlaku
gangguan Internet atau kerosakan pada telefon pintar. Situasi seperti ini akan lebih teruk
apabila anda sedang bercuti atau berada di kawasan yang tidak mempunyai kemudahan
perbankan atau mod pembayaran yang lain.

Jenis perkhidmatan yang diberikan oleh e-dompet juga tidak menyeluruh. Sebagai
contoh, e-dompet seperti GrabPay, Touch'nGo dan Boost mungkin yang paling banyak
digunakan di Malaysia, namun tidak boleh digunakan di negara-negara lain. Selain itu,
kebanyakan kedai juga tidak mempunyai sistem pembayaran tanpa ciri sentuhan yang juga
salah satu kekangan penggunaan e-dompet.

Dipetik dan diubah suai daripada Kekurangan Menggunakan e-Wallet https://www.aia.com.my, 22 April 2020

43

Modul PdPr 2.0 Bahasa Melayu Tingkatan 5 KSSM [2021]

(i) Berdasarkan Bahan 1, berikan maksud sangat minimum..
(i) Berdasarkan Bahan 1, berikan maksud sangat minimun.

[2 markah]

(ii) Berdasarkan Bahan 1 dan Bahan 2, nyatakan kebaikan dan kekurangan e-
dompet yang menjadi trend pembayaran kini.
[4 markah]

(iii) Kerajaan menggalakkan masyarakat menggunakan e-pembayaran selaras
dengan perkembangan ekonomi global, namun sebahagian besar pengguna
masih membuat bayaran secara tunai.

Pada pendapat anda, mengapakah keadaan ini berlaku?

[3 markah]

(iv) E-pembayaran menggunakan e-dompet mempunyai masalah tertentu yang
mungkin menyebabkan anda tidak dapat membuat pembayaran pada waktu
diperlukan atau waktu kecemasan.

Sebagai seorang pengguna perkhidmatan e-dompet, apakah langkah yang boleh
anda ambil bagi mengelak daripada menghadapi masalah yang berpunca
daripada telefon bimbit anda.

[4 markah]

44

Modul PdPr 2.0 Bahasa Melayu Tingkatan 5 KSSM [2021]

SOALAN 7 KERTAS 2 (PEMAHAMAN : PETIKAN SASTERA)

LATIHAN 1

Baca bahan-bahan di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikut
dengan menggunakan ayat anda sendiri.

Bahan 1
Dulu ketika di sekolah rendah, Aiman selalu ponteng sekolah. “Bosan dan

jelak,” tingkahnya kepada babah dan ibu.
“Mengapa bosan?” tanya abah. Ibu mengerling tajam, marah akan perilaku si

anak yang berkontradiksi dan berkontras dengan watak babahnya.
“Heh, Aqil ni budak genius, budak cerdik dan pintar! Aqil dah cipta satu formula

sendiri. Biarpun baru seusia lapan tahun, baru belajar tahun dua tahap satu, Aqil
mampu menyelesaikan masalah Matematik tingkatan lima,” kata murid pintar itu
membela diri.

Dia mundar-mandir di dalam kelas. “Apa kau ni Chee Keong masalah mudah
itu pun kau tak dapat buat.” Hujung-hujung cakapnya berbunga sindiran di sebalik
dedaun kemaafan. “ Aiman, pergi duduk di kerusi awak. Sekali lagi awak ganggu
kawan, saya akan bawa awak menghadap guru besar.” Guru kelas bersuara tegas,
memberi amaran keras.

Tapi dia degil. Hatinya seteguh karang di lautan, sekeras sinar suria berkedudukan 90
darjah tepat.

Dipetik daripada cerpen Hipertensi oleh Illis Zaidi dalam antologi Sejadah Rindu,Kementerian Pendidikan

Malaysia.

Bahan 2

NEK SINAH: Nak Aiman, mari makan. Nek dan siapkan makanan kegemaran Aiman,
ayam masak pedas.
AIMAN: Hei, jangan panggil saya nak Aiman! Saya bukan anak Nek Senah. Nek
Senah itu cuma orang gaji di rumah ini, faham? Saya belum lapar. Belum nak makan
lagi. Saya nak tunggu kak Dapnia, saya nak makan dengan dia.
NEK SINAH: Nenek sedar siapa diri nenek dalam rumah ini. Tadi Dapnia ada telefon
beritahu yang dia tak balik makan tengah hari, dia banyak tugasan di universiti. Malam
baru dia pulang. Datin juga sibuk, malam baru dia pulang.
AIMAN: Kak Dapnia tak balik, mummy pun sama? Semua orang dalam rumah ni
sentiasa sibuk. Macamlah esok dah nak kiamat.
NEK SINAH: Tak baik cakap begitu. Mereka pastinya ada urusan yang penting.
AIMAN: Sudahlah, Nek Senah boleh keluar dari bilik saya ini. Nanti kalau saya lapar,
saya pergi makan. Tak perlu sentiasa nak aturkan perkara yang perlu saya buat. Saya
bukannya budak kecil lagi.

Dipetik daripada drama „ Berkhidmat untuk Nega4r5a‟ oleh Affis Zulkarnaen Adam dalam antologi Jaket

Kijang dari Istanbul, Dewan Bahasa dan Pustaka

Modul PdPr 2.0 Bahasa Melayu Tingkatan 5 KSSM [2021]

(i) Berdasarkan bahan 1, nyatakan maksud amaran keras.
[2 markah]

(ii) Berdasarkan bahan 1 dan bahan 2, nyatakan sikap negatif remaja terhadap
orang lain.
[4 markah]

(iii) Remaja yang bersikap negatif terhadap orang lain bukan sahaja boleh
menjatuhkan maruah diri sendiri tetapi juga menjatuhkan maruah keluarga.
Pada pendapat anda, apakah langkah-langkah yang perlu diambil oleh ahli
keluarga agar remaja sentiasa menghormati orang lain?
[3 markah]

(iv) Suatu petang, anda pergi ke rumah rakan anda mendapati dia sedang memarahi
Kak Milah, orang gaji keluarganya. Rakan anda mengeluarkan kata-kata kesat,
sindiran dan hampir-hampir memukul Kak Milah. Kemarahan rakan anda
berpunca daripada kehilangan telefon pintar kesayangannya. Rakan anda
menuduh Kak Milah mencuri telefon tersebut, tetapi dinafikan oleh orang gaji
keluarganya itu.
Sebagai seorang rakan yang tidak mahu sesuatu yang lebih buruk berlaku,
apakah tindakan yang wajar anda lakukan agar kemarahan rakan anda itu tidak
berlarutan dan dapat diselesaikan?
[4 markah]

46

Modul PdPr 2.0 Bahasa Melayu Tingkatan 5 KSSM [2021]

SOALAN 8 KERTAS 2 (PEMAHAMAN : NOVEL)

LATIHAN 8a (1)

Baca petikan novel di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan yang berikutnya dengan
menggunakan ayat anda sendiri.

Perkara paling penting yang perlu dilakukan oleh Felicia apabila bertugas pada
sebelah malam ialah dia perlu memastikan hampir semua pesakit di pusat rawatan itu akan
tidur. Untuk itu, dia tidak perlu berpura-pura menunjukkan ketabahan, kesabaran dan sikap
beramah-tamah dengan para pesakit. Tidak seperti prinsip yang perlu diamalkan semasa dia
menjalani program latihan kejururawatan pada suatu ketika dahulu. Sekurang-kurangnya
itulah yang diingatkan oleh Doktor Raiha kepadanya tempoh hari.

“Bagaiman dengan ikrarmu suatu ketika dahulu Felicia? Lupakah engkau tentang segala
perkara yang pernah engkau pelajari sewaktu menjalani latihahlatihan asa secara intensif
dahulu?” tanya Doktor Raiha kepadanya secara sinis.

Dipetik daripada novel Pantai Kasih karya Asmah Nordin, Kementerian Pendidikan Malaysia, hal
18-19.

Nyatakan prinsip-prinsip yang perlu diamalkan oleh seseorang jururawat sebagaimana yang

dipelajari ketika mengikuti program latihan kejururawatan [4 markah]

LATIHAN 8a (2)

Baca petikan novel di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan yang berikutnya dengan
menggunakan ayat anda sendiri.

Sebelum pemuda itu dihantar ke hospital besar yang sebenarnya sebuah hospital
sakit jiwa, dia telah diberikan segelas susu yang sudah dicampurkan dengan sedikit ubat
penenang.

Kemudiannya, mereka ketahui juga cerita sebenar tentang pemuda tersebut. Rupa-
rupanya, pemuda itu ialah bekas penuntut di sebuah universiti tempatan dalam jurusan
perubatan juga. Namun, dia gagal dalam peperiksaan semester akhir. Akibat desas-desus
negatif yang timbul daripada jiran tetangga, tekanan yang tidak henti-henti daripada
keluarganya dan juga teman wanitanya yang berpunca daripada kegagalan itu, akhirnya
pemuda itu mencari tempat pelarian. Lari sehingga dia dianggap sebagai seorang yang
hilang akal. Sekurang-kurangnya, begitulah yang diceritakan oleh ibu tua Unong Siron
kepada para doktor dan jururawat yang kelihatan tekun mendengar ceritanya itu.

Pengarang ada menjelaskan punca-punca pemuda tersebut mengalami masalah jiwa.

Nyatakan punca-punca tersebut. [4 markah]

47

Modul PdPr 2.0 Bahasa Melayu Tingkatan 5 KSSM [2021]

Teknik menjawab soalan novel 8b

ASPEK KATA KUNCI (PERNYATAAN)
SASTERA
Nilai Antara nilai daripada novel ......................................................ini
termasuklah nilai ke..........................................an /
ber......................................................

Persoalan Antara persoalan dalam novel ini termasuklah persoalan tentang
.................................................................................(nilai/kepentingan nilai)

Pengajaran Antara pengajaran dalam novel ini termasuklah kita hendaklah
..................................

Perwatakan Antara perwatakan dalam novel ini termasuklah watak utama/sampingan
seorang yang ...........................................................(rujuk nilai/sikap)

Latar Antara latar masyarakat dalam novel ini termasuklah masyarakat yang

masyarakat ...................................................................... (rujuk nilai/masyarakat)

Latar tempat Antara latar tempat dalam novel ini termasuklah di
.........................................

Latar masa Antara latar masa dalam novel ini termasuklah pada waktu ..........................

TEKNIK PLOT KATA KUNCI (PERNYATAAN)
(PSIKIK)
Antara peristiwa yang menunjukkan teknik pertentangan
(P) Pertentangan terhadap
termasuklah penentangan
(S) Saspens
(I) Imbas kembali ...................................................

(K) Kejutan Antara peristiwa yang menunjukkan teknik saspens termasuklah
(I) Imbas muka situasi tertanya-tanya tentang ....................................................
(K) Konflik
Antara peristiwa yang menunjukkan teknik imbas kembali
termasuklah situasi mengenang/mengimbau/mengimbas kembali
peristiwa .........................................

Antara peristiwa yang menunjukkan teknik kejutan termasuklah
kejutan atas peristiwa / situasi .......................................

Antara peristiwa yang menunjukkan teknik imbas muka termasuklah
situasi membayangkan/menjangka..................................

Antara peristiwa yang menunjukkan teknik konflik termasuklah
konflik antara (siapa)........................................dengan
(siapa)...............................

48

Modul PdPr 2.0 Bahasa Melayu Tingkatan 5 KSSM [2021]

LATIHAN 1

Berdasarkan novel yang anda kaji, huraikan dua contoh peristiwa bagi nilai yang boleh

diteladani daripada watak utama? [6 markah]

Novel yang saya kaji ialah Novel Leftenan Adnan, karya Abdul Latip Bin Talib.

Contoh peristiwa bagi nilai yang boleh diteladani daripada watak utama ialah
___________________ watak utama mengulang kaji pelajaran. Adnan rajin mengulang kaji
pelajaran sewaktu belajar di sekolah Inggeris sehingga disayangi oleh gurunya iaitu
_________. Sikapnya yang _________________wajar diteladani bagi setiap pelajar yang
ingin berjaya.

Selain itu, contoh peristiwa bagi nilai lain yang boleh diteladani daripada watak
utama ialah ____________watak utama menentang musuh. Adnan bersama Kompeni C
askar Melayu berani ______________sehingga ke titisan darah yang terakhir walau dalam
jumlah anggota yang sedikit dan kehabisan peluru. Sikap Adnan yang sanggup
mengorbankan nyawa dan tidak berundur apabila berhadapan musuh
__________________ apabila kita berhadapan dengan cabaran agar kita tidak mudah
mengalah.

LATIHAN 2

Berdasarkan sebuah novel yang anda kaji, huraikan dua peristiwa yang dapat dikaitkan

dengan tema. [6 markah]

SELAMAT MAJU JAYA

49


Click to View FlipBook Version